Showing posts with label derma. Show all posts
Showing posts with label derma. Show all posts

Thursday, July 25, 2024

Isu derma syarikat arak: KPM masih membungkam tentang keputusan kabinet

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 25, 2024 4:33 PM


Lebih 24 jam sudah berlalu selepas jemaah menteri bermesyuarat, namun Kementerian Pendidikan (KPM) masih membungkam dan gagal tampil menjelaskan isu derma untuk sekolah vernakular Cina.

Semalam, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Menteri Pendidikan Fadlina Sidek akan menjawab berkaitan keputusan itu.
Fahmi Fadzil
Sebelum ini, akhbar harian Cina yang memetik sumber mendakwa jemaah menteri memutuskan bahawa garis panduan Kementerian Pendidikan yang melarang penerimaan dana daripada syarikat produk tembakau atau alkohol tidak terpakai ke atas sekolah bukan Islam dan Cina.

Kedua-dua pemimpin DAP dan MCA kemudiannya mengambil kredit berhubung keputusan itu, yang sekali gus memberi kredibiliti terhadap laporan berita itu.

Presiden MCA Wee Ka Siong berkata keputusan itu adalah sama seperti ketika partinya berada dalam kabinet.
Teresa Kok (kiri) bersama Wee Ka Siong
"Bagus, tetapi kamu secara paksa menjadikan sekolah Cina sebagai sasaran.

“Sekarang kabinet telah mengembalikan dasar semasa MCA berada dalam kabinet, dan kamu mengharapkan orang ramai supaya berterima kasih?"

"Ia seperti majikan yang menahan gaji tanpa sebab, dan selepas membuat kecoh, akhirnya gaji dibayar. Adakah majikan perlu dipuji kerana itu?" soalnya dalam satu catatan Facebook.

Sebelum ini, pemimpin DAP, termasuk Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin, menegaskan bahawa garis panduan KPM itu dikeluarkan pada Mac 2018 ketika MCA menjadi sebahagian daripada kerajaan BN.

Sementara itu, Naib Presiden DAP Teresa Kok, sebagai respons kepada keputusan kabinet yang dilaporkan, memuji Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan kerana menghormati tradisi masyarakat Cina.

Ahli Parlimen Seputeh itu turut memuji Loke kerana "berani mempertahankan kepentingan masyarakat Cina" pada mesyuarat kabinet.
Fadlina Sidek
Pada Selasa lalu, Fadhlina menolak mengecualikan sekolah Cina daripada garis panduan itu mahupun kemungkinan ia disemak semula.

Susulan itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, yang juga menteri pengangkutan, berkata dia akan memohon jemaah menteri supaya mempertimbangkan semula keputusan berkenaan. Namun, ini mendapat bidasan daripada Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh.

Isu itu menjadi kontroversi selepas PAS menyasarkan Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah Sabu yang dirakam memegang cek replika di sebuah sekolah Cina di Selangor yang memaparkan logo bir jenama Tiger.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh kemudiannya menjelaskan bahawa Tiger, yang dimiliki oleh Heineken Malaysia Bhd, telah menjalankan kutipan derma untuk sekolah vernakular Cina selama tiga dekad.

Ini menyaksikan cetusan kecaman dan saling tuduh-menuduh antara pemimpin kerajaan dan pembangkang, dengan Aiman, yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, menggelar pemimpin PAS sebagai "hipokrit".

Aiman membidas, pemimpin PAS yang menurutnya, sebelum ini tidak pula mempunyai masalah bersalam dengan orang bukan Islam yang sedang minum arak atau makan babi.

Perbalahan menjadi semakin hangat apabila dua kumpulan pendidikan Cina turut menuduh PAS cuba mencetuskan ketegangan kaum dengan menjadikan isu itu sebagai modal politik.

Monday, March 6, 2023

““Kutipan Derma Jihad Oleh Pas Merupakan Arahan Daripada Allah”, Kata Pemimpin Pas

gemilangdaily.com
By GEMILANGDAILY
06/03/2023

Derma yang diminta oleh Pas merupakan arahan daripada Allah dan setiap umat Islam perlu mendermakan ke arah jalan Islam yang selama ini diperjuangkan oleh parti tersebut, kata Yang Dipertua Gombak Salehuddin Nasir.

YDP-Pas-Gombak-Salehudin-Nasir Beliau menerangkan mengenai hujah kutipan derma jihad yang dilancarkan oleh Pas sebenarnya selari dengan ajaran agama Islam yang mengkehendaki umatnya berkorban harta benda untuk tujuan kerja-kerja jihad.

“Kutipan derma jihad oleh Pas merupakan arahan daripada Allah, adalah merupakan tarbiah dan didikan yang dibuat oleh Nabi SAW

“Bahawa tiap-tiap orang yang menyokong perjuangan Islam ini mesti menghabiskan harta bendanya untuk kerja jihad,” kata beliau semasa ceramah pelancaran jentera pilihan raya umum ke-14 DUN Gombak Setia semalam.

Salehuddin juga menyindir Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya mengejek Pas sebagai parti tin milo kerana meminta derma daripada orang ramai tetapi hari ini beliau juga meminta derma untuk membantu kempen mereka.

“Walaupun kita diejek, dicemuh bahawa Pas ini parti kopiah putih bila berceramah buka kopiah minta derma… bahawa Pas ini parti sedekah, parti minta sedekah, Pas ini parti tin milo, macam-macam lah.
“Hari ini viral dalam Facebook, Dr Mahathir sendiri beri derma dalam satu majlis Pakatan Harapan, dibawa tabung plastik, saya ingat itu bekas isi gula barangkali, hulur ke Mahathir, tersengih beliau beri derma,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan kewajaran bekas perdana menteri itu meminta derma daripada orang ramai walhal beliau merupakan seorang yang kaya raya dan tidak seharusnya meminta wang daripada rakyat.

“Dulu ejek, bahawa Pas ini parti kutip derma, hari ini Pakatan Harapan pun buat kutip derma walaupun mereka bilionaire, trilionaire, mereka kaya raya tapi mereka sumbat duit rakyat.

“Pas bila minta derma, bukan untuk kerja pilihan raya saja, bukan untuk calon YB sahaja, tetapi untuk Allah dan Rasul untuk kita memenangkan Islam dalam perjuangan ini,” katanya.

Baru-baru ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Dr Mahathir melancarkan kempen derma bagi menampung kos kempen mereka dalam pilihan raya nanti.

Tuesday, January 24, 2023

‘PAS sudah lama amal sedekah’

agendaily.com
24/01/2023
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria.

PAS Perak menyifatkan kenyataan UMNO yang menyamakan budaya sedekah dengan amalan rasuah sebagai kecelaruan yang boleh membahayakan negara.

Pesuruhjayanya Razman Zakaria berkata, ini kerana budaya pemberian derma yang menjadi tuntutan agama telah dihidupkan oleh PAS sejak sekian lama.

Katanya, sebagai contoh, PAS Perak kini sedang menggerakkan usaha membangunkan kompleks sendiri di atas tanah seluas 10 ekar hasil infak dan derma yang digerakkan melalui kutipan di kawasan-kawasan PAS.

Tambah Razman lagi, semua aktiviti PAS yang dijalankan adalah hasil derma oleh ahli dan rakyat yang menyokong parti sehingga ia dikenali dengan nama ‘parti tin Milo’.

“Suka saya tegaskan bahawa budaya derma telah menjadi darah daging dan sebati dalam perjuangan ahli PAS.

“Mungkin mereka yang biasa bergelumang dengan rasuah melihat setiap pemberian itu bermaksud kepentingan diri.

“Bagi PAS dan ahlinya, setiap sumbangan derma bermatlamat akhirat dan rasuah adalah sesuatu yang keji di dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya hanya ibarat sedekah kepada pengundi.

Ahmad Zahid berkata, sebagai ulama, pemimpin PAS seharusnya mempunyai integriti dan tidak boleh ‘menukar fatwa’ sesuka hati.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fahaman sesetengah pihak yang menganggap sesuatu pemberian bagi meraih undi dalam pilihan raya sebagai sedekah adalah salah dan boleh merugikan negara serta masyarakat.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, perbuatan berkenaan sebenarnya adalah satu bentuk rasuah kepada pengundi.

Sabtu lalu, Abdul Hadi dilaporkan menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanya sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15, lapor Astro Awani.  

WartaRakyat

Friday, July 23, 2021

Ramai kurang duit tapi Syed Saddiq pula minta bantu bayar peguam, ikat jamin

agendadaily.com
23/7/2021

Kempen minta derma Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tatkala orang ramai terkesan akibat penularan Covid-19.

Dalam keadaan rakyat kekurangan duit akibat penularan pandemik Covid-19 sekarang ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa atas dua pertuduhan membabitkan RM1.12 juta di mahkamah semalam, bertindak bertentangan.

Malam tadi Ahli Parlimen Muar itu meminta orang ramai membantunya mengumpul dana kononnya untuk menampung kos guaman dan baki wang ikat jamin setelah RM80,000 dibayarnya semalam.

Dia memuat naik kempen membantunya itu dalam media sosialnya malam tadi, sambil terus membuat dakwaan tidak bersalah atas dua pertuduhan itu.

Semalam dia didakwa atas dua pertuduhan melibatkan wang sejumlah RM1 juta dan RM120,000 milik sayap pemuda Bersatu, Armada yang dikeluarkan tanpa mendapat kebenaran parti tersebut.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Pertuduhan pertama, Syed Saddiq selaku Ketua Armada ketika itu dituduh dengan curangnya membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB Kuala Lumpur Sentral pada 6 Mac 2020.

Atas pertuduhan itu, Syed Saddiq didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi satu satu lagi pertuduhan, beliau didakwa salah guna sumbangan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM120,000 pada April 2018.

Kertas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan itu, Syed Saddiq didakwa dengan curangnya melakukan kesalahan itu yang mana dana tersebut dikutip melalui Maybank Milik Armada Bersatu Enterprise.

Kesalahan didakwa dilakukan di Maybank Islamik Berhad, Jalan Pandan, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Syed Saddiq diikat jamin sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Saturday, October 31, 2020

Tiada paksaan, Idris Jusoh jawab surat wajibkan peneroka derma RM300

Adam Abu Bakar
-October 31, 2020 7:10 AM
Pengerusi Felda Idris Jusoh berkata tiada paksaan bagi peneroka menderma dalam program “Jom Sedekah” dilancarkan Felda.

PETALING JAYA: Pengerusi Felda Idris Jusoh mengingatkan tiada paksaan dalam bersedekah, susulan surat yang tular membabitkan Felda Sungai Tekam Utara, Pahang, berhubung kutipan derma RM300 terhadap peneroka di kawasan berkenaan.

“Dalam sedekah tidak ada paksaan,” katanya ringkas kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sepucuk surat diedarkan kepada peneroka Felda Sungai Tekam Utara pada 14 Oktober lalu. Surat itu menyatakan, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Jengka 19 dipilih menjadi perintis bagi program “Jom Sedekah” dilancarkan Felda.

Menurut surat dengan cop pengerusi jawatankuasa kemajuan dan kemakmuran kampung Felda Sungai Tekam Utara menyatakan, Idris melalui program “Well Formed Outcome” memberitahu antara perkara dititikberatkan dalam usaha mengembalikan kestabilan Felda adalah elemen “keberkatan”.

Surat itu turut menyatakan, setiap peneroka diwajibkan ke atas diri masing-masing menginfaqkan sumbangan ikhlas yang dianggap sebagai sedekah jariah sebanyak RM300 seorang dan kutipan itu bermula Oktober hingga Mac 2021, dengan kadar kutipan RM50 sebulan atau boleh membuat bayaran pukal.

FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai surat itu.

Terdahulu, Adun Ketari Young Syefura Othman memuat naik surat itu di Twitter miliknya dan mempersoalkan mengenai arahan mewajibkan peneroka bersedekah demi mencari “keberkatan” dalam usaha memulihkan Felda.
Mazlan Aliman.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) Mazlan Aliman berkata, walaupun bersedekah merupakan amalan mulia dan dituntut dalam Islam, tindakan mewajibkannya adalah unsur paksaan dan keterlaluan.

“Dalam situasi pendapatan dan pelbagai potongan dikenakan ke atas peneroka, apatah lagi kesan Covid-19 dan kos sara hidup yang tinggi, saya menggesa pekeliling ini ditarik balik.

“Potongan atau kutipan secara sukarela boleh diteruskan, tetapi ia mestiah bergantung kepada kemampuan dan kesediaan peneroka,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed berkata, jemaah menteri meluluskan cadangan penerbitan sukuk oleh Felda bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan bagi melaksanakan pelan pemulihan Felda yang dikemukakan.

Beliau berkata, kedudukan kewangan Felda dijangka mencatatkan aliran positif bermula 2023 dengan pelaksanaan inisiatif itu.

Thursday, June 21, 2018

Najib enggan jadi pelarian

Reuters
REAKSI Najib ketika temu bual bersama Reuters di Langkawi, hari ini. FOTO Reuters

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk tinggal di Malaysia dan berjuang menentang tuduhan terhadapnya walaupun menghadapi kemungkinan akan dipenjarakan.

“Tidak, saya tidak pernah bercadang untuk pergi. Kerana jika saya pergi (meninggalkan Malayia), ada anggapan saya bersalah.

“Saya tidak boleh menjadi buruan untuk sepanjang hayat saya. Saya mahu membersihkan nama saya,” katanya kepada Reuters dalam temu bual di Langkawi, hari ini.

Dalam temubual itu, Najib buat pertama kali mengulas berkenaan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib berkata, beliau merasakan bahawa hubungan Low di Timur Tengah terutama dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) boleh menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.

Katanya, namun beliau tidak pernah mengarahkan Low untuk terbabit dalam urusan 1MDB dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang dilakukannya.

“Saya tidak memberikan arahan kepadanya, tetapi dia secara sukarela melakukan perkara tertentu yang menurutnya akan membantu 1MDB.

“Tetapi apa yang dilakukannya adalah tanggungjawab pengurusan dan lembaga pengarah,” katanya.

Beliau turut menyifatkan hubungan anak tirinya, Riza Aziz dengan Jho Low adalah sebagai rakan, tetapi tidak menyedari sebarang urusan yang membabitkan dana 1MDB dalam syarikat penerbitan filem milik Riza.

Ketika ditanya sama ada beliau masih berhubung dengan Jho Low, Najib berkata: “Kami sudah tidak berhubung lagi. Saya juga tidak tahu di mana dia. Peguamnya tidak memberi sebarang respon terhadap permintaan maklum balas,” katanya.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam 1MDB, beliau berkata, wang USD681 juta dipindahkan ke akaun bank peribadinya adalah derma daripada Arab Saudi dan bukan kerana tindakan undang-undang Amerika Syarikat.

“Apa yang saya tahu, saya menerima daripada Arab Saudi ketika pemerintahan Raja Abdullah berdasarkan arahannya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Jun 2018 @ 11:42 PM

Friday, April 20, 2018

PAS: 'RM1.5 juta' itu derma individu, bukan dari Umno


Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Zuhdi Marzuki menolak dakwaan partinya menerima dana sejumlah RM1.5 juta daripada Umno.

Bercakap di suatu forum semalam, beliau mengulangi kenyataan PAS menerima pembiayaan politik daripada individu

"Bekas pimpinan Pas sendiri kata kita dapat RM1.5 juta, RM1 juta dalam bank, ini adalah merupakan derma, derma daripada individu, bukan Umno, bukan daripada Umno, bukan daripada pejabat Umno.

"Kenapa, apa dia, selain itu kita ucap terima kasih, lepas ini kalau ada yang mahu derma RM5 juta, Alhamdullilah," kata Zuhdi.

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang keluar PAS awal tahun ini, mendakwa sejumlah RM1.5 juta telah didepositkan ke pejabat PAS pusat dan tiga pemimpin PAS Terengganu menerima RM1 juta.
Semalam, PAS telah mencabar Mahfuz untuk membuat laporan kepada SPRM sekiranya beliau mempunyai bukti bahawa parti itu menerima dana daripada Umno.

Apabila dihubungi, Zuhdi menjelaskan lebih lanjut bahawa beliau tidak tahu jumlah dana yang diterima PAS untuk tabung pilihan raya parti Islam tersebut yang dilancarkan lebih setahun lalu.

"Mahfuz berkata kami menerima RM1.5 juta dan RM1 juta, saya tidak peduli jumlahnya (dalam akaun kami), tetapi apa yang penting ialah wang itu datang dari rakyat," katanya.

"Sesiapa pun boleh membiayai kami kecuali dana yang datang daripada Umno, pemimpin Umno, Pakatan Harapan dan pemimpin HARAPAN, kami juga tidak menerima derma asing," katanya.

Namun, beliau berkata tidak ada cara untuk PAS mengesan jika wang itu datang daripada pemimpin parti.

"Sekiranya Umno (menyalurkan dana ke akaun kami melalui akaunnya), maka ia akan menunjukkan Umno (sebagai pemilik akaun itu), tetapi kita tidak akan tahu jika penderma individu itu ialah anggota HARAPAN," jelas Zuhdi.

Saturday, April 14, 2018

BNSC: Rafidah silap, Najib pulangkan hampir semua derma

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) mendakwa bekas menteri kanan Tan Sri Rafidah Aziz melakukan kesilapan berhubung jumlah wang yang telah dipulangkan semula oleh perdana menteri kepada penderma dari Arab Saudi.

Dalam kenyataannya hari ini BNSC bagaimanapun "berterima kasih" kepada Rafidah kerana mengakui wang yang pernah dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak berjumlah sekitar RM2.08 bilion (RM681 juta).

Pengakuan itu katanya, sekali gus menolak dakwaan bahawa wang berkenaan berjumlah RM2.6 bilion seperti yang lazim didakwa pembangkang.

"Rafidah juga betul untuk menyatakan bahawa RM620 juta telah dipindahkan ke akaun PM dan dipulangkan pada Ogos 2013 yang turut dilaporkan oleh media asing dan disahkan oleh peguam negara.

"Bagaimanapun, Rafidah membuat kesilapan yang sangat ketara apabila mengandaikan nilai tukaran matawang kekal tidak berubah dari Mac 2013 hingga Ogos 2013," jelas BNSC dalam kenyataan hari ini.

Baca: Surat terbuka Rafidah kepada LHDN

Selain itu BNSC berkata Rafidah turut membuat tuduhan palsu bahawa AS$61 juta kekal berada dalam akaun perdana menteri dan tertakluk kepada cukai pendapatan.

"Pada Ogos 2013, nilai tukaran matawang Ringgit adalah RM3.30 kepada AS$1. Ini bermakna AS$620 juta yang dipulangkan adalah bernilai kira-kira RM2.046 bilion.

"Untuk itu, dianggarkan RM2.077 bilion yang dimasukkan, manakala RM2.046 bilion dipulangkan. Ditolak dengan bayaran matawang asing dan khidmat perbankan, ini bermakna jumlah majoriti, jika bukan semua, sudahpun dikembalikan," katanya.

Kenyataan BNSC itu dibuat bagi menjawab surat terbuka Rafidah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mempersoalkan sama ada perdana menteri dikenakan cukai atas jumlah yang diterimanya daripada putera diraja Saudi.

Menurut Rafidah, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dalam kenyataan rasminya mengesahkan AS$681 juta pada waktu itu dipindahkan ke akaun perdana menteri antara 22 Mac 2013 dan 4 April 2013.

Kenyataan peguam negara dibuat hampir tiga tahun kemudian.

Tidak lama selepas itu kata Rafidah, Apandi mengumumkan "sebahagian daripada derma berkenaan dipulangkan kepada penderma".

"Jumlah dana yang dipulangkan itu ialah AS$620 juta daripada jumlah keseluruhan AS$681 juta.

"Maksudnya ialah AS$61 juta (kira-kira RM236 .65 juta pada kadar tukaran mata wang asing pada waktu itu) disimpan dalam akaun perdana menteri," kata Rafidah.

Dalam surat terbukanya itu, Rafidah melontar beberapa persoalan untuk dijawab LHDN selepas beliau dan rakan-rakannya "curiga" mengenainya.

Menurut BNSC, pihaknya "berterima kasih" kepada Rafidah kerana mengutarakan fakta bahawa wang "RM2.6 bilion" telah itu dikembalikan.

"Ia sekaligus menafikan propaganda lazim pembangkang mengenai dana dimasukkan ke dalam akaun PM namun langsung tidak menyebut kepada siapakah wang itu dipulangkan," kata BNSC.

Sunday, September 3, 2017

Pemberian beras, derma adalah rasuah, kata BERSIH

Geraldine Tong
Bercanggah dengan kenyataan seorang pegawai kanan SPRM, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata pemberian beras dan derma adalah satu bentuk pembelian undi.

"Saya tidak bersetuju dengan itu. Semua itu adalah membeli undi," katanya kepada Malaysiakini ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.
Azam dilaporkan berkata bahawa menawarkan menawarkan bantuan seperti beras atau sumbangan kepada rakyat miskin, bukan rasuah.

Selain itu, katnya, janji pilihan raya juga tidak dianggap sebagai rasuah kerana ia sebahagian daripada kempen untuk menarik pengundi.

"Kamu sepatutnya henti membuat janji (semasa pilihan raya). Kamu bukan lagi kerajaan (selepas pembubaran Dewan Rakyat), bagaimana kamu boleh membuat janji? Dan kenapa kamu lakukan semasa kempen?" soal Maria.

Beliau juga berkata bahawa program kebajikan seumpama itu lazimnya dibuat sepanjang tempoh pilihan raya.

"Tetapi semasa pilihan raya, kamu bukan lagi adalah kerajaan. (Urusan kerajaan sepatutnya) semua dijalankan oleh kerajaan sementara, (sistem) yang tidak kita miliki.

"Kita memerlukan kerajaan sementara untuk memastikan kerja pentadbiran (dikendalikan semasa pilihan raya). Itulah yang harus dilakukan," katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-