Showing posts with label Yang di-Pertuan Agong. Show all posts
Showing posts with label Yang di-Pertuan Agong. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

Kita tak tahu siapa kita nak bagi, kata Dr M

Bernama | August 25, 2018

Perdana menteri tidak tahu sebab apa Istana Negara tidak memberi anugerah kebesaran tahun ini.

LANGKAWI: Penganugerahan darjah kebesaran hanya akan diberikan kepada mereka yang berjasa kepada negara dan bukannya mereka yang menyokong pemimpin yang memerintah semata-mata, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, penganugerahan ini tidak seharusnya diberikan sewenang-wenangnya seperti yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

“Masa Najib dulu semua orang dapat hadiah supaya sokong Najib. Kita tak bagi hadiah. Tapi kita nak bagi kepada orang yang patut dapat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas keputusan Istana Negara untuk tidak memberi anugerah kebesaran sempena sambutan Keputeraan Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V 9 September ini.

“Saya tak tahu sebab apa tapi saya ingat sebabnya waktu ini kita tak tahu siapa kita nak bagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir menyelar kenyataan Pergerakan Pemuda Umno baru-baru ini yang menyifatkan keputusan kerajaan menghentikan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sebagai sia-sia.

Menurutnya keputusan kerajaan itu dibuat mengambilkira kemampuan kewangan semasa negara.

“Kita tak ada duit pasal duit itu orang tertentu curi, sebab itu kita tak boleh bayar.

“Kalau Pemuda Umno boleh kutip sebanyak RM55 bilion, kita boleh teruskan dengan ECRL ini,” katanya.

Dr Mahathir tiba di sini untuk lawatan singkat bertemu mangsa bencana ribut dan banjir kilat di Kuala Teriang baru-baru ini.

Thursday, December 15, 2016

Anwar masih ada dua pilihan

WARTAWAN SINAR HARIAN
15 DISEMBER 2016
Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai dua pilihan lain berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak semakan berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Satu, mengemukakan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V atau kedua, permohonan untuk membatalkan kehilangan kelayakan berdasarkan Perkara 48 (3) Perlembagaan Persekutuan sekiranya permohonan pengampunan itu ditolak.

Pengamal undang-undang, Syahredzan Johan berkata, walaupun sebelum ini keluarga Anwar memfailkan permohonan itu dan ia ditolak oleh Lembaga Pengampunan Diraja, tiada mana-mana peruntukan undang-undang mengatakan permohonan itu tidak boleh dibuat berulang kali.

“Anwar boleh mencubanya di hadapan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, dengan memfailkan permohonan itu sendiri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, apabila permohonan itu dikemukakan, ia tidak bermaksud keputusan dan sabitan yang dibuat oleh mahkamah sebelum ini diketepikan.

“Dengan permohonan ini, sabitan terhadapnya masih ada cuma tidak perlu menjalani hukuman penjara lima tahun sebagaimana diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Syahredzan berkata, opsyen kedua juga boleh digunakan bagi membolehkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding pada PRU14.

“Apa yang boleh dilakukan, selesai menjalani hukuman penjara, beliau boleh mengemukakan permohonan membatalkan kelayakan kerana individu yang disabitkan kesalahan akan hilang kelayakan bertanding selama tempoh lima tahun.

“Sekiranya gagal, beliau perlu menunggu PRU 15 untuk bertanding,” katanya.

Pada 16 Mac tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pada mesyuarat Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen pengampunan diraja yang difailkan oleh keluarga Anwar.

Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Sunday, December 11, 2016

Institusi Yang Dipertuan Agong perlu dipertahankan, kata Najib

Sumbangan terbesar kewujudan institusi Yang di-Pertuan Agong ialah peranannya dalam memastikan kestabilan politik negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menegaskan bahawa kerukunan dan keharmonian itulah yang telah memungkinkan berlakunya transformasi Malaysia selama ini.

"Lantaran itu pada hemah kerajaan, institusi ini perlu dipertahan semua pihak sampai bila-bila kerana ia adalah milik semua tanpa kecuali," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapan perpisahan pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara malam tadi.

Beliau menarik perhatian bahawa institusi itu memayungi bukan sahaja orang-orang Melayu Islam dan bumiputera, malah merangkumi secara inklusif lindungannya ke atas hak dan kepentingan yang sah kaum serta agama lain.

Sekalipun ia merupakan ciptaan Perlembagaan Persekutuan yang dengan terperinci dilakarkan segala peranan dan tanggungjawabnya, Najib berkata institusi Yang di-Pertuan Agong tetap berakar umbi kepada nilai sejarah, tradisi dan budaya bangsa serta tamadun alam Melayu.

Beliau berkata keunikan sistem itu juga diperlihat melalui hakikat walaupun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri dan membubarkan Parlimen, ia tetap tertakluk kepada prinsip kelaziman dan rundingan yang sangat halus dan berhati-hati.

"Ini membuktikan sekali gus betapa institusi itu dipermuliakan dengan sifatnya yang langkau siasah atau dalam kata lain letak duduknya itu ialah di atas mana-mana politik kepartian," jelas Najib.

Ia juga, kata perdana menteri, sangatlah terpelihara oleh Majlis Raja-Raja dan tidak bersifat warisan kerana Yang di-Pertuan Agong dipilih secara berhemah dan bergilir dalam kalangan sembilan raja Melayu.

Najib seterusnya berkata sepanjang di bawah naungan Tuanku Abdul Halim, Malaysia mencapai kejayaan demi kejayaan yang diperakui pelbagai agensi dan penarafan antarabangsa yang diiktiraf dan berwibawa.

"Kerajaan Tuanku ini tidak akan bersifat selesa, malah akan sentiasa meneruskan usaha demi usaha bagi mencipta hari muka yang lebih ampuh untuk Malaysia," kata Najib.

Beliau turut menyentuh gerakan Transformasi Nasional atau TN50 bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda terulung.

Najib berkata apa yang dicita-citakan beliau ialah menjelang tahun 2050 Malaysia akan menjadi negara yang tergolong dalam kalangan kumpulan 20 negara terbaik di persada dunia.

"Inilah gerakan bagi melahirkan generasi masyarakat masa depan terbaik. Visi patik dan pimpinan kerajaan adalah untuk menggerakkan satu perubahan agar lahirnya kelak generasi masa hadapan Malaysia yang menyeru ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran," kata perdana menteri.

Atas simbolik perpaduan ummah dan kemanusiaan pula, Najib berkata pada 4 Disember yang lalu beliau selaku ketua kerajaan dan Presiden UMNO telah berganding dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Perhimpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya.

- Bernama

Thursday, September 22, 2016

Agong tolak Deklarasi Tun Mahathir

 AIDCNEWS

 Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menjelaskan baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh Parti Pribumi Perkasa Malaysia (PPBM) kerana deklarasi yang diperjuangkan oleh parti itu tidak mengikut Perlembagaan.

Baginda menjelaskan, sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan mereka.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan di sini.

“Saya telah dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang baginda telah menerima menghadap Pengerusi Parti Pribumi Perkasa Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Anak Bukit, Alor Star pada minggu lepas.

“Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Or Mahathir.

“Walau bagaimanapun, Yang di-Perluan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh PBBM.

“Ini kerana deklarasi yang dibuat oleh PBBM adalah tidak mengikut perlembagaan. Seba ang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihanraya bagi rakyat membuat keputusan mereka,” kata Perdana Menteri.

Thursday, August 25, 2016

Dr Mahathir minta maaf hilangkan kuasa Agong

FMT Reporters
 August 25, 2016

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata Akta MKN bukan merupakan undang-undang yang tidak memerlukan perkenan istana.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta maaf di atas tindakannya pada 1993 meminda Perlembagaan Malaysia supaya perkenan raja-raja tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.

Ia susulan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbaru blognya.

Bagaimanapun, beliau berkata Akta MKN yang dilihat memberikan kuasa seakan-akan darurat kepada perdana menteri itu bukan termasuk undang-undang yang tidak memerlukan perkenan Agong.

“Pindaan tersebut tidak melucutkan lebih 30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, terdapat lebih 30 perkara tersenarai dalam perlembagaan yang memerlukan kelulusan Agong tanpa perlu mendapatkan nasihat perdana menteri seperti dalam penggubalan undang-undang lain.

Katanya, kuasa berupa darurat di bawah Akta MKN sudah pun termaktub di bawah perlembagaan yang memberikan kuasa itu sepenuhnya kepada Agong seperti diperincikan di bawah Artikel 150 Perlembagaan Malaysia.

“Untuk Akta ini diluluskan sebagai undang-undang persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan,” tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata Agong boleh menggunakan peruntukan di bawah Perkara 130 Perlembagaan Malaysia dengan mencabar kesahihan Akta MKN.

“Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan ataupun ketidaksahihan Akta Majlis Keselamatan Negara yang tidak pun mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Akta MKN diluluskan Disember tahun lalu apabila 107 ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi menolak.

Ketika dibentangkan tahun lalu, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam rang undang-undang MKN perlu diperhalusi. Bagaimanapun, ia diwartakan tanpa mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, berdasarkan pindaan 1993 yang diusahakan Dr Mahathir.

Akta yang berkuat kuasa pada 1 Ogos itu membolehkan perdana menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” dengan membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.

Pindaan perlembagaan 1993 berlaku susulan krisis berpanjangan dengan istana selepas insiden seorang jurulatih hoki, Douglas Gomez, dikasari Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris.

Ia terus mencetuskan isu mengenai kekebalan raja-raja di bawah undang-undang sedia ada, dan disusuli media melaporkan pelbagai penyelewengan di pihak istana.

Tuesday, August 23, 2016

Pembangkang mahu Nawawi dihukum walaupun sudah mohon maaf

Tarrence Tan
 August 22, 2016

Mereka mahu tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Langkawi kerana membuat aduan palsu
PETALING JAYA: Sekiranya Datuk Nawawi Ahmad merasakan permohonan maaf terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong melalui Facebook sudah memadai, beliau mungkin tersilap.

Salah seorangnya, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng yang berpandangan permohonan maaf Nawawi itu bukti beliau membuat laporan polis palsu – laporan yang menafikan beliau berkata Yang di-Pertuan Agong adalah Malaysian Official 1 (MO1).

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam laporannya bulan lalu mendakwa MO1 didakwa menerima AS$731 juta yang digelapkan daripada 1MDB.

Butiran laporan DoJ itu berkata MO1 adalah “pegawai kanan Kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan penting dalam 1MDB”, dan individu itu mempunyai ikatan kekeluargaan dengan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.

Lip Eng berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu jelaskan adakah tindakan boleh diambil terhadap Nawawi.

“Tidakkah Nawawi perlu ditahan?” soal Ahli Parlimen Segambut kepada FMT.

Rakannya Teresa Kok berkata Nawawi perlu meminta maaf secara menghadap dan memohon keampunan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata Ahli Parlimen Langkawi itu perlu dipertanggungjawabkan kerana membuat kenyataan secara semborono.

“Memandangkan Nawawi daripada Umno, presidennya Najib Razak perlu membuat teguran kerana membuat kenyataan semberono yang menghina Agong.”

Bekas Wanita Umno Anina Saadudin pula lebih memaafkan, dan berpandangan semua orang pernah membuat silap.

“Belajar daripada kesilapan itu. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Jika kamu buat juga, kamu memang tolol.”

Katanya Nawawi akan kehilangan kerusi Parlimen jika mengulangi kesilapannya kerana rakyat tidak mahu wakil rakyat yang tidak punyai tiada “class”.

Bagaimanapun, beliau berpandangan Nawawi perlu mohon maaf kepada semua rakyat Kedah, kerana Agong sekarang adalah Sultan Kedah.

Nawawi baru-baru ini mengundang kontroversi kerana berhujah mengikut Perlembagaan Persekutuan, Agong ialah MO1.

Beberapa orang terkemuka, termasuk bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendesak Nawawi mohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan derhaka itu.

Lapan laporan polis dibuat terhadapnya setakat ini, termasuk satu daripada Anina.

Nawawi kemudiannya mendakwa kenyataannya disalahfaham dan hari ini memohon maaf kepada Agong. Kenyataan itu disiarkan di Facebook.

Monday, August 22, 2016

Dakwa Agong MO1 : MP Langkawi mohon maaf

Anggota Parimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad hari ini memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah ‘Malaysian Official 1' atau ‘MO1" di lama siosial minggu lalu.

Katanya, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Seri Paduka tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa yang cuba dinyatakannya,

“Patik sebagai rakyat bawahan Kedah dan Malaysia, menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengan ketinggian ketaatan yang tiada tolok bandingnya, dan amat menyesal dengan apa yang berlaku.

“DYMM Tuanku adalah suci dan bersih dari segala hal pergolakan politik rakyat jelata dan tidak ada secebis zarah pun kaitan dengan isu DOJ dan 1MDB.

“Oleh itu, patik dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan dari Tuanku sekiranyaperkara yang menjadi viral ini menyentuh dan mengguris hati kecil di sanubari Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam tulisan di Facebook minggu lalu, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.

"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.

"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.

Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."

Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-