Showing posts with label KPDNHEP. Show all posts
Showing posts with label KPDNHEP. Show all posts

Thursday, November 25, 2021

Pemuda Umno tempelak kerajaan Ismail Sabri kerana gagal kawal harga barang

malaysiamerdeka.com
November 25, 2021 7:00 pm

PEMUDA Umno meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) lebih pro-aktif mengawal harga barang keperluan asas rakyat pasca pandemik dan menjelang musim hujan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mempersoal adakah Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggu masih membincangkan mengenai isu kenaikan harga barang yang melonjak kebelakangan ini.

Katanya, KPDNHEP tidak boleh membiarkan rakyat menunggu lebih lama lagi sebelum diumumkan langkah-langkah direncanakan bagi menangani lonjakan harga barang keperluan asas.

“Tindakan berani dan berkesan seperti menyediakan subsidi untuk mengawal kos dedak-dedak binatang ternakan juga antara yang boleh dilakukan bagi memastikan harga ayam contohnya dapat distabilkan.

“Begitu juga penguatkuasaan Akta Anti-Pencatutan mesti dipertingkatkan oleh pihak berkuasa KPDNHEP supaya tidak timbul sebarang kemungkinan ‘hoarding’ atau pencatutan oleh pihak pengedar atau pemborong untuk mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat ketika ini,” katanya, menurut Malaysiapost.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini, mengulas isu kenaikan harga barang.

Sejak kebelakangan ini, harga barangan keperluan asas khususnya makanan seperti ayam yang sayur-sayuran dilaporkan naik mendadak, antara lain didakwa disebabkan kenaikan harga makanan ayam serta musim tengkujuh.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata satu lagi isu lebih besar yang perlu menjadi ‘wake-up call’ kepada kerajaan ialah apa sebenarnya perkembangan dan hala-tuju ‘Dasar Jaminan Makanan Negara’.

Katanya, dasar itu sepatutnya memastikan kebergantungan kepada import makanan berada pada tahap paling minimum dan kos bahan makanan asas rakyat pada tahap yang berpatutan.

Sunday, July 18, 2021

Terkini! Harga telur ayam naik

perakinsights.com
July 18, 2021 8:40 am


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan harga telur ayam meningkat kira-kira tiga peratus.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata berikutan itu, siasatan akan dilakukan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, pihak kementerian menerima laporan mengenai kenaikan harga bahan mentah itu, kelmarin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana banyak ladang ternakan ayam ditutup berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, keadaan itu menyebabkan penawaran berkurangan manakala permintaan terhadap bahan berkenaan meningkat.

“Saya dimaklumkan bahawa telur ayam akan ada kenaikan harga kerana difahamkan banyak ladang ladang ayam ini, kini tidak beroperasi.

“Walaupun ada kenaikan, kita akan pantau kenaikan ini sebab dua tiga hari lalu, kita dapat mesej daripada sahabat mengatakan bahawa akan ada kenaikan harga.

“Malah, ia turut diakui pengeluar telur ayam bahawa ada kenaikan harga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan pemeriksaan harga barangan di Tunas Manja Mall, di sini, petang tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Aris Mamat.

Rosol berkata, pihaknya memahami situasi yang terpaksa ditanggung peniaga terbabit, namun tindakan tegas akan diambil jika harga dinaikkan tidak munasabah.

Katanya, sebagai contoh harga telur di pasar raya Tunas Manja Mall, dua hari lalu, bagi gred A ialah RM12 sepapan kini RM13.10, gred B RM10.80 (RM11.90) dan gred C RM10 (RM11.30).

Dalam pada itu, beliau berkata, bekalan barangan keperluan menjelang Aidiladha adalah mencukupi, kecuali tepung gandum bersubsidi.

Malah, katanya, pemantauan turut dijalankan di pasar raya dan premis dengan kekuatan 2,263 pengawai penguatkuasaan kementerian di seluruh negara.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/840279/telur-ayam-akan-naik-harga

Tuesday, June 8, 2021

RM600juta dibelanja untuk stabilkan harga minyak masak

suaramerdeka.com
8.6.2021

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta tahun ini berbanding RM528 juta tahun lalu bagi melaksanakan Program Skim Rasionalisasi Minyak Masak atau Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, COSS adalah program subsidi minyak masak bertujuan untuk meringankan bebanan pengguna dalam kos sara hidup mereka.

Mekanisme ini, jelas beliau terbuka kepada semua golongan untuk mendapatkan minyak masak dengan harga berpatutan.

“Subsidi ini diberikan kepada minyak masak yang dipek dalam bungkusan polibeg 1 kilogram (kg) dan ditawarkan kepada pengguna pada harga mampu milik yang sangat munasabah iaitu RM2.50 sepeket walaupun harga minyak masak mentah (CPO) di pasaran dunia meningkat pada masa ini.

”Kerajaan telah memperuntukkan 60,000 tan metrik ™ sebulan (atau 720,000 tm setahun) bersamaan dengan 60 juta polibeg sebulan (720 juta polibeg setahun) untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia semua peringkat di seluruh negara. Kuantiti tersebut berdasarkan kadar penggunaan 1.8kg seorang setiap bulan (22.0kg seorang setahun),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan tambah beliau, memberi jaminan kualiti minyak masak sawit bersubsidi yang dijual dalam polibeg adalah sama dengan yang dijual dalam botol malahan ada di antaranya dikeluarkan dari kilang yang sama.

Kata beliau, minyak masak yang dijual dalam botol plastik bersaiz 2kg, 3kg, 5kg dan dalam tin 17kg adalah tidak bersubsidi di mana harganya ditentukan oleh harga CPO di pasaran dunia.

Rakyat katanya, boleh membuat pilihan sama ada hendak membeli minyak masak bersubsidi dalam kemasan polibeg 1kg atau yang tidak bersubsidi dalam kemasan botol plastik dan tin.
Pada masa ini harga CPO di pasaran dunia sudah mencecah lebih RM4500 tan metrik (berbanding sebelum ini hanya sekitar RM2500 tan metrik sahaja), bersamaan lebih kurang RM4.50 per kg sebelum diproses dan dibotolkan.

”Ini bermakna kos minyak sawit mentah sahaja sebelum dibotolkan sudah melebihi RM22 untuk 5kg. Itu tidak termasuk kos-kos lain seperti pemprosesan, pembotolan, pengangkutan dan keuntungan di semua peringkat kilang, pemborong, pengedar dan peruncit.

“KPDNHEP sedang berbincang dengan beberapa kementerian dan agensi yang berkaitan untuk mempertingkatkan mekanisme pelaksanaan harga untuk minyak masak bersubsidi dan tidak bersubsi di pasaran bagi mengurangkan beban pengguna. Kerajaan akan memaklumkan hasil dari perbincangan dan mekanisme yang dipersetujui. Pihak Penguat Kuasa KPDNHEP sentiasa memantau bekalan dan harga barangan di pasaran setiap hari. Pihak Penguat Kuasa tidak akan teragak-agak untk mengambil tindakan di bawah AKHAP 2011 jika terbukti peniaga melakukan pencatutan terhadap harga barang termasuk minyak masak. Kementerian juga sentiasa proaktif dalam memastikan tiada ketirisan dalam bekalan minyak masak bersubsidi,” katanya.

Alexander berkata, KPDNHEP akan melaksanakan kuasa yang diberikan kepada Kementerian seperti mengenakan harga kawalan atau harga maksimum jika didapati harga sesuatu barang itu melonjak kepada paras yang tidak munasabah.

“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) adalah salah satu contoh pelaksanaan kawalan harga di setiap musim perayaan di mana KPDNHEP menjangka permintaan akan meningkat dan peningkatan itu akan menekan harga barangan seperti yang biasa berlaku dalam ekonomi pasaran bebas,” katanya.

Saturday, November 14, 2020

Restoran terkenal jual mi kari babi?

MyMetro
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

PEGAWAI KPDNHEP Selangor menyerbu restoran disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mi kari. FOTO ihsan KPDNHEP

Shah Alam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran terkenal di sini, yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mi kari, semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, tindakan itu susulan tular satu rakaman video di media sosial apabila restoran terbabit menyajikan mi kari mengandungi bahan mentah disyaki daging babi.

Beliau berkata, susulan daripada video tular berkenaan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor menjalankan pemeriksaan lanjut di premis makanan terletak Subang Jaya itu pada 11 pagi semalam.

"Hasil pemeriksaan di bahagian dapur restoran, anggota menemukan bahan mentah digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.

"Ketika ditanya anggota, pengurus restoran menafikan daging terbabit adalah daging babi dan mendakwa itu adalah daging ayam diperap dengan perencah barbeku.

"Bahan mentah utama itu disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan pakar. Menurut pengurus terbabit, bekalan bahan mentah itu dipesan pihak ibu pejabat syarikat restoran itu," katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Zikril Azan berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang masih dalam tempoh sah sehingga 30 November ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita Sijil Halal Jakim dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

"Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan.

"Kes akan disiasat mengikut kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

"Ia bermaksud, makanan atau barang-barang itu bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

"Jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda seperti mengikut Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011," katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal Jakim sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta sentiasa menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

Menurutnya, pemeriksaan sama turut dijalankan pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang, KPDNHEP Cawangan Kajang dan KPDNHEP Cawangan Gombak membabitkan 15 anggota terhadap cawangan restoran berkenaan.

"Orang ramai dialu-alukan supaya menyalurkan maklumat berkaitan dengan isu halal melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).

"Orang ramai boleh menyalurkan melalui web KPDNHEP atau aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif selaras dengan cogan kata kementerian "Pantas, Cekap dan Efektif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2020 @ 9:09 AM

Thursday, July 2, 2020

Maruku tiada sijil halal, gaji Pati, premis kotor.


GUNA Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) tidak sah, menggaji tujuh pendatang asing tanpa izin (Pati) dan keadaan premis kotor.

Itu keadaan sebuah premis memproses muruku di Kajang yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi semalam.

Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Bahagian Pengurusan Halal (JAIS) menjalankan operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

“Pemeriksaan mendapati terdapat penggunaan logo halal yang tidak sah (logo generik) pada bungkusan produk makanan ringan muruku yang dijual.

“Hasil siasatan juga mendapati produk ini dijual secara meluas di pasar raya berhampiran, kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit di sekitar Hulu Langat, Cheras serta di platform e-dagang.

“Antara strategi pemasaran yang digunakan syarikat itu adalah menggunakan label jenama nama wanita Islam bertujuan mengelirukan masyarakat Islam kononnya produk itu keluaran produk muslim dan boleh dimakan oleh orang beragama Islam tanpa was-was,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, hasil semakan yang dilakukan dalam Sistem MYe-Halal Malaysia mendapati premis berkenaan bukan pemegang SPHM yang sah.

“Oleh itu, JAIS melakukan sitaan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 membabitkan 138 kotak siap berbungkus (pelbagai peket), 960 kotak bertanda logo halal yang tidak sah (belum digunakan) dan pelbagai lagi.

“Anggaran nilai rampasan yang dilakukan adalah sebanyak RM14,819.

“Siasatan dijalankan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan pemilik premis boleh didenda sehingga maksimum RM200,000,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dilakukan juga mendapati pemilik premis menggajikan sembilan pekerja membabitkan dua warga tempatan manakala tujuh lagi warga asing.

“Pekerja warga asing itu disyaki dari India dan tidak memiliki pasport atau permit kerja yang sah.

“Keadaan premis juga sangat kotor terutamanya di kawasan pemprosesan makanan dan pejabat kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap premis mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009 11(1)b kerana gagal menyediakan rekod latihan pengendali makanan dan 7(1) disebabkan tidak memperbaharui perakuan pendaftaran premis makanan.

“Tindakan arahan penutupan premis turut dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam terutamanya umat Islam agar sentiasa teliti terhadap logo halal yang dipamerkan dan pastikan ia adalah logo asli yang diiktiraf oleh JAIS atau JAKIM.

“Umat Islam perlu lebih peka terhadap produk yang mempamerkan logo halal dan sentiasa melakukan semakan terhadap logo dan produk halal di direktori Halal Malaysia (www.halal.gov.my) atau hubungi Bahagian Pengurusan Halal (JAIS) di talian 03-55143760/3486 bagi sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai status pensijilan yang dipamerkan pada produk makanan, minuman, kosmetik, premis makanan,barang gunaan atau pelbagai lagi, ” katanya.

HM

Monday, April 6, 2020

Putrajaya akan batal pengecualian PKP bagi kilang arak kerana menteri tak dimaklumkan

FMT Reporters
-April 6, 2020 11:28 AM
Heineken berkata, 10% daripada jumlah tenaga kerjanya ialah kakitangan penting dan akan terbabit dalam operasi ketika PKP.

PETALING JAYA: Putrajaya akan membatalkan kelulusan kontroversi yang diberikan kepada kilang arak Heineken untuk meneruskan operasi di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).

FMT difahamkan keputusan membenarkan kilang itu terus beroperasi “terlalu awal” kerana ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan surat itu tanpa kelulusan menterinya atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

FMT sudah menghubungi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi, tetapi belum mendapat sebarang maklum balas.

Difahamkan, beliau juga tidak menghadiri mesyuarat Kabinet pagi ini.

Surat bertarikh 31 Mac lalu kepada Heineken yang meluluskan “operasi terhad” itu ditandatangani Ketua Setiausaha KPDNHEP, Hasnol Zam Zam Ahmad, yang berkata kilang bir itu memenuhi kriteria pembekal makanan dan boleh terus beroperasi ketika PKP.

FMT juga mendapat tahu sekurang-kurangnya sebuah lagi kilang bir utama diberikan pengecualian sama.

Heineken berkata, 10% daripada jumlah tenaga kerjanya ialah kakitangan penting dan akan terbabit dalam operasi ketika PKP.

“Kami mempunyai kewajipan untuk memastikan bekalan berterusan produk kami, mengekalkan pekerjaan rakyat dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara kita secara positif.”

Difahamkan, pengecualian untuk Heineken juga perlu mendapatkan kelulusan Miti yang diketuai Mohamed Azmin Ali, seorang daripada 4 menteri kanan Kabinet.

“Secara teknikal, Heineken di bawah kategori makanan dan minuman, tetapi disebabkan ia bukan sebahagian daripada perkhidmatan asas yang dikecualikan langkah pembendungan semasa, ia memerlukan kelulusan daripada Miti,” kata sumber.

Langkah mengecualikan Heineken itu dikritik PAS, salah satu sekutu kerajaan Perikatan Nasional.

“PAS menghormati hak bukan Islam untuk minum minuman keras sepertimana dasar yang dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, tetapi ia bukanlah keperluan semasa dalam menghadapi situasi kritikal Covid-19,” kata PAS.

Semalam, seorang pemimpin Pemuda PPBM mempersoalkan langkah itu dengan berkata, ribuan perniagaan halal serta perusahaan kecil dan sederhana diminta menghentikan operasi sementara ketika PKP.

“Mengapa pengecualian diberikan kepada kilang arak Heineken, sedangkan terang-terangan perniagaan mereka haram,” soal exco agama Pemuda PPBM, Abu Hafiz Salleh Hudin.

Di bawah PKP yang diumumkan bulan lalu, semua pejabat dan perniagaan akan ditutup dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

Tetapi, pengecualian diberikan kepada perkhidmatan asas, termasuk bekalan air dan elektrik, telekomunikasi, pengangkutan, perbankan dan bekalan makanan.

Sunday, April 5, 2020

Surat KPDNHEP benarkan syarikat arak beroperasi tular


Sepucuk surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi pengecualian kepada syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd untuk beroperasi tular di media sosial.

Dalam surat bertarikh 31 Mac yang dilihat Malaysiakini, kementerian berkenaan membenarkan syarikat pembekal bir itu beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), susulan permohonan yang dibuat pada 24 Mac.

"Berhubung permohonan tuan/puan pada 24 Mac 2020, setelah meneliti dan menyemak yang dikemukakan kementerian mendapati permohonan tuan/puan memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan di bawah PKP.

"Sehubungan itu, kementerian mengesahkan dan bersetuju bahawa aktiviti perniagaan tuan/puan boleh dibuka bagi memastikan pembekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP. Pengesahan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat seperti lampiran A," katanya dalam kandungan surat tersebut.

Surat itu di tandatangani oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP Hasnol Zam Zam Ahmad ditujukan kepada Pengurus Besar Heineken Malaysia Bhd.

Ketika dihubungi sumber Heineken mengesahkan ketulenan surat itu.

PKP dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Pada mulanya ia berakhir pada 31 Mac tetapi Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melanjutkannya sehingga 14 April ini.

Sepanjang PKP, perniagaan dan perkhidmatan kategori tidak penting mesti ditutup sementara orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah atas urusan penting, antaranya untuk membeli barang makanan.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi kementerian berkenaan bagi mendapatkan maklum balas.

Monday, March 30, 2020

Kerajaan tetap harga siling topeng RM1.50 seunit, kata Ismail Sabri

Faiz Zainudin
-March 30, 2020 2:52 PM

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, harga siling topeng akan dikaji dari semasa ke semasa untuk dikurangkan berdasarkan kos yang ditetapkan pihak pembekal dari luar negara.

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan harga siling topeng sebanyak RM.150 seunit, berbanding harga sebelum ini yang lebih tinggi.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, harga baru itu turut dipersetujui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan mengambil kira kos pembekal luar negara.

“Kita telah bincang dan kita dapati topeng tidak banyak dikeluarkan dalam negara, tetapi diimport dari negara luar, kita terikat dengan harga di negara yang kita import.

“Mesyuarat bersetuju harga siling topeng adalah RM1.50 sekeping, iaitu RM0.50 sen lebih murah daripada harga awal yang diumumkan, iaitu RM2,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat harian menteri-menteri dan pihak terlibat dalam mendepani Covid-19 di Perdana Putra di sini.

Katanya, harga baru itu akan mula berkuat kuasa pada 1 April ini.

Ismail yang juga menteri pertahanan berkata, harga siling topeng itu bagaimanapun akan dikaji dari semasa ke semasa untuk dikurangkan lagi berdasarkan kos yang ditetapkan pihak pembekal dari luar negara.

“Kita akan kaji harga dari semasa ke semasa, kalau harga kita beli murah daripada pembekal luar negara berubah, kita akan turunkan harga,” katanya.

Sebelum ini, KPDNHEP membenarkan import penutup mulut dan hidung bagi mengatasi kekurangan bekalan di pasaran domestik ekoran penularan Covid-19.

Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, kebenaran untuk mengimport diberikan susulan harga siling penutup mulut dan hidung yang dinaikkan daripada 80 sen sekeping kepada RM2 sekeping sekarang dengan mengambil kira kos import.

Harga tersebut bagaimanapun tidak dipersetujui Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan meminta ia diturunkan.

Tuesday, January 29, 2019

Restoran popular di Teluk Intan gagal peroleh sijil halal

MyMetro
Noor Hidayah Tanzizi
cnews@nstp.com.my

Surat JAIPk yang tular mengenai keputusan mesyuarat panel halal.

PERMOHONAN Pensijilan Halal Malaysia sebuah restoran India popular di Jalan Changkat Jong di Teluk Intan gagal selepas didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Yusri Abdul Rani berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Perak pada 27 Disember tahun lalu.

Katanya, ia berikutan pemeriksaan mendapati pihak restoran berkenaan didapati tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sudah ditetapkan.

“Restoran berkenaan didapati tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam aspek kebersihan dan tiada lantikan penyelia halal.

“Bekalan bahan mentah di premis berkenaan bagaimanapun didapati tiada masalah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

eliau diminta mengulas surat yang tular dalam WhatsApp hari ini menyatakan permohonan pensijilan halal premis makanan yang terkenal di Teluk Intan dengan hidangan ayam goreng itu, gagal selepas tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Yusri berkata, berikutan itu, premis berkenaan diminta untuk tidak menggunakan sebarang penandaan halal pada premis makanan mereka.

“Bagaimanapun kegagalan permohonan premis berkenaan itu tidak menghalang mereka memohon semula sijil halal selepas mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebuah restoran makanan daun pisang iaitu Restoran Vinayagar Hutan Melintang, Bagan Datuk dikesan menggunakan tanda halal tidak sah dalam operasi yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 17 Januari, lalu.

“Pemilik restoran berkenaan didapati beragama Hindu dan premis itu mempunyai penandaan halal tetapi ia bukan pemegang sijil halal dan tindakan diambil oleh pihak KPDNHEP mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011,” katanya.

Dalam pada itu, Yusri berkata, orang ramai diminta lebih berhati-hati dan peka dalam memastikan premis makanan yang dimiliki bukan Islam mempunyai sijil halal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 8:26 PM

Thursday, January 17, 2019

Restoran mamak 'palsu' di mana-mana

MyMetro
Suzalina Halid
suzalina@nstp.com.my

(Gambar fail) Antara pemeriksaan yang dijalankan ke atas restoran-restoran mamak palsu di sekitar Kuala Lumpur baru-barui ini.

DUA restoran nasi kandar di Alor Setar dikenakan tindakan berikutan bukan sahaja disyaki mengambil keuntungan tinggi namun turut mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran meskipun pemiliknya bukan beragama Islam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Chin Ching Chung berkata, tindakan itu dibuat terhadap kedua-dua restoran terbabit berdasarkan aduan orang ramai berikutan mengenakan caj sehingga RM8.50 bagi sepinggan nasi goreng ayam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kedua-dua restoran itu turut diberi amaran dan diarah menurunkan ayat al-Quran yang digantung di restoran mereka berikutan mengelirukan pelanggan sedangkan pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan asas langsung mengenai agama Islam ketika disoal siasat.

“Kedua-dua restoran itu kita ambil tindakan kelmarin melalui operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan Jabatan Kesihatan negeri, bermula Isnin lalu hingga 31 Januari ini.

“Rentetan itu, kita mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana mengambil keuntungan tinggi tidak munasabah dan diminta memberi maklum balas dalam tempoh 10 hari.

“Bagi kesalahan meletakkan ayat al-Quran pula, anggota penguatkuasa JAIK meminta pemiliknya menurunkan semua ayat itu kerana ia boleh mengelirukan pelanggan beragama Islam, ” katanya kepada NSTP, di Alor Setar.

Terdahulu, Chin menghadiri Seminar Keselamatan Data Peribadi dan Kewangan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pada masa sama, katanya, secara keseluruhan sebanyak 44 buah restoran diperiksa sejak Isnin lalu melalui operasi bersepadu itu.

Sementara itu, melalui operasi pemeriksaan di kantin sekolah pula, sebanyak 25 buah kantin sekolah sudah diperiksa sejak Ahad lalu membabitkan daerah Kulim dan Langkawi (lima); Sungai Petani (lapan); Baling (tiga); Kubang Pasu serta Alor Setar (dua).

Katanya, melalui operasi itu, tiada pengusaha kantin sekolah yang diambil tindakan berikutan mereka mengikut peraturan ditetapkan seperti meletakkan tanda harga.

Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 17 January 2019 @ 3:41 PM

Friday, December 28, 2018

20 kereta tersadai lepas isi minyak, Petronas mohon maaf


Diterbitkan Hari ini 1:16 tengahari


Lebih kurang 20 kenderaan mengalami masalah pagi ini lepas mengisi minyak di Stesen Petronas Solaris Besraya di Serdang pagi tadi.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan disiarkan di Facebook Petronas Brands hari ini.

Syarikat minyak negara juga memohon maaf atas kejadian tersebut.

"Kami telah menghubungi para pelanggan yang terlibat, mengambil tindakan yang sepatutnya dan akan memberi pampasan yang sewajarnya kepada mereka," menurut kenyataan itu.

Petronas juga menegaskan stesen minyak lain tidak terlibat.

"Kami mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas isu ini dan memohon maaf sekali lagi," kata syarikat itu.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan kereta-kereta terlibat tersadai selepas mengalami kerosakan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna, (KPDNHEP), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk ke stesen minyak itu selepas kejadian berkenaan tular di media sosial.

Katanya, pegawainya yang melakukan pemeriksaan dimaklumkan oleh pemilik stesen minyak tersebut bahawa satu tangki petrol dimasuki air.

“Saya dimaklumkan juga pihak stesen minyak sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan menjelang pukul 7 petang ini stesen minyak itu boleh beroperasi seperti biasa.

“Setakat ini kesemua pam minyak telah ditutup dan dihentikan bagi mengelakkan lebih ramai pengguna terjejas,” beliau dipetik sebagai berkata ketika ditemui Utusan hari ini.

Monday, October 1, 2018

RON97 naik 14 sen

Oleh Magendran Rajagopal
cnews@nstp.com.my


KUALA LUMPUR: Harga runcit minyak petrol RON97 naik 14 sen seliter daripada RM2.65 pada bulan September kepada RM2.79 bagi tempoh 1 Oktober 2018 hingga 31 Oktober ini.

Sementara itu, harga petroleum RON95 dan diesel dikekalkan, masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, berdasarkan paparan rasmi di laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Selepas menerajui pemerintahan negara susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun ini bagi menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Ia selaras dengan manifesto PRU-14 PH yang antara lain berjanji untuk menstabilkan harga bahan api di pasaran tempatan dengan menanggung subsidi bagi mengekalkan harga runcit petrol dan diesel dalam tempoh 100 hari selepas berkuasa.

Susulan itu, harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan, masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter manakala harga RON97 diapungkan secara apungan terurus sama seperti dilaksanakan pentadbiran terdahulu.

Thursday, July 26, 2018

Menteri: Daging bukan barang kawalan, dijangka naik menjelang Aidiladha

Nur Hasliza Mohd Salleh | July 26, 2018

Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan rakyat menggunakan haknya sebagai pengguna dan membeli pada harga yang munasabah dan tidak membebankan.
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan tidak mampu mengawal harga daging kerana negara tak berupaya mengeluarkan bekalan makanan mencukupi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kurang sebulan untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, harga bekalan daging dijangka naik ekoran item tersebut bukan dalam kategori barangan kawalan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata harga daging bergantung kepada penawaran dan tawaran.

“Oleh sebab itu, jangkaan harga bekalan itu akan naik menjelang hari raya korban disebabkan permintaan yang tinggi.

“Kita (kerajaan) hanya boleh berikan cadangkan agar rakyat menggunakan haknya sebagai pengguna dan membuat pembelian pada harga yang munasabah dan tidak membebankan.

“Manakala peniaga pula, kementerian suka menasihati agar berusaha mengamalkan etika peniaga yang baik dan selebihnya itu berasaskan kepada amalan pasaran ekonomi terbuka dan ekonomi bebas,” katanya semasa sidang media Ekspo Peruncitan dan Francais Tempatan dan Antarabangsa 2018 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan tidak mampu mengawal harga daging kerana negara tak berupaya mengeluarkan bekalan makanan yang mencukupi.

“Dahulu pernah ada usaha ternakan lembu untuk bekalan daging tempatan seperti National Feedlot Corporation (NFC) tetapi gagal.

“Atas sebab itu kita bergantung kepada daging import berbanding daging eksport sebagai bekalan kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga berharap negara dapat mengusahakan keperluan bekalan daging yang mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat.

Thursday, July 12, 2018

Menteri: GST sifar, penurunan harga sangat kecil

Bernama | July 12, 2018

Harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13% dan melibatkan 70% daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

Saifuddin berkata harga makanan dan minuman turun di premis restoran makanan segera, namun tidak di restoran India Muslim atau kedai ‘mamak’ yang masih mengekalkan, malah ada yang menaikkan harga. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Penurunan harga barangan yang rendah menjadi punca rakyat masih belum merasai sepenuhnya pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata,
“Sebenarnya kenaikan tidak berlaku, tetapi jumlah penurunan harga barangan itu sangat kecil, ia tidak mencapai 30 hingga 40%.

“Apabila kita semak aduan, terdapat 2 kategori yang paling besar iaitu harga tidak berubah dan harga meningkat…daripada 10 aduan yang diterima 5 daripadanya berkaitan makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera,” katanya kepada selepas menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas menteri Tan Sri Rais Yatim serta beberapa persatuan pengguna mengenai aduan orang ramai, iaitu tiada perubahan pada kebanyakan barangan selepas pelaksanaan GST pada kadar sifar.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata harga makanan dan minuman turun di premis restoran makanan segera, namun tidak di restoran India Muslim atau kedai ‘mamak’ yang masih mengekalkan, malah ada yang menaikkan harga.

“Jumlah kedai mamak itu agak besar bilangannya sebanyak 10 ribu restoran dan pegawai KPDNHEP membandingkan harga dengan restoran makanan segera dan ia menunjukkan penurunan agak ketara di restoran makanan segera, tetapi tidak di kedai mamak.

“Memang berlaku rampasan dan sebagainya tetapi pegawai kita ambil pendekatan memberi nasihat dan amaran agar tidak diulangi sebelum tindakan undang-undang diambil kerana kita tidak mahu menjejaskan mata pencarian sesiapa tetapi jangan memangsakan pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Kulim Bandar Bharu itu berkata beliau bercadang mahu memaparkan sampel kajian tinjauan harga barangan daripada pegawainya secara terus ke laman sesawang KPDNHEP.

“Saya tidak mahu bina hijab atau dinding dengan rakyat mengenai penemuan tinjauan, kita nak kongsi dengan rakyat dari segi fakta dan barangkali saya kena ‘create’ (cipta) rangkaian khas yang menyatakan hasil tinjauan di setiap premis barangan, biar rakyat boleh akses terus untuk tengok,” katanya.

Tuesday, July 10, 2018

Harga kekal walaupun GST sifar

WARTAWAN SINAR HARIAN
10 JULAI 2018


KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata pihaknya menerima aduan daripada orang ramai akan tiadanya perubahan harga pada kebanyakan barangan selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lepas.

Timbalan Presidennya Mohd Yusof Abdul Rahman menggesa kerajaan supaya membuat pemantauan harga barangan keperluan asas kerana tiadanya perubahan pada harga seperti yang diharapkan rakyat dan kerajaan.

"Kita menerima aduan menerusi e-mel atau laman sosial Facebook tentang harga barangan yang tidak berubah walaupun GST sifar,” katanya di sini, hari ini dan menambah bagaimanapun pihaknya tidak menerima aduan mengenai harga barangan yang semakin mahal.

Selain itu, Mohd Yusof berkata senarai jenis barangan keperluan yang sepatutnya turun harga perlu didedahkan kepada pengguna supaya mereka peka dengan perbezaan harga barangan semasa berbelanja.

"Dengan mendedahkan jenis barangan yang sepatutnya turun harga selepas cukai GST pada kadar sifar dapat mengelakkan kekeliruan," katanya dan berharap kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak mengenakan cukai sebanyak enam peratus itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini berkata bahawa 70 peratus daripada barangan keperluan menyaksikan penurunan harga sejak pelaksanaan GST pada kadar sifar dan ini diragui pelbagai pihak.

Beliau berkata penurunan harga barang dikesan berdasarkan tinjauan kementerian dari 1 Jun sehingga 30 Jun lepas.

Sementara itu, ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang tidak menafikan bahawa penurunan harga barangan selepas pelaksanaan GST pada kadar sifar masih belum lagi menjadi kenyataan, menasihatkan pengguna menjadi “mata dan mulut” kepada pihak berkuasa untuk mengatasi masalah itu.

"Pengguna perlu bersikap proaktif supaya peniaga tidak mengambil kesempatan dalam hal ini. Jika buat laporan terhadap pihak berkuasa mengenai salah laku peniaga, tolong sertakan sekali maklumat lanjut termasuk bukti transaksi untuk memudahkan siasatan oleh pihak penguat kuasa.

“Penguatkuasaan perlu diperhebatkan dengan memantau harga barangan di premis perniagaan untuk memastikan enam peratus GST itu tidak dikenakan lagi terhadap barangan,” katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Datuk Jacob George pula berkata pihaknya mendapati tidak ada petunjuk jelas akan adanya penurunan harga bagi barangan seperti yang dikatakan menteri itu.

"Hasil pemerhatian pihak kami hampir di seluruh negara dan juga melalui pertemuan dan perbincangan dengan golongan sasar termasuk pengguna, tiada sebarang perubahan harga terhadap barangan seperti yang dikatakan. Kalau ada pun cuma satu atau dua barangan sahaja," katanya.

Tambah beliau, kenyataan menteri tentang penurunan harga barangan itu adalah tidak realistik.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-