Showing posts with label RCI. Show all posts
Showing posts with label RCI. Show all posts

Wednesday, August 17, 2022

Kabinet setuju dedahkan laporan audit, forensik kes LCS

bharian.com.my
Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my
 - Ogos 17, 2022 @ 3:26pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini secara prinsip bersetuju supaya dibuat pendedahan laporan audit dan laporan forensik berkaitan kes perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang sepatutnya dimiliki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia akan dibuat selepas perbincangan antara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan pihak berkaitan membabitkan mekanisme pendedahan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, ada beberapa perkara sensitif membabitkan keselamatan tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

"Secara prinsip Jemaah Menteri masih menekankan bahawa pendedahan itu bakal dibuat.

"Saya berpendirian, perkara sensitif soal keselamatan patutnya memang tidak boleh didedahkan. Di mana-mana demokrasi pun, sama ada di Amerika Syarikat (AS), di England, bahkan di Perancis, mereka tidak akan dedahkan benda yang sangat sensitif," katanya pada sidang media selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) di pejabatnya, hari ini.

Wan Junaidi berkata, ia seperti amalan di England, apabila sesuatu dokumen mahu dinyahklasifikasi, pihak terbabit akan membincangkan perkara sensitif berkaitan keselamatan mungkin diasingkan, manakala perkara lain akan didedahkan.

Pada masa sama, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga sudah menyatakan kerajaan tidak menolak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal LCS.

Katanya, biarpun kerajaan beranggapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuat yang terbaik, cadangan untuk mengadakan RCI tidak ditolak.

Berhubung siasatan dijalankan SPRM, Wan Junaidi berkata, kertas siasatan lain membabitkan kes LCS masih perlu dikemaskini oleh penyiasat sebelum ia dikembalikan semula kepada Pejabat Peguam Negara untuk membolehkan individu lain pula mungkin didakwa.

Katanya, ia berikutan beberapa persoalan yang perlu dijawab membabitkan kertas siasatan berkenaan.

"Bagaimanapun, tadi ada dibincangkan pada mesyuarat Kabinet. Keputusan Kabinet (berhubung siasatan berkenaan) adalah terbuka (open ended) dan Kabinet menegaskan sekali lagi bahawa kita tidak akan melindungi sesiapa pun," katanya.

Minggu lalu media melaporkan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengingatkan kerajaan untuk menyahklasifikasikan dua laporan berkaitan isu LCS secara menyeluruh.

Pengerusinya, Wong Kah Woh, dilaporkan berkata, jawatankuasa itu tetap menyambut baik keputusan Kabinet pada 10 Ogos lalu, yang menerima pakai dua syor PAC yang paling penting dalam laporan perolehan kapal LCS.

Semalam BH melaporkan, Hishammuddin memberi komitmen bahawa beliau akan membawa cadangan penubuhan RCI untuk menyiasat skandal pembelian enam LCS milik TLDM ke Kabinet hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul berkaitan projek LCS, di Dewan Negara, semalam.

Hishammuddin turut menjelaskan status menyahklasifikasikan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) sudah dimulakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

Katanya, Pengauditan Forensik Projek LCS pula akan mengambil masa sementara menunggu kelulusan Peguam Negara kerana dokumen itu bukan milik kerajaan, sebaliknya dimiliki Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Thursday, August 11, 2022

Pembangkang serah memo tuntut RCI pada Istana Negara

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 11, 2022 12:51 PM

Amanah hari ini menyerahkan memorandum kepada Istana Negara bagi mendesak penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat kegagalan perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Biro Mobilisasi Amanah Mohd Sany Hamzan susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara Muzli Mohd Zin kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan perolehan enam buah kapal LCS bernilai RM9 bilion yang bermula pada 2011 tidak pernah siap walaupun RM6 bilion telah dibelanjakan.

Malah, kosnya dikatakan meningkat RM1.4 bilion susulan keputusan Kementerian Pertahanan dan kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) tidak mengendahkan pendirian tentera laut yang mahukan reka bentuk Sigma, yang lebih murah.

Bercakap selepas pemberita selepas itu, Sany berkata isu LCS telah menyebabkan rakyat panik kerana ia melibatkan isu pertahanan negara.

Semalam, memorandum tuntutan sama dikemukakan oleh Bersatu kepada Yang di-Pertuan Agong.

[Berita penuh menyusul
]

Wednesday, January 19, 2022

Agong perkenan tubuh RCI siasat isu tabung haji - Wan Junaidi

malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Jan 19, 2022 9:03 PM

Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pengurusan dan pengoperasian Lembaga Tabung Haji (TH) dari 2014 hingga 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penubuhan RCI itu dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Beliau berkata Seri Paduka juga memperkenan pelantikan enam ahli RCI termasuk bekas Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif sebagai Pengerusi.

Lima lagi ahli RCI ialah bekas Ketua Setiausaha Negara Samsudin Osman, Pengasas Kumpulan RHB Abdul Rashid Hussain, bekas Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad Mohd Munir Abdul Majid, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Unishams) Profesor Asmadi Mohamed Naim dan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Norsyahrin Hamidon.

Wan Junaidi berkata ahli RCI yang dilantik merupakan tokoh berwibawa, mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing iaitu kehakiman, perkhidmatan awam, pentadbiran, ekonomi, kewangan, pelaburan, pasaran modal, perbankan, kewangan Islam serta perakaunan.

“Mereka yang dilantik ini telah dipastikan bebas dan tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan TH.

“Ini bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus, adil dan saksama serta mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak yang berkaitan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelantikan itu berkuat kuasa mulai esok hingga 19 Julai dan suruhanjaya itu diberikan tempoh enam bulan bagi melaksanakan siasatan serta menyediakan laporan untuk dipersembah kepada Al-Sultan Abdullah.

- Bernama

Saturday, August 28, 2021

Apa motif Zahid mahu RCI ditubuhkan?

By SatuBerita
-August 28, 2021


SECARA tiba-tiba Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi mahu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara dan badan Kehakiman.

Umum mengetahui bahawa Presiden UMNO sendiri dan beberapa rakan lain sedang berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah, termasuklah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah pun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Julai tahun lalu.

Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau kini dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Datuk Seri Ahmad Zahid pula sedang berdepan dengan puluhan tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi beliau. Segala bukti dan keterangan sudah pun dikemukakan oleh pihak pendakwaan dengan begitu teliti dan cermat sekali. Ia turut dilaporkan dalam media tempatan dan antarabangsa.

Ahmad Zahid perlu menyedari hakikat ini. Adalah tidak masuk akal untuk menimbulkan persepsi bahawa kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi beliau dan rakan-rakannya merupakan satu campur tangan politik.

Adakah beliau mahu memberi gambaran bahawa beliau dianiaya oleh sistem perundangan kita?

Jika benar terdapat campur tangan politik dalam badan kehakiman atau pun dalam Jabatan Peguam Negara, bagaimana Ahmad Zahid boleh jelaskan beberapa keputusan mahkamah yang memihak kepada UMNO sejak setahun yang lalu?

Pada 20 Mei 2021, mahkamah memulangkan semula wang berjumlah RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018, yang didakwa milik Datuk Seri Najib Razak dan UMNO, kepada Najib.

Pada 3 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan 16 bekas ahli UMNO untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perisytiharan UMNO sebagai tidak sah kerana kononnya melanggar perlembagaan.

Adakah badan kehakiman hanya ‘adil’ apabila keputusan memihak kepada UMNO atau Datuk Seri Najib dan ‘berat sebelah’ apabila tidak memihak kepada mereka?

Jika ini persepsi yang ingin ditimbulkan, ia amat tidak sihat dan ia menghina integriti para hakim kita.

Saya cadangkan lebih baik Datuk Seri Ahmad Zahid fokus kepada perbicaraan beliau di mahkamah dan segerakan proses ini kerana mahkamahlah merupakan medan paling sesuai untuk membuktikan kebenaran berpihak kepada beliau.

Jika kes ini sering tertangguh, saya khuatir ia akan melewat-lewatkan keadilan buat Datuk Seri Ahmad Zahid sendiri.

Oleh Mohamad Siddiq Azani Pengerusi Biro Undang-UndangArmada Bersatu Malaysia

Thursday, July 15, 2021

Saya sedia dedah jika dipanggil RCI Tabung Haji, kata Mujahid

FMT Reporters
-July 15, 2021 11:45 AM

Mujahid Yusof Rawa berkata beliau sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.

PETALING JAYA: Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Mujahid Yusof Rawa, bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang ditubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, kerajaan hendaklah memastikan hanya anggota berkelayakan dilantik dalam RCI berkenaan bagi memastikan siasatan itu telus dan profesional tanpa agenda politik.

“Jika saya dipanggil untuk memberi keterangan, saya bersedia mendedahkan langkah dan tindakan yang kerajaan PH telah ambil untuk selamatkan TH, termasuk laporan polis yang dibuat ke atas individu yang terbabit dalam penyelewengan dana TH,” katanya dalam kenyataan.

Mujahid yang juga naib presiden Amanah berkata, pihaknya sejak awal lagi menyokong penubuhan RCI dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan menubuhkan RCI, selepas lebih setahun PN mentadbir.

Mujahid Yusof Rawa.
Beliau bagaimanapun, menyatakan rasa hairan berhubung skop RCI tertumpu pada isu berbangkit pada 2014 hingga 2020, namun tidak memasukkan pelan pemulihan dan penstukturan TH, dilaksanakan ketika kini.

“Setelah 17 bulan PN berkuasa dan isu RCI TH disensasikan, akhirnya timbalan perdana menteri menyatakan kabinet setuju untuk menubuhkan RCI TH. Syabas dan tahniah.

“Sepanjang tempoh 22 bulan saya diberikan amanah menjaga TH di bawah JPM agama, saya dan pasukan TH bertindak berpandukan laporan firma audit profesional yang disebut bagi menjayakan pelan penstrukturan semula selepas TH berada dalam keadaan tenat dari sudut kewangannya dan integritinya,” katanya.

Katanya, dua perkara asas dilakukan segera membabitkan pengeluaran hibah atau dividen hendaklah mematuhi Akta TH 1995, yang dilanggar sejak 2014.

“Kedua, ialah menutup jurang defisit antara aset dan liabiliti yang mengikut laporan audit 2017 adalah sebanyak RM4 Bilion.

“Pelan penstrukturan semula TH diperkenalkan secara telus dan mendapat kelulusan kabinet serta dijelaskan dalam parlimen secara terbuka. Isu TH kembali hangat apabila PN berkuasa dan isu ‘jual aset orang Islam’ terus disensasikan, walaupun kejayaan pelan penstrukturan TH diperakui kerajaan hari ini,” katanya.

Semalam, mesyuarat jemaah menteri bersetuju menubuhkan RCI mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata siasatan merangkumi hasil pengauditan perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.

Wednesday, July 14, 2021

TPM umum kerajaan setuju tubuh RCI Tabung Haji

gemilangdaily.com
14/07/2021 7:20 PM


TPM umum kerajaan setuju tubuh RCI Tabung Haji. Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH) dari tahun 2014 hingga 2020.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan itu adalah hasil pengauditan perunding-perunding seperti
PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger.

Ujarnya, terdapat empat terma RCI yang dipersetujui Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini termasuk menumpukan kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit LTH dari tahun 2014 hingga tahun 2020 tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan pada masa ini.

“(Selain itu) Menentukan sama ada terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan mengenainya.

“Mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung jika mereka didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa tanpa menjejaskan apa-apa siasatan dan tindakan perundangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.

“Langkah ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan dan tadbir urus LTH.
“Mengemukakan kepada kerajaan laporan hasil semakan dan syor mengenai tindakan susulan, jika perlu, dalam tempoh tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengenal pasti senarai keahlian RCI yang dicadangkan terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang syariah, perundangan, perbankan Islam dan pelaburan.

Bagaimanapun, perincian berhubung penubuhan dari segi terma dan rujukan serta keanggotaan RCI akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Penubuhan RCI ini adalah wajar supaya siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan tersebut dan perakuan sewajarnya dapat dikemukakan kepada Kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan LTH.

“Ini juga bagi memastikan satu siasatan dalaman yang telus dan amanah dilaksanakan demi memastikan LTH telah menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam,” katanya.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-setuju-tubuh-rci-siasat-lembaga-tabung-haji-tpm-308417

Monday, November 30, 2020

Hentikan Serta Merta Penjualan Lambak Aset Ladang Tabung Haji, Tubuh RCI – Pemuda UMNO

umnoonline.my
30 November 2020

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan segera campur tangan menghentikan segala proses serta membatalkan keputusan pelupusan anak-anak syarikat Tabung Haji Plantation Berhad (THP), agar kepentingan lebih 9.4 juta pendeposit Tabung Haji (TH) dapat dijaga dan dipertahankan.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan Pemuda UMNO juga masih tidak berganjak dengan pendirian kami agar sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dan membongkar segala penyimpangan dan sebarang salah laku dalam Tabung Haji yang sering dibangkitkan sejak zaman Pakatan Harapan (PH).

“Sejak zaman Kerajaan PH lagi, Pemuda UMNO telah membuat pendedahan termasuk pada 24 Januari 2020 setelah mendapati proses penjualan saham bernilai RM170 juta untuk 2 anak syarikat THP iaitu Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MWM) kepada syarikat swasta Tamaco Plantation Sdn Bhd (Tamaco), mencetuskan banyak keraguan dan persoalan.

“Sehingga kini, penjelasan THP mengenai penukaran jurunilai professional bagi THP, penurunan mendadak nilai aset kedua-dua syarikat BSV dan MWM oleh jurunilai yang baharu serta harga jualan yang jauh lebih rendah kepada sebuah syarikat swasta masih tidak memuaskan,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu tersebut, hari ini.

Sebelum itu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diwakili Penolong Setiausaha Datuk Hasmuni Hassan dan beberapa Exco Pemuda UMNO telah menyerahkan Memorandum Membantah Penjualan Aset-Aset Tabung Haji Plantation (THP) kepada tiga Menteri utama Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ini melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Senator Datuk Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Jelas Dr Asyraf Wajdi, ini adalah sebagai usaha dan jalan terakhir bagi menghentikan penjualan aset ladang THP.
“Walaupun Kerajaan telah mengarahkan THP menggunakan khidmat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia untuk membuat penilaian, THP didapati telah menulis sebanyak tiga kali kepada JPPH bagi merayu menurunkan nilai kedua-dua syarikat berkenaan bagi menjustifikasi harga jualan RM170 juta kepada Tamaco.
“Adalah amat mengecewakan apabila TH Plantations masih berkeras mahu meneruskan agenda Kerajaan PH lalu untuk menjual 76.2% daripada jumlah keluasan aset ladang 101,019 hektar.”

Jelasnya, di dalam memorandum ini, Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar kerajaan campur tangan bagi membatalkan serta-merta keputusan penjualan ini atas beberapa alasan antaranya:

(i) Aset-aset tanah ladang kelapa sawit THP adalah bernilai tinggi dan mempunyai potensi untuk dimajukan kelak.

(ii) Harga Minyak Sawit Mentah (“CPO”) kini di paras tinggi iaitu purata melebihi RM3,000 bagi satu tan.

(iii) Harga Buah Tandan Segar Sawit (“FFB”) juga kini berada di paras tinggi iaitu purata melebihi RM700 bagi satu tan; dan

(iv) Laporan Suku Ketiga Tahun Kewangan (3QFY2020) THP mencatatkan keuntungan sebanyak RM23.86 juta berbanding kerugian sebanyak RM40.01 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya (2019).
 – UMNO Online


Berita Utama

Thursday, August 6, 2020

RCI Tabung Haji: Dulu kita desak sebab tiada maklumat, kata PAS

N Faizal Ghazali
Diterbitkan Hari ini 12:47 pm
Keputusan kerajaan untuk tidak menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat urus niaga Tabung Haji mungkin dibuat selepas ada perkembangan baru mengenainya, kata Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah.

Katanya, desakan yang dibuat oleh parti itu sebelum ini sebagai pembangkang kerana ketiadaan maklumat mengenainya.

"Mungkin ada perkembangan baru, sebab dulu kita sebagai pembangkang kita desak RCI sebab banyak maklumat yang kita tidak tahu. Jadi ada munasabahnya untuk kita desak.

"Sekarang kita dalam kerajaan, maklumat yang dulu tidak ada kepada kita, kini sudah ada.

"Jadi keperluan kepada RCI (Tabung Haji) sudah kecil, dulu kita di luar kita minta benda dalam rumah, sekarang kita dalam rumah boleh cari sendiri," katanya kepada media di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Zulkifli Mohamad di Dewan Rakyat, semalam, yang menjelaskan hanya akan menimbangkan penubuhan jawatankuasa petugas khas untuk mengkaji urus niaga Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) jika ada keperluan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, PAS tetap akan mengekalkan baiah (sumpah setia) kepada calon-calon yang menyertai pilihan raya.

Namun katanya, seperti kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini - kandungan baiah itu akan menggugur taklid cerai talak tiga.

"Baiah tetap ada, kita PAS ini sejak dulu dah ada baiah. Cuma masa zaman tok guru Nik Aziz (Nik Mat) dia masukkan taklid talak, tetapi presiden buat kenyataan baru ini kita buang taklid talak.

"Baru ini (PRU14) pun tak ada (taklid talak. Kita sebagai parti Islam, baiah itu penting, cuma kandungan. Presiden sebut yang itu akan ditiadakan," katanya selepas merasmikan program Jelajah Urusetia Belia dan Sukan, Muafakat Kelantanku Bersih peringkat DUN Panchor, hari ini.

Monday, June 22, 2020

Skandal Forex RM33 bilion beri kerosakan jangka panjang



SKANDAL pertukaran asing (Forex) bernilai RM33 bilion didakwa dilakukan bekas Perdana Menteri ke-4 dan 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipercayai memberi kesan jangka pendek dan panjang kepada negara.

Kesan itu dipercayai merupakan faktor negara terjebak dengan krisis ekonomi Asia pada 1997.

Selain itu, skandal itu juga menyebabkan kerajaan terpaksa melepaskan pemilikan saham dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM).

Malah, salah laku itu turut dipercayai menjadi sebab kepada penswastaan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (Mas).

Sebelum itu, Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pemegang saham terbesar Mas sebelum syarikat tersebut diswastakan pada 1994.

“Ramai anak muda Malaysia tak sedar tentang kerosakan jangka masa panjang terhadap negara akibat skandal forex masa PM4 ini.

“Selain menurunkan rizab asing negara sehingga kita menjadi antara negara sasaran dalam krisis eknomomi Asia tahun 1997.

“Skandal ini juga telah membawa kepada kerosakan Mas dan mengakibatkan kerajaan terpaksa melepaskan pemilikan saham Tenaga Nasional dan Telekom.

“Pada tahun 1994, BNM yang merupakan pemegang saham terbesar terpaksa menswastakan MAS kepada tangan swasta.

“Pembeli MAS sudahpun mendedahkan bahawa Perdana Menteri keempat suruh dia beli Mas untuk bantu tutup sebahagian wang BNM yang lesap.”

Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebooknya hari ini mendedahkan skandal Forex dipercayai dilakukan oleh Dr. Mahathir.

Tambah Najib, sebuah siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat aktiviti Forex oleh Ahli Parlimen Langkawi itu.

Katanya, Dr. Mahathir memberikan jawatan lupa tidak tidak mengetahui sekiranya terdapat aktiviti Forex dijalankan oleh BNM.

“Semasa disoal Panel RCI, PM4 (Dr. Mahathir) menjawab bahawa dia tak tahu BNM menjalankan aktiviti Forex, dia tak ingat berapa kerugian skandal Forex.

“kerana tiada siapa yang beritahu dia BNM jalankan aktiviti Forex walaupun dia Perdana Menteri dan rizab negara yang hilang sebanyak RM33 bilion merupakan 20 peratus dari jumlah saiz ekonomi negara masa itu.

“Kesemua ini terkandung dalam laporan rasmi RCI forex yang telahpun dibentang dalam parlimen pada tahun 2017.

“Oleh sebab PM4/7 telah gagal tiga kali dalam mahkamah untuk batalkan laporan RCI, kerajaan PH pun tarik balik laporan polis dibuat oleh Suruhanjaya Diraja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib turut mempersoal prinsip Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan kerana membiarkan skandal ini tergantung dan ditarik balik daripada siasatan.

“Entah kenapa tiada seorang pemimpin PH pun yang kononnya telus dan ikut ‘rule of law’ pernah bantah langkah Suruhanjaya diRaja tarik balik laporan polis yang disyorkan laporan RCI dan Parlimen.

“Sehingga kini, tiada seorang pun pernah didakwa dalam skandal paling besar negara ini dan satu sen pun wang yang dihilang tak pernah dikembalikan.

“Kita masih belum tahu secara rasmi siapa yang luluskan, wang yang lesap sudah mengalir kepada pihak mana dan siapa yang menyorok skandal ini dari kabinet dan parlimen masa itu,” ujarnya. 
SM

Tuesday, May 19, 2020

Keadaan kewangan negara tak seburuk digambarkan Lim Guan Eng

@news
  Sarawakvoice
  -May 19, 2020


KUALA LUMPUR: Ramai rakyat berpendapat bahawa ada perkara yang disembunyikan oleh bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada pengetahuan rakyat berhubung dengan tujuan pinjaman melalui Bon Samurai dari Jepun, dakwa Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Tan Sri Mohd Yusoff Latiff.

Sehubungan itu, katanya, rakyat berpendapat adalah perlu bagi Kerajaan PN sekarang memulakan siasatan sama ada oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau wajar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI).

Ini kata beliau bagi mencari jawapan dan penjelasan mengapa Kerajaan PH dan mengapa Tun Mahathir dan Guan Eng membuat pinjaman wang melalui Bon Samurai daripada Jepun sedangkan kewangan negara adalah kukuh.

“Sepanjang PH mentadbir Negara selama 22 bulan rakyat dihidangkan dengan rintihan berterusan dan seharian oleh Tun Mahathir dan Guan Eng yang mengatakan bahawa Kerajaan kini tiada duit kerana pengurusan BN yang lalu tidak cekap dan banyak ketirisan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, manakala Guan Eng tidak putus-putus dan boleh dikatakan setiap hari membuat kenyataan seolah-olah menipu rakyat dan Parlimen kononnya beliau mengharungi keadaan getir apabila beliau mendakwa lima bulan pertama beliau sebagai Menteri Kewangan hanya berbekalkan sebanyak RM450 juta sahaja.

“Angka ini tidak logik dan ada muslihat tertentu seperti pepatah Melayu “Ada udang di sebalik batu,’ katanya.

Ketika PH mula memerintah pada Mei 2018, keadaan kewangan negara dikatakan agak tenat dengan pinjaman luar Negara yang tinggi mencecah satu trilion ringgit.

“Keadaan ini menimbulkan kegusaran dan amat sangat kebimbangan kepada rakyat dan para pelabur,” ujarnya.

Tuesday, March 3, 2020

‘Zaman gelap’ Tabung Haji semasa dibawah PH


KUALA LUMPUR: Tabung Haji semasa dibawah pemerintahan PH bukan sahaja gagal memberi hibah dan dividen pada kadar sebagaimana sebelumnya, malah telah menukar pemilikan aset yang menjadi hak umat Islam.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki bahkan menempelak cara urus tadbir PH ke atas Tabung Haji yang didepani dengan pelbagai alasan dan tuduhan terutama terhadap pemerintahan sebelum itu.

Antaranya kata beliau, PH menuduh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah mencuri wang Tabung Haji serta terbabit dengan pelbagai skandal lain tanpa mengemukakan bukti.

Malah ujarnya, PH gagal lagi apabila didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), sebaliknya mengeluarkan laporan bahawa kesalahan dibawah pemerintahan Dato’ Sri Najib adalah kerana memberi hibah dan subsidi.

“Bagi hibah kepada pencarum, bagi hadiah yang tinggi itu kesalahan ke? Kalau tanya orang ekonomi, salah tak? Tanya orang yang suka kepada kebajikan, salah tak? Deposit pencarum-pencarum Tabung Haji dijamin oleh kerajaan. Kalau kerajaan nak bagi lebih, itu hadiahlah, apa nak dipertikaikan?

“Kesalahan yang kedua (dilaporkan PH terhadap BN) ialah terus memberi subsidi haji walaupun kos haji meningkat setiap tahun. Subsidi meningkat. Yang terakhir, RM400 juta Tabung Haji bagi subsidi kepada para hujjaj. Pergi dengan Mu’assasah, dapat subsidi. Sepatutnya bayar RM17,000 zaman itu, kita bayar RM9,000 sahaja.

“Salah ke tak salah subsidi ini? Tak salah. Kerajaan nak bagi, kerajaan ini bukan syarikat. Siapa yang memiliki Tabung Haji? Kita. Bukannya pemegang saham, syarikat-syarikat besar, bukan. Kitalah (para pencarum) pemilik Tabung Haji,” kemukanya membidas laporan pernah dikeluarkan PH.

Selar beliau, Kerajaan PH bukan sahaja gagal menunaikan janji manifesto dengan alasan memikul hutang lama, bahkan juga gagal menubuhkan RCI berkaitan skandal dituduh mereka, sedangkan ia tidak memerlukan wang.

Dr Zuhdi turut menyatakan bahawa PAS akan suarakan supaya kerajaan baharu dibawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memberi hibah tinggi serta mengekalkan subsidi kepada pencarum Tabung Haji untuk menunaikan ibadah itu. 

HARAKAHDAILY
   3/3/2020

Tuesday, October 8, 2019

Manifesto PH sebenarnya berita palsu, kata Ahmad Maslan

Faiz Zainudin
-October 8, 2019 7:14 PM

Ahmad Maslan melabelkan manifesto PH pada PRU14 tahun lalu sebagai berita tidak benar.

KUALA LUMPUR: Bekas timbalan menteri kewangan, Ahmad Maslan melabelkan manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai berita palsu kerana banyak janji gagal dipenuhi.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, antara janji yang gagal dipenuhi PH ialah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat penyelewengan yang didakwa berlaku di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

“Bukan saja berita tidak benar, ada juga manifesto yang tidak benar, itu satu perkara yang berlaku dan menyakitkan dalam negara kita.

“Mereka kata nak laksana 10 perkara dalam 100 hari, sekarang hampir 500 hari tak dilaksanakan, ini adalah manifesto yang menjadi berita tidak benar.

“Mereka ingin menubuhkan RCI 1MDB ada buat? RCI Felda ada buat? Ini berita tidak benar. RCI Mara, Tabung Haji, ini manifesto tidak benar,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undag Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad turut membangkitkan janji PH menawarkan pendidikan percuma, memansuhkan tol dan menurunkan harga minyak yang gagal ditunaikan sehingga kini.

“Apa yang berlaku? Tidak benar, tidak benar,” katanya merujuk janji dibuat PH menerusi manifesto pada PRU14.

Sementara itu, Ahmad menafikan beliau pernah menerima dana 1MDB seperti yang didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Tidak benar,” katanya.

RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian bangkit mencelah dengan berkata, beliau sedia menawarkan perkhidmatan guaman percuma kepada Ahmad, sekiranya wakil rakyat BN itu berani menyaman SPRM.

“Ada orang yang saya boleh percaya dan ada orang yang saya tidak percaya,” kata Ahmad menolak tawaran Rayer.

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof berkata, kes itu tidak boleh dibincang dalam Dewan Rakyat kerana SPRM sedang menyiasatnya.

Wednesday, December 12, 2018

PAS gesa tubuh RCI, tidak wajar ‘menteri mentah’ ulas TH di media

Oleh Abdul Rahim Sabri
Diterbitkan pada 12 December 2018

PAS menggesa urusan kewangan Tabung Haji disiasat oleh Majlis Raja-Raja atau Parlimen sebelum syornya dilaksanakan oleh kerajaan. — Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR, 12 DisPAS mendesak suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian pengurusan kewangan dan dakwaan salah urus Tabung Haji (TH).

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata syor siasatan RCI itu, atau Parlimen, perlu mempertimbang syor juruaudit bebas sebelum ia dilaksanakan oleh kerajaan.

“Namun PAS berpandangan adalah tidak wajar sekiranya pertuduhan ini dibicarakan melalui media oleh seorang menteri yang masih mentah,” katanya dalam kenyataan.

“Sehingga boleh menimbulkan persepsi dan percanggahan maklumat yang mengelirukan.”

Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Rawa memaklumkan TH menanggung defisit RM4.1 bilion dan ia melanggar akta apabila memberi dividen.

Namun bekas pengerusi TH Datuk Seri Azeez Abdul Rahim menafikannya dan dengan tegas menyatakan pengurusan TH tidak melanggar Akta Tabung Haji.

Justeru, Abdul Hadi menasihatkan kerajaan Pakatan Harapan agar tidak mempolitikkan isu TH sehingga boleh merosakkan imejnya dan tidak berat sebelah dalam siasatan.

PAS yakin integriti dan profesionalisme lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan TH dalam melaksanakan tugas, tambahnya.

“Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” kata wakil rakyat Marang lagi.

Azeez menggunakan hujah audit TH bawah pentadbirannya menggunakan khidmat Ernst & Young, sementara Mujahid berhujah menggunakan audit firma Price Waterhouse Coopers (PWC).

Namun Ernst & Young menjelaskan ia tidak mengaudit maklumat kewangan TH, sebaliknya menafsir kunci kira-kira pro forma bagi menggambarkan kesan pelaporan pelaburan TH.

Friday, August 24, 2018

Akhirnya Najib jawab tiga soalan Guan Eng

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
24 OGOS 2018


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya menjawab tiga soalan yang dikirimkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sejak minggu lalu.

Najib dalam satu kenyataan di Facebooknya pagi ini berkata jawapannya ialah 'tiada' bagi ketiga-tiga soalan tersebut.

"Untuk ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada saya oleh Guan Eng mengenai isu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) baru-baru ini, jawapan saya ialah 'tiada, tiada dan tiada'," katanya.

Selasa lalu, Guan Eng mengulang tiga soalan kepada Najib dalam kenyataan media yang pernah ditanyakan minggu lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng kirim tiga soalan kepada Najib]

Dalam pada itu, menurut Najib, Guan Eng bertindak bijak apabila tidak membuat laporan polis sendiri berhubung dakwaan BN telah merompak wang GST.

"Saya dimaklumkan bahawa Guan Eng telah diminta memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

"Guan Eng tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya BN telah "merompak" wang GST sebanya RM18 bilion semasa sesi Parlimen yang memberikannya imuniti.

"Ini adalah langkah bijak oleh Guan Eng kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang," katanya.

Sebelum ini, persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila Guan Eng mendakwa BN merompak RM18 bilion daripada tabung bayaran balik cukai input GST.

[ARTIKEL BERKAITAN : Polis dah ambil keterangan Guan Eng]

Najib juga mempertikaikan dakwaan Guan Eng bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018.

"Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion setiap tahun. Jika 10 tahun, ia berjumlah RM1.3 trillion. Jika benar RM16 bilion belum dibayar balik ia hanya 1 peratus dari kutipan bagi tempoh 10 tahun.

"Ada banyak sebab mengapa LHDN tidak dapat membayar balik termasuk faktor pekerja ataupun syarikat asing yang tidak lagi berada atau beroperasi di negara ini, syarikat yang sudah tutup ataupun orang yang tidak dapat dikesan.

"Malah, kegunaan 'set-off' (tolak-selesai) untuk kredit cukai bukan sesuatu yang luar biasa dan sering digunakan dalam negara ini dan diluar negara," katanya.

Bekas Presiden Umno itu turut menyatakan tiada keperluan sebenarnya melayan dakwaan bermotifkan politik mahupun berdepan dengan orang yang mungkin tidak tahu polisi atau cara wang tunai kerajaan diuruskan.

"Namun, saya percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta.

"Lebih baik kerajaan PH menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kedua-dua isu GST dan cukai lebih bayar dengan serta-merta kerana melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion bagi mencari kebenaran.

"Ini bagi memastikan adakah kerajaan BN, Kastam dan LHDN telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka," katanya.

Monday, May 14, 2018

Kerajaan siapkan pertuduhan, sebelum tubuh RCI 1MDB

Bernama
Diterbitkan 14 Mei 2018, 9:42 malam


Kerajaan perlu menetapkan pertuduhan yang kukuh terhadap mereka yang terlibat dalam kontroversi berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita tidak boleh terus (menubuhkan) Suruhanjaya Diraja sehingga kita mempunyai beberapa pertuduhan kukuh terhadap mereka.

“Selepas itu, barulah kita mempunyai pilihan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti banyak aspek berbeza yang melibatkan 1MDB," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama ketua setiausaha kementerian di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir menjawab soalan mengenai janji Pakatan Harapan untuk menubuhkan RCI, seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

'Umno belum tentu sah'

Mengenai status dokumen yang sensitif, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada dokumen tersebut telah dimusnahkan atau dikeluarkan tetapi telah mengarahkan semua kemeenterian bahawa tiada apa-apa dokumen boleh dikeluarkan atau dimusnahkan dari sekarang.

Mengenai usaha mendapatkan pengampunan diraja bagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata ia mungkin tertangguh sedikit tetapi janji untuk membebaskan beliau akan diteruskan dengan beberapa proses undang-undang perlu dipatuhi.

Ditanya kemungkinan Umno bekerjasama dengan HARAPAN, Perdana Menteri berkata Umno tidak boleh berada dalam HARAPAN kerana Umno belum tentu sah atau tidak sah.
- Bernama

Monday, December 4, 2017

Peguam Dr M hantar notis sekat edaran laporan RCI

V Anbalagan
December 4, 2017

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, sebarang percetakan laporan itu perlu dihentikan sehingga nota prosiding dan dokumen perundangan anak guamnya dimasukkan.
PETALING JAYA: Seperti dijanjikan, peguam Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghantar surat tuntutan bagi menghalang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengedarkan laporan kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, kecuali mereka memasukkan dokumen diberikan anak guamnya dan nota prosiding.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, surat yang dialamatkan kepada Setiausaha RCI, Datuk Dr Yusof Ismail itu menyuarakan kekecewaan mereka terhadap tindakan RCI tidak memasukkan 495 halaman dokumen perundangan dikemukakan Dr Mahathir, dalam laporan yang dibentangkan pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Katanya, dokumen itu ialah “tajuk perbincangan” dalam inkuiri itu, hujah bertulis Dr Mahathir bersama undang-undang kes untuk menyokong hujah mereka dan keseluruhan nota prosiding RCI itu.

Katanya, beliau sudah meminta panduan daripada pengerusi tribunal mengenai kandungan berserta penemuan RCI bagi memastikan integriti RCI itu terpelihara.

“Bagaimanapun, kami dapati dalam laporan itu tajuk perbincangan dan hujah kami sudah diringkaskan kepada tiga setengah muka surat. Keseluruhan prosiding pendengaran itu juga tiada (dalam laporan itu).”

Beliau berkata, semua dokumen itu perlu dimasukkan dalam laporan itu untuk pembaca menganalisis penemuan RCI dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

“Oleh itu, kami beri sekretariat RCI sehingga 5 petang Jumaat ini untuk memasukkan 495 muka surat dokumen perundangan anak guam kami dan transkrip pendengaran itu dalam bahasa Inggeris dan Malaysia.”

Haniff berkata, sebarang percetakan dan pengedaran laporan RCI perlu dihentikan sehingga perkara itu dibetulkan.

Katanya, demi kepentingan keadilan dan hak anak guamnya, tindakan undang-undang akan diambil jika tuntutan itu tidak dipenuhi.

Salinan surat itu turut diserahkan kepada peguam kerajaan yang bertindak sebagai pegawai pelaksana, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan BNM.

Panel 6 anggota RCI yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu membuat kesimpulan terdapat unsur fakta dan maklumat tersembunyi berkaitan kerugian forex ditanggung BNM dan kenyataan mengelirukan yang diberikan kepada Kabinet, Parlimen dan orang ramai.

RCI dalam laporan setebal 400 muka surat menyalahkan bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.

RCI itu turut mengesyorkan polis menyiasat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Sunday, December 3, 2017

Dr Mahathir, Anwar disiasat kerana pecah amanah, kata KPN

Bede Hong
Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan ketika kerugian forex BNM berlaku manakala Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri ketika itu. Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2017.

DR Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang terbabit dalam kerugian forex Bank Negara 30 tahun lalu, disiasat atas tuduhan pecah amanah, kata polis hari ini. 

Kedua-dua mereka terbabit dalam laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang dibentangkan di Parlimen awal minggu ini. 

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini berkata, tiada tempoh masa untuk siasatan. 

Siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan jenayah pecah amanah oleh kakitangan awam. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda yang akan ditentukan oleh mahkamah. 

RCI ditubuhkan bagi menentukan kebenaran di sebalik kerugian BNM, berjumlah RM31.5 bilion, dalam perdagangan forex antara 1992 dan 1994. 

Laporan suruhanjaya berkenaan meletakkan kesalahan berhubung kerugian itu kepada penasihat BNM Nor Mohamed Yakcop, yang turut melibatkan perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dan Anwar yang merupakan menteri kewangan ketika itu. 

– 3 Disember, 2017.

MENYUSUL LAGI

Friday, December 1, 2017

Dr M ugut tindakan undang-undang laporan RCI tidak lengkap

V Anbalagan
December 1, 2017

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, pasukan peguam akan menuntut sekretariat itu berhenti mengedarkan laporan RCI sehingga memasukkan 495 halaman yang dibekalkan kepada mereka terdahulu.
PETALING JAYA: Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad akan menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhenti mengedar laporan kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia pada 1990-an, sehingga mereka memasukkan dokumen dibekalkan bekas perdana menteri itu.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, pasukan peguam sudah mengemukakan 495 halaman dokumen perundangan Dr Mahathir kepada RCI selepas prosiding berakhir Ogos lalu.

“Kami menjangkakan dokumen anak guam kami dimasukkan sebagai sebahagian daripada penemuan RCI, tetapi ia tidak berlaku.

“Semua dokumen sepatutnya dilampirkan untuk mereka yang membaca laporan itu untuk membuat kesimpulan mereka sendiri.”

Katanya, antara dokumen diberikan kepada RCI ialah hujah dan undang-undang kes, tetapi RCI nampaknya hanya menunjukkan hujah mereka yang diringkaskan.

Haniff berkata, beliau akan menulis surat kepada sekretariat RCI pada Isnin untuk menuntut mereka berhenti mengedar atau menyiarkan laporan sedia ada sehingga mereka memasukkan semua 495 halaman yang diberikan kepada mereka sebelum ini.

“Kami akan memberi mereka masa sehingga Jumaat depan untuk maklum balas, gagal berbuat demikian kami akan memfailkan semakan kehakiman bagi menghalang penerbitan separuh masak itu diterima istana, Parlimen dan orang ramai secara tidak adil dan tidak jujur dalam melaksanakan agenda politik Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Dalam reaksi semalam, peguam itu menyifatkan penemuan RCI tidak memenuhi tahap “produk pratadika” kerana prosiding dijalankan menggunakan “undang-undang hutan” dan “peraturan sarkas”.

Haniff terkejut laporan itu mengesyorkan kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah, sedangkan hakikatnya bahan yang dirujuk RCI kurang dan tidak mencukupi untuk mencapai kesimpulan itu.

Katanya, bahan yang dirujuk dalam prosiding RCI itu berdasarkan khabar angin, tekaan, andaian dan anggapan yang tidak memenuhi tahap kredibiliti boleh diterima secara sah.

Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail.

Panel 6 anggota RCI itu membuat kesimpulan terdapat unsur fakta dan maklumat tersembunyi berkaitan kerugian forex ditanggung BNM dan kenyataan mengelirukan yang diberikan kepada Kabinet, Parlimen dan orang ramai.

RCI dalam laporan setebal 400 muka surat menyalahkan bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.

RCI itu turut mengesyorkan polis menyiasat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Thursday, November 30, 2017

Tidak mahu bahas laporan RCI forex, pembangkang kata 'langkah politik'

Michael Murty 
November 30, 2017

Pembangkang mempersoalkan mengapa laporan RCI ke atas kerugian yang dialami Bank Negara tidak dibahaskan di Parlimen.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan tidak membincangkan atau membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) akibat dagangan mata wang asing pada 1990-an di Parlimen menunjukkan ia satu lagi “langkah politik”.

Ketua pembangkang mempersoalkan mengapa laporan RCI hanya dibentangkan dan diserahkan pada pembangkang pada pagi hari terakhir sidang Parlimen tahun ini.

“Ini bermotif politik. Laporan ini sudah siap dan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong 6 minggu lalu, sepatutnya diberikan kepada kami lebih awal. Kenapa tidak berlaku? Hari ini ketika kami meminta penemuan dibahaskan, permintaan itu ditolak.

“Ini menunjukkan apa yang kita andaikan sebelum ini mengenai RCI adalah benar. Ia langkah politik daripada isu yang ditimbuklkan semula selepas banyak tahun berlaku untuk mengenakan musuh politik,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula terkejut laporan RCI dibentangkan di hari terakhir sidang Parlimen.

“Laporan ini telah membuat beberapa syor mengejutkan dan apabila saya bangun meminta laporan itu dibahas, menteri berkata keputusan itu akan dibuat kemudian.

“Saya berharap sesuatu yang penting seperti ini akan diberi ruang dan tidak ditutup supaya ia boleh diputuskan kemudian oleh kerajaan persekutuan. Laporan itu mesti dibahaskan di Parlimen.”

Beliau berkata syor yang dibuat oleh laporan itu sangat penting dan memberi kesan yang besar.

“Penemuan ini mencadangkan tindakan diambil terhadap bekas perdana menteri, bekas menteri kewangan, BNM dan bekas gabenor, semua ahli lembaga pengarah, ketua audit negara, Khazanah dan kementerian lain serta kakitangan mereka. Hampir seluruh sistem kewangan terlibat.”

Katanya, beliau menimbulkan perkara itu di Parlimen pada 1994 dan pada masa itu jumlah yang dilaporkan hanyalah RM10.7 bilion.

“Sekarang jumlah yang dilaporkan ialah RM31.5 bilion. Sekarang kita lihat ada angka yang tidak dilaporkan di Parlimen ketika itu.

“Bagaimana RM21 bilion disembunyikan oleh akaun BNM atau mana-mana akaun lain? Ini menimbulkan persoalan yang serius.”

Lim berkata walaupun angka itu dilunaskan dalam tempoh masa 10 tahun, ia masih tidak masuk akal.

“Tidak mudah untuk melunaskan RM20 bilion walaupun dalam tempoh 10 tahun. Ia akan dikesan oleh pemerhati kewangan antarabangsa. Bagaimana mungkin ia dilakukan sehingga pakar antarabangsa tidak menyedarinya.

“Sekiranya ia dilakukan dalam tempoh 10 tahun, kenapa tidak ada saranan untuk mendakwa perdana menteri dan menteri kewangan pada 2004? Jangan beritahu saya perdana menteri pada masa itu tidak tahu? Adakah anda mahu ambil tindakan terhadap terhadap Pak Lah?” katanya merujuk kepada perdana menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apakah ada konspirasi untuk sembunyikan maklumat? Jadi apa jaminan ada maklumat yang disembunyikan dalam skandal sekarang? Bagaimana jumlah wang yang begitu besar dapat disembunyikan?” soalnya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula berkata laporan itu bertarikh 13 Oktober tetapi laporan hanya diberikan kepada pembangkang hari ini.

“Padahal mereka boleh meletakkan laporan pada jadual kami pada hari pertama sidang Parlimen sebulan yang lalu.

“Anda bermain dengan RCI ini. Ia sepatutnya menjadi agenda paling penting dalam sesi Parlimen ini,” katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2017/11/30/laporan-rci-forex-tak-sebut-pesalah-syor-siasat-dr-m-anwar/

Friday, September 8, 2017

JASA dakwa Nor Mohamad cuba lindungi Mahathir

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), cabang propaganda kerajaan, mendakwa bahawa bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop cuba melindungi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal forex.

Ketua Pengarah JASA, Datuk Mohd Puad Zarkashi juga bertanya sama ada Nor Mohamed bersedia menjadi kambing hitam.

Puad merujuk kepada keterangan Nor Mohamed kepada RCI mengenai kerugian yang dialami oleh Bank Negara di pasaran forex dari lewat 1980-an hingga awal 1990-an.

"Dia mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar itu, tetapi menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar 1990-an itu ditentukan oleh dia secara bersendirian.

"Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu? Yang pasti Nor Yakcop cuba mengelak daripada mengaitkan perdana menteri (Mahathir) dan menteri kewangan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika itu," kata Puad.

Puad, yang menandatangani kenyataan JASA itu sebagai 'ahli Majlis Tertinggi Umno', berkata isunya ialah kenapa jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh Bank Negara. tidak sama dengan yang dikatakan dilaporkan kepada kabinet pada masa itu.

Semalam, pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bertikam lidah dengan Anwar, yang memberi keterangan di prosiding itu, menuduhnya tidak melaporkan kerugian sebenar kepada kabinet.

Bagaimanapun, Anwar berkata laporannya kepada kabinet adalah berdasarkan apa yang beliau terima daripada pegawai Bank Negara.

Kerugian yang dilaporkan adalah RM5.7 bilion, tetapi semasa prosiding RCI, Mohd Sidek mendakwa kerugian sebenar dianggarkan berjumlah RM32 juta.

"Mustahil Nor Yakcop membuat keputusan bersendirian dan mustahil juga jika tiada arahan dari pihak atasan," kata Puad dalam kenyataan itu.

Puad bertanya sama ada Nor Yakcop cuba berterima kasih kepada Mahathir kerana melantiknya sebagai penasihat kewangan kepada beliau ketika berlaku krisis kewangan Asia pada 1997.

"Isunya rakyat telah dibohong.

"Jangan pula kerana diberi peluang semula sebagai penasihat kewangan kepada perdana menteri semasa krisis kewangan tahun 1997/1998 menyebabkan Nor Mohamed Yakcop bersedia menjadi kambing hitam hingga tersembunyi fakta sebenar mengenai skandal kewangan yang menyebabkan negara kerugian puluhan bilion ringgit ketika itu," tambahnya.

[Baca berita penuh]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-