Showing posts with label Hishamuddin Hussein. Show all posts
Showing posts with label Hishamuddin Hussein. Show all posts

Tuesday, February 15, 2022

KATA ADUN | Bila PM pertahan menteri langgar SOP…

malaysiakini.com
Chua Wei Kiat
Diterbitkan: Feb 15, 2022 1:00 PM

Tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri mempertahankan Menteri Kanan Pertahanan, Hishamuddin Hussein kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 jelas mencerminkan kekusutan akauntabiliti dan amalan dua darjat kerajaan BN.

Alasan yang diguna pakai oleh perdana menteri bahawa pelanggaran SOP Covid-19 bukan satu jenayah membuktikan bahawa kerajaan tidak serius dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19, khususnya varian Omicron yang telah menyumbang kepada peningkatan lebih 20,000 kes harian.

Ini bukanlah berkenaan isu pelanggaran SOP adalah satu jenayah atau tidak, namun dalam situasi jangkitan wabak Covid-19 mula naik secara mendadak, pemimpin kerajaan sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat untuk mematuhi peraturan bagi mengekang penularan wabak.

Ini bukanlah pertama kali pemimpin kerajaan melanggar SOP. Jika kompaun terus dikenakan kepada kaum kayangan, tidak ada masalah untuk mereka melanggar undang-undang walaupun seribu kali kerana mereka mampu membayar denda. Namun jika rakyat biasa melanggar SOP, ada yang telah dijatuhi hukuman penjara kerana tidak mampu.

Seseorang pemimpin yang melanggar SOP Covid-19 perlu diberi hukuman lebih berat daripada rakyat biasa. Apatah lagi jika melibatkan pemimpin yang bertanggungjawab menguatkuasakan SOP Covid-19.

Tambahan lagi, tindakan Ismail Sabri yang mempertahankan Hishamuddin memperlihatkan bahawa undang-undang yang dirangka demi menjamin keselamatan rakyat begitu mudah 'dibakulsampahkan' oleh golongan ini.

Maka, tidak hairanlah kerajaan BN dengan sewenang-wenangnya meletakkan rakyat dalam risiko kesihatan dengan mengadakan pilihan raya untuk merebut kuasa.

Oleh itu, saya menggesa agar perdana menteri tidak memandang ringan isu pelanggaran SOP Covid-19, terutamanya yang melibatkan pemimpin kerajaan dan parti politik. Rakyat sudah muak dengan sikap pemimpin kerajaan dan ahli politik yang kerap membelakangi peraturan dan undang-undang dan sebaliknya menuntut sebuah kerajaan yang berakauntabiliti dan peka dengan nasib rakyat.

CHUA WEI KIAT ialah Adun Rawang merangkap ketua Pemuda PKR Selangor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Thursday, January 30, 2020

Dap Berkuasa Untuk Kepentingan Mereka Semata-mata, Berpuluh Janji Dimungkiri – Hishammuddin

 rhg


Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Dap yang selama ini kemaruk mahu menjadi kerajaan bukanlah untuk membela rakyat tetapi semata-mata demi kepentingan tertentu parti itu.

Dalam satu lontaran di Facebook, dengan sinis Hishammuddin memuji tindakan Dap tersebut agar rakyat makin kenal wajah sebenar Dap.

“Dap nak keluar PH (Pakatan Harapan) ke, Nga Kor Ming nak gaduh dengan kerajaan ke, itu saya tak hairan. PH memang sentiasa porak-peranda.

“Saya cuma nak tanya Dap terutama Nga Kor Ming – dekat 2 tahun PH-Dap memerintah, berpuluh janji kononnya nak bela kebajikan rakyat masih tidak tertunai. Janji kurangkan bebanan hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), janji hapus tol secara berperingkat, janji tambah peluang pekerjaan, semua dimungkiri.

“Nga Kor Ming tak pula bising marah kerajaan?” soalnya.

Tetapi bidasnya, apabila kerajaan lambat iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang juga salah satu manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Dap, terus Pengerusi Dap Perak itu mengugut partinya akan keluar kerajaan.

 – UMNO ONLINE

Saturday, November 23, 2019

Umno Selangor bergolak kerana 'budak suruhan' Hisham?

Diterbitkan Hari ini 9:00 malam

BERITA

Buat pertama kali dalam sejarah Umno Selangor gagal mengadakan mesyuarat badan perhubungannya semalam.

Ia berikutan lebih separuh daripada ketua bahagian Umno negeri itu tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat yang sepatutnya berlangsung di Shah Alam malam tadi.

Menurut sumber kepada Malaysiakini, hanya enam ketua bahagian hadir pada pertemuan itu, manakala selebihnya bertindak memboikot mesyuarat berkenaan.

“Ini kali pertama mesyuarat perhubungan Umno negeri tidak berjaya diadakan kerana protes daripada ketua-ketua bahagian.

“Daripada 22 ketua bahagian selain daripada pengurusan (pengerusi, timbalan pengerusi, penerangan dan bendahari) hanya Tan Sri Noh Omar yang datang sebagai ahli jawatankuasa. Seramai 16 orang lagi tidak hadir,” katanya.

Malaysiakini dimaklumkan ketidakhadiran ketua-ketua Umno bahagian itu disebabkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang baru dilantik Julai lalu, Nadzari Ahmad Dahlan.
'Budak suruhan Hishammuddin'

Sumber berkata pengurusan Umno Selangor juga terlalu dibayangi bekas naib presiden parti itu, Hishamuddin Hussein.

Malah, Nadzari juga didakwa merupakan ‘budak suruhan’ anggota parlimen Sembrong itu.

“Jadi, kami tidak berminat untuk mengadakan mesyuarat perhubungan yang dipengerusikan 'budak suruhan' Hishamuddin.

“Kami juga pernah menasihati 'budak suruhan' Hishamuddin supaya jangan keterlaluan tetapi mereka tidak mengendahkan nasihat daripada ketua-ketua bahagian, maka berlakulah protes dan boikot ini,” katanya.

Jelasnya, rasa tidak puas hati itu semakin bertambah ekoran tindakan Hishammuddin yang membelakangkan pucuk pimpinan parti apabila didakwa mengetuai pertemuan sekumpulan anggota parlimen BN di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, Isnin lalu.
"Kami tidak mahu pimpinan Selangor ini cenderung kepada mana-mana individu yang bukan daripada struktur parti.

“Kami sedar kami adalah parti pembangkang yang kalah teruk di Selangor. Tetapi kami tidak mahu lagi kesilapan-kesilapan lampau akan memecahbelahkan serta menimbulkan kekeliruan di peringkat akar umbi,” katanya.

Pertemuan yang berlangsung di kediaman Azmin di Putrajaya pada malam Isnin lalu dihadiri lebih 20 anggota parlimen Umno, termasuk Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun Hishammuddin menafikan beliau merancang pertemuan tersebut.

Sebelum ini, Sekretariat Pakatan Harapan (PH) mendakwa Hishammuddin merancang untuk membentuk kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah, namun turut dinafikan bekas naib presiden Umno itu.

Temui presiden, bincang kedudukan Nadzari

Sementara itu sumber berkata ketua-ketua bahagian Umno Selangor akan mengadakan pertemuan dengan presiden parti semasa Perhimpunan Agung Umno yang dijadual awal Disember depan bagi membincangkan kedudukan Nadzari.

“Kita mahu melihat mereka yang menjadi pengerusi ini selain berwibawa, mereka ini mestilah dilihat berkecuali daripada mana-mana konflik yang boleh membawa kekeliruan di peringkat akar umbi,” katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Hishammuddin dan Nadzari untuk mendapatkan reaksi mereka.

Wednesday, December 12, 2018

Hisham dalang MP keluar Umno, kata sumber parti

Zikri Kamarulzaman 
Diterbitkan 12 Dis 2018, 6:15 petang 


Bekas naib presiden Umno, Hishamuddin Hussein didakwa menjadi dalang kepada tindakan wakil rakyat Umno di Sabah yang bertindak keluar daripada parti itu secara beramai-ramai hari ini.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini selepas ditanya mengenai kenyataan bekas Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menerusi laman sosial Twitter hari ini.

Khairy sebelum itu ditanya oleh seorang pengguna Twitter mengapa beliau tidak berusaha menghalang tindakan keluar parti berkenaan.

"Dah cuba tapi ada puak 'bangsawan' yang mendorong kepada tindakan keluar beramai-ramai," balas Khairy di laman sosial itu.

Meskipun tidak menyebutkan nama, sumber memberitahu ia merujuk kepada Hishammuddin.

"Pastinya dia, tapi dia (Hishamuddin) sendiri tidak berani untuk melakukannya (keluar Umno).

"Sama seperti dia tidak berani bertanding semasa pemilihan parti. Dia lebih suka berada di tepi seperti beberapa 'pendekar' yang berunding dengan kerajaan hari ini," kata seorang pemimpin parti itu yang enggan namanya disiarkan.

Pemimpin Umno itu mendakwa Hishammuddin mungkin "diperkudakan" oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Malaysiakini cuba menghubungi Hishammuddin untuk mendapatkan respon beliau.

Satu lagi sumber parti, yang juga enggan namanya didedahkan menyebut mengenai dua senario yang mungkin dalam perancangan Hishamuddin.

"Dia mahu menunjukkan kepada Mahathir bahawa dia boleh membawa anggota parlimen melompat dan lepas itu boleh menuntut jawatan kanan dalam kabinet malah sebagai timbalan perdana menteri sekalipun.

"Selain itu untuk meneruskan agenda anti-Anwar Ibrahim sementara mendapatkan keuntungan untuk dirinya sendiri. Dia betul-betul melihat dirinya sebagai bakal perdana menteri.

"Pilihan lain adalah dengan menjadi anak jantan dan bertanding untuk jawatan presiden Umno nanti. Kedua-dua pilihan itu menjelaskan mengapa dia berdiam selama ini.

"Dia tidak mahu dilihat membahayakan dengan menyatakan perkara-perkara yang sukar mengenai pembaharuan parti. Dia juga tidak mahu menyerang kerajaan sama sekali, "katanya.
Pemimpin parti itu menuduh Hishammuddin sengaja mengalihkan perhatian kepada kelemahan kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi dalam Umno.

"Jadi orang tahu tapi tak nak cakap mengenainya. Itulah yang dia mahukan dengan membawa orang-orang ini menyeberang demi memenuhi cita-cita sendiri," katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli Umno menolak dakwaan terhadap Hishammuddin dengan mengatakan sesetengah pihak termasuk mereka yang bersekutu dengan Zahid, mempunyai agenda sendiri.

"Hishammuddin tak akan keluar Umno. Dia jumpa MP Umno sebab nak kasi semangat dan redakan (keadaan).

"Melarat orang-orang presiden cakap Hisham nak bawa (MP) keluar (Umno) dan ada cluster lain cuba nak bawa keluar walhal dia bantu presiden agar MP semua jangan keluar," katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-