Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Tuesday, April 21, 2020

Mat Sabu, Pakatan Harapan patut salahkan diri sendiri

Wednesday, October 9, 2019

Itu politik bangang, saya tak sebut ‘barua’, kata Anwar

Nur Hasliza Mohd Salleh
-October 9, 2019 11:22 AM

Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memfitnahnya kerana beliau tidak menyebut perkataan “barua” yang merujuk Kongres Maruah Melayu dalam satu klip video tersebar sejak semalam.

“Itu semua politik bangang,” katanya di lobi Parlimen hari ini ketika ditanya wartawan sama ada beliau menyebut “barua” atau “maruah” dalam video viral itu.

“Jangan fitnah, jelas ini gurauan saya dengan perdana menteri dan Mat Sabu (Mohamad Sabu).”

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, apa yang disebutnya ialah “ini semua semangat maruah lepas Kongres Maruah (Melayu)”.

Satu klip video yang tersebar di media sosial menunjukkan Anwar bergurau kepada Mat Sabu dengan berkata, Dr Mahathir Mohamad lebih bersemangat selepas menghadiri Kongres Maruah Melayu pada Ahad lalu.

Ia kemudiannya menimbulkan persoalan jika Anwar sengaja mempersendakan kongres itu yang dihadiri Mahathir dan pemimpin Umno, PAS serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Ada pihak menggesa Mahathir supaya tidak menghadiri kongres itu, tetapi perdana menteri dilaporkan berkata, sebagai orang Melayu, beliau berhak menghadirinya.

Anwar kemudiannya berkata, beliau tidak menghadiri kongres itu kerana lewat terima jemputan.

Hari ini, setiausaha politik kepada perdana menteri, Mohd Zahid Md Arip mengingatkan semua pemimpin supaya bercakap dengan jelas bagi mengelakkan timbul salah faham.

Zahid dilaporkan berkata, beliau bersangka baik dan menganggap Anwar menyebut “barua” tanpa sengaja.

“Dia bila salah satu huruf ini dia boleh menimbulkan masalah di lain hari.

“Jadi saya fikir ini gurauan dan walaupun gurau, saya ambil kesempatan ini untuk nasihatkan Anwar dan siapa-siapa sahaja supaya lain kali biar jelas sebutan itu supaya kita tak berperang,” kata Zahid.

Sementara itu, Mat Sabu yang merupakan presiden Amanah berkata, beliau tidak pasti apa yang disebut Anwar kerana ia tidak jelas dalam video viral itu.

“Saya tak dengar apa. Tengok video pun saya tak dengar apa-apa,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Sunday, May 12, 2019

Kenapa PH membisu perjanjian ‘land swap’ 1990-an, soal Najib

Robin Augustin
-May 12, 2019 7:59 PM

Najib Razak mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan mengeluarkan laporan ‘land swap’ itu daripada laman webnya, tidak lama selepas portal berita melaporkan kes itu berlaku pada zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Najib Razak membidas tindakan Pakatan Harapan mendiamkan diri berhubung 4 perjanjian “land swap” di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 1997.

Bekas perdana menteri itu berkata, apa yang “menarik” ialah perdana menteri, menteri pertahanan dan kewangan ketika itu, semuanya berada dalam Pakatan Harapan sekarang.

Beliau merujuk Mahathir, Syed Hamid Albar dan Anwar Ibrahim.

Najib mengulas laporan media 4 daripada 16 perjanjian “land swap” yang ditekankan Menteri Pertahanan, Mohmad Sabu pada Khamis lalu, berlaku pada 1997 ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri.

“Walaupun kes ini membabitkan kerugian terbesar dan pelanggaran terang-terangan dengan memberi status pegangan kekal berbanding pajakan 99 tahun untuk tanah itu, ini bukan antara kes yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta polis oleh Kementerian Pertahanan minggu lalu.”

Beliau turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan mengeluarkan laporan “land swap” itu daripada laman webnya, tidak lama selepas portal berita melaporkan kes itu berlaku pada zaman pemerintahan Mahathir.

“Saya tertanya-tanya kenapa.

“Sebenarnya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pemerintahan saya perlu menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan kes-kes ini, termasuk menuntut kerugian akibat projek ini.”

Khamis lalu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa 13 daripada 16 projek “land swap” di bawah pentadbiran BN membabitkan Najib dan bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Mat Sabu turut mendakwa kerajaan kerugian lebih RM500 juta akibat perjanjian “land swap” itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku banyak ketirisan, termasuk penjualan tanah pada harga rendah dan projek “land swap” diberikan kepada pemaju tidak berkelayakan.

Bagaimanapun, beliau menafikan Mahathir terbabit dalam perjanjian itu.

FMT cuba menghubungi Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Syed Hamid untuk mengulas isu itu.

Terdahulu, Hishammuddin mencabar penggantinya, Mat Sabu dan Liew membuktikan beliau mendapat manfaat dari segi kewangan dan politik secara peribadi daripada perjanjian “land swap” itu.

“Nasihat saya kepada mereka berdua ialah jangan mengkritik orang lain kerana masing-masing ada silap sendiri.”

Katanya, sebarang siasatan perlu membabitkan semua perdana menteri dan menteri pertahanan.

Wednesday, August 2, 2017

'Bergaduh macam budak-budak, ungkit keturunan' -- Mat Sabu

Posted By: Pentadbir

Tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengungkit keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad melambangkan tahap pemikirannya yang disifatkan sebagai kebudak-budakan.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, tindakan mengungkit keturunan sesiapa pun termasuk Tun Mahathir atau Najib Razak, bukan sikap seorang pemimpin yang baik apatah lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya tidak menyangka sama sekali orang bertaraf Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno boleh mengungkit soal keturunan seseorang.

“Sudah tentulah ungkitan soal keturunan ini meletakkan seorang bertaraf Timbalan Perdana Menteri seperti orang kampung, malah tidak keterlaluan saya katakan seperti budak-budak berkelahi dalam bilik darjah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya Ahad lalu mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.

Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, “Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, jika Zahid mahu pun Pakatan Harapan (PH) ingin menerangkan kesilapan di zaman pemerintahan Tun Mahathir, tidak perlu sehingga menyerang peribadi dan keturunan.

“Kita dedahkan kepada orang ramai isu pengsonglapan wang rakyat seperti skandal 1MDB. Bukan ‘menumbuk di bawah paras pinggang’ seperti dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Apa yang dilakukan beliau ini cukuplah melambangkan tahap pemikiran beliau untuk dinilai oleh rakyat,” katanya.

Beliau juga menambah, kesilapan yang pernah dilakukan seseorang pemimpin boleh diungkit untuk diterang kepada orang ramai jika ia boleh membawa kepada kebaikan bersama tanpa menyentuh soal keturunan.

“Kebiasaannya apabila berbalah dan mengungkit nama bapa dan keturunan ini adalah di kalangan budak-budak ataupun orang biasa. Ada juga kita bangkitkan soal keturunan untuk memuliakan diri kita atau keluarga.

“Namun soal keturunan atau asal usul ini bagi orang Islam, bukanlah boleh menjadi hujah utama menilai seseorang. Kebaikan seseorang di sisi agama terletak kepada nilai taqwa sementara nilai khidmat dan pengorbanan boleh dijadikan sebagai hujah yang boleh ditonjolkan,” katanya.

Wednesday, May 3, 2017

Pakatan Harapan berkecai, PH sudah jadi Pakatan Hancur

Kolumnis
Pakatan Harapan hanya menunggu masa untuk disemadikan sekali lagi. Lebih singkat kali ini umurnya berbanding Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Kehancuran PH ini lebih cepat dengan kehadiran PPBM dan PBR dan bila tumbangnya kerajaan PKR, Azmin Ali di Selangor.

Harapan untuk pembangkang bergelar kerajaan di Putrajaya sekadar tinggal harapan dan angan-angan Mat Jenin sahajalah. Sesuailah dengan nama “harapan” pun.

Sudah dua bulan lepas, PH mesyuarat tentang nama, logo dan organisasi. Akhirnya semua cadangan hanya tinggal harapan sahajalah.

Pergolakan teruk di Selangor menguatkan lagi desas-desus ini. Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali cukup tertekan sehingga terpaksa lari ke Mesir dan Morocco.

Lebih parah lagi kebanyakan Exco Kerajaan Negeri semasa era pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ikut serta dalam rombongan Azmin.

Mungkinkah mereka ini yang disebut-sebut sebagai 4 orang ADUN Selangor yang bakal melompat parti tidak lama lagi?

Jika jadi begitu, Azmin sudah defisit sokongan sebanyak 4 kerusi di DUN. Hanya Iskandar Samad dari PAS sahaja yang dilihat enggan letak jawatan sebagai exco. Khabarnya sanggup bersama Azmin sebab dijanjikan tempat bertanding di parlimen Pandan pada PRU14 nanti.

Kalau betul Iskandar ikut keputusan cerai dengan PKR masa muktamar, bila Naib Presiden PAS itu mahu meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor ? Siapa sebenarnya Imam ikutan Iskandar Samad, Azmin atau Hadi Awang?

Krisis dalaman PPBM juga sudah semakin meruncing. Apabila Mahathir mula menghalau para ahlinya keluar dari parti itu jika tidak mahu mengikut telunjuk kepadanya. Sudah nampak ketara berlari-lari ahli PPBM keluar parti, mungkin termakan hati dengan super ego Mahathir.

Dikala ahli-ahli UMNO berlari-lari menuju PWTC membawa Sang Saka Bangsa untuk meraikan ulangtahun ke 71 parti keramat itu, ahli parti Mahathir pula berlari keluar parti.

Begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang. Pemimpin PAS, Salleh Man dikatakan bakal kena pecat tidak lama lagi dari 3 jawatannya yang diberikan Guan Eng. Masing-masing sudah bercelaru, saling tuduh menuduh sesat antara DAP dan PAS.

Dalam PAN juga tidak kurang hebatnya. Mat Sabu sekarang ini semakin genting untuk berada di kerusi presiden parti. Kalah di mahkamah dalam kes artikel komunis bukti apa yang Mat Sabu cakap menghina pejuang Bukit Kepong ada asasnya.

Kehadiran Husam Musa ke dalam parti serpihan itu membuatkan pengaruh Mat Sabu kian pudar, sepudar populariti partinya itu. Dipercayai Husam sedang mengintai jawatan Presidan PAN.

DAP juga tidak terlepas dari lubang kehancuran. Pendaftar Pertubuhan (ROS) mungkin akan putuskan bahawa parti ‘chuavinist’ itu tidak boleh lagi menggunakan logo DAP dalam pilihan raya akan datang. Ini lagi mencemaskan penguasa Pakatan Harapan berkenaan. Desakan Hadi Awang untuk hancurkan DAP nampak menjadi.

Kini PH dalam keadaan terdesak sangat. PH bukanlah lagi Pakatan Harapan sebaliknya telah menjadi Pakatan Hancur yang menunggu masa tenggelamnya kapal mereka.

Hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja akan terus menahkhoda kapal berlubang yang sedang menunggu karam itu. Kit Siang pun mungkin akan campak keluar Mahathir jika dia bercakap benar dalam isu Forex. Abislah riwayat Pakatan Harapan.

Tulisan :

Beruang Biru
BB407, Rabu
3 Mei 2017

Saturday, April 8, 2017

Mat Sabu mengaku PAN paling lemah di kalangan Pakatan Harapan

AIDCNEWS
AIDCNews – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mengaku partinya paling lemah di kalangan Pakatan Harapan (PH), malah lebih daripada parti baharu PPBM yang diterima masuk sebagai anggota keempat PH pada 20 Mac lalu.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu membuat pengakuan itu ketika diwawancara FMT dua hari lepas.

“Mat Sabu mengakui Amanah (PAN) mungkin belum dapat menandingi kekuatan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga baru ditubuhkan, tetapi yakin ia adalah parti masa depan kerana kualiti keahliannya,”lapor FMT.

Pengakuan Mat Sabu itu mengesahkan bahawa DAP merupakan parti yang paling dominan di kalangan anggota PH yang turut dianggotai PKR, PPBM dan PAN

Ia juga sejajar dengan keputusan PRU 13 yang menyaksikan DAP mempunyai anggota Parlimen paling ramai di Dewan Rakyat dengan 37 Ahli Parlimen, berbanding dengan PKR (29), PAN (6) dan PPBM (1).

Kesemua enam Ahli Parlimen PAN menang di atas tiket PAS pada PRU 13 melompat parti menyertai PAN apabila parti itu ditubuhkan pada September 2015.

Dalam wawancara bersama FMT itu, Mat Sabu turut melahirkan kerisauan berkenaan ‘perangai lama PAS’ yang didakwanya kembali menular dalam PAN.

‘Perangai lama’ yang dimaksudkan Mat Sabu itu ialah sikap feudalisme dan mengutamakan kepentingan umat Islam sehingga cenderung mengabaikan hak agama lain.

“Misalnya dalam pertembungan antara Ahok (Basuki Tjahaja Purnama) dan Anies Baswedan dalam pemilihan Gabenor Jakarta, masih ada yang berkata Anies perlu menang hanya kerana dia beragama Islam.

“Amanah tidak boleh menjadi parti yang statik, dan sentiasa perlu berkembang mengikut perkembangan semasa. Amanah tidak boleh mengulangi kesilapan rakan-rakan (gerakan Islam) yang lalu,” katanya.
Namun, sesetengah pemerhati politik berpendapat ‘kerisauan’ sebenar Mat Sabu bukan berpunca daripada ‘perangai PAS’ sebaliknya perpecahan dalam yang melibatkan aliran ideologi politik yang berbeza.

PAN yang ditubuhkan sejak hampir dua tahun lalu belum pernah menjalani pemilihan jawatan secara konsensus melalui mesyuarat agung parti itu.

Kebanyakan jawatan yang disandang anggota PAN hari ini, termasuk Mat Sabu sebagai Presiden parti dibuat secara lantikan.

Dijangkakan pada 2018, PAN akan mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk mempertandingkan jawatan-jawatan dalam parti itu secara demokrasi.

Saturday, September 19, 2015

Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?

Abdul Rahim
Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan" menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Mengakui tidak mampu memperbaiki keadaan PAS dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara dan dilihat berbahaya.
Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu.

Lebih membimbangkan lagi, kata Mohamad tindakan mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

"Saya melihat ia satu trend yang berbahaya kepada parti (PAS), Malaysia dan umat Islam. Oleh tu, wadah baru ini (AMANAH) perlu dijelmakan untuk memperbetulkan semula konsep Islam yang sewajibnya membawa rahmat ke seluruh alam.

"Konsep itu sudah menjadi malapetaka, kerana tersalah urus, tersalah tafsir. Parti Amanah Negara menjadi satu rahmat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, untuk bawa aliran tajdid kepada orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Antara wakil rakyat yang tewas dalam permilihan dan meninggalkan PAS adalah beberapa ahli parlimen dan ADUN antaranya MP Sepang Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terenganu), Aminoul Huda (Parit Raja) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, pemimpin yang dikenali Mat Sabu itu berkata penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama turut menjadi punca pemimpin meninggalkan PAS.

Apatah lagi, kata Mohamad, anggota Majlis Syura yang dilantik selama lima tahun dianggap sukar membuat perubahan dalaman, menyebabkan beliau dan rakan-rakan memikirkan menubuhkan parti baru yang membawa motto 'Islam rahmat kepada semua'.

Hanya ketawa dengar soalan

"Saya antara orang yang menjulang (mendacangkan) kepimpinan ulama (suatu ketika dulu), sehingga wujud Majlis Syura (Ulama PAS). Dahulu orang (tokoh) yang terlibat dalam Majlis Syura kurang terlibat dengan majlis eksekutif.

"Misalnya, ada pensyarah, bekas mufti, ilmuan, (mereka) tak kira parti sangat. Tetapi kebelakangan ini, mereka yang terlibat dengan Majlis Syura, adalah orang yang terlibat dalam eksekutif sama ada AJK Dewan Ulama dan AJK Pusat itu sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia antara punca pemimpin PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan AMANAH.

"Pemikiran itu dibawa tanpa melihat suasana sosial dan ekonomi di Malaysia. Inilah yang kita kata berlaku gugurnya setandan pemimpin lama dalam parti itu.

"Pengaruh daripada Timur Tengah melanda dan kita kena melihat, kehebatan Ikhwan Muslimin dari sudut dakwah, tarbiyah, ketahanan dalam perjuangan tapi kita kena akui kegagalan mereka dalam pemerintahan," katanya.

Sehubungan itu, dengan kewujudan AMANAH, Mohamad berharap ia menjadi usaha untuk membendung masalah itu, walaupun dianggapnya masih di peringkat awal, dibimbangi kesan seperti yang berlaku seperti di Timur Tengah melanda negara.

"Maka jika tidak tak diubat untuk mencari jalan penyelesaian, masa yang begitu panjang diperlukan untuk keluar daripada kemelut. Di peringkat awal kita kurang atau kita matikan ia memberi keburukan kepada Islam dan kepada umatnya," katanya.

Ditanya sama ada masalah tersebut disebabkan kelemahan kepimpinan Hadi, Mohamad mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas dan hanya ketawa apabila soalan itu dilontarkan.

Soal integriti

"Kebolehan, jasa, kekuatan seseorang tidak dinilai (dalam pemilihan baru-baru ini), tapi apa dinilai - kamu ini daripada puak mana. Bila penilaian seperti itu, maka diundi mengikut senarai yang diberi kepada perwakilan.
"Bukan dilihat daripada pencapaian pada orang yang memegang jawatan itu. Itu yang menimpa parti lama saya dulu, harap ia tidak berulang dalam Parti Amanah Negara," katanya.

Selaku ketua AMANAH, beliau mahu menyatukan penghayatan akidah dan akhlak Islam dan pentadbiran dengan menitik beratkan soal melawan rasuah dan integriti yang kurang dihayati berbanding masyarakat Eropah.

"Dalam erti kata lain, akhlak Islam ada pada orang Eropah, Jepun, Korea, Singapura. Akhlak jahiliyah ada pada orang Islam.

"Orang melihat ingetriti dalam pemerintahan kita tak ada kecuali Tok Guru Nik Aziz. Integriti dalam pemerintahan kita, tidak ada mengikut laporan dalam dan laporan luar.

"Jadi inilah perlu diutamakan kalau Islam dan umat mahu muncul semula," katanya yang menepis tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP dan parti itu tidak memberikan satu sen pun melainkan sokongan moral kepada penubuhan AMANAH.

Mohamad juga berkata beliau mengarahkan supaya pimpinan AMANAH 'menutup mulut' daripada bercakap mengenai isu pembahagian kerusi dan pilihan raya umum buat masa ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi sehingga Disember.

"Kami nak tumpu mobilisasi ahli, dan menubuhkan kawasan. Itu yang kita nak tumpu. Saya pun pesan kepada semua pimpinan, jangan bercakap soal kerusi nak tanding, saya nak tumpu sehingga akhir Disember ini," katanya.

Tuesday, June 23, 2015

Adakah jelajah kem progresif PAS akan membawa hasil?

oleh Rizuan Shamsudin

KOMEN: Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.

Pemimpin progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja mereka pergi akan menerima sambutan hangat.

Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang. Pemimpin yang ditampilkan setakat ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta. Mat Sabu menjadi tumpuan utama.

Ceramah beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.
Perkara yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman rejim Mahathir.

Mulai 5 September 1998, Anwar bergerak dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk berceramah di Masjid Negara dan menganjurkan perhimpunan raksaksa 100,000 di Dataran Merdeka yang menjadi simbol kebangkitan besar-besaran penentangan ke atas kekuasaan Dr Mahathir.

Dalam setiap destinasi ceramah Anwar, pendengar bertambah dan penyokong yang menentang Mahathir semakin padu. Akhirnya gelombang itu diterjemahkan ke peti undi pada pilihan raya umum 1999. Umno ditolak Melayu. Barisan Alternatif mendapat 60 peratus sokongan Melayu.

Gelombang yang mengiringi Mat Sabu kelihatan hampir sama hebat seperti mengiringi Anwar. Ceramah kedua di Kota Bharu 15 Jun lalu dihadiri oleh ribuan penyokong dan rakyat biasa yang ingin tahu perkembangan politik PAS.

Tidak mustahil jelajah Mat Sabu ke seluruh Semenanjung akan menghimpunkan gelombang politik yang lebih besar. Teori ini dikukuhkan lagi dengan gambar hadirin yang menghadiri ceramah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad di Seremban beberapa hari sebelum itu. Hanya 30 orang.

Berbeza dengan Umno pada 1998 yang mempunyai polis untuk menyekat kemaraan Anwar yang dikhuatiri mencetus revolusi seperti di Indonesia, PAS tidak mempunyai polis dan penjara untuk menyekat Mat Sabu.

Tidak dapat ditolak kemungkinan dalam sebulan dua daripada sekarang akan berlaku revolusi dalam PAS. Pimpinan ulama yang berkonspirasi menyingkir puak profesional tentu tidak menjangkakan Mat Sabu akan melancarkan siri jelajah. Mereka juga terkejut begitu ramai ahli PAS yang tidak walak mendengar ceramah bekas presiden parti itu.

Kini, segalanya sudah terlambat. Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu. Ketika itu PAS menumpang gelombang tersebut untuk meraih populariti. Hari ini, Pakatan Rakyat boleh menumpang gelombang profesional PAS untuk menerangkan isu-isu semasa.

Gelombang penolakan terhadap puak ulama PAS ini akan menjadi gelombang besar menolak BN. Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Adakah-jelajah-kem-progresif-PAS-akan-membawa-hasil#sthash.3iEQgZIS.dpuf

Tuesday, June 9, 2015

PAS melangkah 20 tahun kebelakang.........?

Pagi ni Wak teringin membuat sedikit ulasan tentang buah hasil dari muktamar ke 61 yang baru lepas. Pada penilaian Wak, muktamar ini tidak menampakkan banyak hasil yang menjurus kepada kemajuan dan keutuhan PAS, sebalik nya ia lebih banyak menjurus kepada 'kemusnahan' PAS.

Andaian yang Wak hujahkan ini ialah berdasarkan kepada terlalu ramainya pemimpin2 veteran telah dikeluarkan dari saf kepimpinan parti. Tiap2 pemimpin veteran yang terkeluar ini telah terbukti ada kelebihan masing2 dalam peranan nya memajukan PAS.

Sebagai satu contoh yang paling ketara ialah Mat Sabu, tidak ada sesiapa yang boleh menafikan tentang kehebatan nya berpidato dalam berceramah. Tanpa beliau ceramah2 PAS pasti akan layu dan pudar.

Boleh juga dikatakan bahawa saf pemimpin2 ini lah yang mampu dan telah berjaya menarik ramai orang2 bukan Islam menyokong PAS. Tanpa sokongan dari bukan Islam PAS pasti akan terundur kebelakang sama seperti dengan keadaan nya 20 tahun yang lampau.

Senario politik Malaysia ini unik...... sebagai contoh, pemerintahan UMNO hampir tumbang pada PRU13 yang lalu, sebabnya pengundi2 bukan melayu terutama nya kaun cina tidak menyokong Barisan Nasional.

Mungkin PAS juga tidak lupa bahawa  parti nya mendapat durian runtuh pada PRU13 itu ada lah dari sokongan kaum bukan melayu.

Sekarang pemimpin2 yang mampu menarik sokong dari kaum bukan melayu sudah tidak berkuasa lagi dalam PAS, mereka semuanya hanya ahli biasa saja dalam PAS. Mampukah PAS mempertahankan sokongan kaum bukan melayu akan terus menyokong PAS?


Saturday, June 6, 2015

Mat Sabu akan letak jawatan dalam kerajaan P Pinang

SALMIYAH HARUN
KUALA SELANGOR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan melepaskan semua jawatan dalam syarikat milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata, keputusannya itu sebagai satu tindakan patuh kepada kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat yang menggesa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

"Minggu ini saya akan letak jawatan sebagai Pengurus Syarikat Air Pulau Pinang.

"Saya mulakan terhadap diri saya. Nanti saya dikata tidak patuh pada Ulamak," katanya yang turut dikuti tepukan gemuruh para perwakilan, pemerhati dan media pada sesi penggulungan Muktamar PAS Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, petang ini.

Mohamad dilantik sebagai Pengurus Air Pulau Pinang dan Pengerusi Halal Hub dalam syarikat milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas DAP berjaya memerintah negeri itu pada PRU12 lalu.

Terdahulu, beliau sebagai Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO PAS Pusat menasihatkan kepimpinan baru agar mengadakan hubungan erat dengan badan-badan bukan kerajaan.

"40 peratus di kalangan anak muda Malaysia memilih NGO. Tanpa sokongan NGO sukar untuk kita capai kemenangan dalam pilihan raya," katanya. - HARAKAHDAILY

Saturday, May 30, 2015

DAP jangan riak -- Mat Sabu

Mat Sabu ingatkan DAP jangan terlalu riak kerana parti itu hanya menguasai Pulau Pinang sahaja. - Foto fail TRP

TUMPAT, 30 Mei:

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menempelak tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan PAS hanya menjadi alat kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila sehingga kini masih kekal di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dalam ceramahnya di pekan Tumpat berkaitan Isu 1MDB dan GST malam tadi, Mat Sabu dengan lantangnya turut memberitahu DAP jangan terlalu riak kerana parti itu hanya menguasai Pulau Pinang sahaja.

Di hadapan kira kira 1,000 penyokong PAS, beliau berkata, apabila PAS sudah menang di Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor barulah orang ramai akan nampak PKR dan DAP itulah sebenarnya yang jadi `barua’ PAS.

“Yang tinggal cuma kita tak menang lagi sebab itulah tuan-tuan nampak seolah-olah PAS jadi alat.

“Saya nak guna istilah kasar sikit malam ni…bila kita menang barulah tuan-tuan nampak Keadilan (PKR), DAP `barua’ PAS. Bolehkah DAP perintah Kelantan? Tak mungkin. Perintah Terengganu? Bertanding pun tidak…jadi kenapa takut sangat dengan DAP,” katanya.

Hadir sama sebagai penceramah malam tadi adalah calon yang akan menentang Presiden PAS pada Muktamar Agung PAS bulan hadapan, bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Zainul Khir Johari; Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Adun Kelaboran, Zaki Ibrahim.

Mat Sabu menjelaskan itu adalah kebijaksanaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meletakkan PAS banyak bertanding di negeri.

“Harapan kita ialah agar PAS tidak lari daripada dasar, matlamat hingga terlaksananya syariah.

“Mengambil contoh Pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang sebelum itu menang 52 peratus sehingga berjaya menguasai pemerintahan.

“Bagaimanapun disebabkan terlalu cepat mahu meminda undang-undang banyak rakan lain yang selama ini menyokong, mula menentang mereka. Dalam soal ini kadang-kadang kesilapan politik boleh membawa kemusnahan.

“Saya juga berharap kita jangan terbabit dalam isu kafir mengkafir sesama sendiri kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada PAS, pakatan dan negara. Apabila berterusan kita tidak tahu puak mana yang betul atau salah,” katanya.

Katanya PAS banyak bertanding di negeri (Dewan Undangan Negeri) sebab sekiranya menang pelaksanaan syariah bergantung kepada jumlah DUN yang dimenangi nanti.

“Ertinya sekiranya PR menang nanti seperti di Johor, Melaka, Perak, Selangor maka PAS lah yang akan menguasai negeri terbabit.

“Bayangkan pada masa hadapan PAS menguasai tujuh negeri manakala DAP hanya berkuasa di Pulau Pinang Sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad menjelaskan perbuatan mengkafirkan seseorang atau mana-mana pihak amat bahaya khususnya dalam jemaah Islam.

Katanya mereka ini kemungkinan terpengaruh dengan mana mana kumpulan atau pergerakan di tempat mereka menuntut ilmu dahulu ataupun terpengaruh dengan pihak yang sengaja mahu pecah belahkan parti termasuk parti lawan.

Mengulas mengenai serangan ke atas Abdul Hadi khususnya daripada DAP, Ahmad berkata, biasalah kalau hari ini DAP serang Hadi maka dengan sendirinya harapan orang yang-orang yang ingin bertanding iaitu yang proPakatan dan proPAS akan terkesan.

“Bagi saya dalam PR ada tiga pemimpin hebat. Dalam pimpinan kena sentiasa berbincang cuma yang jadi masalahnya ialah ada pihak yang tak nak berbincang, maka itulah yang jadi masalahnya,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

Monday, December 16, 2013

Ni ape cerite ni......??? Macam lagu 'Bangau oh bangau ............

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dah beri lampu hijau pade Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum untuk ambil tindakan terhadap pemimpin nombor 2 dalam PAS kerang penglibatan nye dalam ajaran Syiah. Arahan tu sangat jelas kerane ianye di saksikan oleh manusie yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO. Ianye juge telah tersebar keseluruh negare dan mungkin dunie melalui radio, TV dan internet.

Sekarang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ni pule kate soal perkare ni kena serahkan pade Jabatan Agama Islam Negeri untuk ambil tindakan........

Marilah kite same2 tunggu ape pule Jabatan Agama Islam Negeri nak kate.........

Wak tak heran, kerane ini semue perangai UMNO.

Jamil serah pada Jabatan Agama Islam negeri tahan Mat Sabu

 


Menteri di Jabatan Perdanan Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah susulan pendedahan bukti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin.

NONE"Itu (soal penahanan) kita serah kepada (Jabatan Agama Islam) negeri," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan 10 bukti yang mendakwa Mohamad yang didakwa terlibat dengan fahaman Syiah. Mohamad bagaimanapun menafikannya.

Kelmarin Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan antaranya Mohamad pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005 pada satu sesi ceramah PAS di Arau, Perlis.

Abdul Rahim juga berkata Mohamad pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatullah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Friday, April 20, 2012

Inikah pemimpin2 yang bakal menerajui negara kita ????????

Muke yang akan mengantikan DSNTR

Wak heran juge mengapa pemimpin2 Parti Islam ni dah tukar kan perjuangan nye. Mule2  membangun bersama Islam sekarang dah jadi bersama DAP dan PKR. Negara Islam yang diperjuangkan selame ni dah di tinggalkan dan di ganti dengan negara berkebajikan pule.

Katekan lah kalau di takdirkan mereka ni berjaya menewaskan kerajaan BN, pasti perjuangan nye akan bertukar lagi. Mereka ni bukan nye tak tau tentang sikap buruk DAP dan PKR tu. DAP tu dah pasti mahu kan negara kite ni di perintah cara 'komunis'. PKR entah lah, Wak sampai hari ni pun masih belum faham tentang parti ni.

Sekali sekale Wak ada juge pergi ceramah2 PR ni, Anwar Ibrahim yang pimpin PKR ni tidak pernah menjelaskan secara terus terang tentang perjuangan PKR - setiap ceramah nye cume berkisar tentang penafian nye berkenaan vedio seknye dan kes Saiful. Selain tu cerita2 tentang ketidak adilan kerajaan BN.

Sebenarnye ceramah2 PR ni semua nye omong kosong aje. Oleh kerana ianye di ceramahkan oleh badud dari PAS make ianye sudah di anggap sebagai hiburan sahaja. Ini kite boleh bukti kan, kalau penceramah itu bukan dari presonaliti badud maka penuntun2 nye sangat berkurangan. Jika yang datang tu seperti Mat Sabu pasti ramai yang hadir.

Wak pasti pada PRU13 akan datang ni semua badud2 ni akan hilang kontrak lawak nye.

    

Tuesday, December 13, 2011

Johor tambah populariti PAS melalui Mat Sabu ...................

Mat Sabu semakin diminati ramai oleh rakyat negeri Johor terutama nya di kalangan UMNO. Setiap kali Mat Sabu muncul pasti ber duyun2 penyokong UMNO keluar menyambut nya dengan sorak sorai berserta sepanduk2 nya sekali. Senario sedemikian jarang berlaku di lain2 negeri.

Nampak nya UMNO Johor sudah jadi phobia terhadap Mat Sabu, Mat Sabu sangat menggerun kan UMNO Johor. Asal saja dengar Mat Sabu datang buat ceramah mereka pasti jadi histeria. Sebenarnya UMNO Johor sangat takut dengan kehadirian Mat Sabu.

UMNO Johor tahu bahawa kebangkitan PAS di Johor sudah tidak dapat di bendung lagi, PAS Johor semakin kuat dan mantap. Kesedaran rakyat telah memantapkan PAS negeri Johor. Jika di tahun2 60han dan 70han dulu PAS pasti hilang wang perharuhan nya jika bertanding di negeri Johor. Hari ini perkara sedemikian tidak berlaku lagi, malahan PAS telah berjaya mengurangkan majoriti UMNO dengan mendadak.

Wak sangat setuju supaya Mat Sabu meneruskan serbuan dan serangan nya terhadap UMNO Johor.  Kini Mat Sabu semakin terkenal ke seluruh ceruk rantau Malaysia. Di mana2 saja Mat Sabu berkunjung pasti sambutan nya sangat hebat. Apa yang saya katakan tadi di Johor UMNO pun turut sama menyambut Mat Sabu.

Wak ada pernah juga pergi dengar ceramah Mat Sabu Teluk Intan sebelum PRU12 yang lepas. Wak akui Mat Sabu memang bijak berceramah. Satu keistimewaan Mat Sabu dia suka buat lawak jenaka yang menghiburkan pendengar2 nya, itu macam wak juga suka lawak2. Cara Mat Sabu berceramah memang sukar ditandingi oleh mana2 penceramah terutamanya penceramah UMNO.

Kalau tak silap Wak pada 17.12.2011 ini sekali lagi Mat Sabu akan berkunjung ke Teluk Intan di Markas PAS Kg Padang Tembak. Sekali dengan itu juga diadakan majlis makan malam untuk tabung RRU13. Wak pun dah booking satu meja RM300 untuk 10 perserta.

Di sisi wak beri tahu supaya rakyat Teluk Intan dari mana2 parti pun sila lah datang ber ramai2 untuk melihat lebih dekat tokoh penceramah yang hebat ini.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-