Showing posts with label Nazri Abdul Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nazri Abdul Aziz. Show all posts

Wednesday, June 8, 2022

‘Kalau pemimpin Umno berani, pergilah menghadap Seri Paduka’

malaysiakini.com

Diterbitkan: Jun 8, 2022 2:04 PM
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz berpendirian bahawa adalah tidak sopan bagi mana-mana pemimpin Umno untuk terus menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan pilihan raya awal.

Bercakap kepada Sinar Harian, Nazri berkata keputusan untuk membubarkan Dewan Rakyat terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Justeru, katanya, desakan supaya pilihan raya umum segera diadakan adalah tidak wajar kerana ia menyentuh kuasa Baginda.

“Sepanjang pengalaman saya menjadi menteri selama lebih 10 tahun, perdana menteri yang lepas tidak pernah membincangkan tarikh pelaksanaan PRU dalam kabinet. Ini kerana mereka menghormati bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

"Namun baru-baru ini, buat pertama kalinya isu ini dibincangkan secara terbuka oleh kepimpinan Umno.
"Pandangan saya mudah, kalau pucuk kepimpinan Umno hendak sangat PRU segera, pergilah menghadap Seri Paduka. Hasil keputusan daripada pertemuan itu kemudiannya maklumkan sahaja kepada perdana menteri...Kalau mereka beranilah," kata Nazri.

Susulan kejayaan BN pada pilihan raya negeri Johor pada Mac lalu, beberapa pemimpin Umno menggesa Ismail Sabri supaya menyegerakan pilihan raya umum bagi menyaingi momentum BN sekarang.

Penggal Parlimen semasa tamat pada 16 Julai 2023.

Semasa konvensyen BN ke-48 pada 1 Jun lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sendiri menggesa ribuan yang hadir di Dewan Merdeka di PWTC, Kuala Lumpur supaya bangkit menunjukkan sokongan terhadap pilihan raya awal.

Selain Nazri, tokoh kanan Umno lain yang tidak bersetuju pilihan raya umum segera diadakan adalah Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin.

Annuar mempersoalkan jika BN sudah benar-benar bersedia untuk pilihan raya di peringkat nasional manakala Khairy berhujah bahawa BN akan melakukan lebih baik dalam pilihan raya apabila situasi pandemik Covid-19 semakin reda dan ekonomi semakin pulih.

Wednesday, February 27, 2019

Umno jarak diri dari Nazri isu kenyataan sek Cina, Tamil

Diterbitkan Hari ini 8:14 pagi


Kenyataan Setiausaha Agung BN Nazri Abdul Aziz tidak mewakili parti dan cuma pandangan peribadinya, kata Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden Umno Mohamad Hasan.

"Pendirian beliau tersebut adalah pandangan peribadi yang tidak mewakili pendirian dan pandangan Umno.

"Umno, sebagai sebuah parti sangat menghormati dan memahami keperluan sekolah vernakular di Malaysia. Umno berpendirian sekolah jenis ini perlu terus wujud di negara kita.

Malaysiakini memetik Nazri berkata kaum bukan Melayu tidak patut mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana ia boleh mendorong kaum Melayu mempersoalkan keistimewaan kaum bukan Melayu seperti desakan menutup sekolah aliran Cina dan Tamil.

Selepas dikritik kerana kenyataannya, Nazri menjelaskan beliau tidak menggesa penutupan sekolah aliran Cina dan Tamil mendakwa media salah petik kenyataannya.

Untuk rekod, Malaysiakini tidak melaporkan Nazri menggesa mahu menutup sekolah aliran Cina dan Tamil untuk ditutup.

BERKAITAN: Nazri: AG, CJ, menteri kewangan tak percaya kitab, agama kita

Menurut Mohamad "persefahaman dan keupayaan meraikan kepelbagaian" telah menjadi kelebihan dan kekuatan BN, malah ketika gabungan itu berkuasa dahulu.

"Umno dan BN sebagai sebuah parti politik sentiasa komited dalam mengiktiraf dan meraikan kepelbagaian bangsa dan etnik di Malaysia termasuklah hak untuk beragama dan mendapat pendidikan yang selayaknya. Inilah karakter dan ciri-ciri penting negara kita yang majmuk.

"Semasa menguruskan kerajaan sebelum ini sekalipun, komitmen serta pendirian Umno dan BN berhubung sekolah vernakular dapat dilihat dengan jelas sama ada dalam bentuk sokongan infrastruktur, pengiktirafan dan pemberian peruntukan yang diperlukan," katanya lagi.

Semalam, Ketua Polis Negara Mohamed Fuzi Harun mengesahkan Nazri sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang jika disabitkan pertuduhan, pelaku kesalahan pertama boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali

"Saya dah cakap tadi kita akan siasat bawah Akta Hasutan dan kita perlu lengkapkan (siasatan) secepat mungkin.

"Jadi lengkap nanti kita akan hantar ke DPP (Timbalan Pendakwaraya di Pejabat AG) untuk tindakan lanjut ataupun arahan selanjutnya," katanya.

Sunday, April 1, 2018

'Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu'


Tan Sri Rafidah Aziz menempelak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai 'myopic' atau berfikiran cetek.

Bekas menteri kanan itu juga turut memberikan penjelasan mengenai maksud 'myopic'sebagai penegasan terhadap Nazri.

Perkataan 'myopic' dalam bahasa Inggeris bermaksud rabun dekat, juga sinonim dengan erti tiada imaginasi, tidak kreatif, kurang cabaran, kurang wawasan, berfikiran sempit, cetek, dan bersifat kedaerahan.

Rafidah merujuk artikel The Malaysian Insight bertarikh 8 Mac bertajuk "NFC masih berhutang dengan kerajaan RM248 juta, kata Kementerian Kewangan."

"Inilah apa yang saya sedang cakap. Wang rakyat 'kena sapu'. Nazri 'politik cetek'.
"Tak ada kena mengena dengan politik peribadi. Saya dah bersara 10 tahun. Tapi wang rakyat masih belum dilangsaikan, masih sekitar RM 200 juta untuk dibayar.

"Hutang is still hutang, terutamanya duit rakyat. Nazri tolong fokus kepada isu-isu kebimbangan rakyat dan tidak cuba alih perhatian kepada 'mak cik tua' ini. Hentikan politik kotor.

"Boleh cetak (kenyataan) ini sebagai respon bersama penjelasan mengenai myopic'," tambah beliau.

Rafidah memberikan respon terhadap kenyataan Nazri yang mendakwa beliau "dengkidan cemburu" terhadap Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana pernah tewas kepadanya dalam merebut jawatan ketua wanita Umno.

Minggu lepas, Rafidah yang pernah menerima julukan "iron lady", menegur Nazri kerana membuat serangan peribadi mengenai umurnya berbanding menumpukan isu yang beliau timbulkan.

Ini selepas Nazri mengelarnya sebagai 'mak cik tua yang meroyan" selepas mengkritik Perdana Menteri Datuk Seru Najib Razak dan 1MDB.

Dalam laporan Harian Sinar hari ini, Nazri mendakwa kritikan Rafidah terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) menunjukkan bekas menteri kanan itu masih tidak dapat menerima kekalahannya sembilan tahun lepas.

Kes NFC mula didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara pada 2011.

Nazri berkata Shahrizat telah dibersihkan selepas itu dan Rafidah sepatutnya menghormati keputusan pihak berkuasa.

Sementara itu, artikel TMI memetik jawapan Kementerian Kewangan di parlimen bahawa NFC masih berhutang dengan kerajaan lebih RM248 juta daripada RM250 juta pinjaman mudah yang diterimanya.

Kementerian itu berkata NFC masih belum membayar sejumlah RM248,193,737.81 mulai 31 Jan tahun ini.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-