Tuesday, September 4, 2018

Sumber: SPRM siasat Hisham berhubung peranan bawa masuk AS$12 juta

Hariz Mohd
Dikemaskini 4 Sep 2018, 11:16 malam


EKSKLUSIF | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengambil keterangan bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung kemungkinan memainkan peranan dalam membawa masuk wang berjumlah AS$12 juta ke negara ini.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata SPRM menyiasat sama ada pemimpin Umno itu memainkan peranan untuk mengaturkan pertemuan yang didakwa berlaku di Timur Tengah antara bekas ketua pengarah risikan, Datuk Hasanah Abdul Hamid dan pihak lain.

"Hishammuddin adalah antara beberapa saksi yang dikehendaki penyiasat SPRM bagi membantu siasatan berhubung pertemuan antara Hasanah dan satu lagi pihak di negara Timur Tengah.

"Ini juga sebab yang diberikan oleh SPRM kepada Mahkamah Majistret Putrajaya apabila mereka meminta untuk melanjutkan perintah reman terhadap Hasanah pada Ahad," kata sumber itu kepada Malaysiakini hari ini.

Pegawai tinggi penyiasat yang enggan namanya didedahkan itu merujuk kepada Hasanah, yang merupakan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

Baca: Bekas perisik mungkin dapat dana AS$12j melalui Timur Tengah

Hasanah sebelum ini ditahan reman oleh SPRM selama enam hari untuk membantu siasatan berhubung wang berkenaan.

Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan bilakah masa mesyuarat itu berlangsung.

Satu lagi sumber berkata antara perkara yang disiasat oleh pegawai SPRM ialah mengenai bagaimana sejumlah besar wang tunai berjaya diseludup ke Malaysia beberapa bulan yang lalu.
"Daripada maklumat yang diterima oleh SPRM, terdapat satu perjanjian yang dibuat dengan pihak tertentu di Timur Tengah untuk membawa wang tunai itu ke Malaysia.

"Pegawai penyiasat ingin menyoal Hishammuddin untuk mengetahui sekiranya dia terlibat dalam mengaturkan pertemuan ini"

Sumber berkata, Hishammuddin yang juga bekas timbalan presiden Umno, menghabiskan masa selama dua jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberikan keterangannya semalam.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan pihak berkuasa itu telah mengambil kenyataan Hishammuddin dan bekas menteri itu memberikan kerjasamanya sepenuhnya.

Bagaimanapun, Simi enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.

Minggu lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki memberitahu sidang akhbar bahawa mereka telah merampas sejumlah wang berjumlah AS$ 6.3 juta berhubung siasatan terhadap Hasanah dan lapan yang lain termasuk tujuh pegawai MEIO dan seorang ahli perniagaan.

Kepercayaan terhadap ketelusan PH semain terhakis

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
4 SEPTEMBER 2018

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM - Kepercayaan terhadap ketelusan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengangkat nilai kedaulatan undang-undang semakin terhakis.

Menurut Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, ini rentetan daripada penarikan semula dua kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

"Ia menimbulkan persoalan ramai terhadap sejauh mana institusi teras dalam negara ini benar-benar bersih daripada pengaruh pihak luar dalam menentukan tindakannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng bebas tuduhan rasuah]

Semalam, Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Nik Mohamad Abduh berkata, kerajaan sering melaung-laungkan slogan kedaulatan undang-undang dengan gagasan mereformasi institusi perundangan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Namun, soalnya, apakah sebuah kedaulatan undang-undang itu terpakai hanya untuk melindungi mereka yang berkuasa, sedangkan perbicaraan kes rasuah Menteri Kewangan tersebut baru pada fasa awal setelah melalui penyiasatan sejak 2016.

"Jika pihak tertuduh yakin berada pada pihak yang benar, sewajarnya kes yang berprofil tinggi ini dibicarakan sehingga diputuskan oleh sebuah Mahkamah yang bebas, bukannya ditarik balik oleh Peguam Negara," katanya.

Itu katanya, makna sebenar di sebalik hasrat Kerajaan PH mengangkat slogan kedaulatan undang-undang.

Malah, jelasnya selain dilihat wujudnya campur tangan, pengguguran kes ini menimbulkan persepsi bahawa pihak tertuduh tidak berani berhadapan dengan perbicaraan.

"Selain kekaburan terhadap janji reformasi tersebut, saya juga berpandangan pengguguran kes ini akan berkait dengan kredibiliti penyiasatan SPRM," katanya.

Jelasnya, persoalan ini semua masih menjadi tanda tanya di kalangan rakyat.

Katanya, kesemua perkara ini jelas memberi gambaran implikasi terhadap pengguguran kes berprofil tinggi dalam negara kita.

"Lebih malang lagi, ia bukan sahaja membelakangi janji reformasi pihak Kerajaan terhadap rakyat, bahkan telah menyebabkan institusi-institusi tersebut mengalami defisit keyakinan oleh rakyat hari ini," katanya.

Sebat di khalayak sukar diterima - Anwar


Menghukum seperti menjatuhkan hukuman sebat di khalayak tanpa melalui proses dan kefahaman betul serta tanpa belas kasihan tidak diterima rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR berkata, tersebut perlu ditangani berhati-hati kerana akan timbul tuduhan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat terhadap pesalah syariah sebagai anti-Islam.

"Jika anda cuai dalam memberi kenyataan dalam perkara ini, anda akan dilabel sebagai anti undang-undang syariah, anda dilabel sebagai sekular dan sebagainya.

"Jika perkara ini berlaku akan timbul pergeseran lain dalam kalangan masyarakat Islam," beliau dipetik sebagai berkata oleh Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media di Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Filipina 2018 di Manila hari ini.

Anwar juga dilapor berkata tidak bersetuju dengan tindakan menjatuhkan hukuman sebat itu kerana ia merupakan penindasan.

"Jika timbul isu berkaitan kesalahan sedemikian perlu ada satu bentuk penjelasan yang mencukupi, pendedahan atau pendidikan kepada masyarakat," katanya seperti dilaporkan.

Semalam, pasangan lesbian 32 dan 22 tahun disebat enam kali dalam dewan di mahkamah syariah di Terengganu setelah disabitkan bersalah cuba melakukan hubungan seks sejenis di dalam kereta.

Sebatan itu dikatakan yang pertama seumpamanya berlaku di negara ini.

Bekas Adun Pas direman SPRM

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
4 SEPTEMBER 2018


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Rekod Pas yang berstatus bersih daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya lebur selepas bekas Adunnya direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan RM50,000.

Tempoh tahanan reman itu bermula hari ini dan tamat pada esok.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas membenarkan permohonan SPRM.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, wanita berusia 56 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10.40 untuk prosiding reman.

Semalam, ditahan jam 5.50 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Beliau dipercayai tersebut melantik sebuah syarikat anaknya sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dun.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Adun wanita ditahan SPRM]

Pada 23 Mac lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan rahsia pemimpin Pas bebas rasuah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi dedah rahsia pemimpin Pas bebas rasuah]

Sebelum ini, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low mengisytiharkan di Parlimen bahawa 92 pemimpin parti politik disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017.

Fakta menunjukkan bahawa 71 orang darinya adalah dari BN manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Harapan dan ia secara tidak langsung mengiktirafkan pemimpin Pas sebagai bebas rasuah.

[ARTIKEL BERKAITAN: 92 ahli politik disiasat SPRM]

[ARTIKEL BERKAITAN: Fakta Pas ‘bebas rasuah' ]

Najib Cabar Kerajaan PH Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Buktikan Tuduhan RM16 Bilion Hilang

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
September 4, 2018 Abdul Mursyid Zainuddin



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kehilangan wang tuntutan bayaran balik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM16 bilion.

Menerusi entrinya Facebooknya hari ini, Najib berkata, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng seolah-olah mengaku tidak faham sistem perakaunan kerajaan apabila mendakwa wang tuntutan balik LHDN sebanyak RM16 bilion masih ‘hilang’.

Katanya, bukan semua tuntutan balik kepada LHDN oleh pembayar cukai semestinya diluluskan serta-merta kerana perlu diaudit untuk kesahihan mengikut undang-undang oleh lembaga percukaian tersebut.

“Berhentilah mahu menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lama oleh kerana kelemahan pentadbiran sendiri.

“Lebih baik jika prosiding Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) atau RCI diadakan secara telus untuk mencari kebenaran. Ini soal RM35.4 bilion termasuk RM19.4 bilion cukai jualan dan perkhidmatan (GST)). Takkan isu ini tidak layak dijalankan RCI ataupun PAC untuk mencari kebenaran secara telus,” katanya.

Guan Eng semalam memberitahu, sebanyak RM16 bilion cukai yang tidak dibayar balik tetap hilang daripada Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) sama ada kerajaan menggunakan sistem perakaunan tunai terubah atau sistem akruan.

Sementara itu, Najib berkata, mengikut penyata akaun Akauntan Negara bagi akhir 2017, kedudukan kumpulan wang disatukan kerajaan pusat adalah sebanyak RM42.184 bilion (2016: RM39.37 bilion) iaitu RM18.064 bilion dalam bentuk wang tunai dan simpanan tetap (FD) jangka pendek dan RM24.12 bilion dalam Pelaburan Kumpulan Wang Amanah dan Pelaburan Am.

Katanya, fakta-fakta itu boleh diakses Guan Eng memandangkan beliau adalah Menteri Kewangan.

“Saya juga tidak faham mengapa Guan Eng perlu masa tiga bulan setengah untuk menyedari bahawa RM16 bilion wang LHDN sudah ‘hilang’ dan hanya membangkitkan isu ini selepas menyedari bahawa kerajaannya sudah berkurangan hasil sebanyak RM31 bilion oleh kerana tiga bulan pengecualian cukai dan pungutan hasil SST bakal jauh lebih rendah dari GST.

“Besar kemungkinan kerajaan PH sudah menggunakan sebahagian besar dari kumpulan wang disatukan sebanyak RM42.184 bilion yang kerajaan BN tinggalkan bagi menampung kerugian atau kelompongan ketika tax holiday dan kini mahu menuding jari dan mempersalahkan kerajaan BN dahulu,” tegasnya.

 – UTUSAN

Jangan diskriminasi wanita Islam

RIDAUDDIN DAUD
4 SEPTEMBER 2018

Nik Nazmi Nik Ahmad

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap usul dibawa Konvensyen Wanita Islam Nasional (Konwanis) 2018 terutamanya melibatkan diskriminasi terhadap wanita Islam dalam bidang pekerjaan.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, isu tersebut pernah dibangkitkan sebelum ini cara penyelesaian terbaik perlu diusahakan pihak kerajaan.

“Usul yang mereka bawakan itu harus diberi perhatian oleh kerajaan untuk dikaji bagaimana, boleh atau tidak untuk dilaksanakan dalam keadaan-keadaan yang ada.

“Kita dulu pun bersuara tentang perkara ini dan pada saya yang begitu jelas adalah bekerja di hotel misalnya. Bagi saya, tidak patut ada larangan untuk orang (wanita Islam) nak bertudung (ketika bekerja).

[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan diskriminasi wanita Islam]

“Kerajaan perlu beri perhatian terhadap isu ini dan lihat bagaimana kita boleh atasi segala kelemahan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Baru-baru ini, Konwanis 2018 menyenaraikan tujuh resolusi bertujuan meningkatkan martabat wanita dalam negara selain menghentikan segala diskriminasi yang berlaku selama ini.

Pengarahnya, Siti Affiza Mohammad berkata, cadangan tersebut dibawa sempena konvensyen tersebut yang ditandatangani 3,500 wanita.

Antara lain, katanya, mereka juga menggesa kerajaan mempergiatkan kempen kesedaran hak-hak wanita dalam peruntukan undang-undang , kesihatan, pendidikan dan politik serta lima lagi resolusi tambahan.

Mohamad: Jangan berbalah sampai 'bercerai'



PRK SERI SETIA | Parti komponen dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) diingat supaya tidak berbalah sesama sendiri sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti perpecahan dan ‘perceraian’, kata Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden HARAPAN itu berkata setiap parti mempunyai pandangan serta pendapat berbeza, namun perkara berkenaan tidak seharusnya menjadi punca ‘perceraian’ antara mereka.

Beliau menarik perhatian bahawa faktor utama kemenangan HARAPAN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lepas adalah disebabkan gabungan antara PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Kalau tambah parti lain, tidak mengapa tetapi jangan (berbeza pendapat) hingga kita semua bercerai.

“PAS pun tahu gabungan ini penting sebab itu sekarang mereka bergabung dengan Umno," katanya ketika berucap pada ceramah pilihan raya kecil Seri Setia di Shah Alam malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata pelantikan seorang anggota pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan perubahan besar dilaksanakan kerajaan dalam usaha mengubah cara pentadbiran negara.

“Jika kami tidak betul, pembangkang yang akan dedahkan,” katanya yang juga presiden AMANAH.

- Bernama

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-