Showing posts with label RUU. Show all posts
Showing posts with label RUU. Show all posts

Friday, March 7, 2025

‘Ini formula kami untuk masa depan rakyat Terengganu’

kosmo.com
Oleh ZULKIFLI MANZOR
7 Mac 2025, 7:20 pm
Rafizi.
PETALING JAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penyimpanan dan Penggunaan Karbon (CCUS) diluluskan di Dewan Rakyat semalam membuka ruang kepada pembangunan industri CCUS di Malaysia.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, RUU itu memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek termasuk berpotensi menarik pelaburan sehingga USD250 bilion menjelang 2050.

Menurut beliau, RUU itu menyokong agenda peralihan tenaga negara, menjadi pemacu ekonomi baharu dah akan mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan baharu.

“Lebih daripada itu, CCUS bakal menghidupkan kembali industri di Pantai Timur, khususnya di Kerteh.

“Tanpa CCUS, Kerteh bakal berdepan cabaran besar apabila sumber gas dan minyak luar pesisir Terengganu semakin menyusut.

“Ini strategi Kerajaan Madani untuk masa depan rakyat Terengganu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran berasingan, Rafizi berkata, kelulusan RUU CCUS akan memberi nafas baru kepada pembangunan industri di Pantai Timur, terutama di Kerteh.

Ujar beliau, tanpa CCUS, Kerteh terpaksa berdepan dengan keadaan bila mana bekalan gas dan minyak dari luar pesisir pantai Terengganu semakin berkurang.

“Ini formula kami untuk masa depan rakyat Terengganu,” katanya. 

– KOSMO! ONLINE

Thursday, February 20, 2025

Pembangkang dakwa URA dibuat tergesa-gesa, ada muslihat

malaysiakini.com
Haspaizi Zain & Hariz Mohd & Ili Aqilah
Diterbitkan: Feb 20, 2025
Pembangkang mempersoalkan kegagalan kerajaan untuk menyediakan buku rang undang-undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) meskipun pembentangannya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Takiyuddin Hassan (PN- Kota Bharu) berkata, perkara itu bukan sahaja menimbulkan persoalan, malah membuktikan RUU tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan mempunyai muslihat tertentu.

"Sehingga hari ini blue bill RUU masih belum ada di atas meja ahli parlimen, kita ada lagi lapan hari.

"Kita tak fahamlah kenapa begitu lewat. Sepatutnyaa RUU dapat (dibentang) di awal persidangan, sebahagian daripada RUU sampai ke hari ini masih lagi belum (dapat).

"Jadi, kesimpulannya RUU ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan juga mempunyai muslihat yang tertentu," katanya pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin di parlimen, hari ini.

Semalam ahli parlimen pembangkang menyifatkan cadangan akta itu sebagai taktik halus untuk menyingkirkan orang Melayu dan kaum India miskin daripada menetap di kawasan bandar.

Ini kerana melalui akta tersebut, kerajaan menurunkan nilai ambang persetujuan untuk pembangunan semula kawasan perumahan strata.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan mencadangkan agar ambang persetujuan diturunkan kepada 80 peratus untuk bangunan di bawah umur 30 tahun, 75 peratus untuk bangunan berusia lebih 30 tahun, dan 51 peratus untuk hartanah tidak selamat atau terbiar.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menyifatkan undang-undang itu sebagai “akta rampas rumah”.

Nga bagaimanapun membidas kenyataan tersebut yang didakwanya berniat jahat serta menafikan URA menindas kaum tertentu.

‘Macam budak sekolah’

Dalam pada itu Hamzah Zainuddin (PN-Larut) menyifatkan parlimen tidak memiliki kebebasan untuk bersuara apabila sering dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat daripada membangkitkan sesuatu isu ataupun pertanyaan.
Katanya, parlimen kini bukan lagi tempat untuk pembuat dasar, sebaliknya lebih kepada "sesi persekolahan" yang dipantau oleh "pengetua" yang tegas.

"Bila timbulnya isu-isu gag order dan sebagainya, kita kadang-kadang merasakan Dewan (Rakyat) ini patut bebas kerana kita law maker, hari ni kita bukan lagi jadi law maker, kita jadi budak sekolah.

"Yang ada bukan monitor lagi, yang ada pengetua yang begitu strict, jangan cakap, duduk dalam kelas, jangan tanya. Cikgu hanya ada berapa minit sahaja, kau tengok sahaja, kalau tak reti tak faham, tengok sahaja," katanya.

Hamzah turut menyentuh isu ketiadaan beras tempatan di pasaran yang didakwa berpunca daripada kartel dan masih gagal ditangani kerajaan sehingga kini.

Katanya, dia membuat lawatan ke sebuah pasar raya di Cheras baru-baru ini dan mendapati tiada langsung beras tempatan.

Sebaliiknya, katanya, hanya beras import dijual dengan harga RM48 dan diberi diskaun sebanyak RM15.

"Cuba kita fikir logik, kalau orang buat diskaun sampai RM15, mesti ada kartel...ini kerajaan kena sedar.

"Pengurus (pasar raya) beritahu hanya pada hari minggu beras dijual pada harga RM2.6 sekilogram pada Jualan Rahmah...itu 300 kampit sahaja," katanya lagi.

Thursday, April 7, 2022

Tangguh RUU Anti Lompat Parti, ada gunting dalam lipatan, Zahid soal kerajaan

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-April 7, 2022 9:09 AM
Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah tiba masanya Umno dalam kerajaan lebih tegas menangani isu RUU Anti Lompat Parti sebelum menambahkan lagi kemarahan semua pihak. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Keputusan kerajaan untuk tidak bersetuju membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat umpama memberi isyarat terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan itu, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata penangguhan RUU itu menunjukkan kerajaan dipimpin Ismail Sabri Yaakob tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk menggubalnya.

“Dengan kata lain, perundangan ‘antilompat’ akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali, kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan. Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?

“Sudah tentu ini amat mengecewakan rakyat Malaysia yang sudah lama menanti kewujudan undang-undang dilaksanakan segera kerana mandat rakyat memilih pemimpin ketika pilihan raya hilang apabila lompat parti,” katanya di Facebook.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam berkata Jemaah Menteri tidak bersetuju dengan cadangan RUU Anti Lompat Parti.

Beliau berkata, RUU itu tidak akan dibentangkan dalam sidang khas Isnin ini, sebaliknya ia dihantar balik untuk kajian lanjut ke atas definisi “lompat parti”.

Kenyataan Wan Junaidi itu mengesahkan laporan FMT terdahulu yang memetik sumber sebagai berkata, Jemaah Menteri meminta semakan ke atas RUU itu, lima hari sebelum sidang khas itu diadakan.

Sumber berkata, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat mengenai RUU itu pada Ahad ini, di mana semua ahli Parlimen dan senator dipanggil.

Mengulas lanjut, Zahid berkata sudah tiba masanya Umno dalam kerajaan lebih tegas menangani isu berkenaan sebelum menambahkan lagi kemarahan semua pihak yang mahu undang-undang lompat parti disegerakan.

Zahid juga berkata keputusan kerajaan menangguhkan pembentangan RUU itu sebagai tamparan hebat kepada Pakatan Harapan (PH) yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Ismail.

“Saya sudah menyatakan bahawa persefahaman kerajaan sedia ada di antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan PH perlu dinilai semula kerana dinilai kurang tegas dalam usaha untuk mempercepatkan membentang dan meluluskan undang-undang ini.

“Sudah pasti ini juga satu tamparan hebat terhadap PH yang membuat persefahaman dengan kerajaan yang sebenarnya bimbang tak mampu dan tak bersedia berdepan PRU jika Parlimen dibubarkan,” katanya.

Thursday, July 13, 2017

Stadium, masjid antara lokasi pesalah syariah boleh disebat

Oleh NOR AFIQAH MAT NOR dan EDDY HAMIDI
Seorang peniaga wanita di Aceh, Indonesia dijatuhi hukuman sebat di depan khalayak ramai kerana didapati bersalah menjual minuman keras. Kelantan juga akan melaksanakan undang-undang seumpama itu tidak lama lagi.

KOTA BHARU – Hukuman sebat ke atas pesalah jenayah syariah di Kelantan akan dilaksanakan mengikut kaedah dan pendekatan sepertimana yang dilakukan di penjara di negara ini.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad berkata, apa yang berbeza, pindaan tersebut hanya melibatkan lokasi pelaksanaan hukuman.

Menurut beliau, sebelum ini, hukuman sebat hanya dilaksa­nakan di penjara dan bukannya di khalayak ramai seperti yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017).

“Apa yang berbeza ialah mahkamah akan menentukan mana-mana lokasi sesuai di khalayak ramai dan selamat seperti stadium atau masjid untuk me­laksanakan hukuman sebat terhadap pesalahnya.

“Kita masih mengekalkan kaedah sama termasuk cara sebatan, jenis rotan dan ukuran rotan.

“Pelaksanaan hukuman itu juga mesti diluluskan oleh pegawai daripada Jabatan Kesihatan dan hukuman sebatan tersebut turut dihadiri oleh doktor,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4mfMW6Lma
Hakcipta terpelihara

Wednesday, March 15, 2017

Orang Cina keluar DAP, orang Melayu pula menyondol masuk

“Abandon ship”, itulah istilah paling sesuai dengan keadaan ahli DAP hari ini. Kapal hendak karam masing masing mula hendak terjun ke laut.

Setelah 4 wakil DAP yang ada jawatan di Melaka meninggalkan parti, kemudian 182 pula ahli “hardcore” meninggalkan parti, memang sah parti DAP sedang bermasalah.

Di Sarawak pun ada sudah ramai meninggalkan parti DAP cuma tidak dihebohkan seperti di Melaka.

Jarang berlaku ahli DAP meninggalkan parti kerana yang menyokong DAP selalunya fanatik dan "hardcore".

Apa apa terjadi pun mereka selalunya tidak akan tinggalkan DAP, memadai dengan protes dan tidak undi DAP dan bukannya lucut keahlian DAP.

Maka jika mereka tinggalkan DAP tentu ada sesuatu yang amat besar berlaku.

Yang keluar DAP hari ini sebenarnya bukan sahaja sebab musabab atas kejadian baru sahaja berlaku seperti DAP gugur prinsip dan cium Tun Mahathir, tetapi kemarahan dan kebencian yang terkumpul sejak sekian lama.

Sejak 51 tahun, siapa yang tidak marah. Lepas dia, dia lagi dan lagi. Umno sudah bertukar enam presiden, MCA sembilan presiden, Gerakan pula enam presiden. DAP masih lagi Kit Siang.

Ahli ahli ini keluar kerana dikhianati oleh Lim Kit Siang dan sifat hipokrasi Guan Eng berkenaan rasuah. Parti DAP bolehlah digelar sebagai parti Diktator Anak & Papa (DAP).

DAP atas tindakan Kit Siang telah menyebabkan ahli berprinsipnya tidak lagi menghormati dan mempercayainya.

Sama dengan tindakan jutaan ahli UMNO tidak menghormati dan mempercayai Mahathir kerana sanggup jatuhkan maruah dan melawan prinsip diri sendiri.

Kit Siang dan Mahathir jadi begitu kerana kepentingan keluarga dan peribadi, bukan sebab parti. Mereka berdua hanya pedulikan keluarga dan kuasa mereka.

Amat pelik, ketika ahli ahli kaum Cina dalam DAP berkira kira mahu meninggalkan DAP, ada pula orang Melayu mahu menyokong DAP.

Paling ramai adalah mereka yang menyertai parti Amanah atau pun PAN. Parti PAN adalah "sayap" parti DAP berbaju Melayu Islam.

Walaupun wakil PAN dalam ceramahnya ada membaca Quran dan hadis namun mereka setakat itu sahajalah. Ini kerana, akhirnya DAP hanya pintal telinga Mat Sabu dan PAN akan menjinjing tulang yang diberikan oleh DAP.

Selain itu DAP juga mengkader dengan gaji yang lumayan kepada beberapa orang Melayu liberal dan tiada pegangan agama.

DAP perlukan mereka untuk isu berkaitan Melayu supaya tidaklah terlihat DAP anti Melayu Islam jika isu itu dibawa oleh oleh Melayu sendiri.

DAP juga bijak menggunakan Melayu untuk luluskan RUU kandang babi di Penang.

DAP juga menggunakan seorang bekas "Ultra Melayu" yang sangat terdesak akibat faktor umur untuk tarik undi Melayu.

Sedang umurnya bertambah, cita citanya masih belum tercapai, maka atas sebab itulah dia menjual semua prinsip politik untuk mendapatkan kuasa kepada anaknya.

Apa yang dulu dia hina sedang cuba dibersihkannya sendiri.

Maka kini DAP sudah ada dua kelompok Melayu bebal untuk dipergunakan.

Satu kelompok dari PAN dan satu lagi sedang diusahakan menyokong DAP hasil dari kerjasama dengan geng bunga.

Jika dahulu hubungan DAP dan PAS atas dasar tahaluf siyasi. Kini hubungan PAN dan DAP umpama bos dan pekerja.

Biarlah Melayu yang menyondol sokong DAP terjun dengan labu labunya. Sesudah dapat undi, DAP akan jadikan mereka hampas sahaja.


Tulisan :
Beruang Biru
BB327, Selasa
14 Mac 2017

Friday, December 4, 2015

Dewan Rakyat luluskan RUU Majlis Keselamatan Negara dengan undian suara

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 3 December 2015 11:27 PM

Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara akan memberikan kuasa kepada anggota yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengarahkan penahanan individu tanpa waran apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan. – Gambar Reuters, 3 Disember 2015.

Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikritik memberi kuasa penuh kepada perdana menteri, diluluskan malam ini melalui undian suara dengan majoriti ahli Parlimen menyokong.

RUU yang dibentangkan hanya dalam tempoh 2 hari itu memberikan kuasa kepada anggota MKN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengarahkan penahanan mana-mana individu tanpa waran apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

Ketika perbahasan di peringkat jawatankuasa, Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) N. Surendran berkata, RUU itu didraf dengan sangat lemah dan menggesa ianya ditarik balik.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching (DAP) Chong Chieng Jen menggesa agar ahli Parlimen Sarawak mempertahankan hak negeri itu, dan berkata kerajaan Pusat berupaya mengatasi kuasa kerajaan negeri dengan RUU berkenaan.

"Jangan kita izinkan hak Sarawak dihakis.

"Dengan nasihat ketua menteri Sarawak, jangan kita tidur lagi," katanya.

Sebelum itu, RUU berkenaan diluluskan di peringkat dasar Parlimen, dengan majoriti ahli Dewan Rakyat menyokong usul yang dibawa Putrajaya itu.

Seramai 107 ahli Parlimen menyokong, manakala 74 ahli Parlimen menolak RUU itu diluluskan ketika sesi pengundian belah bahagi dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan RUU itu diperingkat dasar berkata, undang-undang itu bukan bertujuan untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan darurat, sebaliknya hanyalah sebagai kawasan keselamatan.

"RUU ini memberi kuasa-kuasa kepada MKN untuk menubuhkannya secara rasmi. Nak pastikan supaya dapat menyelaraskan maklumat.

"Agensi pasukan keselamatan dalam kawasan keselamatan mempunyai kuasa yang sama, Yang Berhormat faham ke maksud saya. Bila kita isytiharkan itu kawasan keselamatan itu peraturan.

"Ini keselamatan bukan darurat, darurat lain. Kalau hendak isytihar perintah berkurung, bukan darurat. Tetapi kita tiap-tiap hari kita umum di Esszone, itu kita guna kuasa polis," kata Shahidan, merujuk kepada kawasan keselamatan yang ditubuhkan di Timur Sabah susulan pencerobohan pengganas Kesultanan Sulu.

Shahidan juga turut menegaskan, Putrajaya sudah mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Peguam Negara sebelum membentangkan RUU berkenaan.

"RUU ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Ianya dirujuk kepada peguam negara, dan beliau beritahu ia tidak bercangah Perlembagaan," katanya, yang juga ahli Parlimen Arau. – 3 Disember 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dewan-rakyat-luluskan-ruu-majlis-keselamatan-negara-dengan-undian-suara#sthash.fScrBjoE.dpuf

Wednesday, March 18, 2015

MCA ajak semua komponen BN putuskan hubungan dengan UMNO jika sokong hudud

MCA akan kaji semula kedudukkannya dalam BN, putuskan hubungan dengan UMNO, malah akan mengajak semua parti komponen BN lain turut putuskan hubungan dengan UMNO jika parti itu menyokong pelaksanaan Hudud, kata Gan yang juga bekas naib presiden MCA. - Foto arkib TRP

KUALA LUMPUR, 18 Mac:

MCA mesti memutuskan hubungan dengan UMNO jika parti yang bersama dengannya menjadi teras Barisan Nasional (BN) itu berpendirian menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) Kelantan 1993 bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusi Biro Undang-undang Syariah dan Unit Khas Pelaksanaan Polisi MCA, Gan Ping Sieu berkata, senario sekarang memaksa parti itu untuk bertindak.

“Timbalan presiden saya, ketika menjawat jawatan Ketua Pemuda MCA sudah menegaskan jika perkara itu berlaku (UMNO menyokong hudud) bermakna sudah tiba masanya MCA mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional,” kata Gan.

Menurut Gan, beliau berpendapat jika UMNO menyokong RUU berkenaan di peringkat Persekutuan atau Parlimen, maka ia telah melanggar asas fundamental negara, pembinaan bangsa dan kontrak sosial.

“Malah MCA, dalam hal ini, jika saya terpaksa menyatakan di sini, saya akan mengajak semua parti komponen (BN) yang lain untuk turut memutuskan hubungan dengan UMNO,” tegas Gan ketika bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu negara, Selasa malam, dan diterbitkan portal berita Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong sudah menyatakan secara terbuka berkata parti berkenaan akan mengkaji kedudukannya dalam BN jika UMNO menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

Jika perkara tersebut berlaku, bermakna sudah tiba masanya MCA berbincang tentang kedudukannya dalam BN, kata Ka Siong ketika menjadi ahli panel Wacana Sinar Harian bertajuk, “Hudud: Bersediakah Kita” di Shah Alam pada 8 Mei tahun lepas, .

Ka Siong yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, MCA tidak pernah menolak Islam tetapi parti itu cuma mempertikaikan hukum hudud yang cuba dibawa oleh PAS.

Pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan siang tadi, pindaan RUU EKSJ II 1993 setebal 47 muka surat dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob pada jam 11 pagi dan turut disokong Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN), yang kesemuanya dari UMNO.

Bagaimanapun, perbahasan pindaaan enakmen tersebut ditangguhkan hingga esok, hari terakhir sidang DUN khas, yang mana semua ADUN akan mengundi bagi menyokong atau menolak pindaan terhadap RUU EKJS II 1993 itu, yang sudah wujud sejak 22 tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sokongan kepada pindaan EKSJ II 1993 itu dilakukan wakil rakyat UMNO kerana Allah.

Md Alwi yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri itu ketika berucap menyokong pindaan EKSJ II di DUN Kelantan hari ini berkata, sokongan ADUN UMNO terhadap pindaan yang memasukkan hukum hudud itu ikhlas dan bukan kerana politik semata-mata..

Beliau turut mengajak pemimpin PAS dan UMNO untuk bekerjasama bagi memastikan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan udang-undang tersebut berjaya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/18/mca-ajak-semua-komponen-bn-putuskan-hubungan-dengan-umno-jika-sokong-hudud/#ixzz3UkIyFSdK

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-