Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Showing posts with label Mursyidul Am PAS. Show all posts
Showing posts with label Mursyidul Am PAS. Show all posts

Tuesday, August 27, 2024

PAS kaji buruk baik jika bersama kerajaan perpaduan - Mursyidul Am

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 27, 2024 6:08 PM
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Malah, katanya, perkara itu juga ada dibangkitkan pada Majlis Syura Ulama, namun secara sepintas lalu dan belum ada sebarang keputusan muktamad.

“Kita perlu kaji dan tengok baik buruk mengenainya dan adakah dalam kerjasama di dalam kerajaan itu ada DAP dan sebagainya. Perkara itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Ya, memang ada usaha daripada pihak tertentu yang mengajak kita bersama di dalam kerajaan perpaduan dan kita belum buat apa-apa keputusan lagi,” kata Hashim yang dipetik Utusan Malaysia, dan disiarkan hari ini.

Menurut musyidul am PAS itu, sebagai parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu sudah pastinya, kerjasama itu boleh membantu memperkuatkan kedudukan kerajaan.

Namun, untuk bersama di dalam kerajaan perpaduan, Hashim berkata PAS memerlukan kajian dan perbincangan lebih menyeluruh.

“Ada baik dan buruknya perkara tersebut dengan PAS masih tidak membuat sebarang keputusan muktamad mengenainya”, katanya lagi.

Pada Februari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tetap beristiqamah bersama "Islam yang berkuasa" dan bukan sebaliknya dengan "Islam sekular yang tidak berkuasa".

Kata Presiden PAS itu "Islam sekular" tersebut dicacatkan oleh penjajah dengan meninggalkan petunjuk Allah, seterusnya membawa akibat buruk yang dapat disaksikan sekarang.

Mengulas mengenai aspek perpaduan yang kini menjadi perbincangan, Abdul Hadi berkata, perkara itu dilihat penting sehingga menjadikan semua menguar-uarkan perpaduan.

Pada Jun lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil tidak mengesahkan mahupun menafikan khabar angin kononnya PAS mungkin menyertai kerajaan perpaduan tetapi dia menegaskan terdapat perbincangan antara kerajaan dan pembangkang, khususnya membabitkan pemimpin negeri.

Bagaimanapun, Fahmi tidak menyatakan secara jelas sama ada perbincangan itu termasuk dialog eksklusif antara kerajaan pusat dan PAS.

Perkara itu sekali lagi dinafikan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan parti itu tidak bercadang untuk menyertai kerajaan gabungan pimpinan Pakatan Harapan-BN.

By Wak Labu Farm at August 27, 2024 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Anwar Ibrahim, DAP, Hashim Jasin, Kerajaan Perpaduan, Mursyidul Am PAS

Thursday, March 24, 2022

Mursyidul Am PAS sokong Kit Siang diberi penghargaan

malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Mar 24, 2022 9:00 AM
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyokong cadangan supaya kerajaan memberi penghargaan kepada veteran DAP, Lim Kit Siang yang mengumumkan untuk bersara daripada arena politik.

Jelasnya, Lim wajar diberi penghargaan kerana dia turut menyumbang kepada negara, meskipun sebagai pembangkang.

"Walaupun dia sebagai pembangkang boleh kata banyak jasa dia jadi pembangkang dalam Parlimen. “Sangat elok jika pihak kerajaan dapat hargai dengan memberi sedikit penghargaan kepadanya.

"Ini akan menambat orang ramai, pengundi-pengundi kepada keujujuran. Tidak boleh dinafikan dia turut menyumbang kepada pembangunan negara.

"Secara peribadi saya sokong jika dia diberi sedikit penghormatan," katanya kepada Malaysiakini.
Lim Kit Siang
Lim sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk bersara dari dunia politik.

Keputusannya untuk bersara mendorong Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim membuat gesaan agar kerajaan memberikan penghargaan kepada veteran DAP berkenaan.

Lim, 81, menghabiskan lebih daripada separuh abad masanya bergelumang dalam politik.

Saranan Rais itu semalam turut mendapat sokongan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim.

Ibrahim Ali: Dia tak hipokrit

Nada sama turut disuarakan Presiden parti Putra Ibrahim Ali yang berpendapat sememangnya wajar untuk Lim diberi penghormatan kerana tempoh lama dia berkhidmat sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang.

"Secara peribadi saya menyokong Kit Siang wajar diberi penghormatan bukan kerana keputusannya untuk bersara tetapi tempoh lama dia berkhidmat sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang.
Ibrahim Ali
"Dalam orang seperti saya tidak suka cara Lim memperjuangkan isu-isu kepentingan kaum Cina yang ada kala agak melampau, namun itu haknya sebagai seorang yang kuat jati diri patriotisme bangsanya.

"Pemimpin Melayu tidak ada bersifat seperti Lim yang konsisten, tegas dan lantang suaranya. Dia tidak hipokrit walaupun bukan beragama Islam," kata Ibrahim.

Kata Ibrahim jasa Lim kepada rakyat dan negara wajar di iktiraf walaupun antara mereka sering melabelkan rasis.

Tanpa berselindung Ibrahim menyifatkan Lim sebagai ketua pembangkang yang hebat di negara ini.
By Wak Labu Farm at March 24, 2022 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, Lim Kit Siang, Mursyidul Am PAS

Friday, September 11, 2020

Walaupun tak dapat kerusi, PAS nafi dipinggirkan

Yasmin Ramlan
Diterbitkan Hari ini 9:00 pm
Meskipun tidak diperuntukkan sebarang kerusi dalam pilihan raya negeri Sabah, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menafikan bahawa parti itu dipinggirkan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya Hashim berkata bahawa parti Islam itu mempunyai kekuatan politiknya sendiri di Semenanjung Malaysia.

“Saya merasakan bahawa PAS dirasai kewujudannya dan kekuatannya di dalam politik terutamanya di Semenanjung.

“Jadi, kalau ada suara-suara (yang mengatakan) untuk mengenepikan PAS, itu saya kira adalah satu yang tidak tepat dan tidak betul,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.



Hashim berkata demikian apabila ditanya adakah PAS berasa dipinggirkan apabila tiada kerusi yang diperuntukkan kepada PAS dalam PRN Sabah.

Semalam dilaporkan bahawa PAS tidak diberikan sebarang kerusi oleh PN mahupun BN, serta tidak diundang dalam majlis pengumuman calonnya walaupun sebelum ini parti itu menyuarakan hasrat untuk bertanding di 10 kerusi serta sedia menggunakan lambang BN.

Pada masa sama, Hashim juga berkata kewujudan PAS perlu diambil kira memandangkan parti itu kini menguasai tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Kita memerintah tiga (negeri). Ini satu tenaga yang ada dan boleh kata, di negeri-negeri lain juga pengaruh PAS dalam grassroots boleh dikatakan cukup hebat, kukuh di peringkat akar umbi.

“Contohnya tengok macam pilihan raya (kecil) di Slim baru-baru ni. Siapa yang bertungkus-lumus? Yang bersungguh-sungguh?

“Walaupun PAS tak bertanding, tapi PAS telah buktikan kerja yang bersungguh-sungguh. Semua orang akui sehingga hasilnya itu sangat memuaskan,” katanya yang merujuk kepada kemenangan besar yang diperoleh calon BN Mohd Zaidi Aziz dalam PRK Slim pada akhir bulan lalu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutunya dalam PN di PRN Sabah.

Abdul Hadi berkata ia bertujuan bagi mengelakkan pertembungan dengan calon parti sekutunya, di samping memelihara permuafakatan yang terjalin.
By Wak Labu Farm at September 11, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Mursyidul Am PAS, PRN Sabah

Friday, March 1, 2019

Mursyidul am PAS hadir ke SPRM

MyMetro
Dziyaul Afnan Abdul Rahman
am@hmetro.com.my

HASHIM tiba di Pejabat SPRM Perlis. 
FOTO Dziyaul Afnan Abdul Rahman

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Hashim Jasin tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penerimaan RM90 juta dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh UMNO.

Hashim tiba di perkarangan Bangunan Persekutuan Kangar dengan menaiki Proton Saga warna putih ditemani isterinya, serta tiga anggota Jabatan Amal PAS.

Beliau yang tiba dengan memakai baju Melayu berwarna hijau, berseluar kelabu dan berkopiah putih masuk melalui pintu parkir belakang bangunan.

Selain Hashim, Exco PAS, Nasir Daud turut dipanggil bagi memberi keterangan membantu siasatan SPRM di Kelantan.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM yang juga difahamkan berhubung dakwaan parti itu menerima RM90 juta dana 1MDB diberi UMNO.

Sementara, 8 Februari lalu, bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa turut hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi kes sama.

Pada 25 Februari lalu, SPRM mengesahkan siasatan pihaknya setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan wang RM90 juta yang didakwa daripada 1MDB ke dalam akaun PAS.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull namun beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan kes berkenaan.

Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya yang diterbitkan portal berkenaan, sebelum ini mendakwa ada pemimpin tertinggi PAS mungkin menerima RM90 juta untuk mendorong parti itu bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Isu terbabit timbul semula apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1 Februari lalu membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel mengandungi tuduhan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 10:30 AM
By Wak Labu Farm at March 01, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS, SPRM, UMNO

Saturday, April 28, 2018

Nik Omar bertanding tiket PKR

Muhamaad Razis Ismail
razis@nstp.com.my
NIK Omar (tengah) membuat kejutan apabila tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan, Pengkalan Chepa. FOTO Muhamaad Razis Ismail

ANAK bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz membuat kejutan apabila bertanding di bawah tiket PKR di kerusi DUN Chempaka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sebelum ini, anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berusia 53 tahun itu dilaporkan mengesahkan tidak akan bertanding sebagai calon Parti Amanah Negara (PAN) selepas tidak mendapat restu ibunya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Bagaimanapun, kejutan berlaku pada hari penamaan calon hari ini apabila beliau dilihat hadir di Pusat Penamaan Calon di Dewan BTPN Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan dengan berbaju Melayu putih 8.50 pagi ditemani kira-kira 100 penyokong.

Beliau kemudian dilihat masuk ke dalam dewan untuk menyerahkan borang pencalonan sebagai calon PKR.

Pengetua Madrasah Darul Anuar di Pulau Melaka itu akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Mohamad Fareez Noor Amran dan calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood.

Khabar angin bertiup kencang sejak kebelakangan ini bahawa kemungkinan ada persaingan politik di antara Nik Omar dan adiknya Nik Abduh selepas Pengerusi PAN negeri Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengatakan Nik Omar berkemungkinan bertanding di bawah tiket PAN.

Difahamkan Tuan Sabariah enggan memberi restu kepada Nik Omar untuk menjadi calon pakatan pembangkang untuk menentang PAS, kerana Nik Abduh yang juga anak keempatnya adalah Ahli Parlimen Pasir Mas.
By Wak Labu Farm at April 28, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz, PKR, PRU-14

Tuesday, May 23, 2017

Nik Abduh: Kembalilah ke tikar sejadah wahai Mahathir

Ahli Parlimen PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menasihati Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak ‘mengangkat’ anaknya, Datuk Seri Mukriz dalam arena politik, kerana bekas perdana menteri itu berkemungkinan akan berakhir dengan menjatuhkannya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir mengenai allahyarham bapanya dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, walaupun Mahathir berjaya mengalahkan semua musuh politiknya, namun beliau tidak pernah menang melawan perjuangan politik Nik Aziz.

"Dendam Mahathir belum berakhir dan mungkin juga Allah inginkannya kekal begitu justeru dendam dan bencinya kepada PAS adalah berterusan," katanya yang dipetik Harakahdaily.

Nik Abduh mendakwa Mahathir amat gembira melihat PAS berpecah tetapi beliau malu melihat bagaimana bekas pemimpin PAS yang menyokongnya hari ini amat lemah manakala PAS semakin sejahtera, maju dan mara menuju cita.

Sambil menggesa pemimpin berusia 92 tahun itu supaya bertaubat dan dan kembali ke tikar sejadah kerana ia jalan terbaik untuk dirinya di hujung hayat, katanya: "Tak payahlah buat kerja lu langsi lu mati yang berulang-ulang sejak muda sampai tua.”

“Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak.

"Saya nasihatkan dia jangan pulak angkat Mukhriz. Nanti Mukhriz pun dipecatnya. Rakyat Malaysia pun, saya nak nasihat baik-baik," katanya
Nik Abduh berkata, walaupun Mahathir perlu dihormati tetapi demi masa depan negara yang lebih sejahtara adalah lebih baik pemimpin veteran yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dibiarkan berehat menuju Allah.

"Generasi baru perlu memilih Islam sebagai panduan hidup. Mari menuju sebuah negara sejahtera dengan Islam," katanya.

Mahathir menimbulkan kemarahan penyokong PAS apabila beliau baru-baru ini mengungkit semula bagaimana Nik Aziz pernah berkata bahawa Tuhan juga mencarut walaupun telah menjelaskan isu berkenaan.

Penyokong Najib menuduh Mahathir cuba untuk merancang memastikan Mukhriz yang kini adalah timbalan presiden BERSATU menjadi perdana menteri.
By Wak Labu Farm at May 23, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz, Tun Dr Mahathir Mohamad

Friday, December 9, 2016

PAS sedia dibubar

by MT Webmaster
(Sinar Harian) – Pas sedia dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Umno jika parti itu melaksanakan hukum Islam di negara ini.

Hashim Jasin (Pas-Sanglang) berkata, Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Aziz Nik Mat) pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam.

Bagaimana pun, beliau berkata setakat ini tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk menyertai Umno kerana ia masih gagal melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Islam.

“Saya tidak akan menyertai Umno kerana ia menolak hukum Islam,” katanya ketika ketika perbahasan Bajet 2013 peringkat jawatankuasa, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN Tambun Tulang) yang ingin tahu sama ada wakil Pas itu akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana doa mereka agar ‘Umno KO’ tidak dimakbulkan.

Shahidan berkata, Umno akan terus meraih kemenangan cemerlang dalam PRU akan datang kerana ALLAH SWT merestui perjuangan selama ini.

Hashim berkata, jika mahu menyertai Umno, beliau boleh berbuat demikian sejak dahulu lagi iaitu ketika berkhidmat dengan Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur.

“Saya mempunyai ramai kawan dari Umno termasuk dalam kalangan timbalan menteri dan setiausaha parlimen (ketika itu).

Mereka mengajak saya tetapi saya menolak kerana tidak dapat menerima perjuangannya.

“Jadi saya tidak akan menyertai Umno walau apa pun yang terjadi,” katanya.

Sementara itu, Shahidan membidas Hashim kerana menuduh Umno menolak Islam sebaliknya menegasksn parti itu berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

“Biarlah Mursyidul Am Pas seorang yang menuduh Umno tolak Islam. Saya harap YB tidak terikut-ikut dengan keadaan itu.

“Saya kesal Pas tidak konsisten dengan perjuangannya. Dulu Pas kata nak menegaskan negara Islam tetapi kini mahu melaksanakan negara berkebajikan,” katanya.

Menurutnya, Umno sudah lama memperjuangkan negara kebajikan dengan menyalurkan pelbagai kemudahan kepada rakyat sejak merdeka lagi.

“Pas tidak berani mempertahankan perjuangannya disebabkan menghadapi tekanan dari rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR,” katanya.
By Wak Labu Farm at December 09, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BN, DAP, Mursyidul Am PAS, Pakatan Rakyat, PKR, UMNO

Tuesday, November 1, 2016

Pas dicabar sertai Himpunan Bersih 5

MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN
Mohammad Nizar Jamaluddin
IPOH - Pas dicabar menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara tersebut ditekankan kerana Pas antara parti yang menolak penganjuran himpunan berkenaan sebelum ini.

"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka.

"Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini," katanya.

Sebelum ini, Hashim menegaskan Pas bersetuju dengan konsep satu lawan satu yang dikemukakan pakatan pembangkang bagi menumbangkan BN pada PRU14.

Bagaimanapun, Hashim mengingatkan kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama Islam.

Mohammad Nizar berkata, beliau juga tidak menolak persetujuan Pas untuk mengadakan kerjasama itu disebabkan kelemahan pentadbiran dan penurunan sokongan rakyat.

"Mungkin Hashim respon untuk satu lawan satu disebabkan kajian yang mendapati Pas mungkin tumbang di Kelantan, penolakan sokongan rakyat. Ditambah lagi dengan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355," katanya.
By Wak Labu Farm at November 01, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bersih 5, Mursyidul Am PAS, Parti Amanah Negara (Amanah), PRU 14, Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355

PAS setuju strategi satu lawan satu

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
1 NOVEMBER 2016
Hashim Jasin
YAN – Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.

“Pas sentiasa membuka pintu untuk mana-mana parti bersama kita, tapi dengan syarat kita bersatu atas dasar agama ALLAH. Sebab dulu kita tak buat atas dasar itu, jadilah apa berlaku sekarang (bubar PR).

“Pengalaman memaksa kita meletakkan syarat dan ini mesti kita lakukan. Kalau mereka setuju, DAP pun boleh bersama. Seeloknya satu lawan satu, tapi kalau dah tak boleh jadi satu lawan satu, kita terpaksa empat lawan satu,” katanya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama Mursyidul Am di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, kelmarin.

Beliau turut menyeru kepada parti-parti politik dan semua pemimpin dalam negara supaya jangan pinggirkan tuntutan al-Quran.

“Pas Islam, Umno Islam, PKR pun kebanyakan Islam dan DAP pun ada orang Islam. Dalam erti kata lain kebanyakannya Islam. Sekarang al-Quran kata berpegang teguh dengan agama ALLAH.

“Kalau nak bersatu memang bagi pihak Pas pintu sentiasa terbuka pagi dan petang, tapi bersatu itu mestilah berdasarkan kepada agama ALLAH. Tak usah cari yang lain sebab tak akan berjaya,” katanya.

Menurutnya, parti Islam itu mempunyai banyak pengalaman sejak 65 tahun penubuhannya yang pernah menjalinkan kerjasama politik dengan BN dan PR.

“Mari kita bersatu berdasarkan al-Quran. Bukan saya tak buka peluang, saya buka kepada DAP pun boleh bersama kita kerana Nabi pun pernah buat tahaluf selepas perjanjian Hudaibiyah. Antara syarat itu mereka tak boleh berperang dengan Nabi Muhammad selama 10 tahun.

“Ini perjanjiannya dan kalau ada antara mana-mana kabilah yang hendak bersama berlindung di bawah Nabi Muhammad untuk kerajaan Islam pun boleh. Kenapa kita nak tolak DAP? Mari, hukumnya boleh bertahaluf dengan syarat jangan ganggu al-Quran itu. Kamu dengan agama kamu, aku tak ganggu dan jangan kamu mengganggu agama kami,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sekiranya ada campur tangan yang bersabit dengan akidah oleh pihak luar, maka Pas tidak boleh menerimanya.

“Orang Islam wajib pegang kepada janji, kita tak boleh mungkir. Orang lain juga boleh bersama Pas, Umno pun kita buka tapi dengan syarat Islam mesti memimpin sebab kita dah bagi orang lain pimpin kita, tak sampai ke mana.

“Kita bersama dengan parti-parti dahulu, kita bertahaluf dan pernah masuk BN. Kita dah duduk dalam PR, semua itu mereka di depan (dominan) dan tak akan sampai kepada matlamat (Pas),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata apa dilakukan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu memimpin negeri itu contoh terbaik melaksanakan apa yang disarankan oleh al-Quran.

“Saya bagi contoh, Allahyarham membuat arahan supaya semua duit kerajaan negeri yang berada dalam simpanan bank-bank riba dipindahkan kepada bank Islam. Apabila arahan itu dibuat, marah habis pengurus-pengurus bank dengan alasan mereka tak boleh berniaga dengan dasar kerajaan negeri.

“Allahyarham kata itu bukan tugas saya nak berniaga atau tidak, kerja saya apa yang tuhan suruh semampu boleh saya buat. Sekarang saya ada kuasa, wang kerajaan negeri dimasukkan ke dalam bank Islam,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian banyak kaunter bank berteraskan Islam dibuka di Kelantan.

“Kenapa Tok Guru ini keras kepala ka? Sebenarnya ada 10 perkara besar lagi yang dibuat di Kelantan. Kita sedia dimarahi manusia, tapi tak bersedia dimarahi ALLAH,” katanya.
By Wak Labu Farm at November 01, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: agama ALLAH, Al-Quran, BN, DAP, Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS, PKR, PRU14

Sunday, October 30, 2016

Cukuplah Pakatan Rakyat jadi pelajaran untuk PAS - Mursyidul Am

 AIDCNEWS :

KUALA LUMPUR – “Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran untuk PAS”

Demikian tegas Murysidul Am PAS, Hashim Jasin mengenai pelawaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan untuk menjalin kerjasama politik.

Kata beliau, kerjasama politik atau tahaluf siyasi PAS dengan mana-mana parti selepas ini mesti dibina berdasarkan Islam dan dipimpin oleh umat Islam.

“Mereka mesti menerima Islam sebagai pemimpin. Kerjasama politik mestilah berasaskan ‘hablullah’ (tali Allah) yakni Islam.

“Sekiranya mana-mana pihak tidak mahu terima Islam, ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS. Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran,” tegasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini memujuk supaya PAS menjalin kerjasama.

PAS bagaimanapun bertegas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan memandangkan gabungan parti pembangkang itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu bertindak membubarkan Pakatan Rakyat bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.

Kedua-dua parti itu kemudian menubuhkan Pakatan Harapan yang disertai PAN selaku parti Islam baharu bagi menggantikan PAS.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk kepada beberapa isu akidah yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan.

Hashim dalam pada itu menegaskan bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya dengan memetik hadis Nabi Muhammad S.A.W.

 – Mynewshub.cc
By Wak Labu Farm at October 30, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Islam, Mursyidul Am PAS, Pakatan Harapan, Pakatan Rakyat, Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR, UMNO

Saturday, October 15, 2016

PAS sedia jumpa Mahathir tapi belum tentu setuju berkerjasama - Mursyidul Am

 AIDCNEWS
KANGAR: PAS menyatakan keterbukaan mereka terhadap niat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir Mohamad untuk berbincang, dalam usaha memulihkan hubungan parti itu dengan DAP dan Amanah.

Namun menurut Mursyidul Am yang baru dilantik, Hashim Jasin, tidak semestinya PAS perlu akur dan tunduk kepada kehendak bekas Perdana Menteri berkenaan.

“Dalam PAS ada lajnah politik yang dipengerusikan oleh Presiden, jadi lajnah politik ini kalau nak jumpa boleh. Anggota lajnah politik pun luas berpengalaman dan paham tentang sepak terajang politik, jadi saya yakin bahawa boleh ada perjumpaan untuk bincang, tiada masalah.

“Tetapi tidak semestinya kita patuh kepada apa kehendak mereka walaupun perkara itu tidak baik untuk agama kita,” ujar Hashim dalam sesi tembual eksklusif bersama Antarapos.

Mahathir berkata, beliau akan cuba untuk memujuk PAS dalam menyatukan kesemua parti pembangkang bagi menghadapi Umno Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang semakin hampir kini.

Ujar Mahathir, kedua-dua parti tersebut pernah bersama dalam beberapa siri PRU sebelum ini, malah kemenangan PAS di beberapa kerusi juga turut dipengaruhi oleh DAP.

Justeru, Hashim mencadangkan supaya Mahathir mengusulkan perkara itu kepada lajnah politik PAS terlebih dahulu, sebelum dibawa ke Jawatankuasa PAS Pusat untuk tindakan lanjut.

“Saya yakin mereka (PPBM) akan tolak (untuk berjumpa lajnah politik PAS), tidak kiralah jumpa dengan sesiapa sahaja pun. Mengadakan perbincangan boleh, saya yakin mereka ini berpengalaman dan kalau pun ada keputusan bersetuju, lajnah ini akan lapor balik kepada Jawatankuasa Pusat dan kemudian kepada Majlis Syura dan dikaji pada sudut hukum,” katanya.

Mahathir sebelum ini mengutus Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi orang tengah dalam misi menyatukan PAS dengan parti pembangkang yang lain.

Malah dalam satu acara di Terengganu awal bulan ini, Muhyiddin pantas meminta PAS menyerahkan beberapa kerusi tradisi parti itu yang gagal dimenangi kepada PPBM pada PRU14 akan datang.

PAS menerusi Ketua Penerangannya Nasruddin Hassan dalam pada itu berkata, parti itu tidak akan menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

 – AP
By Wak Labu Farm at October 15, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Amanah, DAP, Mursyidul Am PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad

Thursday, September 10, 2015

Jatuh talak tidak boleh tebus dengan kafarah

 Ditulis oleh IZWAN ABDUL HALIM
SEPANG: Takliq menjadi sah apabila perbuatan yang disandarkan ke atasnya dilanggari dan ia tidak boleh ditebus dengan membayar kafarah, demikian tegas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.

Jelas beliau, baiah dan takliq adalah dua perkara yang sepatutnya dibezakan di mana takliq bukannya baiah dan ia berdiri sendiri sebagai ‘ta’liquttalaq’.

Terangnya, baiah adalah suatu perkara yang diterima umum, tetapi ‘ta’liquttalaq’ adalah satu tajuk khusus dalam bab nikah.

Beliau menjelaskan demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Pusat Dakwah Serantau di Kampung Labuhan Dagang, di sini 9 September.

“Adapun yang dipanggilkan dengan takliq itu dia hanya thabit dengan melafazkan talak (yang) dikaitkan atau digantungkan dengan sebarang gantungan. Yang diamalkan di Malaysia secara umum, takliqnya berhubung dengan pemberian nafkah, tinggal isteri begitu lama lebih daripada enam bulan atau menyakiti isteri.

“Itu takliq yang diamalkan seluruh Malaysia. Itu telah menjadi amalan yang begitu lama diterima pakai dan tidak ada masalah sebab ia adalah takliq. Takliq di Malaysia bukan sahaja yang dikenakan oleh pemerintah, seperti yang ada dalam surat nikah yang diberikan dengan takliq. Tapi suami boleh bertakliq dengan apa sahaja perkara.

“Misalnya dia tak bagi isterinya pergi ke rumah jiran, dia bertakliq, “Sekiranya kamu pergi ke rumah (jiran), maka tertolaklah kamu dengan satu talak”. Jika thabit isteri telah pergi, maka memang talak itu jatuh,” terang beliau.

Jelas Tuan Guru, demikian dalam masalah yang dikaitkan dengan baiah di mana di dalamnya itu terdapat lafaz takliq.

Maka katanya, takliq itu berdiri atas kakinya sendiri, iaitu sekiranya seseorang itu mengkhianati perjuangan, meninggalkan perjuangan, masuk ataupun pergi ke parti lain, maka tertolaklah isterinya dengan tiga talak.

Takliq itu tegasnya, sah kalau berlaku perbuatan yang dilanggarinya, maka jatuhlah talak isterinya dengan tiga talak.

“Itu tiada paksaan semasa hendak menyebutnya dahulu. Maka tidak ada paksaan, maka sahlah ia. Kalau paksaan pun, bukan sebarang paksaan yang dinamakan paksa. Paksaan bermakna “Ketakutan yang amat sangat terhadap agamanya atau nyawanya atau hartanya atau kehormatannya”.

“Darurat syarat hanya menerima ketakutan yang amat sangat, takut yang sesungguh-sungguh takut, yang boleh menghilangkan nyawanya atau merosakkan agamanya, atau harta bendanya, atau kehormatannya, maka boleh dia melakukan perkara yang dilarang.

“Dalam kes bai’ah ini tidak ada paksaan, dalam kes mentalakkan isteri pun tidak ada paksaan. Semua menyebut dengan penuh rela yang tak pernah mereka ragui selama ini, tiba-tiba selepas mereka melanggarnya dengan meninggalkan perjuangan, baru timbul kata boleh selesaikan dengan membayar kafarah,” ujarnya.

Tegas beliau, tidak ada kafarah dan tidak ada sebarang peruntukan dalam syarak bahawa orang yang melanggar janji boleh membayar kafarah.

Iaitulah jelas Tuan Guru, orang yang telah mentalakkan isterinya tebus dengan kafarah tidak pernah ada dalam hukum syarak, sedang kafarah dibayar dengan puasa selama sepuluh hari itu adalah kafarah yamin.

“Kafarah sumpah merdeka seorang hamba atau beri makan kepada sepuluh orang fakir miskin atau bagi pakaian kepada orang miskin atau puasa tiga hari. Tapi mereka berpuasa sepuluh hari itu puasa apa? Ok, apapun takliq talak tidak boleh ditebuskan dengan namanya kafarah.

“Kalaulah boleh takliq talak itu dibayar dengan kafarah, iaitu puasa tiga hari, maka saya yakin seluruh rakyat Malaysia yang telah mentalakkan isteri dia dalam takliq talak lepas perkahwinan semua nak bayar kafarah kerana tak mahu isteri berada dalam keadaan tergantung-gantung talak.

“Tak boleh buatlah, moga orang tidak buat, maka yang ini pun tidak buat. Kalau kita faham demikian, maka masing-masing tanya dirinya akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT. Maka Allah Taala akan tentukan apa yang telah berlaku itu sama ada betul ke tidak apa yang mereka lakukan ataupun mereka menanggung dosa yang besar,” tegurnya.
By Wak Labu Farm at September 10, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kafarah, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Saturday, September 5, 2015

Itu antara saya dengan Allah, orang luar jangan campur - Khalid Samad

Khalid menjelaskan bahawa apa juga yang dilaksanakan pada majlis kafarah itu adalah berdasarkan nasihat dan juga cadangan yang disarankan oleh mereka yang arif berkenaan perkara bai'ah ini.

SHAH ALAM, 5 Sept:

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad meminta pihak luar untuk tidak menilai tindakan beliau dan rakan-rakannya berhubung Majlis Kafarah yang diadakannya.

Tegas beliau, urusan menebus dosa ekoran melanggar bai’ah dengan Pas sebelum ini melibatkan diri mereka dan juga Allah.

“Saya juga ada baca apa yang Datuk Haron Din (Mursyidul Am PAS) yang dia kata ini sumpah dengan Allah. Jadi seperti yang saya katakan, terpulang pada Allah.

“Ianya sumpah dengan Allah, kita buat dengan Allah, antara kami dengan Allah, kita serah pada Allah, orang lain jangan campurlah,” katanya di dalam Majlis Kafarah yang diadakan di Dewan Merbau Seksyen 17 di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mahfodz Mohamed berkata bahawa majlis kafarah yang dianjurkan bekas ahli-ahli Pas tidak terpakai bagi tujuan menebus pelanggaran bai’ah.

Mahfodz berkata demikian kerana menurutnya bai’ah ataupun sumpah taat setia itu tidak boleh ditebus dengan kafarah.

Susulan daripada itu, Khalid menjelaskan bahawa apa juga yang dilaksanakan pada majlis itu adalah berdasarkan nasihat dan juga cadangan yang disarankan oleh mereka yang arif berkenaan perkara bai’ah ini.

“Itu hak dia untuk berpandangan sedemikian dan kami dah rujuk pada alim ulama lain dan beri cadangan kami buat begini.

“Tak ada salahnya kami keluar dari Pas. Soal tanggungjawab sebagai MP (ahli parlimen) terus kami penuhi, (malah) ada juga yang tak penuhi tanggungjawab dengan baik walau tak keluar parti. Kami tak khianat pengundi kami yang mengundi kami,” tegasnya menjawab kepada ulasan-ulasan ulama’ Pas berhubung pelanggaran bai’ah mereka.

Majlis Kafarah tersebut dihadiri oleh lebib 40 orang penduduk di sekitar Shah Alam bagi memenuhi jemputan oleh Khalid sendiri, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan dua ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MSBA).

Dua ahli MBSA itu ialah Azli Yusof dan Mohd Jamil Abd Rahim. Azli sebelum ini merupakan Yang Di Pertua Pas kawasan Shah Alam dan kemudiannya meletakkan jawatan untuk turut serta bersama Parti Amanah Negara.

Mariah tidak hadir sama di dalam majlis tersebut dan difahamkan beliau kini di dalam perjalanan ke Kelantan untuk program berkaitan Parti Amanah Negara.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/05/itu-antara-saya-dengan-allah-orang-luar-jangan-campur-khalid-samad/#ixzz3knAihJS3
By Wak Labu Farm at September 05, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Allah, Majlis Bandaraya Shah Alam (MSBA), Majlis Kafarah, Mursyidul Am PAS

Sunday, July 26, 2015

Dah nak bercerai dengan PKR pula............. apa nak jadi dengan PAS ni.......?

Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu, kata PAS
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu iaitu Gerakan Harapan Baru. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Julai, 2015.

PAS sedia menamatkan hubungan dengan PKR sekiranya parti itu bersetuju menyertai DAP dan ‎Gerakan Harapan Baru (GHB) membentuk satu pakatan pembangkang baharu, kata Datuk Dr Haron Din dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia.

Mursyidul am PAS itu dilaporkan berkata, kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

“Kalau mereka hendak menubuhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.

Haron berkata, pihaknya yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu GHB.

Katanya, ini kerana PAS pernah mengalami situasi sana melalui sejarah penubuhan ‎Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

"‎Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya.

Anwar dalam kenyataan pada 24 Jun lalu membayangkan penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, PAS tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut kerana parti Islam itu menjadi punca kematian Pakatan Rakyat. – 26 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putus-hubungan-jika-pkr-sertai-gabungan-baharu-kata-pas#sthash.xtX0cV6j.dpuf
By Wak Labu Farm at July 26, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, Gerakan Harapan Baru (GHB), Mursyidul Am PAS, PKR

Monday, June 22, 2015

Tunggu Haron Din pulang umrah - Hadi

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sedang mengerjakan umrah dan akan pulang dalam dua minggu. - Foto fail TRP

KUALA LUMPUR, 21 Jun:

Majlis Syura Ulama (MSU) PAS menunggu kepulangan Mursyidul Am parti berkenaan, Datuk Dr. Haron Din pulang dari mengerjakan umrah di Mekah sebelum membincangkan mengenai usul putus hubungan dengan DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mesyuarat MSU pada hari ini diadakan untuk berbincang mengenai pelantikan ahli majlis berkenaan.

Menurutnya, tidak ada sebarang perbincangan mengenai usul Dewan Ulama PAS Pusat yang diluluskan tanpa bahas pada Muktamar parti tersebut baru-baru ini.

“Usul putus hubungan dengan DAP kena tunggu Mursyidul Am PAS balik dari Mekah dahulu.

“Perbincangan hari ini mengenai perlantikan ahli majlis syura dan tidak bincang mengenai usul putus hubungan dengan DAP,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS di sini hari ini.

Haron sebelum ini telah ke Mekah bagj mengerjakan umrah selama dua minggu bermula 15 Jun lalu.

Beliau dijangka pulang ke tanah air pada akhir bulan ini.

Terdahulu, PAS melalui Muktamarnya baru-baru ini meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas untuk dibawa ke MSU.

Susulan perkara itu, DAP mengumumkan bahawa PR telah menemui titik noktahnya yang di dakwa berpunca daripada keputusan yang dibuat melalui Muktamar parti Islam itu.

Tambah Abdul Hadi lagi, mengenai pelantikan Ahli Majlis Syura Ulama, kebanyakan mereka dikekalkan sepertimana sesi sebelum ini.

“Bagi jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama pula, ia perlu menunggu Mursyidul Am pulang untuk menentukan pelantikan tersebut,” ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/21/tunggu-haron-din-pulang-umrah-hadi/#ixzz3di7rntvk
By Wak Labu Farm at June 22, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, Majlis Syura, Mursyidul Am PAS, PAS

Wednesday, March 11, 2015

Dr Haron Din dilantik Mursyidul Am PAS yang baharu

HARAKAHDAILY | 11 Mac 2015.
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian dimaklumkan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, pelantikan Dr Haron yang sebelum ini adalah Timbalan Mursyidul Am PAS itu diputuskan sebulan suara pada mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 8 Mac lalu di Pejabat Agung PAS, di sini.

Menurut beliau lagi, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dipilih sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menggantikan tempat Dr Haron Din.

Katanya, anggota-anggota dalam Majlis Syura Ulamak yang lain tidak berubah. - HARAKAHDAILY 11/3/2015
By Wak Labu Farm at March 11, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Datuk Haron Din, Mursyidul Am PAS

Tuesday, February 17, 2015

PAS belum putuskan pengganti Mursyidul Am

BASIRON WAHAB

BERA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali berkata, PAS akan menlantik Mursyidul Am bagi menggantikan Al Marhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke rahmatullah pada 12 Febuari lalu.

Berucap pada majlis ceramah sempena lawatan anggota Dewan Harian PAS Pahang di Darul Ikhwan Mustapha berkata perlantikan Mursyidul Am baharu itu akan diumum nanti namun buat masa ini ia belum diputuskan lagi.

Turut berucap bersama beliau ialah Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar, Ketua Muslimat Siti Zailah Muhd Yusof dan Timbalan presiden Haji Mohamad Sabu.

Dalam ucapan sama, Mustapha menceritakan sejarah pentadbiran penjajah British yang menyerahkan kemerdekaan negara ke tangan Umno kerana Umno adalah anak didiknya (Brtitish).

Pemimpin Umno adalah bekas kakitangan atau pegawainya dan British tidak akan melepas negara ini ketangan golongan Islam.

Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, apabila British menyerahkan tampok pemerintahan kepada Umno, MCA dan MIC.

PAS, kata Mustapha menyertai pilihan raya sejak awal lagi dan menang satu kerusi di Krian, Perak dalam pilihan raya pertama.

“PAS menyertai pilihan raya dari pilihan raya pertama hinggalah kepilihan raya ke-13 yang lalu,” katanya. – HARAKAHDAILY
By Wak Labu Farm at February 17, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Dewan Harian PAS, Mursyidul Am PAS, Setiausaha Agung PAS

Friday, February 13, 2015

Murabbi Ummah: Jasa Tuan Guru dikenang selamanya

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR.
IPOH: Seluruh saf pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi takziah kepada ahli keluarga, pimpinan serta seluruh ahli PAS atas pemergian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki menyifatkan, pemergian Tuan Guru adalah satu kehilangan yang sangat besar kepada PAS serta perjuangan Islam itu sendiri.

Menurutnya, mantan Menteri Besar Kelantan itu adalah aset besar kepada perjuangan Islam dan menjadi inspirasi rakyat dan ikon kepada PAS di mata masyarakat.

"Kehilangan beliau sukar dicari ganti dan tidak mungkin akan dapat digantikan sama seperti beliau, namun jasa Tuan Guru sebagai murabbi ummah akan dikenang selama-lamanya.

"Seluruh saf pimpinan PAS Perak merakamkan ucapan takziah dengan perasaan yang cukup sebak, semoga rohnya dicucuri rahmat," katanya kepada Harakahdaily.

Misbahul menjelaskan, kata-kata hikmah yang dicoretkan sepanjang kehidupannya pasti akan segar dalam ingatan serta dijadikan pedoman oleh masyarakat.

Ujarnya, roh perjuangan Tuan Guru akan sentiasa mekar melalui mutiara-mutiara katanya yang indah dan penuh bermakna.

"Kami adalah saksi terhadap segala amalan dan pengorbanannya sepanjang memimpin ummah," ujarnya dengan nada sedih. - HARAKAHDAILY
By Wak Labu Farm at February 13, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Badan Perhubungan PAS, Murabbi Ummah, Mursyidul Am PAS

Wednesday, January 21, 2015

Tok Guru Nik Abdul Aziz tunjuk reaksi lebih baik, stabil

HARAKAHDAILY | 21 Januari 2015.

KUALA LUMPUR: "Ayahanda agak uzur ketika dimasukkan ke wad ICU petang tadi. Selepas diberi rawatan, ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan stabil," tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebook tengah malam tadi.

Walau bagaimanapun, jelasnya doktor menyatakan ayahanda beliau memerlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

Menurutnya, ayahanda beliau mengidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya.

"Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik. Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda," tulisnya lagi.

Mengenai ziarah Mursyidul Am PAS itu, beliau menyatakan ia adalah mengikut prosedur yang ditentukan oleh pihak hospital dan dipersetujui oleh pihak keluarga. -HARAKAHDAILY 21/1/2015
By Wak Labu Farm at January 21, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: hospital, kanser prostat, Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz, wad ICU

Monday, January 19, 2015

Mursyidul Am PAS makin tenat?

Nik Abdul Aziz dikatakan makin uzur kerana faktor usia dan kini hanya mampu berehat di rumahnya. - Foto FB Buletin Kelantan

KUALA LUMPUR, 19 Januari:

Keadaan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat kini dikatakan dalam keuzuran dan hanya mampu berehat di rumahnya.

Facebook Komuniti Buletin Kelantan hari ini menyoarkan gambar Nik Aziz sedang terbaring dan dikelilingi tetamu yang datang melawat beliau di kediamannya.

Posting gambar terbabit turut menyatakan bahawa, keadaan Nik Aziz semakin tenat dan sudah terlalu uzur.

Malah admin Facebook berkenaan turut meminta agar semua rakyat mendoakan kesejahteraan beliau.

The Rakyat Post cuba mendapatkan komen daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Muhd Abduh yang juga merupakan anak kepada Nik Aziz untuk penjelasan berhubung keadaan bekas Menteri Besar Kelantan itu, namun beliau masih tidak dapat dihubungi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi menyatakan turut menerima gambar berkenaan melalui Whatsapp dan tahu mengenai keadaan Nik Aziz yang uzur.

Namun katanya, beliau sendiri tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar yang tersebar itu dan enggan mengulas lanjut.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/19/mursyidul-pas-makin-tenat/#ixzz3PEodRzEY
By Wak Labu Farm at January 19, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Datuk Seri Nik Aziz Nim Mat, Mursyidul Am PAS, uzur
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • "The Black Rose 1.0"
    "31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Pencacai2 UMNO yang sedang memendam rase.................
    Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • Pekerje-pekerje dalam Perkhidmatan Awam semuanye tentu bersetuju dengan pendapat (Cuepacs)
    Wak tak heran kalu pekerje2 yang berade dalam Perkhidmatan Awam tu semue nye bersetuju juge dengan saranan Presidennye tu. Kate nye 'pen...
  • Senjate sulit UMNO - hentem peribadi pemimpin2 PR .............
    Wak tak heran kalu UMNO menyerang pemimpin2 PR terutame nye PAS dan PKR dengan tohmah dan fitnah mem buruk2 kan peribadi. Sebenar nye UMNO...
  • Kubu PAS semakin meruntuh terkena bedilan merian buluh UMNO~~~~~~~~~~
    Harapan PAS - 'PAS for All'. Ini lah slogan PAS yang sangat berkesan pada PRU12 yang lepas. Setelah meraih kemenangan banyak kerusi...
  • Malaysia sudah mule di beli oleh negeri Cina...........
    Wak tak heran jike di suatu hari nanti negeri Malaysia ni akan jadi milik Cine sepenuh nye........ Wak memang kagum dengan lagu UMNO yan...
  • Ini yang Wak heran ni ..............???
    VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
  • Menteri2 UMNO selalu keluarkan idea2 kurang bijak............?
    Wak tak heran kenape menteri2 UMNO ni selalu keluarkan iade2 yang kurang bijak. Pertame pemimpin2 UMNO tahu bahawe pencacai2, penyokong da...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Wanita hilang sampai malam ditemukan bergayut atas pokok
    13 hours ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    8 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
    3 weeks ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    3 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    7 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • TAZKIRAH
    Tazkirah di Facebook
    2 weeks ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    5 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    7 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Himpunan RXZ Members 8.0: Peserta Ketiga Maut, Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda Di Kilometer 147.1 LPT1
    17 hours ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    8 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.