Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Showing posts with label Ketua Audit Negara. Show all posts
Showing posts with label Ketua Audit Negara. Show all posts

Monday, October 14, 2024

Hutang Kerajaan RM1.173 trilion pada 2023, naik RM92.9 bilion

bharian.com.my
Oleh Essa Abu Yamin 
essabuyamin@bh.com.my
- Oktober 14, 2024 
Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 berjumlah RM1.173 trilion, meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1.080 trilion. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 berjumlah RM1.173 trilion, meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1.080 trilion.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, Hutang Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion atau 97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Hutang Persekutuan manakala Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion atau 2.5 peratus.

"Pinjaman Dalam Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM92.580 bilion (8.8 peratus), manakala Hutang Luar Negeri meningkat sejumlah RM0.338 bilion (1.1 peratus).

"Hutang Persekutuan adalah hutang yang dibuat secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk hutang agensi atau syarikat Kerajaan," kata laporan itu.

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 3/2024 itu, Hutang Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri, Pinjaman Luar Negeri dan Bantuan Luar Negeri.

"Komponen Pinjaman Dalam Negeri terdiri daripada Bil Perbendaharaan (Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 (Akta 188), Terbitan Pelaburan Kerajaan (Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), Sekuriti Kerajaan Malaysia (Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Akta 637) dan Sukuk Perumahan (Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 (Akta 42).

"Pinjaman Luar Negeri terdiri daripada Pinjaman Pasaran dan Sukuk (Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 (Akta 403)," kata laporan itu.

Hutang Persekutuan yang berjumlah RM775.657 bilion (66.1 peratus) akan matang dalam tempoh satu hingga 10 tahun, manakala sejumlah RM271.819 bilion (23.2 peratus) akan matang dalam tempoh 11 hingga 20 tahun dan sejumlah RM125.034 bilion (10.7 peratus) akan matang dalam tempoh 21 hingga 30 tahun.

Hutang kerajaan bersamaan 62.1 peratus KDNK

Pada tahun 2023, had statutori hutang membabitkan Bil Perbendaharaan Islamik, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekuriti Kerajaan Malaysia yang berjumlah RM1.132 trilion adalah bersamaan dengan 62.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Nisbah statutori hutang tahun 2023 adalah lebih tinggi berbanding tahun 2022 yang berada pada kedudukan 57.5 peratus kepada KDNK. Nisbah had statutori hutang kepada KDNK pada tahun 2023 tidak melebihi 65 peratus seperti yang dinyatakan dalam Perintah Pinjaman (Tempatan) (Had Statutori Pinjaman) dan Pendanaan Kerajaan (Had Statutori Wang Yang Diterima) 2022 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

Nisbah Hutang Persekutuan kepada KDNK pada 2023 adalah 64.3 peratus, meningkat 4.1 peratus berbanding tahun 2022 yang berada pada kedudukan 60.2 peratus.

Bagi menambah baik pengurusan Hutang Persekutuan, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan pembaharuan fiskal dengan kelulusan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850] di Parlimen pada 11 Oktober 2023.

Antara komitmen jangka sederhana yang digariskan dalam akta tersebut adalah baki fiskal sebagai peratusan kepada KDNK ≤ -3 peratus, paras hutang sebagai peratusan kepada KDNK ≤ 60 peratus dan Jaminan Kewangan sebagai peratusan kepada KDNK ≤ 25 peratus.

Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah rasionalisasi dan konsolidasi defisit secara berperingkat, iaitu pengurangan defisit daripada 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 5.0 peratus pada tahun 2023. Pada tahun 2024, defisit fiskal diunjurkan kepada 4.3 peratus dan kurang daripada 3 peratus untuk tahun-tahun berikutnya.

Bagi pengurusan hutang negara, langkah-langkah pengurangan hutang daripada 64.3 peratus kepada KDNK pada tahun 2023 sehingga mencapai 60 peratus menjelang tahun 2030.
By Wak Labu Farm at October 14, 2024 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Hutang Kerajaan Persekutuan, Ketua Audit Negara

Wednesday, March 30, 2022

Saya terkejut ada arahan musnahkan laporan audit 1MDB - saksi

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Mar 30, 2022 3:27 PM
Madinah Mohamad memberi keterangan bahawa dia terkejut apabila mendapati terdapat arahan untuk meminda laporan audit asal mengenai 1MDB.

Bekas ketua audit negara itu juga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia terkejut bahawa terdapat perintah untuk memusnahkan salinan asal laporan audit itu.

Saksi pendakwaan ke-12 itu memberi keterangan lisannya semasa perbicaraan laporan audit 1MDB hari ini terhadap bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah, dia berkata dia terkejut apabila pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) Nor Salwani Muhammad memaklumkannya mengenai arahan itu semasa mesyuarat pada Mac 2017.

Semasa prosiding sebelum ini di hadapan hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan pada 22 Dis tahun lepas, Madinah (gambar di atas) memberi keterangan bahawa dia membuat keputusan untuk tidak memusnahkan laporan audit 1MDB dengan tanda “09”, selepas pertemuannya dengan Nor Salwani.

Madinah telah memberi keterangan ketika itu bahawa Nor Salwani memberitahunya terdapat dua versi laporan audit 1MDB, dengan dokumen bertanda "09" adalah versi asal yang tidak diubah.

Saksi itu berkata Nor Salwani memberitahunya dia menyimpan versi asal supaya ia boleh diserahkan kepadanya untuk memutuskan sama ada ia perlu dimusnahkan atau tidak kerana ia mengandungi maklumat dan bukti material mengenai 1MDB.

Semasa prosiding hari ini, ketika disoal siasat oleh Shafee, Madinah menjelaskan reaksinya terhadap apa yang diberitahu kepadanya oleh Nor Salwani.

“Saya terkejut kerana tidak tahu ada dua salinan. Saya terkejut bahawa dia (Nor Salwani) berkata bahawa Ambrin (Buang, ketua audit sebelum Madinah) dapat arahan untuk meminda (laporan audit asal 1MDB) dan bahawa dia (Nor Salwani) mempunyai arahan untuk memusnahkan salinan bercetak (asal) , tetapi dia menyimpan satu (laporan audit asal 1MDB) di bawah kerusinya.

"Saya terkejut Ambrin diarah meminda salinan asal dan Nor Salwani diarahkan untuk memusnahkan salinan yang sepatutnya dibentangkan kepada PAC (Jawatankuasa Kira-kira Awam pada 2016)," kata saksi itu.
Ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah
Apabila Shafee bertanya sama ada dia tahu siapa yang memberi arahan, Madinah berkata dia tidak bertanya kepada Nor Salwani kerana dia juga akan bertemu dengan kumpulan pegawai berasingan di bawahnya.

Madinah juga memberi keterangan bahawa dia kemudiannya berpendapat bahawa kesalahan telah dilakukan melalui perintah untuk meminda laporan audit asal 1MDB serta memusnahkan salinan asal.

Shafee: Adakah anda fikir kesalahan telah dilakukan?

Madinah: Ya.

Shafee: Salah dari segi jenayah, seseorang "membetulkan" laporan itu. Perbuatan jenayah?

Madinah: Saya cuma tahu adalah salah untuk ketua audit negara (Ambrin) didesak untuk meminda salinan laporan ketua audit negara yang telah dimuktamadkan, dan untuk Nor Salwani diarahkan untuk memusnahkan semua (laporan asal ).

Pada 2019 semasa perbicaraan kes itu, saksi pendakwaan kelima Nor Salwani memberi keterangan bahawa dia secara rahsia menyimpan salah satu salinan asal laporan audit 1DMB, yang disediakan oleh JAN pada 2016.

Dia memberi keterangan bahawa bosnya pada masa itu - Ambrin - telah mengarahkan supaya semua salinan dimusnahkan untuk mengelakkan kebocoran. Hanya salinan yang diubah suai telah diserahkan kepada PAC.

Salinan laporan audit Nor Salwani mengandungi tanda "09". Dokumen ini telah dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan ini.
Pegawai JAN Nor Salwani Muhammad
Bagaimanapun, Madinah hari ini bersetuju dengan Shafee bahawa selain menyimpan salinan asal laporan itu, dia tidak mengambil tindakan lain berhubung perkara itu sehingga Mei 2018.

Saksi itu berkata bahawa dia mendedahkan salinan asal itu, berikutan perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad memberitahu media pada 12 Mei tahun itu, bahawa polis harus menarik balik klasifikasi Akta Rahsia Rasmi (OSA) ke atas laporan itu.

Ketika itu, Mahathir berkata penyahklasifikasian perlu dilakukan supaya dia boleh mengkaji laporan audit asal 1MDB.

Madinah juga bersetuju dengan Shafee bahawa sepanjang berada di bawah pentadbiran Najib selama setahun empat bulan, dia tidak cuba mendapatkan penjelasan daripada perdana menteri ketika itu mengenai isu itu.

Perbicaraan di hadapan Zaini dijangka disambung semula sekitar jam 2.30 petang ini.

[Baca berita penuh]
By Wak Labu Farm at March 30, 2022 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Ketua Audit Negara, Najib Razak

Wednesday, December 5, 2018

PAC: Madinah pertahan dakwaan laporan audit 1MDB diubah

Adam Abu Bakar
-December 5, 2018 7:47 PM

Madinah Mohamad enggan mengulas sama ada pejabat Najib Razak pernah mengarahkan beliau mengubah Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mempertahankan kenyataannya berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda atas arahan beberapa individu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Ronald Kiandee.

“Seperti dinyatakan dalam kenyataan akhbar Madinah, beliau memberitahu laporan audit 1MDB diubah dan beliau memberi keterangan menunjukkan laporan audit itu sudah diubah. Saya bagaimanapun tidak dapat berkongsi bukti yang diberikan.

“Hari ini, kita juga menerima beberapa nama baharu lagi yang akan dipanggil PAC. Perjalanan prosiding hari ini memuaskan hati, banyak keterangan yang kita perolehi dan sudah tentu kita akan siasat sama ada laporan audit berkenaan 1MDB ini diubah atau tidak,” katanya di Parlimen hari ini.

Pada 24 November lalu, Madinah mengeluarkan satu kenyataan mendakwa laporan audit itu dipinda atas arahan beberapa individu, termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas ketua setiausaha sulitnya, Tan Sri Shukry Salleh; bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Ali Hamsa; bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Madinah dilaporkan berkata, laporan itu dipinda dengan menggugurkan 2 perkara penting, iaitu kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB dan satu perenggan yang mengandungi 2 versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014.

Selain PAC, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut membuka siasatan ke atas dakwaan itu dengan memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatannya.

Ronald berkata, PAC tidak nampak keperluan memanggil Madinah memberi keterangan semula dan esok ialah hari terakhir siasatan kes itu bagi bulan ini.

“Esok kita akan panggil bekas pengarah Sektor Audit Kerajaan, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, sebelum siasatan disambung pada Januari. Pada Februari, kita berharap dapat membuat rumusan terhadap kes yang kita sedang siasat.”

Sementara itu, Madinah enggan mengulas sama ada pejabat Najib mengarahkan beliau mengubah laporan audit itu.

“Saya sudah memberi keterangan kepada PAC, jadi terpulanglah kepada PAC dan pengerusinya untuk memaklumkan. Kita juga sudah serahkan bukti kepada PAC dan ada baiknya pengerusi yang beri maklumat kepada pemberita.”

Ditanya mengenai laporan media memetik sumber mendakwa Ambrin memaklumkan PAC yang laporan audit 1MDB didedahkan Madinah hanyalaf draf, ini jawapan Madinah.

“Saya tidak dapat maklumat tentang keterangan Ambrin, saya hanya dimaklumkan dalam PAC. Saya sudah memaklumkan pandangan dan pendapat saya kepada PAC. Dokumen juga sudah saya serahkan kepada PAC.”

Ditanya mengenai perkara sama, Ronald berkata, PAC akan meneliti penjelasan semua pihak sebelum membuat pertimbangan selepas siasatan selesai.

Semalam, Ronald dilaporkan berkata, PAC akan memanggil Arul Kanda dan sekurang-kurangnya 3 individu lain untuk disoal siasat berhubung dakwaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, selepas mendengar keterangan Ambrin.

Selain Arul Kanda, PAC turut akan memanggil bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Ali Hamsa dan bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Siasatan PAC kali ini bertujuan mengesahkan sama ada berlaku pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB seperti didakwa.
By Wak Labu Farm at December 05, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Ketua Audit Negara, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Tuesday, September 11, 2018

Ambrin sedia jadi saksi siasatan semula skandal 1MDB

Bernama


Bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang menyatakan kesediaannya menjadi saksi berhubung siasatan semula skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ambrin yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara di Kementerian Kewangan, berkata beliau akan memberi kerjasama penuh berhubung kes terbabit.

"Kita punya laporan (Laporan Ketua Audit Negara) itu juga telah digunakan sebagai asas kepada siasatan lanjut (skandal 1MDB). Kalau kerajaan bawa kes ke mahkamah dan saya dipanggil menjadi saksi, saya akan bekerjasama," katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan ambang Maal Hijrah 1440 negeri Selangor di Shah ALam malam ini.

Terdahulu pada majlis itu, Ambrin menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1440 negeri Selangor yang disampaikan oleh Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.

Pada Ogos lepas, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul supaya Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB serta syarikat berkaitan dengannya.

Usul itu dibentang oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mencadangkan siasatan dibuat supaya maruah Dewan Rakyat dapat dipulihkan manakala segala maklumat berkaitan harus didedahkan kepada umum.

- Bernama
By Wak Labu Farm at September 11, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Ambrin Buang, Kementerian Kewangan, Ketua Audit Negara

Friday, October 27, 2017

Bajet 2018 hanya indah didengar

NUR HASMIRA MOHAMAD
 27 OCTOBER 2017

AHLI Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan menyifatkan pembentangan bajet 2018 hanya indah didengar pada hari pembentangan dan rakyat senyum lebar selepas mendengar pelbagai angka yang bakal dinikmati walau hanya seketika.
Menurut beliau, ia berikutan saban tahun Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai ketirisan, kerugian, pembaziran, perbelanjaan yang tidak bijak dan sebagainya malah situasi seperti ini masih belum ada kesudahannya.

"Saya bukan bersikap prejudis terhadap bajet yang dibentang, tetapi dalam masa yang sama, bajet juga jangan sekadar menjadi alunan muzik klasik untuk menghibur dan mendodoi pendengar sahaja, tetapi tidak pernah memberi nilai kepuasan yang sebenar dan kekal lama.

"Insya-Allah, kami akan mengambil bahagian secara aktif, kritis dan konstruktif dalam perbahasan bajet sepanjang sidang parlimen kali ini. Untuk menilai secara terperinci mengikut sektor-sektornya. Pasti sahaja nanti ia terbuka kepada pro dan kontra.

Sikap kita mudah, yang baik untuk negara dan rakyat kita sokong. Sementara yang tidak memulangkan manfaat kepada negara dan rakyat, kita bantah, kritik dan tegur kerajaan melalui perbahasan di parlimen kelak," katanya memberi pandangan awal selepas pembentangan bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.

Tambah beliau, seperti biasa PAS akan mendengar dan berbincang dengan pakar ekonomi terlebih dahulu mengenai bajet 2018 sebelum menentukan sikap terhadap Bajet 2018. 

– HARAKAHDAILY 
By Wak Labu Farm at October 27, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bajet 2018, Ketua Audit Negara, Nasrudin Hassan, PAS

Thursday, February 16, 2017

Kabinet tubuh pasukan siasat kerugian BNM

KUALA LUMPUR – Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

“Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.

“Penubuhan pasukan petugas khas ini merupakan langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta-fakta yang berkaitan – menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat-mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan-laporan lain daripada agensi-agensi yang berkenaan.

“Ia juga bertujuan untuk mengetahui apa sebenar yang telah berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewangan serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku dari pengetahuan rakyat Malaysia selama ini,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA



By Wak Labu Farm at February 16, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara, Pejabat Perdana Menteri, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)

Sunday, February 12, 2017

Shahrir tanya mana pergi RM4.3 bilion duit Felda?

BANGI, 14 Jamadilawal 1438H, Sabtu – Sejumlah RM4.3 bilion wang Felda hasil penyenaraian FGV telah hilang dan mungkin disalah belanja.

“Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.

“Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

“Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan peneroka yang dah begitu rapat dengan Felda…begitu sanjung peranan Felda…saya rasa mereka pun kecewa,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor Sinar Online.

Shahrir berkata, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan dengan pelbagai program yang dibuat.

“Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat balik RM200 juta pasal sudah habis. Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya.

“Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda. Duit bukan tiada, tapi ialah…mungkin disalah belanja,” katanya.

Beliau berkata, oleh itu menjadi tanggungjawabnya dan pengurusan Felda pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan kakitangan lembaga tersebut.

“Kalau sudah yakin.. kita tahu tugas kita.. kita buat kerja kita sebagai pengurusan, peneroka pun akan kembali balik kepada kita. Percaya balik kepada Felda.

“Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda,” katanya.
By Wak Labu Farm at February 12, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: FELDA, FGV, Ketua Audit Negara
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • Kerusi panas pada PRN Johor, pertembungan banyak penjuru
    agendaily.com 24/2/2022 Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah...
  • Peristiwa 'mata lebam' cerita lama, kata Rahim Noor
    Hariz Mohd Diterbitkan 27 Ogs 2018, 5:56 petang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata peristiwa "mata lebam" Dat...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Ulasan Datuk Jamil Khir yang hanye layak untuk orang2 UMNO sahaje..........
    Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan, kata Jamil Khir OLEH DIYANA IBRAHIM November 07, 2013 Latest Update: November 07, 2013 04:19...
  • PAS kurang bijak jike gugurkan Mohamad Sabu...............
    Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri  Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
  • Ini yang Wak heran ni ..............???
    VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
  • Ape orang tue ni dah buat selame lebih kurang 22 tahun menerajui negare.............?
    22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
  • ISLAM PAS BODOH PIANG............
    Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
  • Nyawe UMNO semakin terancam...............
    Wak tak heran kalau kerajaan BN yang di pimpin UMNO semakin ditolak oleh kaum cine. Sebenarnye parti2 komponen dalam BN seperti MCA dan P G...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Lebih 1,000 kematian dikaitkan suhu panas melampaudi Sepanyol pada Jun
    3 hours ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    7 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    UMNOBN JOHOR SOMBONG UMNOBN NEGERI SEMBILAN KHIANAT
    1 week ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    2 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    7 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    4 years ago
  • TAZKIRAH
    Ayat Penawar Sakit
    6 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    6 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Sultan Pahang Seru Lebih Banyak Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Tawarkan Biasiswa Kepada pelajar Di Pulau Tioman Lanjutkan Pengajian
    10 hours ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    7 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.