Thursday, October 13, 2022

Anwar tawar hati, enggan layan tawaran Dr M kerjasama PRU15

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-October 13, 2022 12:30 PM
Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, GTA terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menentang Umno, termasuk PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak mahu lagi melayan sebarang tawaran Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Anwar berkata, ini kerana pendirian bekas perdana menteri itu boleh berubah-ubah, lapor Utusan Malaysia.

“Tidak mengapa lah. Kita terus pantau sebab minggu depan beliau (Dr Mahathir) akan bagi (pendirian) berbeza, jadi dengar dan beri penghormatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Ibu Pejabat PKR di sini.

Semalam, media melaporkan bahawa GTA terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menentang Umno, termasuk PKR, dalam menghadapi PRU15.

Menurut Mahathir, GTA sanggup berbuat demikian untuk menyelamatkan negara ini daripada pentadbiran parti tersebut.

“Umno sebuah parti yang langsung tidak mengambil berat masalah rakyat dan mereka hanya mahu (jawatan) perdana menteri serta menjadi kerajaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-