Showing posts with label Abdul Azeez Rahim. Show all posts
Showing posts with label Abdul Azeez Rahim. Show all posts

Tuesday, July 21, 2020

Kata saya penyamun tapi kenapa tidak dituduh? Azeez cabar Dr M


PARLIMEN l Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim hari ini membidas Dr Mahathir Mohamad (Bebas - Langkawi) kerana mendakwa beliau mencuri dana Tabung Haji tetapi tidak pernah didakwa ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

"Untuk maklumat YB Langkawi, saya tidak ada satu kes pun dituduh atas Tabung Haji.

"Satu kes pun tidak ada. Go check the facts sir (Pergi periksa fakta kamu tuan).

"YB Langkawi waktu duduk di sana tunjuk kat muka saya, itu lah dia, penyamun, penyangak Tabung Haji ada di sini. Tapi, hakikatnya saya tidak pernah ada sebarang tuduhan," katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Azeez mengecam Mahathir setelah bekas perdana menteri itu cuba mencelah dan meminta laluan.

Beliau kemudian mencabar orang kuat Mahathir, Maszlee Malik (Bebas-Simpang Rengam) untuk mencari di internet dan membuktikan bahawa beliau ada dituduh berhubung sebarang kesalahan berkaitan Tabung Haji.

Untuk rekod, Abdul Azeez sedang berdepan 13 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Pihak pendakwaan belum mengenakan sebarang pertuduhan berkaitan dengan Tabung Haji terhadap Abdul Azeez ketika kerajaan Pakatan Harapan di bawah pemerintahan Mahathir yang tumbang pada Februari, sekaligus menamatkan tempoh pemerintahan 22 bulannya.

Abdul Azeez, dalam perbahasannya, sebelum itu dengan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan semasa memegang jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji dari tahun 2013 hingga 2018.

Kajian bebas oleh PriceWaterhouseCoopers pada tahun 2018 mendapati bahawa liabiliti Tabung Haji melebihi nilai asetnya, yang bermaksud bahawa ia tidak boleh membayar dividen selaras ian dengan Akta Tabung Haji 1995.

Namun, pihak pengurusan Tabung Haji ketika era BN didakwa menyembunyikan kerugian yang ditanggung itu dan sengaja menunjukkan lebihan untuk membayar dividen.

Bank Negara pada tahun 2016 juga memberi amaran mengenai defisit yang semakin meningkat.

Abdul Azeez mengakui bahawa Bank Negara ada memberi peringatan kepada Tabung Haji tetapi menyatakan bahawa mereka bukannya berada di bawah Bank Negara dan tidak beroperasi seperti sebuah bank.

Dia mempertahankan bahawa lembaga Tabung Haji mempunyai kuasa untuk memutuskan dividen yang mahu dibayar badan itu.

Di bawah kerajaan PH, Tabung Haji memindahkan aset anak syarikat yang mengalami kerugiannya kepada Menteri Kewangan Diperbadankan untuk memastikan ia mempunyai wang berlebihan untuk membayar dividen.

Abdul Azeez mendakwa pemindahan aset sebagai "menjual" Tabung Haji.

Maszlee kemudian mencelah, dan berkata bahawa dia menyahut cabaran Abdul Azeez tetapi ketika pemimpin Umno itu memberi laluan kepadanya, Maszlee memberitahu bahawa dia membenarkan Mahathir bercakap bagi pihaknya.

Maszlee: Tadi Baling minta saya mencelah.

Abdul Azeez: Ya, pasal kes itu.

Maszlee: Saya bagi hak saya kepada Langkawi untuk mewakili.

Abdul Azeez: Ey..tak boleh lah macam itu. Ini bukan tukar batton. I give it to you.

Maszlee: You must be a gentleman.

Abdul Azeez: Tak boleh. Yang di-Pertua, saya ada bukti maklumat Harapan membohong.

Maszlee: Kalau Baling anak jantan, sila berdepan dengan Tun (Dr Mahathir).

Abdul Azeez: No... tidak saya tak bagi.

Dalam ucapan perbahasan, Abdul Azeez turut menuntut supaya sebuah Suruhajaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Tabung Haji.

Menurut kelaziman perbahasan parlimen, parti boleh menetapkan ahli parlimen pilihan mereka untuk berbahas dan mereka tidak boleh diganggu kecuali jika diberi kebenaran oleh speaker.

Namun, ketika Maria Chin Abdullah (PKR- Petaling Jaya) membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong mewakili pihak pembangkang, dia memberi laluan kepada Dr Mahathir supaya bekas perdana menteri untuk boleh memberi jawapan kepada Abdul Azeez.

Mahathir kemudian berkata jika Abdul Azeez yakin PH telah melakukan kesalahan dalam kes Tabung Haji, dia harus membuat laporan polis.

"Setakat kita tahu memberi penjelasan dalam dewan ini tidak mempunyai kesan.

"Nak dengar pun susah juga kerana dia cakap terlalu kuat, sehingga telinga saya bengang,” katanya.

Monday, December 3, 2018

Azeez: Laporan polis isu Tabung Haji berniat jahat

Yasmin Ramlan 
Diterbitkan 3 Dis 2018, 1:09 petang


Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim menyifatkan laporan polis terhadapnya yang dibuat Lembaga Tabung Haji pada Jumaat lalu sebagai "berniat jahat" dan bertujuan mengaibkan dirinya serta institusi tersebut.

Jelas Abdul Azeez, pengurusan Lembaga Tabung Haji sepatutnya bertanya kepadanya terlebih dahulu memandangkan beliau merupakan bekas pengerusi tabung dana berkenaan.

"Ini adalah berniat jahat untuk mengaibkan saya dan Tabung Haji.

"Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya (dalam siasatan), sepertimana kerjasama yang saya berikan kepada SPRM.

"Tabung Haji tidak pernah memanggil saya untuk membela diri. Semua duit ini dimasukkan ke dalam Yayasan Tabung Haji (YTH), Umno, kerajaan persekutuan, dan syarikat penyumbang telah berikan kepercayaan kepada YTH," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

[Berita lanjut menyusul]

Friday, October 5, 2018

Giliran anak Azeez Rahim pula dicekup SPRM

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
5 OKTOBER 2018

SPRM

PUTRAJAYA -
Belum pun dua jam Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim dilepaskan daripada tahanan reman, kini anak sulungnya pula dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki yang berusia 24 tahun itu ditahan jam 12 tengah hari selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM hari ini.

Penahanan itu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Suspek dipercayai menjadi proksi kepada ayahnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.


Menurut sumber, lelaki berkenaan berperanan sebagai ‘runner’ dalam urusan perpindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.

Difahamkan, siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Penahanan terbaharu itu menjadikan lima individu direman sejak 26 September lalu termasuk Ahli Parlimen tersebut membabitkan kes sama.

Pada 25 September lalu, Abdul Azeez, abangnya serta sepupu mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sama dan mereka direman sehari kemudian.

Wednesday, May 23, 2018

'Saya dah letak jawatan' - Azeez Rahim

MyMetro
Utama
Reza Rizanizam
mrizanizam@nstp.com.my
ABDUL Azeez Abdul Rahim. FOTO arkib NSTP

DATUK Seri Abdul Azeez Rahim hari ini mengesahkan beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) beberapa hari selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.

Beliau, ketika dihubungi wartawan NSTP berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada bahagian perundangan Tabung Haji sebaik sahaja kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Memang saya dah letak (jawatan Pengerusi TH) hari tu (selepas BN kalah) dah betullah tu. Lepas tarikh itu (9 Mei), saya beri pada legal (bahagian undang-undang TH).

“Saya ikut cara selamat, sama letak jawatan. Saya serah pada bahagian perundangan TH, dia kena bagi (surat letak jawatan) pada menteri. Kerajaan baharu tak nak (wakil) kerajaan lama, kita kena hormatlah, letak semua jawatan, bagi surat,” katanya.

Ditanya adakah tarikh peletakan jawatannya itu dibuat sama pada 14 Mei iaitu tarikh sama Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi FELDA Abdul Azeez mengakuinya.

“Ya, saya bagi pada mereka,” katanya ringkas.

Media hari ini melaporkan Ahli Parlimen Baling itu mengesahkan beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengunjungi rumahnya semalam.

Beliau yang dihubungi oleh Astro AWANI mengesahkan kira-kira 10 anggota SPRM datang ke rumahnya sekitar jam 1 petang semalam sebelum memaklumkan kepada beliau untuk operasi menggeledah.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Abdul Azeez berkata, sebahagian daripada wang tunai RM500,000 yang dirampas oleh SPRM dalam pemeriksaan di kediaman dan pejabatnya semalam adalah untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin selain sebahagiannya adalah peruntukan perbelanjaan UMNO Bahagian Baling.

"Wang berkenaan adalah untuk perbelanjaan ke Gaza, Palestin yang dirancang selepas PRU-14 manakala wang yang dirampas di Baling pula adalah milik UMNO Bahagian Baling dan sepatutnya diberikan kepada rakyat sempena bulan puasa dan sambutan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi," katanya

Tambah beliau, selain wang tunai, SPRM turut merampas jam serta pelbagai mata wang asing.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai pemeriksaan berkenaan dan rampasan keseluruhan RM500,000 diperoleh dari tiga lokasi yang diperiksa dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud, turut mengesahkan pemeriksaan dibuat di kediaman Abdul Azeez di Taman Bemban, Kupang dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di Batu 42, Pulai malam tadi.

Bagaimanapun katanya, maklumat lanjut mengenai kes yang disiasat perlu dirujuk kepada SPRM Putrajaya kerana dikendalikan oleh ibu pejabat dan SPRM negeri sekadar membantu.

Berita berkaitan:

• Hanya pemeriksaan biasa - Abdul Azeez

• SPRM serbu rumah, pejabat Azeez


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mei 2018 @ 6:40 PM

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-