Showing posts with label The Herald. Show all posts
Showing posts with label The Herald. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Kalimah Allah: Saudara Kristianku, ia sudah berakhir, bukalah buku baru

oleh Francis Paul Siah

KOMEN: Saudara Kristian saya sekalian, jika kita yakin bahawa Tuhan bertindak dengan cara-Nya yang misteri dan tidak terjangkau oleh kita, dan Dia memiliki sebab kukuh atas segala tindakan-Nya, maka kita perlu menerima keputusan mahkamah terhadap rayuan kes “kalimah Allah”.

Seperti kata-kata terakhir Jesus sebelum meninggalkan kita, “Ia sudah selesai, ia sudah berakhir”, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna semua jalan perundangan sudah digunakan – maka isu “kalimah Allah” juga “sudah selesai, sudah berakhir”. Marilah kita menerimanya.

Saya yakin bahawa Pope Francis, wakil Jesus sendiri, ada kalanya tidak dapat memahami sepenuhnya tindakan Tuhan, apatah lagi penganut biasa seperti kita.

Sebaik sebelum lawatan Pope di Filipina berakhir awal minggu ini, seorang gadis berusia 12 tahun dari Manila mencabarnya berhubung soal pelacuran. Gadis itu bertanya, mengapa Tuhan membiarkan anak-anak menjadi pelacur dengan hidup menderita dan dirundung kesedihan. Balas Pope, ada perkara yang melangkaui pemahaman manusia. Inilah hakikatnya.

Hakikat dalam kes “kalimah Allah” ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang kita tidak dapat fahami, jika kita melihatnya dari sudut pandang manusia. Ramai yang mengatakan ia sudah pun ditetapkan sejak dari awal. Telahan itu tidak salah. Tidak perlulah saya menceritakan secara terperinci apa yang dimaksudkan sebagai “ditetapkan”. Mereka yang mengikuti isu ini sejak dari awal akan memahami maksud saya.

Archbishop Kuala Lumpur yang baru, Julian Leow dan editor mingguan Herald Father Lawrence Andrew kini berada dalam kedudukan paling tidak menyenangkan. Mereka adalah pemimpin Gereja Katolik yang terperangkap dalam pergelutan ini dengan kerajaan, dan mereka “tewas”. Walaupun kelihatan sukar, mereka telah menerima keputusan mahkamah dengan terpuji dan penuh maruah, dan semua penganut Katolik pun harus begitu.

Dalam respon segera semalam, Archbishop Julian berkata yang “saya ingin percaya yang keputusan buruk ini hanya terbatas kepada Herald, dan tidak akan membuka kotak Pandora dan menyekat hak minoriti dalam menguruskan urusan agama kita sendiri.

“Kepada Tuhan kita terus berdoa dan percaya bahawa ada cahaya di sebalik kegelapan ini,” katanya kepada The Malaysian Insider melalui satu pesanan teks.

Benar, pihak berkuasa perlu menjamin bahawa keputusan itu hanya terbatas kepada mingguan Herald, dan bukannya penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Malaysia. Ini adalah sesuatu yang diterangkan dengan jelas oleh mahkamah, dan pihak berkuasa agama perlu ambil maklum.

Penganut Katolik kini perlu berkongsi rasa optimis yang ditunjukkan Archbishop, dengan meyakini adanya cahaya di sebalik terowong gelap hari ini. Tidak kira sejauh mana mereka perlu melalui terowong itu untuk melihat cahaya.

Sementara itu, Father Lawrence ketika menerima bahawa pintu sudah tertutup dalam isu ini, telah menyatakan harapan akan terbukanya ruang berhubung isu kebebasan mengamalkan agama serta hak minoriti.

“Ini adalah kes perlembagaan yang penting berkenaan hak menyatakan keyakinan dan untuk hidup dalam aman dan harmoni,” katanya.

Saya sentiasa mengkagumi komitmen yang ditunjukkan Father Lawrence sepanjang kes ini sehinggalah ia berakhir. Beliau adalah seorang editor, begitu juga saya. Beliau adalah seorang Father, saya juga seorang ayah. Beliau seorang yang warak, manakala saya pendosa.

Dan saya memiliki rasa hormat yang cukup tinggi kepada paderi ini walaupun tidak mengenalinya secara peribadi. Saya hanya pernah bertegur sapa dengannya di alam maya.

Kepada Father Lawrence, saya ingin katakan, “Anda telah berjuang dalam kes ‘kalimah Allah’. Saya tahu, bagi anda ia belum tamat. Namun biarlah ia reda buat masa ini, demi keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang agama kita. Dan ya, mungkin akan terbuka ruang pada masa akan datang.”

Ini juga pesanan saya kepada saudara Kristian saya di negara ini. Marilah terus melangkah ke hadapan dan tinggalkan isu ini di belakang kita. Saya pasti, Jesus juga akan meminta kita berbuat hal yang sama. Sekurang-kurangnya, buat masa ini…

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Kalimah-Allah-Saudara-Kristianku-ia-sudah-berakhir-bukalah-buku-baru#sthash.2GyL9K9G.dpuf

Wednesday, January 21, 2015

Isu Kalimah Allah: Pendengaran akhir hari ini

Sebahagian daripada ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul di hadapan Istana Kehakiman untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Gereja Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah pada 23 Jun tahun lalu. - Foto arkib TRP/Daniel Chan

KUALA LUMPUR, 21 Januari:

Hari ini Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan terakhir Gereja Katolik mengikut saluran undang-undang berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam majalah mingguannya dalam Bahasa Malaysia, The Herald.

Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Gereja Katolik bagi semakan terhadap penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya bagi kebenaran untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah rayuan yang membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Herald boleh menggunakan kalimah ‘Allah’.

Pada 23 Jun tahun lepas, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim memutuskan bahawa 28 persoalan mengenai undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan persoalan umum yang dikemukakan oleh gereja gagal memenuhi keperluan pemula mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberi kebenaran bagi mengemukakan rayuan.

Seorang daripada peguam yang mewakili gereja, S. Selvarajah ketika dihubungi berkata permohonan semakan itu akan didengar oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada 19 September, tahun lepas, Gereja Katolik memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohanan pihak gereja bagi kebenaran untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Permohonan itu adalah berdasarkan tiga alasan yang luas termasuk isu perundangan tertentu yang penting bagi permohonan untuk kebenaran berkaitan skop Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak gereja telah memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang disampaikan pada 14 Oktober, 2013 yang membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Herald menggunakan kalimah ‘Allah’.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Gereja Roman Katolik, yang ketika itu diketuai oleh Archdiocese Kuala Lumpur, Archbishop Emeritus Murphy Pakiam, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2009 dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain, memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah menyalahi undang-undang.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/21/isu-kalimah-allah-pendengaran-akhir-hari-ini/#ixzz3PPgPsL1C

Tuesday, June 24, 2014

Kalimah Allah :: Larangan cuma di dalam penerbitan The Herald sahaja..........?


Larangan Herald guna kalimah Allah kekal

HARAKAHDAILY | 23 Jun 2014.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Gereja Katolik Malaysia mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan mereka, Herald.

Dengan penolakan oleh mahkamah paling tinggi itu, maka larangan penggunaan kalimah tersebut dalam penerbitan Herald seperti diputuskan Mahkamah Rayuan sebelum ini adalah kekal dan muktamad.

Empat daripada tujuh panel hakim menolak permohonan gereja itu untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan itu dalam terbitan mingguan Katolik berkenaan.

Ketua Hakim Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama. -HARAKAHDAILY 23/6/2013

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-