Showing posts with label orang Islam. Show all posts
Showing posts with label orang Islam. Show all posts

Sunday, June 10, 2018

Anwar: Bukan muslim ada hak bahas undang-undang syariah


Bukan muslim di Malaysia mempunyai hak untuk membahasakan dan mempertimbangkan undang-undang yang dikenakan terhadap orang Islam.

Ini kerana, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, undang-undang berkenaan juga boleh memberi kesan kepada bukan muslim.

Dalam wawancara bersama The Star, Anwar merujuk contoh perbahasan berhubung usul meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Kata Anwar, meskipun sesuatu undang-undang dilihat hanya dikenakan ke atas orang Islam, orang bukan Muslim juga boleh terkesan.

"Mereka (penyokong rang undang-undang itu) bercakap seakan-akan kita semua orang Islam dan orang lain tak perlu peduli.

"Mereka (buka muslim) mempunyai hak untuk peduli," katanya merujuk rang undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang diusulkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sebarang perundangan, meskipun kelihatan hanya memberi kesan kepada orang Islam, tidak dapat tidak akan turut mempengaruhi orang bukan Islam, maka mereka ad hak untuk ikut serta," tambah Anwar.

Jelas Anwar yang mengambil maklum kebimbangan orang bukan Islam terhadap usul berkenaan, kebimbangan itu adalah dari bagaimana ia akan memberi kesan terhadap mereka.

"Mereka bimbang ia akan djadikan alat menceroboh kehidupan peribadi seseorang. Kita perlu mempertimbangkan isu ini," katanya dipertik sebagai berkata.

Anwar berkata, PKR menghormati hak Abdul Hadi sebagai anggota parlimen bagi membentangkan RUU itu, namun PKR menekankan bahawa anggota parlimen lain perlu diberi peluang untuk bahas, pinda atau menolah RUU berkenaan.

"Ini kerana apa yang dibentangkan bukan hudud, dan kedua, ia adalah terjemahannya (Abdul Hadi) sendiri," katanya.

Dalam wawancara itu, Anwar menggesa orang awan meneliti pendirian PKR berhubung RUU 355 dengan lebih dekat, yang terlah dikeluarkan dalam bentuk risalah bertajuk Pemerkasaan Perundangan Syariah di Malaysia yang dimuat naik di laman web parti itu.

"Kami bukan liberal yang menolak untuk melaksanakan prinsip Islam.

"Kami meweakili nurani Islam, namun kami tidak mewakili Islam konservatif model lama yang mahu memaksa orang lain menerima tafsiran tertentu," katanya.

[Baca berita penuh]

Wednesday, November 1, 2017

Hadi mesti bertaubat - Mahathir

By watan
November 1, 2017

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membalas gesaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan turut meminta Presiden PAS itu juga bertaubat.

“Hadi suruh saya bertaubat. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi catatan terbaharunya dalam Chedet.cc.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Abdul Hadi sebelum telah mengkafirkan orang Islam di negara ini, sedangkan Allah melarang perbuatan itu.

Katanya, perbuatan mengkafirkan Islam itu terjadi kepada Abdul Hadi dan PAS apabila bekerjasama dengan DAP pada satu masa dulu.

Tambah Mahathir, tindakan Abdul Hadi mengkafirkan pemerintahan Malaysia dalam ‘amanatnya’, mengakibatkan anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya.

“Apa hak Hadi dan apa hak PAS mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti mereka. Di mana dalam al-Quran atau Hadis yang berkata hanya dengan menjadi ahli PAS sahaja barulah seseorang itu beragama Islam.

“Apakah 1.7 billion orang Islam di seluruh dunia bukan Islam kerana mereka tidak masuk parti PAS?,” soal beliau.

Katanya perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam, termasuk ada yang menafikan keislaman ibu bapa mereka.

“Ada antara orang PAS yang menidakkan keislaman isteri, yang berkahwin sekali lagi. Ada yang sembahyang berasingan dengan imam lain, yang tidak sanggup dikebumikan di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.

Jelas Mahathir lagi, Abdul Hadi banyak melakukan kerosakan terhadap agama Islam dan orang Islam di negara ini sehingga mengakibatkan perpecahan.

Wartawan Watan-Online

Monday, October 16, 2017

Dobi "Muslim sahaja" : Peniaga, pelanggan boleh memilih - Bekas Ketua Hakim


Selepas pelbagai pihak menyuarakan pandangan terhadap pelaksanaan dobi “mesra Muslim”, kini giliran bekas ketua hakim negara pula tampil memberikan pendapat beliau dari sudut perundangan.

Tun Abdul Hamid Mohamad said menerusi catatan di blognya pada Jumaat lalu berkata, dari segi peruntukan undang-undang adalah tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana pengusaha dobi untuk meletakkan papan tanda “Muslim Sahaja”.

“Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah berjumpa satu peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengatakan perbuatan itu salah di sisi undang-undang. Tolong tunjuk kepada saya jika ada,” kata beliau yang bersara pada 18 Oktober 2008.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tun Abdul Hamid berkata peruntukan Perlembagaan mengenai kesamarataan yang terkandung dalam Perkara 8 hanya terpakai untuk kerajaan dan bukan individu.

Jelasnya, Klausa (1) mengisytiharkan bahawa setiap orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Manakala Klausa (2) pula melarang adanya diskriminasi, antara lain, atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara yang tersebut dalan klausa itu.

“Perhatikan bahawa semua larangan itu tidak berkenaan dengan seorang individu.

“Pengusaha laundret adalah seorang ahli perniagaan. Dia boleh memilih untuk berniaga dengan sesiapa yang dia mahu. Dia tidak perlu memberi apa-apa sebab kepada sesiapa,” demikian menurutnya dalam entri tersebut lagi.

Tambahnya, isu mengenai konsep dobi khusus untuk Muslim bukan hanya melibatkan hukum, sebaliknya ia juga mengenai perasaan pelanggan atau bakal pelanggan.

Katanya, seseorang peniaga berhak untuk menentukan konsep perniagaan mereka dalam usaha untuk menarik pelanggan dan jika peniaga itu merasakan kedai untuk “Muslim Sahaja” boleh memajukan lagi perniagaan, maka terserah kepadanya.

Begitu juga dengan pelanggan, mereka mempunyai hak untuk memilih perkhidmatan mana yang mereka mahukan dan memberi keselesaan kepada mereka, ujarnya.

“Jika kebanyakan bakal pelanggannya orang Islam dan mereka tidak akan datang ke kedainya jika mesin yang sama digunakan untuk mencuci basuhan orang bukan Islam biar apa pun sebabnya, apa salahnya jika dia meletakkan tanda itu?

“Kita tidak boleh menyalahkan pengusaha laundret jika pelanggan atau bakal pelanggannya tidak suka mesin yang sama digunakan oleh orang bukan Islam untuk mencuci basuhan mereka.

“Pengusaha laundret adalah penerima akibatnya. Salahkah jika dia cuba mengurangkan kerugiannya dengan berusaha mengelak sebabnya? Mungkin dia sendiri pun merasa geli melihat perkara seperti itu berlaku. Salahkah jika di cuba mengelaknya?,” katanya.

Tun Abdul Hamid yang juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara turut membuat contoh perbandingan sekiranya pemilik rumah yang mahu menyewakan rumah mereka kepada orang Islam sahaja dan mempamerkan iklan yang sama, adakah ia juga menjadi satu kesalahan?

“Jangan terlalu sensitif terhadap perasaan orang bukan Islam sehingga orang bukan Islam tidak perlu sensitif terhadap perasaan orang Islam. Ini tanggungjawab bersama,” katanya mengakhiri catatan tersebut.

Terdahulu, isu dobi “Mesra Muslim” kembali menjadi topik hangat selepas presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia dalam ceramahnya pada 10 Oktober lalu dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbaur perhinaan kepada Sultan Johor yang mengecam pemilik sebuah dobi di Muar kerana enggan berurusan dengan pelanggan bukan Islam.

Susulan itu Rabu lalu, Zamihan ditahan dan direman dua hari untuk membantu siasatan berikutan kenyataan kontroversinya, namun pada Sabtu lalu media melaporkan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

- mD

Thursday, July 16, 2015

Pemimpin Melayu menjadi orang yang tidak dihendaki oleh komuniti mereka

oleh Christopher Fernandez

SEKILAS PANDANG: Minggu ini orang Islam di seluruh negara akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, tetapi untuk orang Melayu Islam, rentetan kejadian terbaru membuktikan yang mereka kini mempunyai tanggapan buruk kepada pemimpin komuniti yang dianggap sebagai orang yang disyaki dan dihendaki.

Mungkin disebabkan oleh kekecohan 1MDB terbongkar akhirnya membuka mata dan telinga orang Melayu serta menyedarkan mereka bahawa tiada jaminan yang pemimpin mereka akan menjaga kepentingan orang Melayu. Mungkin ini juga yang menyebabkan hilangnya kepercayaan.
Kini orang Melayu sedang berganding bahu menentang Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin Melayu yang lain, kerana rupa-rupanya “harapkan pagar, pagar makan padi”

Tetapi semuanya sudah tertulis sejak Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan dan dalam usaha membangunkan negara, gagal melakukan pengagihan kekayaan saksama yang dijana oleh pertumbuhan ekonomi sebaliknya mewujudkan elit minoriti.

Ketika kelompok minoriti elit ini merampas sebahagian besar kekayaan negara untuk diri sendiri, rakyat Malaysia, terutama sekali orang Melayu, menyedari yang mereka telah tertindas dan dinafikan hak untuk kemakmuran ekonomi, walaupun memberikan sokongan kuat kepada kerajaan BN.

Kerana inilah kebanyakan penganalisis dan pemerhati politik berpendapat yang sekiranya pilihanraya umum diadakan sekarang, ada kemungkinan besar kerajaan hari ini akan kehilangan kuasa yang telah dipegang secara eksklusif sejak kemerdekaan dari British pada 1957.

Nyata sekali orang Melayu sangat marah dan kecewa dengan pelbagai rentetan kejadian yang telah berlaku sejak terbongkarnya cerita 1MDB dan sentimen pada peringkat akar umbi ialah kemungkinan besar orang Melayu akan meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka selepas perayaan Hari Raya.
Rakyat Malaysia yang lain juga berkongsi pandangan ini, setelah dipaksa berkorban demi melaksanakan program tindakan afirmatif tetapi kini menyedari semuanya hanya sia-sia kerana hanya sebahagian kecil orang Melayu dan Bumiputera yang mendapat faedah daripada tindakan-tindakan tersebut.

Kerana ini lah orang Melayu diharapkan dapat membentuk jalan hidup mereka sendiri dan tidak lagi bergantung atau percaya kepada kerajaan BN untuk sokongan atau bantuan.

Malah mereka mungkin cuba membentuk ikatan dengan parti politik pembangkang.

Apa yang diharapkan dan dijangka akan berlaku selepas perayaan Hari Raya tahun ini ialah kemunculan kumpulan serpihan terbaru dan parti politik yang cuba membentuk ikatan sesama mereka yang akan menjadi arena baru yang melibatkan serta disokong orang Melayu.

Semua ini pastinya akan menggugat BN tambahan pula sokongan orang Melayu kepada mereka semakin terhakis, seperti mana majoriti orang Cina dan India, yang merasakan masa kerajaan gabungan yang sedang memerintah sudah tamat.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Pemimpin-Melayu-menjadi-orang-yang-tidak-dihendaki-oleh-komuniti-mereka#sthash.qZARSfLq.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-