Showing posts with label pakatan pembangkang. Show all posts
Showing posts with label pakatan pembangkang. Show all posts

Tuesday, April 3, 2018

Pakatan Pembangkang Bakal Hancur Selepas PRU-14

TEMERLOH: Pakatan pembangkang adalah gabungan yang tidak mempunyai idealogi untuk rakyat dan bakal mengalami kehancuran selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata ini kerana gabungan itu terbentuk atas dasar untuk mencapai cita-cita peribadi individu tertentu antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu membalas dendam terhadap pucuk kepimpinan negara.

Katanya, Dr Mahathir bertindak sedemikian kerana menganggap dirinya mengetahui segala-galanya, marah anaknya tewas dalam pertandingan jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO pada 2013 dan merasakan segala legasinya dihapuskan.

"Kita kena muafakat untuk menyelamatkan Malaysia, ...mereka parti tiada idealogi, tenggelam dan timbul, aktif bila menjelang pilihan raya tetapi selepas itu tidak aktif.

"Barisan Nasional (BN) sebaliknya aktif membantu rakyat," katanya berucap melancarkan Jentera BN Parlimen Temerloh di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian, Mentakab, dekat sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Pengerusi BN Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Mohd Shamsuddin.

Mengulas lanjut, Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, BN menawarkan kesejahteraan dan masa depan gemilang menerusi pelbagai perancangan dilakukan kerajaan diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"BN adalah parti yang mahu kedamaian dan kesejahteraan negara, mahu sedia peluang ekonomi serta pendidikan, ...malah kita merancang untuk masa depan sebab itu dirancang program Transformasi Nasional 2050 (TN50).

"Di Temerloh ini sekiranya ada masalah kelajuan dan liputan internet, beritahu saya dan kita akan tingkatkan sekali ganda dengan separuh harga pada 2019 seperti dimahukan Perdana Menteri kerana kita mahu membangunkan digital ekonomi," katanya.

Dalam pada itu, Salleh berpuas hati dengan persiapan jentera BN Temerloh dan yakin ia mampu merampas kembali Parlimen Temerloh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan serta Mentakab dan mengekalkan DUN Lanchang.

"Semua jentera parti komponen perlu bersatu dan berani menentang apa sahaja cabaran termasuk tohmahan serta fitnah pembangkang dilemparkan melalui media sosial.

"Kita kena lawan ketakutan, kalau berjuang kena berani, ..lawan terus lawan, lawan di media sosial, lawan di ceramah diadakan, barulah kita boleh menang," katanya.

- BH Online

Friday, February 23, 2018

Makanan PM pun jadi modal politik Pakatan Pembangkang

 Posted By Admin


PAKATAN pembangkang diketuai DAP seolah-olah kehabisan modal apabila mempolitikkan makanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka gagal mempamerkan politik matang. Perkara ini bakal mengundang persepsi negatif terhadap kredibiliti mereka yang selama ini dipertikaikan ramai pihak.

Rata-rata rakyat Malaysia menggelengkan kepala dengan tindakan pakatan pembangkang menjadikan makanan Datuk Seri Najib sebagai modal politik. Mereka tahu bahawa perkara tersebut terlalu kebudak-budakkan untuk dijadikan isu. Sekaligus mengambarkan tahap pemikiran pemimpin pakatan pembangkang.

Setiap orang berhak mempunyai amalan pemakanan sendiri. Siapa kita untuk mempertikaikannya selagi ia tidak bertentangan dengan hukum halal haram dalam Islam. Sekiranya orang Islam mengamalkan cara hidup yang menyalahi hukum hakam Islam maka kita berhak untuk mempersoalkan perkara tersebut.

Sebagai contoh, jika orang Islam menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan sehingga tidur bersama anjing-anjing tersebut yang merupakan najis Mughallazah maka kita perlu bersuara. Begitu juga sekiranya orang Islam menjadikan budaya minum arak sebagai kebiasaan maka kita perlu mempertikaikannya kerana arak haram disisi Islam.

Datuk Seri Najib Razak dikritik pemimpin kanan pakatan pembangkang diketuai DAP selepas mendedahkan amalan pemakanan sihatnya yang menggantikan nasi dengan quinoa, sejenis bijian dari Amerika Selatan.

Anggota parlimen Segambut dari parti DAP Lim Lip Eng mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak tahu penderitaan rakyat, jika dilihat berdasarkan amalan pemakanan perdana menteri. Betapa dangkalnya tuduhan tersebut.

Najib adalah antara Perdana menteri yang sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat. Bantuan BR1M, KR1M, SL1M, PR1MA serta lain-lain lagi membuktikan keperihatinan Perdana menteri terhadap rakyat.

Pembangkang pula bertindak sebaliknya. Segala projek yang mempunyai unsur-unsur untuk kepentingan rakyat dibatalkan manakala projek yang mengkayakan proksi dan kroni segera dilaksanakan. Rakyat Malaysia tahu siapa sebenarnya yang menjaga rakyat Malaysia.

Malah Mahathir yang berumur hampir 100 tahun turut sama-sama menyertai kebodohan pakatan pembangkang dengan mempolitikkan isu makanan PM. Di media sosialnya, Mahathir menulis sebaris ayat pendek:

“Saya makan Nasi beras tempatan sahaja.”

Nampaknya Mahathir sanggup membiarkan dirinya menjadi badut atau lebih tepat boneka yang melakukan apa sahaja arahan dari bos besar sehingga sanggup memalukan diri dan keturunannya.

Related

Source link

Wednesday, October 11, 2017

5.8 juta netizen belia suka Barisan Nasional, pembangkang cuma 600 ribu


Sebuah kajian firma sosial media mendapati majoriti pengguna Facebook Malaysia kategori belia 21 tahun ke atas lebih menggemari Barisan Nasional(BN) berbanding pakatan pembangkang.

Memetik laporan Malay Mail Online (MMO), kajian terhadap 6.4 juta pengguna belia Malaysia oleh firma Politweet mendapati, seramai 5.8 juta pengguna Facebook memihak kepada BN sementara baki bakinya menyokong pembangkang.

Jumlah berkenaan merangkumi 3.3 juta secara eksklusif menyatakan sokongan kepada pemerintahan semasa berbanding 600 ribu sokongan terhadap pembangkang, sementara 2.5 juta lagi berminat gabungan antara BN dan pembangkang.

Bermakna sejumlah 51.5 peratus menyokong BN, 9.3 peratus menyokong pembangkang dan baki 48.4 lagi berkecuali.

Netizen belia penyokong UMNO paling ramai iaitu seramai 4.4 juta orang atau 68.8 peratus daripada 6.4 juta responden, diikuti PKR (1.8 juta), DAP (1.3 juta), PAS (950 ribu); sementara MCA, Gerakan dan MIC masing-masing 740 ribu, 150 ribu dan 81 ribu.

"Pembangkang mula menunjukkan peningkatan sokongan pada Januari 2017, mencapai kemuncak 16.39 peratus pada Mei. Minat terhadap pembangkang merudum 7.01 mata dua bulan lepas sementara BN meningkat 5.66 mata," lapor Politweet dipetik MMO.

Kertas kerja “How political interest is divided by language on Facebook in Malaysia” juga mendedahkan bahawa pengguna Facebook belia bersikap berkecuali ekoran hanya menekan butang 'like', berkongsi dan berbincang perkara-perakara yang memihak kepada parti disokong mereka sahaja.

Kumpulan berkenaan juga kata Politweet adalah kumpulan yang mendedikasikan diri mereka mempromosikan agenda politik mereka dan menentang pihak yang cuba melawan ideologi dibawanya.

Menurut kajian tersebut lagi, sekiranya jumlah penyokong atas pagar digabungkan bersama penyokong pembangkang sekalipun, jumlah sokongan hanya berjumlah 48.4 peratus.

"Ini bermakna, lebih separuh pengundi atas pagar di Facebook yang berminat dengan politik tidak berminat dengan apa pemimpin pembangkang kongsikan dan lakukan," ujar kajian tersebut.

Mengulas lanjut, kaedah mengumpul maklumat diperoleh daripada jumlah perkongsian setiap pengguna, interaksi didalam sesuatu kumpulan atau halaman serta jumlah carian di laman sosial seperti 'Friends of BN' atau 'United Malays National Organization'.

Walaubagaimanapun, Politweet menegaskan bahawa minat terhadap sesebuah parti politik tidak bermaksud sokongan kepada parti berkenaan, ia sekadar kesedaran terhadap organisasi tersebut.

- mD

Sunday, May 14, 2017

Selangor 'patah tangan' tanpa Pas

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
14 MEI 2017
Mohd Azizuddin Mohd Sani
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan pakatan pembangkang akan lemah di Selangor selepas ketiadaan Pas dalam gabungan pakatan itu.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ketiadaan Pas dalam pakatan itu sekaligus memberi kelebihan kepada BN.

"Namun kuasa rakyat Selangor adalah penentu kepada kerajaan mana yang akan terbentuk di Selangor nanti," katanya kepada Sinar Online.

Mohd Azizuddin berkata demikian bagi mengulas mengenai implikasi terputusnya tahaluf siyasi PKR dan Pas dalam pentadbiran negeri Selangor.

Terdahulu, Majlis Syura yang bermesyuarat pada 11 Mei lalu memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sebab Pas batal tahaluf siyasi dengan PKR]

Sebelum ini, semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail sewaktu Muktamar Pas kali ke-63 baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Usul putus tahaluf siyasi diterima sebulat suara]

Dalam pada itu, mengulas lanjut Mohd Azizuddin berkata 'BN terlalu bergantung kepada Umno dan parti kompenen lain lemah di Selangor'.

"Di Selangor juga masih banyak kerusi campuran, jadi BN masih ada banyak halangan dan cabaran untuk merampas Selangor.

"Satu lagi saya setuju yang pengundi Selangor banyaknya berpelajaran dan boleh berfikir kerajaan mana yang seharusnya dibentuk. Mereka tahu siapa yang mereka hendak pilih," katanya.

Sementara mengulas perkara yang sama, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, buat masa ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu mengadakan pilihan raya negeri memandangkan PRU semakin dekat.

"Azmin masih ada kelebihan majoriti dua kerusi. Kelantan dan perak serta Terengganu lebih kurang sama sepertt Selangor sekarang jika pas keluar," katanya.

Dalam pada itu, Sivamurugam menegaskan pada ketika ini masa ujian sebenar Azmin dan Pas untuk kenal siapa musuh politik sebenar mereka.

Thursday, March 16, 2017

Ikut cara BN kalau mahu menang

NOR AINNA HAMZAH
16 MAC 2017
Mahathir. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
GEMAS - Pakatan pembangkang perlu mengikut cara BN sekiranya mahu menang pada PRU14 nanti.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rahsia kemenangan BN adalah kekuatan sebagai sebuah gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada kala terdapat perbezaan pendapat.

Menurutnya, kaedah itu digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.

"Kalau mereka (BN) cantum diri mereka dalam satu gabungan dan bertindak bersama dengan satu matlamat, barulah boleh mencapai kejayaan. Inilah rahsia parti Perikatan dan kemudian BN.

"Rahsianya, mereka mempunyai 13 buah parti tetapi mereka tidak ada perpecahan di kalangan mereka dalam satu usaha untuk memenangi pilihan raya. Mungkin ada perbezaan pendapat antara MCA dengan (Yayasan) NAAM, MIC dengan PPP atau lain-lain, tetapi semua itu diketepikan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, berbeza dengan pakatan pembangkang yang tidak pernah bersatu secara serius, sebaliknya lebih suka menonjolkan parti masing-masing.

Beliau memberi contoh, setiap parti dalam pakatan yang berlawan dengan BN pada pilihan raya masih membawa imej serta simbol masing-masing, malah sebenarnya tidak mempunyai perpaduan yang rapat antara mereka.

“Saya fikir kalau kita boleh ada satu pakatan, satu gabungan yang kuat, kita boleh lawan BN dengan harapan kita akan menang," katanya ketika berucap pada program Bicara Desa di Felda Jelai, di sini, malam kelmarin.

Beliau meminta pembangkang ketepikan segala perbezaan pendapat antara satu sama lain.

“Sebab itu, kita mesti lupakan sahaja masalah-masalah lama, tumpukan kepada usaha menjatuhkan kerajaan BN. Empat parti yang sudah bersetuju bergabung dan Bersatu secara rasminya telah mengumumkan bersama dengan Pakatan Harapan," katanya.

Dalam ucapan itu, Dr Mahathir turut menyentuh penyertaannya dalam pakatan pembangkang yang disifatkan sebagai sesuatu yang sukar.

"Tapi yang peliknya, apabila saya bercakap berkenaan deklarasi rakyat, mereka (pembangkang) menunjukkan minat untuk bekerjasama. Saya amat menghargainya selepas saya buat u turn saya bersama pembangkang,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mengingatkan penyokong pembangkang supaya tidak mempercayai dakwaan kononnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri sekiranya BN tewas pada PRU nanti.

Friday, February 24, 2017

Tiada masalah jika Pas mahu sendirian

24 Februari 2017 | ARIF ATAN
Pakatan pembangkang mampu mencabar BN dalam pilihan raya akan datang dengan sokongan rakyat pelbagai kaum.

Sikap Pas yang masih enggan bersama-sama Pakatan Harapan biarpun dipujuk banyak pihak sebelum ini dilihat tidak mendatangkan masalah besar kepada gabungan parti pembangkang, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Beliau dalam ucapannya di Ulu Tiram, Johor semalam turut menyifatkan program anjuran Pas yang menyokong pindaan Akta 355 pada 18 Februari lalu bukannya bertaraf himpunan sebaliknya sekadar majlis ceramah.

"Kalau sekarang (Pas) nak duduk sorang-sorang, silakan. Tiada masalah. Himpunan (RUU) 355? Jangan. Itu ceramah perdana ada nasi bungkus, bas, orang besar makan. Itu bukan demonstrasi.

"Sebab kalau demonstrasi di Malaysia ini, hang jangan lawan Abang Mat. (Saya) bukanlah pakar tapi balai polis di KL turun naik dah sebab itu polis-polis ramai jadi kawan saya," ujar bekas Timbalan Presiden Pas itu dengan nada berseloroh. 

Menurutnya yang berkecimpung hampir 40 tahun dalam Pas, parti tersebut sebelum ini sama sekali tidak pernah mendapat sokongan majoriti pengundi walaupun puluhan ribu menghadiri program yang dianjurkan.

"Di Kedah selepas peristiwa Memali pada tahun 1986, satu ceramah dibuat di sebuah kampung di Jerai. Penceramahnya adalah Presiden Pas, Yusof Rawa; Timbalannya, Fadzil Noor ketika itu dan Naib Presiden, Tok Guru Hadi bersama pimpinan Pemuda.

"Kehadiran ramai tak tahu puluhan ribu. Kereta terakhir (keluar) pukul 4 pagi. Punya ramainya. Bila datang pilihan raya tahun 1986, Pas hanya dapat satu kerusi di seluruh Malaysia iaitu di Pengkalan Chepa. Kedah langsung tak dapat," jelasnya.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu berkata, keputusan tersebut disebabkan pengundi bukan Melayu masih tidak meyakini Pas.

"Waktu itu orang Cina, India, Siam takut nak undi Pas. Memang kita (Pas ketika itu) ceramah ramai, tapi kerusi dapat satu di Pengkalan Chepa, di Kedah dapat tiga," ujarnya.

Bahkan, menjelang tahun 1990, jelasnya, projek besar keluarga Vincent Tan di Gunung Jerai yang mencecah kos RM4.5 bilion juga masih belum memberi kemenangan kepada Pas.

"Tanah-tanah orang Melayu di kaki bukit diambil. Bila kita dapat maklumat itu, Pemuda Pas gerakkan jentera, saya berceramah di kaki Gunung Jerai. Kehadiran puluhan ribu orang tapi datang pilihan raya, Dun (Dewan Undangan Negeri) tempat saya ceramah itu pun tak menang.

"Waktu itu Pas dengan Umno 50-50. Yang jadi penentu (undi) non-Muslim. (Pengundi) Cina 3,000 lebih memihak kepada BN, BN menang. Tahun 2008, orang Cina memihak kepada Pas maka BN kalah di Parlimen Jerai. Itulah hasil muafakat," tambah Mat Sabu lagi.

Tuesday, November 17, 2015

Dr Asri Sokong Kerjasama PAS-UMNO

KUALA LUMPUR 16 Nov - Pas disaran membentuk kerjasama politik dengan UMNO memandangkan kedua-dua parti itu sudah ada keserasian dari segi watak dan idealisme.

Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, ia demi kebaikan rakyat dan negara susulan kegagalan parti Islam itu melakukan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Pembangkang.

“Pas telah cuba bergabung dengan pakatan pembangkang berulang kali tapi nyata gagal. Gagal disebabkan sifat parti dan idealisme yang dipegang. Pas patut mencuba dengan UMNO secara lebih serius. Mana tahu, mungkin di sana ada kebaikan untuk umat dan negara.

“Jika Pas dan UMNO dapat menjadi sahabat baik yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran, mungkin banyak manfaatnya,” katanya menerusi status Facebook pada Isnin.

Malah, menurut Dr Asri ia juga akan memakbulkan hasrat Abdul Hadi yang pernah mengakui mahu menwujudkan satu hubungan yang matang di antara kedua-dua parti itu.

“Pas dan UMNO saudara seakidah. Jika kita fahami, mereka sebenarnya tidak jauh dari segi watak dan idealisme. Pas yang dulu mungkin jauh dari UMNO. Pas hari ini hampir menyamai UMNO dari segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok sahaja. Itupun bukan soal pokok,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-