Showing posts with label speaker. Show all posts
Showing posts with label speaker. Show all posts

Monday, August 21, 2023

Umno, PKR Selangor bergelut selepas DAP cadang 2 ahli sebagai speaker, pengerusi GLC

satuberita.my
By SatuBerita
-August 21, 2023
Bekas Adun DAP, Ean Yong Hian Wah (kiri) dan Lau Weng San telah dijanjikan jawatan sebagai pertukaran kerana tidak dicalonkan pada pilihan raya negeri lalu.

PERGELUTAN sedang berlaku dalam blok kerajaan Selangor yang baru apabila Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bertegas untuk meneruskan rancangan bagi melantik salah seorang bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), pelabuhan terbesar negara yang diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan yang diterajui Loke sendiri, MalaysiaNow difahamkan.

Difahamkan Umno Selangor serta sekurang-kurangnya tiga Adun PKR menentang cadangan Loke untuk menamakan bekas Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian sebagai pengerusi pelabuhan itu, dengan alasan ia hanya akan memburukkan lagi defisit kerajaan negeri dalam sokongan orang Melayu.

“Dari segi persepsi, terutama selepas kita lihat keputusan baru-baru ini, ia bukan langkah yang baik,” kata seorang pemimpin Umno Selangor yang terlibat dengan perbincangan baru-baru ini kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.

Yong dilantik sebagai pengerusi LPK sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, di mana Loke ketika itu menyandang jawatan menteri pengangkutan.

Berikutan kejatuhan kerajaan PH pada 2020, Ean Yong digantikan oleh Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon.

Nama Ean Yong naik pada 2009, ketika pembantu politiknya Teoh Beng Hock ditemui mati sewaktu dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh ditahan kerana disoal siasat mengenai dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan negeri di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan.

Sumber PKR berkata sekurang-kurangnya “tiga atau empat” Adun parti itu tidak berpuas hati dengan pengumuman terbuka Loke untuk mengesyorkan Ean Yong untuk jawatan itu, dengan mengatakan ia direka untuk memaksa Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersetuju dengan syarat DAP.

“Bukan sahaja tidak wajar untuk mengatakannya secara terbuka, ia juga sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai salah guna kuasa di pihak Loke memandangkan beliau juga menteri pengangkutan,” katanya kepada MalaysiaNow.

Kenyataan itu hadir tiga minggu selepas Loke, mengumumkan barisan calon DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, mencadangkan Ean Yong dilantik sebagai pengerusi pelabuhan, dilihat sebagai ganjaran kepadanya kerana mengosongkan kerusinya.

Ean Yong adalah antara penyandang yang digugurkan daripada bertanding dalam PRN Selangor pada 12 Ogos, bersama Teng Chang Khim, V Ganabathirau, Lau Weng San dan Edry Faizal Eddy Yusof.

Selain mengumumkan akan mengesyorkan Ean Yong sebagai pengerusi LPK, Loke juga menamakan Lau untuk jawatan speaker, sebagai bentuk pampasan kepada parti itu kerana bersetuju memberi laluan kepada Umno di Dusun Tua.

Edry, penyandang DUN Dusun Tua yang merupakan satu daripada dua Adun Melayu DAP di Selangor, bagaimanapun tidak disyorkan untuk sebarang jawatan sebagai pampasan kerana digugurkan daripada PRN baru-baru ini.

Walaupun menepati kriteria DAP untuk meletakkan calon muda, namun pemimpin berusia 38 tahun yang fasih berbahasa Cina itu, juga tidak menyatakan mengapa beliau digugurkan, hanya berkata dalam siaran video bahawa ia adalah perancangan Tuhan.

Sementara itu, Teng yang mencecah usia 60 tahun pada tahun ini sendiri menyatakan hasratnya untuk bersara daripada politik, manakala Ganabatirau sudah memenangi kerusi Parlimen Klang pada pilihan raya umum November lalu.

‘Tidak baik untuk optik’

Sumber PKR Selangor yang rapat dengan kepimpinan parti berkata, dengan DAP sudah “hampir mendominasi” blok kerajaan di Selangor, parti itu tidak perlu mengukuhkan kedudukannya dengan menuntut lebih banyak jawatan.

“Ia tidak baik untuk optik, terutamanya apabila kita tidak henti-henti cuba meyakinkan pengundi Melayu bahawa DAP tidak akan mempunyai kelebihan di Selangor,” katanya, sambil menambah Loke harus merancang sesuatu yang baru.

“Iklim pasca pilihan raya berbeza dengan musim kempen. Beliau harus memikirkan dengan teliti dua cadangannya untuk memberi ganjaran kepada ahli partinya.”

Sumber itu menambah, pemilihan Lau sebagai speaker negeri juga boleh menimbulkan lagi masalah, mengimbas kenyataan yang dibuatnya pada 2016 yang mempersoalkan sokongan Umno untuk memperkasakan mahkamah syariah di Selangor.

DAP memenangi kesemua 15 kerusi yang ditandinginya di Selangor, menjadi blok terbesar dalam gabungan PH-Umno.

MalaysiaNow sebelum ini melaporkan walaupun PH-Umno berjaya mempertahankan negeri itu, namun susunan kerajaan negeri mungkin merumitkan usaha gabungan itu untuk menghapuskan persepsi ia berkuasa atas sokongan bukan Melayu.

Perebutan jawatan dalam 12 majlis kerajaan tempatan di Selangor juga akan diperhatikan, di mana parti kerajaan sering diperuntukkan jawatan sebagai ahli majlis.

Dengan Umno menjadi komponen dalam gabungan berkenaan, parti itu berkemungkinan menuntut lebih banyak perwakilan dalam majlis kerajaan tempatan, yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan NGO dan aktivis yang menyalahkan parti itu atas penyelewengan masa lalu.

Monday, December 19, 2022

Johari Abdul speaker baru Dewan Rakyat

malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 19, 2022 10:39 AM
Pemimpin PKR, Johari Abdul dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat.

Johari, 67, dipilih selepas undian sulit dijalankan bagi usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Johari memperoleh sokongan 147 undi, sementara seorang lagi calon yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar, Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.
Pada proses pengundian itu, setiap ahli Parlimen diberi satu kertas dan mereka perlu menulis nama calon yang disokongnya, sebelum kiraan undi dibuat.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Johari memperoleh sokongan 147 undi, sementara seorang lagi calon yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.

Pada proses pengundian itu, setiap Ahli Parlimen diberi satu kertas dan mereka perlu menulis nama calon yang disokongnya, sebelum kiraan undi dibuat.
Pencalonan Johari dikemukakan oleh Anwar dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara ketua pembangkang merangkap ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin pula mencadangkan Radzi yang disokong oleh ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan.

Johari adalah bekas pengarah Biro Tatanegara Negara dan tiga penggal menjadi ahli Parlimen Sungai Petani.
Sarjana di dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster itu menjadi ahli Parlimen Sungai Petani sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, namun tidak bertanding pada PRU15 lalu, dengan kerusi itu kini disandang anaknya, Taufiq.

Semalam, beliau juga mengumumkan peletakan jawatannya sebaga Adun Gurun berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, Johari yang mengangkat sumpah sebaik sahaja pelantikannya oleh Setiausaha Dewan Rakyat berkata pelantikan itu adalah satu penghormatan yang amat tinggi dan amanah besar kepada negara.

“Sesungguhnya saya berikrar berusaha sedaya dan semampu untuk memenuhi amanah yang diberikan ini, segala pengalaman sebelum ini sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, ahli pernigaan, Ahli Parlimen dan Adun akan turut membantu dalam melaksanakan tanggungjawab berat ini,” katanya.

Johari juga memohon semua ahli Parlimen menghormati kedudukannya sebagai Speaker atas dasar tanggungjawab dan bukan atas kapasiti peribadi.

Beliau juga berpesan agar ahli Parlimen menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform membina dan menyampaikan pendapat yang molek dan bernas serta menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama berbanding matlamat politik dan peribadi.

Sebaik selesai mengangkat sumpah dan berucap, Johari mempengerusikan mesyuarat dengan meneruskan agenda persidangan iaitu majlis mengangkat sumpah 222 Ahli Parlimen yang memenangi kerusi masing-masing pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15).

Monday, October 10, 2022

Spekulasi bubar: Dewan Rakyat bersidang seperti biasa esok - speaker

malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 10, 2022 12:48 PM
Mesyuarat Dewan Rakyat esok akan diteruskan seperti yang dijadualkan, maklum Speaker Azhar Azizan Harun.

Dia dipetik Berita Harian berkata bahawa Dewan Rakyat dijadual untuk membahaskan Bajet 2023.

"Ya (sidang) diteruskan, macam biasa, kecuali saya dimaklumkan apa-apa, setakat ini tiada sebarang pemakluman, saya tidak tahu benda ini (pembubaran Parlimen) kerana ia adalah kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.

"Esok akan berlangsung waktu pertanyaan menteri (MQT), pertanyaan lisan dan diteruskan dengan pembahasan Bajet 2023," katanya hari ini.
Semalam, New Straits Times melaporkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghadap Agong petang semalam.

Akhbar itu kemudian mendakwa bahawa Ismail telah mendapatkan perkenan Agong untuk membubarkan parlimen.

Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke London malam tadi.

Baginda berdua mengadakan lawatan khas ke United Kingdom (UK) bermula hari ini hingga 16 Okt ini.
Hari ini, NST turut melaporkan dalam artikel susulannya yang bertajuk, “Dissolution imminent” (Pembubaran pasti berlaku) tetapi tidak mengesahkan sama ada perkenan pembubaran parlimen itu telah ditandatangani atau tidak.

Begitu juga dengan China Press, yang memetik "sumber" yang enggan dinamakan mendakwa Ismail Sabri dijangka mengumumkan pembubaran parlimen pada jam 3 petang hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri dijadualkan menghadiri perhimpunan perwakilan MIC peringkat kebangsaan di Matrade Exhibition and Convention Centre di Kuala Lumpur, pada 2.30 petang hari ini.

Oleh itu, kebarangkalian Ismail Sabri untuk mengumumkan pembubaran parlimen pada jam 3 petang ini adalah rendah.

Dia juga dijadual menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada jam 8 malam ini.

Saturday, September 11, 2021

Ahmad Maslan ‘sogok’ MP secara terbuka untuk jadi Timbalan Speaker Parlimen

agendadaily.com
11/9/2021


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan membuat 20 tawaran untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen supaya beliau boleh menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen (MP) Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menggariskan ‘manifesto’ tersendiri yang akan dilaksanakannya jika terpilih menduduki kerusi Timbalan Speaker Parlimen.

Beliau menyenaraikan 20 cadangan untuk melakukan pembaharuan ke atas Parlimen, dengan ada antara janjinya dilihat seperti menyogok MP pembangkang dan bebas secara terbuka, supaya menyokongnya. Parlimen akan mula bersidang Isnin ini.

Untuk rekod, tuduhan membuat sogokan terbuka kepada MP, terutama daripada blok pembangkang, pernah dilontarkan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau membuat tujuh tawaran bagi mengadakan kerjasama rentas parti antara Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan parti lain.

Pada 13 Ogos lalu, Muhyiddin antara lain mengumumkan peruntukan RM300,000 sama rata kepada Ahli Parlimen dan Senator bagi tujuan pembelian bakul makanan, melibat urus pembangkang dalam memerangi Covid-19, dan saraan serta kemudahan bertaraf Menteri Kanan kepada Ketua Pembangkang.

Namun, tujuh tawaran itu – yang diulang semula Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam – ditolak oleh pembangkang dengan antara alasannya mereka melihat seperti memberi sogokan.

Malah, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – ketua blok 15 MP yang menarik sokongan terhadap Kerajaan PN dan Muhyiddin – ketika menolaknya menyifatkan tawaran Ahli Parimen Pagoh itu sebagai sogokan terbuka.

Namun, hari ini, Setiausaha Agung UMNO itu pula membuat 20 tawaran kepada MP pembangkang dan Bebas bagi mendapatkan sokongan untuk menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, apabila sidang Parlimen bermula Isnin ini.

Antara ‘sogokan terbuka’ dikemukakan oleh Ahmad – MP yang bersama Zahid menarik sokongan kepada Kerajaan PN dan Muhyiddin – ialah memperuntukkan RM60,000 setahun dengan kiraan RM5,000 sebulan kepada MP pembangkang dan Bebas untuk menguruskan Pusat Khidmat di kawasan masing-masing. Peruntukan itu dianggap mencukupi untuk elaun dua staf dan sewa sebuah pejabat.

Ahmad juga menawarkan kepada setiap MP penyokong kerajaan dan pembangkang diberi peruntukan khas untuk sesi libat urus dengan rakyat dan pemegang taruh di kawasan bagi mendapatkan pandangan untuk isu pembangunan, kebajikan rakyat dan Rang Undang-Undang baru. Tetapi beliau tidak menyatakan berapa jumlah peruntukan itu.

Setiausaha Agung UMNO itu juga mencadangkan agar Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas diberi elaun kehadiran mesyuarat atau apa-apa elaun khas dengan jumlah yang kecil namun munasabah dengan kekerapan mesyuarat yang sesuai.

Untuk rekod, Muhyiddin yang dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri menolak sebarang imbuhan, sebaliknya mahu bekerja memulihkan negara dan membantu rakyat secara sukarela.

Pada masa sama Ahmad juga menyokong tujuh cadangan kerajaan untuk transformasi Parlimen sebagaimana diumumkan Ismail Sabri semalam, sedangkan itulah juga tawaran yang dibuat oleh Muhyiddin tetapi ditolak oleh UMNO dan pembangkang.

Apapun, semua 20 tawaran yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO itu adalah sogokan terbuka untuk meraih undi MP pembangkang dan penyokong kerajaan, bagi membolehkan dirinya – yang sedang berdepan dua tuduhan di Mahkamah Tinggi – dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung UMNO itu kini berdepan dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib kepada LHDN dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 24 Ogos lalu, Ahmad, 55, pertama kali membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh selepas mahkamah membenarkan permohonannya untuk memindahkan kes berkenaan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 13 Julai lalu.

Mahkamah menetapkan 29 September ini untuk pengurusan kes.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan dengan tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada Najib berjumlah RM2 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu ditunaikannya sendiri pada hari sama.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim pada 30 April 2014.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ahmad juga dituduh memberi penyataan palsu ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram oleh pegawai penyiasat SPRM di bilik sidang media Bangunan Parlimen, antara jam 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Setiausaha Agung UMNO itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkenaan.

Thursday, August 26, 2021

Kerusi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk pembangkang - Azalina

bharian.com
Oleh Zanariah Abd Mutalib 
zanariah_mutalib@bh.com.my
- Ogos 26, 2021 @ 6:01pm

Gambar fail, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,Datuk Seri Azalina Othman Said. - Foto ihsan Parlimen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, mencadangkan supaya kerusi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dikosongkannya Isnin lalu, diisi oleh Ahli Parlimen pembangkang.

Azalina berkata, ia adalah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memastikan Dewan Rakyat benar-benar dapat berfungsi sebagai forum bagi persaingan dan kerjasama profesional antara parti, mengenai dasar dan tadbir urus negara.

Bagaimanapun, katanya, usul berhubung lantikan itu perlu dikemukakan oleh pihak kerajaan supaya ia benar-benar menepati kehendak kerjasama pelbagai parti, selain menjadi peluang terbaik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi isyarat ke arah perubahan.

"Jika usul itu dibawa oleh pembangkang, akan berlaku satu pagi pusingan undi percaya dan pergaduhan.

"Usaha untuk melakukan reformasi akan mengambil masa. Ia bukan sesi satu hari dan bukan semua orang dapat melakukannya kerana memerlukan banyak rundingan dengan pihak berkepentingan.

"Bagaimanapun, ini (lantikan Ahli Parlimen pembangkang sebagai Timbalan Yang Dipertua) adalah sesuatu yang boleh dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi webinar bertajuk "Pelan Hala Tuju Reformasi Parlimen Semasa dan Selepas Pandemik" anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), hari ini.

Sesi webinar itu dikendalikan Profesor Pengajian Tadbir Urus, Institut Jeffrey Cheah mengenai Asia Tenggara, Sunway University, Prof Wong Chin Huat.

Azalina berpandangan, jika kerajaan dapat melakukan perkara itu dan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen, ia akan menjadi sejarah yang hebat bagi Parlimen Malaysia.

"Ia menunjukkan isyarat yang kita mahu Parlimen menjadi platform profesional," katanya.

Mengenai pelantikan mereka yang bukan Ahli Parlimen sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengelakkan berlakunya keputusan berat sebelah, Azalina berkata, ia bukan satu keperluan.

"Berat sebelah itu amat subjektif. Kadangkala berat sebelah itu berlaku disebabkan kaum, gender, kawan lama dan kawan universiti.

"Apa yang saya mahu tekankan adalah tidak penting sama ada Ahli Parlimen atau bukan, beliau mesti seseorang yang memahami apabila beliau memegang jawatan itu, beliau perlu berfungsi tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Bagi saya, jawatan itu perlu dipegang dalam kalangan Ahli Parlimen kerana kita lebih mengenali antara satu sama lain dan lebih mudah untuk berkomunikasi," katanya.

Azalina memaklumkan mengenai peletakan jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Isnin lalu, antara lain disebabkan terdapat konflik peranan dan tanggungjawab antara tugasnya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan.

Sunday, July 12, 2020

'Parlimen terpaksa bubar jika usul Muhyiddin tukar speaker, timb speaker gagal'


Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekiranya usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat esok gagal, parlimen terpaksa dibubarkan.

Asyraf berkata demikian merujuk kepada empat usul Muhyiddin di Dewan Rakyat esok, iaitu untuk menyingkirkan Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker, kemudian menggantinya dengan Azhar Azizan Harun, usul menyingkirkan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming sebagai timbalan speaker dan kemudian menggantikannya dengan Ahli Parlimen Pegerang, Azalina Othman.

"Jika gagal, bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak lagi memiliki legitimasi dan majoriti untuk meneruskan hayat pentadbiran yang ada.

"Maka kerajaan tiada pilihan lain melainkan mengadap Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan parimen," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Namun, Asyraf berkata, dia berharap agar pemerintahan PN dapat dipertahankan demi kepentingan rakyat.

Menurut persidangan Dewan Rakyat sebelumnya, Muhyiddin mendapat sokongan 113 daripada 222 anggota Dewan Rakyat.

Sejak itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh telah keluar dari kerajaan dan kemungkinan akan berpihak kepada pembangkang.

Namun, Ahli Parlimen Lubuk Antu, Jugah Muyang, yang keluar dari PKR untuk menjadi bebas yang mesra PN.

PN terdiri daripada Bersatu, BN, PAS, GPS, PBS, STAR dan kumpulan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali.

Pakatan Harapan mempunyai 91 Ahli Parlimen sementara blok ketiga yang terdiri daripada kumpulan Dr Mahathir Mohamad, Warisan dan PSB mempunyai 18 Ahli Parlimen.

Kedua-dua blok menentang untuk menukar speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Usul itu dilihat sebagai pengukur sokongan terhadap Muhyiddin.

Sejumlah usul dari kerajaan dan pembangkang telah dikemukakan ke Dewan Rakyat untuk menentukan apakah Muhyiddin masih mendapat sokongan majoriti.

Usul-usul itu bagaimanapun dijangka tidak akan dibentangkan memandangkan ia berada di bahagian bawah senarai Aturan Mesyuarat.

Thursday, October 24, 2019

Adun Bersatu gagal tukar tempat duduk DUN ke sebelah pembangkang

Diterbitkan Hari ini 11:50 tengahari


Permohonan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Mohd Shaid Rosli untuk bertukar tempat duduk ke sebelah blok pembangkang ditolak oleh Speaker Ng Suee Lim.

Malah Ng berkata tanda protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu adalah “kebudak-budakan” dan mencemar nama baik Sidang Dewan.

“Saya akan menolak permohonan, ini kerana alasan tidak kukuh.

“Pertama, anda tidak dapat bukit bahawa telah keluar dari Bersatu dan menjadi ahli bebas. Jikalau anda berbuat demikian, makanya munasabah.

“Kedua, jikalau anda keluar dari Pakatan Harapan. Tetapi beliau masih sebahagian daripada Harapan,” katanya kepada Malaysiakini semasa dihubungi.

Jaga maruah DUN

Mengulas lanjut, beliau berkata sebarang pertikaian politik tidak seharusnya membabitkan speaker DUN.

“Anda mahu bertukar tempat dan protes demi ketidakpuashati kepada Sungai Pelek. Perbuatan ini amat kebudak-budakan dan tidak matang. Alasan tidak munasabah.

“Sebarang pertelingkahan politik mahupun publisiti persendirian tidak boleh mengherat speaker DUN. Ini kerana DUN adalah tempat berwibawa serta tidak boleh terlibat dalam propaganda politik.”

Oleh sebab itu, beliau meminta Shaid menjaga maruah dan tidak mencalarkan imej DUN.

Semalam, Shaid Rosli daripada Bersatu mengumumkan mahu duduk di barisan pembangkang dalam sidang Dewan Selangor akan datang.

Tindakan itu dibuat sebagai protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu daripada DAP yang mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Bersatu.

Mengundang kecaman

Dalam satu rencana bertajuk "Mahathir: The paper tiger” (Mahathir: Harimau Kertas) semalam, Liu berkata ketika PH sedang mengetengahkan agenda pelbagai kaum, Dr Mahathir sebaliknya mengejar model parti dominan Melayu ala-BN.

Liu memberi contoh tindakan Dr Mahathir menerima bekas pemimpin Umno dalam Bersatu, selain mempersoalkan berhubung ketiadaan tarikh jelas peralihan kuasa perdana menteri.

Tindakan Liu mendapat kecaman daripada Bersatu.

Setiausaha organisasi kebangsaan DAP Anthony Loke akan merujuk Liu kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung kenyataannya bahawa PH boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Wednesday, July 3, 2019

Cabar timbalan speaker, Tajuddin kena gantung

Kow Gah Chie 
Diterbitkan Hari ini 12:56 tengahari |


PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini menggantung Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) selama empat hari selepas pemimpin Umno itu berulang kali engkar terhadap arahan timbalan speaker Nga Kor Ming.

Pertengkaran mereka tercetus semasa sesi soal jawab ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin (PKR- Bayan Baryu) menjawab soalan Tajuddin.

"Menteri (Salahuddin Ayub) ada di sini untuk menjawab soalan nombor dua tetapi meninggalkan satu soalan sebelum saya," kata Tajuddin.

"Pasir Salak (Tajuddin) ingin rekod di sini, kekesalan saya menteri pertaninan (Salahuddin Ayub) yang ada di sini jawab soalan dua, tunggu sampai hanya untuk satu lagi soalan.

"Ini tidak menghormati, tidak menghormati rakyat," kata Tajuddin.

Nga, yang mempengerusikan sesi Dewan Rakyat pagi ini, membuat keputusan tidak membenarkan Tajuddin untuk mengajukan soalan lisan tambahan selepas ahli parlimen BN itu terus tidak berpuas hati.

"Saya beri kamu tiga peluang (untuk tanya soalan) dan kamu degil," katanya dan kemudian mengarahkan bentara parlimen untuk mengiringi Tajuddin meninggalkan dewan.

Bagaimanapun, Tajuddin enggan untuk berganjak dan terus mengkritik wakil rakyat kerajaan dan Nga.

Nga kemudian menukar keputusannya dan menggantung Tajuddin dari dua hari ke empat hari, atas alasan pemimpin Umno itu berkelakuan tidak sopan.

"Pasir Salak (MP) sekali lagi menolak arahan (saya), saya menggantungkan selama empat hari," kata Nga.

"Kesemua rakyat Malaysia boleh melihat sekarang bagaimana Pasir Salak (Tajuddin) berkelakuan buruk," katanya.

Beberapa ahli parlimen pembangkang cuba mempertahanan Tajuddin dan berkata bahawa Nga tidak konsisten dalam keputusannya.

"Keputusan saya adalah konsisten. Menurut Klausa 44 (2) Perintah Tetap, apabila seorang anggota parlimen berkelakuan tidak sopan, (saya boleh gantungnya)," kata Nga.

"Apa yang tidak senonoh? Saya hanya menegur menteri, Apa yang tidak baik? Saya mempunyai rakyat saya di sana, Saya tidak memerlukan sokongan kamu," kata Tajuddin.

Pada satu ketika, Tajuddin menuduh ahli parlimen kerajaan "bercakap seperti komunis" dalam kekecoahan menjerit antara kedua-dua belah pihak dan menuduh Nga sebagai orang yang sombong dan hipokrit.

Kejadian tercetus kira-kira 20 minit.

[Baca berita penuh]

Saturday, July 14, 2018

Tak umum nama speaker, tak jejas persidangan - Kula


Persidangan parlimen tidak akan terjejas berikutan pengumuman nama speaker belum dibuat walaupun mesyuarat pertama akan bermula Isnin depan.

Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran berkata tindakan pihak yang sengaja mensasikan isu tersebut dilihat sebagai bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Persidangan (Parlimen) tidak akan terjejas. Terdapat peraturan tertentu yang harus diikuti.

"Bagi kami (Pakatan Harapan) buat kerja kami, walaupun baru dua bulan (jadi kerajaan) tapi kami yakin boleh menjawab semua soalan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kaunter Khidmat Rakyat Kementerian Sumber Manusia di Pasar Besar Ipoh di sini, hari ini.

Kula Segaran yang juga anggota Parlimen Ipoh barat mengulas mengenai tular menyatakan kelewatan mengumumkan nama speaker adalah menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat Perkara 3 dan 4 iaitu nama calon perlu diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat.

Mengulas program hari ini Kula Segaran berkata ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai kerana diadakan di tempat tumpuan masyarakat termasuk pasar awam.

"Mungkin selepas ini kita akan adakan di pasar malam supaya lebih ramai boleh datang dan berkongsi masalah mereka," katanya.

Menyentuh mengenai portal JobsMalaysia 2.0 yang dilancarkan 12 Julai lalu, Kula Segaran berkata ia bertujuan sebagai pusat sehenti yang menyediakan maklumat pasaran kerja kepada orang ramai.

Katanya berdasarkan rekod, jumlah pencari kerja aktif dalam negara adalah seramai 241,057, manakala kekosongan aktif adalah sebanyak 114,138 jawatan.

- Bernama

Wednesday, July 11, 2018

Kit Siang tak duduk di kerusi wakil rakyat pada sesi akan datang?

FMT Reporters | July 11, 2018
Ahli politik veteran itu yang berdekad lama duduk di kerusi pembangkang mungkin tidak menyertai wakil-wakil rakyat lain apabila Parlimen bersidang minggu depan.
Lim Kit Siang ahli politik paling lantang di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Selepas berdekad lama berada di kerusi pembangkang, ahli politik paling terkenal mungkin berpindah ke kerusi speaker apabila Dewan Rakyat bersidang buat pertama kali minggu depan selepas pilihan raya umum ke-14, menurut sumber yang boleh dipercayai.

Sumber itu berkata pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad bersungguh mempertimbangkan nama Lim Kit Siang, orang kuat DAP yang memenangi kerusi Iskandar Puteri, Johor pada 9 Mei lepas.

Satu pengumuman akan dibuat selepas mesyuarat mingguan Kabinet esok.

Sumber berkata nama Lim disertakan bersama sekurang-kurangnya 2 nama lain, termasuk ahli politik veteran Tan Sri Rais Yatim, yang secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada Dr Mahathir semasa kempen pilihan raya 2 bulan lalu.

“Walaupun tak sukar untuk bayangkan Rais duduk di kerusi speaker, tetapi akan ada penentangan daripada beberapa wakil rakyat kerajaan, kerana dia dilihat sebahagian daripada orang-orang lama,” kata sumber itu.

Sumber mengesahkan pemimpin PKR, Datuk Johari Abdul, yang mengetuai ahli-ahli Parlimen PKR semasa menjadi pembangkang, juga calon speaker.

Namun Johari bukan calon pilihan, ekoran bantahan daripada individu-individu berpengaruh yang merujuk kepada penglibatannya dalam Biro Tata Negara (BTN), agensi yang dikendalikan kerajaan dulu yang dikritik kerana program mempengaruhi pemikiran penjawat awam.

“Kit Siang mempunyai pengalaman selama berdekad berbahas di Parlimen, bukan sahaja dengan rakan-rakan Ahli Parlimen tetapi juga dengan speaker berhubung prosedur Parlimen,” kata sumber itu.

“Dia sangat tahu peraturan Dewan Rakyat, jadi dia perlu dipertimbangkan untuk jawatan itu.”

Pada Ahad, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan speaker baru daripada kalangan Ahli Parlimen, berbeza dengan cara BN sebelum ini.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

Jawatan itu sebelum ini diduduki oleh ahli politik Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dikritik oleh pembangkang kerana berat sebelah kepada BN, terutama dalam topik berkaitan 1MDB.

Lim, 77, menjadi Ahli Parlimen sejak 1969, apabila dia memenangi kerusi Bandar Melaka untuk DAP. Sejak itu dia mewakili 7 kerusi persekutuan, termasuk Iskandar Puteri, nama baru bagi Gelang Patah, yang dimenangi pada 2013 selepas menewaskan menteri besar Johor ketika itu, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Beliau Ahli Parlimen pembangkang paling lantang di penggal pertama Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Dia digantung beberapa kali dari sesi Dewan Rakyat. Pada 1992, dia digantung kerana menuntut siasatan ke atas skandal melibatkan syarikat berkaitan MIC dan Telekom Malaysia.

Pada Mac tahun ini, dia sekali lagi digantung kerana enggan berganjak dari kerusinya apabila diarah oleh Pandikar.

Lim beberapa kali dilantik sebagai ketua pembangkang, keseluruhannya selama 30 tahun.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-