Showing posts with label Pilihan Raya Umum. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya Umum. Show all posts

Tuesday, June 7, 2022

Zahid kaya, mungkin tak terasa dengan kos hidup - Pemuda Amanah

malaysiakini.com

Diterbitkan: Jun 7, 2022 9:34 AM

Tindakan presiden Umno Zahid Hamidi menggesa pilihan raya segera merupakan tindakan biadab kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Pemuda Amanah.

Naib ketuanya Abbas Azmi berkata Seri Paduka pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 bertitah agar semua pihak tidak meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan politik untuk mencapai agenda tertentu.

“Masalah rakyat hari ini ialah bebanan kos barangan harian melampau.

‘Masalah kenaikan harga dan juga bekalan makanan terhad sepatutnya menjadi keutamaan sebenar kerajaan ketika ini dan bukannya pilihan raya,” katanya.
Abbas Azmi

Zahid Konvensyen BN di ibu negara pada 1 Jun lalu sekali lagi melobi supaya pilihan raya umum diadakan segera.

Katanya, pilihan raya umum ke-14 sudah empat tahun berlalu dan pilihan raya seterusnya boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun semalam berkata kuasa untuk membubarkan parlimen dan mengumumkan tarikh baru bagi pilihan raya umum (PRU) terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, walaupun perdana menteri menasihati Agong untuk membubarkan parlimen, tetapi salah daripada segi perlembagaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya akan datang.

Dalam kenyataan hari ini, Abbas juga berkata kenaikan mendadak kadar inflasi makanan 4.1 peratus adalah di luar kawalan dan sangat menekan rakyat.

“Bak kata pepatah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ itulah yang sesuai untuk digambarkan nasib rakyat ketika ini,” katanya.

Sementara itu, dia juga menyindir Zahid dengan berkata dia mungkin tidak terkesan dengan situasi hari ini “kerana beliau seorang yang kaya raya”.

“Biarpun ayam, daging, sayuran dan lain-lain makanan asas harganya naik 100 peratus pun beliau tidak akan merasa apa apa.

“Tetapi, bagaimana dengan nasib rakyat B40? Kais pagi makan pagi kais petang makan petang?” soalnya.

Saturday, February 27, 2021

Pilihanraya boleh diadakan sekiranya separuh penduduk Malaysia sudah divaksin -Khairy

tuncarlos.com
February 27, 2021


KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin bersedia bagi pilihan raya umum akan datang jika ia mampu memberikan suntikan vaksin kepada separuh daripada 32 juta penduduknya.

Demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Menteri yang bertanggungjawab bagi Program Imunisasi COVID-19 negara , Khairy Jamaluddin dalam satu wawancara eksklusif bersama media SIngapura iaitu Mediacorp.

"Jika jumlah kes merosot, dan anda sudah memberikan suntikan vaksin kepada 50 peratus hingga 6 peratus daripada jumlah penduduk. Keadaan berada dalam kawalan dan mungkin itulah masa yang tepat.

"Saya rasa jika kita menjalankan program imunisasi yang berkesan, adalah tidak mustahil untuk membayangkan pilihan raya mungkin akan diadakan sekitar tahun ini, dalam pertengahan atau hujung tahun ini," menurut Khairy seperti yang dipetik Mediacorp.

-Mediacorp

Saturday, July 25, 2020

Tun M mungkin tubuh parti baharu

MyMetro

TUN Dr. Mahathir Mohamad. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

BERNAMA

TUN Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pembatalan keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau bersama pasukannya juga akan membuat penilaian lain seperti menyertai parti sedia ada, namun semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah nanti.

"Kalau kita nak bertanding pada Pilihan Raya Umum perlu ada parti, jadi kita tunggu keputusan mahkamah, sama ada buat parti atau tidak. Kita juga kaji untuk serta parti lain, tapi semua belum diputuskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program santai Ahli Parlimen Langkawi bersama rakyat di Pejabat Pusat khidmat Ahli Parlimen Langkawi, hari ini.

Pada 9 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos ini bagi memutuskan permohonan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Dr Mahathir dan empat yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Bersatu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2020 @ 9:08 PM

Saturday, June 6, 2020

Rakyat derita jika pilihan raya sekarang, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika perhatian dialih kepada pilihan raya, akan ada rakyat yang menderita.
 — Foto oleh Choo Choy May

PUTRAJAYA, 6 Jun — Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum di negara ini berikutan keadaan yang tidak mengizinkan dan tumpuan seharusnya diberi pada usaha mengekang penularan pandemik Covid-19, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sesetengah berpandangan kita wajar adakan pilihan raya sekarang, namun sekarang negara tidak bersedia untuk hadapi pilihan raya kerana kita tidak boleh berkempen.

“Tidak boleh berkumpul dan lakukan apa yang biasa kita lakukan semasa pilihan raya,” katanya, menambah pilihan raya juga akan menelan belanja yang besar.

Bercakap pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam, Dr Mahathir berkata jika perhatian dialih kepada pilihan raya, akan ada rakyat yang menderita.

Ditanya jika beliau mempunyai sokongan majoriti untuk kembali sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu kerana “nombor asyik muncul dan hilang.”

Mengenai hubungannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Anwar, namun menambah: “Mungkin beliau ada masalah dengan saya, kalian (wartawan) perlu tanya dia.”
 — Bernama

Tuesday, January 29, 2019

Ada Kemungkinan PRU Baharu Dalam Masa Terdekat – Peguam

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
January 29, 2019 admin


Malaysia mungkin berhadapan Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat sekiranya Tribunal yang ditubuhkan untuk enam orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati berlaku salah laku (misconduct) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Salah seorang peguam mereka, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz, menyatakan Peguam Negara, Thommy Thomas melakukan “blunder” dan membuka “floodgate” ke arah mengisytiharkan PRU-14 sebagai tidak sah.

“Jika Peguam Negara berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu wujud salah laku, maka, keseluruhan proses pilihan raya termasuk keputusan yang berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) adalah tidak sah.

“Disebabkan Peguam Negara mempersoalkan ke absahan PRU-14, (dakwa) ada salah laku, (keputusan) boleh jadi tak sah dan terbatal, kita perlu kepada pilihan raya umum baharu dan kita akan ada Perdana Menteri baharu, Peguam Negara baharu dan segala baharu.

“Anda (Peguam Negara) yang membuka pintu, saya suka untuk masuk (mengambil tindakan undang-undang susulan),” katanya

Sebelum ini, kolumnis Sinar Harian, Ab Jalil Backer menulis dalam kolum isninnya “Pilihan Raya Umum 14 tidak sah” menyatakan “Salah laku ahli SPR bukan seperti salah laku pegawai pilihan raya kawasan yang hanya menyebabkan keputusan kawasan tersebut sahaja dibatalkan. Jika ahli-ahli SPR ini disabitkan kesalahan ia bermakna seluruh keputusan PRU-14 tercemar dan harus diisytiharkan batal.”

Tribunal ini terdiri daripada lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, iaitu Steve Shim Lip Kiong (Pengerusi), Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha, dan Prasad Sandosham Abraham.

Manakalah ahli SPR yang didakwa ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.

-Suara.TV

Sunday, January 21, 2018

Hadi: PAS sasar sekurang-kurangnya majoriti mudah

Pelancaran jentera pilihan raya itu diadakan di Seksyen 17, Shah Alam bersempena perhimpunan Fastaqim 2.4 pagi ini yang dihadiri kira-kiraa 7,500 penyokong PAS.

PAS berhasrat memenangi kerusi parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sendiri, atau menyertai pembentukan kerajaan baru selepas pilihan raya umum akan datang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika mengesahkan bahawa parti Islam itu mungkin bertanding sekurang-kurangnya 130 kerusi.

"Kemungkinan 130 lebih. Sekurang-kurangnya simple majority.

"Ya. PAS mahu membentuk kerajaan ataupun menyertai membentukan kerajaan, bukan sahaja sebagai pembangkang yang lemah," katanya kepada wartawan selepas merasmikan jentera pilihan raya PAS Selangor.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki pada sidang akhbar 14 Januari lalu memberitahu parti itu bercadang untuk bertanding sekurang-kurangnya 130 kerusi parlimen.

Sekiranya rancangan itu diteruskan, PAS akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Umno merupakan parti politik terbesar di Malaysia dan bertanding di sebanyak 121 kerusi parlimen dan memenangi 88 daripadanya.

Sementara itu, Hadi juga memberitahu wartawan bahawa PAS merancang untuk membentuk kerajaan di Selangor, tetapi sedang memikirkan berapa kerusi yang akan ditandinginya.

Ketika ditanya siapa yang akan menjadi calon pilihan PAS sebagai menteri besar Selangor, Hadi berkata ia masih terlalu awal untuk diputuskan sebelum pilihan raya umum.

"Kita tidak membuat sesuatu hukuman andaian. Calon menteri besar ini andaian. Nanti (kalau) calon dia kalah?" katanya.

Read more at    https://www.malaysiakini.com/news/409445#QPfjbAO2ZPfF4Uye.99

Saturday, October 21, 2017

Mesyuarat pra-PRU: Najib tetapkan matlamat majoriti dua pertiga

Alyaa Azhar

Antara senarai perkara yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya akan datang ialah untuk Barisan Nasional mendapat majoriti dua pertiga.

Najib berkata demikian dalam mesyuarat tertutup pra-pilihan raya umum dengan penyelaras BN hari ini.

Ini menurut pemimpin BN yang hadir dalam pertemuan itu, termasuk Ketua Umno Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

"Perdana menteri menyebutkan tentang majoriti dua pertiga. Itulah harapan kita dalam pilihan raya ini dan Najib telah membayangkan bahawa mencapai majoriti dua pertiga sangat penting," kata Budiman kepada pemberita di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sementara itu, Najib juga memberitahu parti komponen BN tidak boleh mengandaikan bahawa mereka boleh bertanding di kerusi tradisi mereka.

Menurut Ketua badan perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, Najib juga menegaskan kepada penyelaras BN mengenai pentingnya sikap toleransi antara parti komponen dalam gabungan pemerintah.

"Kita tidak boleh bertanding berdasarkan prinsip status quo dan kita sebaliknya mestilah bertanding berdasarkan prinsip BN.

"Untuk mencapai ini, parti komponen tidak boleh lagi mengamalkan status quo," kata Noh.

Noh berkata, Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, menegaskan bahawa idea untuk mengekalkan status quo telah diamalkan dalam tiga pilihan raya umum lalu dan sudah tiba masanya untuk perubahan.

Seperti apa yang dikatakan oleh presiden (Najib), tambah Noh, kini sudah tiba masanya untuk membuat beberapa perubahan kerana kerusi tertentu bukan milik parti tertentu sahaja.

"Kita mesti melihat sama ada kerusi itu boleh menang (oleh calon tertentu) atau tidak dan boleh diterima oleh rakyat atau tidak," kata Noh.

[Baca berita penuh]

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398998#xIllfW20xFtQs18G.99

Sunday, April 24, 2016

Tun M perlu umum siapa yang dimahukan jadi PM, TPM

Khairil Ashraf

Ia bagi menghentikan spekulasi bahawa bekas Perdana Menteri itu sedang membuka jalan kepada anaknya.
PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengumumkan siapa yang dimahukannya untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ia bagi menghentikan spekulasi yang mengatakan bahawa beliau sedang membuka jalan kepada anaknya untuk menjawat jawatan tersebut.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin bagi menjawab kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk menjadi Orang nombor satu dalam kerajaan.

“Jadi kenapa dia bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada 2013? Semua orang dalam politik Malaysia mengetahui bahawa seseorang yang mahu menjadi Presiden UMNO dan kemudiannya dipacu Perdana Menteri, akan berdiri sebagai Naib Presiden. Ia merupakan satu pendakian ke atas.

“Mungkin disebabkan dia kalah dalam pertandingan menyebabkan Mukhriz menyatakan beliau tidak mahu mendaki ke atas atau mungkin disebabkan dia diberitahu oleh ayahnya Mahathir untuk bercakap perkara ini.

“Tetapi kita semua tahu bahawa dia atau ayahnya tidak mahu beliau mendaki ke atas kerana dia bertanding sebagai Naib Presiden,” katanya menerusi kenyataan.

Tegasnya, semua spekulasi dapat dihentikan sekiranya Dr Mahathir menamakan siapa yang dimahukan untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kenapa dia selalu mengelak dari menjawab satu soalan senang tetapi penting ini? Kenapa dia secara konsisten mengelak berhubung rancangannya untuk masa depan politik Mukhriz?” tegasnya.

Tengku Sharifuffin turut menegaskan bahawa rakyat Malaysia yang berhak memilih kerajaan dan Perdana Menteri secara demokrasi pada Pilihan Raya Umum akan datang dan bukannya daripada Dr Mahathir.

Minggu lalu, Dr Mahathir mengakui bahawa kempen untuk menggulingkan Najib telah memalukan anaknya, Mukhriz tetapi menafikan bahawa kempen yang dilakukannya adalah untuk menaikkan anaknya itu sebagai Perdana Menteri akan datang.

Menerusi sesi temu ramah, Dr Mahathir menyatakan masa yang sesuai untuk menaikkan ahli keluarganya bagi menggantikannya adalah ketika beliau masih berkuasa.

Bagaimanapun, beliau telah melarang anak-anaknya untuk memegang jawatan dalam UMNO bagi mengelakkan tuduhan nepotisme.

Friday, February 20, 2015

Setiap langkah UMNO berstrategi -- Suhaizan Kaiat

Suhaizan berkata ia strategi UMNO melalui satu-satunya jalan untuk menyelamatkan BN selepas PR menguasai 51 peratus undi popular dalam PRU ke 13.

KUALA LUMPUR, 20 Februari:

UMNO didakwa mempunyai agenda tersirat untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) yang kononya menjadi ancaman terbesar BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sambil menyeru rakyat memahami bahawa strategi sebenar UMNO dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka merupakan pepecahan kepada PR.

Katanya strategi UMNO melalui satu-satunya jalan untuk menyelamatkan BN selepas PR menguasai 51 peratus undi popular dalam PRU ke 13.

“Maka pelbagai agenda telah dirangka dan dilaksana. Antaranya mensensasikan pertembungan PAS dan DAP serta pertembungan PAS dan PKR.

“Perbezaan pendirian parti dalam PR dipergunakan semaksima mungkin. Maka perbezaan 10 peratus dalam PR disensasikan menjadi 99 peratus,” katanya.

Katanya alasan menghormati Allahyarham dan menjaga hubungan antara negeri dan pusat serta mengelakkan pembaziran yang digunakan UMNO hanya politik tersurat.

Jelas Suhaizan, tindakan UMNO membuat pusingan U secara tiba-tiba tidak mahu bertanding di Chempaka dilihat mempunyai agenda tersirat.

“Supaya kita tidak dianggap lurus bendul, maka kita perlu memahami apa yang tersirat di sebalik strategi terbaharu UMNO ini.

“Politik lurus bendul adalah politik yang bertentangan dengan politik budiman,” katanya yang dipetik melalui Harakah Daily.

Beberapa pemimpin UMNO sebelum ini menyatakan pandangan mereka bahawa UMNO tidak perlu bertanding di DUN Chempaka berdasarkan beberapa alasan.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis, akibat kanser prostat.

Sehubungan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat pada Rabu menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Chempaka.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, Nik Aziz yang merupakan Mursyidul AM PAS memenangi majoriti 6,500 undi dan mengekalkan kerusi selama 7 penggal sejak tahun 1986.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/20/setiap-langkah-umno-berstrategi-suhaizan-kaiat/#ixzz3SGdkLzwq

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-