Showing posts with label Shafee Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Shafee Abdullah. Show all posts

Thursday, September 13, 2018

Shafee tidak mengaku salah, dibenar ikat jamin RM1 juta

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memakai kemeja putih dan bersut hitam mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan berkenaan. — Foto oleh Azneal Ishak/Projek MM

KUALA LUMPUR — Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azura Alwi turut membenarkan permohonan peguam Harvinder Singh, yang mewakili Muhammad Shafee supaya jaminan sebanyak RM500,000 dibayar pada hari ini dan baki selebihnya diselesaikan pada 18 September ini.

Hakim itu turut memerintahkan Muhammad Shafee untuk menyerahkan dua pasport iaitu antarabangsa dan diplomatik kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes. Pada awal prosiding, bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan memohon izin daripada mahkamah supaya keempat-empat pertuduhan dibacakan kepada Muhammad Shafee, yang berada di dalam kandang tertuduh dengan tangannya tidak bergari. Sebaik sahaja kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa secara berasingan, Muhammad Shafee, 66, yang memakai kemeja putih dan bersut hitam mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan berkenaan.

Jurubahasa: Adakah Tan Sri faham pertuduhan?

Muhammad Shafee: Faham.

Jurubahasa: Adakah Tan Sri mengaku salah atau tidak mengaku salah?

Muhammad Shafee: Tidak mengaku salah.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib kemudiannya mencadangkan jaminan sebanyak RM2.5 juta dengan dua penjamin terhadap peguam terkenal itu serta dua pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Harvinder memohon bagi pihak anak guamnya dibebaskan secara bon peribadi dengan tiada jumlah jaminan di bawah Seksyen 387 Kanun Acara Jenayah.

“Anak guam saya berdiri sebagai seorang peguam hampir 39 tahun, Timbalan Pendakwaraya selama enam tahun dan bertindak sebagai entiti kerajaan dan bukan kerajaan di mahkamah. Jika anda google, anda boleh lihat lebih 100 kes yang beliau kendalikan.

“Semalam, beliau (Muhammad Shafee) berada di Johor Bahru pada sebelah pagi dan pulang pada pukul 6.30 petang dan menemui beberapa orang dan hari ini beliau terbang ke Pulau Pinang untuk mengendalikan kes-kes Sosma,” katanya dan menambah bahawa anak guamnya adalah seorang lelaki yang dikenali sibuk di mahkamah.

Harvinder berkata, ini satu kes yang luar biasa kerana anak guamnya mempunyai 39 tahun pengalaman dalam bidang perundangan yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah.

Beliau berkata, ikat jamin berjumlah RM2.5 juta yang dicadangkan oleh pihak pendakwaraya adalah terlalu tinggi dan mencadangkan agar mahkamah memberi ikan jamin antara RM500,000 ke RM600,000.

Sri Ram menjawab bahawa kes itu berkepentingan awam dan untuk membebaskan tertuduh atas bon peribadi boleh dianggap sebagai menghina orang awam.

“Ia satu kesalahan yang serius. Tidak ada unsur politik di sini dia (Muhammad Shafee) bukanlah seorang politik. Arahan saya agar beliau tidak diberi layanan istimewa,” kata Sri Ram.

Ahmad Akram turut berhujah bahawa pihak pendakwaan mencadangkan jumlah jaminan yang tinggi bagi menunjukkan tertuduh rasa dia perlu bertanggungjawab untuk hadir ke mahkamah.

 — Bernama

Peguam Shafee Abdullah dijangka didakwa di bawah AMLA

Diterbitkan 13 Sep 2018, 8:24 pagi 


Seorang peguam terkemudka untuk BN dan Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen KL pagi ini kerana dakwaan pengubahan wang haram berhubung dengan 1MDB.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan perkara ini, dengan mengatakan bahawa Shafee akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

[Baca berita penuh]

Saturday, September 8, 2018

Shafee: Bayaran RM9.5 juta dari Najib yuran guaman BN


Peguam Tan Sri Shafee Abdullah mengaku menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi berkata bayaran itu cuma sebahagian daripada hutang yuran guaman lebih RM20 juta bagi bayaran perkhidmatan undang-undangnya untuk Umno dan Barisan Nasional.

Beliau berkata telah menjalankan kerja-kerja litigasi undang-undang bagi pihak BN sejak 1990-an tanpa bayaran retainer peguam yang khusus ketika pentadbiran terdahulu Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah kepada Datuk Seri Najib Razak.

"Kes-kes yang diserahkan kepada saya dan firma saya merangkumi petisyen pilihan raya kepada litigasi serius melibatkan Umno dan Barisan Nasional. Saya ingat melakukan kerja litigasi bagi pihak Umno dan anak guam lainnya berkaitan kes saman fitnah," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Sepanjang tempoh itu, beliau mendakwa dirinya dan firmanya tidak mengutip bayaran untuk khidmat guaman itu kerana tiada bayaran diterima daripada Umno walaupun terdapat janji membayarnya, kecuali "beberapa bayaran kecil."

Kata Shafee hal ini berubah apabila beliau "berpeluang bertemu" dengan Najib pada September 2013 dan membangkitkan isu mengenai bayaran yuran yang tidak diselesaikan itu.

Bayaran terkumpul sejak 90-an

"Pada ketika itu, saya sangat memerlukan wang untuk membeli sebuah hartanah daripada seorang teman yang sangat memerlukan untuk menjual hartanah berkenaan untuk membeli hartanah baru buat keluarganya," dakwanya.

"Najib dapat tahu untuk kali pertamanya bahawa saya tidak pernah dibayar oleh Umno selama ini sejak zaman Tun Mahathir lagi dan beliau (Najib) meminta saya berapa jumlah bayaran yuran terkumpul itu sejak awal tahun 1990 an. Saya beritahu beliau jumlah keseluruhan bayaran tidak kurang daripada RM20 juta tetapi saya tidak menuntut jumlah itu.

"Saya katakan kepada beliau saya sangat gembira jika beliau dapat menyelesaikan kira-kira RM11 juta yuran kerja guaman untuk 46 petisyen pilihan raya... pada tahun 2004 dan 2006.

"Bagaimanapun, Najib bersetuju membayar RM9.5 juta sebagai penyelesaian penuh yuran guaman untuk 46 petisyen pilihanraya tetapi beliau meminta saya merasionalisasikan kertas kerjanya kemudian," katanya.

Shafee menambah bahawa beliau bersetuju dengan penyelesaian bekas perdana menteri itu kerana beliau difahamkan bahawa Najib bertanggungjawab mengendalikan dana parti itu.

"Saya pada masa itu sama sekali tidak mengetahui sumber pembayaran kepada saya oleh Datuk Seri Najib," katanya lagi sambil menyatakan bahawa ini diterangkan kepada SPRM dalam siasatan mengenai 1MDB.

"Saya seorang peguam bela dan peguam cara biasa yang bekerja dengan mendapat bayaran, mengapa saya diteliti apabila saya mengutip bayaran untuk kerja-kerja Umno/ BN saya?

"Jika anda membenarkan peguam diganggu seperti ini di bawah siasatan pengubahan wang haram dan lain-lain, masa depan profesion undang-undang dihalang. Ini adalah fenomena yang sedang diperhatikan badan-badan profesion undang-undang dunia."

Kenyataan ini susulan "info baru" yang didedahkan pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Shafee menerima dua bayaran RM4.3 juta dan RM5.2 juta daripada bekas perdana menteri di antara 2013 dan 2014.

Bukti itu diserahkan kepada pasukan petugas khas peguam negara dalam afidavit balas terhadap rayuan Anwar berkaitan sabitan kes liwat keduanya yang telah mendapat pengampunan diraja sepenuhnya.

Anwar ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah beliau dinafikan perbicaraan yang adil kerana pihak pendakwaan menerima bayaran daripada Najib, yang juga pencabar politiknya.

Baca kenyataan penuh peguam Shafee Abdullah di sini.

Tun Mahathir desak Najib lantik saya: Shafee

RAZIATUL HANUM A RAJAK
8 SEPTEMBER 2018

Shafee - Foto mStar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa telah mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shafee dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, Najib sebenarnya tidak begitu berminat dengan idea pelantikannya itu.

“Sebab beliau (Najib) mahu jaga hati Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Gani Patail. Malah beliau paling keberatan.

“Tapi Tun Mahathir beria mahu saya dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam kes Anwar sebab beliau (Tun Mahathir) tidak yakin Pejabat Peguam Negara boleh menang.

“Mungkin sebab mereka telah kalah dalam kes liwat II di Mahkamah Tinggi sebelum itu. Mereka juga kalah sebelumnya di mahkamah Persekutuan dalam kes liwat I,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Shafee lagi, beliau telah dipanggil ke Yayasan Perdana di Putrajaya pada tahun 2013 untuk bertemu dengan Mahathir.

“Tun Mahathir beritahu saya sendiri Najib baru meninggalkan Yayasan Perdana selepas beliau berjaya memujuk Najib agar meyakinkan Peguam Negara melantik saya. Bagi kes itu.

“Matthias Chang (bekas setiausaha politik Tun Mahathir) kata pada saya, pelantikan saya ini salah satu daripada enam permintaan Tun Mahathir kepada Najib, kalau tak beliau akan menentang Najib,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hakim terlibat jatuh hukum dakwaan liwat boleh tidur lena]

Pendedahan Shafee ini sebagai menafikan maklumat baharu daripada Pejabat Peguam Negara yang mendakwa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebelum perbicaraan kes liwat tersebut.

Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah menerima afidavit mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Shafee yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara.

Katanya, pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib.

Kata Anwar lagi, apabila Shafee menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes, ia menghancurkan kredibilitinya sebagai seorang ejen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah.

Thursday, September 6, 2018

'Info baru' sahkan Najib bayar Shafee RM9.5 juta


Pejabat Peguam Negara (AGC) telah menyerahkan "maklumat baru" kepada Mahkamah Rayuan yang menunjukkan perdana menteri pada ketika itu Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah antara tahun 2013 dan 2014.

Bukti baru itu diserahkan kepada pegawai petugas khas peguam negara dalam suatu afidavit yang turut memperincikan urus niaga transaksi bank antara akaun milik Najib dan Shafee.

Ia turut menyertakan dua salinan cek oleh Najib bertarikh 11 September 2013 dan 14 Februari 2014 kepada Shafee masing-masing sebanyak RM4.3 juta dan RM5.2 juta.

Afidavit itu dibuat sebagai maklum balas kepada rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan mengenai kes liwatnya yang telah mendapat pengampunan diraja.

Anwar ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah beliau dinafikan perbicaraan yang adil kerana pihak pendakwaan menerima bayaran daripada Najib, yang juga pencabar politiknya.

Anwar dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya berkata beliau menerima afidavit tersebut yang menyertakan keterangan mengenai bayaran RM9.5 juta itu.

"Pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi peguam negara, dan lebih ganjil lagi bila yang dilantik itu seorang kenalan rapat Datuk Seri Najib, yang terlibat secara material di dalam kes tersebut.

"Tan Sri Shafee juga menjadi saksi kejadian konspirasi terhadap saya yang berlaku di dalam kehadiran Datuk Seri Najib, yang membuatkan kedua-dua pihak ini berkemungkinan menjadi saksi.

"...Tan Sri Shafee telah menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Datuk Seri Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes saya menghancurkan kredibiliti beliau sebagai seorang agen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah," kata Anwar.

Anwar pada tahun 2010 dituduh dan dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Saiful, sebelum menuduh Anwar meliwatnya, telah secara peribadi bertemu dengan Najib. Bekas perdana menteri pada waktu itu berkata Saiful bertemu dengannya untuk membincangkan biasiswa.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada salah laku tetapi pihak pendakwaan merayu kes itu di Mahkamah Rayuan, kali ini dengan Shafee ditugaskan sebagai pendakwa raya luar.

Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan pembebasan Anwar pada tahun 2014 dan Mahkamah Persekutuan menegaskan keputusan itu sekali lagi pada Februari 2015.

Anwar kemudiannya dipenjarakan dan dibebaskan pada Mei tahun ini, berikutan pengampunan diraja selepas perubahan kerajaan persekutuan.

Anwar berkata perlu ada iltizam teguh terhadap kedaulatan undang-undang dalam "Malaysia baru" dan kewibawaan badan kehakiman serta badan perundangan mesti dikembalikan semula.

"Saya gesa pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga institusi-institusi kita untuk mempertimbang langkah-langkah memperbetul keadaan agar rakyat Malaysia malah juga dunia yakin terhadap integriti sistem perundangan kita," katanya.

AGC berkata maklumat baru itu muncul selepas SPRM membekukan akaun bank Shafee dan memulakan siasatan kes pengubahan wang haram.

Sunday, August 26, 2018

Anwar tiada hasrat hukum hakim, tapi mahu Shafee diadili

Geraldine Tong | Diterbitkan 26 Ogs 2018, 7:04 petang


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan membawa hakim yang pernah menghukumnya ke penjara dibawa ke muka pengadilan, tetapi mahu dakwaan ketidakadilan dalam kes Liwat II ditangani.

Beliau mengulas gesaan peguam SN Nair agar diadakan inkuiri terhadap tiga sabitan terhadap Anwar sebelum ini - satu untuk salah guna kuasa dan dua untuk liwat.

Nair berkata, oleh kerana Anwar menerima pengampunan Yang di-Pertuan Agong atas sebab ketidakadilan ketara (miscarriage of justice), para hakim yang menjatuhkan hukuman terhadapnya bersalah kerana tidak memberikan keadilan berdasarkan undang-undang, serta gagal mematuhi ikrar kehakiman.

Bercakap dengan pemberita hari ini, Anwar berkata beliau lebih berminat untuk memperbetul ketidakadilan, antaranya dakwaan bahawa pendakwa dalam kes itu Tan Sri Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kami sudah buat permohonan di mahkamah berhubung isu Shafee menerima RM9.5 juta.

"Ia menjejaskan kes, dan melaluinya kami akan membangkitkan kes berkenaan keputusan semberono Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

"Dan saya fikir jika masih ada rasa (sense) keadilan dan keperluan memperbetul perkara yang salah, ketua kehakiman sekarang perlu mengambil tindakan sepatutnya dengan segera," katanya.

Beliau ditemui dalam majlis pelancaran buku Anwar Returns: The Final Twist di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kes Liwat II, ketika pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Rayuan, kerajaan mengambil langkah di luar kebiasaan dengan mengambil peguam iaitu Shafee seabgai pendakwa utama, bukannya pendakwa raya kerajaan.

Anwar sebelum ini membuat permohonan untuk mengetepikan sabitan kes Liwat II atas dakwaan ketidakadilan ekoran Shafee yang dikatakan menerima RM9.5 juta.

Pendengaran bagi permohonan itu dijadual pada 14 September nanti.

Wednesday, July 4, 2018

Pihak pendakwaan tidak bersedia - Peguam Najib

04 Julai 2018 6:28 PM
Beliau menyifatkan pasukan pendakwaan yang diwakili Peguam Negara, Tommy Thomas mungkin masih mencari bukti berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib. 
Foto oleh AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN.

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kesediaan pasukan pendakwaan dalam membawa prosiding kes melibatkan anak guamnya itu.

Beliau menyifatkan pasukan pendakwaan yang diwakili Peguam Negara, Tommy Thomas mungkin masih mencari bukti berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Ahli Parlimen Pekan itu dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn. Bhd.

"Kami minta Februari dan Mac untuk perbicaraan, kami mahu lagi awal kalau boleh tetapi yang peliknya orang yang tuduh tak sedia.

"Mungkin masih lagi meraba-raba cari bukti, kami tak tahu," katanya ketika ditemui pemberita setelah selesai prosiding kes berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang prosiding kes yang melibatkan bekas Presiden UMNO itu. 

- Bernama

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-