Showing posts with label Jabatan Audit Negara. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Audit Negara. Show all posts

Monday, December 10, 2018

[UPDATE] Siasat segera dakwaan Mujahid

MyMetro
Asmah Rusman
cnews@nstp.com.my


KETUA Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mahu siasatan segera dilakukan terhadap dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berhubung tindakan salah Lembaga Tabung Haji (TH) membayar dividen secara haram berjumlah RM12.652 bilion.

Bekas Timbalan Menteri di JPM itu berkata, jika benar pengurusan TH terdahulu melakukan tindakan salah kerana membayar dividen secara haram selama empat tahun sejak 2014, maka pengurusan TH hari ini perlu menyaman mereka berbanding membuat kenyataan awam yang boleh mencetuskan panik.

“Sepanjang memegang portfolio Timbalan Menteri di JPM, saya tidak pernah pula mendengar laporan daripada Jabatan Audit Negara mahupun audit luar berkenaan dengan isu pemberian dividen sepanjang empat tahun terdahulu.

“Apatah lagi kuasa Menteri di JPM hanya boleh mengumumkan pemberian dividen selepas disahkan Jabatan Audit Negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Asyraf turut menzahirkan kebimbangan terhadap reaksi pasaran dan pendeposit yang boleh mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa lantaran kurang yakin terhadap kemampuan TH untuk memberikan dividen seperti sebelum ini.

“Jika ini berlaku, TH akan berhadapan dengan krisis besar atau istilah kewangannya ‘bank-run’ yang mampu melumpuhkan sebuah institusi Islam yang besar sumbangannya kepada umat.

“Sedangkan TH tidak pernah dilaporkan mengalami kerugian bahkan setiap wang pendeposit dijamin oleh kerajaan sebagaimana peruntukan Akta Tabung Haji 1995,” katanya.

Asyraf berkata, perbezaan pandangan mengenai dasar perakaunan dalam penilaian aset TH di antara pengurusan baru dengan pengurusan lama tidak wajar disensasikan secara umum.

“Perkara ini tidak wajar disensasikan sehingga tercetus pelbagai persepsi awam mengenai kedudukan kewangan TH yang tidak tepat dan boleh memudaratkan.

“Jangan pula isu ini menjadi alasan menutup kelemahan kerajaan PH yang selama ini masih gagal menstabilkan pasaran saham dan modal negara sehingga TH tidak mampu lagi memberikan dividen yang setara atau lebih baik kepada pendeposit berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Friday, January 19, 2018

PAS mampu tadbir negara lebih baik daripada BN

 Shahril Azman Abd Halim
 18 January 2018


ALHAMDULILLAH
segala puji bagi Allah, sepanjang 27 tahun PAS mentadbir Negeri Kelantan dengan amanah dan adil berdasarkan slogan Membangun Bersama Islam. PAS berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam program amanat YAB Menteri Besar Kelantan 2018. Antara kejayaannya:

1. Peningkatan pungutan hasil sebanyak RM566.52 juta berbanding RM497.20 juta pada tahun 2016

2. Penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak RM2.9 juta berbanding tahun 2016

3. Anggaran lebihan atau surplus Kerajaan Negeri 2017 adalah sebanyak RM38.76 juta berbanding defisit pada tahun 2016 sebanyak RM33.47 juta.

4. Tahun 2017 merupakan pencapaian kewangan terbaik dalam tempoh 26 tahun

5. Hasil daripada proses pendaftaran tanah meningkat kepada RM44 juta atau 58% melebihi anggaran RM28 juta.

6. Agensi Kerajaan Negeri Kelantan merupakan salah satu jabatan yang terbaik dalam aspek pengurusan kewangan di Malaysia

7. 12 jabatan serta agensi negeri mendapat penarafan 5 bintang oleh Jabatan Audit Negara tahun 2016.

8. Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berada di kedudukan teratas dengan markah 99% dan Pejabat Perbendaharaan Negeri sebanyak 98.61%

9. Perbendaharaan Negeri Kelantan mendapat penarafan cemerlang lima bintang anugerah khas keselamatan perlindungan tahun 2016 dalam audit yang dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia.

10. Sehingga kini Pegawai Kerajaan Negeri Kelantan adalah bersih dan bebas daripada tuduhan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Inilah yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang mentadbir negeri berasaskan taqwa, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-A'raf 96:

ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض


Maksudnya: Sekiranya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa nescaya Kami buka keberkatan rezeki dari langit dan bumi kepada mereka.

PAS sangat yakin bahawa dengan menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran negara insya Allah semua masalah negara dapat ditangani dengan baik dan berkat. Jom bersama PAS bina negara dengan Islam.

 – HARAKAHDAILY
    18/1/2018

Monday, July 6, 2015

Berita WSJ tentang 1MDB bukan dari laporan Jabatan Audit


Jabatan Audit Negara berkata laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai 1MDB baru-baru ini bukan berdasarkan kepada laporan interim audit jabatan itu ke atas syarikat berkenaan.

Timbalan Pengarah Penyelidikan jabatan tersebut, Masiah Ahmad berkata laporan WSJ itu tidak ada kaitan dengan laporan interim audit ke atas 1MDB.

"Jabatan Audit Negara bukan sumber maklumat kepada laporan WSJ itu," kata Masiah dalam jawapannya melalui emel kepadaMalaysiakini.

Jumaat lepas, WSJ melaporkan bahawa dokumen-dokumen daripada penyiasat Malaysia telah mendedahkan bahawa AS$700 juta, yang didakwa berasal dari 1MDB, telah disimpan di akaun bank peribadi Najib di Malaysia.

Transaksi itu didakwa berlaku dua kali - sekali pada bulan Mac 2013, sebelum pilihan raya umum ke-13, dan sekali lagi pada awal tahun 2015.

Datuk Seri Najib Abdul Razak telah menafikan dakwaan tersebut manakala WSJ pula mempertahankan laporannya itu.

Pada bulan Mac, Jabatan Audit telah ditugaskan oleh Najib untuk mengaudit akaun 1MDB berikutan dakwaan penyelewengan berkaitan kewangan syarikat itu.

Laporan interim dijangka diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) pada hari Khamis.

Selain siasatan oleh Jabatan Audit dan PAC, sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada penyiasat dari Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, pasukan petugas itu telah memperolehi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan dakwaan tersebut.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-