Showing posts with label surau. Show all posts
Showing posts with label surau. Show all posts

Thursday, March 16, 2023

MP PKR pertahan tindakan Hadi terus beri kuliah di masjid

malaysiakini.com
Isabelle Leong
Diterbitkan: Mar 16, 2023 11:48 AM
Tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang meneruskan ceramah di masjid, yang dilihat bertentangan dengan institusi diraja, mendapat sokongan daripada ahli parlimen PKR Hassan Karim.

Hadi sebelum ini tetap meneruskan rutinnya menyampaikan kuliah di Masjid Rusila di Marang, Terengganu, walaupun setelah larangan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu.

Dia sebelum itu berkata tiada salahnya untuk ahli politik menyampaikan kuliah di masjid atau surau dan malah menegaskan mereka mempunyai kewajipan untuk bersuara dalam pelbagai perkara termasuk politik.

Mengulas perkara itu, Hassan berpandangan adalah demokratik untuk orang Islam mendengar ajaran Islam yang disampaikan di luar kalangan imam atau penceramah rasmi.

“Sekurang-kurangnya ada orang yang berani mencabar," kata ahli parlimen Pasir Gudang itu dalam forum politik anjuran Gerak Budaya dan dikendalikan pengarahnya Chong Tong Sin.

Hassan berkata ini dengan syarat pihak yang memberi kuliah itu tidak menggunakan masjid untuk propaganda politiknya.

Dia berkata tiada sesiapa pun, termasuk istana atau mana-mana parti politik, yang boleh memonopoli perkara berkaitan Islam.

Katanya, semua pihak perlu menerima bahawa wujudnya sistem feudal di Malaysia, tapi pada masa sama institusi diraja tidak boleh dibenarkan "mengawal semuanya".

Larangan terhadap semua ahli politik, termasuk ahli parlimen, Adun dan senator, daripada menyampaikan kuliah atau khutbah di semua masjid dan surau di seluruh Terengganu berkuat kuasa pada 2 Mac lalu.

Larangan itu dikeluarkan selepas Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita apabila ada ahli politik mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Pengecualian diberikan kepada pemegang tauliah mengajar atau dengan kebenaran daripada Maidam.

Menurut semakan di data.gov.my, setakat 4 Mac lalu, Hadi tidak berdaftar sebagai penceramah bertauliah di Terengganu.

Sebelum ini, Hadi meramalkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Ditanya jika usaha gabungannya untuk merampas kerajaan mencabar titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kestabilan politik, Hadi berkata dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, titah tersebut bukanlah penghalang kepada perubahan kerajaan.

[Baca berita asal]

Friday, March 10, 2023

Di sebalik larangan, Hadi terus sampaikan kuliah di masjid

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 10, 2023 2:14 PM
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini menyampaikan kuliah dhuha mingguan seperti biasa di Masjid Rusila di Marang, Terengganu.

Perkara itu dilaporkan beberapa media dan rakamannya juga dimuat naik di media sosialnya hari ini.

Menurut Facebooknya, dia turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama

Hadi berbuat demikian walaupun terdapat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu melarang ahli politik termasuk ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (Adun) serta senator daripada memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau di Terengganu.

Mereka turut dilarang menyampaikan khutbah Jumaat.

Menurut portal Utusan Malaysia, Hadi berbuat demikian di masjid berkenaan selepas Majlis Penyerahan Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye dan Syria, peringkat PAS Terengganu, di situ.

Portal itu juga memetik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Husain Awang sebagai berkata parti itu menyarankan semua ahlinya yang belum memiliki tauliah tersebut supaya mengemukakan permohonan bagi membolehkan mereka mengajar agama secara sah.

“Insya-Allah kita mohon (tauliah) . Ada yang telah mohon, ada yang dapat, ada yang tidak dapat,” katanya.

Arahan larangan tersebut - yang bertarikh 2 Mac - dikeluarkan susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita apabila ada ahli politik mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Hadi pada 4 Mac lalu, menegaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau-surau.

Sebaliknya, menurut Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, menjadi satu kewajipan untuk pemimpin bercakap mengenai “politik Islam”.

Malah, katanya, “Nabi SAW pun cakap politik dalam khutbah”.

Tuesday, March 7, 2023

Perak larang wakil rakyat, orang politik mengajar agama

hmetro.com.my
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Ipoh: Selain wakil rakyat, Ahli Dewan Negara dan individu yang memegang jawatan dalam parti politik dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di masjid dan surau berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pengarah lJAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, berkata, calon bertanding dalam mana-mana pilihan raya, serta bekas Ahli Dewan Negara serta wakil rakyat namun masih aktif dalam kegiatan politik juga termasuk dalam kategori yang dilarang berbuat demikian.

Katanya, ia selaras dengan ketetapan yang diputuskan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak menerusi pekeliling garis panduan bertarikh 6 Mac 2023 kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Perak.

"Larangan mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di mana-mana masjid dan surau berdaftar dengan JAIPk terpakai kepada individu yang tidak mempunyai sebarang tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya lagi, jawatankuasa kariah masjid dan surau dikehendaki sentiasa memantau aktiviti mengajar atau bersyarah supaya selari dengan matlamat pengajaran dan syarahan pengajaran iaitu pengukuhan ilmu dan pemupukan perpaduan masyarakat.

Pada 7 Januari lalu, media melaporkan keputusan sama ada menarik balik tauliah mengajar agama kepada semua wakil rakyat di Perak atau sebaliknya akan dibincangkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 26 Januari 2023.

Disiarkan pada: Mac 7, 2023 @ 12:57pm

Wednesday, June 7, 2017

PAS pula dituduh buat acara politik dalam surau

Shakira Buang


Selepas kontroversi melanda anggota parlimen PKR Sivarasa Rasuah, kawasan PAS di Selangor pula didakwa menggunakan surau untuk acara politik.

Aktivis politik Chegubard mendakwa PAS Kota Raja telah menyalahgunakan kemudahan di Surau Al-Falah dengan mengadakan permukiman di pilihan raya umum ke-14 akan datang.

“Dari gambar tersebut jelas diadakan di ruang solat,” tulis Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin di blognya semalam.

Bagaimanapun, PAS kawasan itu semalam menafikan perkara itu dan menyifatkan dakwaan bekas anggota PKR yang dipecat itu sebagai “fitnah”.

Pemangku yang dipertua PAS Kota Raja Mohd Diah Baharu mengakui acara itu dilangsungkan di situ.

Bagaimanapun, katanya, tempat itu kini sudah tidak lagi digunakan sebagai surau dan disubah suai kepada tempat kegiatan kemasyarakatan dengan nama Pusat Ilmu Al-Falah.

"Fitnah tu.

“Bangunan telah tidak digunakan sebagai surau atau tempat ibadat apabila masjid Jalan Kebun (tidak jauh dari situ) siap di bina dan mula digunakan,” kata Mohd Diah kepada Malaysiakini.

"AJK kariah ubah suai bangunan itu jadi "Pusat Ilmu Al-Falah" untuk aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan anak kariah serta disewakan kepada pihak luar untuk program-program dalaman atau tertutup seperti seminar, kursus dan lain-lain.”

Pada 2 Jun lepas, sultan Selangor menzahirkan dukacita dengan tindakan Sivarasa yang menyampaikan ucapan di ruang solat masjid itu pada 24 Mei lalu.

Baginda menitahkan agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat dengan terperinci dan mengambil tindakan lanjut terhadap anggota jawatankuasa masjid (AJK) yang melanggar peraturan.

Bagaimanapun, Sivarasa menafikan memberi ceramah politik ketika menyampaikan sumbangan untuk masjid dan surau di kawasan parlimen itu.

Friday, June 26, 2015

Speaker dikritik kerana bertudung


KUALA LUMPUR, 26: JAN: Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh berkata, pandangan melampau (ekstrem) wujud dalam setiap agama dan bangsa.


Mengulas kritikan kolumnis Cina terhadapnya kerana bertudung ketika melawat masjid, Hannah berkata pandangan sebegitu perlu ditolak.

Dalam kiriman di laman Facebooknya semalam, beliau berkata penolakan itu perlu dibuat semua pihak yang ingin melihat Malaysia maju.

Kenyataan itu dibuat ekoran gambar dimuat naik oleh Hannah di Facebook.

Gambar berkenaan diambil ketika ADUN Subang Jaya itu menyertai majlis berbuka puasa di Masjid al-Falah di kawasannya.

Hannah turut menegaskan, sebab utama beliau menyertai politik adalah untuk mengambil pendirian tegas terhadap pemikiran sedemikian.

“Saya tidak akan memohon maaf atas pendirian saya,” tegas Hannah


Pengguna Facebook yang membaca kenyataan Hannah turut menyatakan sokongan.

Seorang pengguna dikenali sebagai Hua Hing berkata, Hannah mungkin perlu mengabaikan kolumnis tersebut kerana tidak faham tentang agama dan perkara yang sewajarnya dilakukan.

“Pengkritik seolah tidak menghargai orang lain dalam kehidupan seharian mereka. Teruskan kerja yang baik YB Hannah,” tulis Hua Hing.

Dalam majlis berbuka puasa di Masjid al-Falah itu Hannah turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada enam buah masjid dengan jumlah RM2,000 setiap satu dan 18 buah surau (RM1000 setiap satu) daripada peruntukan ADUN.

“Ini kita laksanakan setiap tahun. Pejabat saya turut berdialog dan berbuka puasa bersama semua wakil masjid dan surau,” kata Hannah.

Hadir sama dalam majlis penyerahan sumbangan semalam ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan bekas Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir. – Roketkini.com

Monday, August 12, 2013

Wak tak heran dengan berite2 ni...........

Pade Wak perkare yang sedemikian rupe tidak lah menjadi masalah atau menjadi satu isu yang besar. Ape salah nye mereke menjalankan upecare keagamaan mereke di dalam surau muslim? Semue agame mengamalkan kebersihan, ini bermakne upecare yang mereke lakukan tu tidak mengotorkan surau tu.

Wak yakin mereke juge tahu tentang selokbelok islam dan pasti mereke juge akan menjage kebersihan dan kesucian surau tu. Setahu Wak orang yang menganuti agama buddist ni tidak makan bende2 bernyawe dan mereke makan sayur-sayuran aje. Lagi pun semue agame mengajar kesucian dan kebersihan.

Selanjut nye marilah kite same2 tontoni klip video di bawah ni..............



ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-