Thursday, April 14, 2016

'Tandatangan tanpa baca, ini PM kita,' kata Tun M

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
14 APRIL 2016
Mahathir berucap pada Forum Laporan PAC 1MDB : Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.

SHAH ALAM -  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan sebelum ini di mana beliau menandatangani dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa mengetahui kandungannya.

"Tandatangan (dokumen) tapi tidak tahu apa-apa. Macm mana orang macam ini boleh jadi perdana menteri?," katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB : Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.

Sebelum ini, persoalan dibangkitkan sama ada Najib tetap tidak bersalah walaupun menandatangani dokumen berkaitan 1MDB.

Terdapat laporan menyatakan bahawa Najib selaku penasihat 1MDB menyedari dan turut menandatangani kerjasama antara syarikat tersebut dengan Petro Saudi bernilai RM3.92 bilion (AS$ 1 bilion).

Namun, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani dokumen berkaitan 1MDB sebagai amalan biasa memandangkan beliau adalah penasihat firma pelaburan negara itu.

Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata, berasaskan sikap kurang cerdik berkenaan, beliau menasihatkan agar pemimpin nombor satu negara itu meletakkan jawatan.

"Tandatangan dokumen tanpa baca, lebih baik letak jawatan sekarang. Ini perdana menteri tandatangan tapi tak baca. Agaknya cek pun beliau tandatangan tanpa baca. Ini perdana menteri kita.

"Orang begini tidak layak jadi PM, tiada pendirian," katanya.

Sebelum ini, ‎bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada PAC berkata, Najib menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar.

Tidak perlu pelawa Zakir Naik ke Malaysia

Nawar Firdaws

Nazri Aziz berkata, mempelawa pendakwah kontroversi untuk berceramah di Malaysia sudah tentu akan menimbulkan bantahan sesetengah pihak

VIDEO INSIDE


PUTRAJAYA
: Tidak perlu mempelawa pendakwah kontroversi seperti Dr Zakir Naik ke Malaysia dan mencetuskan huru-hara yang perlu dibersihkan selepas itu.

Ini kerana, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, Malaysia sudah mempunyai ulama sendiri.

Beliau menyifatkan tindakan membawa Dr Zakir ke negara ini untuk berceramah mengenai agama sebagai tidak perlu, kerana walaupun ada yang menyifatkannya “sederhana” selepas mendengar syarahannya, penganut agama lain mungkin tidak sependapat.

“Semuanya tentang persepsi dan persepsi dibuat berdasarkan apa dilakukannya sebelum ini. Saya rasa jika anda mahu bercakap mengenai agama, cakaplah tentang agama anda sendiri.

“Untuk mengadakan satu sesi (di mana anda membuat) perbandingan (dengan agama lain), anda terikat kepada kesimpulan agama anda lebih baik.

“Lagipun, adakah ia perlu? Adakah umat Islam di sini perlu diberitahu yang kita tidak berada di landasan betul? Saya rasa tidak. Dengan mempelawa lelaki ini untuk memberi syarahan di sini, sudah tentu akan mendapat tentangan pihak tertentu,” katanya kepada FMT.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, landskap masyarakat berbilang agama di negara ini perlu dilindungi daripada sebarang tindakan yang mungkin mencetuskan perpecahan.

Beliau berkata, ia bukannya mengenai kebebasan bercakap, tetapi yang penting ialah keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Ia untuk memastikan rakyat Malaysia tidak berpecah belah disebabkan seseorang yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia. Dia akan bagi ceramah dan tinggalkan negara ini.

“Kita yang ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin ditimbulkannya. (Mempertimbangkan) apa yang dia cakap sebelum ini, adalah biasa untuk penganut agama lain yang telah diperkecilkannya, bimbang tentang kedatangan lelaki ini ke sini,” katanya.

Kehadiran pendakwah kelahiran Mumbai itu ke Malaysia telah membangkitkan kemarahan masyarakat Hindu yang menghina dewa dan kepercayaan mereka terhadap amalan pemakanan sayur.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 itu turut dihalang berceramah di Kanada dan United Kingdom, kerana menyokong kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Najib: Dr M masih mahu menguasai pentadbiran negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengganggu pentadbiran negara adalah disebabkan beliau masih mahu menguasai pentadbiran negara.

Katanya, bekas perdana menteri itu masih mahu menguasai pentadbiran negara kerana mempunyai agenda tertentu termasuk kemungkinan mahu meletakkan anaknya dalam kepimpinan negara atau kemungkinan disebabkan terdapat projeknya yang tidak ditunaikan.

"Dr Mahathir lupa bahawa semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau sendiri enggan diganggu oleh mana-mana pihak dan tidak mahu sesiapa membantahnya dengan mengamalkan cara "do it my way or you are no way" (buat ikut cara saya atau awak tidak akan dapat)," katanya dalam satu rakaman wawancara khas yang disiarkan saluran televisyen I-News diJakarta malam tadi.

Katanya, Dr Mahathir mungkin lupa bahawa beliau adalah penyokong setianya selama 22 tahun malah menyokong kuat bekas presiden parti itu ketika hampir separuh daripada anggota parti tidak menyokong kepimpinannya.

Najib berkata, kini sebagai perdana menteri yang diberi mandat, beliau menentukan dasar negara dengan cara yang lebih terbuka dan membuat sesuatu keputusan secara berbincang dengan para pemimpin lain dalam kerajaan dan begitu juga dalam kepimpinan parti, beliau bersandar kepada prinsip yang sama.

"Bila saya jadi perdana menteri saya harus diberi kepercayaan untuk mentadbir negara. Saya terima pendapat tetapi saya tidak mahu mengenepikan prinsip iaitu saya perdana menteri yang sah dan saya tetap akan memimpin mengikut pertimbangan saya yang terbaik untuk negara dan rakyat," katanya.

Najib berkata, seseorang pemimpin harus mempunyai prinsip dan maruah diri kerana mereka akan dinilai dan dihukum oleh sejarah mengenai legasi yang ditinggalkan.

"Ini bermakna, jika kita tidak mempunyai apa-apa lagipun, sekurang-kurangnya kita masih ada maruah diri, jadi kalau korbankan prinsip, sejarah akan menghukum kita," katanya.

Perdana menteri itu berkata politik di Malaysia pada dasarnya adalah stabil kerana undang-undang telah termaktub bahawa kerajaan tidak boleh diubah menerusi demonstrasi jalanan walaupun rakyat diberi kebebasan bersuara.

"Hakikatnya politik di Malaysia stabil, apa yang mereka lihat itu (demonstrasi jalanan) saya anggap sebagai 'noise level' sebab untuk melakukan sesuatu perubahan di Malaysia mesti tertakluk kepada perlembagaan iaitu sesiapa yang majoriti di Parlimen, maka boleh menubuhkan kerajaan," katanya.

Najib berkata, di Malaysia sesiapa yang menjadi presiden parti terbesar (Umno) dalam Parlimen maka dia akan jadi perdana menteri dan sesiapapun tidak boleh menukar kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

"Kita tidak mahu menukar demonstrasi jalanan menjadi 'democrazy' dan rakyat boleh membuat perubahan memilih kerajaan dalam masa lima tahun.

"Kita mesti ada rasa tanggungjawab dengan pemikiran yang rasional bahawa kita mesti berpandukan kepada demokrasi kedaulatan undang-undang iaitu berpaksi kepada prinsip demokrasi di mana rakyat ada hak pilih kerajaan," katanya.

Presiden Umno itu berkata, pengalamannya selama 40 tahun dalam politik telah memberi kelebihan kepadanya mendapat sokongan kerana beliau mempunyai kekuatan dari segi kenalan kawan-kawan seperjuangan dan sokongan secara peribadi sejak di peringkat pergerakan Pemuda Umno lagi.

- Bernama

Muhyiddin kesal masih ramai ahli Umno tak faham isu

Shakira Buang
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal kerana masih ramai lagi ahli Umno yang tidak faham dengan tujuan utama desakan supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.

Menurut Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh, di kawasannya sahaja sudah berkali-kali beliau diminta untuk memberikan taklimat berhubung kontroversi yang membelit perdana menteri khususnya 1MDB dan wang derma RM 2.6 bilion.

"Saya dah beberapa kali bercerita, mereka kata tak faham-faham. Di kawasan saya di Pagoh pun mereka minta beri taklimat. Berapa kali saya nak beri taklimat? Ahli Umno tak faham-faham.

"(Isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion) ini ada kaitan dengan desakan bahawa kita nak perdana menteri letak jawatan sekarang," kata Muhyiddin.

Timbalan presiden Umno yang digantung itu berkata demikian ketika berucap dalam program 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.

Tegas Muhyiddin lagi, beliau dan kepimpinan akar umbi tidak akan membuat desakan agar presiden Umno itu meletakan jawatan sebagai perdana menteri jika tiada isu yang serius melibatkan dirinya.

"Ini bukan perkara mainan sebab apabila kita desak, mesti sebab yang serius. saya nak tanya isu 1MDB serius atau tidak? soal Muhyiddin kepada hadirin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kegagalan pengurusan 1MDB menyediakan laporan yang lengkap antara punca Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak dapat membuat rumusan mendalam

"PAC mengatakan perdana menteri terkecuali dan tidak terlibat kerana 1MDB tak beri laporan lengkap kepada PAC untuk membolehkan PAC buat satu rumusan mendalam, sedangkan PAC sudah sediakan laporan dan menyatakan kepincangan tertentu.

"PAC juga tidak dapat mengesahkan kedudukan wang ini. Maknanya laporan PAC pun tidak lengkap. Saya bukan hendak menidakkan bidang kuasa PAC, tetapi laporan itu mengakui ia tidak lengkap," ujar Muhyiddin.

Muhyiddin juga turut menepis dakwaan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai nyanyuk ketika berterusan menyerang pentadbiran Najib.

"Bila Tun M kata dah hilang (wang 1MDB) Tun M balik kena marah, dikutuk orang tua nyanyuk. (Tapi Tun M) tak nyanyuk sebaliknya beliau nampak hebat. Mana-mana pergi beliau cakap soal kepentingan negara," jelas Muhyiddin.

Aceh sebat wanita bukan muslim jual arak

GAMBAR HIASAN

SEORANG wanita warga emas yang bukan beragama Islam dijatuhi hukuman sebat sebanyak 30 kali atas kesalahan menjual minuman beralkohol di wilayah Acheh, Indonesia.

Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa di Acheh menjatuhkan hukuman sedemikian terhadap orang bukan Islam di negeri yang terkenal dengan pelaksanaan ketat hukum Hudud itu.

Wanita berusia 60 tahun yang beragama Kristian itu disebat dengan rotan di hadapan ratusan orang awam bersama-sama satu lagi pasangan Muslim yang melakukan perbuatan zina.

Walaupun hukuman syariah itu hanya tertakluk kepada umat Islam, namun menurut wakil pihak berkuasa, Lili Suparli, hukuman itu juga boleh dikenakan terhadap individu bukan Muslim mengikut keadaan dan situasi.

“Ini merupakan kes pertama dicatatkan orang bukan Islam dihukum mengikut undang-undang agama Islam,” katanya.

Acheh mula mengaplikasikan hukuman hudud sejak 2001. – MYNEWSHUB.CC

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-