Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Thursday, July 12, 2018

Anwar tolak tawaran Mahathir untuk jadi senator, kata Saifuddin

Kow Gah Chie & Shakira Buang


WAWANCARA | Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan kepada bakal penggantinya Datuk Seri Anwar Ibrahim jawatan sebagai senator bagi menyertai pentadbiran kerajaan, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini, Saifuddin mendedahkan cadangan itu dibuat pada 13 Mei, tiga hari sebelum pengampunan penuh diberikan kepada Anwar daripada sabitan liwat.

"Semasa Tun datang melawat Anwar, beberapa hari sebelum Anwar diberi pengampunan penuh saya berada dalam bilik itu bersama kedua-dua mereka.

"Tun Mahathir mempelawa Anwar untuk menjadi anggota pentadbiran dan dilantik sebagai senator. Anwar dengan sopan berkata oleh kerana Wan Azizah adalah TPM adalah lebih molek untuk dia tidak menjadi sebahagian anggota pentadbiran.

"Maksudnya pada waktu itu Tun berpendapat dia mahu melibatkan Anwar dan jalannya ada dua - sama ada senator atau dia bertanding sebagai MP.

"Dia (Anwar) mengucapkan terima kasih kepada Tun sambil dia menyebut "Tun, the stage is yours, you should be the one who run the show'".

"Maknanya dia memberikan kepercayaan penuh dan sokongan penuh kepada Tun," tambah anggotaa parlimen Kulim Bandar Baharu itu.

Katanya lagi, apabila Mahathir bertanya mengenai rancangan ketua umum PKR itu selepas ini, Anwar berkata beliau akan ke luar negara untuk memberikan syarahan dan menjelajah seluruh negara bagi mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sebelum ini, Anwar menegaskan beliau akan kembali dalam politik sebagai anggota Dewan Rakyat namun enggan melakukannya melalui pilihan raya kecil di kerusi Pandan yang dimenangi oleh isterinya yang kini memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Walaupun status senator dikira sebagai anggota parlimen, kebiaasannya ia diihat sebagai 'pintu belakang' untuk menyertai pentadbiran kerajaan.

Bagaimanapun tidak diketahui tempoh sebenar Anwar untuk kembali ke Parlimen dan seterusnya menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri kelapan seperti yang dirancang.

Ketika beliau dibebaskan selepas menjalani hukuman 39 bulan penjara atas sabitan liwat pada 16 Mei, Anwar berkata beliau tidak akan tergesa-gesa untuk kembali semula dalam politik.

Tiga minggu kemudian, bekas timbalan perdana menteri itu dilaporkan berkata beliau akan kembali ke Parlimen dalam beberapa bulan dan proses itu mungkin akan dipercepatkan.

Tiada tempoh untuk Anwar

Saifuddin berkata PKR tidak menetapkan tempoh masa untuk Anwar kembali ke politik dan ia tidak perlu berbuat demikian.

"Dia berada dalam kerajaan sejak 80-an. Seperti mana kita tak meletakkan tempoh masa kepada Tun, kita juga tidak meletakkan tempoh masa kepada Anwar.

"Dia boleh tetapkan sendiri, dia nak buat pilihan raya kecil ke, di mana ke (bertanding), dia akan tentukan," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu.

"Sebaliknya seluruh anggota parlimen PKR diminta oleh Anwar dan Wan Azizah memberikan sokongan dan dukungan kepada Tun dan kerajaan untuk mentadbir dengan tenang dan yakin," tambah Saifuddin.

Anwar kini berada di Turki untuk menjalani pembedahan bahu dan telah selesai menjalani pembedahan tulang belakang.

Sementara itu, Saifuddin juga menafikan dakwaan terdapat lobi dalam PKR yang menjadi punca mengapa 25 anggota kabinet mengangkat sumpah hampir 10 minggu selepas HARAPAN memenangi pilihan raya umum 9 Mei.

"Tak betul dan sangat tidak adil (dakwaan itu) kepada PKR.

"Perdana menteri meminta setiap parti memberikan nama dan meminta kepada pemimpin dalam Majlis HARAPAN bahawa berikan kepercayaan bahawa ini adalah prerogatif beliau sebagai perdana menteri.

"Tidak ada sebarang lobi daripada parti PKR, daripada Anwar, Wan Azizah dan saya sendiri, tidak ada sebarang lobi. Kita serahkan sepenuhnya kepada Tun Mahathir," katanya.

Saifuddin berkata beberapa nama yang dikemukakan oleh PKR juga tidak diterima masuk dalam kabinet.

"Ada yang dapat dan ada yang tidak dapat. Perkara yang sama juga berlaku kepada DAP dan AMANAH," jelas beliau.

Beliau juga ditanya sama ada nama Azmin terdapat dalam senarai tersebut.

"Azmin pada waktu itu menteri besar Selangor, pada masa senarai diangkat dan parti menyerahkan kepada perdana menteri, Azmin menteri besar Selangor.

"Parti jelas di situ kerana menteri besar tidak boleh jadi menteri. Takkanlah PKR terlalu bodoh, kamu menteri besar dan takkanlah kamu tak tahu perlembagaan negara kita," katanya.

Menurut Saifuddin, kedudukan Azmin dalam kabinet merupakan kehendak dan hak prerogatif perdana menteri.

Pada masa ini PKR memiliki enam anggota kabinet daripada 28 anggota dan secara sepintas lalu, kebanyakannya mereka dilihat dengan kumpulan Azmin.

"Pandangan saya yang dapat jawatan menteri adalah geng PKR," katanya yang menolak dakwaan bahawa parti itu berpecah kepada kumpulan Azmin dan naib presidennya, Rafizi Ramli.

Sunday, December 3, 2017

Mahathir, Wan Azizah dicadang PM dan TPM tunggu restu Anwar


Cadangan untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan kini didakwa hanya menunggu kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anggota Biro Politik PKR Datuk Johari Abdul yang dihubungi mengesahkan cadangan itu dibuat ketika pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya mulai Jumaat lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini sebagaimana dilaporkan, Johari yang juga anggota parlimen Sungai Petani dipetik berkata, langkah mendapatkan restu daripada Anwar itu dibuat memandangkan beliau adalah ketua umum pakatan berkenaan.

“Anwar ketua umum. Anwar (kata) OK, kita OK,” katanya hari ini.

Isu kepimpinan dan calon perdana menteri menjadi satu daripada faktor yang banyak diperdebatkan ketika tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14 semakin menghampiri.

Untuk rekod Dr Mahathir ialah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkang Pengerusi Pakatan Harapan . Dr Wan Azizah pula dipilih sebagai Presiden gabungan empat parti pembangkang itu.

Difahamkan pemukiman Pakatan Harapan menyarankan gabungan Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika mereka berjaya mengetepikan BN daripada kekuasaan untuk kali pertama sejak merdeka.

Sebelum ini Anwar dikemukakan sebagai calon perdana menteri pembangkang, namun kedudukannya yang masih ditahan di penjara tidak memungkinkan beliau dilantik ke jawatan berkenaan serta-merta.

Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 dan pada sebahagian tempoh itu Anwar pernah menjadi timbalannya.

Kata Johari langkah mendapatkan restu daripada Anwar itu dibuat sebagai menghormati bekas timbalan perdana menteri itu.

Selain PKR dan Bersatu gabungan PH turut dianggotai DAP serta Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sunday, October 1, 2017

'Siapa mahu lawan BN patut bersama Harapan'

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 OKTOBER 2017
Wan Azizah (dua, kanan) bersama Azan (kiri) melancarkan bilik gerakan utama pilihan raya PKR Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU - Mana-mana parti politik yang mahu menjatuhkan kerajaan BN untuk masa depan negara lebih baik bersama dengan Pakatan Harapan dalam mencapai kemenangan dalam PRU14.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti asalkan objektif Harapan untuk menumbangkan BN dan membentuk kerajaan baharu dapat difahami.

“Objektif kita jelas iaitu untuk tumbangkan BN. Siapa yang ada motif sama patut bersama kita,” katanya selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Pilihan raya PKR Terengganu di Lorong Salak, Chabang Tiga, semalam.

Hadir sama Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan barisan kepimpinan PKR lain.

Wan Azizah mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan tindakan PKR dan DAP menyingkirkan parti Islam itu bukan sebagai satu kerugian, sebaliknya kedua-dua parti tersebut disifatkan telah menyingkirkan diri sendiri.

Mengulas lanjut, Wan Azizah memberitahu, bukan Harapan yang menyingkirkan Pas daripada gabungan pembangkang tetapi parti itu sendiri yang bertindak memutuskan tahalul siyasi antara PKR dan DAP.

Malah katanya, Pas boleh menyatakan apa saja termasuk kekuatan yang dimiliki oleh parti itu, namun akhirnya rakyat sendiri akan membuat pilihan parti mana berhak untuk menjadi kerajaan.

Wan Azizah turut menjelaskan bahawa analisa yang diperoleh menyatakan, Pas mencapai kemenangan pada PRU13 disebabkan kerjasama parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.

Terengganu merupakan negeri pantai timur pertama dikunjungi Wan Azizah untuk melancarkan bilik gerakan pilihan raya sebagai persiapan parti itu menghadapi PRU14 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa saja.

Sehingga akhir tahun ini, PKR dijangka melancarkan keseluruhan bilik gerakan pilihan raya parti itu di seluruh negara.

Tuesday, March 7, 2017

TPM lantik PM : Skim Ali Baba dalam Pakatan Harapan

 AIDCNEWS
Demi Negaraku – Skim Ali Baba yang diperkenalkan Pakatan Harapan sudah pasti akan memperlihatkan tembelang sebenar parti DAP yang selama ini “PLAYA MAKER” kepada kewujudan Pakatan Rakyat pada suatu ketika dahulu dan kini sudah bertukar menjadi Pakatan Harapan.

Hanya parti Dominan yang berada di dalam PH akan menentukan kepimpinan yang bakal menerajui kerajaan sekiranya mereka memenangi PRU-14 akan datang.
Sebelum ini, Mahathir pernah mendedahkan kepada media bahawa selama DAP berkecimpung di dalam dunia politik, DAP hanya mahu menyandang jawatan TPM sahaja dan DAP tidak pernah minta lebih.

DAP kononnya tahu hak mereka sebagai parti minoriti mewakili kaum Cina dan beberapa ketul penyokong dari kaum lain yang tidak dilayan dengan sempurna. Itulah hasil perbincangan Mahathir dan Lim Kit Siang sepanjang mereka mengadakan “roadshow” Deklarasi Rakyat pada awal 2016.

Perbincangan kerusi panas tersebut terbongkar apabila Mahathir ditanya oleh pemberita dan sehari selepas itu Mahthir menafikannya pula.

Walau apapun keputusannya, Lim Kit Siang yang pada ketika itu secara automatiknya menjawat jawatan TPM dengan suci hati akan melantik sesiapa sahaja individu yang boleh dianggapnya boleh cari makan.

Dalam kata lain individu tersebut boleh dicucuk hidungnya untuk mengikuti segala arahan semasanya. Individu yang bakal dipilih mestilah berpengaruh dan pandai mengambil hati kaum Melayu untuk menagih simpati bagi menyokong segala dasar yang bakal digubal dan ditukar oleh Pakatan Harapan.

Adakah individu yang dimaksudkan adalah Wan Azizah?

Mungkin juga Mahathir…

Sunday, October 4, 2015

Kartel Azmin rancang gulingkan Wan Azizah

FMT Reporters | October 4, 2015

MPP memaksa satu mesyuarat khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan dan ia jelas usaha undi tidak percaya terhadap Wan Azizah oleh kartel Azmin.
PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

Petisyen tu ditandatangani oleh 25 Ahli MPP yang sebahagian besarnya penyokong Azmin.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang juga Ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, rancangan penyokong Azmin itu jelas untuk menggulingkan Wan Azizah.

“Ini ialah coup de’etat dan usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel Azmin ke atas Wan Azizah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara.

“Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan ‘u-turn’ dalam usaha Pakatan Rakyat, di mana Wan Azizah hendak letak muka? Dia yang panggil sidang meja bulat, dia yang umum, alih- alih PKR sendiri tidak restui Pakatan Harapan? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah,” tulisnya di laman blog.

Badrul Hisham atau Chegubard mendakwa, kartel Azmin kini sedang bersatu dengan kumpulan – kumpulan kecil yang kecewa dengan keangkuhan Rafizi Ramli yang menjadikan Wan Azizah sebagai perisai.

“Kepada MPP dan Pengerusi Perhubungan PKR negeri yang bakal mengundi, saya cadangkan kekalkan keputusan kewujudan dan penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan. Jangan kecewakan rakyat serta malukan parti dan Presiden sendiri. Yang selebihnya bincangkan dengan baik.

“Kepada Wan Azizah belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja.

“Kem Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu tertawa kerana kita ternanti undi tidak percaya UMNO terhadap Najib yang tidak wujud pun tetapi kini kita sendiri berdepan dalam situasi lebih kritikal.

“Kepada ahli bawahan sila hubungi MPP yang kamu undi beritahu mereka sila waras,” katanya.

Ahli PKR seumur hidup itu juga mendakwa, Azmin dan Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas antara Ahli Parlimen yang masih tidak menyerahkan tandatangan komitmen kepada Ketua Whip Ahli Parlimen PKR bagi mengikat mereka untuk misi undi tidak percaya terhadap Najib.

“… berapa banyak kolam lah Azmin ni main yer…,” katanya.

Chegubard juga membangkitkan kesetiaan Azmin kepada PKR kerana ramai yang mengatakan Anwar sayang Azmin kerana dia seorang yang setia.

Namun, katanya, tentu ramai yang masih ingat bagaimana Azmin mengerakkan jentera budak – budak mudanya menyerang keluarga Anwar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kerana Anwar tidak tunaikan kehendaknya menjadi Menteri Besar Selangor.

“Anwar diserang tanpa henti. Istilah Istana Segambut dan perbagai konotasi negatif yang digunakan UMNO kini adalah hasil ciptaan budak – budak Azmin.

“Azmin menggerakkan jentera mensabotaj gerakan Blackout 505. Azmin ahli politik cekap dia gerakkan jentera sabotaj Blackout 505 tetapi dia sendiri hadir dan duduk bersila paling depan. Dia keluar TV3 serang Presiden namun semua tidak dikenakan tindakan.

“Menyebut peristiwa 505 ramai tentu tidak tahu ketika malam keputusan pilihanraya Azmin paling lewat hadir ke lokasi pengumpulan tokoh PKR (dan PR) . Rekod menyatakan dia menghadap ‘God Father’ dahulu.

“Dalam isu lobi diri sendiri guna pintu belakang untuk jadi MB secara jelas dia menggunakan ‘network’ God Father untuk memalukan Azizah. Namun semuanya tidak dikenakan tindakan,” katanya.

Tuesday, April 28, 2015

Oh Azizah............

Datuk Seri Wan Azizah mempunyai tarikan tersendiri yang mampu menarik pengundi pada PRK Pauh walaupun pencalonannya mempunyai pelbagai kisah.

COMMENT
Oleh Nila Kanna

PETALING JAYA:Pengumuman calon pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh daripada Pakatan Rakyat (PR) tidak mengejutkan kerana seperti dijangka, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dipilih sekali lagi menjadi calon.

Sejak diumumkan, pelbagai kisah menyelubungi Presiden Parti Keadilan rakyat (PKR) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang. Bersama-sama kipas tangannya, Wan Azizah dilihat semakin ‘muda’ dari segi penampilan dalam mendekati rakyat.

Tidak dimakan usia dengan imej kipas di tangan menjadi imej beliau sejak dulu turut menjadikan dirinya perhatian.

Disebalik penerampilan tersendiri, timbul persoalan bagaimana penerimaan rakyat serta pengundi Permatang Pauh dengan percaturan semula PR atau khususnya PKR dengan meletakkan Wan Azizah sebagai calon?

Jikalau diperhati secara mendalam, mengikut laporan-laporan media, tidak kira media arus perdana ataupun alternatif, banyak pihak yang mempertikaikan kemampuan Wan Azizah untuk kembali berkhidmat di Permatang Pauh, selepas beliau memberi laluan kepada Anwar, sebaik bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dari penjara, beberapa tahun lalu.

Ramai yang berpendapat Wan Azizah sudah ‘tidak boleh dijual’ lagi selepas beberapa episod keluar masuknya di Permatang Pauh untuk kepentingan peribadi sehingga menjadikan pengundi di kawasan itu sebagai mangsa.

Tidak ketinggalan bagi mereka yang masih utuh dengan parti PR kerana mereka mengundi parti dan bukan calon. Selagi ia parti pembangkang, pangkah sahaja, muka calon pun tidak kisah.

Tetapi keadaan itu semakin berubah dan bercampur-campur kerana mungkin disebabkan kemelut dalaman parti PR sendiri yang sudah pincang di dalamnya. Ia kelihatan seperti kertas yang sudah koyak robak ditampal secantik mungkin untuk elak cacat celanya kelihatan jelas.

Ramai yang beranggapan, dinasti suami isteri itu sudah cukup, sudah terlebih masak dengan peredaran masa kini.

Mengimbas penyertaan Wan Azizah dalam arena politik negara, ia bermula seawal tahun 1998 selepas suaminya dipecat dan ditangkap pada September 1998. Dari situ juga lahir satu gerakan reformasi yang akhirnya membentuk satu parti politik,PKR.

Rentetan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan pesaing politik pertamanya, Datuk Seri Ibrahim Saad dalam pilihanraya tahun 1999 dengan majoriti 9,077 undi. Kerusi itu terus berada ditangannya dan menjadi salah satu satu kubu kuat PKR.

Pada Julai 2008, Wan Azizah bagaimanapun memilih untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar kononya untuk memberi tumpuan terhadap keluarga, iaitu untuk menjaga cucunya.

Tanggungjawabmenjaga cucu lupus selepas strategi yang disusun untuk memberi laluan kepada Anwar untuk mencapai hasratnya menjadi Menteri Besar Selangor gagal dan Wan Azizah terpaksa menjadi calon pilihan raya kecil Kajang sekali gus menjadi ADUN sehingga ke hari ini.

Kekalutan demi kekalutan terus berlaku dalam parti PKR dan PR lagi-lagi pada PRK kali ini.

Terdapat desas-desus yang mengatakan pemilihan Wan Azizah itu tidak direstui Ahli Majlis Tertinggi PR. Pencalonannya dibuat setelah dikatakan tiada calon lain yang lebih layak.

Ramai yang menjangkakan Permatang Pauh mungkin akan kecundang tatkala pengundi bosan dan muak dengan permainan politik suami isteri, namun secara pratikal kubu kuat Wan Azizah dan Anwar tidak mungkin runtuh begitu sahaja.

Pengaruh kedua-dua nama yang kuat bukan sukar dimalapkan, tetapi jikalau adapun, penurunan majoriti undi yang kemungkinan besar akan berlaku. Jika wujud beza besar dalam majoriti undi (maksudnya majoriti mengecil), itu sudah cukup menjadi amaran untuk Wan Azizah supaya tidak bermain-main di gelanggang politik dengan memperalatkan pengundi.

Malah, ia juga petanda kepada parti itu bahawa para pengundi termasuk yang bukan pengundi naik jemu dan menggunakan peluang PRK sebagai satu ‘amaran’ yang keras dan serius.

Tetapi jika sebaliknya berlaku, maka kita boleh lihat Wan Azizah dan Anwar akan terus mengambil peluang di atas ‘takhta’ pengundi yang bukan sekadar percaya kepada kempimpinan mereka tetapi betapa kuatnya parti pembangkang di Malaysia.

Ia juga akan menggambarkan kehebatan PR berhadapan dengan pilihanraya akan datang dan peluang untuk bersinar pada tahap paling gah.

Nila Kanna ialah bekas wartawan dan pembaca FMT

Tuesday, April 14, 2015

PKR lancar jentera PRK Permatang Pauh malam ini sempena tarikh "Black 14"

Wan Azizah yang pernah menjadi wakil rakyat Parlimen Permatang Pauh hampir tiga penggal apabila menggantikan suaminya Anwar pada 1999 sebelum meletak jawatan pada Julai 2008 bagi memberi laluan Anwar mengambil alih semula Parlimen itu kini sudi menggantikan Anwar sekali lagi. - Foto Facebook Dr Wan Azizah Ismail.

KUALA LUMPUR, 14 April:

Seperti yang dijanjikan, hari ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melancarkan Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P44 Permatang Pauh.

Tarikh hari ini sengaja dipilih sebagai simbolik sempena tarikh 14 April 1999 yang digelar sebagai “Black 14′′ oleh penyokong PKR kerana bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah disabitkan bersalah atas empat pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin malam, Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, PKR bersama rakan komponen dakam Pakatan Rakyat (PR) akan melancarkan Jentera Pilihan Raya pakatan pembangkang bagi PRK Parlimen Permatang Pauh pada jam 8.30 malam ini.

Majlis pelancaran itu akan dilangsungkan di Dataran Rakyat Guar Perahu, bersebelahan Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh, di Jalan Taman Guar Perahu.

“KEADILAN berbesar hati untuk menjemput seluruh rakyat dan rakan-rakan media bagi menghadiri majlis pelancaran ini.

“Jentera KEADILAN telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil ini,” kata Dr Afif Bahardin yang juga Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Seberang Jaya.

Beliau menegaskan, kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah kubu terpenting untuk perjuangan PKR selama ini.

“Selain menjadi kerusi parlimen kepada Ketua Umum (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim – Permatang Pauh adalah nama yang dipilih untuk disematkan kepada Deklarasi Permatang Pauh – gagasan besar kepada perjuangan Reformasi dan KEADILAN,” kata beliau dalam kenyataan berkenaan.

“Pilihan Raya Kecil ini sangat penting di dalam usaha meneruskan agenda Reformasi dan masa yang sama memberi mesej jelas bahawa segala bentuk kezaliman, kepincangan, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) ditentang,” tambahnya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas satu mesyuarat khas pada 8 April lalu mengumumkan bahawa PRK Parlimen Permatang Pauh akan bermula dengan proses penamaan calon pada 25 April, diikuti pengundian awal pada 3 Mei, sebelum disusuli hari mengundi pada 7 Mei.

Ia diadakan ekoran penyandangnya Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas gagal dalam peringkat terakhir proses perundangan apabila petisyen memohon pengampunan diraja daripada Yang Dipertuan Agong yang difailkan oleh keluarganya ditolak oleh Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu.

PRK ini dijangka sengit kerana BN melalui UMNO sudah menyatakan komitmen meletakkan calonnya bertanding, selepas tidak berbuat demikian pada PRK Dewan Undangan Negeri Chempaka pada 22 Mac lalu.

Sementara itu di pihak PKR, Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Ismail pada 2 April sudah menyatakan kesediaan beliau untuk kembali menjadi wakil rakyat Parlimen Permatang Pauh yang beliau serahkan kepada Anwar pada 2004.

Bagaimanapun katanya keputusan itu akan ditentukan oleh kepimpinan PKR melalui satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu Wan Azizah yang juga ADUN Kajang tidak menolak mengenai khabar angin mengatakan anak perempuan keduanya, Nurul Nuha Anwar turut berminat menjadi calon dalam PRK Permatang Pauh.

Namun, beliau menjelaskan perkara itu juga akan ditentukan melalui mesyuarat PKR berkenaan selain perlu mendapat restu Majlis Pimpinan PR.

Wan Azizah sebelum ini telah bertanding buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 di Parlimen Permatang Pauh selepas suaminya Anwar dipenjara atas kesalahan salah guna kuasa.

Beliau ketika itu menewaskan calon BN, Datuk Seri Ibrahim Saad dengan majoriti 9,077 undi.

Dalam PRU berikutnya pada 2004, beliau berjaya mempertahankan kerusi parlimen tersebut setelah menang tipis dengan majoriti kecil menewaskan calon BN, iaitu bekas imam besar Masjid Negara, Firdaus Ismail.

Seterusnya pada PRU 8 Mac 2008, Wan Azizah yang sekali lagi dicabar Firdaus tetap dapat mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh, kali ini mewakili PKR selaku komponen Pakatan Rakyat (PR), yang juga disertai oleh PAS dan DAP.

Beliau seterusnya dilantik selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Namun tidak sampai lima bulan kemudian, pada 31 Julai 2008, beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang bagi memberi laluan kepada Anwar yang tamat tempoh lima tahun larangan bergiat cergas dalam politik selepas keluar dari penjara pada 2004 mengambil alih semula Permatang Pauh.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/14/pkr-lancar-jentera-prk-permatang-pauh-malam-ini-sempena-tarikh-black-14/#ixzz3XEsuUX12

Tuesday, July 15, 2014

Satu penghinaan terhadap kaum hawa?

'Datang Haid' Menyebabkan Wan Azizah Tak Layak Jadi MB Kata Peguam UMNO.

Gila punya hujah. Fikir mengarut sahaja.

Point dia ;

Lawyer Datuk Mohd Hafarizam Harun said the menteri besar has always been male for this reason despite there being no specific clause excluding a woman from holding the post, the New Straits Times today reported him as saying.

"This is because should a woman menteri besar suffer from 'uzur sharie' (period), there will be many obstacles for her to accompany the sultan at religious functions.

"Hence, the article under the Selangor constitution, for example, may not hinder a woman from becoming a menteri besar, but by convention, there could be problems because of the said circumstances," Hafarizam said. -TMI-
Aku tak setuju Wan Azizah jadi MB. Bukan atas alasan mengarut macam hujah dari peguam UMNO neh. Tapi sebab dari segi kecekapan dan prestasi, Wan Azizah bukan pilihan yang terbaik. Wan Azizah gagal kawal parti sendiri, inikan pula negeri. Tengokla. PKR bergaduh bagai isu kuasa, kerusi MB, dan pemilihan parti. Apa yang Wan Azizah buat untuk hentikan ia? Apa peranan Wan Azizah untuk stabilkan isu? Apa tindakan Wan Azizah untuk selamatkan keadaan? Balik balik Anwar, Anwar, Anwar. Anwar pengerusi PKR ka Wan Azizah?

So. Wan Azizah tak berfungsi sama sekali. Dia hanyalah puppet. AKu tak kata dia jahat. Dia masih seseorang yang baik. Cuma dia bukan begitu kredibliti untuk memimpin Selangor. Maaf cakap la ek.

Bukan isu dia datang bulan ke tak datang bulan. Itu hujah bangang. Mengarut.

Hatta anak2 sultan yang terlibat dengan skandal arak dan macam2 benda maksiat pun layak jadi pewaris ketua agama ISLAM.

Hatta ada sultan buat parti #1881 dengan air arak pun layak jadi ketua agama.

Hatta bini2 sultan yang tak tutup aurat pun boleh je jadi permaisuri, status isteri kepada KETUA AGAMA.

Apa aku salah taip? GOOGLE laaaaa..

Inikan pula benda 'HAID' yang dah sah2 ALLAH ciptakan ada pada setiap wanita. So apa la sangat benda tue nak dianggap sebagai punca Wan Azizah tak layak jadi MB. Takde kaitan langsung.

Bagi la hujah cerdik sikit. Baik la baikla, takde hujah cerdik ek? DIAM LA SETANNNN!!!!

Kbai.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-