Showing posts with label Lokman Adam. Show all posts
Showing posts with label Lokman Adam. Show all posts

Thursday, December 22, 2022

Bagaimana kenyataan Lokman Adam? Anwar tak mahu saman?

agendaily.com
22/12/2022
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Bersatu mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat menggunakan undang-undang secara terpilih, sedangkan beliau sepatutnya menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Presiden PKR itu kini menggunakan saluran guaman bagi melenyapkan semua kritikan terhadapnya

“Saya merujuk kepada laporan media mengenai tindakan mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah tersebar kepada media sebelum pun ia diserahkan kepada peguam Tan Sri Muhyiddin

“Saya juga ambil perhatian bahawa Anwar telah mengugut tindakan sama terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim (ahli Parlimen Kuala Terengganu).

“Dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri, Anwar seharusnya berani dan bersedia menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Bukan mengugut tindakan guaman bagi melenyapkan semua kritikan,” katanya yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Wan Saiful dalam satu kenyataan semalam (21 Disember 2022) mempersoalkan adakah Anwar mahu menjadi pemerintah diktator yang tidak boleh dikritik dan dipersoalkan?

“Kenapa sejak menjadi Perdana Menteri, Anwar sangat nipis telinga dan tak boleh terima kritikan? Adakah Anwar mahu menjadi diktator yang tidak boleh dipersoal?,” katanya.

Beliau berharap Anwar juga mengambil tindakan undang-undang yang sama kepada pihak lain yang turut membangkitkan pelbagai cerita tidak baik terhadap Perdana Menteri Malaysia kesepuluh.

“Memandangkan terdapat banyak cerita yg tidak enak terhadap wibawa Anwar, contohnya oleh Lokman Nor Adam (bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO)dan oleh Agensia Nova dari luar negara, seperti dibangkitkan Ketua Pembangkang, saya harap Anwar akan bertegas mengambil tindakan guaman serupa kepada yang lain-lain juga.

“Dengan berbuat demikian baru lah Anwar boleh dilihat serius mempertahankan nama baiknya dan institusi Perdana Menteri dan bukan berterusan mempergunakan sistem perundangan secara selektif untuk bermain politik atau mengugut pengkritik,” kata Wan Saiful yang turut meletakkan pautan ceramah Lokman Adam ketika PRU-15 lalu.

Monday, September 12, 2022

PM dapat perintah mahkamah agar Lokman padam hantaran fitnah

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Sep 12, 2022 11:28 AM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injuksi sementara agar bekas ahli majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam memadamkan hantaran yang didakwa memfitnah perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob di Facebook.

Peguam Ismail, Sabri Ragunath Kesavan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pesuruhjaya kehakiman Roz Mawar Rozain membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) untuk mamadamkan hantaran bertarikh 22 Ogos.

Perintah injunksi sementara itu dikeluarkan sementara menunggu prosiding saman fitnah utama oleh Ismail Sabri terhadap Lokman.

Saman fitnah berkenaan adalah berhubung hantaran pada 22 Ogos yang mengandungi dakwaan bahawa Ismail bertemu dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Ragunath memberitahu Malaysiakini bahawa mahkamah membenarkan permohonan Ismail agar Lokman memadamkan hantaran di Facebook, YouTube, Instagram, dan TikTok.

Peguam itu menambah, Roz Mawar juga menetapkan jam 3 petang, 26 Sept ini untuk pendengaran inter-parte (dua pihak).

Pada 1 Sept lalu, Lokman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik terhadap kerajaan dan perdana menteri.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 20 dan 22 Ogos lepas dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Mengikut kertas pertuduhan, kenyataan dibuat dalam video di mana Lokman didakwa membidas Ismail Sabri dan kerajaan berhubung pengendalian rayuan terakhir kes SRC International membabitkan bekas perdana menteri Razak.

Bernama melaporkan, pihak pendakwaan meminta ikat jamin ditetapkan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Lokman meminta ikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan atas alasan anak guamnya mempunyai 11 anak yang masih bersekolah dan kini bekerja sebagai penjual sate dengan pendapatan tidak menentu.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak membenarkan Lokman diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan tidak dibenarkan membuat apa-apa kenyataan di media sosial berkaitan kes itu.

Thursday, July 15, 2021

Mahkamah putuskan Lokman Adam bersalah hina mahkamah

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan 15 Jul 2021, 11:15 am
Dikemaskini 11:23 am

Mahkamah memutuskan bekas pemimpin Umno telah menghina mahkamah berhubung kes rasuah Najib Razak melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan komital pendakwaan terhadap Lokman, yang merupakan bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan Lokman menghina mahkamah berkaitan saksi pendakwaan kelapan (PW8) kes tersebut, iaitu bekas pegawai khas Najib, Amhari Effendi Nazaruddin.

"Saya dapati tindakan responden, diiringi dengan niat, untuk membuat kenyataan media dan laporan polis, bersamaan dengan ugutan terhadap PW8 dan pihak lain yang berpotensi sebagai saksi dalam perbicaraan, membawa risiko terhadap pentadbiran keadilan (due administration of justice) dan bersamaan dengan menghina mahkamah," katanya.

Selepas keputusan itu, mahkamah mendengar penghujahan daripada peguam bela untuk pengurangan hukuman.

Prosiding komital yang difailkan pendakwaan berhubung dua dakwaan insiden melibatkan Amhari pada 2019.

Insiden pertama berlaku pada 25 September 2019, di mana Lokman dalam temu bual video didakwa mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut Amhari kerana memberi keterangan pada perbicaraan kes Najib.

Insiden kedua juga pada hari sama berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Amhari berkaitan keterangan lisan yang dibuat ketika perbicaran 1MDB.

Ketika prosiding sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram berkata kebebasan bersuara tidak mengabsahkan ugutan terhadap saksi, yang didakwa dilakukan Lokman.

Sri Ram antara lain berkata, perkataan yang terdapat dalam temu bual video dan laporan polis bukan saja serangan terhadap Amhari, tetapi mahkamah sendiri.

Bagaimanapun, peguam Lokman, Muhammad Shafee Abdullah berkata mahkamah perlu menolak permohonan tersebut memandangkan notis tunjuk sebab oleh Umno terhadap Lokman dikatakan tidak menyatakan maklumat penting berkaitan perkara itu.

Shafee antara lain berkata, pihak pendakwaan tidak boleh bergantung kepada afidavit untuk perincian berkaitan dakwaan tindakan Lokman dan perincian berkaitan sepatutnya termasuk dalam notis tunjuk sebab itu sendiri.

[Baca berita asal]

Friday, February 7, 2020

Lokman Adam dipecat dari Umno

Diterbitkan Hari ini 9:25 malam

BERITA

Lokman Adam, yang merupakan penyokong tegar Najib Abdul Razak, telah dipecat daripada Umno oleh majlis tertinggi parti hari ini.

Perkara itu disahkan oleh dua peserta mesyuarat yang diadakan pada petang tadi.

Pemecatan Lokman dipercayai berkaitan dengan pendedahan rakaman audio yang didakwa menggambarkan percubaan Zahid untuk meyakinkan pemimpin parti bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan, Lokman mendakwa bahawa dia telah dipecat semasa mesyuarat hari ini melalui "proses mengundi angkat tangan".

Lokman sebelum ini merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno yang dipilih dan tidak hadir pada mesyuarat hari ini dengan menyatakan hilang keyakinan terhadap presiden parti.

Beliau berkata beliau akan meneruskan misinya untuk menentang Pakatan Harapan dan "tali barut" di dalam Umno melalui sebuah NGO laskar siber.

"Apabila Najib kembali menjadi presiden Umno, saya akan memohon semula menjadi ahli Umno.

"Apa yang penting, rancangan Zahid untuk memaksa 3.7 juta ahli Umno untuk mengangkat Mahathir menjadi pengerusi Pakatan Nasional telah gagal," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sementara itu, Ahli Majis Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi menyifatkan pemecatan Umno sebagai "kurang bijaksana".

Menurutnya, Lokman hari ini dipecat sebagai ahli Umno atas syor Biro Politik dan bukan atas syor Lembaga Disiplin.

"Apa fungsi Lembaga Disiplin?" soal Puad dalam kenyataan di Facebooknya.

Puad turut mempersoalkan kenapa bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussien tidak dikenakan tindakan sama.

"Tidakkah perbuatan beliau mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Mahathir tanpa memaklumkan majlis tertinggi dan presiden Umno adalah melanggar disiplin parti.

"Ia juga tidak menghormati institusi presiden. Bukan kerana mahu mempertahankan Lokman tetapi tindakan mestilah adil dan jangan selektif.

"Apa pun saya telah menyuarakan pendirian saya ini dalam majlis tertinggi. Tapi gagal," katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-