Showing posts with label Pilihan Raya Kecil. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya Kecil. Show all posts

Tuesday, April 28, 2015

Macam betul telahan, BN bertanding pasti akan kecoh

KHAIRIL ABDUL RAHIM

BENARLAH seperti telahan umum sebelum ini, suasana politik negara akan lebih aman sekiranya tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Umno bertanding dalam mana-mana pilihan raya terutama pilihan raya kecil (PRK).

Ini terbukti pada PRK Dun Chempaka di Kelantan pada 22 Mac lalu dan Dun Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei 2009. Di mana apabila kedua-dua PRK tersebut tidak disertai BN, tiada insiden ‘panas’ sehingga mendapat pujian daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun dalam kempen yang sedang berlangsung di PRK Rompin kali ini dalam pertembungan satu lawan satu antara calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad dengan wakil BN Datuk Hasan Arifin, lain pula suasananya.

Dalam kejadian kira-kira jam tiga awal pagi kelmarin, dua petugas di bilik gerakan PAS Dun Tioman di Bandar Rompin telah cedera di serang dalam bangunan oleh dua orang suspek yang sudahpun ditahan.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani telah mengesahkan dua suspek yang berumur 41 dan 46 tahun itu, disah positif ganja selepas saringan ujian air kencing dilakukan terhadap kedua-dua mereka.

Polis kini sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan reman mereka bagi membantu siasatan, katanya pada sidang media semalam.

Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut, dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana penyalahgunaan dadah.

PAS sudah amat matang dan berpengalaman menghadapi suasana provokasi penyokong parti pemerintah sepanjang setengah abad yang lalu.

Kemuncaknya ialah pada PRK Padang Terap di Kedah pada tahun 1985. Tercatat dalam sejarah di Felda Lubuk Merbau seorang petugas jentera pilihan raya PAS (Allahyarham Osman Talib) telah terkorban dan lima yang lain cedera apabila diserang dengan senjata tajam oleh penyokong parti pemerintah.

Peristiwa hitam seperti itu sudah tentulah tidak elok diulang sebut kerana boleh memberi gambaran negatif terhadap politik kepada generasi muda. Namun setelah berpuluh-puluh tahun berlalu, perubahan dan kematangan berpolitik rakyat negara ini, belum berubah.

Apakah politik seperti ini yang mahu diwariskan kepada generasi akan datang?

Itu belum lagi diambil kira bagaimana jentera kerajaan dimanipulasikan sewenang-wenangnya untuk kepentingan parti pemerintah dan sekaligus mewujudkan padang permainan yang tidak rata.

Bayangkan di Rompin, semua agensi kerajaan seperti Felda, Risda dan sebagainya yang tiba-tiba mengadakan program untuk penduduk. Jabatan Kerja Raya pula tiba-tiba bertungkus-lumus menampal jalan tar yang menurut penduduk setempat, telah bertahun-tahun terbiar rosak.

Begitu juga dengan projek-projek ‘mi segera’ yang lain. Seolah-olah janji yang sudah ditabur bertahun-tahun mahu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari kempen ini.

Menteri-menteri yang selama ini hanya dapat ditonton di televisyen, bagaikan bermimpi dapat dilihat duduk ‘berselepot’ dalam rumah pengundi atau ‘mengeteh’ di warung kecil di kampung-kampung.

Banyak lagi perkara luar biasa yang berlaku. Cuma kita juga sudah terdengar-dengar kalimat yang tidak elok seperti ini, ‘jika mahukan pembangunan tunggulah wakil rakyatnya mati’.- HARAKAHDAILY

Friday, February 20, 2015

PRK Chempaka: Pelaburan Umno pecahkan PR

SUHAIZAN KAIAT 

TOK Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kita sayangi telah meninggalkan kita semua pada khamis malam Jumaat 12 Februari 2015 yang lepas dengan ilmu dan pejuangan PAS yang perlu diteruskan.

Dengan kuasa dan pengaruh yang dimiliki, Almarhum telah menaikkan imej PAS di mata masyarakat muslim dan non-muslim. Walaupun beliau seorang tokoh pemimpin Islam, tetapi tetap dihormati oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Semasa hayatnya, Beliau mengajar setiap Jumaat di Dewan Prof Dzulkifli Muhammad Kota Baharu. Kupasan terhadap ilmu-ilmu agama sangat segar. Setiap kali berjumpa ada sahaja ilmu baru yang kita peroleh.

Umno sebagai parti saingan kepada PAS tidak memberi peluang kepada beliau mentadbir Kelantan dengan selesa. Pelbagai tekanan dibuat bahkan bagaikan anak tiri yang dibiarkan melarat malah dihina oleh media arus perdana.

UMNO BERMUKA-MUKA

Menariknya selepas beliau meninggal dunia, Umno dan media arus perdana membuat pendekatan u-turn 360 darjah. Daripada seorang yang dihina setiap hari bertukar kepada tokoh yang dihormati.

Media arus perdana memberi liputan tidak sebagaimana semasa beliau masih hidup. Menariknya, sudah ada pandangan daripada pimpinan Umno yang tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Chempaka di mana beliau menjadi ADUN selama 7 penggal sejak tahun 1986.

Jika perkara ini berlaku maka PAS mendapat laluan mudah untuk menguasai semula Dun Chempaka, insya-Allah.

Penamaan calon akan diadakan pada 10 Mac 2015 dan pengundian pada 22 Mac 2015. Soalnya kenapa Umno u-turn secara tiba-tiba dan tidak mahu bertanding di Chempaka?

Pimpinan mereka berhujah pertamanya sebagai menghormati Almarhum. Keduanya, untuk menjaga hubungan negeri dan Pusat. Ketiganya, mahu elakkan pembaziran.

Itu yang tersurat. Apa pula yang tersirat? Dalam politik yang tersirat itu lebih utama daripada yang tersurat.

Supaya kita tidak dianggap ‘lurus bendul’, maka kita perlu memahami apa yang tersirat di sebalik strategi terbaru Umno ini. Politik lurus bendul adalah politik yang bertentangan dengan Politik Budiman.

Sebelum itu, secara tersurat Umno memberi alasan menghormati Almarhum. Boleh percayakah? Sepatutnya Almarhum dihormati semasa hayatnya bukan setelah beliau meninggal dunia.

Umno sepatutnya menghormati beliau semasa bertugas sebagai Menteri Besar tetapi sebaliknya Kelantan ditekan habis-habisan. Tiba-tiba sikap Umno sekarang ini berubah umpama 'pijak semut pun tidak mati'.

Tiada pemimpin yang rasional atas muka bumi ini boleh percaya dengan perangkap seumpama ini.

Umno tidak masuk dalam Pilihan Raya Kecil Chempaka adalah kononya untuk menjaga hubungan negeri dan pusat. Soalnya, kenapa pula Umno mahu bertanding di Permatang Pauh? Bukankah Permatang Pauh berada di sebuah negeri yang namanya Pulau Pinang? Kelantan dan Pulau Pinang adalah kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat. Kenapa Umno tidak mahu menjaga hubungan antara kerajaan negeri dan pusat di Pulau Pinang? Persoalan-persoalan ini memberi jawapan yang Umno hanyalah mencari alasan.

Berjimat untuk tidak masuk dalam pilihan raya adalah hujah yang paling lucu. Mungkin Pilihan Raya Kecil Chempaka memerlukan RM3 juta hingga RM5 juta. Nilai ini terlalu kecil berbanding aktiviti-aktiviti pemimpin Umno selama ini. Bagi sesetengah pemimpin Umno, nilai RM5 juta umpama tahi gigi sahaja. Perbelanjaan bulanan mereka pun lebih daripada nilai tersebut. Apalah sangat nilai RM5 juta berbading RM6.7 bilion komisen kapal selam yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Umno adalah sebuah parti politik yang pragmatik. Pendekatannya akan berubah mengikut keperluan. Setiap tindakkan politik adalah suatu pelaburan. Umno akan mengira untung dan rugi dalam politik. Apa untungnya bertanding dan apa ruginya jika tidak betanding?

Jika bertanding di Chempaka Umno sangat sukar untuk memang. PAS telah menang 7 penggal di Dun tersebut dan hampir mustahil untuk Umno menang. Walau bagaimanapun ketentuan akhir datangnya daripada Allah SWT.

Jika bertanding maka kelemahan Perdana Menteri dan Umno akan terdedah dalam kempen pilihan raya. Isu Sirul dan Altantuya, hukuman 5 tahun penjara Datuk Sri Anwar, GST, kejatuhan nilai wang, 1MDB, Tun Mahathir tolak Najib, kapal hilang, harta Najib dan lain-lain isu akan dibangkitkan.

Inilah antara sebab Umno boleh rugi dalam jika menyertai Pilihan Raya Kecil Chempaka.

Jika Umno tidak bertanding di Chempaka, pertamanya, Umno telah membina imej yang positif terhadap Almarhum. Imej Umno yang menentang ulama dan menentang Islam dapat dipulihkan. Selari dengan sikap Umno yang kononnya menyokong Kanun Jenayah Syariah 2, Kelantan.

Keduanya, isu-isu kelemahan kerajaan BN tidak akan didedahkan dalam kempen-kempen pilihan raya.

Ketiganya, Umno dapat melakonkan kejujurannya untuk menyatukan PAS dan Umno. Ini boleh menyebabkan kecurigaan kepada rakan-rakan dalam PR, memerangkap sebahagian ahli PAS yang ‘lurus bendul’ dan memerangkap minda rakyat yang tidak memahami realiti politik sebenar.

PECAH BELAH PR AGENDA TERSIRAT UMNO

Agenda tersirat Umno adalah untuk memecahkan PAS daripada PR yang telah menjadi ancaman terbesar BN dalam pilihan raya umum 2013. Rakyat Malaysia mesti memahami bahawa perpecahan PR adalah pelaburan Umno yang sebenar dalam Pilihan Raya Kecil Chempaka.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas, PR telah mengusai 51 peratus undi popular mengatasi BN dan BN sebenarnya telah kalah di Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak yang telah menyelamatkan BN.

Kekalahan BN ini adalah berpunca daripada kesepaduan parti-parti dalam PR. BN sudah tentu mencari jalan untuk memecahkan PR. Itulah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan BN.

Maka pelbagai agenda telah dirangka dan dilaksana. Antaranya mensensasikan pentembungan PAS dan DAP dan pertembungan PAS dan PKR. Perbezaan pendirian parti dalam PR dipergunakan semaksima mungkin. Maka perbezaan 10 peratus dalam PR disensasikan menjadi 99 peratus. Menariknya, ada pimpinan dalam PR yang termakan dengan propaganda BN dan menyambut gerak tari mainan media arus perdana BN.

Kesimpulannya, setiap langkah Umno adalah langkah berstrategi. Umno mempunyai pakar strategi yang berfikir setiap hari untuk memberi kelebihan kepada mereka.

Saya selalu menyebut dalam ceramah walaupun Umno lemah. Mereka sebenarnya tidak bodoh. Umno sangat bijak mengatur strategi. Media dan kewangan mendokong strategi mereka. Tidak mungkin Umno mengambil langkah rugi jika untung ada dihadapan mereka.

Yang lebih penting PAS dan PR perlu bijaksana. Jangan mudah terperangkap dalam jerangkap samar yang dipasang oleh Umno dan Barisan Nasional. – HARAKAHDAILY 

Thursday, February 19, 2015

PRK Permatang Pauh dan Chempaka: UMNO cuba elak pukulan berganda?

oleh Tan Jooi Long

KOMEN: Pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah dijangka serta pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak syak lagi adalah pukulan berganda kepada Pakatan rakyat.

Namun, dua Pilihanraya Kecil (PRK) untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Anwar dan Kerusi DUN Nik Aziz pula berpotensi menjadi serangan berganda kepada Umno.

Sudah banyak yang diperkatakan, terutama dalam media arus perdana yang dikawal kerajaan, tentang kesan buruk terhadap Pakatan dengan sabitan bersalah dan hukuman penjara lima tahun kepada tokoh penyatu pembangkang itu.

Pemenjaraan Anwar pada 10 Februari, diikuti pula dengan kematian Nik Aziz, yang dilihat sebagai “nurani” parti Islam itu, dua hari kemudian.

Dua peristiwa itu tentunya adalah pukulan berganda kepada pakatan PKR-PAS-DAP, apabil mereka kehilangan dua tokoh pengikat dalam masa satu minggu.

Namun, apa yang bermula sebagai pukulan kepada Pakatan bakal menjadi serangan kepada Umno, di saat parti pemerintah itu tidak mahukannya.

Pada zahirnya, Pakatan mungkin tidak bersedia untuk menghadapi mana-mana PRK, apatah lagi dua.

Namun, PRK di kubu kuat Anwar, Permatang Pauh mungkin boleh menjadi faktor yang mendorong PAS dan DAP untuk bersama-sama membantu PKR.

Euforia kempen yang sengit, dan peluang untuk “mencederakan” Umno di Seberang Perai, serta keinginan untuk menunjukkan solidariti bersama komrad PKR di saat mereka amat memerlukan – Ini semua mampu menyatukan pemimpin, ahli dan penyokong PAS dan DAP.

Dalam pada itu, Umno kini bakal menghadapi satu lagi perang dalaman yang menghancurkan.

Parti pemerintah itu mungkin memiliki kelebihan dalam persediaan PRK, namun setinggi manakah semangat mereka untuk berkempen dalam satu pertandingan yang sukar dimenangi?

Malah, mereka juga tidak boleh bergantung harap kepada MCA untuk memenangi undi Cina, dan MIC untuk undi India. DI Pulau Pinang yang ditadbir DAP, tiada satu pun wakil rakyat daripada parti komponen BN itu.

Lebih-lebih lagi, PRK Permatang Pauh akan diadakan selepas PRK Chempaka, di mana PAS dijangka menang mudah di kerusi yang dipegang Nik Aziz yang amat disayangi dan dipandang mulia oleh rakyat.

Maka tidak peliklah apabila Umno seperti sudah berputus asa berhubung PRK di Kelantan itu, sehingga mereka bersedia untuk tidak meletakkan calon.

“Kerusi itu dipegang Nik Aziz untuk satu tempoh yang lama, dan kita lihat tidak meletakkan calon sebagai satu tanda penghormatan kepadanya.” Itu adalah salah satu alasan yang diberikan.

“Tumpuan perlu diberi kepada usaha bantuan pasca-banjir di Kelantan.” Ini juga adalah satu lagi alasan mereka.

Apa yang tidak disebut adalah: Umno tidak mahu masuk ke Permatang Pauh dengan kecederaan daripada PRK Chempaka.

Umno mungkin boleh mengelak untuk bertanding dan kalah di kerusi Nik Aziz, namun ia tiada pilihan lain selain bertarung di kubu kuat Anwar dengan jangkaan ditimpa kekalahan.

Bagaimana parti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap untuk menang di Permatang Pauh, yang dipegang Anwar dan/atau isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wani Ismail begitu lama, sepanjang lapan Pilihanraya Umum dan 1 PRK sejak 1982?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terkenal itu pun tidak mampu memberi banyak bantuan untuk memastikan kemenangan Umno.

Mungkin Umno juga harus membuat senarai alasan-alasan melucukan berhubung mengapa mereka juga tidak harus bertanding di sana.

Lebih baik untuk mengaku kalah dalam Pertembungan Permatang Pauh, berbanding berhadapan dengan Perang PRU 14 dalam keadaan cedera.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/PRK-Permatang-Pauh-dan-Chempaka-Umno-cuba-elak-pukulan-berganda#sthash.SgzScUnC.dpuf

Wednesday, February 18, 2015

PAS ada ramai calon pertahan DUN Chempaka

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan meneruskan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) walaupun bertembung dengan tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka.

Persidangan Dun ditetapkan pada 16 hingga 19 Mac manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon PRK N.06 Dun Chempaka pada 10 Mac dan hari mengundi pada 22 Mac.

Timbalan menteri besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun sidang Dun agak mengganggu tempoh berkempen namun ia perlu diteruskan kerana sudah ditetapkan.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa terkilan kerana SPR tidak merujuk kerajaan negeri bagi menetapkan tarikh PRK.

"Sepatutnya SPR merujuk kerajaan negeri terlebih dahulu bagi mengetahui program penting sepanjang Mac di Kelantan.

“Tarikh persidangan Dun 16 hingga 19 Mac sudah lama ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim, hari ini.

Ditanya mengenai calon, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata parti itu mempunyai ramai calon untuk mempertahankan kerusi tersebut.

“Ada ramai yang layak bertanding namum begitu kita belum tentukan lagi sekarang,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai Umno Kelantan yang dilihat kurang berminat menyertai PRK tersebut.

“Saya tak nak ulas lagi pasal itu. Kita tunggu 10 Mac betul atau tidak Umno tak nak bertanding,” katanya. - HARAKAHDAILY

PRK DUN Chempaka bulan hadapan -- SPR

Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pengkalan Chepa akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan tempat mengira undi.

KUALA LUMPUR, 18 Februari:

Tarikh untuk pilihan raya kecil N.06 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditetapkan pada 22 Mac ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof membuat pengumuman itu di pejabatnya, hari ini.

Terdapat 21,890 pengundi berdaftar sehingga 12 Februari, 2015.

Kos pilihan raya itu dijangka mencecah RM810,000.

Sementara itu hari penamaan calon ditetapkan pada 10 Mac manakala 18 Mac ditetapkan untuk pengundi awal.

Pegawai pilihan raya kecil yang bertanggungjawab adalah Ibrahim Bakri Mat Deris sementara timbalannya adalah Khalis Syafiq Nor, Nik Fahmi Nik Daud dan Tengku Wajihah Raju Harun.

Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pengkalan Chepa akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan tempat mengira undi.

Terdapat 403 pekerja pilihan raya di sembilan sekolah yang akan digunakan sebagai tempat membuang undi dengan 42 saluran undi.

Abdul Aziz menasihatkan orang ramai supaya menurut arahan daripada anggota polis untuk memastikan pilihan raya kecil itu berjalan lancar.

“Ketua politik, calon, pekerja dan penyokong parti perlu mematuhi peraturan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua majikan sektor kerajaan dan swasta supaya memberikan masa yang cukup untuk pekerja mereka keluar mengundi.

Mengulas mengenai kemungkinan BN tidak akan bertanding untuk kerusi DUN Chempaka itu, beliau berkata persediaan akan dilakukan seperti biasa.

“Kita tidak boleh menjangkakan menang tanpa bertanding kerana di bawah undang-undang, kita perlu memberi peluang untuk penamaan calon seperti biasa. Ia akan diadakan selama satu jam.

“Jika selepas satu jam, satu pihak lagi tidak hadir, maka kami akan mengumumkan kemenangan tanpa bertanding,” katanya.

Kerusi DUN Chempaka kosong, selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, 12 Februari lalu.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd. Razak dengan majoriti 6,500 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/18/prk-chempaka-bulan-hadapan-spr/#ixzz3S4o6mfHM

Sunday, February 15, 2015

DUN Chempaka: UMNO mesti bertanding di DUN Cempaka -- Ibrahim Ali

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyindir tindakan UMNO Kelantan yang tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka atas alasan banjir. - Foto TRP

KUALA LUMPUR, 15 Februari:

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyindir tindakan UMNO Kelantan yang tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka atas alasan banjir.

Beliau dalam kenyataannya di laman Facebook hari ini berkata, alasan memberi tumpuan kepada banjir disifatkan sebagai kelakar.

Menurutnya, UMNO mesti bertanding dan sebagai parti politik, prinsip yang harus dilakukan adalah mesti bertanding walaupun pelbagai alasan diberikan.

“Banjir besar yang berlaku ini adalah alasan kuat untuk UMNO bertanding dan kena pada masanya untuk menyedarkan pengundi, siapa yang yang membela mereka ketika banjir melanda.

“Bukankah berkhidmat adalah perkara utama dalam perjuangan politik,” katanya.

Menurutnya, melalui PRK di DUN Cempaka, UMNO dapat membuktikan parti itu mampu berbakti kepada rakyat.

Beliau berkata, sekiranya UMNO Kelantan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mereka boleh untuk tidak bertanding dalam kawasan itu.

Ibrahim turut menggesa UMNO untuk bertanding dan sekiranya enggan, ianya jelas menunjukkan UMNO takut kalah.

Katanya lagi, adat pertandingan, ada kalah dan menang.

Tambahnya, program bantuan banjir diteruskan di tempat yang terlibat dan pada masa sama, UMNO terus bertanding.

“Ini baru seiring dengan kepercayaan UMNO sebagai parti hebat sepanjang zaman,” katanya.

Beliau menyifatkan kemenangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di DUN Cempaka bukan kerana parti PAS semata-mata tetapi kerana keperibadian Allahyarham.

“Sudah tiba masanya UMNO menguji PRK DUN Cempaka,” katanya.

Ibrahim berkata, PAS bersunguh-sungguh bekerjasama dengan UMNO Pusat apabila melibatkan isu banjir namun PAS dilihat begitu angkuh menolak kerjasama perpaduan UMNO dengan ummah.

Beliau menyifatkan perkara itu sekadar mahu jumpa dan berbincang, kemudian muka orang UMNO di’ludah’.

“Banjir diurus UMNO, kerusi dalam Dewan pula diberi kepada PAS secara percuma. Baiknya Tok Pa,” katanya kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Apa kata Tok Pa dan UMNO Kelantan dibubar dan semua masuk PAS atau jadi NGO kerana perlu tumpu pada banjir memandangkan Kelantan berdepan banjir setiap tahun,” katanya lagi.

Beliau turut mengakui UMNO seperti sebuah badan politik kebajikan dan PAS pula benar-benar sebuah parti politik.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/15/dun-chempaka-umno-mesti-bertanding-di-dun-cempaka-ibrahim-ali/#ixzz3Ron1RU6i

PAS tetap sedia pertahan DUN Chempaka

KHAIRIL ABDUL RAHIM | 15 Februari 2015.
TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS tetap bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka, Kelantan sama ada melalui pilihan raya kecil (PRK) atau sebaliknya.

“PAS bersedia dalam apa saja keadaan sama ada akan ada PRK Chempaka nanti menentang calon dari BN ataupun calon Bebas ataupun menang tanpa bertanding.

“Persoalan mungkin BN tidak meletakkan calon, dulupun pernah berlaku dalam PRK Penanti (Pulau Pinang),” katanya dalam sidang media selepas majlis Taklimat Tertutup antara barisan Jawatan Kuasa Harian PAS Pusat diketuai Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Jawatan Kuasa PAS kawasan-kawasan negeri ini di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai saranan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa BN tidak perlu meletakkan calon bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di negeri itu.

Pendapat tersebut turut dikongsi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin

Sementara itu, mengenai calon PAS yang akan menggantikan tempat Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mohamad berkata Perhubungan PAS Kelantan dan Pusat belum bermesyuarat.

“Tunggulah, kita belum bincang lagi dan SPR juga belum umumkan kekosongan lagi,” katanya.

Turut hadir Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat dan Setiausaha PAS negeri, Roslan Zainal.

Sementara itu jelajah pimpinan PAS Pusat ke seluruh negeri ini bermula dengan kuliah subuh hari ini, taklimat tertutup, jamuan rakyat di Bandar Pusat Jengka, ziarah, hi-tea dan ceramah umum serentak pada sebelah malamnya di Kuantan, Jerantut, Bera dan Kuala Krau. - HARAKAHDAILY

Friday, May 30, 2014

Hamper makanan BN satu bentuk rasuah?

DAP: Hamper makanan BN satu bentuk rasuah

MALAYSIAKINI


Seorang ADUN DAP mendakwa BN melakukan rasuah pilihan raya melalui program agihan hamper makanan percuma kepada kira-kira 100 orang dalam satu majlis pada petang semalam di Teluk Intan.

ADUN Bukit Gasing, R Rajiv mendakwa demikian selepas menyaksikan calon BN Datuk Mah Siew Keong hadir di majlis tersebut dan berjabat tangan dengan hadirin yang beratur untuk menerima hamper makanan tersebut.

"Kira-kira 100 orang beratur untuk hamper itu dan Mah berdiri di sana dan berjabat tangan dengan orang ramai.

"Ini adalah satu bentuk rasuah," katanya pada sidang media di pusat operasi pilihan raya kecil DAP, hari ini.

Rajiv kemudian menunjukkan gambar dan video yang dirakam oleh Rajiv di tempat kejadian.

Malaysiakini sudah menghubungi Mah untuk mendapatkan maklum balas beliau.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-