Tuesday, September 13, 2022

Salah guna kuasa babit dana parti RM600,000, 2 bekas pemimpin bahagian Umno direman

freemalaysiatoday.com
Predeep Nambiar
-September 13, 2022 1:29 PM
Dua bekas pemimpin bahagian Umno tiba di Mahkamah Majistret George Town hari ini.

GEORGE TOWN: Dua bekas pemimpin bahagian Umno Pulau Pinang direman tujuh hari bagi membantu siasatan atas dakwaan mengeluarkan dana parti berjumlah RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

Dua lelaki berusia lewat 50-an dan awal 70-an itu direman mulai hari ini hingga 19 Sept untuk disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana penyalahgunaan kuasa.

Permohonan perintah reman SPRM itu diluluskan majistret Rosnee Mohd Radzuan.

Difahamkan, laporan polis dibuat terhadap dua lelaki itu selepas beberapa pengeluaran didakwa dibuat daripada akaun bank bahagian Umno terbabit.

Dana itu didakwa dipindahkan ke sebuah yayasan pendidikan untuk kegunaan peribadi mereka.

Najib kekal dirawat di hospital kerajaan seperti banduan lain

hmetro.com.my
Noor Atiqah Sulaiman
am@hmetro.com.my
Khairy Jamaluddin ketika berucap di Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book of Records dan Pelancaran Laporan Record Breaking COVID-19 Vaccination : Public-Private Partnership di Putrajaya.
FOTO MOHD FADLI HAMZAH

Putrajaya: Datuk Seri Najib (Razak) akan kekal menerima rawatan di hospital kerajaan termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) seperti yang termaktub dalam prosedur banduan yang ditetapkan sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berikutan itu beliau menafikan Najib akan dibawa ke Institusi Jantung Negara (IJN) seperti yang dilaporkan sebelum ini.

"Saya sudah menghubungi Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan dan beliau memaklumkan Najib kini dalam keadaan stabil. Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana prosedur banduan adalah mereka perlu dirujuk ke hospital kerajaan.

"Disebabkan tidak mahu ada pertikaian selepas ini, jadi saya minta kepada HKL dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan, Datuk Dr Asmayani Khalib untuk memberikan rawatan susulan yang diperlukan oleh Najib.

"Jika ujian kesihatan yang dilaksanakan ke atas Najib sudah selesai, laporan itu akan diserahkan kepadanya (Najib) dan juga mahkamah, jadi tiada lagi pertikaian selepas ini," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Record dan Pelancaran Laporan Record Breaking Covid-19 Vaccination, di kementeriannya, hari ini.

IJN adalah sebuah entiti swasta atau badan dikorporatkan di bawah Kementerian Kewangan. Setiap pusat perubatan termasuk IJN adalah berdaftar di bawah Akta 586.

Sebelum ini, Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Najib yang dimasukkan ke HKL sejak semalam selepas mengalami masalah tekanan darah itu berkemungkinan akan dirujuk ke IJN.

Tambah Khairy, dua mesyuarat konsultasi turut diadakan bersama keluarga Najib yang disertai Datin Rosmah Mansor.

"Saya sebenarnya tidak mahu beri maklumat lanjut, tetapi ia menjadi isu umum, jadi saya kena jawab untuk menjaga integriti KKM," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya akan memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada semua banduan yang memerlukan rawatan dan bukan hanya kepada Najib semata-mata.

"Kami akan beri rawatan yang terbaik kepada banduan, kerana ia adalah tanggungjawab dan tugas KKM," katanya.

Mengenai dakwaan pertukaran ubat yang diberikan kepada Najib, Khairy berkata, formula ubat yang diberikan oleh HKL adalah sama cuma jenamanya berbeza.

"Ubatnya sama (cuma) dulu ia dibeli di hospital swasta, bila (menerima rawatan) di HKL, kita ada ubat-ubatan di hospital kerajaan yang turut mempunyai formula yang sama macam ubatnya sebelum ini.

"Contohnya, macam panadol, kita ada ubat lain macam paracetamol (PCM) yang fungsinya sama. Jadi tuduhan yang kata ubat ditukar itu adalah tidak tepat," katanya.

Terdahulu, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan, tekanan darah Najib dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.

PAS takkan berani kerjasama dengan Umno, kata pemimpin Bersatu

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-September 13, 2022 10:45 AM
Eddin Syazlee Shith berkata, PAS tidak pernah memaklumkan mahu bekerjasama dengan Umno sepanjang berada dalam Perikatan Nasional. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu yakin PAS tidak berani bekerjasama dengan Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana parti itu bersetuju sejak awal melancarkan jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Eddin Syazlee Shith berkata PAS tidak pernah memaklumkan mahu bekerjasama dengan Umno sepanjang berada dalam PN.

“Kita sudah lancarkan jentera PN, takkanlah PAS mahu kerjasama dengan Umno lagi. Saya tidak fikir ahli-ahli PAS tidak mengikuti keputusan yang telah dipersetujui bersama parti komponen PN,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau berkata, berdasarkan tafsirannya, dakwaan kerjasama PAS-Umno setakat hubungan serta persefahaman sesama parti politik.

“Terjemahan kerjasama ini boleh dalam pelbagai cara dan bagi saya, saya yakin apa yang disebut itulah dia. Kalau PAS mahu mengekalkan hubungan dengan Umno, tiada masalah untuk saya.

“Yang saya tahu, untuk ber­depan pilihan raya nanti, PAS memang bersama Bersatu dalam PN. Namun, terlalu awal kita menjangkakan semua kemungkinan ini. Tetapi, apabila Umno sendiri tidak menyambut saranan PAS, ini kena fikir sendirilah.”

Pada 4 Sept lalu, Muktamar PAS ke-68 meluluskan usul meneruskan kerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional untuk memastikan situasi satu lawan satu pada PRU15.

Baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dilaporkan mendakwa terdapat rundingan antara pemimpin tertentu Umno dan PAS mengenai keperluan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRU15.

Susulan itu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin pada 8 Sept lalu berkata, rundingan didakwa antara PAS dan Umno itu diadakan secara tidak rasmi serta tidak membabitkan pucuk pimpinan parti.

Katanya, tiada sebarang kemajuan dicapai daripada rundingan itu dan PAS mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan parti komponen PN.

Seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman berkata, rancangan PAS seolah-olah menimbulkan kekeliruan bagaimana mahu berdepan pesaing sebenarnya pada PRU15 nanti.

Jika benar wujud kerjasama yang didakwa itu, katanya, PAS mesti menjelaskan “kerjasama” itu sama ada setakat jalinan persefahaman antara kedua-dua parti.

Sabotaj dalam UMNO mesti dihentikan, kata pemimpin veteran

agendaily.com
13/09/2022
Pengerusi Veteran UMNO Malaysia Datuk Othman Desa.

UMNO mesti membersihkan parti itu daripada barisan mereka yang meletakkan kepentingan diri di hadapan parti dan masa depannya, kata Pengerusi Veteran UMNO Malaysia.

Datuk Othman Desa, bagaimanapun, mengakui bahawa usaha itu tidak mudah kerana sebarang langkah perlu dilakukan mengikut perlembagaan dan peraturan parti bagi mengelak timbulnya puak dalam UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Dalam UMNO, terdapat banyak pemimpin dan perbezaan pendapat yang perlu ditangani dengan berhati-hati. Perkara yang paling penting ialah tidak mengkhianati parti atau melakukan apa sahaja yang akan melemahkan parti.

“Jika anda sebahagian daripada UMNO, anda mesti bercakap untuk UMNO, dan bukan orang lain. Sedih apabila kata-kata dan tindakan pemimpin parti kita kadang kala melemahkan parti sendiri,” katanya dipetik dalam laporan Sinar.

Othman juga dilaporkan menasihatkan mereka yang marah dengan individu dalam UMNO supaya tidak menyalahkan parti itu sendiri dan mereka yang hilang arah supaya kembali kepada prinsip parti supaya ahli dapat bersatu untuk berdepan PRU-15.

Selain itu, beliau dilaporkan menyatakan sokongan kepada usaha pembersihan dalam parti, sambil menambah bahawa UMNO mesti berdiri teguh sebagai parti yang memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Sabotaj dalam UMNO mesti dihentikan sejak awal kerana ia adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap parti, katanya.

Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses “pembersihan” daripada musuh yang berada di dalam parti itu perlu dilakukan.

“Lebih mudah untuk mengenal pasti musuh dari luar BN tetapi bukan mudah untuk mengenal pasti musuh dari dalam. Kita mesti membersihkan keadaan. Kita mesti dapat mengenal pasti musuh sepantas yang kita boleh.

“Jangan risau, ia tidak lama lagi. Semuanya akan dibersihkan. Tetapi demi parti, saya tidak akan berdendam dengan sesiapa. Saya boleh beritahu kawan daripada lawan. Dalam bulatan kawan ada musuh dan dalam bulatan musuh ada kawan,” kata Zahid.

Mengulas lanjut Othman berkata pembersihan itu mesti diselesaikan sebelum PRU-15.

“(Pemimpin) yang salah mesti dihukum… Pemimpin datang, pemimpin pergi. UMNO mesti meneruskan perjuangannya dan tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama.

“Tidak kira sama ada mereka berada dalam kerajaan atau tidak, pemimpin UMNO mesti berada di landasan yang sama untuk kekal sekuat mungkin untuk parti itu maju dan memenangi PRU-15,” kata Othman.

Najib masuk hospital, perbicaraan 1MDB ditangguh

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Sep 13, 2022 11:08 AM
Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam kerana menghadapi masalah kesihatan ekoran tekanan darah.

Oleh itu, perbicaraan rasuah 1MDB RM2.28 bilion membabitkan bekas perdana menteri itu pagi ini telah dikosongkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ketika prosiding mahkamah di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan bekas menteri kewangan itu dimasukkan ke hospital.

“Najib telah jatuh sakit. Dia kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Setakat pagi ini, saya diberitahu pada 7.30 pagi dan 9.30 pagi tadi kemungkinan ujian tertentu dijalankan akan mengambil masa beberapa hari lagi.

"Tetapi mereka tidak memberitahu bilangan harinya," kata Shafee, sambil menambah bahawa terdapat kemungkinan Najib perlu dipindahkan kemudian dari HKL ke Institut Jantung Negara (IJN).

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan untuk mengosongkan prosiding hari ini.

Sequerah kemudian membenarkan perbicaraan hari ini dikosongkan dan perkara itu dipanggil petang esok bagi memaklumkan keadaan tertuduh kepada mahkamah.

Semalam, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa keadaan kesihatan Najib agak teruk dan perlu berjumpa doktor, dan prosiding ditamatkan lebih awal selepas tengah hari semalam.

Secara berasingan semalam, pegawai khas Najib Muhamad Mukhlis Maghribi mendedahkan bahawa doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan kolonoskopi ke atas bekas perdana menteri itu dan menemui pelbagai ulser baru, masalah sama berulang sejak 15 tahun lalu.

Dia berkata, doktor juga melakukan biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat pertuduhan rasuah di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa salah laku di 1MDB dilakukan oleh ahli perniagaan buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan beberapa yang lain, dengan restu Najib.

Pasukan pembelaan tertuduh bagaimanapun mendakwa bekas perdana menteri dan menteri kewangan itu tidak mengetahui jenayah yang dilakukan di 1MDB dan penyelewengan itu hanya didalangi oleh Low dan ahli pengurusan dana yang lain.

1MDB dan SRC International dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Najib juga pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan berkhidmat sebagai penasihat emeritus kepada SRC International.

Dia kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos menolak rayuannya terhadap sabitan SRC International atas tujuh pertuduhan jenayah.

Percaturan MUDA bergabung dengan PH strategi yang baik - AMANAH

bharian.com.my
Oleh Amirul Aiman Hamsuddin
bhnews@bh.com.my
- September 13, 2022
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. -Foto fail NSTP

KUALA SELANGOR: Langkah Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bersedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dianggap satu percaturan taktikal dan strategi yang baik.

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berpendapat parti komponen dalam PH juga harus melebarkan kerjasama dengan parti yang seiringan dan mempunyai misi, visi serta tujuan perjuangan yang sama dengan pakatan politik itu.

"Kita sudah nyatakan bahawa parti komponen mesti memperkukuhkan segera PH dengan menumpukan kepada kerja mendekati dan menyantuni rakyat dan pengundi.

"Isu seperti ini perlu dibincangkan secara baik di belakang tadbir menerusi proses perbincangan," katanya kepada BH.

Sebelum ini, Syed Saddiq memaklumkan parti itu bersetuju menyertai PH sebagai antara parti komponen dalam gabungan itu bagi menghadapi PRU-15.

Bagaimanapun, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik berkata, PH memberi komitmen untuk segera mempertimbangkan permohonan MUDA.

Sehingga kini, katanya, pemimpin utama PH belum mengadakan pertemuan termasuk bagi membincangkan mengenai permohonan itu.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, parti politik yang mahu menyertai gabungan itu perlu seiring dari sudut tanggungjawab, objektif dan tujuan perjuangan.

"Kemungkinan pada PRU-15 nanti, tidak akan ada satu parti yang boleh berdiri sendiri.

"PH dan MUDA pastinya mahu melihat pembinaan semula negara khususnya dari sudut ekonomi dan tadbir urus membanteras salah guna kuasa serta rasuah," katanya.

Lokman yakin Zahid sebagai PM baharu takkan biar duduk dalam penjara

agendaily.com
13/09/2022
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam.

Selepas berdepan pertuduhan di mahkamah kerana mengkritik Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri dan terbaharu dikenakan tindakan saman, Datuk Lokman Noor Adam mengharapkan Presiden UMNO akan dapat menjadi PM baharu selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Lokman yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata tidak gentar berdepan tindakan yang sedang dihadapinya kerana mengkritik Ismail Sabri kerana jika Zahid dapat menjadi PM, tidak mungkin akan membiarkan dirinya meringkuk dalam penjara nanti.

“Kalau dia nak penjarakan kita pun makan masa, kalau masuk penjara pun setahun dua tahun, Barisan Nasional menang, kita akan ada Perdana Menteri yang baharu

“Takkan PM yang baharu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kalau diizinkan Allah nak biarkan saya duduk dekat penjara, betul tak?” kata semasa bersiaran langsung dalam Facebook semalam.

Lokman semalam dilaporkan media disaman Ismail Sabri kerana memuat naik video mengandungi kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar terhadapnya.

Ismail Sabri, 62, yang juga Naib Presiden UMNO, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada Khamis lalu (8 September), dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.

Untuk rekod, Lokman juga didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan membuat hantaran jelik terhadap kerajaan dan Ismail Sabri.

Mengikut kertas pertuduhan, Lokman membuat dan memulakan penghantaran bersifat jelik menggunakan Facebook atas nama profil ‘Lokman Noor Adam Official’ dengan niat untuk menyakitkan hati, pada jam 11.16 malam dan 10.28 malam, 20 dan 22 Ogos lalu.

Oleh itu, Lokman sebagai orang kena saman (OKS) melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, OKS boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, selain didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Bagaimanapun, Lokman, 49, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu.

Berhubung pertuduhan dihadapinya tersebut, Lokman juga menggesa supaya Zahid segera mengambil tindakan sekiranya tidak mahu menerima nasib sama sepertinya yang sedang berdepan tindakan di mahkamah kerana mengkritik Ismail Sabri ketika ini.

“Kita harapkan dia bertindak sebelum dia pun menerima nasib yang sama macam kita… kita harap lah,” katanya lagi.

'Umno Kedah underdog, peluang 50-50 kembali tadbir negeri'

malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Sep 13, 2022 9:00 AM
WAWANCARA | Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 disifatkan menjadi cabaran paling besar kepada Umno Kedah selepas kejatuhan mereka dalam PRU lalu lebih-lebih lagi kejatuhan bersama dengan kerajaan BN peringkat pusat.

Dengan senario politik semasa, Ketua Penerangan Umno Kedah Suraya Yaacob mengakui mereka akan tampil sebagai parti bukan pilihan atau 'underdog'.

Menurutnya, peluang Umno di negeri Jelapang Padi itu adalah 50-50 dan pastinya episod kekalahan lalu dijadikan iktibar mendepani cabaran akan datang dengan perubahan dan persiapan serapi mungkin.

"Kita tidak akan pernah cukup untuk bersiap-sedia (sepenuhnya) dalam politik, tetapi kita rasa dah buat yang terbaik cumanya PRU ke-15 ini agak berbeza.

"Pada PRU ke-14 kita tahu ia berbeza tetapi kita tak ubah (apa-apa) pun, tak buat pun perubahan. PRU ke-15 kali ini kita rasa kita buat juga perubahan berbanding PRU lepas dengan panduan daripada pasukan-pasukan penerangan Umno pusat dan dengan pengalaman di pilihan raya negeri (PRN) yang bagi banyak pendedahan kepada pasukan penerangan Umno Kedah.

"Kita pun ikuti semua PRN, dan nampak apa yang perlu kita lakukan, perbezaan yang perlu kita lakukan untuk menghadapi PRU ke-15 ini," katanya sebagai mukadimah wawancara bersama Malaysiakini ketika ditemui di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Suraya merupakan ahli dewan undangan negeri (Adun) Sungai Tiang merangkap exco kerja raya, bekalan dan sumber air, tenaga, pengairan dan saliran negeri Kedah.

Pendekatan peringkat negeri

Mengulas perubahan pendekatan diambil Umno Kedah, Suraya berkata, pasukan penerangan parti itu diberi tanggungjawab untuk bergerak dengan acuan masing-masing di peringkat bahagian dan akar umbi.

Katanya ia berbeza berbanding sebelum ini apabila pasukan penerangan parti digerakkan pasukan di peringkat negeri dengan panduan diberikan pimpinan penerangan pusat.

"Menyedari keperluan untuk berubah dan menyampaikan perubahan tersebut kepada pasukan penerangan kita tak sama dengan sebelum ini.

“Sama ada mereka boleh lakukan atau tidak dari segi keupayaan, wang ringgit dan logistik, saya rasa agak jauh untuk membolehkan mereka bersiap-sedia seperti yang kita mahukan.

"Tetapi kita tak paksa, bulan lepas timbalan presiden Umno mai (datang) kita maklumkan yang kita telah menurunkan kuasa kepada bahagian masing-masing untuk menjalankan kerja seperti yang mereka boleh buat mengikut acuan mereka. Saya rasa kita tak boleh lagi buat macam dulu.

"Kita kata kena buat macam ini macam itu, kita dah sedari setiap bahagian ada geopolitik berbeza. Ada audiensz berbeza, ada luar bandar, dalam bandar, ada campuran dan kita boleh bagi garis panduan dan cara mereka uruskan itu terserah pada mereka sendiri.

"Ini kali pertama kita turunkan kuasa itu kepada bahagian-bahagian, mereka yang kena cernakan dan laksanakan mengikut cara mereka sendiri. Jadi ketua penerangan bahagian-bahagian mesti mempunyai keupayaan untuk mengolah, terserah pada mereka untuk buat cara yang mereka mampu," katanya yang juga satu-satunya Adun Umno yang dilantik sebagai exco di bawah kepimpinan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Mengulas peluang Umno pada PRU-15 nanti, Suraya berkata Umno dan BN Kedah berpotensi kembali mentadbir negeri itu walaupun cuma pada tahap 50-50.

"Peluang kita 50-50, saya suka di Kedah ini sebab kita parti underdog, menteri besar (Sanusi) memang boleh cakap dia boleh dapat 21 kerusi, 26 kerusi. Sebab dia mesti nak kekalkan kuasa dia.

"Bagi Umno kedah mestilah harapan kita pun untuk memerintah, tapi setakat mana kita mampu tengoklah nanti. Pihak yang sedang memerintah (PAS) mestilah ada kelebihan, tetapi kelebihan dalam keadaan kerajaan peringkat pusat bukan dia punya," katanya.

Lagu ‘penyamun’ nyanyian Altimet kini viral di media sosial, dapat sambutan hangat netizen

perakinsights.com
September 12, 2022 9:55 pm
Lagu yang dinyanyikan Altimet di ceramah PKR malam tadi di Gombak dapat sambutan hangat di kalangan penonton.

Tidak cukup dengan itu, lagu ‘penyamun’ itu kini viral di Tiktok.

Lirik lagu yang penuh sindiran itu membuat penonton lebih bersemangat untuk bernnyanyi bersama.

Berikut merupakan lirik lagunya:-

Aduh Malaysia


La la la la la la la la
Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama mengelamun
Duit kau aku, semua dia sapu
La la la la la la la la

Inspektor sahab saya nak buat laporan,
Negeri saya ada 2 3 tokan
Sini banyak ikan diorang monopoli joran
Rakyat ta kdapat memancing kami lapar & bosan
Orang dia buncit makan duit tepi
Orang kita tak mampu orang luar beli
Bila tengok berita kita semua rasa geli
Bila pusing nusantara kawan kawan kami perli

La la la la la la la la
Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama mengelamun
Duit kau aku, semua dia sapu
La la la la la la la la

Inspektor Sahab ini abad ke 21
Jadi kenapa masih ada kapal kita separa kayu?
Rakyat sama sultan dia cuba tipu
Cuba bagitahu aku kenapa macam gitu?
Ada kapal selam yang tak reti berenang
Acaner kalau sisir pantai kena serang?
Terus terang tidur aku tak tenang
Fikir nasib anak bini kalau kita kena serang perang

La la la la la la la la
Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama mengelamun
Duit kau aku, semua dia sapu
La la la la la la la la

Duit aku makin kecik buncit dia makin besar
Makin ramai miskin bandar ramai miskin tegar
Adayang bersuara masih rasa gentar
Ada mulut buka besar, tersedak penuh dedak
Mungkin cara mereka dilentur
Dulu dulu mula takde siapa yang tegur
Makin lama maruah kita semakin lebur
Jadi biar aku buka mulut semua kena sembur

La la la la la la la la
Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama mengelamun
Duit kau aku, semua dia sapu
La la la la la la la la

Terbaik Altimet.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-