Showing posts with label Taliban. Show all posts
Showing posts with label Taliban. Show all posts

Monday, November 14, 2022

Tiada bukti PAS, Taliban ada kaitan, tapi wujud bukti DAP pro-komunis

agendaily.com
14/11/2022
Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim menempelak kenyataan Nga Kor Ming.

PAS menempelak naratif yang dimainkan semula oleh DAP dengan mengaitkan Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan sekiranya PAS memerintah, sedangkan terbukti tiada ahli atau pemimpin parti itu yang terlibat dengan Taliban.

Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata sudah terbukti PAS tidak ada hubung kait dengan kegiatan keganasan sebagaimana pembabitan DAP yang secara terang-terang mengangkat perjuangan komunis.

Malah katanya, ada pemimpin DAP yang agresif dan radikal amat bangga memperkenalkan diri berketurunan datuk moyang daripada kalangan penggerak kegiatan komunis di Malaysia suatu ketika dahulu.

“Mereka sanggup bawa abu mayat Chin Peng balik (ke Malaysia), mengadakan majlis memperingati komunis kononnya sebagai pejuang di Tanah Melayu dan mengangkat komunis untuk dikatakan sebagai sebahagian pejuang kemerdekaan.

“Ini merupakan satu pembohongan manipulasi kepada sejarah. Hakikatnya komunis telah membunuh ramai anggota pertahanan keselamatan Tanah Melayu ini ketika zaman 60-an, 70-an atau sebelum itu lagi.

“Komunis telah menembak mati ramai pejuang-pejuang pasukan keselamatan tanah air dalam kalangan polis, tentera yang mereka lakukan dengan secara subversif,” katanya menurut lidah rasmi PAS, Harakah.

Iszuree berkata DAP tidak boleh menafikan mereka pro komunis dengan cuba menuding jari kepada PAS kononnya pro-Taliban yang bersifat agresif atau tuduhan seumpama tanpa bukti, sedangkan bagi DAP telah ada bukti nyata.

Sebelum ini, pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming sekali lagi memainkan naratif dengan mengaitkan PAS dan ‘negara Taliban’ bertujuan mengurangkan pengundi bukan Islam kepada Perikatan Nasional.

Media melaporkan Kor Ming sebagai berkata, sekiranya PN yang terdiri daripada Bersatu yang berasaskan Melayu dan PAS (Islamik) berkuasa, Malaysia akan menjadi seperti ‘Afghanistan’.

DAP adalah anggota parti komponen dalam Pakatan Harapan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta AMANAH.

Monday, March 25, 2019

‘Kamu tuduh kami Taliban, di belakang kamu ada Komunis’

News | Diterbitkan Hari ini 11:47 tengahari

Presiden PAS Abdul Hadi Awang melabel pengkritik yang menyamakan partinya dengan Taliban sebagai disokong oleh komunis.

Menerusi sajaknya yang disiarkan di akaun media sosialnya malam semalam, Hadi menulis: "Kamu tuduh kami Taliban, di belakang kamu ada Komunis."

Adalah dipercayai hantaran itu bagi menjawap kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika Umno dan PAS membentuk kerajaan.

Susulan itu, pemimpin Umno dan PAS membidasnya dan mendakwa bahawa sepanjang tiga dekad pemerintahan PAS di Kelantan membuktikan bahawa golongan minoriti tidak pernah didiskriminasi.

Nga enggan memohon maaf berhubung ucapannya itu.

View image on Twitter



Abdul Hadi Awang@abdulhadiawang

Datang bersuluh di Bandar Seremban,
Naik Perahu ke Pulau Manis,
Kamu tuduh kami Taliban,
Di belakang kamu ada Komunis.

Tegakkan Islam, Melayu dan semua kaum selamat!
563
11:40 PM - Mar 24, 2019
243 people are talking about this

Tinjaaun Malaysiakini mendapati sajak itu mendapat pujian di laman Facebooknya tetapi hantaran yang sama di Twitter mengundang tindak balas negatif.

Wednesday, March 20, 2019

Umno dan PAS: Air dicincang takkan putus

News | Diterbitkan Hari ini 9:55 pagi


Selepas Umno mengumumkan parti berkenaan 'bersanding' dengan PAS dua minggu lalu, kini naratif baru pula dipersembahkan oleh parti yang mentadbir Kelantan dan Terengganu itu.

Di sebalik pelbagai kenyataan - dan harapan - kesan perhubungan tersebut, pada 18 Mac Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak boleh 'berkahwin' dengan Umno.

Alasan Abdul Hadi, kedua-dua parti terbabit sebenarnya adik-beradik dan jika perkahwinan dijalankan ia akan membawa kesan amalan sumbang mahram.

Kenyataan anggota parlimen Marang itu sekali gus selari dengan pendapat anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Rais Hussin Mohamed Ariff yang dibuat sehari selepas PAS dan Umno bermusyawarah di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpu pada 5 Mac lalu.

"Perkahwinan politik PAS dan Umno adalah sumbang mahram. Ia melibatkan dua keturunan yang tercemar mengahwini satu sama lain untuk menutup perkara yang memalukan," katanya.

Semalam Setiausaha Politik Abdul Hadi Syahir Sulaiman tampil untuk menjelaskan justifikasi dibuat bekas menteri besar Terengganu itu.

Kata Syahir hubungan kedua-dua parti kini memasuki fasa dinamik yang baru dan berlaku secara semula jadi.

Syahir berkata perkembangan berkenaan seumpama hubungan adik-beradik yang kembali bertaut selepas sekian lama berseteru.

"Perlambangan adik-beradik ini membawa 1,001 makna tersendiri, dan memberi dimensi baru terhadap prospek penyatuan ummah yang lebih cerah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca Hadi: Kalau PAS-Umno kahwin, jadi sumbang mahram

Syahir yang juga pengarah strategi Pemuda PAS menambah usaha memulihkan hubungan adik-beradik tersebut adalah perkara yang baik dan perlu disegerakan.

Katanya seruan penyatuan dibawa PAS adalah di atas dasar Islam dan mengajak kepada penghayatan ajaran Islam yang sebenar, serta mengiktiraf peranan serta kedudukan masyarakat majmuk dalam Malaysia.

Kata Syahir usaha itu tidak disenangi pihak tertentu khususnya DAP dan Amanah apabila mereka mendakwa ia boleh mewujudkan negara Taliban.

Namun katanya hujah itu tertolak dengan sendirinya melalui pengalaman orang bukan Islam di Terengganu dan Kelantan.

"Biduk lalu kiambang bertaut, dan air yang dicincang tidak akan putus," katanya.

Sunday, March 10, 2019

'Label Umno-PAS Taliban, DAP hanya jejaskan sokongan Melayu pada PH'

Haspaizi Zain
Diterbitkan Hari ini 8:58 malam 


Tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama Umno dan PAS dengan Taliban akan menghakiskan lagi sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis politik.

Pensyarah Universiti Malaya Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis berkata ia di saat tahap sokongan golongan itu terhadap mereka tidak begitu tinggi.

"Kenyataan (Nga) memberi kesan buruk kepada PH. Dengan 25 peratus undi Melayu yang diraih dalam PRU ke-14, ia pasti memberi kesan terhadap pola sokongan pengundi Melayu kepada mereka.

"PH harus ingat mereka menang ketika itu bukan kerana kekuatan yang ada, tetapi lawan yang cukup lemah dan berdepan pelbagai isu termasuk 1MDB," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Sin Chew Daily, Nga berkata Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban jika kerjasama Umno dan PAS berjaya membentuk kerajaan.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan rakyat berpecah dengan garis kaum dan agama.

Kenyataan itu susulan kerjasama rasmi antara dua parti itu yang dimeterai 5 Mac lalu.

Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali menegur Nga dan berkata kenyataan seumpama itu tidak akan membantu DAP untuk lebih diterima masyarakat.

"Kita harus sedar bahawa dengan hujah-hujah ekstrem tidak akan membawa DAP ke mana-mana, sebaliknya bakal meletakkan parti pada kedudukan paling sukar untuk mengubati imej yang dimomokkan selama ini," katanya.

Igauan PH

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Jeniri Amir berkata kenyataan yang negatif berkenaan Umno-PAS kerana kerjasama itu menjadi 'igauan' buat PH.

Katanya, dua parti itu terus menguasai sokongan orang Melayu dan justeru mengancam kerusi yang dimenangi PH dengan majoriti kecil pada PRU ke-14.

"PH tiada pilihan lain kecuali melemparkan kenyataan untuk merosakkan reputasi dua parti itu.

"Ia perancangan PH namun dilihat tidak memberi kesan kepada Umno dan PAS," katanya lagi.

Pemimpin DAP jangan buat kenyataan ekstrem - Sheikh Omar

Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bh.com.my

Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali (kiri) dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming. 
- Foto Zain Ahmed/Muhaizan Yahya

JOHOR BAHRU: Pemimpin DAP diminta supaya tidak membuat kenyataan keterlaluan berkaitan isu politik dan agama.

Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata sebagai pemimpin parti yang sudah menjadi kerajaan, mereka perlu berhati-hati dalam membuat ulasan mengenai isu semasa, termasuk membabitkan dasar, politik dan rakyat.

“DAP sebagai sebuah parti yang menjunjung semangat Perlembagaan dan menjadikan demokrasi asas perjuangan, harus mengambil pendekatan lebih sederhana dalam setiap pandangan.

“DAP tidak menyokong mana-mana aliran atau pandangan ekstrem dan sebagai pemimpin rakyat, kita harus menolak daripada bersikap sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, sebagai berkata Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kerjasama UMNO dan PAS membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut, Sheikh Omar berkata, pemimpin DAP bukan hanya mewakili kaum Cina, sebaliknya rakyat merentasi sempadan bangsa dan agama.

“DAP sering dituduh sebagai parti cauvinis, justeru (pemimpin) dengan hujah ekstrem tidak membawa DAP ke mana-mana, sebaliknya meletakkan parti pada kedudukan paling sukar untuk mengubah imej yang dimomokkan selama ini.

“Kita tidak mahu dimomokkan dengan ejekan komunis oleh musuh politik, kita juga tidak wajar melabel pihak lain sebagai Taliban. Kita harus matang dan keluar daripada perangkap pemikiran cetek dan jahil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama PAS dengan UMNO tidak menyalahi amalan demokrasi, justeru tidak wajar disamakan dengan politik Taliban.

Saturday, March 9, 2019

Malaysia jadi Afghanistan dikuasai Taliban jika UMNO-Pas memerintah

By admin
- 9 Mac 2019

Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan. 
- Nga Kor Ming

TAIPING – Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, pembentukan kerajaan UMNO-Pas merupakan satu keadaan “tiada patah balik” yang akan menyebabkan rakyat menderita.

“UMNO dan Pas telah mengambil tindakan bersama yang semakin ekstrem manakala golongan Melayu yang sederhana dan berfikiran terbuka pula menjadi berdiam diri.

“Golongan yang berfikiran sederhana dan pertubuhan masyarakat berkenaan harus bersatu dan menguatkan tenaga supaya negara menghala ke aras pemerintahan yang mengamalkan pendekatan sederhana dan bukannya ekstrim,” katanya.

Kor Ming dipetik Kwong Wah Yit Poh selepas menghadiri satu aktiviti sempena dengan sambutan Hari Wanita di Kampung Aulong di Taiping, Perak pada Jumaat.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, UMNO dan Pas bagaikan dua kapal yang semakin tenggelam dan mereka cuba menyelamatkan diri dengan berpaut bersama.

“Sesetengah pemimpin UMNO sudah didakwa di mahkamah dan parti itu penuh dengan skandal. Dalam Pas pula, terdapat juga pemimpinnya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau juga menyatakan kekesalannya apabila MCA dan MIC masih “berpelukan” dengan UMNO

“Jika Pas bekerjasama dengan UMNO, masyarakat majmuk yang terbina sejak 1957 akan berdepan krisis,” katanya 

– MalaysiaGazette

Wednesday, February 27, 2019

'Orang Islam pun ada hina nabi tanpa sedar'

Diterbitkan 26 Feb 2019, 8:15 malam 


Proses keadilan - terutama dalam Islam - perlu dijalankan secara teliti dan adil, bukannya semberono bagi memastikan sesuatu hukuman dikenakan dengan tepat.

Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zolkharnain Abidin berkata seseorang suspek tidak boleh ditangkap dan terus dijatuhkan hukuman.

Bagi sesetengah orang katanya lebih keras dan berat hukuman dikenakan ia lebih baik.

"Malaysia bukan negara Taliban," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zolkharnain yang juga pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah mengulas kes individu tertentu yang disyaki menghina nabi dan mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Selain mendesak kerajaan mengambil tindakan segera dan keras, ada antara mereka mempertikaikan mengapa suspek dibebaskan daripada tahanan polis.

Pagi tadi Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun menjelaskan suspek terbabit dibebaskan selepas tempoh reman yang dibenarkan mahkamah tamat.

Dakwa nabi begitu begini

Kata Mohamad Fuzi, keputusan untuk mendakwa atau tidak suspek terletak pada Jabatan Peguam Negara dan bukannya Polis Diraja Malaysia.

Pemuda Umno dan PAS pula mengancam untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran jika suspek - berusia 68 tahun - tidak diambil tindakan.

Kata Zolkharnain apabila seseorang itu ditahan dia tidak boleh terus dihukum sebaliknya perlu disiasat dengan saksama.

Baca 'Ambil tindakan isu hina nabi atau kami berhimpun'

"Setelah terbukti kesalahan dibuat dengan sedar dan sengaja, hukumlah," katanya.

Beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad tidak terus menghukum seseorang yang mengaku salah depan baginda.

Sebaliknya kata Zolkharnain Rasulullah menjalankan siasatan dengan teliti dan melihat pelbagai kemungkinan supaya keadilan dapat ditegakkan.

Beliau juga mengingatkan perbuatan menghina nabi bukan saja berlaku dalam kalangan orang bukan Islam.

Sebaliknya kata Zolkharnain ada orang Islam juga menghina nabi secara tidak sedar.

"Misalnya, ada agamawan yang berkata, nabi berkata begitu dan begini, padahal baginda tidak berkata begitu pun.

"Itu suatu pembohongan dan juga penghinaan ke atas nabi. Tapi oleh kerana penghina itu agamawan, ia tidak dianggap menghina oleh sesetengah orang, sebab dalam dunia ini ada pihak yang berasa dirinya suci," katanya.

Wednesday, October 18, 2017

Pakatan Harapan anuti Islam berdasarkan tafsiran DAP!


KUALA LUMPUR – Islam yang diperakui sebagai agama Persekutuan Malaysia hendaklah ditafsir mengikut nilai Islam yang sebenar, bukan mengikut tafsiran DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim berkata, Islam adalah Islam dan tiada Islam yang berkait dengan istilah liberal, demokrasi, progresif, taliban, ISIS atau sekular seperti yang disebut-sebut oleh DAP.

“Islam adalah Islam. Islam diperakui sebagai agama persekutuan hendaklah ditafsir sebagai cara hidup lengkap dan bukan mengikut tafsiran DAP.

“Jikalau diamati dengan ilmu dan kefahaman, segala yang ingin dicapai seperti maju, demokratik, berpandangan jauh, bertamadun semuanya sudah ada dalam Islam. Islam adalah Islam yang ajarannya yang tulen, benar dan tetap prinsipnya.

“Sekiranya mempraktiskan Islam secara keras dianggap tidak Islamik (oleh DAP dan Pakatan Harapan), begitu juga sekiranya dilonggarkan Islam sehingga meruntuhkan prinsip Islam dan syariatnya turut tidak Islamik,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Muhammad Najhan menerangkan, istilah seperti Islamophobia, Talibanisasi dan ISIS pada zaman ini adalah istilah ciptaan barat untuk mendiskreditkan Islam dan memburukkan imejnya.

Menurut beliau, sejak zaman dulu telah wujud pelbagai istilah seperti fundamentalis, pengganas, tidak progresif dan babarian untuk memburuk-burukkkan imej agama Islam, malah termasuk di zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Kata beliau, kini DAP dan konconya sedang memainkan semula istilah Talibanisasi untuk menyerang Islam.

Lebih menjijikan, kata beliau, DAP menyerang Islam dengan berselindung di sebalik teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai Taliban yang bertujuan mendidik.

“Penulis akur titah Islam bukan Taliban. Namun DAP sengaja memanipulasikan istilah Taliban untuk menghalalkan tindakan mereka merosakkan sistem Islam yang menjadi paksi keamanan atas kontrak sosial di negara ini.

“Kenyataan pemimpin DAP yang menggunakan istilah menolak Taliban dalam konteks untuk menganjurkan pesta arak adalah tersasar daripada maksud titah Sultan Johor.

“Ini adalah jijik dan melampau serta DAP sudah menjadi satu kumpulan yang memusuhi Islam secara terang-terangan. Ingatlah bahawa kesabaran umat Islam ada batasnya,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Thursday, April 6, 2017

Akhirnya RUU355 berjaya dibentang..... Kini terserah pada dewan, PAS bukan 'Taliban'

Anne Muhammad
Naib Presiden PAS Idris Ahmad menyifatkan bahawa parti Islam itu bukan ‘Taliban’ untuk memaksa semua pihak menerima usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355).

Katanya PAS hari ini telah berjaya menerangkan kepada ahli parlimen bukan Islam mengenai cadangan itu dan kini terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak.

“Usul terpulang kepada ahli-ahli parlimen. (PAS) tak paksa orang, (PAS) bukan Taliban dan kita ikut prosedur.

“Dengan mendapat penjelasan yang jelas tadi, saya rasa ini satu kebaikan. Kita tidak boleh memaksa orang.

“Kerana untuk mereka nilaikan bagaimana pembentangan dibuat tadi maksudkan dengan pindaan RUU355,” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berjaya membentangkan usul untuk meminda akta itu.

Beliau yang juga anggota parlimen Bukit Gantang turut melahirkan rasa syukur akhirnya usul itu dapat dibentangkan.

“Pada kami ini satu kejayaan besar satu mukadimah untuk mesej untuk nak sampaikan maklumat kepada orang ramai,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-