Showing posts with label Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Show all posts
Showing posts with label Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Show all posts

Friday, July 16, 2021

Isu PISMP: Apakah kerajaan sudah iktiraf UEC?

ismaweb.net
Siti Hafidah
Jangan iktiraf walau didesak, UEC ancaman perpaduan nasional

BANGI,
6 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Sekalipun didesak, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti bertegas untuk tidak sesekali mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Tindakan itu perlu bagi memastikan dasar pendidikan negara yang berteraskan kepada bahasa Melayu sebagai pengantar utama terus dimartabatkan.

Bagaimanapun timbul persoalan sama ada kerajaan sudah mengiktiraf UEC susulan hebahan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai sijil UEC.

“Pengambilan khas calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate Unified (UEC) bagi tahun 2021.

“Permohonan bagi program tersebut bermula pada 16 Julai 2021 dan pemohon boleh layari laman sesawang https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut,” katanya.

Mengulas perkara itu, Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor, Haji Mohd Tahir Hamdan berkata, beliau nyata terkejut dengan iklan pengambilan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menegaskan, pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996.

Oleh itu, Haji Tahir menggesa kerajaan bertegas untuk tidak mengiktiraf UEC meskipun didesak mana-mana pihak.

“UEC juga adalah ancaman utama kepada perpaduan nasional.

“Mustahil untuk memupuk perpaduan nasional dengan menerima sistem pendidikan Taiwan bagi diamalkan di Malaysia,” katanya.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Saturday, July 18, 2020

Kerajaan tak boleh iktiraf UEC!

Siti Hafidah
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

Tidak timbul isu rasis jika tak iktiraf UEC seperti dituntut kaum Cina


BANGI, 26 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Prof Datuk Dr Teo Kok Seong secara konsisten menegaskan supaya kerajaan Malaysia yang diwakili mana-mana parti politik sekalipun tidak boleh sesekali mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menjelaskan, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang mengambil UEC berada ‘di luar’ sistem pendidikan kebangsaan kita.

“Jika ia bukan sebahagian maka kita tidak wajar mengiktirafnya. Kita hanya mengiktiraf apa-apa komponen yang ada dalam sistem pendidikan kita,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Meskipun UEC didakwa mendapat pengiktirafan berterusan daripada banyak kerajaan serta kolej di seluruh dunia, Kok Seong mengingatkan kerajaan untuk tidak termakan dengan pujukan psikologi itu.

“Bagi saya syabas dan tahniahlah, walaupun begitu kita masih tidak boleh menerimanya,” katanya.

Beliau menyarankan supaya UEC diteruskan sahaja sebagai entiti swasta memandangkan kedua-dua entiti kerajaan dan swasta bagi beliau saling melengkapi.

“Entiti swasta itu boleh menyumbang kepada pembangunan negara, saling melengkapi dengan entiti kerajaan, jadi tidak wajar didesak. Begitu jelas sekali UEC ini berada di luar sistem walaupun didakwa diiktiraf puluhan atau ratusan universiti di luar negara,” katanya.

Pada masa sama, Kok Seong menafikan berlaku penindasan terhadap kaum Cina dalam bidang pendidikan aliran Cina di negara ini.

Katanya, anak-anak Cina dibenarkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) selama enam tahun dan bahasa Cina adalah bahasa pengantarnya.

“Selepas itu mereka boleh mengambil bahasa Cina sebagai mata pelajaran (dan kesusasteraan Cina) sehingga Tingkatan Lima dan Enam. Kemudian mereka boleh pula mengkhusus dalam Pengajian Cina di IPTA dan IPTS.

“Anak-anak Cina juga tidak dilarang sama sekali di negara ini jika mereka mahu ke SMPC – terus belajar sepenuhnya dalam bahasa Cina – untuk mengambil UEC. Justeru, di manakah rasisme dalam pendidikan aliran Cina di negara? Tiada langsung.

“Tidak mengiktiraf UEC seperti yang dituntut kaum Cina, bukan isu rasisme yang didakwa wujud dalam bidang pendidikan di negara,” katanya.

Semalam, organisasi Cina, Hua Zong mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendesak kerajaan untuk mengiktiraf UEC – yang ditentang majoriti rakyat serta bercanggah dengan Dasar Pendidikan.

Pertemuan yang diketuai Tan Sri Goh Tian Chuan itu telah menyerahkan 15 tuntutan berkenaan ekonomi, politik dan pendidikan kepada Perdana Menteri, pada masa sama menggesa kerajaan mengiktiraf sijil UEC SMPC.

Memetik laporan Sin Chew Daily, Goh Tian Chuan yang juga Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Sabah berkata, masyarakat Cina berharap kerajaan – yang diketuai Muhyiddin – dapat mengiktiraf UEC dan diluluskan melalui kaedah yang rasional dengan menghapuskan ekstremisme.

Dia mendakwa, SMPC dan UEC berasal dari Malaysia dan mendapat pengiktirafan berterusan daripada banyak kerajaan serta kolej di seluruh dunia, yang memberi peluang kepada lepasannya melanjutkan pengajian ke luar negara.

Dakwanya lagi, perjuangan mengiktiraf UEC masih belum berakhir walaupun telah berlalu beberapa penggal kerajaan dan pernah terkandung antara salah satu manifesto PH pada PRU14 lalu.

UEC adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan.

Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.

Thursday, January 30, 2020

Iktiraf UEC sama seperti iktiraf Komunis

Iktiraf UEC sama seperti iktiraf Komunis
January 30, 2020


KELUAR sekarang Ultra Kiasu… Tak perlu tunggu sehingga rakyat menolak UEC.

Pemimpin parti Ultra Kiasu hari ini berkata, tidak teragak-agak keluar daripada kerajaan yang diterajui PH jika kerajaan tidak mengiktiraf UEC.

Kenyataan ini begitu jelas mesej yang ingin disampaikan kepada Menteri Pendidikan yang baharu. Berani sungguh Ultra Kiasu. Tidak ada adab langsung.

Dalam hati saya berkata, Alhamdulillah, tak perlu tunggu. Keluarlah sekarang juga. Saya nak sangat melihat, Ultra Kiasu ini angkat kaki.

Melihat keberadaan kamu dalam mengendalikan Dewan Rakyat, sudah jelas menampakkan sikap hipokrasi sebenar.

Saya merayu kepada Menteri Pendidikan, jangan sama sekali menerima UEC, kecuali UEC sedia patuh kepada semua ketetapan kerajaan. Jangan ulangi kesilapan BN terdahulu.

Mengiktiraf UEC sama seperti mengiktiraf Komunis. Inilah perjuangan NGO Komunis yang berhimpun di Kajang baru-baru ini. Begitu juga sikap mereka yang jelas menolak jawi. Apakah NGO Komunis ini boleh dipercayai?

Jika UEC diiktiraf, inilah kemenangan besar kepada jelmaan Parti Komunis Malaya (PKM). Justeru, kerajaan perlu bertegas dalam soal ini, jangan sama sekali mengiktiraf perjuangan Komunis selama ini.

Kenapa UEC tidak boleh diiktiraf?

Pertama, ia sendiri memilih untuk keluar daripada sistem, kemudian mahukan kerajaan iktiraf. Sendirilah bikin, sendirilah buat, kenapa mahukan susahkan kerajaan, haiya….ini maciam pun talak bule pahamkah?

Kedua, ia dikelolakan oleh NGO Komunis ini sendiri, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Tidak menjunjung agenda bernegara.

Ketiga, ia tidak pernah patuh kepada arahan kerajaan. Mana ada dalam dunia, sijil dikeluarkan oleh NGO, tanpa melalui Lembaga Peperiksaan.

Keempat, jika kerajaan iktiraf bermakna kerajaan tidak berlaku adil kepada sekolah aliran kebangsaan yang mengikut sistem.

Termasuk juga tidak berlaku adil kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) yang berada dalam sistem. Kasihan pelajar-pelajar SMJKC jika UEC diiktiraf. Dahulu, NGO Komunis ini jugalah yang berkeras kepala untuk berpisah dengan SMJKC.

Kelima, mengiktiraf UEC bererti mengiktiraf Komunis. Saya mohon kerajaan haramkan NGO rasis Komunis ini dengan segera. Tidak timbul soal pengiktirafan lagi.

Keenam, UEC bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Kewujudannya tidak berperlembagaan.

Cukuplah sekadar ini dahulu. Banyak yang telah saya nukilkan sebelum ini. Harapan saya, jika benarlah berita yang dikeluarkan hari ini, maka inilah masanya untuk Menteri Pendidikan bertindak. Ikutkan sahaja kemahuan Ultra Kiasu yang mahu keluar daripada kerajaan. Lagi mudah kerja.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

HAKAHDAILY
30/1/2020

DAP keluar PH? Hanya ugutan kosong untuk tekan Dr M, kata MP PAS

BERITA

Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan Nga Kor Ming bahawa DAP akan meninggalkan PH sekiranya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak diiktiraf hanyalah "ugutan kosong".

Pemimpin PAS itu merujuk kepada kenyataan Nga yang juga timbalan setiausaha agung DAP dalam sebuah wawancara bahawa parti mereka mencapai kesepakatan tidak akan teragak-agak keluar dari gabungan parti kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.

Kata Fadhli, kenyataan Nga itu hanyalah sebagai tekanan buat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya berpandangan bahwa DAP tidak akan sekali-kali keluar daripada PH sekalipun UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan.

"Ini kerana kalau dilihat pada tahun 2018, (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang pernah keluarkan kenyataan bahawa DAP akan keluar PH jika Malaysia Baru tidak dapat melaksanakan pembaharuan.

“Namun sehingga ke hari ini, DAP tidak pun keluar PH walaupun ada agenda yang dilaksanakan oleh Dr Mahathir tidak sesuai dengan kehendak DAP,” kata timbalan ketua Pemuda PAS itu dipetik HarakahDaily.

Nga dalam wawancara bersama Oriental Daily itu juga mengakui bahawa DAP dan PH gagal menguar-uarkan pencapaian mereka secara berkesan.

Wednesday, January 29, 2020

Iktiraf UEC atau DAP tinggalkan kerajaan PH, kata Nga

FMT Reporters
-January 29, 2020 4:37 PM

PETALING JAYA: DAP tidak teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika ia tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kata Timbalan Setiausaha Agungnya, Nga Kor Ming.

Beliau yang juga ketua DAP Perak berkata, menteri daripada parti itu tidak pernah mendiamkan diri, sebaliknya mereka berusaha membangkitkan isu itu dan ia tidak diuar-uarkan media.

“Kami mencapai kata sepakat untuk meninggalkan kerajaan, jika UEC tidak diiktiraf.

“Kami tidak kisah tidak berada dalam kerajaan, ini prinsip asas, kami akan mendukungnya,” katanya dalam wawancara khas dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily semalam.

Pengiktirafan UEC antara perkara yang dijanjikan dalam manifeso PH.

UEC ialah peperiksaan seragam untuk pelajar di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara sejak 1975, dengan sukatan pelajarannya dibangunkan Dong Zong, apabila sekolah Cina enggan menerima pakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Lepasan UEC tidak boleh melanjutkan pelajaran di universiti kerajaan dan bekerja di sektor awam negara ini kerana UEC tidak diiktiraf kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, kerajaan Sarawak mengiktiraf sijil itu yang bermakna lepasan UEC boleh mencari pekerjaan dalam sektor awam negeri, memasuki kolej dan universiti milik negeri serta memohon pinjaman pendidikan Yayasan Sarawak.

Selangor turut menerima kemasukan lepasan UEC ke universiti milik negeri, manakala Pulau Pinang pula mengambil lepasan UEC bekerja dengan syarikat milik kerajaan negeri.

Sementara itu, Nga kesal tiada orang memuji atau mengiktiraf 70% usaha DAP dalam bidang pendidikan Cina, sebaliknya rakyat hanya melihat 30% tugasnya yang belum selesai.

Beliau memberi contoh peruntukan secara sistematik kepada sekolah persendirian Cina yang diluluskan Parlimen ketika ini berbanding sepanjang 60 tahun di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.

Mengenai kritikan DAP menjadi “parti diam-diam” selepas pilihan raya umum ke-14, Nga menafikannya dengan berkata, mereka semakin berani bersuara dan ia boleh dibuktikan menerusi mesyuarat Kabinet.

Timbalan speaker Dewan Rakyat itu berkata, perbezaan antara DAP dahulu dan sekarang ialah mereka mengalihkan peranan berani bersuara ke platform kerajaan dan saluran dalaman, tetapi beliau kecewa ia tidak dapat dirasai dan dilihat orang ramai.

“Ini mungkin silap kami tidak melakukannya dengan baik dari segi komunikasi dan publisiti. Ini yang perlu kami kaji semula.”

Beliau memberi contoh isu perhiasan tanglung sempena sambutan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Puchong pada awal bulan ini, katanya, Kabinet memberi respons segera dengan mengecam pihak terbabit yang disusuli tindakan polis memanggil Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Katanya, lawatan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail ke sekolah terbabit bertujuan menonjolkan prinsip kesederhanaan dan kepelbagaian yang dipertahankan PH serta memberi amaran kepada golongan pelampau.

“Kerajaan PH tidak akan membiarkan pelampau menimbulkan sentimen perkauman dan mengarahkan polis supaya tidak membiarkan golongan itu merosakkan keharmonian negara.”

Pada 7 Jan lalu, Khairul Azam mengancam akan melaporkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong I yang didakwanya meletakkan hiasan Tahun Baru Cina bersifat keagamaan.

Surat yang ditujukan kepada pengetuanya, Rohani Mohd Noor, memaklumkan ia menerima aduan ibu bapa yang tidak selesa dengan hiasan “berlebihan” Tahun Baru Cina di sekolah berkenaan.

Katanya, tindakan sekolah itu bertentangan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan kerana ibu bapa merasakan hiasan terbabit ialah cubaan untuk menyebarkan kepercayaan agama lain kepada pelajar Islam.

Monday, April 1, 2019

Iktiraf UEC, Rais anggap Tommy ‘terjebak politik partisan’

Diterbitkan 01 April 2019

Oleh Aliff Fikri Aziz

Tommy Thomas dikritik kerana membiarkan Teo Nie Ching memperalat kedudukannya sebagai peguam negara. 
Foto oleh Miera Zulyana

KUALA LUMPUR, 1 April Tan Sri Rais Yatim mengkritik peguam negara kerana mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tanpa merujuk Kementerian Pendidikan dan Kabinet.

Menganggapnya dibuat secara sepihak, Rais berkata keputusan Tommy Thomas yang diumum timbalan menteri pendidikan mengukuhkan tanggapan beliau terjebak dalam politik partisan.

“Kini anda telah membuatkan kita ada dua saluran rasmi undang-undang. Dalam pendidikan undang-undang anda iktiraf UEC manakala dalam sistem vernakular keputusan belum dibuat,” katanya.

“Anda sepatutnya tunggu dulu sehingga kerajaan buat pilihan yang tepat,” katanya dalam nota bantahan kepada Tommy yang dimuat naik di Facebook.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan juga mengkritik Tommy kerana membiarkan Teo Nie Ching memperalat kedudukannya dengan membuat kenyataan isu itu.

“Diharap beliau (Tommy) sedar akan risiko kenegaraannya dan keutuhan jurusan pendidikan nasional,” tulis bekas menteri.

Semalam, Teo berkata lulusan UEC yang mahu menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) perlu lulus kepujian lima mata pelajaran wajib termasuk bahasa Melayu.

Namun, beliau tidak tahu empat lagi subjek lain kerana perkara itu akan diputuskan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) yang dipengerusikan Tommy.

Sunday, March 31, 2019

Peguam Negara tak sensitif isu iktiraf UEC, kata Prof Kok Seong

31/03/2019

Tindakan Tommy Thomas boleh cetus polemik berpanjangan


BANGI, 24 Rejab 1440H, Ahad – Peguam Negara, Tommy Thomas sepatutnya sensitif terhadap isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), sebelum mengiktiraf lulusannya sebagai layak menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Malah, langkah Tommy mengiktiraf UEC untuk CLP adalah tindakan gopoh yang tidak menghormati sensitiviti rakyat, terutama orang Melayu, kata Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Beliau menyifatkan kenyataan Tommy yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB), sebagai mengejutkan dan boleh mengelirukan masyarakat.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, Kok Seong berkata, Tommy seharusnya lebih sensitif kerana UEC masih lagi berada dalam kajian dan pertimbangan kerajaan untuk diiktiraf.

“Sebelum ini hanya ada satu aspek dalam UEC sahaja yang diterima iaitu berhubung kemasukan ke institut pendidikan guru (IPG), itu pun untuk opsyen bahasa Cina dan melalui beberapa syarat lain yang ketat.

“Jadi, mengiktiraf UEC dalam CLP ini saya lihat tindakan yang gopoh. Kerajaan dan Tommy seharusnya lebih berhati-hati dengan menjaga sensitiviti umum kerana perkara ini ada kaitan dengan keharmonian sosial,” katanya, hari ini.

Kelmarin, Tommy dalam kenyataan berkata CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk tujuan tersebut mulai 1 Januari 2021.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan Tommy bakal mengundang polemik berpanjangan dan membuka isu yang lebih besar pada masa depan.

“Tommy mungkin terlepas pandang bahawa sejak mula lagi UEC tidak diiktiraf kerajaan sejak zaman Tunku Abdul Rahman. Malah, pendapat ini turut sama dipegang tokoh sezaman beliau seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin. Tokoh ini turut sama memacu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan memiliki semangat nasional tinggi.

“Apa yang lebih membimbangkan ialah jurang di antara kaum akan menjadi lebih besar kerana UEC dilaksanakan di sekolah-sekolah persendirian Cina. Dengan medium pengajaran bahasa Mandarin, ini akan mengakibatkan kurangnya pendedahan komunikasi di antara pelajar tersebut dengan pelajar dari kaum lain di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, pengiktirafan terhadap UEC juga bermakna negara akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum.

“Kesannya mungkin tidak dirasai secara mengejut tetapi masalah perbezaan pendapat di antara kaum akan lebih buruk sekiranya kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf UEC hanya atas dasar kepentingan masyarakat Cina semata-mata,” katanya.

Saturday, March 30, 2019

Maszlee elak jawab pengiktirafan UEC bagi peperiksaan CLP

By Kasthuri Jeevendran
- 30 Mac 2019

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik bercakap kepada media selepas Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
 foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 30 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik enggan mengulas keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.

Malah sebelum sempat para pengamal media melontarkan soalan berhubung kenyataan tersebut, Maszlee hanya mengelengkan kepala, isyarat tidak mahu memberikan komen tentang apa-apa berkaitan UEC.

Malam tadi, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin menerusi akaun Facebook rasminya mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.

“Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

“Terima kasih Peguam Negara,” katanya di sini.

Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.

Jelas Tommy, perubahan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelbagai cadangan daripada ramai orang dan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom (UK) mengenai penerimaan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.

Walaupun disoal dua kali oleh wartawan, Maszlee hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu disoal atau menjawab sebarang pertanyaan tentang pengiktirafan tersebut.

Dewan Rakyat

Dua minggu lepas ketika persidangan Dewan Rakyat, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam mengakui pihaknya belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf UEC sekolah persendirian Cina atau tidak.

Kata beliau, perkara itu masih lagi dalam peringkat libat urus serta proses mendapatkan pendapat daripada pelbagai pihak.

“Seperti mana yang kita maklum, kami (kementerian) telah menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dasar UEC, dan hari ini akan diadakan sidang media di pejabat KPM untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa serta membentangkan sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanakan.

“Oleh itu, belum ada keputusan yang dibuat dan sebarang keputusan akan diputuskan di Kabinet,” ujarnya. 

MalaysiaGazette

Iktiraf UEC: Tommy Thomas tak hormat Perlembagaan

Peperiksaan Sijil Amalan Guaman akan terima kelayakan UEC tahap ‘Senior Middle 3’, peroleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM

Oleh Siti Fatimah Ishak
sitifatimah 
30/03/2019


BANGI, 23 Rejab 1440H, Sabtu – Keputusan Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) setaraf dengan STPM dan A-Levels, bagi membolehkan pelajar persendirian Cina membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) amat mendukacitakan.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Muhammad Thalhah Kamarol Zaman kesal kerana tindakan itu jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, yang tidak pernah mengiktiraf UEC.

“Saya kira ini penghinaan kepada sistem perundangan negara apabila sistem pendidikan luar seperti Taiwan boleh menembusi profesion perundangan negara.

“Malah ia juga ketidakadilan kepada sesetengah institusi pengajian awam tempatan yang masih belum diiktiraf CLP,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Semalam, Tommy yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia mengesahkan, CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ bermula 1 Januari 2021.

Katanya, syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pada tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ O-Levels/setaraf yang diperoleh dalam 1 peperiksaan yang sama.

Tommy berkata, syarat berkenaan hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang mendaftar bagi kemasukan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selepas pengumuman keputusan terdahulu pada 5 Jun 2018.

Mengulas perkara itu, Thalhah tetap menyifatkan keputusan peguam negara sebagai membelakangkan Perlembagaan, lebih-lebih lagi ianya tidak selari dengan sistem undang-undang negara.

“Ini ternyata satu usaha jahat untuk menyamakan kedudukan UEC dan sistem pendidikan negara sedia. Pada masa sama ia adalah proses normalisasi UEC ke dalam pendidikan negara,” katanya.

UEC adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan dan bertentangan dengan Dasar Pendidikan serta Akta Pendidikan 1996.

Sebelum ini Dong Zhong – Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia – sudah sejak sekian lama berkeras mendesak kerajaan mengiktiraf UEC.

Friday, January 4, 2019

Saya tak kata tolak UEC, kata PM

Mohamad Fadli
-January 4, 2019 1:36 PM

Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mengambil kira pandangan semua kaum, bukannya satu kaum saja dalam isu pengiktirafan UEC. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) seperti dilaporkan media.

Perdana menteri berkata, kerajaan perlu mengambil kira pandangan dan menjaga sensitiviti semua kaum di negara ini sebelum membuat keputusan muktamad berhubung isu itu.

“Saya cuma ada cakap sensitiviti kalangan orang Melayu dalam perkara ini, dan kita kena (ambil) kira sensitiviti semua kaum Cina, India, (Orang) Asli dan suku kaum di Malaysia.

“Kalau tak sensitif, (kita) tidak akan menang dalam mendapat sokongan rakyat. Saya ingatkan semua ambil kira semua kaum, bukan satu kaum,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan al-Bukhary hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dalam temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Cina berkata, mudah untuk mengiktiraf UEC, tetapi kerajaan perlu mempertimbangkan perasaan orang Melayu dan memerlukan masa menangani jurang pengagihan kekayaan antara pelbagai kumpulan etnik di negara ini terlebih dahulu.

Wednesday, January 2, 2019

UEC: Apa Dr M cakap pada akhbar Cina?

 Diterbitkan Hari ini 10:03 malam


Wawancara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), telah mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat Cina.

Wawancara itu diterbitkan akhbar Cina, Sin Chew Daily hari ini dengan tajuk: "Tun Mahathir: Pengiktirafan UEC perlu pertimbangkan perasaan orang Melayu".

UEC adalah peperiksaan yang diambil oleh pelajar-pelajar di sekolah-sekolah persendirian Cina.

Laporan itu dipetik akhbar lain, termasuk Borneo Post dengan tajuk: "Perasaan orang Melayu mesti dipertimbangkan dalam mengiktiraf UEC" dan The Edge Markets di bawah tajuk: "Pengiktirafan UEC perlu pertimbangkan perasaan orang Melayu: Dr M" .

Berikutan itu, MCA hari ini mempersoalkan pendirian pemimpin DAP dalam kerajaan dan bertanya sama ada Mahathir telah mengambil kira perasaan masyarakat Cina.

Malaysiakini menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk meminta penjelasan mengenai perkara itu. PMO kemudian menghantar satu salinan rakaman wawancara itu.

Malaysiakini menerbitkan semula transkrip rakaman berkenaan dengan soalan mengenai UEC seperti di bawah:

Wartawan 1: Sekarang anda menyebut tentang pendidikan, dalam manifesto PH ia termasuk pengiktirafan UEC dan sekolah-sekolah persendirian Cina. Jadi bagaimana status pengiktirafan UEC?

Mahathir: Itu (audio tidak jelas) dinyatakan - kita mengiktirafnya. Saya kata berkali-kali kita mengiktiraf ijazah asing, kita mengiktiraf sijil Cambridge, kita mengiktiraf juga sijil-sijil yang dikeluarkan oleh negara-negara lain.

Tetapi anda minta ini untuk diterima oleh kerajaan. Untuk tahap tertentu, ini telah diterima tetapi anda mesti mempunyai penguasaan asas bahasa Melayu. Kamu lihat, kamu mesti mempunyai itu.

Dan peperiksaan harus mencerminkan keadaan di negara ini, kamu tidak boleh mengambil peperiksaan asing dari negara asing dan menggunakannya sebagai kelayakan. Yang, tiada siapa melakukannya.

Wartawan 2: Tun, sebenarnya saya seorang pelajar UEC, saya belajar di sekolah persendirian Cina. Saya fikir sukatan pelajaran sejarah agak berbeza kerana beberapa sejarah yang kami pelajari adalah dari luar negara seperti, kami belajar sejarah China, sejarah dunia tetapi kami juga belajar sejarah Malaysia dan kami mengkaji sejarah di Asia Tenggara. Kami ingin tahu kenapa kerajaan, sehingga sekarang, mereka tidak dapat mengiktiraf UEC dan mengapa orang Melayu begitu sensitif (mengenai UEC).

Mahathir: Orang Melayu apabila mereka bersetuju tentang kemerdekaan, mereka bersetuju bahawa bukan Melayu juga harus diberi kewarganegaraan dan sememangnya mereka berikan kewarganegaraan lebih daripada orang yang layak, tetapi mereka percaya dengan berbuat demikian, kita akan mempunyai negara dengan satu bahasa, satu budaya dan asas undang-undang dan pemahaman bahawa semua adalah rakyat Malaysia.

Tetapi mereka mendapati bahawa walaupun bahasa (audio tidak jelas) dan semua itu tidak disokong dengan baik dan banyak orang yang sehingga sekarang tidak dapat berbahasa Melayu sama sekali tetapi kita menerima mereka. Saya fikir berapa banyak lagi yang kamu mahu minta mereka terima?

Negara ini agak berbeza daripada negara-negara lain. Negara-negara lain pelbagai bangsa tetapi mereka bercakap satu bahasa kebangsaan.

Wartawan 2: Jadi, apakah objektif Pakatan Harapan untuk memenangi sokongan Melayu menyebabkan janji PH kepada masyarakat Cina lebih sukar untuk dicapai, seperti UEC ini?

Mahathir: Ya, tetapi kita cuba kotakan (janji), bukan kita tidak buat. Kamu membuat perbandingan antara Malaysia dengan jiran-jirannya. Di negara lain, mereka tidak membenarkan sekolah Cina, mereka tidak membenarkan walaupun papan tanda, kadang-kadang. Hanya baru-baru ini mereka meniru kita.

Jika kamu bertanya kepada orang-orang asal China di beberapa negara ini, mereka ingin berpindah ke Malaysia. Mereka mengatakan di sini mereka lebih dikenali kerana kaum mereka diiktiraf.

Wartawan 1: Jadi Tun, adakah anda akan memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa kerajaan PH akan mengiktiraf UEC, bolehkah anda memberi jaminan?

Mahathir: Ya, saya fikir kita sedar sejauh mana kita boleh. Perhatikan, terdapat perbezaan - salah satu perbezaan yang paling teruk ialah perbezaan dalam pengagihan kekayaan di negara ini yang telah kami cuba perbetulkan. Saya mengakui banyak kesilapan dengan orang Melayu tetapi yang satu ini (perbezaan ekonomi) kamu tidak betulkan dan kamu sentiasa membetulkan satu ini sahaja (UEC).

Yang satu ini sangat mudah untuk anda betulkan - bahasa atau UEC atau apa sahaja. Itu sangat mudah, macam buat garisan dengan pen, tetapi untuk membawa tiga kaum di Malaysia, ditambah bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk pembangunan ekonomi yang sama memerlukan masa.

Kamu tahu, mereka merasakan mereka semakin kurang dan kurang. Jurang ketidaksamaan tidak semakin kurang, semakin banyak kerana sejak kita bermula, dianggarkan orang Melayu mempunyai dua peratus kekayaan, orang Cina memiliki 30 peratus dan orang Eropah (dan) orang asing mempunyai kira-kira 40 peratus.

Tetapi apabila kamu meningkat misal kata 10 peratus, 10 peratus daripada dua peratus hanya 0.2 (peratus) tetapi 10 peratus daripada 30 peratus adalah tiga (peratus). Jadi, perbezaannya adalah seperti ini. Kamu boleh lihat sekeliling. Siapa yang memiliki semua ini?

Ingatlah bahawa di negara lain, mereka merusuh dan mereka bergaduh, mereka berbunuhan. Tetapi di Malaysia, orang Melayu, Cina dan India boleh hidup dan bekerjasama. Bahkan kita serapkan beberapa budaya kamu, sekarang kita menggunakan copstik.

Sunday, July 29, 2018

'Menteri sepatutnya bincang dengan persatuan pelajar'

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
29 JULAI 2018

Muhammad Faizzuddin (kiri, tiga depan) dan Wan Rohimi (tengah) bersama-sama mahasiswa dan NGO hadir memberi sokongan.

KUALA LUMPUR - Tindakan memanggil, mengugut mahasiswa dengan mengambil keterangannya disifatkan satu perbuatan untuk menakut-nakutkan mereka.

Peguam Jabatan dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda Pas Malaysia, Wan Rohimi Wan Daud berkata, amalan menakutkan mahasiswa sebegini adalah satu amalan yang sering dilihat sebelum PRU14 lagi.

Menurutnya, diharapkan Malaysia baru ini berubah, namun dilihat ia lebih teruk lagi.

"Menteri sepatutnya memanggil persatuan pelajar untuk duduk berbincang berhubung isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ini. Saya minta kerajaan PH bukan hanya bercakap tentang 'rule of law' sahaja, tetapi perlu hayati perkara itu.

"Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi polis memanggil pimpinan pelajar untuk diambil keterangan yang saya rasa tidak perlu," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Kira-kira jam 11.15 pagi tadi, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Mohd Faizzuddin Zai dan timbalannya, Mohamad Shafiq Sharif hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam keterangan susulan himpunan yang dianjurkan di hadapan Kompleks Sogo di sini bagi menzahirkan bantahan terhadap pengiktirafan UEC pada 21 Julai lalu.

Sementara itu, Mohd Faizzuddin berkata, pihaknya menyifatkan hal itu adalah satu sekatan daripada pihak berkuasa di bawah pimpinan PH.

"Kita kecewa dengan kerajaan hari ini yang tidak meraikan suara anak muda. Kita percaya PH mahu membawa Malaysia baru, tapi hakikatnya itu hanya tipu daya dan retorik semata-mata.

"Kami hari ini seolah-olah melakukan jenayah, namun itu tidak menggentarkan kami. Malah kami akan terus giat berkempen untuk membantah UEC," katanya.

Jelasnya, mereka tidak akan tunduk kerana percaya rakyat Malaysia diberi hak untuk menikmati kebebasan untuk berekspretasi.

Saturday, July 28, 2018

Rais kata UEC soal kedaulatan bukan hal remeh

By Muhammad Azizul Osman
   - 28 Julai 2018

Veteran politik yang terkenal dengan keprihatinannya terhadap isu-isu bahasa dan budaya, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan adalah tidak wajar rakyat menerima keputusan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya kerana ia terkandung di dalam manifesto kerajaan pakatan harapan.

KUALA LUMPUR – Veteran politik, Tan Sri Dr. Rais Yatim mendesak kerajaan tidak memberi pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Ujarnya, isu pengiktirafan UEC adalah masalah besar yang dihadapi kerajaan PH dan menolak dakwaan ia adalah isu remeh semata-mata.

“UEC ini soal anugerah kedaulatan, ini soal bahasa bangsa, kenegaran dan negara bangsa, ini bukan remeh bukan kecil.

“Suara majoriti kata apa, tak mahu. Kaji dulu, harus kita halusi dulu sebelum UEC jadi manifesto. UEC ini letaknya dalam janji nombor 50,” katanya dalam ucapan di Himpunan Kebangkitan Ummah yang diadakan di Padang Kelab Sutlan Sulaiman Kampung Baru hari ini.

Hampir 3,000 peserta hadir membanjiri padang ini dengan kelolaan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

Malah katanya, isu UEC tidak harus menjadi keutamaan kerajaan PH sedangkan janji utama dalam manifesto mereka adalah menurunkan harga bahan api, harga barang dan memansuhkan tol masih belum ditunaikan.

 -MalaysiaGazette

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-