Showing posts with label Baju Merah. Show all posts
Showing posts with label Baju Merah. Show all posts

Monday, November 21, 2022

Kumpulan Baju Merah beri amaran kepada Zahid

agendaily.com
21/11/2022
Kumpulan Baju Merah pernah mengadakan beberapa tunjuk perasaan di ibu negara sebelum ini. - Gambar FB

Kumpulan bergelar ‘Baju Merah’ memberi amaran mereka mungkin turun ke jalan raya jika Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan meletak jawatan susulan ‘bencana’ yang menimpa Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu lalu (19 November 2022).

Amaran oleh pergerakan itu, yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mesra BN, dibuat berikutan gesaan yang semakin meningkat supaya Zahid meletakkan jawatan dan tidak mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan.

“Ada kemungkinan Baju Merah akan memulakan gerakan seperti cara kami menentang Bersih sebelum ini,” kata ketua penerangan pergerakan itu Ariffin Abu Bakar.

Ariffin yang diiringi sekumpulan penyokong baju merah awal-awal melaungkan gesaan agar Zahid meletak jawatan.

Kumpulan Baju Merah adalah pertubuhan yang terdiri daripada 300 NGO, telah ditubuhkan pada 2016 untuk menentang gerakan Bersih dan terlibat dalam beberapa tunjuk perasaan.

Ariffin berkata kumpulan itu menentang perbincangan antara Zahid dan PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. PH turut dianggotai DAP – parti yang ditentang oleh orang Melayu.

“Sebelum ini, dia (Zahid) kata tiada DAP, tiada Anwar, namun ada teori mungkin ada kerjasama dengan PH,” katanya.

Beliau menyeru Zahid meletakkan jawatan secara terhormat dan tidak menunggu sehingga akar umbi memberi reaksi yang tidak dapat diramalkan.

Tuesday, November 22, 2016

Polis bebaskan Jamal, aktivis Baju Merah

Alyaa Azhar
 Hari ini, 12:32 tengahari Hari ini, 12:35 tengahari
Polis hari ini melepaskan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang ditahan pada awal pagi sebelum perhimpunan BERSIH5 Sabtu lalu.

Jamal, yang mengetuai pergerakan Baju Merah, telah ditangkap pada kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu.

Jamal dan tiga aktivis Baju Merah dikenakan tahanan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Ampang pada hari yang sama.

[Berita penuh menyusul]

Wednesday, November 16, 2016

Umno tak halang ahli sertai himpunan Sabtu ini

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
ANNUAR MUSA
KUALA LUMPUR - Umno tidak akan menghalang sekiranya ada ahli parti itu mahu menyertai perhimpunan baju merah yang dianjurkan serentak dengan Bersih 5, Sabtu ini.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagaimanapun ahli yang terlibat perlu menanggung risiko dan bertanggungjawab jika berdepan tindakan undang-undang.

"Akar umbi Umno ada yang tak gembira dengan Bersih dan mungkin nak sertai baju merah. Itu pilihan peribadi mereka.

"Apa yang saya tahu kedua-dua perhimpunan haram dan tak dibenarkan oleh polis. Jadi sesiapa nak pergi mereka kena bertanggungjawab sendiri," katanya kepada media di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Menurut Annuar, Umno juga tidak akan mengambil tindakan atau menetapkan peraturan berhubung penyertaan ahlinya dalam perhimpunan tersebut.

"Kalau pembangkang pun tak kenakan tindakan terhadap ahlinya yang sertai Bersih, kenapa Umno nak ambil tindakan jika ada ahli sertai baju merah? Kita tak boleh halang orang untuk buat apa yang mereka mahu.

"Ikut peringkat individu mereka boleh sertai himpunan tetapi di peringkat organisasi kita tak bincang. Jika polis pun tak boleh halang, takkan saya sebagai Ketua Penerangan Umno boleh halang," katanya.

Mengulas mengenai surat mesyuarat penyelarasan ahli Umno Melaka ke perhimpunan baju merah yang diviralkan, Annuar berkata, beliau tidak pasti kesahihan surat itu.

"Saya dah lihat dan baca surat itu tetapi tak boleh sahkan ia betul atau tidak. Saya juga tak tahu apa hasil perbincangan atau keputusan mesyuarat tersebut, " katanya.

Saturday, September 19, 2015

Himpunan baju merah berbau 'double standard', kata bekas menteri

OLEH ANISAH SHUKRY
CEO Global Movement of Moderates, Datuk Seri Saifuddin Abdullah semasa ditemuramah di Bangsar South, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 September, 2015.

Bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Saifuddin Abdullah hari ini membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan polis kerana mengamalkan "double standard" terhadap perhimpunan Bersih 4 bulan lalu dengan "perhimpunan baju merah" baru-baru ini.

Beliau yang merupakan ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global berkata, mereka dengan pantas memburuk-burukkan peserta Bersih 4, tetapi memberi banyak kelonggaran kepada peserta "perhimpunan baju merah".

"Daripada perdana menteri, hingga kepada polis, dan kepada ramai lagi, anda boleh lihat, apabila mereka bercakap tentang Bersih, apabila mereka bercakap tentang perhimpunan baju merah, kita boleh lihat dengan begitu jelas 'double standard' mereka.

"Umno, perdana menteri kata Bersih 'democrazy' (gila berdemonstrasi), tetapi perhimpunan baju merah bagus dan mengikut undang-undang.

"Walaupun sebenarnya kedua-duanya sama, kedua-duanya perhimpunan aman," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada persidangan mengenai liberalisme di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, polis juga salah apabila membangkitkan isu permit, kerana ia tidak lagi perlu di bawah Akta Perhimpunan Aman.

"Bagaimana polis melayan Bersih 4 dan perhimpunan baju merah juga berbeza. Satu ada permit, satu lagi tidak dapat permit.

"Tetapi mengikut Akta Perhimpunan Aman, isu permit juga tidak timbul. Mengapa hendak gunakan hujah yang tidak konsisten ini?"

Katanya, ketua polis negara juga tidak berhak mengisytiharkan Bersih 4 haram kerana ia tidak ada permit.

Saifuddin juga memberitahu pemberita, Umno mesti mengambil pendirian terhadap ketua bahagian parti itu yang membuat kenyataan kontroversi.

Beliau memberi contoh khusus Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Umno Kota Bharu), Datuk Jamal Md Yunos (Umno Sungai Besar) dan Tan Sri Annuar Musa (Umno Ketereh).

Sebelum perhimpunan baju merah itu, Fatmi membuat ucapan berapi-api dan mengetuai sekumpulan ahli Umno membakar patung Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Jamal mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan kemelayuan beliau dengan menghadiri perhimpunan baju merah itu, manakala Annuar berkata, beliau mengamalkan sikap perkauman kerana ia selaras kehendak Islam.

"Nyatakan pendirian, jika tidak, anda menghantar isyarat bercampur-campur kepada orang ramai," kata Saifuddin, sambil mengatakan beliau tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin parti itu.

Saifuddin menolak idea Annuar yang Islam membenarkan sikap perkauman dan mengatakan, konsep "assabiyah" yang dibawa beliau dicela dalam Islam. – 19 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/himpunan-baju-merah-berbau-double-standard-kata-bekas-menteri#sthash.aDedDEOa.dpuf

Wednesday, September 16, 2015

Anina sifatkan Himpunan Melayu Bersatu sia-sia

FMT Reporters | September 16, 2015

Menurutnya tiada guna berkumpul dan bersorak di tepi jalan jika anda mempertahankan pemimpin yang jahat
PETALING JAYA: Orang Melayu menjadi kuat sekiranya pemimpinnya berwibawa, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab.

Keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya mereka yang memimpin lemah dan terpalit dengan pelbagai salah laku.

Kenyataan itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin dalam reaksinya terhadap Himpunan Melayu Bersatu atau kumpulan Baju Merah.

“Tidak guna berkumpul dan bersorak di tepi jalan jika anda mempertahankan pemimpin yg jahat,”tulisnya.

Selain itu, dia juga mempersoalkan tujuan sebenar perhimpunan berkenaan.

“Secara dasarnya, itu racism. Di mana semangat penubuhan negara Malaysia 16 september? Mereka sudah lari dari semangat kita sebagai rakyat berbilang bangsa sebuah negara berdaulat. Mereka mengamalkan semangat zaman batu,”katanya dalam kenyataan kepada FMT.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-