Showing posts with label Himpunan Rakyat Bersatu. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Rakyat Bersatu. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

Selepas Bersih 4 dan 'Baju Merah', kini giliran baju ungu berhimpun untuk keamanan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan melepaskan para peserta 'Run For Peace' di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini. - Foto Bernama

PETALING JAYA, 20 September:

Perhimpunan Bersih 4 dan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ tidak dianjurkan dengan cara yang betul dan menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata di kalangan pemimpin dalam demonstrasi atau perhimpunan tidak harus memimpin dengan elemen kepentingan diri seperti ketaksuban agama dan tiada toleransi etnik.

“Bagi perhimpunan baju kuning saya tiada masalah dengannya, tetapi selain berdemonstrasi untuk ekonomi, keadilan dan pilihan raya adil, mereka meminta Perdana Menteri meletak jawatan. Jadi ini merupakan masalah kerana mereka mesti tahu bahawa perdana menteri dipilih menerusi pilihan raya umum.

“Bagi perhimpunan baju merah, walaupun ia perhimpunan yang sah, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menimbulkan isu berbaur perkauman menerusi ucapan dan poster mereka,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan program larian untuk keamanan “Run For Peace 2015′, di Stadium MBPJ di Kelana Jaya di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan – Foto Bernama

Acara ‘Run For Peace 2015′ yang dianjurkan Soka Gakkai Malaysia, sebuah pertubuhan yang berteraskan keamanan, disertai 20,000 peserta dan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai agar mementingkan keamanan dalam masyarakat.

Larian sejauh lapan kilometer itu menghimpunkan sebanyak 70,000 peserta lagi di 19 lokasi di seluruh negara termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak, yang telah diadakan sejak 6 September lalu sehingga hari ini tanpa melibatkan sebarang pemberian pingat atau kategori.

Jelasnya, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bebas daripada perang.

Ini kerana keamanan dan keharmonian yang dinikmati di sebalik perbezaan agama dan kebudayaan di negara ini hanya dapat dicapai menerusi teras keadilan sosial, saling menghormati dan harapan untuk masa depan lebih baik.

“Tidak seperti di negara-negara tertentu, kita dapat melihat kemusnahan terhadap kehidupan manusia dan keruntuhan negara. Bagi rakyat terbabit, keamanan hanyalah satu ilusi dan tidak nampak sebarang penyelesaian,” ujarnya.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah semua itu kerana elemen kebencian dan perpecahan jelas semakin tersebar dalam kalangan penduduk terutamanya di Semenanjung.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/20/selepas-bersih-4-dan-baju-merah-kini-giliran-baju-ungu-berhimpun-untuk-keamanan/#ixzz3mGDfUIEt

Apa mesej himpunan Baju Merah, soal Awang Selamat

Awang Selamat percaya semua pihak terutama puak ekstrem, penganjur Bersih dan DAP mendapat mesej yang jelas daripada perhimpunan tersebut. - Foto TRP/Ahmed Syahril
KUALA LUMPUR, 20 September:

Lautan manusia yang memakai baju merah di bawah nama Himpunan Rakyat Bersatu dalam cuaca jerebu di Kuala Lumpur, 16 September lalu, meninggalkan kesan yang bukan sedikit.

Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia percaya semua pihak terutama puak ekstrem, penganjur Bersih dan DAP mendapat mesej yang jelas daripada perhimpunan tersebut.

Malah katanya, Melayu yang dikatakan berpecah dan dianggap lemah, boleh bersatu apabila tiba masanya.

Katanya lagi, penghinaan berterusan terhadap Islam dan Melayu hanya akan memercik kepada kebangkitan.

“Begitu juga dengan komplot dan gerakan mahu menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan haram yang berselindung atas nama Bersih, boleh mengundang tindak balas yang lebih besar daripada itu.

“Inilah akibat jika kaduk naik junjung mahu bermain api, tidak sabar menanti penentuan rakyat mengikut proses demokrasi pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tegas Awang, himpunan merah tersebut juga menyerlahkan hakikat penguasaan pembangkang dalam media sosial bukan kemenangan mutlak.

Ini kerana majoriti rakyat terutama golongan senyap tetap ada kuasanya.

“Himpunan tersebut memecahkan batas psikologi bahawa orang Melayu yang selama ini banyak bersabar dan bertolak ansur, sudah bersedia memasuki fasa politik yang lebih lasak dan berisiko.

“Biar apa pun mudaratnya, walau disalah erti oleh segelintir orang Melayu sendiri dan meskipun terus ditohmah oleh puak ekstrem – peduli apa,” ujarnya.

Menurut Awang, himpunan merah bukan sahaja menghantar peringatan menjunjung perpaduan, menghormati hak semua kaum dan mempertahankan Perlembagaan negara menerusi 14 perkara dalam resolusinya.

Lebih daripada itu, kata Awang, isyarat bahawa himpunan yang sama juga boleh diadakan di Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP, jika provokasi terus jadi mainan.

“Tetapi inikah politik yang kita semua mahukan, tepuk dada tanya selera,” jelasnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/20/apa-mesej-himpunan-baju-merah-soal-awang-selamat/#ixzz3mEvLeum7

Friday, September 18, 2015

Orang Melayu tidak berdiam diri apabila dicabar, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun polis menyatakan Himpunan Rakyat Bersatu disertai kira-kira 35,000 orang, tetapi beliau berpendapat jumlahnya jauh lebih besar hingga mencecah 150,000 orang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 September, 2015.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.

"Apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok.

Turut hadir Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian semasa merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu anjuran Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disertai ahli 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya walaupun polis menyatakan perhimpunan itu disertai kira-kira 35,000 orang, tetapi beliau berpendapat jumlahnya jauh lebih besar hingga mencecah 150,000 orang.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak yang menganjurkan perhimpunan sebanyak 4 kali sebelum ini supaya tidak menganggap mereka mendapat sokongan majoriti sehingga menafikan golongan majoriti yang senyap.

"Apa-apa sahaja yang berlaku, akan ada tindak balasnya," kata beliau.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata kementerian dan Polis DiRaja Malaysia akan terus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu merobek keselamatan dan ketenteraman awam serta negara," katanya sambil meminta semua pihak di negara ini supaya menghormati antara satu sama lain.

Terdahulu, Mohamed Mustafa berkata Ghazali Shafie Graduate School of Government di UUM berhasrat menyumbang kepakaran membantu negara dalam isu membabitkan keselamatan dan pengurusan sempadan negara.

Beliau berkata isu-isu besar seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia serta pendatang asing tanpa izin, jika tidak dibendung, boleh menjejaskan keselamatan negara.

Sehubungan itu, katanya UUM menawarkan khidmatnya menjadi pusat sumber dan rujukan kepada kerajaan dalam hal ehwal sempadan berikutan lokasinya yang berdekatan dengan sempadan negara. – Bernama, 17 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/orang-melayu-tidak-berdiam-diri-apabila-dicabar-kata-zahid#sthash.nxUTB2oI.dpuf

Thursday, September 17, 2015

Apa kata kalau cina pula beri gelaran 'Melayu Lembu' pula.........?

Jamal Yunos nasihat jangan sensitif gelaran ‘Cina Babi’

Adam Abu Bakar | September 17, 2015

Dia berkata gelaran itu tidak sepatutnya menjadi masalah besar kerana kerana babi atau khinzir merupakan kegemaran Orang Cina.
KUALA LUMPUR: Orang Cina tidak seharusnya sensitif dengan gelaran ‘Cina Babi’ yang dilaungkan oleh peserta Himpunan Rakyat Bersatu, kata Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos.

Katanya, gelaran itu bukan masalah besar kerana babi atau khinzir merupakan kegemaran bagi bangsa Cina.

“Jangan ambil perkataan itu sebagai satu yang sensitif, bagi bangsa Melayu memang perkataan itu sensitif, tapi bagi bangsa Cina, apa salahnya.

“Kalau dengar secara keseluruhan, babi ni makanan dia (Cina) jadi, janganlah terlalu sensitif,” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai tindakan peserta himpunan itu yang menggelar beberapa orang wartawan berbangsa Cina.

Beberapa orang wartawan berbangsa Cina yang membuat liputan Himpunan Baju Merah pada Rabu dihalau oleh peserta himpunan berkenaan sewaktu menjalankan tugas

Bahkan, mereka juga telah menggelar wartawan tersebut dengan panggilan ‘Cina babi’.

Himpunan 'baju merah' peluang terakhir Najib, kata bekas menteri

Peserta Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok, semalam, mendakwa hak orang Melayu perlu dipertahankan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 September, 2015.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata perhimpunan ‘baju merah’ yang diadakan di Kuala Lumpur semalam merupakan peluang terakhir Datuk Seri Najib Razak untuk mendengar dan akur kepada tuntutan rakyat.

Zainuddin turut mencabar perdana menteri untuk mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dituntut lebih 200,00 peserta Himpunan Rakyat Bersatu semalam.

Menurut bekas ketua pengarang Utusan Malaysia itu, ISA sewajarnya dikembalikan dan dipatuhi Najib demi menebus nama baiknya, di samping mengembalikan perasaan ketenteraman dan keyakinan di kalangan rakyat terhadap kepimpinannya.

"Perhimpunan lebih 200,000 orang ini tidak mungkin berlaku jika rakyat tidak benar-benar berhasrat untuk menyampaikan mesej keras dan memberi peluang terakhir kepada Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin dalam blognya zamkata.blogspot.com.

"Tidak dapat dinafikan slogan dalam Himpunan Rakyat Bersatu hari ini (semalam) adalah lebih dahsyat daripada ucapan Tsunami Cina yang takut untuk diulangi Najib dan orang pun tahu Najib juga berada di belakang himpunan ini.

"Tidak dapat dinafikan beberapa keputusan yang dibuat himpunan hari ini juga untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib dijatuhkan lebih dulu daripada tempoh yang ditetapkan," katanya.

Zainuddin berkata keputusan Najib untuk menghapuskan ISA secara sendirian dengan harapan dapat meraih sokongan bukan Melayu dan pihak antarabangsa juga membuatkan banyak hak dan prinsip Perlembagaan Persekutuan mengenai kesucian agama Islam dicabar menerusi mahkamah satu persatu.

Beliau turut memberi contoh akhbar The Star yang disifatkan menjuarai isu bersifat sensitif terhadap Islam.

"Akhbar The Star menjuarai isu yang bersifat sensitif terhadap Islam termasuk menghina orang Islam kerana tidak bersahabat dengan anjing, menuduh sekolah kebangsaan meletakkan kantin di tepi tandas kepada murid bukan Melayu pada bulan puasa dan sebagainya,” katanya.

Katanya, The Star juga menggunakan sokongan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mempromosikan dasar liberalisme di bawah kempen moderasi dengan menggunakan liberalis Melayu untuk memperkecilkan nasionalisme Perlembagaan Persekutuan sebagai fahaman Melayu yang sempit.

"Apa pun bergantung kepada sama ada beliau (Najib) sanggup mengembalikan ISA untuk dilaksanakan secara tegas dan bukan dengan sikap 'flip flopnya' atau untuk menyalahgunakannya bagi kepentingan peribadi," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/himpunan-baju-merah-peluang-terakhir-najib-kata-bekas-menteri#sthash.3HlJ8GhM.dpuf

Wednesday, September 16, 2015

Sedikit cerita tentang Himpunan Baju Merah......

9.30am, Masjid Negara: Kira-kira 100 peserta himpunan baju merah mula memenuhi pekarangan masjid. Tinjauan rambang Malaysiakini mendapati kebanyakan mereka adalah peserta tanah rancangan dari Gua Musang, Kelantan.

Zabedah Ali, 45, berkata mereka bertolak dari Gua Musang kira-kira jam 10.30 malam tadi dan tiba di ibu negara kira-kira enam jam kemudian.

"Kami sampai jam 4.00 pagi tadi, tidur sekejap," kata Zabedah sambil membuka bekalan makanan yang disediakan dalam polisterin bersama tea O bungkus.

Zabedah juga memaklumkan kepada Malaysiakini mereka didatangkan dengan 11 buah bas.

Tuesday, September 15, 2015

Menteri Kesihatan nasihat orang ramai jangan sertai himpunan

Adam Abu Bakar

IPU melebih bacaan 150 membahayakan kesihatan dan orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
SUBANG: Orang dinasihat supaya tidak mengambil risiko dengan menyertai Himpunan Rakyat Bersatu.

Nasihat itu diberikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam yang khuatir jerebu teruk akan menjejaskan kesihatan.

“Pada masa sekarang, IPU melebih bacaan 150. Lebih baik kurangkan aktiviti luar, termasuk perhimpunan, kalau jerebu tinggi lebih baik jangan ada, kerana ini akan beri kesan kepada kesihatan

“Kurangkan aktiviti luar seperti jangan joging diwaktu jerebu dan sila berhati-hati,” ujarnya dalam satu sidang media selepas merasmikan pembukaan Kampus Megatech Subang Jaya pada Selasa.

Mengulas mengenai perhimpunan itu, beliau berkata, MIC tidak pernah bersetuju dengan sebarang perhimpunan yang melibatkan kaum.

“Pendirian kita jelas, kita tidak sokong perhimpunan merah atau aman atau apa nama yang digunakan.

“Kita tak berapa sokong atas beberapa aspek antaranya secara prinsip kita tidak sokong apa-apa demonstrasi di jalan raya. Kalau orang India buat kita juga tidak akan sokong,” katanya.

Pada masa sama, Subramaniam turut menjelaskan himpunan seperti itu tidak akan membantu mengeratkan hubungan kaum di negara ini.

Tak payah la ada perhimpunan, kata Dr M

Zikri Kamarulzaman
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa perhimpuan baju merah esok adalah untuk mempertahankan orang Melayu atau pun BERSIH 4 adalah rasis.

"BERSIH 4 bukan rasis, semua bangsa ada bersama.

"Jadi (baju merah) nak jadikan perhimpunan BERSIH ni rasis supaya kononnya mereka berjuang untuk orang Melayu.

"(Tetapi) mereka tidak berjuang untuk orang Melayu. Tak payah la ada (perhimpunan)," kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Kumpulan Baju Merah, dipimpin oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos akan menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok, Kuala Lumpur esok.

Perhimpunan itu pada mulanya dikenali sebagai Himpunan Maruah Melayu sebelum penganjurnya, kumpulan silat PESAKA, memberitahu media bahawa ia untuk semua rakyat Malaysia.

Perhimpunan esok dirancang sebagai reaksi kepada BERSIH 4 pada penghujung bulan lalu yang mendapat sokongan meluas tetapi dikaitkan media arus perdana dan pemimpin kerajaan dengan dominasi Cina dan DAP.

Isu gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipijak dalam perhimpunan itu juga dibangkitkan meluas sebelum ini.

Mahathir hadir dalam kedua-dua hari perhimpunan itu bagi menyatakan bantahannya kepada pentadbiran Najib yang sedang terasak dengan pelbagai dakwaan.

Monday, September 14, 2015

Lai! Lai! Lai! Mari kita berhimpun beramai-ramai........

Perhimpunan ‘baju merah’ kini sah, kata polis

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Published: 14 September 2015 11:51 AM
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua dari kiri) tiba di Seminar Rompakan Bersenjata, Pelanunan Antarabangsa dan Keselamatan Maritim di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 14 September, 2015.

Himpunan Rakyat Bersatu atau ‘himpunan baju merah’ yang dirancang pada Rabu ini dianggap sah mengikut undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Khalid berkata perhimpunan itu dibenarkan selepas penganjur memperoleh kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok bagi menganjurkan perhimpunan itu.

Katanya, pihaknya memberikan jaminan polis akan melindungi keselamatan orang ramai di Kuala Lumpur dan mendesak rakyat usah percaya khabar angin yang menyeru bukan Melayu menjauhi kawasan pusat bandar kerana akan ada kemungkinan rusuhan.

“Sekarang, perhimpunan akan dibenarkan berlangsung. Walaupun secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan demonstrasi tetapi kita akan benarkan kerana ia memenuhi kriteria mengikut undang-undnag berkenaan.

“Kita akan mengerahkan tenaga anggota secukupnya dan kita mampu memastikan keselamatan semua orang,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Khalid berkata memandangkan penganjur memperoleh kebenaran daripada DBKL untuk mengadakan perhimpunan itu di padang, polis akan membantu menyelaras perkumpulan itu dan memastikan ia berlangsung dengan aman.

“Kita kita akan pastikan ia berlangsung dengan aman dan berdisiplin,” katanya.

Beliau berkata polis akan memantau ucapan yang dibuat ketika perhimpunan itu dan berikrar akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang membuat kenyataan berunsur hasutan.

“Saya nasihatkan penganjur berkenaan. Saya minta mereka buktikan ini akan menjadi demonstrasi aman dan mereka akan mematuhi undang-undang. Kita akan memantau isi kandungan ucapan mereka,” katanya.

beliau juga mendesak orang ramai jangan mempercayai mesej yang tersebar memberi amaran kepada bukan Melayu supaya menjauhi ibu kota Kuala Lumpur pada Rabu kerana perhimpunan itu.

“Jangan percaya mesej seumpama itu. Mereka yang menyebarkan perkara ini sengaja mencetuskan ketakutan di kalangan kumpulan masyarakat tertentu.

“Saya boleh jamin, polis akan memastikan keselamatan semua orang,” katanya.

Perhimpunan baju merah atau Himpunan Rakyat Bersatu dikatakan diadakan untuk membalas perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung menjelang sambutan Hari Kebangsaan, mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan susulan skandal kewangan yang dikaitkan dengannya.

Perhimpunan itu juga diadakan untuk melahirkan kemarahan berikutan rakaman peserta Bersih 4 memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganjur perhimpunan itu mendakwa ia bukan perkumpulan perkauman, tetapi pengkritik mempertikaikan slogan yang digunakan “Kebangkitan Maruah Melayu” yang menunjukkan wujudkan sentimen kaum.

Polis sebelum ini mengisytiharkan perhimpunan itu haram dan berkata ia tidak dibenarkan berhimpun apabila penganjurnya sebelum ini merancang mengadakannya di Jalan Bukit Bintang. – 14 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perhimpunan-baju-merah-kini-sah-kata-polis#sthash.cMCZ2EoR.dpuf

Thursday, September 10, 2015

Rakyat Malaysia Perlu Penyelesaian Kemelut Ekonomi dan Politik Bukan Provokasi Perkauman dan Kebejatan Keharmonian – Dr Wan Azizah

Kenyataan Media

Rakyat Malaysia Perlu Penyelesaian Kemelut Ekonomi dan Politik Bukan Provokasi Perkauman dan Kebejatan Keharmonian

KEADILAN hari ini menggesa pihak yang ingin menganjurkan“Himpunan Rakyat Bersatu” atau “Himpunan Maruah Melayu” yang dijadualkan berlangsung pada 16 September 2015 untuk tumpu kepada penyelesaian kemelut ekonomi dan politik negara yang dihadapi oleh rakyat.

Sementara penganjuran perhimpunan aman dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman 2012 namun tujuan dan motif perhimpunan atas dasar perkauman tidak wajar dilakukan.

Ia boleh mengakibatkan kebejatan keharmonian dan kaum, apatah lagi dicadang untuk dilakukan di kawasan majoriti kumpulan etnik Cina iaitu Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Lebih malang lagi, dilaporkan ada pimpinan UMNO yang menggesa ahli-ahlinya untuk turut serta perhimpunan berkenaan.

Pihak polis wajib bertindak untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi perkauman seperti yang dipaparkan oleh poster-poster di Kuala Lumpur yang berkait dengan himpunan berkenaan.

Malaysia sedang hadapi krisis kepimpinan. Skandal yang tidak berkesudahan. Ekonomi yang terus merudum. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia berganding bahu untuk bangkit mendepani kepincangan yang merencatkan masa depan kita.

Himpunan ‘baju merah’ dengan motif perkauman, jika dibiarkan, boleh membawa kejatuhan kepada nilai masyarakat dan kewarasan.

Atas dasar itu, KEADILAN tidak membenarkan ahli-ahlinya menyertai himpunan berkenaan.

Hari ini KEADILAN turun ke Bukit Bintang menghulurkan mesej keamanan kami kepada semua kumpulan etnik untuk kita sama-sama menyelamatkan negara sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

10 September 2015

Wednesday, September 9, 2015

Mahathir: Polis nak tangkap, tangkaplah

Zulaikha Zulkifli
 Hari ini, 12:22 pm Hari ini, 1:41 pm

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersedia sekiranya ditangkap oleh pihak polis berhubung kehadirannya ke perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.
Beliau juga berkata, akan memberikan kerjasama sekiranya polis memanggilnya untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung perkara itu.

"Itu hak mereka. Nak tangkap, tangkaplah," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Ditanya sama ada beliau menerima sebarang notis daripada polis, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau hanya mengetahuinya melalui surat khabar.

"Saya baca di akhbar. Sudah tentu apabila polis panggil kita kena pergi. Itu adalah cara di Malaysia.

"Saya akan patuh," katanya lagi.

Tak perlu demo 16 Sept

Selain itu, ditanya mengenai Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini, Mahathir berkata perhimpunan itu tidak perlu dilakukan.

Malah, katanya, tindakan perhimpunan baju merah itu tidak perlu dilakukan kerana menyerupai perhimpunan di Bangkok, Thailand.
"Kenapa nak ada baju merah pula. Tak payahlah. Ini bukan soal kuning lawan merah macam di Bangkok. Ini kita punya masalah. Kita selesaikan sendiri," katanya lagi.

Mahathir merupakan individu yang paling lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan dakwaan skandal kewangan 1MDB dan sumbangan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi ahli parlimen Pekan itu.

Beliau juga sebelum ini membuat kejutan dengan menghadiri perhimpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Kehadirannya itu dikatakan sebagai solidariti bersama rakyat yang mahukan Najib melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Ekoran itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa bekas perdana menteri selama 22 tahun itu akan disiasat kerana hadir pada perhimpunan tersebut dan juga membuat ucapan serta dakwaan tertentu.

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

Butiran Diterbitkan: 09 September 2015
 Ditulis oleh Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan tidak menyertai atau mengerahkan ahli dan penyokongnya menyertai Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan berlangsung pada 16 September ini.

Dengan ditegaskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan, hari ini.


ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-