Showing posts with label Malaysian Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Malaysia. Show all posts

Wednesday, February 28, 2024

Pas adalah benteng terakhir Melayu, oleh itu Pas harus dipecahkan…

bebasnews,my
By Zaini Hassan
-28/02/2024

"Mereka kini menyerang pula ke arah Pas dari pelbagai sudut -- dengan menggunakan jari-jemari orang Melayu sendiri."
Gambar hiasan - Foto via Google

SEMASA saya menulis buku Cuit: Dilema Melayu Baru pada 2013 saya menyebut Melayu kini sudah menjadi minoriti.

Ia berlaku kerana Melayu (pada ketika itu) sudah berpecah-pecah kepada banyak fraksi.

Kesannya hari ini. Melayu sudah hilang kuasa politik. Perdana Menteri yang ada dan timbalan-timbalannya hanyalah simbolik sahaja.

Selepas ini mungkin kuasa itu akan hilang terus. Jangkaan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ia akan berlaku sekurang-kurangnya dalam dua PRU lagi.

Formula yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk melihat kejatuhan kuasa Melayu di Malaysia semakin kelihatan. Simulasinya semakin menjadi.

Malangnya, seperti berulang kali diingatkan, Melayu masih malu mahu mengakuinya bahawa orang Melayu sudah mulai menjadi minoriti.

Malah dari rumah kuning kepada para pentadbir — birokrat, orang politik malu-malu mahu mengakuinya. Ada yang hanya berani bercakap di belakang sahaja.

Kelihatan jelas, ada cubaan demi cubaan mahu memecahkan lagi kuasa Melayu ini — sehingga berakhir.

Ada anasir yang mungkin kita tidak sedar dan sangat halus sedang melakukannya.

Mereka kini menyerang pula ke arah Pas dari pelbagai sudut — dengan menggunakan jari-jemari orang Melayu sendiri.

Bagi mereka parti itu harus dipecahkan. Cubaan pertama mereka sudah berjaya dilakukan beberapa tahun lalu apabila diwujudkan serpihan Pas, yang kononnya lebih liberal iaitu Amanah.

Semua orang tahu siapa di belakang Amanah dan yang “menaja” mereka. Itu bukan rahsia lagi.

Apa yang dikhuatiri oleh pihak-pihak itu, Pas kini dilihat semakin mendapat perhatian orang Melayu UMNO yang mencari-cari wadah baharu pasca-Zahid Hamidi.

Ada yang kebingungan ke mana hendak dituju. Ada yang sedang mencari tapak mana yang akan dipangkah dalam PRU akan datang?

Bersatu yang juga serpihan UMNO pula dilihat mereka tidak stabil kerana warisan budaya merebut kuasa yang masih membelenggu para pemimpinnya. Bersatu bukanlah sebuah entiti yang menjadi pilihan, sekiranya budaya begitu masih kekal.

Menurut penganalisis, Pas dengan perjuangannya yang berlandaskan falsafah politik Islam, dianggap sebagai satu-satunya parti Melayu (pada saat ini) yang mempunyai ideologi yang jelas.


Malah, Pas juga sudah mulai terbuka menerima para pemimpin “rocket scientist” berbanding “ilmu tauhid” semata-mata. Inilah yang dilihat oleh orang Melayu.

Oleh itu bagi musuhnya, Pas wajib dimusnahkan. Selagi Pas gagal dimusnahkan maka matlamat berteraskan Malaysian Malaysia akan gagal direalisasikan.

Wang bukan menjadi hal untuk mencapai matlamat itu. Ia boleh ditaja oleh ramai pihak — sama ada dari dalam mahu pun unsur luar. Ia akan digunakan untuk menghalalkan cara. Pas adalah benteng terakhir Melayu yang wajib dilenyapkan.

Malang sekali ada orang Melayu, waima terpelajar sekali pun masih tidak nampak kepada muslihat itu. Ia sedang berlaku secara halus.

Jika sekarang Melayu yang minoriti, akibat selerak-tarak, pun masih boleh memegang tampuk atas pemerintahan, amalan itu juga harus ditamatkan.

Benarlah kata pepatah orang Melayu lama “sudah terantuk, baru tengadah” maka jika itu berlaku ia sudah terlambat.


Lihatlah apa yang terjadi kepada kepulauan Melayu Temasik; milik siapakah sekarang? Lihatlah betapa merempatnya wilayah Melayu di Patani, Singgora (Songkhla), Ligor (Nakhon Si Thammarat) dan Lingga (Surat Thani); dan lihatlah tragedi Nakba (catastrophe) atau “malapetaka” di Palestin, yang menangis air mata darah sekali pun, nasi sudah menjadi bubur…

Sejarah tidak pernah berbohong. Ia boleh berulang, di sini.

— BebasNews

Friday, September 15, 2023

UMNO hilang perjuangan Melayu sejak bersama DAP

ismaweb.net
Athirah Huda Zalhe
15/09/2023

Orang Melayu boleh sokong BERJASA, serius bela hak bangsa
BANGI, 29 Safar 1445H, Jumaat – UMNO kini seolah parti yang hilang identiti sejak menjalinkan hubungan rapat dengan DAP bagi membentuk kerajaan campuran pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Apatah lagi kehadiran Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ucapannya pada Konvensyen Kebangsaan DAP 2023 baru-baru ini, mencerminkan lagi identiti UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang sudah cair serta terhakis.

Pemuda BERJASA, Meor M Azim berkata, UMNO yang dahulunya memperjuangkan nasib dan kebajikan bangsa kini sudah tidak boleh diharapkan lagi oleh orang Melayu.

“Identiti mereka seakan telah hilang arah dan tiada hala tuju setelah melihat begitu akrabnya mereka dengan DAP yang konsisten dengan agenda Malaysian Malaysia.

“Dahulunya UMNO pernah dinobatkan sebagai pejuang Melayu setelah menentang agenda British dalam soal Malayan Union kini orang Melayu tidak lagi boleh bergantung kepada mereka semata-mata,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata, sudah tiba masanya orang Melayu beralih sokongan kepada BERJASA sebagai parti yang konsisten dan serius dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

Meor menegaskan, BERJASA amat komited dalam memastikan segala hak rakyat Malaysia termasuk Melayu dan Bumiputera terbela serta terpelihara seperti digariskan dalam Impian Nasional 2040.

BERJASA melancarkan aspirasi ‘Impian Nasional 2040’ yang menjamin politik dan kepimpinan matang serta berteraskan integriti dan profesionalisme.

Dokumen yang mengandungi enam(6) teras utama ini menggambarkan dengan jelas ciri-ciri Malaysia unggul dan bermaruah yang akan dijadikan sebagai panduan dalam merangka segala gerak kerja menjelang tahun 2040.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Tuesday, September 12, 2023

‘Tanya 3 juta akar umbi mahu UMNO kerjasama dengan DAP atau tidak’

ismaweb.net
Siti Hafidah

Tak pernah setuju UMNO tanding bersama PH, hanya setuju untuk bentuk Kerajaan Perpaduan
BANGI, 26 Safar 1445H, Selasa – Akar umbi UMNO mahu parti kembali kepada perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak orang Melayu, bukannya mengikut telunjuk DAP memperjuangkan ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan menghapus hak orang Melayu dan Bumiputera.

Demikian tegas Isham Jalil terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyifatkan gesaan beliau berhubung kerjasama antara UMNO dan DAP sebagai pandangan peribadi.

Sebelum ini, Isham dilaporkan berkata, beliau tidak pernah bersetuju bahawa UMNO perlu bertanding dalam pilihan raya bersama dengan Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya, beliau hanya bersetuju UMNO bergabung dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dititah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Anthony Loke bagaimanapun berkata, selagi tidak dinyatakan secara rasmi oleh Presiden UMNO mahupun pimpinan parti itu, pihaknya menganggap kenyataan sedemikian sebagai pandangan peribadi pemimpin.

Membidas tanggapan Ahli Parlimen Seremban itu, Isham berkata, beliau adalah wakil akar umbi UMNO.

“YB Anthony, saya wakil akar umbi UMNO. Akar umbi UMNO mahu UMNO kembali ke perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak orang Melayu, bukan ikut telunjuk DAP untuk perjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ dan hapus hak orang Melayu dan Bumiputera.

“Jika mahu tahu secara tepat apa yang akar umbi UMNO mahu, YB boleh minta kepada kawan-kawan pro DAP YB dalam UMNO untuk buat referendum dan tanya tiga juta akar umbi UMNO sama ada mereka mahu bekerjasama dengan DAP atau tidak,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Dalam isu ini, Isham menegaskan bahawa kedua-dua pegangan itu tidak boleh didukung pada masa sama kerana ia amat bertentangan.

“Bila ada perubahan kepada asas perjuangan perlu ada referendum supaya asas tidak menyimpang. Dan dengan ini barulah kita tahu pandangan mana yang sebenarnya mewakili parti. Terima kasih,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Monday, September 4, 2023

Dalam masa tiga hari UMNO sudah kalah kepada DAP soal pertahan dasar parti

satuberita.my
By SatuBerita
-September 4, 2023

UMNO tertubuh kerana perjuangan orang Melayu menentang dasar penjajah British yang mahu menyamaratakan hak semua penduduk di Tanah Melayu. Malaysian Malaysia adalah penerusan dasar penjajah itu.
Oleh DR MARZUKI MOHAMAD

PADA 30 Ogos 2023, ahli MT UMNO Datuk Nur Jazlan Mohamed buat kenyataan DAP mesti gugurkan agenda Malaysian Malaysia dan negara sekularnya untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada UMNO.

Bagi Nur Jazlan inilah masalah besar yang dihadapi oleh UMNO sekarang. Orang Melayu tolak UMNO kerana mereka tak suka DAP. Mungkin ini jugalah masalah yang difikirkan oleh orang-orang UMNO yang lain.

Pada hari yang sama, Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer kata Nur Jazlan salah faham dan beri bayangan tidak ada masalah dengan dasar perjuangan Malaysian Malaysia dan negara sekular DAP. Yang bermasalah ialah Nur Jazlan kerana tak faham perjuangan DAP.

Tiga hari kemudian, iaitu pada 2 September 2023, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kata DAP tak akan gugurkan dasar Malaysian Malaysia dan negara sekular yang menjadi teras perjuangan partinya. Mana mahunya. Dasar itulah yang membolehkan DAP mendapat 98% sokongan kaum Cina. DAP parti Cina.

Pada hari yang sama, Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi kata apa yang diperkatakan oleh Nur Jazlan itu adalah pandangan peribadinya. Bukan pendirian parti.

Habis cerita. Tutup buku.

Apa rumusan yang boleh kita buat daripada episod ini?


Dalam masa 3 hari saja UMNO kalah dengan DAP dalam perkara dasar yang menjadi pegangan UMNO sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1946.

Ingat, UMNO tertubuh kerana perjuangan orang Melayu menentang dasar penjajah British yang mahu menyamaratakan hak semua penduduk di Tanah Melayu. Malaysian Malaysia adalah penerusan dasar penjajah.

Zahid Hamidi Presiden UMNO/Pengerusi BN/Timbalan Perdana Menteri tunduk kepada Anthony Loke Setiausaha Agung DAP/Menteri Pengangkutan.

Keberadaan UMNO dalam kerajaan tak mampu untuk pertahankan hak Melayu. Sekadar jadi pasu bunga saja. Timbalan Perdana Menteri kalah dengan Menteri Pengangkutan.

Yang paling jelas, DAP tak peduli UMNO hilang sokongan Melayu. Tak ada gunanya UMNO jadi parti Melayu tapi tak dapat sokongan Melayu. UMNO akan mati dan DAP tak peduli jika UMNO mati.

DAP hanya perlukan UMNO pada masa ini sahaja untuk cukupkan majoriti 2/3 kerajaan PH. Dengan itu DAP boleh merealisasikan impian mereka untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah kerusi-kerusi yang didominasi oleh DAP dalam PRU-16.

Apabila ini berlaku, DAP tak perlukan UMNO lagi. Biarlah UMNO mati. Malah bagi DAP lebih baik UMNO mati saja kerana itulah kehendak perjuangan DAP dari awal lagi.

PENULIS ADALAH BEKAS KETUA SETIAUSAHA SULIT PERDANA MENTERI KELAPAN

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan SatuBerita.

Umno sudah terima agenda ‘Malaysian Malaysia’ DAP?

harakahdailycom
September 3, 2023
KEBERADAAN Umno dalam pakatan campuran PH-BN sebenarnya mempamerkan kegagalan untuk melunakkan agenda besar DAP untuk mewujudkan ‘Malaysian Malaysia’ dan pembentukan Negara Sekular di Malaysia.

Ironinya kenyataan Anthony mempertahankan ideologi songsang DAP itu turut dipertahankan Zahid Hamidi sendiri yang sepatutnya membawa wacana perjuangan Umno mempertahankan negara dan bangsa sejak sekian lama.

Tidak peliklah jika Umno hari ini semakin terhakis citra perjuangannya dek kerana seorang individu tersebut. Apa lagi selepas ini yang Umno akan tanggalkan pakaian perjuangannya selepas hari ini Presidennya sendiri mempertahankan agenda ekstrem DAP tersebut?

Agenda menjadikan Malaysia negara sekular termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan DAP sendiri. Ia dinyatakan dalam Perkara 2 iaitu;

“Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal iaitu sistem undang-undang tertinggi negara…”

Apa guna Anthony mempertahankan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan kalau mereka masih beragenda memisahkan Islam daripada kerangka ‘Perlembagaan Malaysia’?

Calon PH-BN di Parlimen Pulai juga mempertahankan agenda DAP ini sebagai menepati Rukun Negara. Sejak bila Rukun Negara menggugurkan rukun ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ bermaksud menolak secara jelas prinsip sekular yang diperjuangkan parti DAP?

Begitu juga agenda DAP menjadikan Malaysia sebuah negara berasaskan ‘Malaysian Malaysia’. Ia adalah agenda kononnya memperjuangkan hak kesamarataan terhadap sosial, ekonomi dan politik antara kaum, tetapi sebenarnya terselindung di sebaliknya tirai perkauman yang lebih ekstrem.

Agenda ‘Malaysian Malaysia’ secara mudah difahaminya adalah sekadar slogan untuk menafikan hak keistimewaan orang Melayu termasuklah daripada sudut bahasa, budaya dan sejarahnya. Inilah wajah sebenar agenda hak sama rata dalam Malaysian Malaysia.

Perjuangan Malaysian Malaysia ini telah dipelopori oleh Lee Kwan Yew daripada parti People’s Action Party (PAP) yang membawa kepada penyingkiran Singapura daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Dorongan agenda Malaysian Malaysia ketika itu telah membibitkan pakatan dalam kalangan parti pembangkang iaitu Malaysian Solidarity Convention pada tahun yang sama.

Meskipun dengan penyingkiran Singapura dan terkeluarnya PAP daripada Malaysia, agenda Malaysian Malaysia kini masih diteruskan oleh parti serpihannya yang sangat dominan dalam pakatan PH-BN pada hari ini iaitu DAP.

Agenda tersebut sememangnya ditentang orang Melayu kerana ibaratnya mengikis identiti Melayu-Islam yang menjadi tunjang dalam negara ini. Malah, tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam negara turut diukir daripada sikap rasis yang dibentuk oleh PAP melalui agenda yang sama.

Justeru, usahlah DAP mempertahankan kedua-dua agenda Negara Sekular mahupun Malaysian Malaysia kononnya tidak merbahaya kepada negara. Sedangkan sejarah adalah guliran fakta yang tidak boleh sesekali dipadamkan.

Rakyat Malaysia menolak agenda ekstrem Negara Sekular dan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP!

DATO’ USTAZ AHMAD YAHAYA
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena 

Sunday, September 3, 2023

DAP mesti tinggalkan ‘Malaysian Malaysia’ jika benar junjung Perlembagaan

ismaweb.net
Siti Hafidah
03/09/2023

Pejuang kemerdekaan dulu tolak asimilasi pilih integrasi kaum bina negara
BANGI, 17 Safar 1445H, Ahad – DAP perlu meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia sekiranya parti itu benar-benar menjunjung Perlembagaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, kenyataan pemimpin DAP bahawa mereka menjunjung Perlembagaan namun masih memperjuangkan Malaysian Malaysia suatu perkara yang bercanggah.

Ini kerana katanya, ideologi Malaysian Malaysia adalah tidak selari dengan Perlembagaan Malaysia.

“Perlembagaan Malaysia melindungi hak keistimewaan orang-orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu.

“Sebaliknya dalam Malaysian Malaysia tiada keistimewaan-keistimewaan ini malah ideologi ini menentang keistimewaan-keistimewaan ini, sebagaimana tiada keistimewaan orang-orang Melayu dan tiada Raja-raja Melayu di Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Isham berkata, pejuang kemerdekaan dahulu menolak asimilasi kaum sebaliknya memilih untuk membina negara dengan integrasi kaum.

Jelasnya, dengan integrasi kaum setiap kaum boleh mengekalkan cara hidup dan adat resam mereka sendiri tanpa diasimilasi dan hidup bersama dengan harmoni.

“Dahulu orang-orang Melayu dan UMNO telah bangkit menentang Malayan Union atau ‘Perpaduan Malaya’ dan kita telah berjaya mencapai kemerdekaan. Kemudian kita telah bangkit menentang asimilasi ‘Malaysian Malaysia’ yang dibawa Parti Tindakan Rakyat (PAP) walaupun itu menyebabkan perpisahan kita dengan Singapura.

“Kita memperjuangkan integrasi kaum, menjunjung Perlembagaan dan menolak asimilasi Malaysian Malaysia,” katanya.

Rentetan itu, beliau menegaskan, rakyat yang ingin hidup secara harmoni dan pada masa sama mengekalkan adat resam, budaya dan cara hidup etnik mereka perlu menolak asimilasi Malaysian Malaysia ini.

“Ini termasuklah DAP jika mereka benar-benar mahu menjunjung Perlembagaan,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan tiada keperluan untuk partinya menggugurkan slogan ‘Malaysian Malaysia’ seperti didesak sesetengah pihak.

Menurutnya, prinsip itu juga telah dijelaskan dan dipersetujui secara bersama sebelum Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibentuk sebelum ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

‘Malaysian Malaysia’ beri kesan besar Umno tagih sokongan Melayu

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
03 Sep 2023

Timbalan Ketua Umno Segamat Bastien Onn berkata pengekalan slogan DAP itu menjadikan orang Melayu bersama PN.
Timbalan Ketua Umno Segamat Bastien Onn, berkata pimpinan Umno pusat termasuk Presiden Zahid Hamidi perlu mendesak DAP gugur slogan ‘Malaysian Malaysia’. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pendirian DAP enggan menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” memberi kesan besar kepada Umno dalam usaha meraih sokongan orang Melayu, kata pemimpin akar umbi.

Timbalan Ketua Umno Segamat, Bastien Onn, berkata apa disuarakan Ketua Umno Pulai Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini sudah tentu mewakili suara akar umbi bukan sahaja di Parlimen Pulai, malah di Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram.

Katanya, keputusan pada PRN enam negeri 12 Ogos lalu mencerminkan orang Melayu tidak mahu lagi bersama Umno hanya kerana menjalin hubungan politik dengan DAP.

“Ini memberi kesan yang sangat besar kepada Umno untuk menagih dan meraih sokongan daripada orang Melayu. Kita terpaksa menjawab persoalan ini (Malaysian Malaysia) dan saya rasa bahawa apa yang dikatakan oleh Nur Jazlan adalah dapatan daripada kerja dan juga perjumpaan kita dengan akar umbi.

“Mereka (pimpinan Umno pusat) harus tegas, kalau tidak kita menghadapi masalah dengan orang Melayu dan saya melihat pergerakan orang Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) cukup membimbangkan,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau berkata, justeru pimpinan Umno pusat termasuk Presiden Zahid Hamidi perlu tegas terhadap gesaan supaya DAP menggugurkan slogan tersebut.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, berkata tidak perlu digugurkan slogan “Malaysian Malaysia” kerana komitmen parti itu mendukung prinsip Islam agama rasmi, bahasa Melayu, dan Perkara 153 Perlembagaan sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan.

Setiausaha agung DAP itu berkata, perkara itu tidak perlu diungkit lagi atau mencipta polemik yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.

Katanya, sebelum kerajaan perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh “prinsip serta perlembagaan parti” masing-masing.

Mengulas gesaan Nur Jazlan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Zahid berkata apa diperkatakannya berhubung pengguguran slogan itu sekadar pandangan peribadi, bukan parti.

Beliau berkata, sekalipun timbul permintaan seperti itu, ia perlu mengikut saluran betul melalui mesyuarat atas dasar hormat pada rakan dalam gabungan kerajaan perpaduan.

Saturday, September 2, 2023

Gesa DAP gugur slogan ‘Malaysian Malaysia’ hanya pandangan peribadi Nur Jazlan, kata Zahid

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
02 Sep 2023, 3:30pm

Presiden Umno itu berkata, sekalipun timbul permintaan seperti itu, ia perlu mengikut saluran yang betul atas dasar hormat pada rakan gabungan kerajaan perpaduan.
Presiden Umno Zahid Hamidi berkata, pihaknya menghormati rakan-rakan komponen dalam kerajaan perpaduan.

KUALA LUMPUR: Saranan agar DAP menggugurkan agenda negara sekular dan slogan “Malaysian Malaysia” dalam perlembagaannya sekadar pandangan peribadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Nur Jazlan Mohamed, bukan pendirian Umno, kata Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, sekalipun timbul permintaan seperti itu, ia perlu mengikut saluran yang betul atas dasar hormat pada rakan dalam gabungan kerajaan perpaduan.

“Saya ikuti dengan teliti, itu pendapat peribadi Nur Jazlan, bukan pendirian parti,” kata Zahid pada sidang media selepas merasmikan Kongres India Muslim Malaysia di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia.

“Kita menghormati rakan-rakan komponen dalam kerajaan perpaduan dan jika ada pun permintaan itu, biar kita guna saluran melalui mesyuarat kita,” katanya

Sebelum ini, Nur Jazlan menyarankan agar DAP menggugurkan agenda negara sekular dan slogan “Malaysian Malaysia” dalam perlembagaannya, dan berubah menjadi lebih sederhana jika mahu diterima orang Melayu di negara ini.

Dalam responsnya, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, parti itu tidak perlu berbuat demikian semata-mata untuk mendapat sokongan kaum lain.

Sementara itu menerusi ucapannya, Zahid berkata, beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan kembali menjadi parti dominan selepas PRU16.

“PRU16 nanti kita akan jadi dominan semula dalam pentas politik tanah air, saya nampak cahaya yang sangat cerah di hujung terowong politik negara.

“Kita sedang menghadapi ujian, jadi jangan mengalah,” katanya.

Katanya, Umno dan BN juga akan kembali menerajui kerajaan apabila parti itu kembali menguasai jumlah kerusi, mengatasi gabungan lain termasuk Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Loke: Semua parti k'jaan setuju tak sentuh perlembagaan parti masing-masing

malaysiakinicom
Shakira Buang
Diterbitkan: Sep 2, 2023 9:35 AM
Setiap parti dalam negara ini mempunyai perjuangan dan pandangan sendiri, namun itu bukanlah masalah untuk mana-mana pihak bergabung menjadi satu pakatan.

Justeru, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata partinya tidak perlu menggugurkan slogan 'Malaysian Malaysia' kerana ia sudah dijelaskan sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk.

Malah, katanya, persefahaman sudah dicapai agar semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan tidak menyentuh perlembagaan parti masing-masing.

“Sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing.

"Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sendiri sudah berpuas hati dengan penjelasan kita sebelum Barisan Nasional (BN) bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan.

"Peruntukan dalam perlembagaan DAP ialah beberapa perkara asas yang menjadi kebimbangan kepada orang Melayu sudah saya jelaskan.

"DAP mendokong prinsip terbabit termasuk kedudukan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) di Wisma DAP Muar, Taman Sakeh Baru, malam tadi.

Loke berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, supaya DAP menggugurkan tuntutan 'Malaysian Malaysia' dan menggesa komponen PH menilai semula komitmennya yang antara lain menghapuskan sistem kuota Bumiputera berikutan hujah matlamat sedemikian menghalang parti berkenaan daripada mendapat sokongan orang Melayu.

Rabu lalu, Nur Jazlan ketika mempertahankan partinya berkata bahawa pihak lain dalam kerajaan campuran perlu berubah jika mahu diterima oleh orang Melayu.

Ujarnya, majoriti pengundi Melayu Selangor dan Johor masih tidak boleh menerima dengan mudah cara politik DAP.

Menyusul kenyataan itu, Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker berkata sudah tiba masanya DAP mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Menurut Ti, jika konsep ‘Malaysian Malaysia’ itu selari dengan perjuangan Perikatan (1955) dan wawasan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman maka DAP perlu menghuraikan konsep tersebut dalam konteks budaya, bangsa dan negara.

Mengulas lanjut, Loke juga menegaskan perkara itu sepatutnya tidak diungkit lagi atau mencipta polemik yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.

Kata Loke, ini kerana DAP juga tidak pernah meminta parti lain meminda perlembagaan kerana semua parti mempunyai prinsip perjuangan atau ideologi masing-masing.

"Bagi saya masing-masing ada pandangan dengan setiap parti ada prinsip perjuangan, ini tidak menjadi masalah apabila kita bekerjasama dalam satu gabungan politik terutama apabila membentuk Kerajaan Perpaduan.

"Tetapi apa yang penting pada hari ini, kita membentuk Kerajaan Perpaduan, bekerjasama atas parameter dengan paling penting kita mengangkat dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Tambah Loke, dia sedia maklum bahawa semua pihak kini sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Oleh itu, kata Loke daripada mencipta situasi seperti ini, adalah lebih baik parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan menumpukan perhatian mendapat sokongan terutama pengundi Melayu.

"Tetapi saya nak nyatakan di kawasan saya (Parlimen Seremban) dengan pengundi adalah majoriti Melayu, tetapi saya menang, jadi tak timbul DAP tak boleh mendapat sokongan Melayu.

"Ya, kita kena berusaha. Kita ada cabaran dan saya setuju. Tapi tak bermaksud bahawa DAP ditolak oleh Melayu semata-mata. Saya punya kawasan sendiri majoritinya pengundi Melayu, malah lebih ramai.

“Sama ada di parlimen Seremban mahupun di kawasan DUN saya, dua-dua kawasan, pengundi Melayu lebih ramai daripada pengundi Cina. Tapi saya menang dengan majoriti yang agak tinggi juga. Jadi ini membuktikan bahawa kalau kita punya kerja, kita punya pendekatan dan khidmat kita kepada masyarakat akan dinilai oleh pengundi.

“Bukannya dia nilai dari segi ideologi parti masing-masing. Tetapi juga menilai kerja kita dan track rekod kita,” tambahnya.

Wednesday, August 30, 2023

'DAP perlu gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia' - Nur Jazlan

bharian.com.my
Oleh Mohamed Farid Noh 
farid_noh@bh.com.my
- Ogos 30, 2023 @ 2:03pm
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan), Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) dan Calon Pakatan Harapan Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat (tengah) ketika melawat PDM Sungai Danga di Balairaya Kampung Sungai Danga, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU: Semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan terutama DAP, mesti berubah menjadi parti yang lebih sederhana, jika mahu diterima orang Melayu negara ini.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menyarankan supaya DAP menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan Malaysian Malaysia dalam perlembagaan parti berkenaan.

Katanya, tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa DAP hari ini sudah berbeza dari sebelumnya, selain daripada parti itu meminda Perlembagaan parti berkenaan sekali gus menggugurkan dua elemen berkenaan.

Beliau berkata, dua agenda itulah yang terus menjadi trauma kepada orang Melayu dan membuatkan mereka tidak boleh menerima perjuangan DAP.

"Orang Melayu sejak puluhan tahun lalu masih trauma dan tidak noleh menerima sentimen Negara Sekular dan Malaysia Malaysian yang diperjuangkan oleh DAP.

"Bila saya bersembang dengan pengundi Melayu di Selangor (ketika PRN lepas) dan Johor (ketika berkempen), majoriti mereka cakap masih tak boleh nak terima dengan mudah cara politik DAP yang bagi mereka masih terikat dengan tanggapan parti itu adalah parti totok orang Cina.

"Bila saya tanya kenapa selama ini orang Melayu boleh terima MCA dalam BN, mereka (orang Melayu) kata MCA tak ekstrim dan UMNO jadi parti dominan dalam gabungan itu.

"Berbeza dengan DAP, mereka kata tak boleh terima agenda sekular dalam parti itu sebab memang bertentangan sama sekali dengan syariat Islam dan Melayu. Jadi sebab itulah orang Melayu macam letak batu sempadan besar nak terima atau sokong DAP walaupun sudah bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai menimbulkan persoalan sama ada DAP berani membuat pengorbanan besar itu demi kelangsungan politik mereka.

"Jika DAP masih was-was untuk lakukan perubahan besar seperti mana pengorbanan yang UMNO sanggup buat hari ini dengan menyertai kerajaan Perpaduan, saya jangkakan DAP akan terus dipulau oleh pengundi Melayu.

"UMNO juga akan terus ditolak orang Melayu selagi kami bekerjasama dengan DAP. Satu lagi situasi besar yang perlu DAP hadapi ialah gelombang sokongan orang Melayu terhadap Pas akan jadi lebih kuat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan masa depan.

"Jadi kita akan lihat keadaan politik yang ekstrim di mana orang Cina akan terus sokong DAP sebagai parti mereka dan orang Melayu akan beralih kepada Perikatan Nasional (PN) dan PAS sebagai parti mereka," katanya.

Beliau berkata, ketika ini orang Melayu hanya mempunyai dua pilihan sama ada beralih sokongan secara total kepada PN dan PAS atau menerima kembali UMNO sebagai wadah perjuangan mereka.

"Sebab itulah semua pihak termasuk DAP juga perlu bantu untuk pulihkan UMNO semula dan kembali menjadi parti utama di negara seperti sebelum tahun 2018," katanya.

Monday, June 19, 2023

Orang Melayu perlu tolak konsep Malaysian Malaysia dibawa DAP: Hadi

agendaily.com
19/06/2023
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Konsep Malaysian Malaysia dan sekularisme yang diperjuangkan DAP perlu ditolak orang Melayu dan Islam, gesa Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata implikasi buruk akan dihadapi orang Melayu dan bumiputera sekiranya konsep yang dibawa DAP dalam perjuangan politik mereka itu diterima dengan memberi contoh nasib dialami kaum pribumi di negara lain.

“Konsep ini tidak boleh diterima pakai oleh orang Melayu dan bumiputera sampai bila-bila. Sebarang tindakan menerima konsep ini ibarat merelakan diri mereka untuk menjadi seperti kelompok Red Indian di Amerika Utara, Maori di New Zealand dan Bush People di Australia. Mereka telah dianaktirikan.

“Orang Melayu dan bumiputera ialah keturunan nusantara bangsa asal gugusan Kepulauan Melayu. Orang Melayu dan Bumiputera tidak akan sekali-kali menerima pakai konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP,” katanya dalam tulisan Minda Presiden PAS di akaun Facebooknya.

Hadi berkata, ramai kalangan orang muda Melayu dan bumiputera kabur mengenai konsep tersebut dan terkeliru tentang sejarah tanah air.

“Secara ringkasnya, slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Convention yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik.

“Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai hak keistimewaan kepada orang Melayu dan bumiputera.

“Mereka berpendapat bukan Melayu yang telah diberikan kerakyatan juga berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu adalah sama taraf dengan orang Melayu dan bumiputera.

“Dalam lain perkataan, semua bangsa, bahasa, agama dan budaya adalah sama,” katanya lagi.

Tegas beliau, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan beberapa hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

Ini termasuk bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam agama Persekutuan, melindungi institusi Melayu, kuota pekerjaan dalam perkhidmatan awam, kuota biasiswa untuk pendidikan, lesen perniagaan dan lain-lain.

“Selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, konsep Malaysian Malaysia terus diperjuangkan oleh DAP, parti serpihan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura sehingga sekarang.

“Itulah sebabnya orang Melayu dan bumiputera sekarang secara terus-menerus menolak konsep ini yang bakal melenyapkan ketuanan Melayu Islam, hak keistimewaan dan kelebihan mereka di bumi asal mereka,” katanya lagi.

Hadi berkata, sebarang langkah untuk melaksanakan konsep yang sangat besar terhadap agama, umat Islam dan tanah airnya.

Saturday, December 31, 2022

Setelah julang DAP, UMNO sucikan falsafah ‘Malaysian Malaysia’ pula

agendaily.com
31/12/2022
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata sumpah 'wallahi wabillahi watallahi ‘No Anwar, No DAP’ yang dilaungkan oleh UMNO ditukar menjadi 'Love Anwar, Love DAP.'

UMNO kini mensucikan falsafah ‘Malaysian Malaysia’ apabila menjulang parti berideologi kiri – DAP – sementara agenda reformasi yang mula diperkenalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula hanya lakonan murahan setelah ‘bersekedudukan’ dengan kleptokrat dan perasuah.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan sempena tahun baharu 2023 mengimbas beberapa isu politik sepanjang 2022 yang menyaksikan kebenaran terserlah dan kepalsuan lakonan terdedah.

Menurutnya ini termasuk sumpah ‘wallahi wabillahi watallahi ‘No Anwar, No DAP’ yang dilaungkan oleh UMNO ditukar menjadi ‘Love Anwar, Love DAP.’

“Buku-buku sejarah politik bakal merekodkan bahawa pada tahun 2022 UMNO menjulang parti berideologi kiri DAP dan mensucikan falsafah Malaysian Malaysia. Rakyat bertanya adakah UMNO masih relevan?

“Tahun 2022 merekodkan betapa agenda Reformasi hanya lakonan murah mereka yang kini leka bersekedudukan dengan kleptokrat dan perasuah. Benarlah bahawa kuasa dan jawatan boleh membuat manusia menjual maruah.

“Rakyat telah sedar lakonan Reformasi dipelopori PKR sudah masuk tong sampah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (31 Disember 2022).

Malah Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata tahun 2022 juga merekodkan betapa masih ada sekelompok pejuang yang masih tegar dengan idealisme perjuangan di mana Perikatan Nasional tetap bertegas tidak berkompromi dengan maksiat dan kerosakan.

Wan Saiful menjelaskan dengan 74 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional kekal berprinsip, bersih, berintegriti, berkaliber, dan berwibawa serta memilih untuk terus memperjuangkan kebajikan rakyat.

Katanya, ramai pakar menjangka ekonomi Malaysia dan dunia akan mencabar pada tahun 2023 dan memburukkan lagi keadaan, perang Russia-Ukraine dijangka bakal mengheret Belarus serta Poland.

“Kesan kepada ekonomi Malaysia pasti ada dan rakyat pasti terkesan. Kerajaan PH-BN yang tidak kompeten ini masih belum ada idea apa yang harus dilakukan.

“Tahun 2023 juga akan menyaksikan apa akan jadi kepada kedaulatan undang-undang di Malaysia,” katanya.

Menurut Wan Saiful lagi rakyat akan menilai apa yang bakal berlaku kepada kes-kes mahkamah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan sekutu kluster mahkamahnya.

Katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH kini menyayangi “kluster mahkamah” dan sedang mensucikan UMNO kerana mahu duduk serumah, namun Wan Saiful mengingatkan bahawa rakyat akan menilai adakah kedaulatan undang-undang negara akan dirosakkan oleh PH demi untuk membela kekasih baharu mereka, UMNO.

“Rakyat juga akan menilai tindakan Speaker Dewan Rakyat berkaitan empat orang Ahli Parlimen Sabah yang jelas telah melompat parti. Adakah PH-BN akan mempertahankan konsep kedaulatan undang-undang, atau adakah kerajaan PH-BN ini akan melenturkan undang-undang untuk menjaga kepentingan diri. Keputusan Speaker nanti adalah petanda awalnya,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Wan Saiful berkata Bersatu perlu segera membuktikan kemampuan menghasilkan cadangan dasar-dasar alternatif yang berkualiti untuk mengurangkan bebanan rakyat, disamping cekap mengenal pasti kelemahan kerajaan yang perlu diperbaiki.

“Jika di Britain, pembangkang dipanggil “His Majesty’s Most Loyal Opposition”. Maksudnya, dalam konteks Malaysia, menjadi tanggungjawab pembangkang untuk tidak bersetuju dengan kerajaan dan mencari idea-idea alternatif, dalam rangka memenuhi amanah yang diberikan oleh negara.

“Pembinaan kekuatan dalaman parti pula mesti menjadi keutamaan Bersatu. Proses latihan, perkaderan, pembentukan cawangan baru, pengukuhan cawangan dan bahagian, semuanya perlu diberi perhatian dan diusahakan.

“Baik pemimpin cawangan, bahagian, negeri mahupun Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, semuanya mesti memainkan peranan untuk memperkukuh parti. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi mesti turun padang membantu Bahagian-Bahagian, terutama dalam menghadapi Pilihanraya Negeri tak lama lagi,” katanya.

Katanya Bersatu juga perlu menyedari bahawa kemenangan banyak kerusi adalah hasil sokongan generasi baharu politik atau anak muda, dengan pendaftaran automatik pengundi turut melibatkan pelbagai lapisan usia.

“Generasi baharu menolak rasuah, menolak politik wang, dan menolak politik menipu demi kuasa. Sebaliknya Generasi Baharu mahukan budaya politik baru, budaya yang bersih dan budaya prihatin kepada nasib rakyat. Generasi Baharu mahukan peluang dan platform untuk mereka turut mendekati dan membantu rakyat.

“Bersatu mesti menyahut keinginan Generasi Baharu ini dan menerima mereka dengan tangan terbuka. Beri ruang kepada Generasi Baharu untuk memainkan peranan dalam parti. Lantik mereka ke jawatan-jawatan yang sesuai dalam parti dan bantu mereka untuk naik, supaya mereka boleh berperanan membasmi budaya tak sihat sekiranya ada, dan membawa budaya yang lebih segar dalam parti.

“Bersatu ada amanah penting yang wajib ditunaikan. Kita mesti menjadi alternatif sebenar untuk negara. Dan kita mesti berani membuat pilihan yang betul walaupun sukar, demi kebaikan jangka panjang untuk parti. Yang mana perlu dibersihkan, bersihkanlah. Yang mana perlu diperkukuh, perkukuhkanlah,” ujarnya.

Thursday, February 20, 2020

DAP akan terus pecah majoriti Melayu untuk kekal berkuasa

Suka 'test water', siapa bangkit tentang, siapa barua tolong mereka
19/02/2020


BANGI, 25 Jamadilakhir 1441H, Rabu – Parti paling dominan di Putrajaya, DAP akan terus melemahkan kesatuan orang Melayu dan Islam demi memastikan mereka kekal memegang dominasi tampuk pemerintahan negara.

Walaupun agenda parti tamak haloba bukan lagi menjadi rahsia buat umum, tetapi sekali lagi ditekankan oleh Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Datuk Seri Ramesh Rao secara langsung di program Kerusi Panas yang disirkan TV Pertiwi, malam ini.

Ramesh menegaskan, DAP bimbang sekiranya orang Melayu dan Islam bersatu, kerana mereka tidak akan mempunyai peluang untuk berkuasa lagi.

“Tengok sahajalah Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, mereka pecahkan Melayu, kepada Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PAS dan UMNO.

“Mereka perlu pecahkan perpaduan kaum majoriti. Kalau mereka (orang Melayu) lemah, lagi memudahkan untuk DAP menguasai negara,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu adalah salah satu daripada elemen Deklarasi Setapak 1967 yang memperjuangkan ideologi Malaysian Malaysia.

Dalam Deklarasi Setapak, pendirian DAP sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’.

“Perjuangan mereka ni dah lama, 50 tahun dulu lagi mereka dah sasar. Mereka mahu melemahkan kuasa ekonomi Bumiputera. Salah satu buktinya sekarang tengok lah isu Tabung Haji (TH), mereka wujudkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan, siapa yang jaga? Bukan Melayu.

“DAP ni suka ‘test water’. Contohnya, kalau dia sentuh hak orang Melayu, dia akan tengok berapa yang akan bangkit lawan dan akan tengok berapa barua yang akan bangkit tolong mereka.

“Contoh isu TH hari ini, Mujahid dah melenting. Dah ada defend DAP di situ. Jadi DAP ni pandai, misi utama mereka memang untuk memecahkan majoriti 65 peratus orang Melayu,” katanya.

Thursday, May 18, 2017

Becoming Hannah: Hannah Yeoh cadang hapus ruangan kaum dalam MyKad

Hannah Yeoh pernah mencadangkan ruangan kaum dalam MyKad dihapuskan untuk mewujudkan bangsa Malaysia tanpa mengira ras, dedah Helen Ang.
“Bukan itu sahaja, Hannah Yeoh juga cuba menyekat istilah “Melayu” untuk diisi dalam ruang butir ‘Keturunan’ dalam borang-borang rasmi,”

Penghapusan identiti bangsa dalam MyKad itu akan mencapai matlamat utama perjuangan DAP untuk mewujudkan bangsa Malaysia tanpa kaum atau ‘Malaysian Malaysia’.

Untuk membuktikan dakwaan itu, Helen Ang turut melampirkan kenyataan Hannah Yeoh dalam Sinar Harian, bertarikh 20 Jan 2014.
“Tak ada orang halang kalau anda memilih untuk menjadi Melayu. Tapi ia tak perlu ada dalam IC (MyKad).

“Kalau jadi wakil rakyat, saya tak nak tahu bangsa anda. Saya nak tahu apa yang anda tahu untuk bantu kawasan itu,” katanya ketika menjawab soalan daripada salah seorang wakil peserta Forum Perpaduan dan Masa Depan Negara.
Tambah Helen lagi, ADUN DAP itu bukan setakat membuat seruan, malah turut mempraktikkan penyisihan bangsa Melayu di DUNnya.

“Contohnya Hannah Yeoh telah enggan membantu sebuah Residents Association semata-mata kerana mereka memakai nama persatuan penghuni pangsapuri ‘Melayu’ dengan alasan dia (YB Subang Jaya) menolak keras sifat perkauman.

“Tapi jelas sekali perangai si Dapster itu dwi-standard. Lebih-lebih lagi Dapsters yang dicucuk hidung mereka oleh evangelista,”dedahnya lagi.

Kempen Hannah untuk menghapuskan identiti bangsa turut disiarkan dalam organ DAP,roketkini.
Hannah itu berkata, dalam memberi bantuan kepada rakyat, bangsa bukan soal yang perlu dititikberatkan terutama ketika mengisi borang bantuan.
“Borang itu agak keterlaluan dan perlu dihapuskan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Tidak penting bangsa anda apa yang penting kami tetap bantu.

“Apa yang lebih penting dalam borang itu adalah saya dapat tahu lebih lanjut masalah anda,” ujarnya.
Menurut Roketkini, saranan Hannah telah disokong oleh Datuk Saifuddin Abdullah yang ketika itu berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

“Kita kena ada satu langkah permulaan, antaranya membuang ruangan ‘kaum’ dalam borang kerajaan.
“Melalui langkah ini, saya rasa semua rakyat akan berasa mereka adalah ‘Malaysia’ kerana tidak dikelompokkan sebagai mana-mana kaum,” katanya. (aidc)
Bacaan tambahan ini berkaitan.

Saturday, May 6, 2017

Nik Abduh: Impian HARAPAN kuasai Putrajaya semakin 'jauh' tanpa PAS

Impian Pakatan Harapan semakin jauh untuk menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14 apabila PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang itu.

Ahli Parlimem Pasir MAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, hanya dalam 'dua keadaan' sahaja DAP yang didakwanya mengetuai gabungan parti pembangkang itu, boleh menawan Putrajaya.

“Pertama, menjadikan bukan Islam sebagai majoriti dalam negara kita namun bagi saya jauhlah memandangkan statistik umat Islam di negara kita bertambah.

“Kedua, DAP hanya boleh menang apabila umat Islam ini hidup dalam keadaan hanyut, hanyut tidak jaga agama, mereka hanya hendak jaga duit, ekonomi, perut maka di sini mereka akan terkesan dengan umpan DAP.

"Tetapi kita yakin usaha dakwah yang dibuat oleh PAS, orang Melayu tidak sampai tahap lalai sehingga menerima perjuangan DAP,” Utusan memetiknya sebagai berkata.

Nik Abduh mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan PAS telah sesat kerana bermusuh dengan DAP dan berbaik-baik dengan Umno.

Nik Mohamad Abduh yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, matlamat utama PAS adalah untuk mendaulatkan Islam di negara ini dan kerana itu, ia tidak boleh bersama Pakatan Harapan kerana mendakwa DAP cuba menjadikan Malaysia sebuah negara liberal.

“Dengan sikap dan polisi DAP, matlamat mereka yang semakin jelas ‘Malaysian Malaysia’ yang dulunya difahami secara kabur oleh orang Melayu.

"Hari ini dengan tindakan-tindakan mereka ia semakin menjelaskan maksud sebuah perjuangan untuk menjadikan negara kita ini liberal, bebas tanpa ada ikatan agama, maka tidak mungkin PAS boleh bersama Pakatan Harapan untuk menang menuju Putrajaya.

“Kalau kita kekal dengan Pakatan Harapan, kita sendiri tidak boleh jamin kemenangan itu menjamin Islam berdaulat,” katanya.

Justeru, katanya, PAS akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk Umno bagi memastikan matlamat besar parti itu untuk mendaulatkan Islam di negara ini berjaya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-