malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Oct 27, 2022 11:02 AM
Penyandang parlimen Pekan, Najib Razak yang kini dipenjarakan gagal dalam permohonannya untuk dibenarkan hadir di parlimen (yang kini sudah dibubarkan).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk memulakan semakan kehakiman.
Sebelum ini semasa mendengar perkara itu, pasukan peguam Jabatan Peguam Negara (AGC) secara lisan berhujah bahawa tindakan undang-undang itu bersifat akademik kerana Dewan Rakyat dibubarkan pada 10 Okt lepas.
Najib, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun berhubung rasuah membabitkan RM42 juta dana daripada SRC International milik kerajaan, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 5 Okt.
Ketika membaca penghakimannya, hakim Ahmad Kamal Md Shahid berkata ia adalah kerana isu permohonan pelepasan Najib bukan lagi isu langsung.
Kamal berkata antara pelepasan yang diminta ialah pemohon dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 3 Okt hingga 29 Nov.
“Dengan pembubaran parlimen, ia bermakna parlimen sekarang telah berakhir, bermakna ahli-ahli Dewan Rakyat tidak lagi menjadi ahli parlimen.
“Adalah jelas bahawa dengan pembubaran parlimen, penggal parlimen telah berakhir dan oleh itu pemohon bukan lagi ahli parlimen Pekan.
“Oleh itu, pada pandangan saya, pelepasan pengisytiharan yang diminta pemohon iaitu mendapat akses kepada pegawainya bagi tujuan kerja parlimen, perundangan dan konstituen serta akses kehadiran menghadiri sidang parlimen pada tarikh yang dijadualkan bukan lagi isu langsung.
“Pengisytiharan yang diminta menjadi mustahil dengan pembubaran parlimen kerana tiada lagi parlimen untuk dihadiri.
"Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan bahawa tarikh pengundian untuk pilihan raya umum adalah pada 19 Nov, 2022, ini bermakna akan ada satu lagi kabinet dibentuk daripada ahli parlimen yang baru dipilih," kata Kamal, sambil menambah bahawa tidak akan ada perintah mengenai kos.
Pada ketika ini, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa mereka akan merayu ke Mahkamah Rayuan.
Semasa prosiding perkara mahkamah sivil, Najib dilihat berada di galeri awam sambil dikelilingi oleh sekumpulan kecil pegawai Penjara Kajang. Rosmah juga kelihatan sedang duduk berdekatan.
Peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili AGC.
Menerusi tindakan undang-undang itu, Najib memohon perintah mahkamah untuk mendapat akses kepada pegawai parlimennya bagi menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen, dan kedua, untuk menghadiri parlimen.
Menerusi afidavit menyokong tindakan undang-undang itu, Najib mendakwa bahawa sejak 19 Sept dan seterusnya, dia telah "terjejas teruk" oleh keengganan responden untuk membenarkannya mengakses pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja parlimen, perundangan dan konstituen.
Najib juga mendakwa bahawa dia terjejas teruk oleh responden yang menolak permohonannya untuk mendapat akses dan hadir di parlimen pada tarikh persidangan yang dijadualkan.
[Baca berita penuh]
Showing posts with label Parlimen Pekan. Show all posts

Thursday, October 27, 2022
Tuesday, October 25, 2022
PRK Pekan diadakan semula jika BN menang, Najib pula diampunkan
agendaily.com
25/10/2022
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pekan akan diadakan semula dalam tempoh tertentu, sekiranya Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dan kemudian Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan diraja.
Ini bermakna Ahli Parlimen Pekan daripada BN, mesti mengembalikan kerusi itu kepada Najib apabila keadaan mengizinkan.
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly seperti dilaporkan The Star, hari ini (25 Oktober 2022).
“Kerusi ini memerlukan ahli Parlimen yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. Negara masih memerlukan dia (Najib).
“Sekiranya Najib diampunkan, sesiapa yang dipilih menjadi Ahli Parlimen Pekan akan menyerahkan semula kerusi itu kepada Najib (melalui PRK), sebagaimana yang sepatutnya,” kata Zamri.
Najib – Perdana Menteri pertama Malaysia yang bergelar banduan – kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.
Dia disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat pelaburan kerajaan, SRC International Sdn Bhd, tetapi memohon untuk semakan serta memohon pengampunan diraja.
Perlembagaan Persekutuan melarang mereka yang telah disabitkan dengan hukuman penjara lebih setahun dan denda lebih RM2,000 serta tidak mendapat pengampunan percuma daripada menjadi wakil rakyat.
Najib juga didenda RM210 juta dan masih dalam perbicaraan atas beberapa pertuduhan berkaitan 1MDB.
Sementara itu, Zamri juga berkata nama anak sulung Najib, Datuk Mohd Nizar tidak disenaraikan sebagai calon kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana kurang pengalaman.
Di sebalik spekulasi bahawa Mohd Nizar berkemungkinan besar akan dinamakan sebagai calon Pekan pada PRU-15, 19 November depan bagi menggantikan Najib, Zamri menegaskan tidak ada sebab untuk memberikan Mohd Nizar kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dalam politik.
“Biar dia ada kerusi DUN dulu. Dia perlu belajar. Jika dia menunjukkan bahawa dia boleh mengendalikan tugas sebagai ADUN, maka kita akan lihat untuk menaikkannya,” katanya.
Nizar adalah anak sulung Najib hasil perkahwinannya dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan Ketua Pemuda UMNO Pekan.
Ketua Pemuda UMNO Pekan Datuk Nizar Najib kurang pengalaman untuk bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Monday, October 24, 2022
Nizar dilihat makin hampir ganti Najib di Pekan
malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 24, 2022 11:18 AM
Tindakan Nizar Najib itu dianggap satu lagi isyarat jelas bahawa dia bakal diturunkan sebagai calon untuk Umno-BN pada bulan depan.
Ia berlaku setelah peluang Najib yang juga penyandang kerusi itu untuk mempertahankan Parlimen Pekan semakin tipis.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta.
Lebih menguatkan spekulasi itu apabila Facebook rasmi Najib turut memuat naik video khas Nizar yang memaklumkan hasratnya ingin "terus berkhidmat" kepada masyarakat Pekan.
Menerusi video berkenaan Nizar menceritakan perjalanan kariernya sehingga menceburi bidang politik.
Nizar juga dilihat turun padang bersama Umno bahagia menjalankan gerak kerja bagi menghadapi PRU ke-15.
Anak sulung Najib hasil perkahwinannya dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan ketua Pemuda Umno Pekan.
Sementara itu, sumber Umno ketika dihubungi Malaysiakini memaklumkan Nizar hampir pasti akan menggantikan Najib bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan.
Katanya, aura Najib masih kuat meskipun bekas perdana menteri itu kini sedang menjalani hukuman di penjara Kajang.
"Saya boleh mengatakan hampir pasti Nizar akan menggantikan Najib di Pekan. Dia juga telah lama bergiat aktif dengan bapanya di Pekan sebagai ketua pemuda.
"Itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Nizar untuk bertanding di Pekan. Apatah lagi aura 'bosku' masih kuat di Pekan.
"Namanya juga pernah dicalonkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini sebelum ini," katanya.
Pada 21 Okt lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan tiga hari bermula 19 Jan untuk mendengar permohonan Najib Razak bagi menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yussoff dan Siti Hajar Mustaffa yang mendengar pengurusan kes menetapkan 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan itu.
Diterbitkan: Oct 24, 2022 11:18 AM
PRU15 | Anak sulung bekas perdana menteri Najib Razak kini dilihat kian aktif dan mula turun padang di kawasan Pekan.
Tindakan Nizar Najib itu dianggap satu lagi isyarat jelas bahawa dia bakal diturunkan sebagai calon untuk Umno-BN pada bulan depan.
Ia berlaku setelah peluang Najib yang juga penyandang kerusi itu untuk mempertahankan Parlimen Pekan semakin tipis.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta.
Lebih menguatkan spekulasi itu apabila Facebook rasmi Najib turut memuat naik video khas Nizar yang memaklumkan hasratnya ingin "terus berkhidmat" kepada masyarakat Pekan.
Menerusi video berkenaan Nizar menceritakan perjalanan kariernya sehingga menceburi bidang politik.

Anak sulung Najib hasil perkahwinannya dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan ketua Pemuda Umno Pekan.
Sementara itu, sumber Umno ketika dihubungi Malaysiakini memaklumkan Nizar hampir pasti akan menggantikan Najib bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan.
Katanya, aura Najib masih kuat meskipun bekas perdana menteri itu kini sedang menjalani hukuman di penjara Kajang.
"Saya boleh mengatakan hampir pasti Nizar akan menggantikan Najib di Pekan. Dia juga telah lama bergiat aktif dengan bapanya di Pekan sebagai ketua pemuda.
"Itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Nizar untuk bertanding di Pekan. Apatah lagi aura 'bosku' masih kuat di Pekan.
"Namanya juga pernah dicalonkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini sebelum ini," katanya.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yussoff dan Siti Hajar Mustaffa yang mendengar pengurusan kes menetapkan 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan itu.
Saturday, October 22, 2022
Kawasan Pekan masih dipayungi 'aura' Najib
malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Oct 22, 2022 9:30 AM
PRU15 | Tempoh sembilan tahun Najib Razak memegang jawatan perdana menteri dilihat benar-benar meninggalkan kesan dalam kalangan pengundi di parlimen Pekan sehingga hari ini.
Ditambah pula dengan statusnya sebagai anak kepada bekas perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein, dapat difahami bagaimana nama Najib banyak mempengaruhi penduduk di kawasan terbabit.
Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam pada April 2009 untuk mewarisi kerajaan BN daripada Abdullah Ahmad Badawi.
Ia berjalan seadanya di sebalik pelbagai isu dan tentangan daripada pembangkang.
Namun, kredibiliti Najib terjejas teruk menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 dengan pelbagai kontroversi khususnya membabitkan skandal syarikat pelaburan strategik miilk kerajaan, 1MDB.
Ia kemudian menyaksikan Umno-BN tumbang buat pertama kali dalam sejarah selepas gagal memperoleh mandat untuk kembali sebagai kerajaan.
Kemunculan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan baru juga membawa khabar duka buat Najib apabila dia dan isterinya, Rosmah Mansor, didakwa di mahkamah atas pelbagai pertuduhan.
Mesti boleh buat kerja
Ketika Rosmah masih dibicarakan, Najib pula sudah didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Dia akhirnya dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Selepas 30 hari Najib mendekam di Penjara Kajang, kebanyakan pengundi Pekan masih berharap bekas perdana menteri itu dapat bertanding lagi dan kembali menjadi ahli parlimen kawasan itu.
Seorang peniaga, Shaharuddin Abdul Samad, 42, berkata sepanjang tempoh Najib memegang jawatan perdana menteri, terlalu banyak bantuan disalurkan kepada rakyat.

Pada masa sama Shaharuddin mengakui kekangan semasa menyukarkan harapannya itu menjadi kenyataan.
Justeru dia terbuka untuk melihat ada tokoh lain yang bertanding bagi mengisi tempat Najib di Pekan.
“Sesiapa saja boleh ganti (Najib) asalkan boleh buat kerja macam biasa, kerajaan yang ada sekarang pun dah OK.
“Banyak bantuan yang dia (Najib) bagi dulu, macam duit BR1M, dengan duit itulah saya buat modal pusingan untuk berniaga,” katanya yang menjual air balang di Jalan Kuantan-Pekan, dekat Ubai, Pekan.
Ketika ditanya mengenai siapa paling sesuai menggantikan Najib untuk kerusi parlimen Pekan, Shaharuddin berkata, mungkin Mohd Nizar - anak Najib bersama isteri pertama - boleh diketengahkan sebagai calon.
“Dari segi pengalaman, dia (Mohd Nizar) masih belum ada (pengalaman), tapi saya percaya jika diberi peluang, dia boleh (menang).
“Saya bukan orang politik, jadi tidak tahu sangatlah, tak kisahlah siapa nak ganti, asalkan boleh buat kerja dan bantu rakyat,” katanya lagi.
Letak di DUN dulu
Mohd Nizar merupakan ketua Pemuda Umno Pekan yang dipilih ke jawatan itu pada 2018. Di peringkat lain, Mohd Nizar juga diberi kepercayaan sebagai ketua biro ekonomi dan modal insan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang, sebuah agensi di bawah kerajaan negeri.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Pekan, Zalmah Abdul Rahman, berkata memang nama Mohd Nizar antara yang disenaraikan sebagai calon bagi kerusi parlimen Pekan.
Katanya, nama itu juga dicadangkan untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) dalam parlimen Pekan.
“Calon-calonnya sudah ada, tetapi saya pun tak tahu siapa senarai yang terkini (kerana) berada di tangan pucuk pimpinan.
“Dia (Mohd Nizar) sudah bersedia (untuk menjadi calon),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini melalui aplikasi WhatsApp.

“Cuma kalau boleh letaklah dia di kerusi DUN terlebih dahulu, selepas itu barulah dihantar ke parlimen.
“Tapi, kalau (Umno) bahagian Pekan nak terus (calonkan) ke parlimen pun tidak ada masalah, lagipun dia (Mohd Nizar) dah lama buat kerja di Pekan, terutama di Peramu Jaya,” katanya.
Bagi generasi kedua Felda Chini 2, Fikriamin Adenan, Mohd Nizar adalah calon paling berpotensi untuk menggantikan ayahnya di kerusi parlimen Pekan.
“Orang (pengundi) Pekan mesti pilih ‘Bossku’ sebab kebanyakannya memang sayang kepada Najib.
“Tapi kalau bukan dia (Najib) jadi calon, boleh ganti dengan anak dia (Mohd Nizar) confirm orang pilih (undi) sebab ada darah Tun Razak, mesti menang punyalah,” katanya yang berusia 44 tahun.

Secara umumnya, nama Abdul Razak dan Najib sudah terlalu sinonim dengan kehidupan seharian mereka, justeru siapa sahaja dipilih sebagai calon di Pekan - asalkan mempunyai pertalian darah dengan kedua-dua bekas PM terbabit - hampir pasti memperoleh sokongan penuh daripada pengundi.
NS Ramli
Diterbitkan: Oct 22, 2022 9:30 AM
PRU15 | Tempoh sembilan tahun Najib Razak memegang jawatan perdana menteri dilihat benar-benar meninggalkan kesan dalam kalangan pengundi di parlimen Pekan sehingga hari ini.
Ditambah pula dengan statusnya sebagai anak kepada bekas perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein, dapat difahami bagaimana nama Najib banyak mempengaruhi penduduk di kawasan terbabit.
Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam pada April 2009 untuk mewarisi kerajaan BN daripada Abdullah Ahmad Badawi.
Ia berjalan seadanya di sebalik pelbagai isu dan tentangan daripada pembangkang.
Namun, kredibiliti Najib terjejas teruk menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 dengan pelbagai kontroversi khususnya membabitkan skandal syarikat pelaburan strategik miilk kerajaan, 1MDB.
Ia kemudian menyaksikan Umno-BN tumbang buat pertama kali dalam sejarah selepas gagal memperoleh mandat untuk kembali sebagai kerajaan.
Kemunculan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan baru juga membawa khabar duka buat Najib apabila dia dan isterinya, Rosmah Mansor, didakwa di mahkamah atas pelbagai pertuduhan.
Mesti boleh buat kerja
Ketika Rosmah masih dibicarakan, Najib pula sudah didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Dia akhirnya dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Selepas 30 hari Najib mendekam di Penjara Kajang, kebanyakan pengundi Pekan masih berharap bekas perdana menteri itu dapat bertanding lagi dan kembali menjadi ahli parlimen kawasan itu.
Seorang peniaga, Shaharuddin Abdul Samad, 42, berkata sepanjang tempoh Najib memegang jawatan perdana menteri, terlalu banyak bantuan disalurkan kepada rakyat.

Shaharuddin Abdul Samad
Dia yang menjadi adalah antara penerima program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan Najib mengakui, sumbangan itu banyak membantunya memulakan perniagaan.Pada masa sama Shaharuddin mengakui kekangan semasa menyukarkan harapannya itu menjadi kenyataan.
Justeru dia terbuka untuk melihat ada tokoh lain yang bertanding bagi mengisi tempat Najib di Pekan.
“Sesiapa saja boleh ganti (Najib) asalkan boleh buat kerja macam biasa, kerajaan yang ada sekarang pun dah OK.
“Banyak bantuan yang dia (Najib) bagi dulu, macam duit BR1M, dengan duit itulah saya buat modal pusingan untuk berniaga,” katanya yang menjual air balang di Jalan Kuantan-Pekan, dekat Ubai, Pekan.
Ketika ditanya mengenai siapa paling sesuai menggantikan Najib untuk kerusi parlimen Pekan, Shaharuddin berkata, mungkin Mohd Nizar - anak Najib bersama isteri pertama - boleh diketengahkan sebagai calon.
“Dari segi pengalaman, dia (Mohd Nizar) masih belum ada (pengalaman), tapi saya percaya jika diberi peluang, dia boleh (menang).
“Saya bukan orang politik, jadi tidak tahu sangatlah, tak kisahlah siapa nak ganti, asalkan boleh buat kerja dan bantu rakyat,” katanya lagi.
Letak di DUN dulu
Mohd Nizar merupakan ketua Pemuda Umno Pekan yang dipilih ke jawatan itu pada 2018. Di peringkat lain, Mohd Nizar juga diberi kepercayaan sebagai ketua biro ekonomi dan modal insan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang, sebuah agensi di bawah kerajaan negeri.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Pekan, Zalmah Abdul Rahman, berkata memang nama Mohd Nizar antara yang disenaraikan sebagai calon bagi kerusi parlimen Pekan.
Katanya, nama itu juga dicadangkan untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) dalam parlimen Pekan.
“Calon-calonnya sudah ada, tetapi saya pun tak tahu siapa senarai yang terkini (kerana) berada di tangan pucuk pimpinan.
“Dia (Mohd Nizar) sudah bersedia (untuk menjadi calon),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini melalui aplikasi WhatsApp.

Asmadi Mohd Nor
Dalam pada itu, seorang penduduk di Kampung Ganchong, Asmadi Mohd Nor, 54, ketika ditanya mengenai calon untuk menggantikan Najib, dia memberitahu, Mohd Nizar adalah individu paling sesuai.“Cuma kalau boleh letaklah dia di kerusi DUN terlebih dahulu, selepas itu barulah dihantar ke parlimen.
“Tapi, kalau (Umno) bahagian Pekan nak terus (calonkan) ke parlimen pun tidak ada masalah, lagipun dia (Mohd Nizar) dah lama buat kerja di Pekan, terutama di Peramu Jaya,” katanya.
Bagi generasi kedua Felda Chini 2, Fikriamin Adenan, Mohd Nizar adalah calon paling berpotensi untuk menggantikan ayahnya di kerusi parlimen Pekan.
“Orang (pengundi) Pekan mesti pilih ‘Bossku’ sebab kebanyakannya memang sayang kepada Najib.
“Tapi kalau bukan dia (Najib) jadi calon, boleh ganti dengan anak dia (Mohd Nizar) confirm orang pilih (undi) sebab ada darah Tun Razak, mesti menang punyalah,” katanya yang berusia 44 tahun.

Fikiramin Adenan
Di bawah kawasan parlimen Pekan, terdapat empat DUN iaitu Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar dan Chini.Secara umumnya, nama Abdul Razak dan Najib sudah terlalu sinonim dengan kehidupan seharian mereka, justeru siapa sahaja dipilih sebagai calon di Pekan - asalkan mempunyai pertalian darah dengan kedua-dua bekas PM terbabit - hampir pasti memperoleh sokongan penuh daripada pengundi.
Tuesday, October 11, 2022
Anak ‘Bossku’, Nizar diramal jadi calon di Pekan, kata penganalisis
freemalaysiatoday.com
Jason Thomas
-October 11, 2022 9:00 AM
PETALING JAYA: Najib Razak kesuntukan masa untuk bertanding dan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, kata seorang penganalisis.
Bekas perdana menteri itu telah menjadi Ahli Parlimen selama lima penggal sejak 1976 di kerusi yang disandang bapanya dari 1959. Bagaimanapun, dengan pilihan raya umum yang akan diadakan dalam masa beberapa minggu, Najib mungkin kesuntukan untuk layak bertanding.
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan rasuah dalam kes SRC International. Beliau telah memfailkan semakan untuk membatalkan sabitannya dan juga telah memohon pengampunan diraja.
Beliau mungkin tidak akan memperolehi keputusan tepat pada masanya untuk layak menjadi calon dengan pengundian mungkin diadakan pada 4 Nov atau 6 Nov, kata penganalisis politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara.

Seorang lagi penganalisis bersetuju, bahawa Nizar adalah calon utama untuk mengambil alih kerusi Najib di Pekan.
“Saya fikir mereka sedang berusaha untuk meletakkan Nizar bagi menggantikan bapanya sebagai calon untuk Pekan,” kata Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.
Pada Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan Nizar berkemungkinan bertanding di kerusi Pekan.
Jason Thomas
-October 11, 2022 9:00 AM
Anak lelaki Najib Razak, Nizar, yang bertanding di kerusi Pekan akan mengekalkan legasi bekas perdana menteri itu, kata seorang penganalisis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Najib Razak kesuntukan masa untuk bertanding dan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, kata seorang penganalisis.
Bekas perdana menteri itu telah menjadi Ahli Parlimen selama lima penggal sejak 1976 di kerusi yang disandang bapanya dari 1959. Bagaimanapun, dengan pilihan raya umum yang akan diadakan dalam masa beberapa minggu, Najib mungkin kesuntukan untuk layak bertanding.
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan rasuah dalam kes SRC International. Beliau telah memfailkan semakan untuk membatalkan sabitannya dan juga telah memohon pengampunan diraja.
Beliau mungkin tidak akan memperolehi keputusan tepat pada masanya untuk layak menjadi calon dengan pengundian mungkin diadakan pada 4 Nov atau 6 Nov, kata penganalisis politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara.

Azmi Hassan.
“Saya rasa masa Najib (sebagai) Ahli Parlimen berakhir dengan Parlimen ke-14,” kata Azmi.Bagaimanapun, Azmi berkata, terdapat peluang “sangat tinggi” buat anak Najib, Nizar bertanding di kerusi Pekan. Nizar, ketua Pemuda Umno Pekan dilihat mampu meneruskan legasi Najib.

Oh Ei Sun.
Parlimen Pekan telah dipegang oleh keluarga itu sejak 1959, pertama dengan bapa Najib yang juga perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein, dan kemudian oleh Najib susulan kematian Razak, kecuali untuk satu penggal pada 1982-1986 ketika Najib menjadi menteri besar Pahang.Seorang lagi penganalisis bersetuju, bahawa Nizar adalah calon utama untuk mengambil alih kerusi Najib di Pekan.
“Saya fikir mereka sedang berusaha untuk meletakkan Nizar bagi menggantikan bapanya sebagai calon untuk Pekan,” kata Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.
Pada Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan Nizar berkemungkinan bertanding di kerusi Pekan.
Wednesday, April 25, 2018
Cucu Ghafar Baba cabar Najib di Pekan

PRU14 | Zahid Mat Arip, cucu kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba, akan diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan di Parlimen Pekan - kawasan pilihan raya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Zahid ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan bekas pegawai khas kepada Tan Sri Mohamed Isa Samad yang pernah dilantik sebagai pengerusi Felda.
Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan pencalonan Zahid.
Dalam satu kenyataan hari ini, calon yang dicadangkan BERSATU untuk kerusi Parlimen Pekan, Kamarul Ariffin Mohd Shahar, berkata beliau akan memberi laluan kepada Zahid untuk bertanding di situ.
Kamarul, yang diumumkan sebagai calon Pekan pada 15 April, membuat keputusan itu selepas bertemu Dr Mahathir yang juga pengerusi BERSATU.
"Tun telah menerangkan dan menjelaskan secara terperinci berkenaan strategi kami di Parlimen Pekan.
"Berdasarkan apa yang telah diterangkan oleh Tun, ternyata kali ini Parlimen Pekan bakal menerima sebuah kejutan yang sekali gus bakal mengubah senario lanskap politik Malaysia," katanya.
Dr Mahathir, katanya, meminta beliau menarik diri daripada bertanding dan memberi laluan kepada orang lain.
"Saya mengangguk sebagai tanda bersetuju untuk memberikan laluan kepada Saudara Zahid Mat Arip, bagi menggantikan saya," kata Kamarul.
Beliau telah menafikan melakukan sebarang salah laku.
Dipercayai bahawa BERSATU bergantung kepada Zahid untuk membangkitkan isu skandal yang dikaitkan dengan Felda.
Tanah rancangan Felda terletak di 12 kerusi parlimen dan 27 kerusi DUN di Pahang - negeri kelahiran Najib.
[Baca berita penuh]
Sunday, September 6, 2015
1MDB, derma RM2.6 bilion, bukan 'kudis kekal' buat Najib di Pekan
OLEH KC NAZARI
Published: 6 September 2015 9:00 AM
"Kita rasa, di seluruh kawasan Felda, tuduhan ini tak bagi apa-apa impak kepada Najib.
"Sama ada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), (derma) RM2.6 bilion, atau cukai barangan dan perkhidmatan (GST) - di kawasan Felda memang tidak terjejas, sebab kami sudah dipupuk mengatasi masalah ini," kata peneroka Felda itu yang aktif dalam politik Umno setempat sejak 1980-an lagi.
Menjelaskan lanjut perkara tersebut, Rahim berkata beliau sendiri berpuas hati dengan harga kelapa sawit mereka yang dibayar Felda, bantuan persekolahan berjumlah RM300 setahun, insentif tahunan dan duit raya daripada Felda serta bayaran 'durian runtuh' yang diberikan agensi itu dari masa ke semasa.
"Perkara ini tak menjadi kudis gatal buat kami," katanya yang berasal dari Kedah, dan kini tinggal di Felda Chini 3.
Bagi seorang peneroka tanah rancangan Felda, Rozmah Jusoh, 62, beliau tidak membiarkan isu derma RM2.6 bilion itu mengganggu fikirannya.
Ditanya sama ada beliau maklum akan kontroversi berhubung derma itu, beliau berkata perkara itu tidak disaksikannya sendiri.
"Saya tak nampak, saya tak tahu. Dia duit banyak, itu hak dia. Kalau kita ada duit, kita pun macam dia juga. Jadi, kita tak boleh nak komenlah," katanya.
Bagaimanapun, walaupun kedudukannya kukuh di sini, sebilangan kecil penduduk tempatan tetap skeptikal dengan Najib.
"Masalah masyarakat dia (Abu Bakar) tak tolak. Kenduri kendara dia datang," katanya yang keluar Umno selepas Pilihan Raya Umum 1999 kerana ragu-ragu dengan kemenangan tipis Najib pada masa itu.
Seorang lagi pesawah padi yang hanya dikenali sebagai Ahmad Rudin, 42, percaya dominasi Najib sukar dicabar kerana 'budaya ceklat' (budaya gula-gula) yang menebal di kalangan masyarakat setempat.
"Budaya 'ceklat' ini biasa. Apabila pilihan raya tiba, mereka bagi 'ceklat' dan orang ramai terima.
"Apa itu demokrasi? 'Demo-kasi' (mereka bagi)," katanya merujuk kepada bantuan segera yang dihulurkan kerajaan BN semasa musim pilihan raya. – 6 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/1mdb-derma-rm2.6-bilion-bukan-kudis-kekal-buat-najib-di-pekan#sthash.5NQDi5jk.dpuf
Published: 6 September 2015 9:00 AM
Pekan, Pahang kekal selamat untuk ahli Parlimennya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walau apa pun isu melanda presiden Umno itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 September, 2015.
Kawasan Parlimen Pekan terletak kira-kira setengah jam pemanduan kereta dari ibu negeri Pahang iaitu Kuantan.
Walaupun terletak bersempadan dengan Kuantan dan kawasan Parlimen Indera Mahkota yang dikuasai PKR sejak 2 penggal lalu, bandar diraja Pahang ini kekal selamat buat ahli Parlimennya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tinjauan mendapati, sebahagian besar pengundi di sini maklum akan isu nasional yang membelenggu wakil rakyat mereka itu, namun ia tidak meninggalkan kesan kepada mereka.

Ahli Jawatankuasa Umno Pekan Abdul Rahim Yahya berkata pelbagai tuduhan dilemparkan tidak memberi kesan kepada Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 September, 2015.
The Malaysian Insider sempat menemubual pemimpin setempat termasuk ahli jawatankuasa Umno Pekan, Abdul Rahim Yahya.
"Kita rasa, di seluruh kawasan Felda, tuduhan ini tak bagi apa-apa impak kepada Najib.
"Sama ada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), (derma) RM2.6 bilion, atau cukai barangan dan perkhidmatan (GST) - di kawasan Felda memang tidak terjejas, sebab kami sudah dipupuk mengatasi masalah ini," kata peneroka Felda itu yang aktif dalam politik Umno setempat sejak 1980-an lagi.
Menjelaskan lanjut perkara tersebut, Rahim berkata beliau sendiri berpuas hati dengan harga kelapa sawit mereka yang dibayar Felda, bantuan persekolahan berjumlah RM300 setahun, insentif tahunan dan duit raya daripada Felda serta bayaran 'durian runtuh' yang diberikan agensi itu dari masa ke semasa.
"Perkara ini tak menjadi kudis gatal buat kami," katanya yang berasal dari Kedah, dan kini tinggal di Felda Chini 3.
Bagi seorang peneroka tanah rancangan Felda, Rozmah Jusoh, 62, beliau tidak membiarkan isu derma RM2.6 bilion itu mengganggu fikirannya.
Ditanya sama ada beliau maklum akan kontroversi berhubung derma itu, beliau berkata perkara itu tidak disaksikannya sendiri.
"Saya tak nampak, saya tak tahu. Dia duit banyak, itu hak dia. Kalau kita ada duit, kita pun macam dia juga. Jadi, kita tak boleh nak komenlah," katanya.
Bagaimanapun, walaupun kedudukannya kukuh di sini, sebilangan kecil penduduk tempatan tetap skeptikal dengan Najib.
Bekas ahli Umno, Abdul Ghafar Abdul Hamid berkata beliau keluar parti selepas ragu-ragu dengan kemenangan Datuk Seri Najib Razak pada 1999. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 September, 2015.
Bekas ahli Umno, Abdul Ghafar Abdul Hamid, 61, yang aktif bersama parti itu selama 43 tahun sebelum ini berpandangan, kedudukan Najib banyak dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chini merangkap pengerusi hal ehwal peneroka, Datuk Abu Bakar Harun, yang juga datang dari keluarga peneroka.
"Masalah masyarakat dia (Abu Bakar) tak tolak. Kenduri kendara dia datang," katanya yang keluar Umno selepas Pilihan Raya Umum 1999 kerana ragu-ragu dengan kemenangan tipis Najib pada masa itu.
Seorang lagi pesawah padi yang hanya dikenali sebagai Ahmad Rudin, 42, percaya dominasi Najib sukar dicabar kerana 'budaya ceklat' (budaya gula-gula) yang menebal di kalangan masyarakat setempat.
"Budaya 'ceklat' ini biasa. Apabila pilihan raya tiba, mereka bagi 'ceklat' dan orang ramai terima.
"Apa itu demokrasi? 'Demo-kasi' (mereka bagi)," katanya merujuk kepada bantuan segera yang dihulurkan kerajaan BN semasa musim pilihan raya. – 6 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/1mdb-derma-rm2.6-bilion-bukan-kudis-kekal-buat-najib-di-pekan#sthash.5NQDi5jk.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
-
Apa bila terpandang aje gambar poto ni, wak rasa sangat geli nak masuk restoren ................ Anda semua bagai mane pula? Walaupun ianya ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...