Showing posts with label Putra. Show all posts
Showing posts with label Putra. Show all posts

Thursday, March 13, 2025

Ibrahim Ali persoal bila SPRM nak siasat Teresa?

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 13, 2025 
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali mempersoalkan bila SPRM akan menyiasat ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung isu rasuah yang membabitkan bekas kakitangan pejabatnya.

Ini kerana katanya, Kok boleh disiasat berdasarkan Seksyen 25(1) dan (2) Akta SPRM 2009 kerana gagal melaporkan rasuah.

“Kalau tahu ada rasuah tapi buat bodoh dan tak lapor, itu dah satu kesalahan.

“Teresa sendiri mengaku dia dah tahu sejak tahun lepas, tapi tak ambil tindakan. Hukuman penjara sampai 10 tahun atau denda RM100,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Teresa Kok
Kok sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan kontroversi melibatkan bekas pembantunya yang disiasat SPRM akan mempengaruhi peluangnya untuk mempertahankan kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam pemilihan parti pada 16 Mac ini.

Menurutnya, dia sedia maklum ramai pihak yang tidak berpuas hati dengannya susulan penangkapan bekas kakitangannya itu yang didakwa terlibat dalam rasuah berhubung pembekalan papan pintar interaktif ke beberapa sekolah di Kuala Lumpur.

Pada 6 Mac, naib pengerusi DAP itu mendedahkan bahawa SPRM telah menahan dua bekas kakitangannya yang sebelum ini menguruskan kewangan dan dana kawasan di pusat khidmatnya sebelum meletak jawatan tahun lepas.

Bekas menteri perladangan dan komoditi itu percaya siasatan SPRM ada kaitan dengan pembelian papan pintar pada harga yang didakwa melambung tinggi.

Jelasnya, pada penghujung Oktober tahun lalu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menghubunginya untuk memaklumkan peruntukan kawasan pilihan rayanya sebanyak RM99,000 telah digunakan untuk menyalurkan papan pintar dan TV pintar kepada 16 sekolah.

Ibrahim turut mempersoalkan apakah Kok tidak melaporkan kes penyelewengan tersebut tetapi hanya memecat pembantunya itu.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu menyorot kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana sengaja tutup mata.

“Apabila dana awam dirompak depan mata, tapi orang yang bertanggungjawab buat tak tahu, itu bukan salah ke?

“Undang-undang kata kalau tahu jenayah berlaku dan sengaja tak lapor, boleh kena tindakan. Hukuman penjara sampai enam bulan atau denda,” katanya yang turut merujuk Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kes pecah amanah jenayah.

Ibrahim berkata sekiranya Kok tahu bahawa ada penyelewengan, tetapi tidak berbuat apa-apa, maka tindakannya boleh dianggap sebagai kecuaian yang membawa kepada pecah amanah jenayah.

Sabit kesalahan, bekas presiden Perkasa itu berkata hukumannya adalah penjara maksimum 20 tahun dan denda.

“Soalan mudah: kalau bukan salah staf tu, kenapa pecat? Kalau staf tu salah, kenapa tak lapor?

“Ini bukan syarikat mak bapak dia, ini duit peruntukan RM700,000 bagi sekolah-sekolah dalam kawasan dia yang lesap.

“Kalau ini terjadi dekat MP (ahli parlimen) pembangkang, agak-agak apa jadi? Mesti SPRM dah berkampung depan rumah siap ada sidang media.

“Tapi sebab Teresa Kok dari kerajaan Madani dan bekas menteri DAP, tiba-tiba semua senyap. Undang-undang mesti sama untuk semua. Kalau dia dah tahu duit lesap, tak lapor, cuma pecat staf, itu bukan tindakan, itu cover-up. Jadi, bila SPRM nak siasat?” soal Ibrahim lagi.

Friday, March 17, 2023

Isu air Kelantan: Suara Zahid ibarat ‘meriam buluh’, kata Ibrahim Ali

agendaily.com
17/03/2023
Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali menempelak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menempelak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang kononnya berkata parti – yang kini bergabung bersama DAP di dalam Pakatan Harapan (PH) – boleh menyelesaikan isu air di Kelantan, jika memerintah.

Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata UMNO yang kini bergabung membentuk kerajaan PH-Barisan Nasional (BN) memulangkan royalti kepada rakyat dan kerajaan Kelantan sebelum bercakap soal bekalan air bersih.

Menurut, kenyataan Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, kerajaan PH-BN mengatakan masalah air Kelantan akan selesai sekiranya BN menang dan kembali memerintah negeri itu disifatkan sebagai ‘meriam buluh ketika waktu berbuka puasa’.

“Saya nak lihat, mampukah Zahid menasihati Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya melunaskan royalti minyak mengikut perjanjian atau sanggupkah terus mengalas dosa yang akan menerima hukuman Allah kelak?

“Walaupun wujud perbedaan politik dan parti…namun hak yang termaktub dalam perjanjian wajib di hormati dan di laksanakan.

“Berjanji apa yang sudah termaktub dalam perjanjian dengan syarat undi UMNO dulu adalah suatu pendustaan yang amat mengaibkan dan memalukan,” katanya berucap merasmikan Persidangan Tahunan Putra Bahagian Pasir Mas di Bunut Susu, Pasir Mas hari ini (17 Mac 2023).

Dua hari lalu, Zahid merayu rakyat Kelantan supaya memberi peluang kepada UMNO untuk tempoh lima tahun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, bagi menyelesaikan masalah bekalan air negeri ini.

Kata Zahid masalah air di Kelantan adalah janji UMNO yang akan diselesaikan sekiranya diberi peluang oleh rakyat.

“Bagi saya di Kelantan, masalah air mesti diselesaikan dan itu adalah janji UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dalam keadaan ini, pengundi Kelantan perlu membantu UMNO untuk sekali ini.

“Cuba beri peluang untuk UMNO hanya untuk lima tahun sahaja, jika dirasakan tidak okay, boleh tukar semula,” katanya.

Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, janji atau sumpah akan menjadi pemimpin bersih dan menolak rasuah lebih baik dan rakyat pasti akan menghargainya.

Katanya yang juga dikenali sebagai Tok Him, budaya janji sudah lapuk dan tidak releven dengan dunia hari ini apabila rakyat sudah bijak membuat penilaian khususnya golongan muda.

“Janji UMNO selama ini sudah bertimbun yang tidak di tunaikan. Apakah… masih tidak sedar bahawa zaman mempersendakan minda rakyat sudah berakhir.

“Dasar UMNO, selagi tidak di beri kuasa mentadbir negeri, tiada pertolongan kerajaan Pusat. Bagi menang UMNO dulu, baru ada pertolongan dan apa jua masaalah untuk di selesaikan. Perkara ini sungguh tidak ada hati budi dan tidak menghormati Perlembagaan negara,” katanya menurut Utusan.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Pas tidak mampu untuk membangun negeri tanpa wang atau peruntukan yang cukup kerana mereka tidak mempunyai pemimpin kreativiti dan inovasi.

Katanya, pemimpin Pas lebih suka berceramah dengan ungkapan retorik sepanjang masa walaupun Kelantan mempunyai sumber berpotensi untuk dimajukan.

“Jika dapat royalti minyak pun, belum tentu akan di guna sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Monday, November 30, 2020

Parti PUTRA Bakal Letak Calon PRK Gerik

peraktoday.com.my
NOVEMBER 29, 2020

IPOH – Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) berkemungkinan meletakkan calon untuk pertama kali bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik pada Januari tahun depan.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, walaubagaimanapun pihaknya akan memikirkan kebaikan serta keburukan peletakan calon berkenaan dengan parti pusat sebelum membuat keputusan akhir.

“Setakat ini, kita belum membuat keputusan muktamad samada akan bertanding atau tidak tetapi mungkin boleh difikirkanlah bagi PUTRA akan bertanding.

“Kalau diikutkan, Gerik bukan salah satu kerusi pilihan PUTRA tetapi memandangkan PRK ini adalah peluang pertama untuk parti Putra mengambil bahagian dalam PRK bakal datang”, katanya dalam satu sidang media

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas ekoran banjir di sekitar Kampung Cempaka Sari, Kampung Sri Kinta dan Kampung Kuala Pari di Dewan Komuniti Kg. Cempaka Sari, Ipoh.

Pada masa sama, Hamidah Osman berkata, pemilihan calon bagi kerusi berkenaan adalah dari kawasan berkenaan dimana mereka lebih arif dan mahir di kawasan itu.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS akan memberi laluan kepada UMNO untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik yang ditetapkan pada Januari tahun depan.

Wednesday, May 29, 2019

96 lagi parti Melayu patut ditubuhkan - Ibrahim balas sindiran Dr M


Sindiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dibalas dengan sindiran oleh presidennya, Ibrahim Ali.

Menurut Ibrahim adalah lebih baik sekiranya lebih banyak parti berteraskan Melayu ditubuhkan jika itu dimahukan orang Melayu.

Namun katanya, yang membezakan Putra dengan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) adalah mereka tidak bersekongkol dengan DAP.

"Adalah baik kalau ada 100 parti Melayu, jika ini yang dikehendaki oleh orang Melayu.

"(Tetapi) dalam menjaga perpaduan Melayu, Bersatu jatuh nombor ketiga selepas PKR dan Amanah. Dan jika Putra jatuh nombor empat, masih ada 96 lagi parti Melayu yang patut ditubuhkan untuk mencapai 100 Parti.

"Bezanya jika silap Putra ditubuh jika dibandingkan dengan Bersatu yang menjaga kepentingan Melayu ialah Putra tidak bersekongkol dengan DAP yang banyak jasa membina perpaduan rakyat Malaysia," sindirnya dalam satu kenyataan.

Bersatu merupakan parti serpihan Umno yang dipimpin oleh Mahathir dan ditubuhkan sebelum PRU lalu bagi menentang kerajaan pimpinan Najib Razak.

Parti itu menerima dua keanggotaan iaitu ahli biasa bagi Bumiputera dan ahli bersekutu bagi bukan Bumiputera.

Tujuan penubuhannya antara lain adalah untuk menegakkan Islam sebagai agama persekutuan dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedaulatan Raja-raja Melayu.
Mahathir dalam sidang akhbar semalam secara sinis berkata, lebih banyak parti politik ditubuhkan adalah lebih baik bagi membuktikan tiada satu pun parti orang Melayu memiliki majoriti besar di negara ini.

"Kita bebas untuk tubuhkan seberapa banyak parti politik yang kita mahu, bukankah bagus kalau kita ada 100 parti?

"Dengan itu, orang Melayu akan berpecah 100 parti dan tak ada satu parti Melayu besar yang tunggal," kata Mahathir dengan nada sinis.

Tak cakap tak serupa bikin

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata terdapat banyak lagi perkara yang membezakan Putra dengan parti lain, khususnya dari segi kepimpinan.

"Pemimpin Putra setakat inilah tidak cakap tak serupa bikin dan pemimpin Putra tidak nampak gajah depan mata tapi nampak kuman seberang laut.

"Perbezaan yang amat ketara ialah Putra baru ditubuhkan. Jika dibandingkan juga dengan Bersatu ialah Bersatu telah pun menyertai PRU14 dan telah menyumbang peranan yang bermakna ke arah perpaduan Melayu.

"Hasilnya dapat kita lihat bersama di mana landskap politik negara telah berubah dari Malaysia lama kepada Malaysia Baru. Hebatkan," kata Ibrahim.

Pada 8 Mei lalu, Putra yang diasaskan Ibrahim menjadi parti terbaru diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Penubuhan parti itu tersebut menerima reaksi negatif beberapa pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang menyifatkan ia merugikan orang Melayu.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-