Showing posts with label restoren. Show all posts
Showing posts with label restoren. Show all posts

Saturday, November 14, 2020

Restoran terkenal jual mi kari babi?

MyMetro
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

PEGAWAI KPDNHEP Selangor menyerbu restoran disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mi kari. FOTO ihsan KPDNHEP

Shah Alam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran terkenal di sini, yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mi kari, semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, tindakan itu susulan tular satu rakaman video di media sosial apabila restoran terbabit menyajikan mi kari mengandungi bahan mentah disyaki daging babi.

Beliau berkata, susulan daripada video tular berkenaan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor menjalankan pemeriksaan lanjut di premis makanan terletak Subang Jaya itu pada 11 pagi semalam.

"Hasil pemeriksaan di bahagian dapur restoran, anggota menemukan bahan mentah digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.

"Ketika ditanya anggota, pengurus restoran menafikan daging terbabit adalah daging babi dan mendakwa itu adalah daging ayam diperap dengan perencah barbeku.

"Bahan mentah utama itu disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan pakar. Menurut pengurus terbabit, bekalan bahan mentah itu dipesan pihak ibu pejabat syarikat restoran itu," katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Zikril Azan berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang masih dalam tempoh sah sehingga 30 November ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita Sijil Halal Jakim dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

"Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan.

"Kes akan disiasat mengikut kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

"Ia bermaksud, makanan atau barang-barang itu bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

"Jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda seperti mengikut Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011," katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal Jakim sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta sentiasa menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

Menurutnya, pemeriksaan sama turut dijalankan pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang, KPDNHEP Cawangan Kajang dan KPDNHEP Cawangan Gombak membabitkan 15 anggota terhadap cawangan restoran berkenaan.

"Orang ramai dialu-alukan supaya menyalurkan maklumat berkaitan dengan isu halal melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).

"Orang ramai boleh menyalurkan melalui web KPDNHEP atau aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif selaras dengan cogan kata kementerian "Pantas, Cekap dan Efektif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2020 @ 9:09 AM

Saturday, April 27, 2019

Restoran, kedai kek gagal tunjuk sijil halal

MyMetro
Dziyaul Afnan Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


RESTORAN terkenal dan beberapa premis yang menjual kek di Perlis dikesan gagal mematuhi prosedur penyediaan makanan halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Azizan Sulaiman berkata, premis berkenaan gagal menunjukkan sijil halal selain penyediaan makanan di dapur meragukan pihaknya.

“Mereka mengambil orang Islam bekerja untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di meja makan tetapi di bahagian dapurnya sangat meragukan pengguna Islam.

“Saya bukan mahu menimbulkan isu perkauman, tetapi perkara ini agak sensitif dalam kalangan umat Islam dan premis itu seharusnya berusaha mendapatkan sijil perakuan halal daripada JAKIM sekiranya benar mereka tidak menghidangkan makanan dan minuman yang meragukan.

“Saya ada bertemu dengan pengusaha premis dan mereka mendakwa, walaupun tukang masak bukan beragama Islam, namun mereka tidak meletakkan bahan berunsur haram dalam makanan, tetapi apa salahnya jika mereka mengikuti prosedur JAKIM dan dapatkan sijil perakuan halal untuk dipamerkan kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui di sebuah majlis di Dataran Sheikh Ahmad, hari ini.

Azizan berkata, pemilik premis itu perlu lebih peka kerana tindakan mengambil pekerja Islam khususnya di bahagian perkhidmatan pelanggan seakan memperdayakan pengguna.

Katanya, pihaknya menggesa supaya setiap pengusaha makanan di negeri ini tidak menipu pelanggan dan lebih jujur ketika mengendalikan premis kepada orang awam.

“Di pihak kami tidak boleh mengambil langkah drastik untuk menutup premis kerana tiada enakmen negeri khusus yang membenarkannya.

“Tetapi saya mengingatkan kepada pengguna supaya selepas ini untuk lebih peka sebelum mengunjungi restoran atau premis yang tidak mempunyai logo halal atau gagal mempamerkan sijil perakuan halal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 10:19 AM

Monday, November 5, 2018

6 bulan tempoh 'amaran' buat perokok

MyMetro
Balqis Jazimah Zahari
cnews@nstp.com.my

FOTO Hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan terburu-buru mengeluarkan saman kepada perokok yang merokok di premis makanan dalam tempoh enam bulan pertama sebaik pelaksanaan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Januari depan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, sebaliknya kementerian akan melaksanakan pendekatan mendidik dan memberi nasihat terlebih dahulu sebelum menguat kuasakan larangan sepenuhnya

“Kita akan memberikan amaran (dalam tempoh enam bulan) kepada perokok jika mereka merokok di restoran terbuka.

“Bagaimanapun, selepas tempoh itu jika perokok enggan mempedulikan amaran dan terus merokok, maka kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan (saman) serta-merta.

“Pendekatan ini diambil kerana matlamat kementerian bukan untuk menghukum, sebaliknya memberi pendidikan kepada perokok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja dan sesi dialog bersama kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kampar di Klinik Kesihatan Malim Nawar, Kampar, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming.

Dr Boon Chye berkata, pada masa sama kementerian turut menggesa pemilik restoran untuk mempamerkan papan tanda pemberitahuan larangan merokok dan melupuskan semua penggunaan bekas abu rokok di premis mereka.

Katanya, ia sebagai langkah untuk mengelakkan pemilik didenda jika pelanggan masih mahu merokok di kedai mereka.

NSTP sebelum ini melaporkan KKM akan mempertimbangkan sekiranya terdapat pemilik premis yang mahu membuka restoran atau kafe khusus untuk perokok.

Kementerian sebelum ini juga memaklumkan akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 November 2018 @ 7:04 PM

Monday, July 2, 2018

Kenaikan tarif elektrik dirasai

Nor Idayu Bosro dan
Ismail Ibrahim Nordin
02 Julai 2018 3:00 AM

Pengusaha perniagaan terpaksa menanggung peningkatan kos operasi harian

KUALA LUMPUR – Kenaikan tarif elektrik pengguna komersial ekoran keputusan Suruhanjaya Tenaga mengenakan surcaj tambahan sebanyak 1.35 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWj) bermula semalam dibimbangi bakal membebankan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Perkara itu dijangka berlaku apabila pengusaha perniagaan seperti pemilik restoran, pusat beli-belah, hotel dan kilang terpaksa menanggung kos operasi harian yang semakin meningkat.

Tinjauan Kosmo! di beberapa premis komersial di ibu negara mendapati pengusaha perniagaan perlu menyediakan peruntukan lebih besar untuk membayar bil elektrik yang dijangka mengalami kenaikan sehingga lima peratus daripada kadar sebelum ini.

Menurut sumber daripada Hotel Seri Pacific yang bertaraf lima bintang, pihaknya mungkin membayar bil elektrik antara RM210,000 hingga RM315,000 sebulan dalam tempoh enam bulan akan datang berbanding RM200,000 hingga RM300,000 sebelum ini.

“Oleh itu, kami berharap kerajaan dapat mengkaji semula kenaikan tarif ini kerana ia akan memberi impak kepada mutu dan kualiti perkhidmatan hotel,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Friday, June 22, 2018

Kulasegaran: Hanya tukang masak tempatan dibenarkan mulai tahun depan

Bernama | June 22, 2018

Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, berkata pengusaha diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan bekerja di restoran mereka.
Kulasegaran berkata langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing, sekali gus menjaga kualiti makanan tempatan.

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.

Menterinya M Kulasegaran berkata, bagaimanapun semua pengusaha diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan bekerja di restoran mereka dan peraturan baru itu dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2019.

“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi…kami beri masa hingga 31 Dis untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya, semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan anggota Persatuan Pengusaha Restoran India (Prisma) di Petaling Jaya.

Katanya kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan PRISMA serta Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (Presma) dalam masa terdekat untuk membincangkan pelaksanaan tukang masak tempatan di restoran.

Kulasegaran berkata langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing, sekali gus menjaga kualiti makanan tempatan.

Beliau berkata tindakan kementeriannya ini selari dengan langkah diamalkan kerajaan negeri Pulau Pinang melarang warga asing menjadi tukang masak di kedai makan, restoran dan juga gerai sekitar pulau itu sejak 2014 dalam usaha memelihara warisan makanan negara.

Mengulas kenyataan Kulasegaran itu, Presiden Prisma P Muthusamy berkata keputusan itu agak mengejutkan dan bakal memberi implikasi besar kepada pengusaha.

“Sejak beberapa tahun lalu, kita menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja. Malah lebih 500 restoran ditutup sejak beberapa tahun lepas kerana kekurangan pekerja,” katanya.

Muthusamy berharap kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengusaha kedai makanan di seluruh negara sebelum melaksanakan keputusan itu.

Presiden Presma, Ayub Khan pula berkata masalah pekerja di restoran semakin ketara kerana tidak ada pekerja tempatan mahu bekerja di restoran.

“Kami buat iklan, sanggup bayar gaji hingga RM2,500 pun orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja di restoran,” katanya.

Wednesday, May 30, 2018

Restoran Raj's Banana Leaf tampil mohon maaf

Sinar Harian
Mei 30, 2018 09:25 MYT


Restoran Raj's Banana Leaf. Foto Sinar Harian

PETALING JAYA: Pemilik Restoran Raj’s Banana Leaf tampil memberikan kenyataan maaf berhubung penularan satu video yang menunjukkan pekerja restoran berkenaan membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air.

Menerusi hantaran di akaun Facebook restoran berkenaan, pemiliknya memohon maaf kepada pelanggan dan mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan oleh beberapa pekerja baharu di cawangan Bangsar milik restoran itu.

“Kami memohon maaf dengan kejadian berkenaan yang dilakukan oleh pekerja baharu kami di cawangan Bangsar. Kami ingin memaklumkan kepada semua perkara sebegini tidak pernah berlaku dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kami juga ingin menegaskan Raj’s Banana Leaf secara konsisten melepasi pemeriksaan kebersihan dan kesihatan restoran kami yang dilakasanakan secara berterusan.

“Kami berharap pelanggan akan memberikan peluang kedua kepada kami dan kami ingin menegaskan faktor kebersihan dapur restoran kami sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Menerusi kenyataan berkenan juga, pemilik restoran mengatakan akan membuat majlis berbuka puasa secara percuma pada 31 Mei nanti bermula jam 7.30 malam hingga 9.30 malam di Raj’s Banana Leaf Bangsar sebagai tanda permohonan maaf berhubung kejadian itu.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 30 saat yang tular pada Selasa menunjukkan beberapa pekerja sedang membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air.


Video berkenaan menarik perhatian dan reaksi yang pelbagai di kalangan netizen.

Tuesday, March 22, 2016

WASPADALAH !!! Inilah ciri-ciri tempat makan ada 'Jin Peludah' sebagai pelaris

by admin
Bagi anda yang suka makan di luar rumah atau mempunyai hobi pelancongan masakan, berhati-hati dan kaji memilih di mana untuk makan kerana ia boleh menjadi makanan yang anda makan mengandungi bahan pelaris. Walaupun niat pemilik tempat makan supaya pengguna mengandungi makanan ia menjual, tetapi proses ini biasanya melibatkan jin penglaris peludah yang sudah tentu adalah sangat menjijikkan.

Jin Peludah adalah syaitan yang dipakai sebagai sarana penglaris makanan. Tidak hanya warung-warung pinggir jalan sahaja yang menggunakan perkhidmatan makhluk jahat ini .. sekarang sudah berkembang digunakan di mall-mall yang ada di kota – kota besar.

Disebut jin peludah kerana sebelum di sajikan kepada pelanggan, makanan ini di ludahi akan menjadi terasa nikmat dan pelanggan akan ketagihan untuk datang ke warung makan tersebut. Selain jin peludah ada juga jin penjilat piring yang akan digunakan oleh pelanggan. Proses tersebut ternyata mampu menambah rasa makanan yang di sajikan, Bahkan kadang-kadang jika di rasa kurang maka tindakan meludah itu dilakukan sampai dua kali atau tiga kali secara berturut-turut.

Kesan daripada tindakan jin ini di samping membuat enak masakan yang di sajikan juga membuat tenaga negatif akan masuk ke tubuh orang yang memakan masakan tersebut, di sisi lain kadang jika orang yang memakan masakan yang di ludahi itu kebetulan adalah orang baik-baik tingkah laku dan muatan spiritualnya , maka kadang selepas memakan makanan yang di ludahi, beberapa waktu kemudian dia akan merasa mual dan mungkin juga muntah-muntah.

Banyak orang yang telah mengalami hal tersebut. Salah satunya seperti yang dialami seorang Kyai yang diajak makan di sebuah restoran di Jakarta oleh rakannya. Ketika ia duduk di kerusi restoran, Pak Kyai mendadak sakit kepala dan buru-buru keluar tidak jadi makan, selepas ditanya, beliau memberikan selendang yang dia pakai kepada rakan itu … tiba-tiba rakan itu melihat beberapa sosok mahluk telanjang bulat yang mundar mandir meludah pada setiap makanan yang dihidangkan kepada pengunjung.

Jin peludah hanya salah satu jenis penglaris, banyak cara lain yang dilakukan pemilik rumah makan agar warungnya laku.

Adapun ciri-ciri tempat / rumah makan, kedai kuih atau tempat kuliner lain yang menggunakan Media Sihir dalam usahanya iaitu:

Kalau warung besar semacam restauran, pasti ada tandas atau bilik berhampiran dapur yang tidak boleh dimasuki sesiapa. Biasanya di dalamnya ada orang tua renta yang sakit kakinya dicelup ke air untuk kuah masakan.

Kalau warung pinggir jalan, perhatikan periuk atau periuknya. Biasanya kalau pake penglaris hanya si tukang dagang yang boleh dibuka, jadi pembeli tidak boleh sembarang ambil kuah atau lihat-lihat isinya.

Biasanya terdapat buntelan kain putih di tempat nasi, gagang centong sayur, atau di peralatan masak lain.

Warung pinggir jalan yang menggunakan pelaris, tempat cuci piring berasingan jauh dan tidak kelihatan kegiatan cuci piring.

Kalau dibawa pulang, rasanya berubah drastik berbeza dengan rasa jika dimakan di tempat makan atau makanannya cepat menjadi basi sehingga tidak sempat termakan.

Jika dineutralkan dengan doa rasanya jadi standard.
Itu hanya salah satu helah nakal dari pengusaha warung makan, agar laris. Kita tidak menghakimi semua warung-warung makan, kerana tidak semuanya memakai helah jahat seperti ini. Bersekutu dengan bangsa Jin dengan tujuan dan cara apapun tidak dibenarkan dalam ajaran agama, walaupun hal tersebut merupakan perbuatan syirik yang mampu membenamkan pelakunya kelembah Jahannam.

Sebagai orang beriman jangan lupa berdoa, kerana orang yang dekat dengan Tuhan akan dijauhkan dari segala yang jahat. Berdo’alah di mana saja dan kapan saja ketika akan dan sesudah makan. Jika perlu bacalah ayat kursi. Sebarkan info ini agar saudara dan teman kita tahu. Semoga menjadi amalan sholih.

Sumber: Muslimahcorner.com

Wednesday, June 24, 2015

Dah beratus tahun, sekarang baru nak bantah.....?

Komuniti India Muslim 
bantah guna nama ‘MAMAK’
KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 persatuan mewakili komuniti masyarakat India Muslim menyerahkan memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia berhubung penyiaran laporan khas berkenaan harga makanan dan minuman melibatkan restoran mamak, di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, di sini hari ini.

Memorandum bantahan itu di serahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed kepada wakil Utusan Malaysia, Mohd. Asron Mustapha.

Menurut Noorul Hassan, antara bantahan utama adalah berhubung penggunaan gelaran ‘restoran mamak’ yang dianggap sensitif dan rasis.

“Ini jelas mengundang kesan buruk kepada keseluruhan masyarakat India Muslim. Artikel yang diterbitkan oleh pihak Utusan Malaysia telah mengundang kemarahan seluruh warga India Muslim.

“Saya harap pihak Utusan Malaysia tidak menggunakan gelaran restoran mamak sebaliknya restoran nasi kandar adalah lebih baik, malah dalam penyiaran artikel sebelum ini tiada pula penggunaan gelaran restoran Melayu, restoran Cina atau restoran India,” katanya di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu turut disertai oleh wakil daripada Inspirasi Muhibbah India Muslim (IMIM), Persatuan Perintis Malabari Malaysia (PMMM), Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor (JMMNJ), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) serta Kelab Belia Muslim Malaysia.

Yang turut hadir ialah wakil daripada Komuniti India Muslim (Imcom), Persatuan Jalinan Mesra India Muslim (PJMIM), Persatuan Pertubuhan Nurul Amin (PPNA), Gerakan Pemuda India Muslim (Gepima), Kerala Muslim Jama’at (KMJ), Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) dan Dewan Perindustrian India Muslim (Mimcoin).

Mengulas penawaran harga makanan dan minuman di restoran nasi kandar, Noorul Hassan menjelaskan, pengguna tidak tahu tentang kos tersembunyi yang perlu ditanggung oleh pengusaha yang didakwa meletakkan harga berbeza.

“Saya ambil contoh mudah, sebuah kedai di KLCC menjual sekeping roti canai pada harga RM1.50 berbanding sebuah kedai nasi kandar di Banting pula menjual harga roti canai dengan harga RM1.

“Sebenarnya restoran nasi kandar di KLCC itu menjual harga yang lebih murah berbanding di Banting kerana sewa kedai di KLCC mencecah RM80,000 sebulan berbanding premis di Banting yang hanya pada kadar RM3,000 sebulan.

“Ini bermakna pengusaha itu masih mampu memberikan harga yang murah walaupun terpaksa menanggung bebanan sewa yang beratus kali ganda lebih tinggi dengan premis yang kadar sewanya murah,” ujarnya.

Justeru tambahnya, pada dasarnya, pengusaha terpaksa menanggung kos sewa, bahan mentah, utiliti dan pembayaran gaji pekerja yang berbeza.

Katanya, faktor berkenaan mempengaruhi penetapan harga makanan dan minuman di restoran nasi kandar seluruh negara. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=293062:komuniti-india-muslim-bantah-guna-nama-%E2%80%98mamak%E2%80%99&Itemid=2#ixzz3dwTUQTUy
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Saturday, June 28, 2014

Mari kite mengenal ape itu "LARD"


Ari ni Wak Labu mau cerite sikit dengan ringkas cerite tentang "LARD". Lard ialah sebenar nye lemak babi.
Lard ialah sejenis lemak yang dihasilkan dari babi. Sekali pandang, ianye tidak ubah same seperti minyak sapi atau ghee yang digunakan oleh orang Islam.

Boleh di katekan hampir semue jenis masakan orang kafir mengandungi lard. 

Biasa nye di bahagian ini lah lemak babi yang sesuai di jadikan lard.

Lemak babi yang belum di proses untuk di jadikan lard.

Lemak babi yang di masak untuk dijadikan lard

Lemak babi yang sudah bertukar jadi lard


Ayam dan kentang goreng yang di masak dengan lard memang nye lazat dan rangup

dibawah ni ialah jenis2 makanan yang mengkin mengandungi lard




Oleh itu Wak Labu nasihatkan anda supaya ber hati2 jika teringin makan di restoren orang kafir.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-