Showing posts with label Bank Negara Malaysia (BNM). Show all posts
Showing posts with label Bank Negara Malaysia (BNM). Show all posts

Saturday, March 8, 2025

Ops Sky: Ramai penjawat awam bakal berstatus muflis - KP MDI

bharian.com.my
Oleh Ilah Hafiz Aziz 
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
- Mac 8, 2025 @ 12:16pm
Sekurang-kurangnya 27 individu termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan serta seorang orang awam, ditahan bagi membantu siasatan dalam Ops Sky. - Foto SPRM

KUALA LUMPUR: Lebih ramai penjawat awam bakal tersenarai dalam status bankrap selepas satu sindiket perundingan kewangan ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Berkongsi unjurannya, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk M Bakri Abd Majid, berkata penjawat awam yang melakukan pinjaman bank 'luar biasa' pasti tidak lagi mampu membayar pinjaman itu selepas tiada lagi bayaran yang akan disumbangkan oleh sindiket.
KUALA LUMPUR 12 FEBRUARI 2025. Ketua Pengarah, Jabatan Insolvensi, Datuk M Bakri Abd Majid dalam Program BH `Borak Hariini. NSTP/YAZIT RAZALI
"Kita tidak pasti jumlah pinjaman yang dilakukan mereka dan kemampuan berdasarkan gaji mereka, tetapi jika dia membuat pinjaman di empat bank serentak, dengan jumlah RM200,000 setiap satunya, dia mungkin tersenarai (status bankrap).

"Sebelum itu, dia akan diambil tindakan oleh pemiutang (bank) kerana saya rasa dia tidak mampu membayarnya atau mungkin mereka sudah masuk dalam senarai bankrap," katanya dalam Podcast Borak Harini, yang disiarkan BH Online hari ini.

SPRM dalam operasi baru-baru ini menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan melalui Ops Sky.
Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk M Bakri Abd Majid (kiri) ditemubual hos podcast ‘Borak Harini’, Ilah Hafiz Aziz. - Foto NSTP/Yazit Razali
Ops Sky yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dilaksanakan dengan kerjasama BNM dan sekurang-kurangnya 27 individu, termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan serta seorang orang awam, ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan SPRM turut membabitkan tiga selebriti yang menjadi duta syarikat perunding kewangan itu, iaitu penyanyi Ziana Zain, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tetapi disahkan mereka hanya menerima bayaran atas perkhidmatan yang dijalankan, bukannya terbabit dalam menguruskan kegiatan dilakukan syarikat itu.

Dalam operasi itu, SPRM merampas kira-kira 4,000 dokumen dan membekukan 98 akaun bank bernilai lebih RM17 juta.

Mengulas lanjut, M Bakri berkata, kes penjawat awam diisytiharkan bankrap selepas melakukan pinjaman bank melebihi kemampuan sememangnya wujud.

Penjawat awam pinjam RM700,000

"Kita pernah mentadbir kes penjawat awam yang meminjam hingga RM700,000 dan dia diisytiharkan bankrap," katanya.

Tambahnya, seorang penjawat awam juga boleh dikenakan tindakan disiplin sekiranya dikesan melakukan tindakan kewangan yang serius.

Tuesday, October 29, 2024

Hutang isi rumah naik kepada RM1.57 trilion, bersamaan 83.8 peratus KDNK

bharian.com.my
Oleh Farah Marshita Abdul Patah 
farahmarshita@bh.com.my
Oktober 29, 2024 
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Hutang isi rumah meningkat daripada RM1.53 trilion pada akhir 2023 kepada RM1.57 trilion pada Jun lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kewangan berkata, peningkatan itu bersamaan dengan 83.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 84.2 peratus pada tahun lalu.

Berdasarkan jenis pembiayaan, bahagian terbesar hutang isi rumah terdiri daripada pinjaman perumahan.

"Ia merangkumi 61 peratus daripada jumlah hutang isi rumah, diikuti oleh pinjaman kenderaan (13.5 peratus), pembiayaan peribadi (12.4 peratus) dan pinjaman untuk tujuan lain seperti pembelian harta bukan kediaman, hutang kad kredit, sekuriti dan sebagainya.

"Menyedari risiko keberhutangan isi rumah yang tinggi, Kerajaan dan Bank Negara (BNM) sudah lama mengambil pendekatan yang berhemat dan berhati-hati dalam menangani risiko ini bagi memastikan ia tidak menjejaskan daya tahan kewangan isi rumah serta kestabilan sistem kewangan negara," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Onn Abu Bakar(PH-Batu Pahat) mengenai peningkatan hutang isi rumah yang kini mencecah RM1.53 trilion dan langkah Kementerian untuk memperkenalkan dasar yang lebih ketat bagi mengawal peningkatan hutang isi rumah.

Katanya, kerajaan melakukan usaha berterusan untuk mengawal hutang isi rumah dan mengukuhkan daya tahan isi rumah termasuk melaksanakan Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab sejak 2012 dan meningkatkan tahap celik kewangan rakyat menerusi Jaringan Pendidikan Kewangan.

Tambahnya, sebahagian besar hutang tertumpu kepada pembelian rumah dan kenderaan.

Oleh itu, inisiatif kerajaan untuk memastikan perumahan kekal mampu milik serta memperbaiki sistem pengangkutan awam yang lebih efisien memainkan peranan penting dalam mengawal pertumbuhan hutang secara berkesan," katanya.

Anwar berkata, langkah itu dapat mengurangkan tekanan hutang serta menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi jangka panjang.

"Selain itu, Kerajaan komited untuk mempercepatkan pembentangan cadangan Akta Kredit Pengguna yang akan mewajibkan penyedia kredit bukan bank seperti penyedia Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later, BNPL) mematuhi standard kehematan dan garis panduan yang berkaitan.

"Ia bagi melindungi pengguna kewangan dalam skim BNPL dan mengurangkan risiko keberhutangan berlebihan terutama dalam kalangan peminjam muda dan berpendapatan rendah," katanya.

Tambahnya, melangkah ke hadapan, Kerajaan akan terus memantau tahap keberhutangan isi rumah dan mengambil langkah yang bersesuaian untuk memastikan pertumbuhan paras hutang isi rumah tidak berlebihan dan kekal selaras dengan kemampuan peminjam.

Thursday, May 4, 2023

OPR naik, krisis kos sara hidup bagi pemilik rumah jadi lebih buruk

Joel Shasitiran
04 May 2023, 8:51am

Kenaikan OPR akan menyebabkan orang ramai berasa terdesak untuk mengeluarkan lebih banyak wang bagi membayar pinjaman hartanah, kata pemain industri hartanah.
Kenaikan OPR juga akan menjejaskan kebolehjualan rumah, menyebabkan keadaan hartanah tidak terjual menjadi lebih teruk, kata Elvin Fernandez daripada firma Khong & Jaafar.

PETALING JAYA: Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) semalam akan membebankan rakyat Malaysia dengan hutang yang lebih tinggi, memburukkan lagi krisis kos sara hidup, kata seorang pemain industri hartanah.

Elvin Fernandez, pengarah urusan firma penilaian hartanah Khong & Jaafar, berkata, kenaikan OPR akan menyebabkan orang ramai berasa terdesak untuk mengeluarkan lebih banyak wang bagi membayar pinjaman hartanah mereka.

“Orang yang mempunyai gadai janji untuk rumah bernilai RM500,000 perlu membayar tambahan RM100 (untuk pembayaran balik), dan mereka yang mempunyai rumah bernilai lebih RM1 juta perlu membayar tambahan RM200,” katanya.

Menurut Fernandez, kenaikan OPR juga akan menjejaskan kebolehjualan rumah, menyebabkan keadaan hartanah tidak terjual menjadi lebih teruk.

Ini kerana, katanya, kadar faedah yang lebih tinggi akan menghalang pembeli baharu membeli disebabkan kos yang lebih tinggi untuk membayar balik pinjaman.

Dalam suatu langkah yang tidak dijangka, BNM terus mengetatkan dasar monetarinya dengan menaikkan OPR kepada 3% semalam. Sejak Mei tahun lepas, bank pusat itu telah meningkatkan OPR sebanyak lima kali, berjumlah 125 bps atau 1.25%.

Fernandez berkata, caj yang lebih tinggi mungkin tidak jadi masalah bagi mereka yang mempunyai sumber pendapatan yang kukuh, tetapi sebaliknya bagi mereka yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

“Bagi mereka yang mudah menanggung kos sara hidup dan gadai janji yang semakin meningkat, mungkin tidak mengapa, tetapi bagaimana dengan yang lain? Bolehkah mereka bertahan?” soalnya.

Felo Pusat Pendidikan Pasaran Consilz Tan berkata, kenaikan OPR secara amnya akan membawa kepada kenaikan harga hartanah, memandangkan kadar faedah yang lebih tinggi akan difaktorkan secara langsung dalam harga rumah.

Beliau berkata, ini seterusnya akan menyebabkan permohonan untuk pinjaman perumahan menurun kerana ia akan menghalang pembeli rumah “konservatif” daripada melabur.

“Pembeli rumah konservatif ini mungkin mempertimbangkan untuk menyimpan lebih banyak (wang) berbanding melabur dalam hartanah,” tambahnya.

Fahmi patut rasa malu selepas OPR naik, kata Tun Faisal

agendaily.com
04/05/2023
Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyindir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil selepas pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) yang menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) 25 mata asas kepada 3.0 peratus.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu berkata Fahmi sepatutnya rasa malu apabila pengumuman OPR naik dibuat hari ini yang disahkan bukan berita palsu, ia selepas dakwaan fitnahnya sebelum ini berhubung laporan analisis oleh sebuah portal berita dalam isu OPR.

“Rupanya benda benar, bukan fitnah. Fahmi fadzil patut rasa malu. Tahniah la walanon dan malaun HANAT, formula kerajaan Harapan National (HANAT) ni memang hebat dan di luar tabii,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook.

Tun Faisal berkata kerajaan sepatutnya menumpukan kepada usaha untuk menurunkan harga barang dan mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat, malangnya sebaliknya yang berlaku apabila OPR dinaikkan.

“Ingatkan OPR makin turun, rupanya bawah PM10 (Perdana Menteri) dan Rafizi (Ramli) formula luar tabii berjaya menaikkan OPR, harga barang yang patutnya turun. Yang patut naik macam gaji, dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) tak naik-naik pula,” ujarnya lagi.

Terdahulu, BNM pada Rabu membuat langkah mengejut apabila mengumumkan kadar OPR baharu hari ini yang secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pinjaman yang dibuat oleh rakyat, ia secara tidak langsung menambah peningkatan kepada bayaran balik.

Untuk rekod, OPR dinaikkan empat kali berturut-turut sejak Mei, Julai, September dan November tahun lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Fahmi sebelum ini mendakwa laporan analisis berhubung kenaikan OPR adalah satu fitnah, ia susulan ramalan OPR akan naik sebanyak 25 mata peratus pada Julai.

Membalas pada ruangan komen akhbar itu di Facebook yang menyebut: “OPR dijangka naik sekali lagi seawal Julai”, Fahmi berkata kenyataan tersebut adalah fitnah kerana ia adalah pandangan penganalisis, bukan keputusan BNM.

Thursday, February 24, 2022

Najib tak tahu laporan Bank Negara mengenai suami Zeti

malaysiakini.com

Diterbitkan: Feb 24, 2022 8:16 PM

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia tidak tahu-menahu mengenai sebarang laporan maklumat yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) melibatkan suami kepada bekas gabenor bank pusat berkenaan.

“Pada masa itu saya masih perdana menteri tetapi bekas gabenor tersebut, BNM atau ada mana-mana agensi kerajaan tidak pernah memaklumkan perkara ini kepada saya.

“Pihak saya hanya menyedari perkara ini pada akhir 2020 setelah surat akuan bersumpah ahli-ahli keluarga gabenor tersebut kepada polis Singapura mula terbongkar dan menjadi tular,” kata Najib di Facebooknya.

Najib merujuk kepada kenyataan BNM semalam bahawa ia ada menerima maklumat daripada unit perisikan kewangan asing berkaitan dengan akaun milik suami kepada mantan gabenor.

Ekoran daripada itu, BNM berkata mereka memberikan maklumat kepada “agensi penguatkuasaan undang-undang” berkaitan - yang tidak dinamakan - pada April 2016, selaras Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada masa itu, Najib ialah perdana menteri dan menteri kewangan, manakala Zeti Akhtar Aziz pula merupakan gabenor BNM sehingga 30 April 2016.
Tim Leissner
Pada 22 Feb, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner, memberitahu sebuah mahkamah di New York bahawa dia dimaklumkan oleh bekas pekerja bawahannya yang suami Zeti telah “dirasuah”.

“Rasuah” berkenaan, menurut pemahaman Leissner, membolehkan 1MDB memindahkan AS$1 bilion ke luar negara pada 2009 untuk apa yang dikatakan sebagai usahasama PetroSaudi-1MDB.

Leissner berkata dia tidak mengetahui apakah benar-benar ada sebarang pembayaran rasuah dibuat.

Dia memberi keterangan sebagai saksi utama dalam perbicaraan jenayah membabitkan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman Sachs Malaysia, Roger Ng.

Tidak ada maklumat

Keterangan ahli perbankan pada 22 Feb itu menyaksikan dia menamakan Zeti dua kali, tetapi bukan suami bekas gabenor BNM berkenaan, Tawfiq Ayman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tawfiq berkata dia tidak pernah menerima rasuah sepanjang hidupnya, serta tidak pernah mengenali Leissner mahupun Ng.

Najib turut mempersoalkan jika benar BNM ada memberikan maklumat mengenai suami bekas gabenor BNM itu, maka itu bererti kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) juga patut tahu mengenainya.

“[...] bekas Gabenor ini yang juga merupakan antara saksi-saksi penting dan memainkan peranan yang amat penting dalam kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB saya.

“Jadi, kenapa pula pihak pendakwa raya tidak pernah menyalurkan maklumat ini kepada barisan peguam pertahanan saya untuk saya bela diri?” soal Najib.

Dakwanya ahli parlimen Pekan itu lagi, pihak pendakwaan bahkan mendakwa mereka tidak mempunyai maklumat berhubung bekas gabenor berkenaan.

Monday, June 22, 2020

Skandal Forex RM33 bilion beri kerosakan jangka panjang



SKANDAL pertukaran asing (Forex) bernilai RM33 bilion didakwa dilakukan bekas Perdana Menteri ke-4 dan 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipercayai memberi kesan jangka pendek dan panjang kepada negara.

Kesan itu dipercayai merupakan faktor negara terjebak dengan krisis ekonomi Asia pada 1997.

Selain itu, skandal itu juga menyebabkan kerajaan terpaksa melepaskan pemilikan saham dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM).

Malah, salah laku itu turut dipercayai menjadi sebab kepada penswastaan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (Mas).

Sebelum itu, Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pemegang saham terbesar Mas sebelum syarikat tersebut diswastakan pada 1994.

“Ramai anak muda Malaysia tak sedar tentang kerosakan jangka masa panjang terhadap negara akibat skandal forex masa PM4 ini.

“Selain menurunkan rizab asing negara sehingga kita menjadi antara negara sasaran dalam krisis eknomomi Asia tahun 1997.

“Skandal ini juga telah membawa kepada kerosakan Mas dan mengakibatkan kerajaan terpaksa melepaskan pemilikan saham Tenaga Nasional dan Telekom.

“Pada tahun 1994, BNM yang merupakan pemegang saham terbesar terpaksa menswastakan MAS kepada tangan swasta.

“Pembeli MAS sudahpun mendedahkan bahawa Perdana Menteri keempat suruh dia beli Mas untuk bantu tutup sebahagian wang BNM yang lesap.”

Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebooknya hari ini mendedahkan skandal Forex dipercayai dilakukan oleh Dr. Mahathir.

Tambah Najib, sebuah siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat aktiviti Forex oleh Ahli Parlimen Langkawi itu.

Katanya, Dr. Mahathir memberikan jawatan lupa tidak tidak mengetahui sekiranya terdapat aktiviti Forex dijalankan oleh BNM.

“Semasa disoal Panel RCI, PM4 (Dr. Mahathir) menjawab bahawa dia tak tahu BNM menjalankan aktiviti Forex, dia tak ingat berapa kerugian skandal Forex.

“kerana tiada siapa yang beritahu dia BNM jalankan aktiviti Forex walaupun dia Perdana Menteri dan rizab negara yang hilang sebanyak RM33 bilion merupakan 20 peratus dari jumlah saiz ekonomi negara masa itu.

“Kesemua ini terkandung dalam laporan rasmi RCI forex yang telahpun dibentang dalam parlimen pada tahun 2017.

“Oleh sebab PM4/7 telah gagal tiga kali dalam mahkamah untuk batalkan laporan RCI, kerajaan PH pun tarik balik laporan polis dibuat oleh Suruhanjaya Diraja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib turut mempersoal prinsip Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan kerana membiarkan skandal ini tergantung dan ditarik balik daripada siasatan.

“Entah kenapa tiada seorang pemimpin PH pun yang kononnya telus dan ikut ‘rule of law’ pernah bantah langkah Suruhanjaya diRaja tarik balik laporan polis yang disyorkan laporan RCI dan Parlimen.

“Sehingga kini, tiada seorang pun pernah didakwa dalam skandal paling besar negara ini dan satu sen pun wang yang dihilang tak pernah dikembalikan.

“Kita masih belum tahu secara rasmi siapa yang luluskan, wang yang lesap sudah mengalir kepada pihak mana dan siapa yang menyorok skandal ini dari kabinet dan parlimen masa itu,” ujarnya. 
SM

Friday, June 5, 2020

Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$102.9 bilion pada Mei

Bernama
-June 5, 2020 5:48 PM
Bank Negara Malaysia berkata, paras rizab antarabangsa negara mencukupi untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.9 bilion pada 29 Mei, 2020 berbanding AS$102.6 bilion yang dicatatkan 15 April, 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata, kedudukan paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa setakat 29 Mei, 2020 terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$102.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.0 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$2.1 bilion).

Ia berkata, aset termasuk emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR, berjumlah RM445.77 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM10.25 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM8.26 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM4.16 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM10.90 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM166.47 bilion), mata wang dalam edaran (RM127.39 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM136.62 juta), deposit kerajaan persekutuan (RM12.33 bilion), deposit lain (RM12.33 bilion), kertas Bank Negara (RM16.07 bilion), peruntukan SDR (RM7.87 bilion), dan liabiliti lain (RM2.29 bilion).

Sunday, May 19, 2019

Hasil jual aset tak beri impak besar kepada FDI: Dr Aznan

Oleh Siti Fatimah Ishak
sitifatimah 
19/05/2019

'Menteri kena telus, jual aset memang mudah, nak dapat susah'


BANGI, 14 Ramadan 1440H, Ahad – Dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) tertinggi dalam sejarah negara pada suku pertama tahun ini, bukanlah suatu yang perlu dibanggakan, kata Penasihat Syariah Kewangan, Dr Aznan Hasan.

“Mulanya ingin menyatakan kesyukuran. Namun setelah membaca report 1st quarter 2019, Bank Negara Malaysia (BNM), rupanya pertambahan FDI tersebut adalah hasil daripada pelupusan equiti pegangan di dalam beberapa aset yang disempurnakan di dalam suku pertama 2019.

“Antaranya pertama, FDI daripada Jepun iaitu penjualan Khazanah terhadap pemilikannya di dalam IHH). Kedua, FDI daripada Austria (pembelian OMV (dari Austria) 50 peratus kepentingan saham dalam Sapura Upstream Sdn Bhd). PNB mempunyai 40 peratus ‘kepentingan’ di dalam Sapura Energy Berhad),” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus bagi suku pertama tahun ini menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia yang tinggi, semasa negara berhadapan dengan ketidaktentuan yang timbul akibat perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Katanya, lebih separuh daripada FDI yang direalisasikan disumbangkan oleh pelaburan RM8.4 bilion dari Jepun, RM3.7 bilion dari Austria dan RM2.8 bilion dari Hong Kong.

“Ia seiring dengan kenaikan pelaburan langsung asing, iaitu ke tahap tertinggi di dalam sejarah negara, iaitu RM21.7 bilion, peningkatan sebanyak 94.8 peratus berbanding RM11.2 bilion yang dicatatkan pada suku pertama tahun lepas,” kata Guan Eng.

Justeru, Dr Aznan yang juga bekas Pengerusi Majlis Ulama Isma menegaskan FDI hasil daripada penjualan aset bukanlah suatu terlalu bermakna dalam istilah FDI.

Katanya, jika ditolak kedua-dua hasil daripada penjualan aset tersebut, hakikatnya FDI tidaklah tinggi mana.

“Menjual aset memang mudah. Mendapatkan aset adalah payah. Sepatutnya Menteri lebih telus dalam hal ini,” katanya.

Disertakan link-link yang berkaitan:

1-Malaysia records historical high in FDI inflow

https://www.nst.com.my/…/malaysia-records-historical-high-f…

2- Report 1st Quarter 2019 BNM http://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2019/Q1/p3_bm.pdf

3- Khazanah sells 16% stake in IHH to Mitsui for RM8.42b
https://www.thestar.com.my/…/khazanah-to-dispose-of-16pct-…/

4- OMV and Sapura Energy close agreement to form new partnership (the Austrian Deal)

https://www.nst.com.my/…/sapura-energy-enters-deal-sell-50p…

https://www.omv.com/…/190201_omv_and_sapura_energy_close_ag…

Monday, February 11, 2019

Defisit kerajaan Dap/PH naik sekali ganda – Najib



Berdasarkan data rasmi terbaru dari Bank Negara Malaysia (BNM), defisit kerajaan di bawah PH telah naik satu kali ganda sejak mereka ambil alih.

Perbelanjaan kerajaan untuk tempoh Mei hingga Disember 2018 ialah RM187.31 bilion berbanding RM171.65 bilion untuk tempoh 2017 yang sama di bawah BN.

Ini bermakna defisit di bawah PH iaitu RM26.05 bilion untuk tempoh 8 bulan ini adalah kira-kira satu kali ganda lebih berbanding defisit RM13.2 bilion untuk tempoh yang sama di bawah BN pada tahun 2017.

Defisit ini meningkat walaupun mereka telah menjarah RM26 bilion dari Petronas untuk tahun ini.

Jika wang tambahan yang PH ambil dari Petronas ini tidak diambil kira, kerajaan PH telah mengalami defisit sebanyak RM52.05 bilion, iaitu 4 kali ganda berbanding BN,

Tetapi yang lebih mencurigakan ialah perbelanjaan kerajaan di bawah PH untuk tempoh 8 bulan selepas mereka mengambil alih adalah RM16 bilion lebih tinggi berbanding BN walaupun rata-rata bantuan kepada rakyat telah dimansuhkan atau dikurangkan.

Di mana perginya perbelanjaan ini pula? Untuk siapa? Mengapa lebih tinggi?

Untuk keseluruhan tahun 2018 pula, defisit kerajaan ialah RM52.7 bilion berbanding RM40.3 bilion di bawah BN pada tahun 2017.

Oleh itu, hutang rasmi kerajaan untuk tahun 2018 dijangka telah naik di bawah PH ke sekitar RM750 bilion walaupun pelbagai projek dan bantuan telah dimansuh atau dikurangkan.

Maka impian untuk kerajaan PH mencapai hutang RM1 trilion semakin hampir.

Jika wang Petronas tidak dijarah untuk menutup hasil yang telah berkurangan, hutang negara sudah sampai RM775 bilion.

Sebelum PRU14, PH sering janji mereka akan turunkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 20% dengan mengurangkan rasuah, pembaziran dan penyelewangan.

Tetapi apa sudah jadi hari ini?

Sebaliknya perbelanjaan, defisit dan hutang bertambah.

Kalau ikut logik PH sebelum ini, adakah rasuah, pembaziran dan penyelewangan telah bertambah di dalam tangan mereka?

Saya rasa Menteri Kewayangan tidak akan jawab kerana dia sudah kata dia malas untuk jawab saya walaupun isu defisit meningkat satu kali ganda merupakan isu besar untuk Rakyat.

Mana dia berani mengaku PH telah naikkan defisit negara 100% dan tambahkan lagi hutang negara?

Data-data di lampiran ini, saya petik dari laporan rasmi Bank Negara Malaysia, bukan dari Universiti palsu yang sebenarnya ialah kedai gunting rambut:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=58&pg=255&ac=1&bb=cgo

Najib Razak

Thursday, December 21, 2017

RCI Forex ditubuh hanya cari alasan salahkan pemimpin parti lawan

Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang ditubuhkan kerajaan hanya semata-mata untuk mencari alasan menyalahkan pemimpin parti lawan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tulisan di blognya semalam beliau berkata, pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM31.5bilion hanya didedahkan selepas 30 tahun.

“Kononnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu tahu dan sedar berkenaan dengan penipuan ini tetapi mereka tidak mendedahkan perbuatan ini, bermakna mereka bersubahat.

” Apakah bukti mereka tahu dan bersubahat tidak dijelaskan. Yang tentu tahu dan bersubahat menyembunyi jumlah kehilangan sebenar ialah orang yang, selepas 30 tahun, membuat dakwaan bahawa jumlah kehilangan sebenar bukan 11 billion Ringgit tetapi 30 billion.

“Sudah tentu Abdul Murad sebagai pegawai bank negara benar-benar sudah lama tahu dan sedar akan jumlah kehilangan dan penipuan yang dibuat. Sudah tentu ia boleh dedah awal-awal lagi penyelewengan ini dan pegawai- pegawai dan auditor yang terlibat. Tetapi ia tidak dedah.

“Jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dikatakan bersama menyembunyi angka 30 billion, Abdul Murad lebih terlibat dengan menyembunyi kebenaran. Tetapi Abdul Murad tidak dianggap bersalah kerana menyembunyi penipuan itu begitu lama,” ujarnya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini berkata, tindakan Abdul Murad itu sebenarnya untuk mendedah “breach of faith” apabila jelas pendedahan olehnya akan memberi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak peluang bertindak terhadap musuh politiknya walaupun perkara ini tidak lagi disoal bertahun-tahun, walaupun oleh parti-parti pembangkang,katanya.

Dengan tidak menghormati maksud undang-undang, Najib dengan kuasanya merebut peluang memulakan proses supaya akhirnya Perdana Menteri masa itu dan Timbalannya dapat disalahkan.

RCI ini memakan masa yang panjang. Ramailah saksi dipanggil dan kenyataan-kenyataan panjang mereka diperdengarkan. Selain dari saksi disoal dan menjawab, memorandum yang panjang dengan butir-butir terperinci oleh saksi diserah kepada RCI. Peguam-peguam saksi turut hadir sepanjang RCI bersidang. Mereka juga turut memberi penjelasan dan membuat soalan.

Menurut Mahathir RCI berhak membuat laporan tersendiri. Tetapi laporan yang diserah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, walaupun tebal tetapi jelas menunjuk bahawa butir-butir yang ditulis oleh RCI hampir tidak mengandungi fakta-fakta yang relevan yang diperdengarkan oleh saksi atau memorandum mereka.

“Walaupun penjelasan oleh saksi dicatit verbatim atau terperinci, tetapi RCI tidak sedikit pun menghirau penjelasan oleh saksi.

“Apa yang jelas ialah seluruh laporan RCI menumpu kepada penentuan penglibatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ketua pasukan bahagian dagangan wang Bank Negara.

“Semuanya berasas kepada sangkaan. Sangkaan ini dianggap sebagai fakta benar untuk polis bertindak.

“RCI bukanlah badan kehakiman. Tetapi laporannya lebih merupakan hukuman terhadap pihak yang dibicara,” ujarnya.

Sebagai rekod pada Selasa Dr Mahathir memfailkan saman pemula untuk mengisytiharkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kerugian forex Bank Negara sebagai tidak sah.
Turut dinamakan ialah kesemua lima anggota panel RCI iaitu: Mohd Sidek Hassan, Kamaludin Md Said, Tajuddin Atan, Saw Choo Boon dan Pushpanathan SG Kanagarayar. Setiausaha RCI Yusof Ismail juga dinamakan sebagai defendan.

Saman pemula tersebut antara lainnya menyebut, RCI berkaitan Laporan Forex berkenaan “tidak sah, tidak lengkap dan cacat”.

Saman yang difailkan peguamnya, Haniff Khatri Abdulla itu membangkitkan mengenai bahan dan lampiran didakwa tidak dimasukkan ke dalam laporan berkenaan.

Friday, December 1, 2017

Dr M ugut tindakan undang-undang laporan RCI tidak lengkap

V Anbalagan
December 1, 2017

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, pasukan peguam akan menuntut sekretariat itu berhenti mengedarkan laporan RCI sehingga memasukkan 495 halaman yang dibekalkan kepada mereka terdahulu.
PETALING JAYA: Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad akan menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhenti mengedar laporan kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia pada 1990-an, sehingga mereka memasukkan dokumen dibekalkan bekas perdana menteri itu.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, pasukan peguam sudah mengemukakan 495 halaman dokumen perundangan Dr Mahathir kepada RCI selepas prosiding berakhir Ogos lalu.

“Kami menjangkakan dokumen anak guam kami dimasukkan sebagai sebahagian daripada penemuan RCI, tetapi ia tidak berlaku.

“Semua dokumen sepatutnya dilampirkan untuk mereka yang membaca laporan itu untuk membuat kesimpulan mereka sendiri.”

Katanya, antara dokumen diberikan kepada RCI ialah hujah dan undang-undang kes, tetapi RCI nampaknya hanya menunjukkan hujah mereka yang diringkaskan.

Haniff berkata, beliau akan menulis surat kepada sekretariat RCI pada Isnin untuk menuntut mereka berhenti mengedar atau menyiarkan laporan sedia ada sehingga mereka memasukkan semua 495 halaman yang diberikan kepada mereka sebelum ini.

“Kami akan memberi mereka masa sehingga Jumaat depan untuk maklum balas, gagal berbuat demikian kami akan memfailkan semakan kehakiman bagi menghalang penerbitan separuh masak itu diterima istana, Parlimen dan orang ramai secara tidak adil dan tidak jujur dalam melaksanakan agenda politik Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Dalam reaksi semalam, peguam itu menyifatkan penemuan RCI tidak memenuhi tahap “produk pratadika” kerana prosiding dijalankan menggunakan “undang-undang hutan” dan “peraturan sarkas”.

Haniff terkejut laporan itu mengesyorkan kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah, sedangkan hakikatnya bahan yang dirujuk RCI kurang dan tidak mencukupi untuk mencapai kesimpulan itu.

Katanya, bahan yang dirujuk dalam prosiding RCI itu berdasarkan khabar angin, tekaan, andaian dan anggapan yang tidak memenuhi tahap kredibiliti boleh diterima secara sah.

Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail.

Panel 6 anggota RCI itu membuat kesimpulan terdapat unsur fakta dan maklumat tersembunyi berkaitan kerugian forex ditanggung BNM dan kenyataan mengelirukan yang diberikan kepada Kabinet, Parlimen dan orang ramai.

RCI dalam laporan setebal 400 muka surat menyalahkan bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.

RCI itu turut mengesyorkan polis menyiasat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Wednesday, September 6, 2017

Dr Mahathir, Anwar tidak dimaklumkan mengenai forex, kata Nor Mohamed Yakcob

Bede Hong
Bekas penolong gabenor dan penasihat Bank Negara Malaysia (BNM) Nor Mohamed selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian urus niaga mata wang asing BNM bersidang hari kelima hari ini di Istana Kehakiman, Putrajaya. Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 6 September, 2017.

DR Mahathir Mohamad tidak pernah diberitahu mengenai urus niaga perdagangan mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) apabila ia mengalami kerugian besar, kata bekas menteri kewangan kedua, Nor Mohamed Yakcop.

"Saya pada bila-bila masa, dari tahun 1986 hingga 1993, tidak berbincang dengan perdana menteri Malaysia (Dr Mahathir) mengenai urus niaga forex oleh BNM," katanya dalam kenyataan 42 halamannya hari ini.

Nor Mohamed, 70, juga memberitahu panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang Anwar Ibrahim, yang merupakan menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Nor Mohamed berkata beliau ditugaskan melaksanakan dasar pengurusan rizab luar seperti ditentukan oleh lembaga bank pusat dan melaporkannya kepada gabenor BNM Jaffar Hussein dan Jawatankuasa Rizab Luar (ERC) mengenai urusan forex bank.

Antara yang menganggotai ERC ialah gabenor, timbalan gabenor dan penasihat. Terdapat juga mesyuarat pegawai kanan mingguan, yang kadang-kala membincangkan mengenai hal rizab luar negara.

"Saya tidak melaporkan sama ada kepada menteri kewangan atau perdana menteri mengenai sebarang isu pengurusan rizab luar, kerana itu bukan garis termasuk dalam aturan laporan saya," katanya, sambil menambah beliau tidak terlibat dalam menentukan tindakan perakaunan bagi kerugian itu.

“Malah sebenarnya saya langsung tidak tahu tentang tindakan perakaunan itu,” katanya.

Suhaimi Ibrahim, pegawai mengendalikan RCI menimbulkan persoalan mengenai urus niaga forx bank pusat itu yang semakin banyak dilakukan pada penghujung 1980-an yang menggambarkan perubahan dasar.

Suhaimi bertanya, “bukankah sepatutnya perdana menteri dimaklumkan” tentang perubahan dasar itu.

Nor Mohamed berkata beliau tidak “tahu apa-apa” tentang apa yang dikatakan mengenai perubahan dasar itu kepada Dr Mahathir oleh Jaffar semasa tempoh itu.

Suhaimi kemudian merujuk kepada laporan dalaman oleh pengurus Jabatan Audit Dalaman Bank Negara, Wong Yew Sen yang mengatakan terdapat spekulasi melampau dalam pasaran masa depan tukaran asing itu.

“Jika saya tidak mengambil pendirian spekulasi, (mata wang lain mungkin mengatasi ringgit) dan saya juga akan dituduh tidak bersiap sedia lebih awal,” kata Nor Mohamed.

Ditanya mengapa beliau membenarkan urus niaga spekulasi itu, Nor Mohamed menjawab, “Kerana itu adalah kerja saya. Mengapa? Untuk negara saya.

“Kita perlu belajar daripada kesilapan. Bank Negara belajar daripada kesilapan saya.”

Nor Mohamed berkata bank pusat itu melakukan kesilapan dalam pasaran dalam tempoh itu.

“(Saya) akui kami tersilap menafsir pasaran. Selaku kakitangan bank pusat, kami percaya yang Bank of England akan menang bila berlawan (spekulasi) dengan Soros. Kami percaya yang rakan sekerja bank pusat di sana dan membeli pound sterling.

“Malangnya, Bank of England kalah. Begitu juga, maklumat yang kami ada ketika itu percaya Treati Masstricht akan diratifikasikan di Denmark pada 1992, tetapi malangnya ia ditolak.

“Kami belajar daripada pengalaman pahit daripada kejadian ini. Pengajaran ini terbukti penting dalam membantu kita merangka dasar untuk mempertahankan negara kita menentang serangan mata wang pada Krisis Kewangan Asia 1997/98, menyelamatkan berbilion duit negara yang boleh hilang (jika langkah itu tidak diambil).

“Kerugian forex berlaku. Tiada siapa boleh nafikan. Tidak boleh dinafikan juga tanggungjawab saya terhadap kerugian forex. Saya merasa bertanggungjawab atas kerugian forex itu dan meletakkan jawatan daripada Bank Negara Malaysia. Ketika itu, pada saya adalah penamat yang menyedihkan selepas 25 tahun berkhidmat untuk negara, melalui Bank Negara Malaysia,” katanya.

Nor Mohamed mengatakan beliau diberikan peluang untuk berkhidmat kepada negara sekali lagi dan pengajaran silam itu terbukti berkesan menyelamatkan negara ketika Krisis Kewangan Asia 1997/98 yang mungkin akan menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit serta menyebabkan banyak syarikat Malaysia muflis, pengangguran besar-besaran dan kemiskinan naik mendadak. 

“Kestabilan politik dan kerangka sosio-ekonomi negara boleh hancur. Ia kejadian yang mahu tidak mahu menunggu masa untuk berlaku."

“Tindakan luar biasa yang dilakukan pada September 1998 difikirkan dan dilaksanakan berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman diperolehi di meja forex Bank Negara,” katanya.

Peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Kathri Abdulla kemudian meminta Nor Mohamed untuk mengesahkan yang bekas perdana menteri itu tidak dimaklumkan tentang urus niaga forex.

“Ya,ya,ya, saya setuju dengan itu. Saya sahkan,” kata Nor Mohamed.

Beliau juga memberitahu Suhaimi yang beliau tidak dipilih sendiri Dr Mahathir untuk mengetuai jabatan perdagangan forex BNM.

Disoal oleh Haniff sekiranya beliau akan berjumpa Dr Mahathir sekiranya dipilih sendiri bekas perdana menteri itu, Nor Mohamed menjawab yang, “Jika dia (Dr Mahathir) pilih saya, mungkin saya akan berjumpa dengannya…tetapi dia tak pilih dan saya tak pernah bercakap dengannya (berkenaan kerugian forex).”

Nor Mohamed memberitahu RCI sekiranya beliau disoal pada 1995, mungkin keterangannya akan lebih baik.

“Mungkin ketika itu (1995), saya akan lebih mampu memberikan maklumat dan perbualan (yang berlaku), tetapi sekarang saya tak ingat.”

Ditanya ahli panel RCI, Tajuddin Atan mengapa BNM terlibat dalam urus niaga spekulasi pada mulanya, Nor Mohamed menjawab, “Disebabkan tidak sabar. Kami sudah mengambil tindakan (sejak itu) untuk menghalangnya daripada berlaku lagi. Tetapi benda sudah jadi.” 

Forex: Bank Negara rugi RM32.074 bilion - Zeti Aziz

By Admin-S
(Agenda Daily) – RM32.074 bilion… itulah jumlah kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing sepanjang 1988 hingga 1994, dedah Bekas Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz.

Zeti Aziz berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan urus niaga bank pusat itu pagi Rabu.

Menurutnya maklumat itu dipaparkan dalam Jadual 6 laporan bertajuk Pengolahan Akaun Terhadap Kerugian Akibat Pengurusan Rizab Aktif 1988-1994 bertarikh 18 April 2007.

Beliau turut mengesahkan jumlah itu mengambil kira keuntungan sebanyak RM2.473 bilion pada 1990.

Beliau yang dipanggil sebagai saksi ke-16, tiba di Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi tadi.


Beliau merupakan Gabenor Bank Negara pada Mei 2000 hingga Mei 2016.

Turut hadir memberi keterangan pada pagi ini adalah bekas Peguam Negara, Tan Sri Ainum Mohamad Saaid selaku saksi ke-15.

Pada 15 Februari lalu Pasukan Petugas Khas (PPK) ditubuhkan dan dipengerusikan bekas ketua setiausaha kerajaan Tan Sri Sidek Hassan, bertujuan menyiasat kerugian yang dialami bank pusat itu antara 1991 dan 1993.

Turut menganggotai ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.

Awal Februari lalu, bekas penolong gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bank pusat itu mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an.

Bagaimanapun nilai kerugian itu masih dipertikaikan.

Saturday, July 22, 2017

Saya tidak akan ditangkap sebelum PRU, kata Dr Mahathir

Nawar Firdaws 
July 22, 2017

Pengerusi PH dakwa BN mahu menggunakan skandal dagangan mata wang asing untuk menangkapnya supaya beliau tidak terlibat dalam PRU-14.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin beliau tidak akan ditangkap sebelum pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir berkata walaupun kerajaan Barisan Nasional akan cuba menangkap beliau menggunakan suruhanjaya siasatan diraja (RC) yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian dagangan mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an, beliau percaya akan bebas sehingga PRU-14.

“Mereka bukan sahaja mahu memburukkan saya. Saya fikir mereka mahu tangkap saya supaya saya tidak terlibat dalam pilihan raya umum nanti.

“Apa yang dia mahu ialah singkirkan saya. Setakat ini belum berjaya, tetapi dia akan fikirkan sesuatu,” kata Dr Mahathir, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tapi kalau pun mereka dakwa saya, pendengaran di mahkamah akam ambil masa yang lama. Sementara itu, saya bebas berkempen.

“Saya akan bebas, sehingga pilihan raya umum,” kata ahli politik berusia 92 tahun itu kepada pemberita di majlis rumah terbuka anjuran ahli politik DAP Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai RCI yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian yang ditanggung BNM pada 1990-an akibat dagangan mata wang asing semasa beliau menjadi perdana menteri.

Putrajaya antara lain berkata RCI akan mengesyorkan langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam skandal itu.

RCI diberi tempoh masa 3 bulan untuk menyelesaikan siasatan mereka dan menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, ketika ditanya apakah beliau sedia dengan prospek dihumban ke penjara, Dr Mahathir berkata, “saya tidak boleh buat apa-apa, kalau kedaulatan undang-undang tidak lagi didaulatkan di Malaysia”.

“Orang ramai buat laporan polis terhadap Najib, dan orang itu yang ditahan dan didakwa di mahkamah.”

Dipercayai Dr Mahathir merujuk kepada dakwaan terhadap bekas Ketua Umum Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang, yang tahun lalu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atas dakwaan mensabotaj perkhidmatan kewangan.

Mereka dituduh berbuat demikian selepas membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Singapura, Switzerland dan Perancis dan Hong Kong.

Dr Mahathir menafikan dakwaan beliau bertanggungjawab dalam skandal dagangan mata wang asing BNM, dan berkata walaupun sedar beliau perdana menteri ketika itu, BNM bertindak secara bebas pada masa itu.

Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh dipertanggungajawabkan di atas kesalahan bank pusat itu.

“Kami siasat, kami siar semua penemuan kami, kami tidak sembunyikan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Kemudian, kami bahas di Parlimen, di mana dakwaan salah laku disangkal.

“Jadi, mereka boleh dakwa saya, tetapi tidak boleh tahan saya tanpa sebab,” tambahnya.

Thursday, June 22, 2017

BNM Forex : Kabinet setuju tubuh RCI

By watan
Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan dibentuk bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1980-an dan 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan Rabu berkata, Kabinet bersetuju untuk menubuhkan RCI selepas meneliti laporan Pasukan Petugas Khas (PPK).

Menurut kenyataan itu, dalam laporan berkenaan, PPK mendapati wujud kes ‘prima facie’ bagi kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an dan mencadangkan penubuhan RCI bagi melakukan siasatan terperinci lagi menyeluruh berdasarkan lunas perundangan dan dilindungi di bawah Akta 119.

“Penubuhan RCI juga bertujuan menjaga kepentingan awam, yang mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing membabitkan rizab negara dapat dipastikan.

“Ini kerana siasatan awal PPK mendapati jumlah kerugian adalah lebih besar saripada apa yang dilaporkan kepada Kabinet dan Parlimen.

“PPK juga mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Kabinet dan Parlimen,” katanya.

Sehubungan itu, mengikut kenyataan akhbar yang sama, Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor PPK bahawa terdapat keperluan menubuhkan RCI bagi membolehkan siasatan mengenai kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan, sekali gus diharap mampu merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu.

Kerajaan juga berterima kasih kepada Pengerusi PPK, Tan Sri Sidek Hassan dan ahlinya serta Sekretariat PPK di Kementerian Kewangan, yang memberi komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian terbabit dengan telus, bebas lagi adil.

Wartawan Watan-Online

Thursday, April 20, 2017

Kerugian BNM: Anwar dipanggil beri keterangan

 Send by Email
Putrajaya – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dipanggil ke Kementerian Kewangan, di sini dipercayai bagi memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas berhubung urus niaga membabitkan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990-an.

Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 tiba di kementerian itu kira-kira jam 2.30 petang, menaiki kenderaan Jabatan Penjara, serta diiringi kenderaan polis.

Bagaimanapun, kenderaan berkenaan terus menuju ke tempat letak kereta di aras bawah tanah Kementerian Kewangan, menyebabkan beliau tidak dapat dihampiri pihak media.

Kenderaan itu kemudian dilihat meninggalkan bangunan kementerian kira-kira jam 4.45 petang.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penubuhan Pasukan Petugas Khas berkenaan yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan diumumkan pada Februari lalu bagi menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian Bank Negara dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.

Selain itu, pasukan yang turut dianggotai enam ahli lain itu juga akan menyiasat sejauh mana tindakan menyembunyikan maklumat kerugian dan mengkaji jika ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya kepada Mesyuarat Parlimen, serta mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan.

BH Online

Saturday, August 1, 2015

Peguam wakili Rosmah sangkal dakwaan John Berthelsen

Published: 1 August 2015 1:13 AM
Tetuan Noorhajran Mohd Noor berkata dakwaan John Berthelsen dalam satu artikelnya dilihat boleh membawa keburukan dan kerosakan terhadap reputasi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Julai, 2015.

Sebuah firma guaman yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan terhadap anak guamnya dalam sebuah artikel tulisan John Berthelsen yang disiarkan semalam bertajuk 'Malaysian PM's Wife Seeks Central Bank Governors's Ouster'.

Tetuan Noorhajran Mohd Noor dalam satu kenyataan akhbar berkata dakwaan itu dilihat boleh membawa keburukan dan kerosakan terhadap reputasi isteri perdana menteri itu.

"Sindiran dan dakwaan itu dibuat dengan niat untuk mencemar nama baik Rosmah atas kedudukan peribadi beliau dan sebagai isteri perdana menteri.

"Perkataan yang digunakan John dalam artikel tersebut adalah boleh membawa mudarat, manakala fakta tidak benar yang digunakannya merupakan sindiran tajam yang membawa konotasi dan boleh mewujudkan persepsi negatif terhadap Rosmah kerana ia disiarkan dalam domain awam," kata kenyataan itu.

Katanya lagi, perkara itu tergambar melalui perkataan, antaranya "...of Rosmah to drive out and have gone after the Governor of the Central Bank, indeed trying to get Zeti sacked, revenge, demanded, resign, dodgy transfers, Rosmah behind the dramatic move to shuffle disloyal cabinet out of government are malicious lies and fabrication of facts to defame and cause injury to the reputation of Rosmah.

(perbuatan Rosmah mengejar dan mengeluarkan Gabenor Bank Pusat, sebenarnya adalah cubaan untuk memastikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dipecat, dendam, menuntut, meletak jawatan, pemindahan secara berbahaya, Rosmah di belakang langkah memecat anggota kabinet yang tidak setia daripada kerajaan)...adalah pembohongan yang berniat jahat dan mereka-rekakan fakta bagi memfitnah dan menyebabkan kerosakan terhadap reputasi Rosmah).

"Rosmah tidak pernah menuntut agar Zeti mencari siapakah yang membocorkan transaksi dalam tempoh 72 jam atau beliau perlu meletak jawatan, seperti yang ditulis John.

Dalam siaran akhbar pada 10 Julai yang dikeluarkan firma ini bagi pihak Rosmah, perkataan yang digunakan ialah "adalah diharapkan" agar Bank Negara Malaysia (BNM) segera dan/atau dalam tempoh 72 jam, menjalankan siasatan serta mengumumkan dapatannya mengenai perbuatan membuat pendedahan yang bersifat ofensif tanpa kebenaran, bagi pihak bank berkenaan. Tidak terdapat tanda-tanda gabenor itu diburu bagi membalas dendam mengenai kebocoran yang berlaku dan/atau menuntut peletakan jawatan.

"Kenyataan itu sebenar-benarnya adalah tidak betul, berniat jahat dan nakal," kata firma guaman itu.

Kenyataan itu seterusnya berkata permintan yang dibuat oleh Rosmah lahir daripada keprihatinan beliau tentang ketidakwajaran dan perbuatan yang secara terang-terangan mendedahkan secara tidak sah akaun peribadi beliau kepada umum.

Pada pandangan beliau (Rosmah), sekiranya tindakan positif tidak diambil bagi menyiasat pencerobohan terhadap akaunnya, perkara serupa juga boleh berlaku terhadap akaun pengguna perbankan lain dan ini boleh menghakis kepercayaan pelabur serta pengguna institusi kewangan.

"Sehubungan itu, anak guam saya menuntut agar John membuat permohonan maaf tanpa syarat dan secara sukarela kepada Rosmah mengenai semua dakwaan itu dalam masa 48 jam akan datang.

Dalam pemberitaan dan pelaporan secara bertanggungjawab, kesopanan perlu diamalkan, dihayati dan diambil kira agar tidak mengutuk dan menghina hak orang lain," katanya.

"Sejajar dengan amalan kewartawanan yang bertanggungjawab, langkah perlulah diambil untuk mengesahkan sesuatu maklumat sebelum ia disiarkan dan percaya bahawa ia adalah sesuatu yang betul melalui penyiasatan secara bertanggungjawab. Mengikut pengetahuan saya, tiada siasatan dibuat terhadap anak guam saya," kata kenyataan firma itu.

"Jika John mendapati terdapat justifikasi dan asas daripada semua sumber yang berpengetahuan dan mempunyai maklumat sahih yang diperoleh Asia Sentinel daripada ahli akademik dan penganalisis politik (seperti yang disebut beliau dalam artikelnya) adalah benar, maka dia perlu menyerahkan semua maklumat itu kepada pihak berkuasa berkenaan untuk dibuat siasatan dalam tempoh 48 jam akan datang.

Anak guam saya menyokong sebarang penyiasatan yang dijalankan secara sah oleh pihak berkuasa berkenaan tentang perkara ini. Bagaimanapun, janganlah hendaknya berlaku pendakwaan secara berpilih," katanya. – Bernama, 31 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-wakili-rosmah-sangkal-dakwaan-john-berthelsen#sthash.oYoeXFRS.dpuf

Friday, July 3, 2015

Mengapa tak dedah hasil siasatan laporan bank Singapura atas 1MDB, soal Kadir

Datuk A Kadir Jasin mempersoalkan mengapa pihak Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mendedahkan hasil siasatan terhadap laporan pihak berkuasa kewangan Singapura ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata bekas ketua pengarang New Straits Times itu, kini hampir sebulan selepas BNM mengesahkan menerima satu laporan mengenai 1MDB daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

"Kalau penangkapan Xavier Andre Justo di Thailand menjadi modal besar kepada kerajaan dan penyokong perdana menteri, mengapa BNM berdiam diri mengenai hasil siasatan MAS ke atas simpanan 'unit' 1MDB di Singapura?" kata Datuk A Kadir Jasin dalam entri terbaru blognya hari ini.

Kadir merujuk kepada tindakan penyokong 1MDB yang menggunakan isu tangkapan bekas pengarah PetroSaudi tersebut untuk menutup mulut pengkritiknya.

Jika benar laporan BNM tersebut positif, Kadir berkata mengapa ia tidak diuar-uarkan dan dijelaskan kepada orang awam.

"Kalau hasil penyiasatan itu positif kepada 1MDB, mengapakah BNM tidak menguar-uarkannya sebaliknya berselindung di sebalik kerahsiaan (confidentiality)?

"Kalau laporan MAS itu positif, hebahkanlah saja demi membersihkan nama 1MDB dan membebaskan Bank Negara sendiri daripada tuduhan cuai (oversight)!" katanya.

Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada Mei lalu mengesahkan menerima laporan daripada MAS.

Sebelum itu, sebuah laman mendedahkan Bank BSI Singapura menolak dokumen yang dibekalkan 1MDB berhubung akaun Brazen Sky Limited di Singapura, mengatakan penyata bank itu adalah palsu belaka.

Laporan MAS kepada BNM dikatakan berkaitan dengan penyata palsu tersebut.

Malah, Putrajaya juga membuat pusingan U apabila mengatakan wang syarikat sarat hutang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura walaupun pada awalnya mengatakan terdapat wang tunai disimpan di sana.

Kadir juga mencabar BNM untuk membuat siasatan seperti yang didedahkan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report mengatakan sejumlah wang berbilion ringgit dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Kedua-duanya memetik dokumen siasatan 1MDB yang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa peguam negara sedar mengenai hal itu.

"Dan adakah BNM dalam penyiasatannya berani 'menyeluk pekasam' seperti ini?" tulis Kadir yang disertakan dengan link laporan ke Sarawak Report. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=297152:shah-alam-jabatan-kehakiman-syariah-selangor-jakess-memperkenalkan-proses-cerai-yang-lebih-singkat-bagi-pasangan-islam-yang-bersetuju-untuk-berpisah-melalui-pendekatan-itu-ia-cuma-mengambil-masa-enam-jam-berbanding-kaedah-sebelumnya-mengambil-ma&Itemid=2#ixzz3epZ0c1XX
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-