Showing posts with label AMK. Show all posts
Showing posts with label AMK. Show all posts

Sunday, February 28, 2021

AMK saran Salahuddin muhasabah diri, elak politik bermuka-muka

malaysiakini.com

Diterbitkan 28 Feb 2021, 10:41 am

Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Syukri Razab menyarankan supaya Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bermuhasabah diri dan menjauhi sikap politik bermuka-muka seperti parti lamanya - PAS.

Kenyataan itu hadir susulan teguran Salahuddin semalam yang mengatakan tidak manis untuk PKR menerima tiga bekas Adun Amanah, berdasarkan semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan.

“Salahuddin kelihatan begitu 'terusik' apabila PKR menerima penyertaan mantan ahli Amanah, lalu Salahuddin sifatkan PKR sebagai tidak hormat semangat PH.

“Bagaimana pula sikap Salahuddin sendiri yang masih akrab dengan kelompok yang tidak pun mahu bersama dalam gabungan PH, malah kerap menyerang Presiden PKR (Anwar Ibrahim) secara terbuka?

“Salahuddin perlu bermuhasabah diri dan menjauhi sikap parti lama beliau yang gemar bermain politik bermuka-muka atau politik dua kolam - mahu bersama PKR tapi dalam masa yang sama masih tidak mahu keluar daripada kelambu Tun M (Dr Mahathir Mohamad),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas kenyataan Salahuddin, Syukri berpandangan adalah “lebih tidak manis” bagi Ahli Parlimen Pulai itu beranggapan tindakan hijrah tiga Adun Amanah ke PKR secara negatif, kerana mereka bukan menyertai Bersatu, Umno atau Perikatan Nasional.

Semalam, dilaporkan bahawa tiga Adun Amanah dari Johor iaitu Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota) ke dalam PKR.

Tahun lepas, dua Adun Amanah dari Selangor, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru) dan Ahmad Mustain Othman (Sabak) turut mengambil langkah serupa.

Untuk rekod, sebelum ini dilaporkan Amanah berdepan dengan konflik dalaman dipercayai berhubung isu hala tuju parti sama ada untuk cenderung kepada Anwar Ibrahim atau Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Dr Mahathir Mohamad.

Ia antaranya dikaitkan dengan pertemuan Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pada 29 Oktober lalu yang dikatakan membincangkan isu “kerajaan perpaduan”.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan Salahuddin, Syukri berkata Salahuddin sewajarnya berterima kasih kepada PKR kerana memberi pilihan alternatif kepada tiga adun tersebut untuk terus setia bersama PH.

“Apakah Salahuddin mahu PKR menolak penyertaan tiga Adun ini dan membiarkan mereka membeku dalam Amanah sedangkan jiwa mereka sudah tidak lagi bersama Amanah?" soalnya.

Dia turut menyifatkan Salahuddin seperti sedang keliru untuk membezakan antara rakan dan musuh berikutan kenyataannya itu.

Syukri menambah, Salahuddin boleh menyerang PKR jika parti itu menjalinkan hubungan dengan PAS, memandangkan PAS merupakan seteru politik Amanah.

Namun menurutnya, ia tidak berlaku sama sekali kerana PKR menghormati pendirian Amanah dan perkara yang sama perlu dilakukan oleh Amanah dengan tidak menjalankan hubungan dengan seteru PKR.

“Saya percaya sikap bermain dua kolam ini sedang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan ahli Amanah sendiri.

“Mungkin inilah yang menyebabkan berlakunya hijrah ahli Amanah ke dalam PKR yang dilihat lebih jelas dan tegas atas prinsip.

“Justeru Salahuddin Ayub wajar bermusabah dan insaf sebelum menyerang PKR,” katanya.

Friday, February 21, 2020

Afif kecewa dapat surat tunjuk sebab dari Lembaga Disiplin PKR

Bernama
Diterbitkan 20 Feb 2020, 11:51 malam

BERITA

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK), Dr Afif Bahardin, menzahirkan rasa terkilannya selepas menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin yang mendakwa beliau melakukan kesalahan ketika kongress tahun lepas.

Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh itu berkata beliau hanya menerima surat itu petang tadi, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK menerima surat yang sama.

Bagaimanapun beliau tidak dapat dipastikan siapa yang menerima surat tersebut.

"Saya tidak pasti siapa yang dapat surat, saya pun tidak boleh nak cakap.

"Pada saya yang dapat surat ini semua adalah anggota PKR. Saya sedang berhubung dengan rakan-rakan yang lain untuk mengenal pasti berapa ramai yang menerima surat ini.

"Saya perlu berbincang dengan rakan-rakan lain untuk melihat pertuduhan yang dikenakan Lembaga Disiplin PKR terhadap saya dan rakan-rakan kerana kami diberi 14 hari untuk menjawab surat berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran jersi baru pasukan bola sepak Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di George Town malam ini.

Dalam Notis Tunjuk Sebab PKR bertarikh 20 Feb dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Displin PKR, Ahmad Kasim, itu Afif didakwa melakukan aktiviti sabotaj dengan mencetus dan/atau bersekutu untuk menimbulkan rusuhan dan pergolakan pada Kongres Nasional AMK 2019.

Tuju kepada parti

Kongres itu berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, pada 6 Dis tahun lepas.

Aifif dituduh melakukan kekacauan itu dengan tujuan untuk membatalkan kongres tersebut.

Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang berkata ini adalah kali pertama perkara itu dibangkitkan.

Sebelum ini katanya tiada sebarang komunikasi yang mengatakan beliau melakukan apa-apa kesalahan sejak dari kongres itu.

Menurut Afif, beliau tidak lagi berada dalam barisan kepemimpinan parti dan kehadirannya ke kongres itu hanya sebagai pemerhati yang telah diberikan pelepasan oleh sekretariat parti.

"Jadi, saya diberi tuduhan oleh lembaga disiplin, saya pun tidak tahu apakah motifnya dan siapakah yang melakukan aduan.

"Saya tak tahu dan soalan ini harus ditujukan kepada parti dan lembaga disiplin," katanya.

- Bernama

Sunday, January 5, 2020

Desakan peralihan kuasa tak selesaikan masalah: Armada Bersatu

NOZINA YAHAYA
5 Januari 2020
Muzzammil

SHAH ALAM – Desakan untuk menetapkan peralihan kuasa Perdana Menteri tidak akan menyelesaikan sebarang masalah, kata Exco Armada Bersatu, Muzzammil Ismail.

Malah, beliau turut menyelar tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang mendesak Sekretariat Pakatan Harapan (PH) agar memastikan Mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang dapat membuat ketetapan tarikh peralihan jawatan Perdana Menteri pada Mei 2020 bagi menjamin kelangsungan agenda PH.

“Sebagai seorang pemimpin anak muda, beliau sepatutnya membetulkan persepsi rakyat terhadap kestabilan politik kerajaan.

“Rakyat muak dan menyampah cara politik untuk mendesak jawatan seperti YB Akmal Nasir. Ini bukan AMK yang kami kenal. Tidak berjiwa besar.

“Dr Maszlee seorang yang berjiwa besar dan tetap berdiri teguh di belakang ayahandanya, Tun Mahathir. Sedangkan Akmal pula seperti lebih kuah daripada sudu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muzzammil berkata, kerajaan hari ini berhadapan dengan masalah ‘trust deficit’ dan populariti yang semakin merosot.

“Walaupun di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, kenyataan yang dibuat oleh Ketua AMK ini lebih bersifat membunuh masa depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Status peralihan kuasa pentadbiran negara seperti yang disebut-sebut semakin penuh dengan toksik dan liabiliti kepada pengukuhan politik PH,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: AMK minta tetapkan tarikh peralihan jawatan PM

Semalam, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, penetapan tarikh peralihan kuasa itu akan mencerminkan kesepakatan yang utuh dalam PH dan seterusnya mematahkan persepsi pergolakan dalam PH yang sering dimainkan pihak pembangkang.

Monday, July 15, 2019

Video seks: Haziq,lima individu lagi direman enam hari

MALAYSIADATELINE
July 15, 2019 3:00 pm

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan lima individu lain direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran video intim yang tular sejak Jun lalu.

Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi di sekitar Lembah Klang bermula jam 6 petang hingga 10 malam tadi oleh Unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan perkara ini kepada Astro AWANI tengah hari Isnin.

Haziq dan lima individu berkenaan disiasat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/video-seks-haziqlima-individu-lagi-direman-enam-hari/

Monday, June 24, 2019

Keluarga gagal hubungi Haziq

News | Diterbitkan Hari ini 9:20 pagi


Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang menggemparkan negara kerana mengaku terlibat dalam hubungan sejenis bersama seorang menteri gagal dihubungi keluarganya sehingga kini.

Menurut laporan sebuah portal berita, bapa Haziq, Abdul Aziz Ibrahim berkata keluarganya tidak tahu di mana ketua pemuda PKR (AMK) Santubong itu berada.

“Kami tidak berhubung dengan anak kami sejak itu. Kami juga tidak tahu di mana dia berada.

“Kami hanya mendengar berita daripada (pelbagai) media,” kata lelaki berusia 53 tahun itu sambil menambah Haziq sendiri langsung tidak memberitahu apa-apa kepada keluarganya," katanya seperti dilaporkan The Malaysia Insight.

Jelasnya, ahli keluarganya di Kuching, Sarawak gagal menghubungi Haziq sejak 11 Jun lalu, sehari sebelum video seks berkenaan tular.

Menurut Abdul Aziz, keluarganya kini tinggal di rumah ayahnya di sebuah kampung Melayu di Kuching bagi mengelakkan malu dan publisiti.

Keluarga itu berpindah sementara dari rumah mereka di Petra Jaya bagi mengelak ditanya jiran tentang isu tersebut.

“Saya tidak bersedia. Isteri saya juga tidak sihat,” katanya sambil meminta maaf kerana terpaksa menghentikan perbualan.

Sebelum ini, Haziq membuat kejutan apabila mengaku dia adalah lelaki dalam video intim yang didakwanya bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Bagaimanapun Mohamed Azmin menafikan tuduhan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah jahat.

Susulan kontroversi itu, minggu lepas, Haziq dipecat sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Haziq yang juga ketua Pemuda PKR Santubong, kemudiannya mencabar Mohamed Azmin untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, kali terakhir dia dihubungi Haziq pada 1 Jun apabila memberitahu akan mengikuti lawatan ke Paris bersama Shamsul.

Ditanya sama ada Haziq memutuskan hubungan dengan keluarga kerana malu untuk berdepan dengan mereka, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu.

“Saya juga ada soalan sama seperti kamu. (Saya tidak tahu) kerana kami tidak berhubung dengannya," jelasnya.

Thursday, June 13, 2019

Giliran Haziq pula buat laporan polis

News | Diterbitkan Hari ini 5:05 petang


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz hari ini membuat laporan polis dengan niat untuk menyangkal tuduhan yang dilemparkan terhadapnya yang dibuat oleh "netizens, cybertroopers, (Adun Gombak Setia) Hilman Idham serta yang lain-lain."

Beliau juga memetik kebimbangan terhadap keselamatannya sebagai alasannya.

Menurut gambar laporan polis yang dihantar oleh Haziq di laman Facebook hari ini, laporan dibuat di balai polis Kelana Jaya. Pihak polis ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Haziq semalam mendakwa dirinya memang terlibat dalam aksi seks yang dirakamkan dalam sebuah video bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali. Walau bagaimanapun, Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR menafikan dakwaan itu.

Dalam laporan polisnya, Haziq mengulangi tuduhan dari kenyataan terdahulunya, bahawa Azmin menghantar setiausaha politiknya, Hilman Idham untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya.

Katanya, Hilman memaksanya untuk menafikan bahawa diri dalam video yang tular itu dan memintanya untuk berbohong.

Haziq juga mendakwa dirinya diancam, diugut dan dimanipulasikan.

Hilman ketika ditemui hari ini mengakui berjumpa dengan Haziq di restoran itu, tetapi enggan mendedahkan butirannya. Beliau sekadar berkata perkara itu akan disiasat oleh pihak polis.

Azmin semalam menyifatkan apa yang berlaku sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Beliau juga berkata Haziq yang juga adalah etiausaha sulit kanan kepada timbalan menteri industri utama, Shamsul Iskandar Md Akin telah diperalatkan dalam penyebaran rakaman video semburit yang dikaitkan dengannya.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menolak video berkenaan yang didakwanya sebagai palsu, dan berkata bahawa mereka di sebaliknya mempunyai motif politik.

Hilman akui ada jumpa Haziq

News | Diterbitkan Hari ini 12:48 tengahari


Hilman Idham, setiausaha politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, hari ini mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama menteri itu.

"Betul," kata Hilman kepada pemberita di Putrajaya ketika disoal mengenai dakwaan Haziq bahawa mereka berjumpa di sebuah restoran di Marriot Putrajaya, sebelum video pengakuan bersumpah dikeluarkan semalam.

Bagaimanapun, Hilman enggan mengulas apabila ditanya mengenai dakwaan Haziq bahawa beliau memintanya untuk menafikan bahawa Azmin terbabit dalam video tersebut.
“Tak apa, saya dah serahkan semua kepada pihak polis.

“Kita biar polis siasat,” katanya.

Hilman yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) diminta mengulas dakwaan Haziq di Facebook hari ini yang mendakwa Azmin mengarahkan mereka berjumpa di sebuah restoran di Putrajaya.

“Dia paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.

“Saya mohon lebih masa untuk merujuk kepada ibu bapa saya dan ini menimbulkan kemarahannya.

“Selepas saya menolaknya, dia membuat ugutan dan berkata 'ini' akan berakhir dalam 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya untuk berbohong,” kata Haziq.

Hilman sebelum itu membuat laporan qazaf berkaitan isu penyebaran video lucah itu di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Putrajaya dan juga laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Katanya, PKR akan memberi kerjasama sewajarnya kepada polis dan JAWI atas segala siasatan yang dilakukan.

“Insya-Allah saya yakin dan tegaskan pendirian saya bahawa keyakinan kami, ia tuduhan palsu dan fitnah jahat diadakan untuk menjejas reputasi dan keperibadian Azmin.

“Saya tegaskan lagi bahawa fitnah ini merupakan suatu konspirasi jahat untuk menyekat kemaraan Azmin dalam politik,” katanya.

Azmin, semalam menafikan bahawa dirinya terbabit dalam video lucah yang sedang beredar di media sosial dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk menamatkan kerjaya politiknya.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menolak video berkenaan sebagai palsu, dan mendakwa bahawa mereka di sebaliknya mempunyai motif politik.

Semalam, Haziq yang mendakwa terlibat sama dalam video terbabit tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi atas ranjang bersama Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Haziq turut mengulangi tuduhannya hari ini dan mendakwa ini bukan kali pertamamereka bersama.

[Baca berita penuh]

      Sandakan bukan kali pertama - Haziq

      News | Diterbitkan Hari ini 11:57 tengahari 


      Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengulangi dakwaannya bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

      Hari ini, dia sekali lagi tampil di laman Facebook dan mendakwa rakaman video yang disebarkan sebelum ini bukan kali pertama mereka bersama.

      “Pertama kali di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti (PKR) pada Oktober tahun lalu.

      “Kami sekali lagi melakukannya di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasan kamu selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan bulan lalu di Fourpoint Sandakan,” katanya.

      Mengulas lanjut, Haziq berkata kekurangan sokongan yang diterimanya selepas membuat pengakuan semalam menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanakan agenda reformasi.

      “Saya dituduh mempunyai agenda politik oleh Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) selepas membuat pengakuan bersumpah,” katanya.

      Haziq turut mendakwa Azmin menghantar setiausaha politiknya, Hilman Idham untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya bagi mententeramkan dirinya yang begitu takut.

      “Dia paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.

      “Saya mohon lebih masa untuk merujuk kepada ibu bapa saya dan ini menimbulkan kemarahannya.

      “Selepas saya menolaknya, dia membuat ugutan dan berkata ‘ini’ akan berakhir dalam 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya untuk berbohong,” katanya.

      Haziq berkata beliau begitu kecewa dengan Azmin yang dipandang tingginya tetapi menyedari timbalan presiden PKR itu adalah “lelaki yang sakit” kerana tergamak merakamkan video aksi seks atas ranjang mereka.

      “Saya sedari kamu lelaki yang sakit kerana hanya kamu yang yang boleh merakamkan video-video itu sebagai koleksi peribadi selepas menjemput saya ke bilik hotel pada semua kejadian,” katanya.

      Haziq berkata dia bimbang lebih banyak video berkenaan akan disebarkan dengan Azmin boleh menafikannya dengan kelebihan sebagai seorang menteri tetapi masa depannya sudah berkahir.

      “Kamu juga mempunyai perdana menteri yang berikrar memberi sokongan penuh sebelum sebarang siasatan rasmi dijalankan.

      “Hanya kebenaran boleh membebaskan saya dan saya amat bimbang dengan keselamatan keluarga dan diri saya.,” katanya.

      Haziq juga berharap orang ramai dapat menilai diri sebenar Azmin yang didakwanya sering memanipulasi dan dikelilingi oleh konco-konconya, terutama Hilman; (Exco Pulau Pinang, Dr) Afif (Baharddin); (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Zuraida (Kamaruddin).

      Malaysiakini telah menghubungi ketiga-tiga mereka untuk mendapatkan reaksi mereka.

      Semalam, Azmin menafikan bahawa dirinya terbabit dalam video lucah yang sedang beredar di media sosial dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk menamatkan kerjaya politiknya.

      Mahathir juga menolak video berkenaan sebagai palsu, dan mendakwa bahawa mereka di sebaliknya mempunyai motif politik.

      Monday, May 27, 2019

      ‘Program bersifat peribadi, tiada kaitan dengan AMK Malaysia’


      Pemuda PKR (AMK) Selangor menjarakkan diri dengan Program Iftar Perdana bersama Timbalan Ketua AMK Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

      Dalam satu kenyataan media, Pengarah Komunikasi, AMK Selangor, Adzman Kamaruddin berkata, pihaknya memandang serius teguran Presiden PKR, Anwar Ibrahim berhubung penganjuran program itu dengan “acara pesta-pestaan, pancaragam lagu dan bunga api”.

      “AMK Selangor menafikan sebarang penglibatan di dalam program seumpama ini dan difahamkan bahawa acara ini merupakan acara persendirian bersifat peribadi yang dianjurkan oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia kepada penyokong-penyokong beliau serta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan organisasi AMK Malaysia secara keseluruhannya.

      “Sehubungan itu, kami menyeru seluruh anggota AMK Selangor khususnya yang beragama Islam untuk menumpukan diri menghayati hari-hari terakhir bulan Ramadan ini dengan pengisian amalan sunat seperti bersolat Tarawih, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

      Semalam, Anwar terpaksa memohon maaf berhubung program itu yang didakwa menyelitkan acara pesta-pestaan.

      Katanya, PKR menerima sedikit bantahan dan kekesalan serta memohon maaf ke atas keterlanjuran itu.

      Pada pemilihan parti 2016, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berjaya mengalahkan Dr Afif Bahardin sebagai ketua AMK bagi penggal 2018-2021.
      Dr Afif dikatakan adalah penyokong kuat Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali manakala Akmal Nasrullah pula rapat dengan Naib Presiden Rafizi Ramli yang adalah orang kuat Anwar.

      Pada pemilihan itu, Adun Gombak Setia, Hilman Idham dipilih sebagai timbalan ketua AMK.

      Hilman yang juga dikatakan dari pasukan zmin, pernah menjadi pembantu khas menteri hal ehwal ekonomi tersebut.

      Thursday, November 15, 2018

      Kumpulan Azmin dijangka menang besar

      Diterbitkan 15 Nov 2018, 12:31 tengah hari


      Pemilihan PKR berkemungkinan menyaksikan pasukan Azmin Ali iaitu calon bagi timbalan presiden menang besar.

      Bagaimanapun jawatan bagi ketua pemuda PKR (AMK) masih boleh dimenangi calon daripada kumpulan pesaing Azmin, Rafizi Ramli.

      Sumber daripada kedua-dua kem berkata keputusan tidak rasmi menunjukkan Afif Bahardin and Akmal Nasir bersaing sengit bagi jawatan tertinggi sayap parti itu.

      Afif dikenali sebagai penyokong setia Azmin, manakala Akmal dianggap sebagai anak didik Rafizi.

      Malaysiakini ketika ini tidak dapat memastikan pasukan mana memenangi paling banyak bilangan kerusi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat AMK.

      Pada 2014, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dianggap bukan penyokong Azmin, dipilih memimpin sayap pemuda parti itu.

      Bagaimanapun Majlis Pimpinan Pusat AMK kebanyakannya terdiri daripada penyokong kuat Azmin.

      Sekiranya Akmal dipilih sebagai ketua AMK, beliau masih boleh melantik individu daripada pasukannya dalam barisan exco.

      Namun apa yang pasti pembantu Azmin, Hilman Idham bakal mengisi jawatan sebagai timbalan ketua AMK selepas undi besar diterimanya mengatasi calon dari kem Rafizi, Raymond Anuar.
      Sementara itu , Haniza Talha (foto) dan Dr Daroyah Alwi dilihat bakal memenangi jawatan tertinggi dalam Wanita PKR.

      Kedua-dua dikaitkan sebagai penyokong Azmin.

      Bagi jawatan majlis pimpinan pusat parti itu, keputusan berkemungkinan menyaksikan 20 kerusi akan dimenangi kem Azmin.

      Berdasarkan rekod Malaysiakini, terdapat lima calon MPP dikaitkan dengan Rafizi- Abdullah Sani Abdul Hamid, Larry Sng, Nik Nazmi, Nurin aina dan Dr zaliha Mustafa.

      Tidak dapat dipastikan bila jawatankuasa pemilihan akan memuktamadkan keputusan dan membuat pengumuman.

      Kongres nasional PKR bagi sayap Wanita dan AMK akan bermula malam ini, dengan barisan baru dijangka akan diperkenalkan pada majlis tersebut.

      Monday, September 24, 2018

      Kem Azmin kuasai undi, jawatan timb presiden PKR sengit

      Diterbitkan 23 Sep 2018, 11:26 malam


      PEMILIHAN PKR | Di Pulau Pinang, persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR, antara penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pencabarnya Rafizi Ramli berlangsung cukup sengit sekali.

      Bagaimanapun, sekutu kepada menteri hal ehwal ekonomi itu didapati menguasai peti undi.

      Berikutan pemilihan parti itu di Pulau Pinang semalam, Azmin mendapat sedikit kelebihan memperolehi 3,326 undi berbanding 3,150 undi yang diterima Rafizi.

      Bagaimanapun, pertandingan bagi jawatan utama lain dalam parti tidaklah terlalu sengit. Anggota PKR Pulau Pinang memilih individu yang dekat dengan Azmin untuk tiga daripada empat jawatan naib presiden PKR, juga bagi jawatan ketua dan naib ketua AMK dan sayap wanita parti itu.

      Nurul Izzah Anwar mendapat undi terbanyak bagi pertandingan jawatan naib presiden PKR, meraih 4,039 undi jauh meninggalkan para pencabarnya.

      Calon naib presiden kem Rafizi tertinggal

      Nurul dilihat sebagai dekat dengan kem Rafizi tetapi pesaing untuk naib presiden PKR itu agak berat hati untuk mengumumkan hal tersebut.

      Tiga calon lain yang mendapat undi paling banyak daripada kem Azmin, ialah Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (2,646 undi), bekas anggota parlimen Batu, Tian Chua (2,577 undi) dan MP Kuala Langat Xavier Jeyakumar (2,316 undi).

      Malah calon kelima, iaitu Anggota Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin yang memperolehi 1,533 undi, juga adalah sekutu Azmin.

      Empat calon utama yang mendapat undi paling banyak di seluruh negara akan mengisi empat jawatan naib presiden.
      Pada masa ini, tiga calon naib presiden lain yang merupakan sebahagian daripada pasukan Rafizi ialah Anggota Parlimen Selayang, William Leong (tempat ke-6; 1,509 undi) dan Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (tempat ke-7; 1,340 undi) dan MP Sungai Siput S Kesavan (tempat ke-8; 1,127 undi).

      Begitu juga untuk pertandingan ketua pemuda PKR, Afif Bahardin, sekutu Azmin, mendahului dengan 802 undi berbanding Akmal Nasir daripada pasukan Rafizi, yang mendapat 575 undi. Calon ketiga, Najwan Halimi, memperoleh 163 undi.

      Bagi saingan jawatan ketua pemuda PKR, setiausaha politik Azmin, Hilman Idham menguasai saingan dengan memperolehi 842 undi berbanding sekutu Rafizi, Raymond Anuar yang menerima 352 undi dan calon ketiga, Naquiddin Nazrin yang mendapat 175 undi.

      Jawatan ketua wanita PKR pula menyaksikan Haniza Talha, pengganti pilihan Zuraida, mendapat 1,324 undi.

      Haniza selesa mendahului calon daripada pasukan Rafizi, Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang memperolehi 882 undi.

      JPP sahkan keputusan

      Hal yang sama buat Darolyah Alwi yang berada di hadapan dengan 1,328 undi berbanding calon kem Rafizi Rodziah Ismail yang mendapat 678 undi.

      Angka keputusan ini disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din.

      Anggota PKR di Kedah, seperti Pulau Pinang, juga mengundi pada pemilihan parti semalam tetapi keputusan tersebut dibatalkan kerana masalah teknikal dengan sistem pengundian elektronik.

      Pengundian di negeri-negeri lain juga telah ditangguhkan ke satu tarikh kemudian sementara menunggu pembetulan.

      Pulau Pinang membentuk kurang daripada 10 peratus daripada jumlah keahlian PKR. Walaupun pasukan Azmin kelihatan memulakan persaingan dengan permulaan yang baik, pertempuran sebenarnya baru bermula.

      Tidak seperti di Pulau Pinang, beberapa negeri lain telah melihat lonjakan besar kemasukan ahli-ahli baru ke dalam PKR yang boleh mengubah imbangan undi dalam pemilihan parti.

      Antara 6 Jun hingga 25 Jun, keanggotaan PKR di Pulau Pinang hanya meningkat sebanyak 16.12 peratus.

      Sebaliknya, keahlian PKR di Melaka meningkat sebanyak 120.4 peratus manakala di Negeri Sembilan dan Johor masing-masing meningkat 110 peratus dan 81.5 peratus.

      Malahan di negeri-negeri yang berpenduduk ramai seperti Selangor, keanggotaan PKR cuma meningkat sebanyak 35.33 peratus daripada 177,834 ahli kepada 240,671 ahli dalam tempoh yang sama.

      Sunday, July 29, 2018

      Reputasi S'ngor terjejas dakwaan kronisme, kata MP PKR

      Alyaa Alhadjri
      Diterbitkan 29 Jul 2018, 9:32 malam


      Pemimpin kanan PKR mendesak kepimpinan di Selangor menyiasat dakwaan kronisme dan nepotisme di dalam parti kerana ia berpotensi untuk menjejaskan reputasi kerajaan negeri.

      MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata walaupun beliau tiada maklumat mengenai dakwaan yang dibuat pemimpin AMK Selangor yang meletak jawatan daripada parti itu, namun terdapat asas bagi kepimpinan negeri untuk menyiasat perkara berkenaan.

      "Saya tidak ada maklumat tapi mengikut apa yang mereka kata, saya harap kerajaan Selangor siasat sebab tuduhan disebut agak serious.

      "Ia melibatkan bukan sahaja masalah imej tapi mungkin juga salah laku kewangan dan sebagainya," kata Johari kepada pemberita selepas suatu majlis di Ampang yang mengumumkan pasukan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR akan datang ini.

      Johari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Syed Badli Shah Syed Osman dan Ketua AMK Sabak Bernam Abdul Mutalib Ahmad kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kepimpinan negeri.

      Semalam, Mutalib, menyatakan kekesalan kerana mendakwa tiada seorang pun belia dari Sabak Bernam dilantik sebagai ahli majlis tempatan dan mendakwa "taktik kotor dan kronisme telah menjadi kanser di parti" dan oleh itu memutuskan untuk meletak jawatan daripada PKR.

      Terdahulu semasa majlis itu, Johari diumumkan Rafizi sebagai pesaing untuk jawatan naib presiden PKR.

      [Baca berita penuh]

      Friday, July 27, 2018

      Setiausaha AMK S'gor letak jawatan, dakwa kronisme, nepotisme


      Menjelang pemilihan parti bulan depan, Setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan peletakan jawatan selepas mendakwa berlaku amalan kronisme dan nepotisme di kalangan pimpinan parti di negeri itu.

      Syed Badli mendakwa sikap mementingkan kroni semakin parah apabila hanya 'pengikut kabilah' tertentu diberikan habuan dari segi jawatan lantikan politik.

      "Saya menyelar sikap segelintir pemimpin PKR Selangor yang menjadikan habuan jawatan lantikan politik sebagai usaha untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

      "Secara jelas jawatan- jawatan lantikan politik hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan taat setia kepada kabilah tertentu dan tidak lagi menerusi merit," dakwanya dalam satu kenyataan media.

      Syed Badli mendakwa dalam penentuan jawatan ahli majlis misalnya nama-nama mereka yang dicadang daripada peringkat cabang diketepikan walaupun sudah 'berjuang sekian lama' dalam parti itu.

      "Sikap kuku besi terserlah dengan tidak meraikan perbezaan pendapat dan dianggap menderhakai kepimpinan negeri.

      "Budaya tegur-menegur tidak lagi subur dalam Keadilan (PKR) Selangor akibat dari sikap angkuh dan sombong segelintir kepimpinan negeri.

      "Mereka lebih gemar kepada ahli yang hanya tunduk dan patuh tanpa mengeluarkan sebarang pendapat yang bercanggah," dakwanya.

      Justeru itu, Syed Badli berkata beliau meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta sebagai setiausaha AMK Selangor kerana menganggap demokrasi telah mati dalam PKR Selangor.

      "Saya juga menggesa kepimpinan utama Parti Keadilan Rakyat untuk campur tangan dalam isu pembahagian jawatan lantikan politik di Selangor yang jelas kelihatan berat sebelah," katanya.

      PKR Selangor dipimpin oleh pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan bekas menteri besar Selangor.

      Malaysiakini sedang berusaha untuk mendapatkan respon daripada pimpinan PKR Selangor berikutan dakwaan Syed Badli Shah.

      Saturday, April 23, 2016

      Deklarasi Rakyat Tun M tak dapat sambutan anak muda

      Faiz Zainudin

      Ia hanya dihadiri kira-kira 50 orang sahaja.

      SUBANG JAYA: Forum Deklarasi Rakyat `Anak Muda Selamatkan Malaysia’ yang diadakan di Subang Jaya malam tadi berlangsung dalam suasana hambar apabila ia hanya dihadiri kira-kira 50 orang sahaja.

      Forum tersebut merupakan anjuran anak muda Pakatan Harapan (PH) yang dibuat bagi menyambung siri jelajah untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak Sebagai Perdana Menteri yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Penyelaras DAP Dusun Tua, Young Syefura Othman menerusi ucapan dalam forum berkenaan, menyeru anak muda tanpa mengira parti dan agama supaya berganding bahu menjayakan Deklarasi Rakyat dengan menurunkan tandatangan sebanyak mungkin mendesak Najib berundur.

      “Kita bukan sahaja kena buang Najib tetapi kita kena tukar terus BN, kenapa saya kata anak muda kena terlibat, sebab Najib adanya GST, kerana Najib hutang negara meningkat, kerana Najib kos pengangkutan awam naik, subsidi pelajar dipotong.

      “Itu sebab suara anak muda ini penting bagi menjayakan Deklarasi Rakyat kerana 60% undi datangnya dari anak muda dan undi ini menentukan halatuju negara sama ada Pakatan Harapan atau BN yang akan perintah negara, sebab itu saya dan rakan-rakan akan terus menghasut untuk anak muda bersama menyokong Deklarasi Rakyat,” katanya.

      Dalam pada itu, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin semasa menyampaikan ucapannya berkata, negara akan kekal diperintah Barisan Nasional (BN) sekiranya sistem pilihanraya gagal dipulihkan.

      Katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya dapat dipulihkan daripada kerajaan pimpinan BN, Deklarasi Rakyat mesti dijayakan kerana itu sahaja pilihan yang rakyat ada.
      ]
      Seorang peguam pembangkang Syahredzan Johan pula berpendapat ketika berucap berkata, agenda Deklarasi Rakyat tidak seharusnya meletakkan agenda perjuangan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata kerana itu tidak akan mampu menarik rakyat untuk bersama.

      “Reformasi sistem itu kita kena buat, ini bukan soal Mahathir, soal Lim Kit Siang, soal Mat Sabu atau soal Anwar Ibrahim,” katanya.

      Malah, tambah Syahredzan, Pakatan Harapan kena akur dan mengatur strategi baharu dengan memikirkan siapa individu dari pembangkang yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri, selain Anwar, kerana itu akan mengembalikan keyakinan rakyat.

      Sementara itu, Pemimpin Muda PKR Cabang Kelana Jaya, Najwan Halimi pula berpendapat, dia tidak menolak kemungkinan tiadanya agenda perjuangan anak muda menerusi tuntutan Deklarsi Rakyat antara punca kurangnya sambutan daripada golongan itu.

      Sehubungan itu, dia mencadangan supaya, beberapa agenda untuk anak muda diletakkan dalam senarai tuntutan antaranya isu pengangguran, pendidikan dan rumah untuk anak muda.

      Saturday, October 18, 2014

      Himpunan 28 Oktober: AMK Selangor kerah anggota, sedia pasukan keselamatan

      (Oleh Ermizi Muhamad)

      PETALING JAYA 17 OKT: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyokong penuh mobilisasi #RakyatHakimNegara (RHN) yang dilancarkan baru-baru ini bagi menzahirkan solidariti kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

      Justeru, seluruh anggota AMK dari 22 Cabang seluruh negeri itu akan digerakkan untuk berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28
      dan 29 Oktober ini, tanggal perbicaraan akhir kes Fitnah II di Mahkamah Persekutuan.
      “Kita percaya setiap kemungkinan yang akan berlaku terhadap kes Datuk Seri Anwar, tapi kita tetap berharap beliau akan dibebaskan.

      “Namun setiap kemugkinan yang berlaku ini akan kita hadapi dengan profesional dan aman tanpa mendatangkan sebarang perkara yang tidak baik,” kata Ketua Sekretariat Mobilisasi RHN, Mohd Radzlan Jalaludin.

      Beliau yang juga Naib Ketua AMK Pusat berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

      Lewat petang Rabu lalu, AMK menganjurkan flashmob pertama yang diketuai Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad di tepi jalan raya berdekatan Pejabat Adun Seri Setia di Subang Indah, Petaling Jaya.

      Semalam pula, flashmob sama diteruskan di Selayang.

      Mengulas lanjut, Mohd Radzlan berkata, AMK Selangor juga akan menyediakan pasukan keselamatan yang dianggotai 300 anggota.

      “Skuad ini berperanan mengawal keadaan dan keselamatan rakyat yang hadir untuk menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini,”
      jelasnya.

      ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-