Showing posts with label skandal Seks. Show all posts
Showing posts with label skandal Seks. Show all posts

Tuesday, July 2, 2019

Pertemuan 45 minit Mahathir - Kit Siang jadi tanda tanya

News | Diterbitkan Hari ini 1:03 tengahari


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang agak berhati-hati dalam mendedahkan maklumat berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, ini adalah pertemuan empat mata mereka sejak pilihan raya umum lalu.

"Kami jumpa selama kira-kira 45 minit dan membincangkan isu-isu nasional," katanya, tanpa mendedahkan butiran perbincangan.

Terdahulu, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong memuat naik gambar pertemuan Lim dan Mahathir pada mesyuarat itu di Tweeter.

Katanya, kedua-dua pemimpin veteran yang pernah berseteru tetapi hari ini adalah sekutu dalam Pakatan Harapan, membincangkan isu-isu negara secara panjang lebar.

"Pakatan Harapan dipimpin oleh mereka yang ingin melihat Malaysia berjaya dan menjadi negara hebat," katanya.

Mesyuarat itu diadakan selepas skandal seks, membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, dikatakan menggegarkan gabungan PH dan menyebabkan keretakan yang agak parah dalam PKR.

Azmin yakin bahawa seteru dalaman PKR bertanggungjawab membocorkan klip video yang kononnya menunjukkan dirinya terlibat dalam aksi seks songsang dengan lelaki lain.

Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku sebagai lelaki lain dalam video itu dan mendakwa bahawa aksi mereka itu diadakan di bilik hotel Azmin di Sandakan pada bulan Mei.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, mendakwa bahawa ini adalah sebahagian daripada komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Presiden PKR dan bakal pengganti Mahathir, Anwar Ibrahim menafikan sebarang pembabitannya dengan video itu.

Spekulasi bertiup kencang bahawa video, yang sedang di bawah siasatan polis itu, ada kaitan dengan dakwaan bahawa Mahathir mungkin memilih Azmin sebagai penggantinya dan bukan Anwar sebagai bakal perdana menteri.

Tuesday, June 18, 2019

Azmin harus letak jawatan jika bersalah – pembantu Anwar

Zikri Kamarulzaman 
Diterbitkan Hari ini 4:21 petang


Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terheret dalam skandal seks berprofil tinggi yang dikatakan berprofil tinggi, dengan sesetengan pihak mendakwa dia adalah dalang di sebalik kempen bagi menentang Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Azmin hari ini mendakwa bahawa beliau yakin klip video seks yang didakwa membabitkan dirinya adalah “kerja dalaman PKR” bila mengulas “kehilangan” Farhash apabila bahan-bahan berkenaan mula diedarkan pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Farhash, yang adalah setiuasaha politik Anwar Ibrahim, menafikan keterlibatannya.

Sebaliknya, pengerusi PKR Perak itu berkata Azmin perlu meletakkan jawatan jika terbukti bersalah berkaitan klip video seks sejenis yang dihadapinya.

“Azmin harus letak jawatan jika bersalah,” kata Farhash ketika dihubungi Malaysiakini.

Farhash juga menyatakan bagaimana keseluruhan episod itu kini menjadi “blame game” dengan semua pihak menuding jari.

“Saya adalah setiausaha politik Anwar jadi mudah untuk orang berfikiran cetek membuat kenyataan tak berasas,” katanya.

Farhash, yang kini bercuti untuk menyiapkan tesis PhD dalam bidang pengurusan, turut menafikan bahawa dia bertemu Haziq Abdullah Abdul Aziz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Manila.

Merujuk kepada tuduhan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, beliau berkata iatidak lain adalah fitnah.

Haziq, yang mengaku sebagai individu yang terbabit dalam video itu, ditahan di KLIA Jumaat lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari berikutnya.

Ketua Pemuda PKR Santubong itu sedang disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang, termasuk melakukan persetubuhan di luar tabii.

Haziq juga mendakwa bahawa Azmin pasangannya dalam video itu. Azmin walau bagaimanapun menafikan dirinya terbabit dan menyifatkan tindakan itu sebagai satu komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Terdahulu, timbalan ketua PKR Perak MA Tinagaran juga mengesahkan bahawa Farhash sedang bercuti dan bukannya hilang seperti yang didakwa.

Haziq: Saya pun mangsa, aksi intim dirakam dan dibocorkan

News | Diterbitkan Hari ini 12:11 tengahari


Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang terpalit dalam skandal seks berprofil tinggi, menegaskan bahawa dia juga adalah mangsa dalam kejadian itu.

"Semua orang lupa bahawa saya pun adalah mangsa kerana ada orang yang merakam dan membocorkan apa yang sepatutnya menjadi saat intim," katanya kepada akhbar The Sun.

Ketua Pemuda PKR Santubong juga mendakwa tidak tahu mengenai dalang di sebalik rakaman itu ketika ditanya sama ada dia telah mendedahkan butiran kejadian kepada polis.

Haziq, 27, juga memuji polis kerana melayannya dengan baik semasa dalam tahanan berikutan penangkapannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu.

"Mereka layan saya dengan baik. Polis yang jaga saya sangat profesional dan mereka kekal berkecuali," katanya.

Haziq, yang dibebaskan dengan jaminan polis pada hari berikutnya, turut mendedahkan bahawa keluarganya sentiasa memberi sokongan kepadanya.

"Mereka (ibu bapanya dan adik-beradik) tahu saya memerlukan semua sokongan yang boleh mereka berikan sekarang... Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk sembuh tetapi saya selalu ada keluarga saya bersama," katanya.

Minggu lalu, beberapa individu yang tidak diketahui telah membocorkan klip video seks melalui kumpulan Whatsapp.

Haziq, dalam "pengakuan" yang disiarkan di Facebooknya, mendakwa bahawa dia adalah individu dalam klip tersebut yang melakukan aksi atas ranjang itu bersama seorang lagi individu yang menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Dia juga mendakwa bahawa Azmin terbabit dalam klip berkenaan dan aksi hubungan sejenis mereka itu dirakamkan di sebuah bilik hotel di Sandakan semasa pilihan raya kecil bulan lalu.

Azmin menyifatkan video itu sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Pihak polis sedang menyiasat video berkenaan bagi menentukan sama ada klip itu adalah sahih.

[Baca berita penuh]

Wednesday, June 12, 2019

Klip video lucah: Anwar tak sangka

Annabelle Lee dan Ng Xiang Yi 


Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau menyangka tuduhan skandal seks yang dikenakan terhadapnya adalah yang terakhir digunakan dalam politik negara ini.

Bagaimanapun katanya amat malang apabila kecenderungan menggunakan taktik sebegitu berterusan dengan munculnya dakwaan hubungan asmara sejenis membabitkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Sudah tentu saya sangka apa yang saya alami (sebelum ini) patut menjadi yang terakhir, tetapi malangnya trend ini seolah-olah berterusan dan ia amat menyedihkan, memualkan dan saya tidak faham mengapa ini harus terus berlaku," katanya.

Anwar ditemui media di Petaling Jaya selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR petang tadi.

Antara lain mesyuarat itu membincangkan perkembangan terkini mengenai dakwaan seorang anggota PKR bahawa Azmin terlibat dalam hubungan sejenis.

Ia merujuk kepada rakaman klip video didakwa dirakam di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei lalu.

Dakwaan tersebut dibuat Ketua Pemuda PKR Santubong yang juga setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.

Baca Azmin: Ini komplot jahat untuk musnahkan karier politik saya

Azmin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah orang yang dilihat dalam rakaman video tersebut.

Untuk rekod Anwar disabitkan kesalahan atas tuduhan meliwat pada 1999 dan 2014 namun diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas PH menawan Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu.

Kata Anwar beliau amat menolak permainan politik yang menggunakan kaedah sebegitu.

Menurutnya ia adalah salah dari pandangan moral, agama dan etika.

"Ini bukan cara kita patut menghakimi atau menilai seseorang dalam politik," katanya.

[Baca berita penuh]

Hukum pemuda mengaku terlibat video homoseks mirip menteri, kata Tuan Ibrahim

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa agar isu video skandal seks pemuda bersama mirip seorang menteri diselesaikan segera.
 — Foto oleh Shafwan Zaidon

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa mahkamah Syariah di Sabah mengambil tindakan segera terhadap pemuda bernama Haziq Aziz yang mengaku terlibat dengan skandal seks bersama mirip seorang menteri.

Jelas Tuan Ibrahim, tindakan segera perlu diambil bagi mengelak perkara lebih buruk sekaligus memberi tumpuan terhadap isu yang lebih penting.

“Sehubungan dengan pengakuan individu tertentu yang membuat pengakuan, maka PAS menggesa Mahkamah Syariah Sabah perlu menghukum individu tersebut atas pengakuan beliau.

“PAS menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah.

“Di saat pelbagai kemelut ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat, PAS perlu tampil menjadi agen yang membantu bukan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang tidak bermanfaat,” katanya.

Haziq hari ini mengaku terlibat dalam skandal video homoseks didakwa membabitkan seorang menteri.

Pengakuan itu dibuat menerusi video 33 saat di Facebook awal pagi tadi sambil menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat menteri terbabit.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar video berkenaan tidak disebarkan kerana tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Pandangan saya kita harus kekal berpegang kepada prinsip Islam untuk mengelakkan diri daripada turut menyebarkannya agar tidak dilaknat Allah dan dibuka keaiban kita di dunia dan di akhirat kelak.

“Lebih membimbangkan jika video tersebut adalah palsu, pastinya dosanya lebih besar dan laknat Allah yang lebih berat bakal menimpa kita,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-