Showing posts with label Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Show all posts

Friday, July 26, 2019

Dominic akui ada pemimpin PKR mahu sertai Gerakan

Sharilfuddin Saari
26 Julai 2019 2:19 PM


Dominic Lau Hoe Chai

SUNGAI PETANI 26 Julai - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini mengakui beberapa orang pemimpin PKR ada menyatakan hasrat untuk menyertai parti itu.

Dominic memberitahu, selain daripada pemimpin PKR, ada juga beberapa orang pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan hasrat yang sama.

Beliau walau bagaimanapun enggan menyatakan tarikh dan bagaimana hasrat itu dinyatakan sama ada menerusi panggilan telefon atau perjumpaan.

“Saya tidak pasti adakah mereka ini (pemimpin PKR) mewakili (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali atau sesiapa tetapi ingin melihat parti Gerakan menerima Azmin.

“Sebagai sebuah parti yang berbilang kaum, kami mengalu-alukan sesiapa sahaja menyertai parti Gerakan untuk memajukan negara,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas desas-desus yang tersebar sejak semalam, bahawa Azmin dijangka keluar daripada PKR dan menyertai parti Gerakan dalam masa terdekat ini.

Azmin dikatakan mengambil langkah itu berikutan pergeseran beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tersebarnya video seks songsang yang dikatakan melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut.

Mengulas lanjut Dominic berkata, beberapa orang pemimpin PKR tersebut menyatakan hasrat untuk menyertai parti Gerakan sebelum isu video seks songsang yang mengaitkan Azmin tersebar.

“Perkara ini (menyertai Gerakan) kemudian timbul semula kebelakangan ini (selepas pergeseran antara Azmin dan Anwar) dan jawapan saya tetap sama iaitu mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai ideologi parti Gerakan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menawarkan sebarang jawatan kepada pemimpin PKR, Dominic enggan mengulas lanjut.

Beliau juga enggan menyatakan sama ada parti Gerakan mahu menyokong PH atau kekal bebas seperti sekarang sekiranya menerima mana-mana pemimpin PKR.

 - UTUSAN ONLINE

Saturday, June 23, 2018

GERAKAN keluar BN

Mohd Iskandar Ibrahim
mohd_iskandar@nstp.com.my
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

PARTI Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) hari ini mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) untuk menjadi parti bebas yang konstruktif.

GERAKAN dalam satu kenyataan berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN (CGC).

“Keputusan ini dibuat selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini, pemilihan parti di peringkat cawangan sedang berlangsung di seluruh negara. Ia selaras dengan matlamat kami untuk menyatukan parti dan ahli,” katanya.

Menurut kenyataan itu, GERAKAN wajar memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaan dan ketegasan untuk memperjuangkan kepercayaan terbaik demi negara dan rakyat.

Mengulas lanjut, keputusan itu selaras dengan aspirasi, keperluan dan permintaan baru oleh rakyat pasca PRU-14 selain memutuskan bahawa GERAKAN harus melakarkan hala tuju baharu untuk terus kekal dalam perjuangan.

“Kami keluar BN di bawah suasana yang baik, GERAKAN akan memainkan peranan sebagai sebuah parti yang bebas dalam blok pembangkang untuk menjalankan semak dan imbang ke atas Kerajaan Pakatan Harapan.

“Kami akan bekerjasama dengan parti, invididu dan kumpulan yang berkongsi fahaman dan perjuangan yang sama atas kepentingan nasional untuk memartabatkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi Malaysia,” katanya.

Katanya, GERAKAN sentiasa menjunjung idealisme politik, prestasi dan integriti sebagai aset selain menjadi perintis liberalisme, kepelbagaian kaum dan pragmatisme dalam politik Malaysia sekali gus berusaha memainkan peranan dalam sistem multi-parti yang matang.

Keputusan GERAKAN itu menyaksikan BN kini hanya bertahan dengan tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Jun 2018 @ 2:35 PM

Saturday, January 14, 2017

Laporan polis dibuat terhadap Gerakan ekoran pertikai sekolah agama

14 Januari 2017 | BORHAN AHMAD
Gerakan terus dipertikai kerana dakwa sekolah agama punca merebakkan fahaman ektremis.

Tindakan parti Gerakan yang mempertikaikan kedudukan sekolah agama di negara ini terus mendapat bantahan dari pelbagai pihak dan laporan polis terhadapnya mula dibuat.

Hari ini, Biro Pendidikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membuat laporan polis ke atas Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang mempertikaikan sekolah agama itu.

Laporan polis itu akan dibuat petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seksyen 9, Shah Alam Selangor.

Walaupun Dr Dominic dikatakan telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu, ia masih tidak disenangi.

“Demi keamanan dan kestabilan, saya menarik balik kenyataan saya dan meminta maaf jika ada kesalahan dan berharap tidak ada lagi isu mengenai perkara ini.

“Kebimbangan utama sebenar saya, yang ingin saya sampaikan pada sidang media itu, meminta kerajaan mempertingkatkan langkah membendung penyusupan dakyah ekstremis dan pengaruh asing dalam sekolah agama,” kata Dominic dalam kenyataannya.

Semalam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mempertikaikan kenyataan Dr Dominic itu.

Setiausaha Agung GPMS, Mohd Alif Anas Md Noor berkata Gerakan sebagai sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) harus tampil memberikan penjelasan kepada umat Islam di negara ini khususnya yang mendapat pendidikan asas di sekolah agama hingga ke pusat pengajian tinggi awam negara.

"Di saat ketidaktentuan politik dan rakyat berpecah belah di tambah pula sentimen agama Islam yang di mainkan oleh Gerakan ini menunjukkan bahawa parti ini semakin hilang arah , tidak menghormati sistem pendidikan agama lain dan tiada lagi mempunyai semangat perpaduan kaum di Malaysia," ujarnya.

Dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan dua hari lepas, Datuk Dr Dominic dipetik berkata, sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular.

Dakwaan beliau berdasarkan rangka tindakan pendidikan kerajaan sendiri yang menyatakan sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan terdiri sepenuhnya daripada pelajar Bumiputera.

Beliau juga mendakwa sekolah agama mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.

Turut mempertikaikan Gerakan adalah bekas ahli parti itu, Dr Redhuan Tee yang menyifatkan kedudukan sekolah agama selari dengan perlembagaan persekutuan berbanding sekolah vernakular.

Saturday, March 21, 2015

Berita ini ditujukan khas kepada pengundi2 melayu/Islam di Parlimen Teluk Intan dan kepada penduduk Islam di Malaysia am nya.

Pindaan Hudud: GERAKAN fail injunksi
GERAKAN merasakan bahawa pindaan berkenaan jelas bercanggah dengan Seksyen 8 dan juga Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan perlu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan deklarasi bahawa ia bertentangan dengan perlembagaan, kata Mah. - Foto TRP/Azrol Ali

KUALA LUMPUR, 21 Mac:

Pasukan guaman Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) telah memfailkan injunksi berhubung pindaan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015 yang diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac lalu.

Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong berkata, injunsi berkenaan telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu lalu.

Menurutnya, tindakan berkenaan dilakukan selepas berpendapat pindaan berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“GERAKAN merasakan bahawa pindaan berkenaan jelas bercanggah dengan Seksyen 8 dan juga Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan perlu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan deklarasi bahawa ia bertentangan dengan perlembagaan.

“Pasukan berkenaan juga telah berbincang beberapa peguam berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan atas tindakan yang dilakukan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat GERAKAN di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Cheah Soon Hai dan Naib Presiden Gerakan, Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Tambah Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, Gerakan turut kesal dengan ugutan yang diterima oleh penyampai video penyampai video ‘Hudud Isi Periuk Nasi?’, Aisyah Tajudin.

Jelasnya, tindakan berkenaan adalah tidak wajar kerana dia hanya melontarkan pandangannya sahaja dalam video berkenaan berhubung isu hudud.

“Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng turut menerima ugutan selepas memfailkan injunsi di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

“GERAKAN mengutuk dan memandang serius mengenai perkara ini tidak kira sama ada ia berlaku kepada ahli parti dan juga orang awam,” ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/21/pindaan-hudud-gerakan-fail-injunksi/#ixzz3V051zRgx

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-