Showing posts with label Presiden MCA. Show all posts
Showing posts with label Presiden MCA. Show all posts

Sunday, April 21, 2019

PH sahkan 1MDB untungkan negara, kata Wee

News | Diterbitkan Hari ini 5:28 petang


Presiden MCA, Wee Ka Siong mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengesahkan bahawa 1MDB menguntungkan dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Menurutnya, perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion boleh membantu menaikkan mata wang, manakala Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula berkata projek TRX yang bernilai RM40 bilion merupakan salah satu usaha terbaik negara ini.

"Apabila dicampurkan, kedua-duanya berjumlah RM180 bilion.

"Ia lebih daripada cukup untuk menampung hutang RM30 bilion.

"Ini bermakna, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB bukanlah punca yang menyebabkan Malaysia muflis atau membebankan generasi akan datang.

"Malah, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB begitu menguntungkan dan memainkan peranan penting untuk membangunkan negara kita," katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua projek itu merupakan projek di bawah 1MDB tetapi dipindahkan ke kementerian kewangan, ketika di penghujung pentadbiran Najib Razak.

Penyiasat antarabangsa percaya sekurang-kurangnya AS$ 4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB dan sebahagian besarnya akibat pengubahan wang haram melalui sistem kewangan Amerika Syarikat.

Skandal itu dikaitkan dengan Najib dan rakan-rakannya termasuk ahli perniagaan, Low Taek Jho.

Najib bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

Tiga bon yang diuruskan Goldman Sachs bagi pihak 1MDB berjumlah AS$ 6.5 bilion dengan tahun ditebus pada 2022 dan 2023.

Menurut Wee, PH berbohong dan tidak lagi boleh menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji manifesto mereka.

"Walaupun PH telah berbohong kepada orang ramai dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan utama mereka selama bertahun-tahun, dengan berita mengenai Bandar Malaysia dan TRX ini, rakyat Malaysia berharap PH tidak lagi berbohong," katanya.

Sunday, February 28, 2016

Amaran kepada pihak yan cuba jatuhkan Najib

FMT Reporters | February 28, 2016

Rakyat Malaysia tidak mahu terbeban dengan polemik politik, selain Malaysia juga memerlukan kerajaan yang stabil bagi memajukan ekonomi, khususnya dalam situasi mencabar sekarang.
PETALING JAYA: Rakyat tidak mahu melihat situasi politik yang bercelaru di negara ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran itu kepada pihak yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak sah.

“Rakyat Malaysia tidak mahu terbeban dengan polemik politik, selain Malaysia juga memerlukan kerajaan yang stabil bagi memajukan ekonomi, khususnya dalam situasi mencabar sekarang.

“Ini adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan dan pastikan kerajaan tumpu kepada pembangunan negara. Kita kena kuatkan kerajaan dan tidak boleh kurang fokus serta pastikan tumpuan tidak dialih kepada isu terlalu polemik menggunakan isu tidak berasas.

“Apa yang penting kita tahu perdana menteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa transformasi dan meningkatkan ekonomi,” katanya lapor Bernama.

Thursday, February 12, 2015

Ismail bertemu Presiden MCA sebelum Tahun Baharu Cina

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi menjelaskan kenyataannya berhubung peniaga yang enggan menurunkan harga barang.

Ismail Sabri berkata pertemuan itu dijangka diadakan sebelum Tahun Baharu Cina bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat kenyataan pada Jumaat lepas tentang perlunya peniaga tanpa mengira kaum menurunkan harga barang seiring dengan pengurangan kos berikutan penurunan harga minyak, isu itu masih dilihat belum selesai.

Ismail Sabri berkata MCA perlu berhenti mempolemikkan isu itu kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada Barisan Nasional (BN).

"Kalau MCA attack (serang) saya, orang Umno akan terasa, kerana saya merupakan pemimpin Umno," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Gen Y (Generasi Y) yang julung kali dianjurkan Yayasan Pertanian Belia Malaysia (YPBM) dengan kerjasama Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia, termasuk Kelab Umno Luar Negara di sini Rabu malam.

Generasi Y ialah pelajar institusi pegajian tinggi dalam dan luar negara.

Kira-kira 100 orang pelajar menyertai program santai 'You Tanya, I Jawab' itu, yang membuka peluang kepada para belia untuk mendekati Ismail Sabri secara terus untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu semasa. - Bernama

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-