Adakah benar UMNO sudah pulih? Bolehkah kemenangan di Bagan Pinang dijadikan 'dip stick' untuk menandakan UMNO sudah pulih?
Kekuatan UMNO sangat perlu dari sokongan MCA, MIC dan Gerakan. Tanpa sokongan kuat dari ke tiga2 buah parti ini, UMNO sangat sukar untuk bertahan pada PRU13 nanti. UMNO sangat perlu sokongan bantuan dari MCA, sebenarnya kemerosotan sokongan undi terhadap BN pada PRU12 yang lepas se mata2 disebabkan kaum cina TIDAK menyokong MCA. Kaum cina juga tidak lagi menyokong parti Gerakan, P Pinang jatuh ketangan DAP.
Sekarang MCA yang sememangnya sudah tidak mendapat sokongan dari kaum cina sedang dilanda krisis yang teruk. Kaum cina sendiri tidak ambil kesah tentang keadaan MCA itu, kerana mereka sudah menyokong DAP. Yang tinggal dalam MCA itu cuma pemimpin2 dan penyokong yang ada kepentingan dalam parti/? sahaja.
Parti Gerakan dan PPP sudah pun berkubur pada PRU12 yang lepas. Cuma MIC sahaja yang masih nampak hidup 'nyawa2 ikan'. Ianya sama juga macam MCA, yang tinggal cuma pemimpin2 dan pencacai2 nya sahaja.
Sebenarnya kaum cina dan india sudah hilang kepercayaan nya terhadap parti MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kesemua parti2 ini telah mengalami kekalahan teruk pada PRU12 yang lepas. Bagaimana parti ini boleh pulih, sedangkan ianya berada dalam krisis yang sukar di selesaikan. BN masih lagi belum pulih.
Sebenar nya UMNO masih lagi sedang berhadapan dengan jalan sukar untuk menghadapi PRU13 yang semakin hampir tiba.
Sebelum menghadapi PRU13, BN mesti dipulihkan ketahap yang boleh diterima oleh semua gulungan rakyat. Image akhlak dan moral serta ketrampilan pemimpin2 BN mestilah berada dalam top form tanpa sebarang kecacatan yang boleh menimbulkan kritikan. Terutamanya UMNO sebagai parti teras BN, semua pemimpin2 nya mestilah bersih dari sebarang keburukan akhlak dan moral.
Kini masih lagi ramai pemimpin2 UMNO yang sudah 'di cop' bermasalah berada memimpin UMNO. Pandangan serong terhadap UMNO tidak mungkin boleh dikikis selagi masih ramai pemimpin2 yang 'bermasalah' berada memimpin UMNO.
Friday, November 20, 2009
UMNO jangan terlalu confidence, tanpa kekuatan MCA, MIC dan Gerakan
Labels:
belum selesai,
Bubarkan BN/UMNO,
Masalah
Monday, November 16, 2009
Kubu PAS semakin meruntuh terkena bedilan merian buluh UMNO~~~~~~~~~~
Harapan PAS - 'PAS for All'. Ini lah slogan PAS yang sangat berkesan pada PRU12 yang lepas. Setelah meraih kemenangan banyak kerusi, PAS sangat yakin dengan slogan keramat ini. PAS sudah sangat yakin bahawa sudah diterima oleh semua kaum dan bangsa tanpa mengira agama.
PAS memang nampak agung dan unggul pada masa selepas PRU12, malangnya, keagungan dan keunggulan nya tidak bertahan lama. Makin sehari ianya semakin bertambah pudar. Agaknya mereka sudah kehabisan angin.
Setiap saat PAS dilanda berbagai masalah dan dugaan. Dugaan paling terkini ialah tentang 'tunai haji'. Kesian Tuan Guru, macam nak nangis dia di buat nya. Apa boleh buat, terima aje dugaan dari Allah ini.
Sekarang kita balik cerita tentang UMNO pula, selepas UMNO diterajui oleh PM baru, DSNTR, ianya nampak terus meluncur maju kehadapan tanpa sebarang halangan dan rintangan. Semakin hari sinar UMNO semakin jelas memancar.
Kini UMNO sudah berada dilandasan yang betul dan tepat. Sokongan dan kepercayaan semua gulungan rakyat semakin bertambah. Semua gulungan rakyat sudah yakin dan berpuas hati bahawa UMNO sahaja yang boleh menerahui negara dan membela rakyat.

UMNO FOR ALL
Wednesday, November 4, 2009
PAS akan untung secupak dan rugi segantang jika Dato Hassan Ali di singkir keluar dari parti
Dato Hassan Ali ibarat sebutir benih yang subur, jika dicampak kelaut menjadi pulau, jika dicampak kedarat menjadi bukit.
Sebenarnya PAS sedang berada dalam kecemasan dan ketakutan yang amat sangat jika Dato Hassan bertindak mengikut jejak langkah DAto Ibrahim Ali. Sebalik nya PAS akan kehilangan pengaruh dan sokongan melayu negeri selangor yang menyokong PAS selama ini.
Sepatutnya sudah lama Dato Hassan bertindak menlangkah keluar dari PR semasa kes 'beer' di Selangor baru2 ini. PAS menjadi boneka di negeri Perak, menjadi lemukut di negeri Selangor dan menjadi anjing kurap di P Pinang.
PAS cuma dijadikan 'peralatan' sahaja oleh PR. PR tidak pernah menyokong atau merestui perjuangan Islam yang diperjuangkan olrh PAS. Bahkan DAP dengan terus terang menentang PAS mengujudkan negara Islam.
Wak pun sangat hairan mengapa pemimpin2 PAS ini sanggup di persendakan oleh DAP dan PKR. PAS juga sanggup melihatkan DAP mempersendakan Islam dengan melafaskan sepotong dua ayat2 suci dari Al'Quran demi politiknya. Jika benar2 pemimpin2 DAP ini sama2 memperjuangkan Islam bersama PAS, mengapa hingga kini tidak ada seorang pun pemimpin kafir DAP yang sanggup 'potong' dan memeluk Islam.
Kepada penyokong2 PAS, sedarlah bahawa parti PAS sedang di per main2 kan oleh DAP dan PKR.
Labels:
Dato Hassan Ali
Tuesday, November 3, 2009
UMNO mengakui kegagalan nya membela nasib kaum melayu setelah berkuasa memerintah lebih dari 60 tahun.
Presiden UMNO
Setelah berkuasa memerintah lebih dari 60 tahun, kini bagi kali pertama seorang presiden UMNO mengaku bahawa UMNO telah gagal membangunkan kaum nya.
UMNO sudah dipimpin oleh 7 orang pemimpin, 6 orang pemimpin sudah berlalu. Malangnya kaum melayu telah gagal menguasai ekonomi, pendidikan dan moral jika dibandingkan dengan kaum lain.
Setelah lebih 60 tahun memerintah dalam kegagalan, kini baru mahu berubah - Perubahan yang di sebut oleh presiden ini tidak lah semudah yang diperkatakan. Memang senang dan mudah menyebut perkataan 'mahu berubah', tetapi perubahan nya amat sukar untuk dilaksanakan.
Terlalu lalu banyak yang perlu di ubah oleh UMNO. Tugas untuk berubah ini lebih berat dan sukar dari mengubah sebuah gunung tanpa bantuan alat jentolak.
Satu perkara yang sangat besar yang perlu diubah oleh UMNO ialah - RASUAH. Hingga kehari ini UMNO masih lagi belum berubah dari RASUAH. Masih ramai pemimpin2 UMNO yang terlibat rasuah berkuasa dalam UMNO. Tanggapan buruk oleh rakyat terhadap rasuah dalam UMNO tidak boleh dihapuskan selagi masih ramai pemimpin2 ini berada dalam UMNO.
Rasuah dalam UMNO akan terus kekal subur selagi tindakan drastik dan tegas diambil terhadap pemimpin yang telah disahkan rasuah. Tindakan 'menggantung' tidak akan memberi apa2 makna kepada 'hantu2 rasuah' ini.
Labels:
UMNO dan RASUAH
Friday, October 30, 2009
PAS akan pasti terus mereput bersama Pakatan Rakyat ~~~~~~
Pakatan Rakyat diterajui oleh tiga buah parti iaitu DAP, PKR dan PAS yang sangat berbeza pendapat dan arahtuju. Kini PAS sedang berhadapan dengan masalah perpecahan dalam pucuk pimpinan nya.
Pemimpin PAS yang berfikiran waras dan lebih terbuka telah sedar akan keburukan bersengkokol dengan DAP. Kumpulan ini lebih berminat terhadap UG, kerana ianya akan menyatukan umat melayu/Islam dalam ertikata yang se benar2 nya. Kumpulan ini juga telah menyedari PAS dilayan seperti 'lemukut' di dalam Pakatan Rakyat.
Kini Pakatan Rakyat akan menghadapi satu masalah besar, Parti Keadilan Rakyat sedang dilanda dengan gelombang lompat melompat. Sudah empat ahli DUN nya melompat keluar PKR. Yang terakhir ialah DUN Pelabuhan Kelang.
PAS harus sedar bahawa semua pemimpin2 dan penyokong PKR itu berasal dari UMNO. Sifat dan sikap UMNO masih kuat tertanam dalam diri mereka. Segala cacian dan tuduhan yang sedang dilemparkan oleh PAS kepada UMNO, sama lah juga dengan melemparkan cacian dan tuduhan kepada PKR. Sikap dan sifat buruk-baik mereka adalah sama sahaja. - tiada bezanya menyokong PKR atau UMNO!
Orang melayu/Islam sedar akan lakunan DAP menyokong PAS. Sokongan DAP terhadap PAS cuma untuk memecah kan perpaduan melayu/Islam. Seterusnya melemahkan kuasa politik melayu/Islam. Melayu/Islam harus ingat, "hilang kuasa politik, hilang kuasa memerintah".

kuasa politik melayu/Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)