Showing posts with label sultan. Show all posts
Showing posts with label sultan. Show all posts

Wednesday, June 21, 2023

Sejarah hubungan Kedah dan Pulau Pinang dipesongkan sejak 200 tahun

bharian.com.my
Oleh M Hifzuddin Ikhsan 
hifzuddin@bh.com.my
- Jun 21, 2023 @ 8:56pm
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (tengah) bersama barisan exco mengadakan sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini - Foto NSTP/SYAHARIM ABIDIN

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan meneruskan usaha membetulkan sejarah berkaitan kedudukan Kedah dan Pulau Pinang yang didakwa dipesongkan sejak 200 tahun lalu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata eksploitasi ke atas sejarah Kedah yang dilakukan sejak pemerintahan British wajar diperbetul selepas mendakwa pakar sejarah menemui fakta baharu hasil daripada pelbagai kajian.

Jelasnya, sekiranya pembetulan itu tidak dibuat, rakyat terutama generasi muda akan terus hidup dalam pemesongan sejarah yang dibuat pihak yang mempunyai kepentingan dalam setiap peristiwa yang berlaku.

"Ini ada pakar sejarah kata sewa (Pulau Pinang) sudah terbatal. Itu dia seorang sahaja yang kata kerana dia juga lahir daripada sistem yang telah dipesongkan. Saya tak tahu PhD (Doktor Falsafah) dia kaji bab apa.

"Jadi apabila kita ada hasrat murni untuk memperbetulkan pemesongan membabitkan Kedah, maka hasrat ini patut disokong selagi ia benar berdasarkan hakikat yang telah terjadi pada waktu itu dan mesti diperbetulkan ketika ini.

"Keadaan ini mesti diperbetul anak bangsa yang kemudian lahir dan mempunyai kecerdikan, kepintaran, kecerdasan, berilmu, mempunyai maklumat, membuat kajian dan ada usaha untuk membuat pembetulan berkenaan," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Kelmarin, pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan, sewaan Pulau Pinang telah terbatal sebaik sahaja Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) 1948 ditandatangani Raja-Raja Melayu dan wakil British, Sir Edward Gent.

Menurutnya, berdasarkan sejarah dan surat perjanjian pada tahun 1786, Francis Light hanya menyewa kepada Kedah dan ia dibayar secara tahunan.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau menjunjung titah Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengenai sejarah hubungan Kedah dan Pulau Pinang sempena Hari Keputeraan baginda Ahad lalu.

Katanya, mana-mana pihak tidak wajar berasa bimbang atau risau atas titah yang disampaikan Sultan Kedah itu kerana ia adalah benar, lurus dan betul berdasarkan fakta yang dimiliki.

"Seperti saya kata, Kesultanan Kedah ini adalah yang tertua di dunia dan satu-satunya yang diperintah keluarga sama yang tidak pernah terputus hubungan kekeluargaan sejak zaman sebelum Islam sehingga pengislaman Sultan Kedah pertama pada tahun 1136.

"Disebabkan itu adakah kita sanggup hidup dalam pemesongan sejarah buat selama-lamanya? Saya tak sanggup, jika ada yang sanggup, itu kerana dia ada kepentingan dalam pemesongan itu dan kita ada kepentingan untuk memperbetulkan apa yang dipesongkan.

"Kita menjunjung titah perintah Sultan Kedah yang mahu sejarah sebenar direalisasikan berdasarkan pembentangan fakta tanpa prejudis kepada mana-mana pihak, itu usaha yang sedang kita lakukan," katanya.

Sultan Sallehuddin sebelum ini bertitah, bahawa pembentukan Malaysia tidak sepatutnya menjadi titik yang membenarkan sejarah Kedah yang wujud sejak sekian lama dipadamkan.

Baginda bertitah, perbincangan mengenai sejarah Kedah di pelbagai platform mulai subur sejak akhir ini di segenap lapisan masyarakat, terutamanya membabitkan kedudukan negeri itu dan Pulau Pinang.

Thursday, August 8, 2019

Langkah biadap Speaker pada Sultan dan Agama Islam Disokong Adun DAP Selangor!



Langkah speaker Selangor menghalang pindaan Enekmen berkaitan dengan Islam adalah sebenarnya menunjukkan wajah sebenar DAP yang sememangnya tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan. malah mereka bukan tidak mengetahui bahawa perkara berkaitan dengan Islam adalah dibawah kuasa dan perkenan Sultan Selangor.

Tindakan Speaker DAP berkenaan bukanlah satu langkah peribadi kerana semua Adun DAP Selangor menyatakan sakongan pada kepada Speaker malah telah berikrar akan menghalang kerana terdapat ura – ura bahawa Ng bakal disingkirkan. Berikut adalah laporan daripada portal pro pembangkang yang kini kerajaan turut mengesahkan perkara tersebut.

Adun DAP ikrar halang cubaan singkir speaker S’gor

Wakil rakyat DAP berikrar akan mempertahankan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim yang didakwa cuba disingkirkan, dengan menyifatkan beliau menjalankan tugas dengan baik.

Ng disifatkan mempertaruhkan kedudukannya untuk berpegang pada prinsip apabila menangguhkan persidangan sebelum rang undang-undang penukaran agama kepada Islam secara sepihak dibentangkan.

“Speaker membuat langkah yang berani.

“Ini kerana dia tahu rang undang-undang itu boleh menyebabkan kekacauan, jadi dia mengorbankan dirinya dan mengambil risiko untuk memastikan rang undang-undang itu tidak dibentangkan,” kata sumber yang enggan namanya didedahkan kepada Malaysiakini.

Sumber berkata, Ng menggunakan “cara bijak dan sah” untuk menghalang rang undang-undang itu dibentangkan.

“Adun DAP akan mempertahankan dia (Ng), kerana dia bertindak demi kepentingan masyarakat dan semua kumpulan etnik.

“Kita boleh kata dia tidak mementingkan diri sendiri. Dia tahu perbuatannya boleh menyebabkan menteri besar (Amirudin Shari) kurang senang, tetapi dia berani untuk meneruskannya,” katanya.

Pemimpin DAP Selangor yang lain, seperti timbalan pengerusinya, Ean Yong Hian Wah dan naib ketuanya, V Ganabathirau, enggan mengulas.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa menteri besar Selangor cuba menggesa pindaan kepada enakmen negeri terhadap penukaran agama kanak-kanak di bawah umur.

Ketika ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran “ibu dan bapa” sebelum memeluk Islam. Pindaan itu bagi mengubahnya kepada “ibu atau bapa”.

Rang undang-undang berkenaan dikatakan mendapat sokongan istana atas saranan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Ng dikatakan enggan menandatangani dokumen yang akan membenarkan rang undang-undang pindaan enakmen itu dibentangkan dan menangguhkan persidangan.

Malaysiakini diberitahu bahawa sehari selepas itu, Amirudin mengadakan mesyuarat dengan semua Adun PKR dan seorang wakil rakyat Bersatu yang beragama Islam.

Salah satu agenda mesyuarat itu dikatakan adalah cadangan penyingkiran Ng sebagai speaker dewan.

Mengikut perlembagaan negeri, tidak ada klausa untuk menentukan dengan jelas bagaimana speaker dapat disingkirkan secara sah.

Fasal (2) Seksyen 71 perlembagaan hanya menyenaraikan empat syarat di mana speaker boleh meletakkan jawatan dan mengosongkan jawatannya, iaitu: Ketika dewan legislatif pertama kali bersidang setelah pilihan raya umum; Apabila dia berhenti menjadi anggota dewan; Apabila dibatalkan kelayakan di bawah Fasal (3A) di mana speaker terlibat dalam menggunakan jawatan untuk meraih keuntungan, korporat atau perniagaan; Sekiranya diputuskan oleh dewan. Dalam situasi ini, sesuatu usul dapat diluluskan dengan sokongan sekurang-kurangnya separuh daripada wakil rakyat untuk menyingkirkan speaker.

Sumber DAP juga mengatakan bahawa pihak yang ingin menyingkirkan Ng sebagai speaker tidak dapat sokongan myang mencukupi.

Bagaimanapun, dua anggota PKR iaitu Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati) dan Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang) menafikan sebarang cubaan untuk menyingkirkan Ng.

Malaysiakini

Sunday, August 4, 2019

Kaduk naik junjung ,cacing naik ke mata, inilah yg telah DAP lakukan di Dun Selangor

 rhg


Cacing naik ke mata.

Sejarah baru tercatat di DUN Selangor baru baru ini ,manisfistasi dari Malaysia baru acuan PH.

Speaker memendekkan tempoh masa perbahasan tanpa berbincang dengan kerajaan negeri dengan alasan tersirat untuk menghalang Exco Agama Islam iaitu Dato Menteri Besar sendiri membentangkan satu rang undang undang (pindaan)kemasukan agama Islam.

Usul pindaan ini adalah untuk mengemaskini proses pemelukan seseorang ke agama islam, maksudnya ia hanya melibatkan individu beragama Islam sahaja .

Tindakan speaker dari DAP menghalang MB membawa usul tersebut adalah amat menjijikkan lebih lebih lagi melakukannya melalui pintu belakang. Tindakan DAP yang sangat pengecut ini menunjukkan betapa mereka ingin sangat mencampuri urusan umat Islam di negara kita.

Setiap tindakan itu ada tindak balasnya, semua perkara ada batasnya.


Bagi saya speaker DUN Selangor ini tidak boleh di biar tanpa tindakan sewajarnya mesti diambil tindakan tegas ke atasnya.

MB mesti bertindak, jangan biarkan sikap kurang ajar ini berlarutan, ia akan merosakkan sistem demokrasi dan pembahagian kuasa antara speaker dan kuasa eksekutif institusi MB.

Kaduk naik junjung ,cacing naik ke mata, inilah yg telah DAP lakukan.

Agama Islam adalah di bawah bidang kuasa DYMM Tuanku Sultan ,menghalang usul ini boleh dianggap menafikan kuasa yang di letak di bawah kuasa Sultan dan ia boleh ditakrif DAP cuba menidakkan kuasa Sultan dan merupakan satu bentuk penderhakaan.

Jangan melampau ,sabar kami ada batasnya. Jangan cuba berenang di lautan api,padahnya tak terperi!

Dari FB Khir Toyo

Sunday, July 28, 2019

Bagaimana ‘penghasut’ masih dibenar berceramah?

tyrazalhe 
28/07/2019

Pertahan Islam, Melayu dan Raja demi keharmonian, perpaduan negara


BANGI, 25 Zulkaedah 1440H, Ahad – Bagaimana seorang penghasut yang disabit bersalah kerana menghina sultan dan institusi diraja masih dibenarkan untuk terus menghasut dan berceramah?

Demikian soal Yang Dipertua Ikatan Muslim Malaysia (Isma) Melaka, Ustaz Ir Mohd Khoushaini Mohd Naim, yang membantah ceramah aktivis Islam liberal, Wan Ji Wan Hussin di Masjid Ar Rahman, Durian Tunggal, minggu lalu.

Beliau kesal apabila program yang dianjurkan Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Durian Tunggal tetap diteruskan, walaupun dinasihat supaya dibatalkan selepas lebih 50 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak.

“Saya dah tegaskan dalam perhimpunan yang lepas, Islam, Melayu dan Raja adalah 3 teras yang kita perlu pertahankan demi menjaga keharmonian dan perpaduan di negara ini, sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Isma bersama penduduk Kampung Parit Melana, gabungan 300 NGO UMMAH dan parti politik UMNO, PAS dan Berjasa Melaka, membawa suara seluruh rakyat Melaka membantah ceramah Wan Ji yang telah disabitkan hukuman setahun penjara kerana celupar kepada institusi raja,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Wan Ji dihukum penjara setahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Setelah dua hari menjalani hukuman penjara, dia dibenar oleh mahkamah menangguhkan hukuman itu. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman memerintah terma-terma di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini dilanjutkan.

Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebooknya.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini jam 10 pagi, pada 5 November 2012.

Mengulas lanjut, Mohd Khoushaini yang juga Timbalan Pengerusi UMMAH Melaka mempersoalkan prinsip ‘rule of law’ yang digunapakai di negara ini, apabila Wan Ji sebagai banduan yang ditangguhkan hukuman masih dibenar berceramah.

“Wanji adalah banduan tertangguh dihukum penjara setahun kerana celupar kepada institusi raja, bagaimana seorang penghasut boleh dibenarkan terus menghasut? Di manakah rule of law?,” soalnya.

UMMAH Melaka sebelum ini berkumpul di Masjid Ar Rahman di Kampung Parit Melana bagi membantah kehadiran Wan Ji sebagai penceramah di masjid itu.

Monday, December 3, 2018

Tarik balik larangan baju Melayu atau berdepan Sultan!

Published on December 3, 2018 
in Edisi


SHAH ALAM –
Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor menggesa agar Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim menarik semula peraturan larangan pemakaian baju Melayu kecuali pada hari Jumaat.

Pemangku Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Zainal Dahalan berkata, Suee Lim seharusnya memahami latar belakang dan protokol kod pemakaian baju Melayu yang mempunyai status sama seperti ‘lounge suit’.

“Kemuliaan Dewan tidak hanya terletak kepada pakaian baju Melayu atau lounge suit semata-mata, tetapi turut melibatkan cara pemimpin berhujah dengan bahasa yang tertib dan mematuhi peraturan.

“Jadi peraturan itu perlu ditarik balik kerana ia tidak sesuai,”katanya ketika sidang media hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Speaker Dun kena tarik balik larangan pakai baju Melayu]

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya cuma minta hormati etika pakaian’]

Sebelum ini, Adun Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin menggesa Suee Lim mempertimbangkan untuk menarik balik larangan berkenaan sepanjang Sidang Dun berlangsung.

Namun begitu, Suee Lim menjelaskan bahawa tuduhan dilemparkan terhadapannya itu ternyata tidak berasas dan berunsur fitnah berikutan etika pemakaian ‘lounge suit’ untuk hari biasa dan baju Melayu pula pada hari Jumaat sejajar dengan amalan yang diguna pakai sejak 1959.

Mengulas lanjut, Zainal yang merupakan bekas Speaker Dun Selangor pada tahun 1990 hingga 1994 memaklumkan bahawa Suee Lim tidak memahami sejarah budaya di negara ini malah perkara itu juga tidak pernah dibangkitkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

“Sebagai contoh, bekas Speaker Dun Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Kim dan Hannah Yeoh tidak pernah membangkitkan perkara ini sebelum ini.

“Jangan jadikan Dewan yang mulia ini untuk mencari publisiti dan membuat peraturan yang bercanggah dengan budaya dan protokol ditetapkan,”katanya.

Dalam pada itu, Zainal berkata pihaknya turut memberi tempoh sehingga Jumaat ini kepada Suee Lim untuk memberi maklum balas dan menarik balik peraturan itu.

Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, Zainal berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk memanjangkan perkara itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas ini.

“Janganlah buat peraturan yang boleh menyinggung mana-mana pihak dan pihak berkenaan perlu tarik balik larangan ini,”katanya.

Source: SH Edisi

Thursday, November 8, 2018

Rasuah pemimpin PH Perak: Peguam lapor SPRM

MyMetro
Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@nstp.com.my

Mohd Khairul Azam menunjukkan laporan dan bukti rasuah selepas membuat laporan kepada SPRM Kuala Lumpur. FOTO Rosela Ismail

PEGUAM Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, hari ini membuat dua laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa wujudnya rasuah membabitkan tokoh perniagaan, Koon Yew Yin serta beberapa individu dalam Kerajaan Negeri Perak.

Beliau berkata, maklumat mengenai wujudnya unsur rasuah itu diperoleh berdasarkan artikel diterbitkan pada 2 November lalu dalam blog milik tokoh perniagaan itu yang bertajuk ‘Perak Sultan has no right to stop my appointment as economic adviser’ (Sultan Perak tidak mempunyai kuasa menghentikan perlantikan saya sebagai penasihat ekonomi).

Katanya, menerusi artikel yang kemudian dipadamkan sendiri oleh Koon, tokoh perniagaan itu mengaku menyumbang ratusan ribu ringgit kepada parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan sebagai balasan, beliau dijanjikan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Perak.

“Pengakuan itu jelas membuktikan berlakunya amalan rasuah membabitkan Koon dan Kerajaan Negeri Perak selain beberapa parti yang menerima dana sumbangan politik darinya.

“Jadi, saya minta SPRM untuk menyiasat Koon atas jenayah rasuah yang diakui sendiri oleh beliau dalam artikel tulisannya sendiri,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di SPRM Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Khairul berkata, SPRM juga perlu menyiasat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu berdasarkan janji bagi melantik tokoh perniagaan itu sebagai penasihat ekonomi.

Selain itu, Mohd Khairul berkata, SPRM juga perlu menyiasat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang menerima derma secara peribadi RM300,000 sebagaimana didedahkan tokoh perniagaan dalam artikel kedua ditulis dalam blog yang sama bertarikh 5 November lalu.

Katanya, menerusi artikel itu, Koon mengaku menderma RM200,000 secara peribadi kepada Nga berikutan Ahli Parlimen Teluk Intan itu tidak dapat menggunakan wang parti DAP secara bebas.

“Dalam artikel yang sama juga, Koon menyatakan beliau memberi tambahan RM100,000 selepas Nga mengetahui tidak terpilih menjadi menteri.

“Pemberian RM300,000 itu sebagai balasan kepada janji PH Perak untuk melantik tokoh perniagaan itu sebagai penasihat ekonomi sebelum memuat naik artikel berkenaan bagi meluahkan rasa kecewa apabila tidak dilantik ke jawatan itu,” katanya.

Menurut Mohd Khairul laporan kepada SPRM itu dibuat berikutan dua artikel berkenaan dengan jelas membuktikan Koon memberikan rasuah kepada Nga dan beberapa parti seperti dinyatakannya.

“Dua artikel berkenaan sempat saya tangkap layar (screen shot) sebelum ia dipadamkan dan boleh digunakan SPRM untuk siasatan rasuah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 November 2018 @ 6:53 PM

Wednesday, October 17, 2018

Darjah Kebesaran Hak Sultan Bukan DAP



Keputusan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengarahkan wakil rakyatnya merujuk kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum menerima sebarang anugerah kebesaran dari Sultan adalah satu penghinaan kepada institusi diraja negara ini.

Pertama pemberian anugerah ini kebanyakan melalui permohonan atau sekurang-kurangnya perlu mengisi borang biodata diri bagi tapisan dan penilaian panel tertentu. Mana mungkin seorang penerima darjah menerima anugerah tanpa sebarang pemeriksaan keselamatan dan melalui jawatankuasa penilaian darjah kebesaran negeri.

Ini bermakna sekiranya wakil rakyat DAP dianugerahkan pingat oleh Sultan atau Yang Di Pertua bermakna mereka sangatlah sedar mengenai anugerah tersebut. Mencipta situasi seolah-olah satu kejutan sehari sebelum hari penganugerahan hanyalah temberang.

Kedua, dengan mengarahkan wakil rakyat DAP merujuk kepada CEC DAP terlebih dahulu sebelum menerima sebarang pingat dari Sultan meletakkan DAP lebih tinggi dari institusi kesultanan. Jika tidak mahu pingat dan anugerah kebesaran maklumkan sahaja kepada setiap negeri agar tidak mencalonkan wakil rakyat mereka untuk sebarang pingat.

Saya tidak fikir ada sultan akan “terhegeh-hegeh” hendak memberi pingat kepada mana-mana wakil rakyat DAP atau mana-mana wakil rakyat pun.

Ketiga, selalunya senarai pemberian anugerah ini dibawa untuk perkenan Sultan oleh kerajaan negeri atau persekutuan. Jika tidak mahu makumkan terus kepada kerajaan terbabit jangan bawab sebarang nama wakil rakyat DAP.

Malangnya, DAP tidak berminat berbuat demikian secara terhormat kerana mereka mahu memalukan institusi kesultanan negara ini. Mereka perlu menghina pemberian anugerah tersebut secara terbuka bagi merendah-rendahkan institusi kesultanan.

Oleh kerana pemberian pingat kali ini hanya di negeri yang diperintah oleh Yang Di Pertua Negeri, maka ia tidaklah memberi impak yang besar sangat kepada imej kesultanan Melayu.

Buat raja-raja Melayu, ingatlah perangai DAP ini.!

Sunday, March 27, 2016

Dr Mahathir mohon Istana desak Najib berundur

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa hubungan kerajaan-istana lebih baik di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Malah, Dr Mahathir berkata, salah satu daripada rakan baik beliau ialah Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail.

Serangan yang dilapor dilakukan oleh Sultan terhadap jurulatih hoki pada tahun 1992 itu membawa kepada krisis perlembagaan, dengan kerajaan pimpinan Mahathir ketika itu melakukan usaha memansuhkan kekebalan -raja- raja.

Mahathir berkata beliau tetap mengganggap Almarhum sebagai rakannya sehingga ke akhir hayat baginda.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Kongres Rakyat di Shah Alam.

Terdahulu dalam ucapannya, Mahathir berkata beliau berharap pihak istana akan mendengar keluhan rakyat dan campur tangan dalam menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengngatkan semula bagaimana raja-raja Melayu memboikot angkat sumpah Gabenor-Jeneral British dari Malayan Union berikutan bantahan oleh rakyat yang membawa kepada pemansuhan kesatuan itu.

Insiden 1992 tercetus semula minggu lalu selepas cucu Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris mengingatkan bagaimana Istana dihina dalam tempoh itu dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Kenyataan tengku mahkota Johor itu menimbulkan spekulasi dan isyarat bahawa istana kini menyokong Najib. Bagaimanapun apabila ditanya beliau berpihak di sebelah mana, Tunku Ismail berkata "Johor".

Friday, November 14, 2014

Pemulangan Bible, permulaan untuk Malaysia yang sederhana -- Kit Siang


KUALA LUMPUR, 14 NOV: DAP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang akhirnya berjaya menyelesaikan isu rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban yang telah berlanjutan hampir setahun.

Dalam satu majlis sempena kunjungan hormat Pengerusi Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) Rev. Archbishop Datuk Bolly Lapok di Istana Shah Alam pagi tadi, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memulangkan kembali 351 naskah kitab itu kepada ACS.

Memuji langkah itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berharap ia akan menjadi titik permulaan ke arah Malaysia sebagai negara yang mengamalkan kesederhanaan.

“Tahniah kepada Azmin kerana berjaya menyelesaikan kemelut ini.

“Berita ini, serta tibanya negara kita sebagai Pengerusi Asean pada tahun hadapan adalah perkembangan yang amat dialu-alukan dan seharusnya dijadikan titik mula kepada Malaysia yang sederhana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut menyaksikan penyerahan pagi tadi selain Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Azmin adalah Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia Rev Dr Herman Shastri; Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, Pengerusi MAIS Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa dan Pengerusi JAIS Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Pada 2 Januari lalu, JAIS merampas kitab Bible bahasa Melayu dan Iban di pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) kerana didakwa melanggar seksyen 9 (1) (a) Enakmen Agama Bukan Islam (Pengawalan penyebaran ke atas orang-orang Islam) 1988 hanya kerana mengandungi kalimah ‘Allah’.

Namun Pada 11 Jun lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata tiada pendakwaan yang akan dibuat kepada BSM. Walaubagaimanapun, kitab yang dirampas itu tetap tidak akan dipulangkan.

Dalam pada itu, tokoh veteran DAP itu menegaskan kembali seruan menamatkan ketegangan kaum dan agama yang telah menyekat pembangunan negara selama ini.

“Ada keperluan mendesak untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama dan politik, mengelakkan perkauman sempit yang bertentangan dengan prinsip Malaysia.

“Sudah tiba masanya untuk kita mengambil langkah pro-aktif untuk menghentikan polarisasi kaum dan agama yang telah menimbulkan perpecahan dan perbalahan di negara kita ini,” kata Kit Siang lagi.- Roketkini.com

Thursday, July 3, 2014

Meninjau sedikit berkenaan sejarah islam dan kesultanan banjar di benua asal...........

Petikan ini Wak cedok dari laman sahabat FB Wak. Tujuan nya se kate2 untuk di sebarkan dan menjadikan nye sebagai pengtahuan am bagi kite semua.......



Zain Rez added 10 new photos.

Mesjid sungai jingah banjarmasin

Mesjid peninggalan kesultanan banjar

Mesjid nan bahari megah sampai wahini.

Tempat pengajian guru zuhdi.





ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-