Monday, March 20, 2023

Kemenangan besar kem Zahid boleh untungkan kami, kata sumber PN

freemalaysiatoday.com
K. Parkaran 
- 20 Mar 2023, 8:00am

Mereka berkata Umno telah dihukum yang pengundi tidak berpuas hati pada PRU lalu kerana kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi ia mungkin berulang pada PRN akan datang.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengambil bahagian dalam pemilihan peringkat bahagian Bagan Datuk. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketika Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mungkin bergembira dengan kemenangan sekutu pada pemilihan Umno yang baru sahaja selesai, parti pembangkang berasaskan Melayu dipercayai sedang bergembira secara senyap-senyap.

Sumber dalaman parti pembangkang berkata, kegembiraan mereka adalah kerana pengundi Melayu menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menolak mereka dan rakan gabungan lain dalam kerajaan perpaduan Pakatan Harapan pada pilihan raya DUN di enam negeri akan datang.

“Bersatu dan PAS mendapat manfaat dalam pilihan raya umum 2022 dengan Zahid dan kumpulannya mengetuai parti itu. Ramai pengundi Melayu tidak berpuas hati dengan beliau dan kepimpinannya, lalu mengundi Perikatan Nasional atau menjauhkan diri sebagai protes.

“Kini dengan Zahid dan pasukannya mendominasi jawatan tertinggi dan Majlis Kerja Tertinggi, anda boleh mengharapkan Umno kehilangan lebih banyak kerusi terutamanya negeri seperti Negeri Sembilan dan Selangor. Secara jujurnya, Umno telah berpecah teruk,” katanya kepada FMT.

Sumber itu berkata, kemenangan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani sebagai naib presiden ketiga dalam kalangan lapan calon nampaknya sebagai pilihan berkecuali Umno bahagian kerana bekas menteri kewangan kedua itu dilihat bukan dalam kalangan orang presiden.

“Saya rasa beliau lebih dilihat sebagai seorang teknokrat yang membuat kenyataan masuk akal mengenai parti dan ekonomi. Ahli tahu dia diperlukan untuk pertumbuhan masa depan parti,” tambah sumber itu.

Keputusan rasmi pemilihan Umno menunjukkan penyokong Zahid memenangi dua daripada tiga jawatan naib presiden, serta majoriti kerusi Majlis Kerja Tertinggi dan sayap parti.

Khaled Nordin mengekalkan jawatan naib presidennya bersama ‘pendatang baharu’ Wan Rosdy Wan Ismail; mereka dikenali sebagai penyokong setia Zahid.

Mereka yang lain memenangi jawatan Majlis Kerja Tertinggi majoritinya terdiri daripada mereka berkait rapat dengan Zahid.

Antaranya ialah Menteri Luar Negara Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Shamsul Anuar Nasarah dan Ahmad Maslan, yang merupakan setiausaha agung Umno; Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, bekas ahli Majlis Tertinggi Lokman Noor Adam dan ‘pendatang baru’ yang juga Ketua Penerangan Umno Isham Jalil.

Pemimpin kanan lain termasuk Azeez Abdul Rahim, Ahmad Jazlan Yaakub, Puad Zarkashi, Razlan Rafii dan Ketua Puteri Umno Zahida Zarikh Khan.

“Anda tidak boleh mengharapkan mereka dipecat, digantung atau menjauhkan diri daripada mengundi sebagai tanda protes terhadap keputusan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi teratas. Sebahagian daripada mereka mempunyai sokongan akar umbi yang baik dan tidak akan terjejas,” katanya.

Beliau menambah kesannya boleh dilihat dalam pilihan raya negeri.

Satu lagi sumber PN berkata, Umno berpecah di semua peringkat dan keputusan pemilihan ini menunjukkannya secara jelas, sambil menambah, ia sebenarnya memudahkan pembangkang berkempen di peringkat negeri.

“Dengan Zahid dan anak buahnya mengetuai parti, kita melihat ada kemungkinan untuk menang walaupun dengan penyokong tegar PH.

“Ramai tidak berpuas hati dan akan mempertimbangkan semula pendirian mereka. Prospek PN merampas Selangor daripada PH kini nyata manakala Negeri Sembilan adalah satu kemungkinan,” kata sumber itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-