11.12.2022
Tidak kisah lah apa jua jenis kerajaan yang ingin Perdana Menteri mahu rakyat gelarkan ketika ini, namun yang pastinya pada mata rakyat ia adalah sebuah kerajaan yang mempunyai masalah integriti yang kritikal.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh memaksa rakyat untuk memanggil kerajaan ini jenis apa, malah rakyat tidak lagi bodoh kerana mereka boleh mencari buku Perlembagaan di Kinokuniya atau pun di MPH Bookstore untuk memahami sama ada wujud atau tidak sebenarnya kerajaan perpaduan seperti yang diwar-warkan kepada umum ketika ini.
Kerajaan perpaduan adalah sebuah bentuk pentadbiran yang tidak mempunyai blok pembangkang dan semua parti berada dalam kerajaan, tetapi situasi tersebut tidak berlaku walaupun cuba diusahakan pada mulanya.
Namun, bukan jenis apa kerajaan ini yang lebih penting kepada rakyat kerana apa yang lebih mustahak adakah kerajaan ini mempunyai integriti dan bersih untuk rakyat boleh harapkan untuk membawa perubahan.
Namun, isu integriti adalah masalah kritikal yang sedang dihadapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ini.
Bagaimana rakyat mahu mempercayai kerajaan ini akan mempunyai integriti apabila Anwar sendiri mengabaikan prinsipnya dengan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Malah, rakyat juga berasa lucu apabila buat kali pertama dalam sejarah negara mahu pun dunia, seorang pemimpin kanan negara akan terpaksa turun naik mahkamah bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah yang sedang berjalan.
Langkah melantik Zahid sebagai TPM bukan lah suatu tindakan luar kotak tetapi adalah satu keputusan tidak ada otak pernah dilakukan seorang pemimpin negara.
Realitinya, kerajaan yang sedang memerintah ketika ini sedang berdepan defisit kepercayaan dan rakyat tidak melihat komitmen reformasi apa yang boleh dilakukan keranan pemimpin dipilih masih terpalit dengan puluhan kes rasuah.
Alasan lantikan dibuat kerana mengikut hierarki parti adalah terlalu dangkal dan tidak memperlihatkan kesungguhan di pihak kerajaan yang semasa kempen pilihan raya lalu berdegar-degar bercakap mengenai soal reformasi dan melawan rasuah.
Lebih jelas kerajaan ini berdepan masalah integriti apabila lagu “Aduh Malaysia” yang menjadi bahan kempen PH kononnya untuk melawan kumpulan penyamun dalam UMNO juga sudah tidak lagi dimainkan dalam ceramah-ceramah politik gabungan politik tersebut.
Nampaknya pemimpin PH kini terpaksa menjaga hati rakan strategik baharu mereka untuk semata-mata kekal berkuasa, masing-masing tidak mahu hilang jawatan.
Tidak tahan dengan kritikan dalam platform media sosial, khususnya di Tik Tok, kerajaan baharu di bawah PH-BN terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengurangkan kandungan politik yang tidak memihak kepada kerajaan.
Pelbagai aduan diterima daripada pengguna Tik Tok yang mendakwa akaun mereka disekat susulan tindakan terbaharu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mengarahkan pengendali aplikasi tersebut supaya menurunkan kandungan yang didakwa wujud unsur provokasi.
Ironinya, sebelum menjadi kerajaan, PH yang paling lantang menuntut kebebasan bersuara tetapi kini nampaknya mereka pula yang membelakangi prinsip tersebut dan bertindak seakan kuku besi.
Adakah ini corak pentadbiran baharu selepas PH-BN bekerjasama, tidak boleh menerima kritikan?
Sukar untuk kerajaan campuran PH-BN ini menepis kritikan dan kecaman daripada orang ramai apabila mereka sendiri yang seakan memberi bola tanggung untuk dikecam.
Tidak mudah untuk mendapatkan kepercayaan rakyat kerana sebelum ini doktrin tersebut dicipta oleh mereka sendiri dan kini mereka mahu rakyat bertukar mengikut citarasa sama para politikus pula.
Rakyat bukan seperti ahli politik yang sekejap boleh bertukar pendirian hanya kerana jawatan sama, rakyat masih mempunyai maruah tidak menjilat perasuah hanya semata-mata untuk berjaya.
Jajaran baharu yang dirancang Zahid Hamidi dengan cikgu, Anwar.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.