Showing posts with label Menteri Agama. Show all posts
Showing posts with label Menteri Agama. Show all posts

Friday, February 7, 2025

Garis panduan JAKIM adab sambut perayaan bukan Islam untuk lindungi akidah

bharian.com.my
Februari 7, 2025 @ 8:44am


Satu daripada enam nilai teras Malaysia MADANI adalah Hormat, merujuk kepada 'perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia'.

Teras murni ini pasti menjadi rujukan, pedoman dan panduan kerajaan serta agensinya bagi mewujudkan satu tatakelola kerja atau peraturan baharu hendak diwujudkan.

Atas faktor ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mewujudkan garis panduan bagaimana adab dan larangan bagi orang Islam menyambut perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mohktar menjelaskan, cadangan garis panduan itu masih dalam proses libat urus bersama pihak berautoriti, sekali gus tidak wajar menjadi isu politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan Kabinet akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Timbul keanehan di sini apabila terdapat segelintir komuniti bukan Islam bertindak menentang cadangan diwujudkan garis panduan baharu daripada JAKIM ini serta bersikap 'lebih sudu daripada kuah' berbanding umat Islam.

Sedangkan sasaran JAKIM mewujudkan garis panduan ini adalah khusus untuk orang Islam dan tidak membabitkan bukan Islam.

Sudah pasti JAKIM melihat kepentingan garis panduan ini mengikut Perkara 3 Perlembagaan yang menegaskan Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan.

Perkara 11 pula menyatakan: 'Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya serta tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya'. Kebebasan ini membentuk perpaduan kukuh antara kaum dan dibuktikan dengan keamanan dikecapi rakyat selama ini.

Justeru, sepatutnya tidak timbul rasa prejudis komuniti bukan Islam apabila JAKIM hendak mewujudkan garis panduan mengenai kehadiran umat Islam dalam majlis atau acara membabitkan bukan Islam.

Dalam Islam, ada peraturan tertentu mengenai jenis pergaulan dibenarkan, terutama dalam konteks agama dan kepercayaan. Garis panduan itu bertujuan membantu umat Islam terutama pemimpin berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam serta cara menghormati prinsip agama mereka, tanpa melanggar batasan syariat.

Garis panduan ini juga memberi panduan bagaimana umat Islam boleh berinteraksi dengan bukan Islam dengan cara sopan dan beradab, tanpa menyinggung perasaan atau menyebabkan konflik untuk menjaga keharmonian masyarakat pelbagai agama dan budaya.

Ini kerana sesetengah acara mungkin mengandungi unsur bertentangan syariat Islam, maka garis panduan ini membantu umat Islam membuat keputusan bijak memilih jenis majlis atau acara patut dihadiri serta mana perlu dielakkan.

Jelas di sini, prejudis yang berbangkit adalah disebabkan kekeliruan sesetengah pihak mengenai prinsip 'boleh dan tidak boleh' umat Islam boleh terbabit dalam sesuatu acara atau majlis bukan Islam.

Prinsip asas garis panduan itu adalah untuk melindungi umat Islam daripada pengaruh yang boleh mengganggu kehidupan beragama mereka, bukan menyekat kebebasan perhubungan antara kaum.

Thursday, June 22, 2023

Bantahan ditolak, saman Mujahid ke atas PAS diteruskan

malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Jun 22, 2023 11:38 AM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak notis permohonan difailkan PAS bagi membatalkan saman fitnah dikemukakan Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof.

Justeru dengan penolakan tersebut, kata peguam Noorazmir Zakaria, saman Mujahid akan diteruskan dengan perbicaraan penuh.

Peguam yang mewakili Mujahid itu berkata perbicaraan tersebut dijadual berlangsung pada 2025.

Katanya hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh juga semalam memerintahkan agar PAS membayar kos RM3,000 kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu.

“Pada sesi pendengaran kes, pihak defendan menghujahkan bahawa plaintif salah kerana menyaman PAS.

"Kata mereka, plaintif sepatutnya menyaman penulis artikel tersebut bukannya parti.

“Selain itu peguam mereka juga menghujahkan PAS sebagai parti politik tidam boleh disaman dalam kes fitnah.

“Bagaimanapun kami mengemukakan hujahan sebaliknya,” kata Noorazmir ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

PAS diwakili peguam bela Mohd Faizo Che Abu.

Pada 15 Dis tahun lalu Mujahid memfailkan saman fitnah terhadap PAS berikutan satu artikel yang diterbitkan di Facebook Parti Islam Se-Malaysia PAS (Pusat) bertajuk Mantan Menteri Agama PH sokong Eljibiti?.

Artikel tersebut bertarikh 16 Okt 2022.

Mujahid yang juga bekas ahli Parlimen Parit Buntar menerusi pernyataan tuntutannya mendakwa artikel tersebut adalah bersifat fitnah dan mengaibkannya.

Dia itu turut mendakwa PAS dengan melampau menggunakan atau mengaitkan isu LGBT ini dengan dirinya.

Tuesday, May 16, 2023

Kalimah Allah: Bekas menteri agama tuntut penjelasan KDN

malaysiakini.com
Diterbitkan: May 15, 2023 
Bekas menteri agama Zulkifli Mohamad menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberi penjelasan berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah.

Zulkifli berkata rayuan yang dibuat ketika dia menjadi menteri agama pada 2021 adalah bagi menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan demikian.

"Keputusan untuk rayuan semula kes pada tahun 2021 adalah bagi menjunjung titah Sultan Johor dan Sultan Selangor yang menitahkan kerajaan persekutuan pada ketika itu membuat rayuan semula bagi keputusan mahkamah tinggi.

"Tidak sedikit jerih payah yang dikerah oleh para mufti serta jawatankuasa muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) untuk berbincang, pertemuan demi pertemuan dengan NGO dan penyusunan kertas penghujahan yang melibatkan ramai pakar dan tokoh akademik," katanya di Facebook, hari ini.

"Saya amat berharap kerajaan madani melalui KDN ada jawapannya. Ini kerana Saifuddin selaku menteri dalam negeri memaklumkan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung isu kepentingan umat Islam ini," kata Zulkifli lagi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menarik balik rayuan dalam kes yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.

Notis tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lepas.

Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman Ireland yang mahu mendapatkan pengisytiharan bahawa dia mempunyai hak menggunakan kalimah Allah untuk tujuan agama dan pendidikan.

Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Kaabah” dan “solat” sebagai menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan.

KDN dan kerajaan kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 15 Mac tahun yang sama.

Susulan keputusan hari ini, Saifuddin berkata KDN membuat pendirian itu kepada kabinet beberapa bulan lalu dan penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media akan datang.
Lukman Sheriff Alias
Sementara itu, Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (Macsa) menyatakan kekecewaan berhubung keputusan kerajaan tersebut.

Pengerusinya Lukman Sheriff Alias berkata isu berkenaan melibatkan kepentingan awam yang sangat sensitif dalam masyarakat Malaysia.

"Isu kalimah Allah adalah isu kepentingan awam yang sangat sensitif di kalangan rakyat Malaysia, sama ada Islam dan bukan Islam.

"Oleh itu, satu kejutan dan kekecewaan besar bahawa rayuan itu ditarik balik tanpa sebarang justifikasi.

"Macsa mengecam cara kes itu ditarik balik tanpa sebarang penjelasan," katanya dalam kenyataan.

Wednesday, April 17, 2019

Wanita tidak seharus dipaksa bertudung - Latheefa

News | Diterbitkan Hari ini 12:43 tengahari 


Aktivis Latheefa Koya mengingatkan orang ramai supaya tidak memaksa wanita bertudung.

Menurut peguam itu, ini kerana tiada paksaan dalam Islam berkaitan tuntutan berkenaan.

“Saya langsung tidak setuju orang dipaksa pakai tudung. Itu bukan cara Islam. Tiada paksaan dalam Islam. Mana pergi prinsip ini.

“Hanya semata-mata seorang tak pakai tudung - adakah dia akan masuk neraka? Adakah dia jadi murtad? adakah dia jadi seorang perempuan yang jalang?

“Come on lah, itu adalah satu pemikiran ekstremis,” kata peguam hak asasi manusia itu di Facebooknya, hari ini.

Isu berkaitan tudung timbul apabila aktivis Maryam Lee Abdullah dalam pelancaran bukunya yang bertajuk Unveiling Choice disusuli forum membincangkan isu perempuan Melayu yang tidak lagi bertudung di Petaling Jaya.
Susulan daripada itu, Menteri Agama Mujahid Yusuf Rawa mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menyiasat forum berkenaan.

Mengulas lanjut berkaitan forum itu, Latheefa berpendapat seseorang yang mengikut atau menghadiri forum seperti itu akan terus luntur imannya untuk membuka tudung.

“Biar seseorang wanita itu bebas memikir dan memilih sama dia mahu berhijab atau tidak.

“Janganlah mencerminkan orang Islam itu terlalu rapuh dan obses kepada bentuk badan, dan rambut, dan seks,” katanya.

Latheefa yang juga adalah pengarah eksekutif kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) juga tidak bersetuju jika pengajaran Islam hanya berasaskan pemakaian seseorang.

“Bukan sekadar tudung sahaja. Biarlah orang nak bincang kenapa dia buka tudung atau pakai tudung,” katanya.

Peguam yang lantang bersuara berkaitan hak asasi itu juga berkongsi cerita bagaimana beliau memilih untuk memakai tudung ketika di tingkatan enam.

Menurutnya, beliau memilih jalan itu bukan kerana ingin tunjuk ‘alim’ sebaliknya sebagai satu tanda protes kepada penganiayaan terhadap mereka yang menutup aurat di timur tengah.

“Sebab ketika itu saya terbaca orang yang pakai tudung di negara lain seperti di Turki, Mesir dianiaya dan tidak dibenarkan, saya rasa marah,” katanya.

Beliau turut mengakui agak sukar istiqamah dalam memakai tudung namun kini ia sudah menjadi sebahagian daripada tindakan semulajadi.

“Tetapi akhirnya setelah beberapa tahun lalu, saya rasa selesa pakai tudung, telah jadi second nature, tak pikir pun apa ada atas kepala saya tu. Selalu kena tegur oleh kawan-kawan sebab tudung saya senget,” katanya.

Friday, December 28, 2018

PAS ajak rakyat beri tekanan kepada kerajaan tunai janji

sitifatimah 27/12/2018

PH perlu pulihkan ekonomi, elak daripada catur masa depan politik masing-masing


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 19 Rabiulakhir 1440H, Khamis – PAS hari ini mengajak rakyat memberi tekanan kepada kerajaan campuran Pakatan Harapan – yang dibentuk tujuh bulan lalu – untuk menunaikan janji manifesto mereka.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menggesa kerajaan memberikan tumpuan sewajarnya untuk memulihkan ekonomi daripada mencatur masa depan politik masing-masing.

Secara bergurau menggunakan istilah ‘adinda dan kakanda’ yang menjadi ‘trending’ ketika ini gara-gara Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, beliau mengingatkan rakyat supaya sesekali tidak terjerat dengan polemik dan drama politik yang tidak berkesudahan.

Katanya, usahlah teralih pandangan kalian daripada kemiskinan dan kesengsaraan yang sedang melanda rakyat sederhana dan bawahan.

“Keadaan ekonomi yang suram, harga getah yang merudum, harga sawit tiada bayangan akan naik, nilai ringgit yang rendah dan keadaan Bursa Malaysia terus tidak stabil dan janji-janji manifesto dimungkari.

“Biarlah ia warkah berbau pelik dari Cordova, mahupun kenyataan para menteri bahawa harga barangan dan kos sara hidup semakin menurun atah pertikaian sesama sendiri di dalam parti atau pakatan kerajaan serta perdebatan perompak undi katak politik.

“Jangan sesekali kita terleka dengan drama politik itu seperti mana kita terperangkap di dalam adegan dunia yang dipaparkan filem,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan ibrahim mengibaratkan polemik politik yang berlaku hari ini mengikut motif filem Hindustan sehingga menjadi tarikan dunia kerana lagu, pelakon dan gambaran jalan cerita yang menarik.

Beliau berkata, misialnya satu lagu memaparkan tujuh taman bunga, tiga gerabak keretapi, dua banglo, pelbagai tarian bersama tujuh kali tukar pakaian, itulah yang seringkali dipamirkan dalam filem Hindustan.

“Namun, berapa buah keluarga di dalam masyarakat umum di India begitu mewah dan menarik sebagaimana digambarkan di dalam filem Hindustan? Sangat sedikit. Realitinya, ramai yang susah, miskin dan melarat.

“Apa yang penting filem begini direka sebagai khayalan kepada golongan rakyat umum. Dalam pawagam mereka melupai hakikat hidup, berangan-angan sebagaimana dalam filem,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-