Showing posts with label menteri di Jabatan Perbana Menteri. Show all posts
Showing posts with label menteri di Jabatan Perbana Menteri. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

Selepas Bersih 4 dan 'Baju Merah', kini giliran baju ungu berhimpun untuk keamanan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan melepaskan para peserta 'Run For Peace' di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini. - Foto Bernama

PETALING JAYA, 20 September:

Perhimpunan Bersih 4 dan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ tidak dianjurkan dengan cara yang betul dan menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata di kalangan pemimpin dalam demonstrasi atau perhimpunan tidak harus memimpin dengan elemen kepentingan diri seperti ketaksuban agama dan tiada toleransi etnik.

“Bagi perhimpunan baju kuning saya tiada masalah dengannya, tetapi selain berdemonstrasi untuk ekonomi, keadilan dan pilihan raya adil, mereka meminta Perdana Menteri meletak jawatan. Jadi ini merupakan masalah kerana mereka mesti tahu bahawa perdana menteri dipilih menerusi pilihan raya umum.

“Bagi perhimpunan baju merah, walaupun ia perhimpunan yang sah, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menimbulkan isu berbaur perkauman menerusi ucapan dan poster mereka,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan program larian untuk keamanan “Run For Peace 2015′, di Stadium MBPJ di Kelana Jaya di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan Foto Bernama

Acara ‘Run For Peace 2015′ yang dianjurkan Soka Gakkai Malaysia, sebuah pertubuhan yang berteraskan keamanan, disertai 20,000 peserta dan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai agar mementingkan keamanan dalam masyarakat.

Larian sejauh lapan kilometer itu menghimpunkan sebanyak 70,000 peserta lagi di 19 lokasi di seluruh negara termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak, yang telah diadakan sejak 6 September lalu sehingga hari ini tanpa melibatkan sebarang pemberian pingat atau kategori.

Jelasnya, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bebas daripada perang.

Ini kerana keamanan dan keharmonian yang dinikmati di sebalik perbezaan agama dan kebudayaan di negara ini hanya dapat dicapai menerusi teras keadilan sosial, saling menghormati dan harapan untuk masa depan lebih baik.

“Tidak seperti di negara-negara tertentu, kita dapat melihat kemusnahan terhadap kehidupan manusia dan keruntuhan negara. Bagi rakyat terbabit, keamanan hanyalah satu ilusi dan tidak nampak sebarang penyelesaian,” ujarnya.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah semua itu kerana elemen kebencian dan perpecahan jelas semakin tersebar dalam kalangan penduduk terutamanya di Semenanjung.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/20/selepas-bersih-4-dan-baju-merah-kini-giliran-baju-ungu-berhimpun-untuk-keamanan/#ixzz3mGDfUIEt

Wednesday, November 13, 2013

Ustaz ni dah buat lawak lagi...............?

Jamil: Bekalkan senjata pada penguatkuasa agama


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan agar anggota penguat kuasa jabatan agama dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi.
Beliau juga menyarankan pasukan polis mempertingkat rondaan di kawasan kediaman anggota penguat kuasa terbabit, terutama ketika hari cuti dan hujung minggu..............


Dulu katenye beras, gule dan susu tibe2 jadi murah di DUN Sungai Limau semase kempen PRK tu 'kebetulan' aje. Make bersorak sorai lah pencacai2 dan penyokong2 UMNO kegembiraan. Hanye pare pengikut PR saje yang berdegil tak mau terime kenyataan dari menteri UMNO ni. Wak tak tau lah pehak yang mane yang ade sedikit akal untuk berfikir tentang kenyataan menteri UMNO ni.

Sekarang beliau mencadangkan pehak penguat kuase jabatan agama pule di bekalkan dengan senjate api. Wak sangat setuju dengan cadangan tu. Se tidak2 nye kite akan berade kembali sezaman dengan zaman 'wild wild west' zaman koboi! Pade zama tu memang semue berpisto, sherif berpistol dan penjahat2 seperti bank robers pun berpistol juge.

Mungkin satu hari nanti negare ni akan jadi nyate separti 'negare koboi'. Hari2 kite akan saksikan pehak berkuase dan penjenayah2 bertembak tembakkan di mane2. Ape tidak nye, boleh dikate kan hampir semue 'hard-core' penjenayah ni ade pistol dan semue penguat kuase di semue peringkat jabatan telah di bekalkan pistol.

Sekarang Wak nak tunggu ape pule kate menteri dalam negeri mau kate. Sedangkan beliau kate Malaysia adelah diantare negare yang paling aman di dunie ni. Aman ape bendenye hinggekan penguat kuase agama pun perlu dibekalan senjate api............  

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-