Showing posts with label Khazanah Nasional Bhd. Show all posts
Showing posts with label Khazanah Nasional Bhd. Show all posts

Thursday, October 10, 2019

Khazanah dijangka catat keuntungan RM5 bilion - Azmin


Khazanah Nasional Bhd dijangka mencatatkan keutungan sebanyak RM5 bilion tahun ini selepas merekodkan kerugian RM6.3 bilion tahun lepas.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata, Khazanah juga berjaya mengurangkan hutang sebanyak RM8 bilion kepada RM47 bilion di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Hutang dijangka akan terus dikurangkan kepada RM35 bilion hingga RM40 bilion dalam tempoh jangka sederhana," katanya ketika menjawab soalan Anggota Parlimen Jasin, Ahmad Hamzah di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahmad meminta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menyatakan prestasi terkini Khazanah Nasional dan jumlah pelupusan saham, aset dan kepentingannya sejak PH mengambi alih kerajaan persekutuan tahun lalu.

Tahun lepas, Khazanah mencatatkan kerugian besar akibat pegangan dalam Malaysia Airlines Bhd yang menyumbang separuh daripada kemerosotannya pada 2018.

Azmin berkata Khazanah telah melaksanakan pelupusan aset berjumlah kira-kira RM18.8 bilion sejak Mei 2018 hingga Jun lalu.

"Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, hasil daripada pelupusan tersebut digunakan bagi tujuan membuat pelaburan baru serta membayar balik hutang Khazanah yang menghampiri tempoh matang," katanya.

Tambahnya, hasil daripada pelupusan Khazanah tidak digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

"Bayaran yang diterima oleh kerajaan daripada Khazanah adalah hanya dalam bentuk dividen tahunan dan cukai," katanya

Menurutnya lagi "pelupusan” aset adalah aktiviti perniagaan lazim dilakukan oleh Khazanah, sama seperti dilakukan dana pelaburan yang lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Monday, October 7, 2019

K'jaan sedia kaji bidaan beli Plus - Dr M

News | Diterbitkan Hari ini 12:56 tengahari 


Kerajaan sedia mengkaji sebarang pembidaan daripada mana-mana pihak untuk membeli Plus Malaysia Bhd (Plus), kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan mengambil pendekatan terbuka terhadap sebarang pembidaan dan akan membuat keputusan mengikut kesesuaian dan kehendak negara.

“Apa-apa pembidaan oleh sesiapa akan dikaji kerajaan, kalau ia (bidaan) sesuai dengan kehendak kita, kita akan layan permintaan mereka,” katanya pada sidang media di lobi parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini.

Media hari ini melaporkan firma ekuiti persendirian milik rakyat Malaysia, RRJ Capital Ltd yang berpangkalan di Hong Kong menaikkan tawaran pengambilalihan syarikat konsesi lebuh raya PLUS kepada RM3.5 bilion berbanding RM3 bilion yang ditawarkan sebelum ini.

Pemegang saham utama Plus, Khazanah Nasional Bhd pada 5 Oktober lalu dilaporkan berkata tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.

- Bernama

Tuesday, July 2, 2019

Elok Khazanah Nasional ditukar jadi Khazanah International - Zahid

News | Diterbitkan Hari ini 5:45 petang


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini memperlekehkan pelantikan eksekutif dari China menyertai lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd.

Katanya, walaupun beliau tidak menyangkal keupayaan mereka, bekas timbalan perdana menteri itu menyoal sama ada tidak ada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Hari ini Khazanah Nasional lantik dua warga China sebagai lembaga pengarah. Kami sebagai rakyat tak sangkal lantikan itu secara individu kerana mereka dilihat layak.

“Namun tidak cerdikkah rakyat Malaysia di zaman Malaysia Haru Biru ini? Eloklah Khazanah Nasional ditukar kepada Khazanah International,” ciapnya di Twitter.


Ahmad Zahid Hamidi@Zahid_Hamidi
· 9h

Sebelum 9 Mei 2018 apa sahaja libatkan China seakan alahan oleh Pakatan Harapan. Bawa pelaburan pun diheboh jual negara. Proton adalah mangsa airmata paling besar konon dijual kepada China tapi hari ini ramai puji Proton X70 yang boleh bercakap.



Ahmad Zahid Hamidi@Zahid_Hamidi

Hari ni Khznh Nasional lantik 2 warga China sbg Lembaga Pengarah.Kami sebagai rakyat tak sangkal lantikan itu secara individu krn mereka dilihat layak,namun tdk cerdikkah rakyat Malaysia di zaman Malaysia Haru Biru ini?Eloklah Khazanah Nasional ditukar kpd Khazanah International
55
10:01 AM - Jul 2, 2019 · Dengkil, Selangor
Twitter Ads info and privacy
44 people are talking about this

Semalam, Khazanah mengumumkan bahawa pengasas SenseTime Profesor Xiao’ou Tang dan Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Tencent Holding Company Limited Lau Seng Yee akan dilantik menyertai lembaga pengarah dana pelaburan negara itu.

Tang adalah warga China manakala Lau pula adalah rakyat Malaysia.

SenseTime adalah syarikat kecerdasan buatan (artificial intelligence) antarabangsa yang berpusat di Hong Kong sementara Tencent adalah sebuah syarikat global yang terbabit dalam perkhidmatan dan produk Internet, hiburan, kecerdasan buatan dan teknologi.

Zahid juga berkata bahawa sebelum Pakatan Harapan menerajui negara, ia begitu kritikal terhadap penglibatan kerajaan BN dengan China.

“Sebelum 9 Mei 2018 apa sahaja libatkan China seakan alahan oleh Pakatan Harapan. (BN) bawa pelaburan pun diheboh jual negara.

View image on Twitter


Ahmad Zahid Hamidi@Zahid_Hamidi

Sebelum 9 Mei 2018 apa sahaja libatkan China seakan alahan oleh Pakatan Harapan. Bawa pelaburan pun diheboh jual negara. Proton adalah mangsa airmata paling besar konon dijual kepada China tapi hari ini ramai puji Proton X70 yang boleh bercakap.
97
9:59 AM - Jul 2, 2019 · Dengkil, Selangor
52 people are talking about this

Twitter Ads info and privacy

“Proton adalah mangsa airmata paling besar konon dijual kepada China tapi hari ini ramai puji Proton X70 yang boleh bercakap,” ciapnya.

[Baca berita penuh]

Monday, July 1, 2019

Kenapa beri warga China kuasa tentu hala tuju ekonomi negara?

sitifatimah 
01/07/2019

Tiada lagikah anak tempatan yang layak terajui Khazanah, soal Berjasa


Siti Fatimah Ishak

BANGI,  27 Syawal 1440H, Isnin – Tindakan Khazanah Nasional Bhd melantik dua individu warga China sebagai anggota lembaga pengarah baharu, sedikit sebanyak mendedahkan keselamatan dan maklumat sulit Malaysia kepada negara luar.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia, Muhammad Thalhah Kamarol Zaman menyifatkan lantikan daripada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Khazanah itu menimbulkan persoalan dan kecurigaan.

Katanya, sebagai sebuah ‘soverign fund’ milik kerajaan, Khazanah seharusnya mengutamakan pelantikan kepakaran dalam kalangan anak tempatan.

“Adakah sudah tidak ada langsung anak tempatan yang layak? Pelaburan berbilion ringgit yang akan dilakukan Khazanah bakal ditentukan oleh mereka yang tidak faham akan kepentingan negara.

“Khazanah sepanjang penubuhannya telah banyak berjasa dalam membangunkan infrastuktur dan mengembangkan ekonomi negara mengikut acuan keperluan tempatan.

“Adakah peranan ini akan berubah selepas perlantikan dua warga China ini? Mengapa kita perlu memberi warga asing kuasa dalam menentukan hala tuju perjalanan ekonomi negara?, soalnya.

Khazanah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah melantik tiga anggota lembaga pengarah baharu berkuat kuasa 26 Jun 2019.

Dua warga China yang dilantik ialah Pengasas SenseTime dan profesor di Chinese University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang dan Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.

Seorang lagi anggota lembaga pengarah baharu ialah Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara, To’ Puan Azian Mohd Aziz.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-