Showing posts with label Rafizi. Show all posts
Showing posts with label Rafizi. Show all posts

Wednesday, August 31, 2022

Pegawai Abdul Latiff lapor polis terhadap dakwaan Rafizi isu LCS

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 31, 2022 8:31 AM
Seorang pegawai kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ini selepas Rafizi mendakwa Abdul Latiff mempunyai seorang isteri bernama Zainab Mohd Salleh yang terlibat dalam penyelewengan dana daripada projek kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, pegawai khas Abdul Latiff, Sayed Ahmad Mu'izzuddin Al-Sayed Mohamad berkata Rafizi tetap mengulangi dakwaannya meskipun menteri itu sudah memberi penjelasan.

“Saya diarahkan dan sesungguhnya percaya bahawa fitnah dan tohmahan tersebut dicipta untuk merosakkan nama baik Abdul Latiff untuk tujuan politik dengan menimbulkan kebencian dan kemarahan orang awam terhadap Abdul Latiff dan menyemarakkan keresahan rakyat.

"Penyiaran dan komunikasi elektronik (oleh Rafizi) tersebut adalah sumbang, palsu, mengancam, dan bersifat jelik untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut, dan mengganggu Abdul Latiff," katanya dalam laporan itu.

Katanya, dia percaya Rafizi telah melakukan kesalahan fitnah jenayah di bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan, ugutan jenayah di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan, penghinaan dengan sengaja dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan penyalahgunaan kemudahan rangkaian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi malam tadi, menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertindak terhadap Rafizi dan mereka yang bekerja dengannya melakukan jenayah yang didakwa.

Antara lain, Sayed Ahmad mengulangi dakwaan menteri bahawa Rafizi mengelirukan orang ramai dengan memetik draf laporan audit forensik untuk menyokong dakwaannya.

Dia berkata ini tidak mengendahkan penafian yang terkandung dalam laporan yang menyatakan bahawa juruaudit tidak dapat menilai kebenaran dakwaan yang dibuat oleh orang yang terlibat dalam projek itu.

"Rafizi berbohong kerana dia kononnya bersandar kepada laporan forensik yang menyatakan Zainab Mohd Salleh adalah isteri kedua Abdul Latiff sedangkan laporan forensik tidak menyatakan sedemikian," katanya.

Laporan aufit forensik dinyah klasifikasi

Sebelum ini, Boustead Heavy Industries Corporation Bhd menyah klasifikasi laporan audit forensik LCS, selepas diarahkan oleh kabinet untuk berbuat demikian. Ia kini disiarkan di laman web Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Laporan itu menyatakan bahawa Abdul Latiff Ahmad adalah pasangan (spouse) kepada Zainab Mohd Salleh.

Zainab dikaitkan dalam laporan itu kerana didakwa melakukan penipuan pembayaran. Bagaimanapun, butirannya tidak jelas kerana banyak bahagian laporan itu telah disunting.

Rafizi menegaskan bahawa pasangan yang dirujuk dalam laporan itu merujuk kepada bekas timbalan menteri pertahanan.

Abdul Latiff bagaimanapun menafikannya.

Pada 26 Ogos, Abdul Latiff berkata dia tidak mempunyai peranan dalam projek LCS, dan keluarganya tidak mempunyai sebarang kontrak pertahanan semasa menjadi timbalan menteri pertahanan dari 2009 hingga 2013.

Dia juga menafikan mempunyai isteri atau bekas isteri bernama Zainab Mohd Salleh, dan sebarang tindakan orang itu tidak ada kena mengena dengannya.

Dia menuduh Rafizi mengelirukan rakyat dengan memetik laporan "draf" untuk menyokong dakwaannya, mendakwa wujudnya laporan lain yang dikeluarkan oleh firma audit yang sama yang tidak menyebut hubungan suami isteri.

Tuesday, August 30, 2022

Ini keputusan PH, bukan ‘sekadar pandangan peribadi’ saya, Rafizi bidas Muhyiddin

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-August 30, 2022 2:45 PM
Rafizi Ramli mengingatkan Muhyiddin Yassin agar tidak memandang rendah pemimpin yang lebih muda sepertinya.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli membidas kenyataan Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kenyataannya tiada kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Perikatan Nasional sebagai pandangan peribadi.

Rafizi berkata pengerusi PN itu meremehkan kenyataan beliau sebagai timbalan presiden PKR dan ahli dalam Majlis Presiden PH.

“Katanya (Muhyiddin) itu pendapat peribadi saya, bukan keputusan PH. Yang jadi timbalan presiden dan duduk dalam Majlis Presiden PH adalah saya. Yang tahu apa keputusan PH dia,” kata Rafizi dalam kenyataan.

Rafizi turut mengingatkan Muhyiddin agar tidak memandang rendah pemimpin yang lebih muda sepertinya.

“Mereka (Perikatan Nasional) memandang rendah mereka yang lebih muda. Walaupun saya sudah berusia 45 tahun, telah berada dalam barisan kepimpinan sejak berusia awal 20an, di mata Muhyiddin saya hanya budak hingusan.

“Sebab dalam PN, orang muda ini fungsinya bukan untuk membuat keputusan. Fungsi pimpinan berumur 40an ke bawah dalam PN hanyalah mengikut telunjuk mereka yang dua atau tiga dekad lebih tua,” katanya.

Selain itu, Rafizi juga turut mengingatkan Muhyiddin bahawa keputusan PH untuk tidak bekerjasama dengan PN adalah muktamad dan menolak sebarang rundingan belakang tabir yang membelakangi keputusan yang sudah dibuat parti.

“Keputusan untuk memberi noktah kepada sebarang perbincangan bekerjasama dengan PN ini ialah keputusan Majlis Presiden PH yang terakhir.


“Keputusannya ialah PH akan menguatkan gabungan ini dan masuk PRU15 sebagai PH. Noktah,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menyifatkan kenyataan Rafizi menolak sebarang bentuk kerjasama dengan gabungan itu sebagai “sekadar pandangan peribadi”.

Rafizi sebelum ini berkata, PH menegaskan, keputusan mereka untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU15 adalah muktamad.

Katanya, ia sudah pun diputuskan menerusi mesyuarat PH, pada Rabu lalu.

Monday, July 18, 2022

Era Anwar-Rafizi bermula di landasan betul, kata perwakilan

freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad dan Jason Thomas
-July 18, 2022 9:00 AM
Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya yang baru dipilih, Rafizi Ramli menunjukkan perpaduan di kongres parti pada Ahad.

SHAH ALAM: Cakap-cakap mengenai konflik jelas antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya yang baru dipilih, Rafizi Ramli, telah membuatkan perwakilan parti tidak terkesan, dengan beberapa pihak menegaskan bahawa kedua-duanya tidak boleh bekerjasama.

Kritikan Rafizi dan teguran Anwar menjadi tumpuan pada kongres parti, dengan ada yang mengatakan kerjasama itu bermula dengan goyah.

Pemerhati mendakwa pertembungan antara kedua-dua personaliti itu mungkin mewujudkan keretakan dalam parti.

“Semua gosip di sekeliling mereka adalah perkara biasa untuk menimbulkan pergeseran dalam kalangan ahli parti,” kata Aziz Danial, ahli PKR Bahagian Port Dickson.

Katanya, berdasarkan kenyataan mereka pada Ahad, “ia jelas mereka boleh bekerjasama, cuma mereka mempunyai ideologi dan pendekatan berbeza”.

Aziz berkata Rafizi yang kembali aktif berpolitik selepas dua tahun berehat memberi dorongan kepada parti itu.

“Rafizi lebih muda dan agresif manakala Anwar merupakan ahli politik berpengalaman, jadi ia gabungan yang baik,” katanya.

Kebanyakan laporan mengenai konflik yang dikatakan antara kedua-dua pemimpin itu tertumpu pada pendekatan berbeza mereka terhadap pendekatan “khemah besar” menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Anwar bersetuju untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain untuk satu barisan bersatu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU, manakala Rafizi menentang idea itu.

Seorang lagi perwakilan, Bahagian Sungai Siput, Syed Mohamed Syed Bahrom berkata, ucapan kedua-dua pemimpin itu menunjukkan tidak ada pertelingkahan di antara mereka.

Syed Mohamed berkata perwakilan yang mengambil berat menganalisis ucapan mereka itu akan membuat kesimpulan bahawa kedua-duanya sehaluan dan tidak mempunyai agenda tersembunyi.

Ditanya mengenai bagaimana pertembungan personaliti dua pemimpin itu akan memberi kesan kepada parti, Naib Ketua Wanita PKR Sangetha Jayakumar berkata ia tidak lebih daripada “media yang terlalu menonjolkan perbezaan pendapat”, yang dimiliki oleh “semua orang” dalam parti itu.

“Saya rasa perbezaan antara kami dan beberapa parti dalam kerajaan sekarang adalah terdapat ramai ‘yes men’ dan tunduk serta mencium tangan. Budaya bodek memang ada. Ia tidak ada dalam PKR,” katanya.

Thursday, November 15, 2018

Kumpulan Azmin dijangka menang besar

Diterbitkan 15 Nov 2018, 12:31 tengah hari


Pemilihan PKR berkemungkinan menyaksikan pasukan Azmin Ali iaitu calon bagi timbalan presiden menang besar.

Bagaimanapun jawatan bagi ketua pemuda PKR (AMK) masih boleh dimenangi calon daripada kumpulan pesaing Azmin, Rafizi Ramli.

Sumber daripada kedua-dua kem berkata keputusan tidak rasmi menunjukkan Afif Bahardin and Akmal Nasir bersaing sengit bagi jawatan tertinggi sayap parti itu.

Afif dikenali sebagai penyokong setia Azmin, manakala Akmal dianggap sebagai anak didik Rafizi.

Malaysiakini ketika ini tidak dapat memastikan pasukan mana memenangi paling banyak bilangan kerusi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat AMK.

Pada 2014, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dianggap bukan penyokong Azmin, dipilih memimpin sayap pemuda parti itu.

Bagaimanapun Majlis Pimpinan Pusat AMK kebanyakannya terdiri daripada penyokong kuat Azmin.

Sekiranya Akmal dipilih sebagai ketua AMK, beliau masih boleh melantik individu daripada pasukannya dalam barisan exco.

Namun apa yang pasti pembantu Azmin, Hilman Idham bakal mengisi jawatan sebagai timbalan ketua AMK selepas undi besar diterimanya mengatasi calon dari kem Rafizi, Raymond Anuar.
Sementara itu , Haniza Talha (foto) dan Dr Daroyah Alwi dilihat bakal memenangi jawatan tertinggi dalam Wanita PKR.

Kedua-dua dikaitkan sebagai penyokong Azmin.

Bagi jawatan majlis pimpinan pusat parti itu, keputusan berkemungkinan menyaksikan 20 kerusi akan dimenangi kem Azmin.

Berdasarkan rekod Malaysiakini, terdapat lima calon MPP dikaitkan dengan Rafizi- Abdullah Sani Abdul Hamid, Larry Sng, Nik Nazmi, Nurin aina dan Dr zaliha Mustafa.

Tidak dapat dipastikan bila jawatankuasa pemilihan akan memuktamadkan keputusan dan membuat pengumuman.

Kongres nasional PKR bagi sayap Wanita dan AMK akan bermula malam ini, dengan barisan baru dijangka akan diperkenalkan pada majlis tersebut.

Tuesday, June 12, 2018

Saifuddin, Shamsul, Xavier antara calon menteri PKR

Geraldine Tong


Antara nama yang dikemukakan PKR sebagai calon menteri kabinet kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution, naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin dan Xavier Jayakumar.

Shamsul berkata beliau dimaklumkan kebanyakan kepimpinan tertinggi PKR dimasukkan ke dalam senarai calon menteri.

"Mereka meletakkan semua pimpinan tertinggi (seperti) saya sendiri, Xavier, Saifuddin, semua kepimpinan tertinggi," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, Shamsul berkata, beliau tidak tahu portfolio kabinet mana yang diminta PKR kerana surat yang mengandungi senarai nama itu dihantar terus oleh presiden parti, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Surat itu dihantar oleh presiden sendiri, jadi saya tidak tahu, tetapi menurutnya, dia meletakkan semua nama kepimpinan tertinggi, termasuk wakil presiden, setiausaha agung dan semua itu," katanya.

Tak pasti Izzah, Rafizi

Namun, Shamsul berkata tidak pasti jika naib presiden Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli dimasukkan ke dalam senarai itu.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan Nurul Izzah tidak mahu jawatan dalam kabinet.

Sementara itu, Shamsul maklum perbicaraan kes jenayah Rafizi ketika senarai itu dikemukakan.

Shamsul, yang juga Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya, percaya pengumuman menteri kabinet akan menyertakan sekitar enam atau tujuh menteri daripada PKR, memandangkan parti mereka memenangi paling banyak kerusi dalam pilihan raya umum lepas.

"Kami berharap kadar perwakilan yang sejajar akan dilihat dalam kabinet," katanya.
Beliau berharap Dr Mahathir bakal mengumumkan barisan kabinet penuh tidak lama lagi kerana sidang parlimen akan datang bermula pada 16 Julai.

Shamsul berkata menteri-menteri baru perlu diberi masa untuk mengkaji secara menyeluruh kementeriannya sebelum sidang parlimen.

"Dan tentu saja, rakyat tertunggu-tunggu untuk mengetahui siapa yang akan bertanggungjawab terhadap kementerian tertentu dan penggabungan kementerian," katanya.

Dengan namanya dikemukakan sebagai calon menteri kabinet, Shamsul berkata jika dipilih sebagai menteri, beliau ingin mendapatkan portfolio Kementerian Luar Negeri.

Walaupun beliau memahami pembentukan kabinet sepenuhnya hak perdana menteri, beliau yakin mempunyai banyak pengalaman berurusan dengan sumbangan dan komitmen antarabangsa.

Minat juga menteri pelancongan

Shamsul memaklumkan beliau ialah bendahari yang dipilih bagi Rangkaian Parlimen untuk Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan terlibat secara aktif dalam organisasi Anggota Parlimen antarabangsa untuk Global Action (PGA) serta Commonwealth Parliamentary Association.

"Walaupun ini adalah ketika kami masih menjadi pembangkang, jadi kami mempunyai pengalaman yang sangat terhad tetapi saya diberi keyakinan untuk mewakili parti saya dan blok pembangkang dalam pelbagai program dan sidang antarabangsa, sehingga benar-benar menarik minat saya," katanya.

Beliau juga berminat dengan portfolio Kementerian Pelancongan,kerana kawasannya terletak di negeri Melaka.

Shamsul percaya beliau dapat memperkasa industri pelancongan, bukan sahaja di Melaka tetapi juga di negeri-negeri lain seperti Sabah, Terengganu dan Kelantan.

"Ia sangat berkaitan dengan kawasan yang saya wakili dan saya mempunyai minat untuk membangun serta meneroka lebih banyak industri pelancongan supaya dapat menyumbang pendapatan kepada pentadbiran sekarang," katanya.

Pada masa ini, seramai 13 menteri telah diumumkan dan Mahathir telah berkata pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada 30 kementerian.

Jumlah ini juga termasuk menteri dari Sabah dan Sarawak, katanya.

Wednesday, January 2, 2013

Rafizi kantoi - Deepak Jaikishan kona baring.........

'Saya tak pernah beri Rafizi apa-apa dokumen'


Zulaikha Zulkifli
8:02PM Jan 2 2013

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

"Saya dinasihatkan oleh peguam supaya tak cakap apa-apa. Beri saya dua tiga hari.

"Saya tak tahu apa-apa mengenai kandungan dokumen itu. Saya juga tak tahu apa yang dia (Rafizi) katakan. Saya disini bukan untuk politik tapi untuk kebenaran.

"Saya akan meneliti dokumen itu dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya lagi.

Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan Deepak bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Dalam sidang medianya hari ini, Rafizi berkata beliau percaya dokumen yang dikemukakannya berhubung pembelian barang kemas berkenaan adalah tulen.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-