Showing posts with label kluster mahkamah. Show all posts
Showing posts with label kluster mahkamah. Show all posts

Monday, November 28, 2022

Bersih tolak kluster mahkamah sertai kabinet

malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 28, 2022 2:13 PM
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menolak dengan tegas sebarang pelantikan mana-mana wakil rakyat yang sedang menjalani pendakwaan jenayah ke sebarang jawatan kabinet.

Menerusi satu kenyataan, hari ini, Bersih berkata ini kerana hal yang demikian boleh akan menjejaskan integriti dan kepercayaan rakyat terhadap Jabatan Peguam Negara (AGC) dan badan kehakiman.

Bersih juga mengingatkan bahawa gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan mencemarkan reputasi negara.
Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
"Bersih berpandangan bahawa sehingga dan melainkan kedua-dua pihak pendakwaan dan kehakiman benar-benar bebas daripada pengaruh politik, ahli politik yang masih mempunyai kes mahkamah mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima.

"Ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka yang di pihak Eksekutif, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan.

"Hal ini akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua AGC dan kehakiman," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemandu Bersih, hari ini.

Bersih juga meluahkan kebimbangan dengan cadangan pihak tertentu dan individu supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dipertimbangkan untuk jawatan timbalan perdana menteri dalam pembentukan kabinet baru nanti.
Anwar bersama Ahmad Zahid
"Zahid masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah dalam kes Yayasan Akalbudi.

"Walaupun beliau telah dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah skim visa VLN oleh Mahkamah Tinggi pada 22 September lalu, pasukan pendakwaan juga telah mengemukakan rayuan untuk kes tersebut," kata Bersih.

Bersih juga menggesa semua parti dalam kerajaan campuran supaya mengelak daripada menamakan individu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah untuk pertimbangan perdana menteri.

"Wakil rakyat yang sedang menjalani kes rasuah seperti (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng, Presiden Muda) Syed Saddiq dan (Pengerusi BN Sabah) Bung Mokhtar Radin, tidak boleh dilantik ke dalam kabinet sehingga kes mereka selesai sepenuhnya oleh mahkamah tanpa sebarang campur tangan Eksekutif melalui Jabatan Peguam Negara," kata Bersih.

Badan pemantau pilihan raya itu juga mengulangi keperluan mendesak untuk mereformasi AGC dengan memisahkan kuasa mendakwa kepada sebuah jabatan pendakwaraya yang bebas.
Bung Mokhtar Radin
"Sebagai langkah segera, peranan pendakwaan perlu dipindahkan sementara Peguam Cara Negara, jawatan kedua yang tidak politik di Jabatan Peguam Negara.

"Ini untuk mengambil pendirian neutral terhadap semua kes yang sedang berjalan, terutamanya melibatkan ahli politik.

"Pengurusan kes-kes ini tidak boleh dijadikan alat tawar-menawar untuk pembentukan kerajaan atau kabinet," katanya lagi.

Tolak kluster mahkamah sertai Jemaah Menteri, gesa Rafidah Aziz

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-November 28, 2022 11:20 AM
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz meminta perdana menteri melantik pemimpin berkredibiliti dalam kerajaan.

PETALING JAYA: Bekas menteri Rafidah Aziz berkata kluster mahkamah perlu ditolak daripada menyertai Jemaah Menteri diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi imej negatif kepada kerajaan baharu, dan perlunya pemimpin berkredibiliti diberi tempat dalam kerajaan hari ini.

“Golongan ini tidak patut berada dalam kepimpinan kerajaan, kita sudah banyak buang masa. Sekarang adalah masa untuk mewujudkan pasukan yang cekap, mempunyai kredibiliti dan dihormati.

“Pemimpin yang mempunyai visi sama untuk membangunkan masyarakat negara,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Rafidah memegang portfolio menteri perdagangan antarabangsa dan industri selama 21 tahun sejak 1987 hingga 2008.

Semalam, Anwar digesa menyusun semula barisan Jemaah Menteri dengan 25 jemaah menteri sahaja mengemudi pentadbiran kerajaan persekutuan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pensyarah ekonomi Barjoyai Bardai berkata Jemaah Menteri sebelum ini dianggotai lebih 30 menteri, mewujudkan percanggahan tugas antara menteri-menteri.

Monday, October 10, 2022

Bubar Parlimen untuk selamat OKT 47 kes mahkamah: Faiz Na’aman

agendaily.com
10/10/2022
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman.

Pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (10 Oktober 2022) adalah petanda bahawa semboyan telah dibunyikan bagi mengheret secara paksa rakyat untuk turun mengundi pada musim hujan ribut dan banjir hujung tahun ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata keputusan Ismail Sabri itu adalah terdesak kerana rakyat melihat beliau telah dan sedang menghadapi tekanan daripada kepimpinan UMNO yang didominasi Kluster Mahkamah.

“Keputusan PM itu dilihat sebagai terdesak kerana rakyat melihat beliau telah dan sedang ditekan oleh kepimpinan partinya yang didominasi Kluster Mahkamah.

“Dengan seorang OKT selaku presiden mereka yang mempunyai 47 kes berkait pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan satu yayasan kebajikan.

“Kita tahu bahawa tarikh akhir untuk sesi bela diri Presiden UMNO tersebut untuk 47 kesnya itu adalah hujung November ini, di mana keputusan mahkamah untuk membebas atau menghukumnya adalah pada Disember tahun ini atau selewat-lewatnya Januari tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

OKT adalah merujuk kepada istilah Orang Kena Tuduh.

Untuk rekod, Kluster Mahkamah merujuk kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah dihukum oleh mahkamah, selain mereka yang sedang berdepan perbicaraan kerana kesalahan jenayah, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan wang rakyat dan negara.

Setakat ini, pemimpin tertinggi yang telah dipenjarakan ialah bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, manakala isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga didapati bersalah berhubung kes rasuah dan kini menunggu proses rayuan.

Sementara, Presiden UMNO sekarang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula bakal mengetahui nasibnya pada Disember ini, setelah diperintah membela diri terhadap tuduhan rasuah melibatkan Yayasan Akalbudi.

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Faiz berkata UMNO dan BN juga berusaha menggantikan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara sebagai helah Kluster Mahkamah untuk membebaskan diri mereka daripada dibicarakan dan dihukum.

“Tanpa rakan politik untuk semak imbang dan memantau di Putrajaya sepertimana BN telah mendominasi Kerajaan Pusat sejak merdeka hingga jatuh korup, maka tidak hairanlah puak ini menolak, malah mengencam seruan ke arah perpaduan ummah oleh PAS dan penyatuan nasional oleh Bersatu.

“BN lupa siapa yang memberi nyawa dan oksigen untuk mereka bernafas kembali dalam pejabat pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya setelah kecundang ditolak majoriti rakyat dalam PRU-14 lalu.

“Mereka tidak insaf dek kerana para pemimpin yang angkuh dan koruplah maka parti keramat mereka itu makin dibenci oleh orang Melayu sendiri terutama generasi muda sekarang,” katanya lagi.

Bubar Parlimen demi menyelamatkan OKT 47 kes mahkamah

Sunday, August 28, 2022

Kluster mahkamah tunjuk kuasa tekan PM

freemalaysiatoday.com
Robin Augustin
-August 28, 2022 12:30 PM
Kira-kira 3,000 pemimpin bahagian Umno menghadiri perhimpunan di ibu pejabat parti semalam untuk diberi taklimat mengenai “isu semasa”. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Perhimpunan khas yang diadakan Umno semalam disifatkan sebagai “pertunjukan kuasa” untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan pilihan raya umum awal.

Perhimpunan itu juga diadakan untuk menunjukkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya, Najib Razak, “masih memegang kuasa” walaupun Najib baru-baru ini dipenjarakan, kata James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania.

“Mereka mahu ingatkan ahli (Umno), terutamanya yang berada dalam kluster kerajaan, bahawa mereka memegang majoriti,” katanya kepada FMT.

Istilah “kluster kerajaan” digunakan dalam kalangan orang politik untuk menggambarkan ahli Umno yang terbabit dengan kerajaan semasa.

“Kluster mahkamah” pula merujuk kepada individu-individu seperti Zahid, Najib dan lain-lain yang berdepan perbicaraan atas pelbagai tuduhan.

Chin berkata, perhimpunan itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Ismail, yang juga naib presiden parti, supaya mengadakan pilihan raya umum secepat mungkin.

Sebelum ini dilaporkan bahawa mereka yang sealiran dengan Zahid mendesak agar pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal susulan kemenangan yang dikecapi parti itu pada pilihan raya negeri.

Bagaimanapun, Ismail baru-baru ini memberi bayangan bahawa PRU mungkin ditangguhkan berikutan kontroversi mengenai perolehan enam frigat dalam projek kapal tempur pesisir (LCS).

Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan menyuarakan sentimen yang sama mengenai taklimat khas tersebut, yang diadakan untuk pemimpin bahagian.

Beliau berkata, Ismail harus menetapkan tarikh selaras dengan “kehendak Umno”. Tekanan Umno terhadap Ismail berkesan, katanya, memandangkan perdana menteri itu “bersendirian dan tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh”.

“Perhimpunan itu adalah untuk memaksa Ismail menggunakan kuasanya sebagai perdana menteri (untuk memanggil PRU) dan membuktikan bahawa beliau sememangnya orang Umno,” kata Azmi.

Azmi berkata, walaupun Ismail mempunyai kata putus mengenai pilihan raya, beliau ahli Umno, yang kepimpinan partinya turut menentukan bila Parlimen patut dibubarkan.

Saturday, June 25, 2022

Perdana Menteri ‘tiada masa’ layan serangan kluster mahkamah UMNO

satuberita.my
By Admin
-June 25, 2022

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka berdepan ancaman terbesar terhadap kerajaan pimpinannya selepas hampir 10 bulan memegang jawatan dengan sokongan ‘tidak ikhlas’ dalam kalangan sekumpulan pemimpin UMNO yang dikenali sebagai kluster mahkamah.

Bagaimanapun Ismail dilihat turut memberikan ‘saingan hebat’ terhadap kumpulan yang dipimpin Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tersebut, kata satu sumber rapat dengan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat malam tadi.

“Nada mesyuarat semalam sangat jelas bagi mereka yang hadir. Dan ketidakhadiran Ismail turut dirasakan,” kata sumber kepada MalaysiaNow, hari ini.

Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berdepan dengan pelbagai pertuduhan jenayah sudah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Naib Presiden UMNO itu selepas gesaan berkali-kali mereka agar Parlimen dibubarkan tidak dilayan.

Kenyataan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan yang juga merupakan orang kuat Zahid menggelar Ismail sebagai ‘Perdana Menteri UMNOpaling lemah’, menjadi antara salah satu daripada serangan kluster mahkamah tersebut.

Kenyataan itu mendapat reaksi balas daripada anggota Kabinet Ismail yang selama ini lantang mengkritik kluster mahkamah termasuk Tan Sri Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin.

Kerajaan pimpinan Ismail ditubuhkan dengan sokongan musuh UMNO iaitu Perikatan Nasional (PN) selain Gabungan Parti Sarawak, beberapa kali menjelaskan keutamaannya ketika ini adalah untuk menangani inflasi dan menghidupkan semula ekonomi pasca Covid berbanding percaturan politik.

Perkara itu menimbulkan kemarahan kluster mahkamah yang dipimpin Zahid dan Najib, di mana ramai pengikutnya kini memulakan serangan terbuka terhadap Ismail, menuduhnya sebagai seorang pemimpin yang lemah kerana tidak mengadakan pilihan raya umum supaya UMNO dapat kembali berkuasa di Putrajaya.

Ramai dalam kalangan pimpinan UMNO termasuk di peringkat negeri setakat ini berhati-hati dan memilih untuk tidak memihak kepada sesiapa dalam perang saudara yang semakin meruncing dalam parti itu.

“Namun satu perkara yang disepakati oleh pimpinan Umno adalah satu kesilapan jika mengembalikan kluster mahkamah dan kepimpinan Umno seperti sebelum pilihan raya umum 2018 di mana ia menjadi punca kekalahan parti itu,” kata seorang bekas menteri dari UMNO kepada MalaysiaNow.

Tindakan memecat orang kuat Najib dari pasukan propaganda UMNO di Selangor adalah salah satu contoh bagaimana parti itu sedar bahawa populariti di Facebook tidak dapat diterjemahkan kepada undi sebenar,” katanya, merujuk hantaran harian Najib dalam Facebook yang sering diperkatakan ramai di mana ia menjadi platform untuk menunjukkan orang ramai bersimpati dengannya.

“Betul, tapi simpati sahaja tidak dapat diterjemahkan kepada undi. Tanyalah pada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata bekas menteri itu, merujuk kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Awal bulan ini, UMNO Selangor memecat Isham Jalil yang dilihat terus mempertahankan Najib dan pemimpin bermasalah lain dalam parti itu.

Kluster mahkamah yang menguasai UMNO mengambil tindakan balas yang sama dengan menggugurkan pemimpin veteran dan penyokong Ismail, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO berikutan kritikannya terhadap tindakan parti yang mahu PRU diadakan lebih awal.

Beberapa hari kemudian, bagi menunjukkan kekuatan terhadap Ismail, kepimpinan UMNO Pusat mengambil langkah mengangkat Isham ke MKT menggantikan Tajuddin, menutup sebarang ruang kritikan terhadap kluster mahkamah.

Setakat ini, Ismail dilihat bersedia untuk bertembung secara berdepan dengan mereka yang terus mendesaknya membubarkan Parlimen, satu langkah yang sama sahaja seperti meletakkan jawatan Perdana Menteri yang beliau tidak pernah minta.

“Beliau mungkin jenamakan dirinya sebagai ahli politik kampung, namun langkah-langkah yang diambil sejak akhir-akhir ini menunjukkan beliau cepat belajar dalam seni berdepan dengan pemimpin parti yang mahu menyingkirnya dari tampuk kuasa,” kata seorang pembantu menteri.

“Ini juga menunjukkan mengapa beliau sedar sokongan pemimpin UMNO untuk mencalonkannya semula sebagai perdana menteri selepas PRU akan datang tidak memberi sebarang makna, sebagai seorang ‘UMNO totok’, beliau sudah biasa dengan muslihat seperti itu,” tambahnya.

Ketidakhadirian Ismail dalam mesyuarat MKT semalam merupakan satu petunjuk jelas berhubung pendirian Ismail.

Ismail sebaliknya memilih untuk bersama pimpinan dunia yang lain dalam sebuah dialog secara dalam talian di Kuala Lumpur melibatkan anggota BRICS, kumpulan negara terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

“Tindakan itu seperti untuk beritahu pemimpin UMNO bahawa mereka tidak berada dalam kerajaan, dan tidak mempunyai kuasa.

“Beliau dengan secara jelas beritahu mereka, ‘Saya ada tugas rasmi yang lebih penting daripada politik dalam parti,’” kata pembantu menteri itu.

Thursday, March 31, 2022

Siapa boleh halang kemaraan kluster mahkamah kembali ke Putrajaya?

By SatuBerita
-March 31, 2022
SETELAH pembangkang mengalami kekalahan teruk dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor, persoalan timbul mengenai keupayaan pemimpin-pemimpin Melayu dalam menghentikan gelombang kebangkitan kumpulan kluster mahkamah yang diketuai oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Barisan pembangkang ketika ini sedang berpecah dan tidak mampu menyediakan satu kekuatan ampuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbukti sanggup bekerjasama dengan kluster mahkamah ketika cuba menggulingkan bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2020.

Kluster mahkamah merujuk kepada sekumpulan pemimpin Umno yang sedang didakwa atau sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah ekoran beberapa kesalahan dan dakwaan.

Najib yang juga ahli Parlimen Pekan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM200 juta berhubung kes SRC International dan sedang memohon rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Zahid pula berdepan 47 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan dana Yayasan Akal Budi.

Memetik laporan MalaysiaNow, portal itu pernah melaporkan perbualan telefon antara Anwar dan Zahid semasa Pemilihan Agung Umno 2020.

Selain itu, MalaysiaNow turut mendedahkan surat Zahid dan Najib kepada Istana Negara yang menyokong Anwar menjadi perdana menteri bagi menggulingkan Muhyiddin.

Manakala Warisan di bawah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini mendedahkan kesanggupan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), yang kini dikuasai Zahid dan Najib.

Penganalisis politik, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata harapan menjatuhkan BN dan kluster mahkamah tidaklah padam sepenuhnya walaupun dengan dua kekalahan sebelum ini.

Kalau kita lihat, hanya Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang tidak kuat, berbeza dengan Muhyiddin Yassin.

“Kalau pembangkang semua bergabung, Umno memang boleh kalah,” katanya.

Mazlan berkata, kekuatan Umno terletak kepada kepada sikap kelesuan politik rakyat yang mengakibatkan mereka tidak mahu turun mengundi di Johor dan Melaka.

“Umno ni pun tak kuat, hanya 35% sahaja daripada jumlah sokongan.”

Mahathir yang juga pengerusi Pejuang menurut Mazlan berdepan cabaran dengan ketidakpercayaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) susulan perletakan jawatannya pada 2020.

Katanya, Muhyiddin masih mempunyai wibawa walaupun masih belum mampu menyaingi Umno.

Ismail Sabri sebagai pilihan?

Penganalisis politik dari USM, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sekiranya kemenangan di Johor dan Melaka menjadi ukuran, PRU15 akan dimenangi oleh BN.

Alternatif kepada kluster mahkamah sudah tentu akan pergi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan atau Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Manakala Perikatan Nasional (PN) dan Pejuang boleh menjadi saingan kpd BN sahaja, tetapi sukar untuk menang dan mentadbir kerana ketiadaan persepaduan jitu seperti pada PRU14 lepas,” katanya kepada MalaysiaNow.

Bagaimanapun pada ketika ini, Ismail, Mohamad dan Hishammuddin tidak menguasai Umno dan BN, menyukarkan mereka untuk dijadikan sebagai alternatif.

Menurut Atory, PN dan Pejuang yang membawa mesej integriti dan membanteras rasuah tidak mampu meyakinkan orang Melayu yang sememangnya tidak mengambil berat dengan isu-isu tersebut.

Namun sama ada situasi itu masih kekal pada PRU15 masih belum diketahui, ekoran penggubalan Akta Anti Lompat Parti di Parlimen.

“Pengundi merasakan, buat apa mengundi kalau akhirnya melompat? Tapi kita tengok di Parlimen kelak, mungkin masa itu orang kembali berminat (turun mengundi),” katanya.

Atory berkata, memandangkan sistem politik berparti di negara ini dipengaruhi kuat oleh Umno dan kluster mahkamah, sukar untuk parti bukan BN menjatuhkan mereka.

Katanya, kekuatan kluster mahkamah disokong oleh hampir keseluruhan ketua-ketua bahagian dan cawangan.

“Mereka punya strategi dan taktik tipu helah yang ampuh selain dana yang sangat banyak.

“Ini sukar ditandingi parti-parti lain pada PRU15. Ketiga-tiga pemimpin yang dicadangkan itu akan membuat jajaran baru,” katanya.

Sebelum ini, penganalisis menjangkakan Ismail akan mencabar Zahid pada pemilihan Umno yang perlu dilangsungkan sebelum Disember tahun ini.

Manakala Mohamad dilihat sebagai sekutu kepada Zahid dan Najib.

Sehubungan itu, tarikh pilihan raya sebelum atau selepas pemilihan menjadi perdebatan pada Perhimpunan Agung Umno yang lepas.

Sementara itu, felo kanan dari Singapore Institute of International Affairs, Oh Ei Sun berkata, naiknya Muhyiddin dan Ismail sebagai perdana menteri memberi harapan kepada pemimpin senior dari parti-parti lain yang kini mula mengharap kepada jawatan itu.

Namun katanya sukar untuk mencari pemimpin yang berminda progresif atau reformis untuk melawan kluster mahkamah.

“Saya tak fikir kita sedang melihat pemimpin progresif atau reformis.

“Ini kerana keadaan sosioekonomi negara tidak begitu baik. Tarikan utama kluster, seperti yang kita lihat daripada kempen ‘Bossku’ ialah dalam waktu-waktu sukar, kami (pemimpin kluster mahkamah) akan menjaga anda dan memberi bantuan. Anda tidak perlu risau,” katanya.

Oh berkata, pemimpin yang berpotensi menggantikan kluster mahkamah mesti mempunyai tarikan yang sama.

Bahkan, janji-janji reformis dan progresif tidak cukup untuk memenangi hati pengundi.

Menurutnya, janji-janji seperti itu bersifat jangka panjang.

“Rakyat tidak boleh tunggu lama, mereka mahu anda menjaga mereka dalam jangka masa pendek,” katanya.

Dalam Umno, katanya Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin antara tokoh alternatif yang boleh dipertimbangkan namun kedua-dua mereka juga belum mengasah daya tarikan seperti kluster mahkamah.

“Hishammuddin juga tidak dikenali dengan polisi yang baik. Khairy berjaya menjadikan dirinya teknokratik sebagai pejuang menentang Covid-19 tetapi mengenai sara hidup, tidak ada. Dari satu sudut, sukar untuk menghalang kluster mahkamah kerana keadaan sosioekonomi negara ini,” katanya.

Monday, February 21, 2022

Kes ‘kluster mahkamah’ tetap sambung selepas PRN Johor, kata Azalina

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-February 21, 2022 9:11 PM

Prosiding mahkamah bagi “kluster mahkamah” bersambung walaupun selepas rakyat Johor keluar beramai-ramai mengundi pada 12 Mac, kata Azalina Othman Said.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said membidas dakwaan mengatakan pimpinan Umno digelar “kluster mahkamah” tidak lagi berdepan tuduhan, jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Dalam puisi berjudul Kluster dan Koloni, yang dimuat naik di Twitter, bekas Menteri Undang-undang itu berkata, prosiding mahkamah terhadap mereka yang berada dalam “kluster mahkamah” akan bersambung walaupun selepas PRN itu.

“PRN Johor untuk rakyat Johor. Mari keluar beramai-ramai 12 Mac, kita akan mengundi lalu kerajaan baharu terbentuk.

“Bila 13 Mac menjelang, hidup kita kembali bersambung. Begitu juga prosiding mahkamah bagi mereka yang berada dalam ‘kluster mahkamah,” katanya merujuk pimpinan utama Umno yang sedang dibicarakan atau sudah didapati bersalah membabitkan pelbagai tuduhan, seperti pecah amanah jenayah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.
Puisi Azalina Othman Said yang dimuat naik di Twitter.
Dalam puisinya, Azalina berkata, Umno bukan satu-satunya parti politik yang mempunyai masalah “kluster mahkamah”.

“Beberapa Ahli Parlimen ‘kluster mahkamah’ daripada Umno, dan beberapa lagi daripada parti politik lain. Beberapa Ahli Parlimen ‘kluster mahkamah’ terpalit cat hitam, manakala ada pula yang ‘neutral’,” katanya.

“Hentikan kempen penghinaan, kawanku, usaha anda jadi sia-sia.

“Demokrasi dan undang-undang pasti ditegakkan,” katanya.

Sebelum ini, pimpinan Bersatu terutama membabitkan Ketua Penerangannya Wan Saiful Wan Jan, dilaporkan berkata, PRN Johor didesak oleh pimpinan Umno daripada “kluster mahkamah” dengan hasrat demi menyelamatkan mereka.

Azalina juga menyelar Ahli Parlimen yang berdepan tuduhan mahu kes mereka digugurkan selepas bertukar parti, sambil menyatakan “koloni si katak makin berleluasa”, manakala “undang-undang anti lompat entah ke mana”.

Saturday, February 19, 2022

UMNO parti 'kotor', wajar ditinggalkan - Muhyiddin

bharian.com.my
Oleh Mohamad Fahd Rahmat
bhnews@bh.com.my
 - Februari 19, 2022 @ 8:50am

Majlis Pelancaran PN Peringkat Johor di padang awam Taman Pasak Indah, Kota Tinggi, malam tadi. - NSTP/MOHAMAD FAHD RAHMAT

KOTA TINGGI: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa UMNO adalah parti 'kotor' dan wajar ditinggalkan kerana mempunyai kumpulan 'kluster mahkamah' yang dianggap telah melakukan kemungkaran serta kesalahan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, justeru rakyat diminta tidak bersubahat dengan kumpulan seperti itu, sebaliknya bersama-sama melakukan ibadah dengan menyertai saf perjuangan baharu.

"Ini Tok Guru Hadi Awang (Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang) ada, apa 'fatwa' kalau meninggalkan UMNO dan menyertai PN? Harus, boleh jadi hukumnya sunat, mendapat pahala, hijrah meninggalkan yang mungkar.

"Menyertai sesuatu yang menegakkan kebenaran dan yang ada di sini adalah satu amal, satu ibadah. Tinggalkan UMNO, tidak mengapa, tiada salah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran PN Peringkat Johor di padang awam Taman Pasak Indah, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Abdul Hadi, dan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU mendakwa, ada pihak khususnya 'orang lama' yang berbelah bahagi untuk meninggalkan UMNO kerana mengingati jasa bekas Perdana Menteri kedua negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein membangunkan tanah FELDA.

"Itu waktu UMNO asal. Selepas UMNO diharamkan pada 1988, ia adalah UMNO baharu. Tidak sama UMNO baharu dengan UMNO asal. UMNO baharu dilahirkan di Kuala Lumpur, UMNO asal dilahirkan di Istana Besar Johor Bahru," katanya.

Muhyiddin berkata, ada sebilangan pihak yang bersetuju dengan pendapatnya tetapi masih ragu-ragu untuk meninggalkan UMNO.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkenaan perlu melihat sejarah apabila ramai pemimpin utama UMNO sudah keluar parti berkenaan.

Malah, beliau berkata, ramai pemimpin terdahulu juga meninggalkan UMNO.

"Almarhum Tunku Abdul Rahman (bekas Perdana Menteri pertama negara), UMNO. Namun ketika meninggal dunia, Almarhum bukan UMNO.

"Almarhum Tun Hussein Onn pula (bekas Perdana Menteri ketiga negara), selepas Perhimpunan Melayu Johor saya anjurkan, jemput dan pelawa Almarhum untuk balik semula kepada UMNO. Almarhum kata tidak mahu sudah. Sehingga Almarhum meninggal dunia, tidak dalam UMNO.

"Tun Dr Mahathir Mohamad masih hidup lagi sudah keluar UMNO," katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu sekali gus memberi jaminan bahawa gabungan parti dalam PN adalah bersih, dan mempelawa rakyat menyertainya.

Sementara itu, Muhyiddin turut memberi bayangan mahu 'membocorkan' maklumat kedudukan kewangan negara ketika ini yang didakwa tidak sebagaimana digambarkan.

Malah, beliau mempersoalkan sejauh mana kerajaan kini mampu terus bertahan untuk menampung pelbagai bayaran dan kos.

Najib masih popular, label ‘kluster mahkamah’ tak penting, kata penganalisis



Ketidakberkesanan pentadbiran PH dan PN menyumbang kepada populariti Najib Razak, apabila beliau bersuara menentang mereka, kata penganalisis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Label “kluster mahkamah” yang digunakan bagi pemimpin Umno tertentu tidak penting dan tidak akan menjejaskan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata, pemimpin gabungan itu masih popular, terutamanya bekas Perdana Menteri Najib Razak kerana pandangannya dalam pelbagai isu dapat diterima rakyat.

Beliau mengulas mengenai impak label “kluster mahkamah” terhadap peluang BN dalam PRN Johor.

Pesaing BN memomokkan kumpulan pemimpin Umno yang berdepan perbicaraan, dengan berkata mereka akhirnya boleh kembali berkuasa jika gabungan itu memenangi PRN Johor.
Jeniri Amir.
Jeniri berkata, walaupun Najib tidak lagi berkuasa sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 2018, ramai yang masih ingat dasar-dasarnya yang mengutamakan rakyat, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia dalam bentuk wang tunai, dan ini dapat dilihat melalui pujian diterima Najib di media sosial.

“Ramai orang tidak kisah tentang kes Najib. Mereka tahu tiada Perdana Menteri yang sempurna,” katanya kepada FMT.

BN dijangka menang pada PRN Johor kerana pengundi Melayu, yang menjadi majoriti, diramalkan menyokong Umno.

“PKR adalah parti berbilang kaum, kebanyakan sokongan Bersatu (pada PRU14) diperolehi menerusi Umno, akar umbi Pejuang lemah, manakala ideologi PAS mungkin terlalu melampau,” katanya.
Azmi Hassan.
Beliau menjangkakan BN “menang dengan selesa” seperti di Melaka pada November, di mana ia mengalahkan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN)

Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, ketidakberkesanan pentadbiran PH dan PN menyumbang kepada populariti Najib, apabila beliau bersuara menentang mereka.

“Mereka yang di atas pagar akan kembali kepada Umno walaupun mereka memilih PH pada PRU lalu,” kata Azmi, memetik prestasi buruk gabungan itu dalam tempoh 22 bulan mereka memerintah. Begitu juga dengan PN.
freemalaysiatoday.com
Ahimsya Karu
-February 19, 2022 10:00 AM

Friday, February 11, 2022

Hanya 1 cara halang ‘kluster mahkamah’ kembali berkuasa, kalahkan BN di Johor, kata Muhyiddin

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-February 11, 2022 4:35 PM
Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, satu cara untuk menghalang ‘kluster mahkamah’ kembali berkuasa adalah dengan mengalahkan Barisan Nasional pada PRN Johor.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendakwa satu-satunya cara untuk menghalang “kluster mahkamah” daripada kembali berkuasa ialah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Jika parti mereka menang PRN Johor, mereka akan mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen supaya pilihan raya umum pula dapat diadakan.

“Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri tetapi yang menguasai Umno adalah Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi). Apabila Parlimen dibubarkan, yang berkuasa menentukan calon yang akan bertanding dan mengetuai parti dalam pilihan raya adalah Presiden, bukan Perdana Menteri,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, jika BN kembali menang pada pilihan raya umum (PRU) dan menguasai Putrajaya, secara lazimnya yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri ialah Presiden Umno.

“Jika ini berlaku, maka lengkaplah perancangan kluster mahkamah. Mereka akan kembali berkuasa dan selesailah masalah mereka,” katanya.

Walaupun tidak menamakan individu yang dimaksudkan sebagai “kluster mahkamah”, namun ia merujuk kepada kumpulan pemimpin Umno yang sedang dibicarakan atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Zahid.

Muhyiddin mengakui beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini selepas disokong Ahli Parlimen Umno, termasuk daripada “kluster mahkamah”.

“Saya tidak minta untuk jadi Perdana Menteri. Saya tidak pernah berkempen pun untuk jadi Perdana Menteri,” katanya.

Katanya, selepas menjadi Perdana Menteri, beliau menyedari bahawa sokongan daripada kluster mahkamah sebenarnya “ada udang di sebalik batu”.

“Selang beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, kluster mahkamah ini berjumpa saya meminta campur tangan dalam kes mereka supaya dibebaskan. Saya katakan tidak kepada mereka kerana saya tidak mahu mengkhianati sumpah dan amanah jawatan saya sebagai Perdana Menteri.

“Sejak dari itulah, bermulanya gerakan kluster mahkamah ini untuk menjatuhkan saya. Mereka berharap apabila saya jatuh, mereka akan menguasai semula kerajaan. Dengan menguasai kerajaan mereka fikir masalah mereka boleh diselesaikan,” katanya.

Muhyiddin berkata, namun perancangan itu masih belum berhasil kerana PN masih lagi merupakan sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

“…dan sokongan PN kepada Perdana Menteri daripada Umno adalah dengan syarat Perdana Menteri tidak mencampuri urusan mahkamah,” katanya.

Katanya, satu cara untuk kumpulan ini kembali berkuasa ialah dengan menumbangkan kerajaan negeri yang dibentuk melalui gabungan dengan PN supaya diadakan PRN.

“Apabila diadakan pilihan raya dan jika parti mereka menang, kepimpinan parti yang diterajui oleh kluster mahkamah akan dilihat semakin kuat dan berpengaruh. Strategi ini bermula selepas BN menang PRN Melaka. Mereka berasa cukup yakin bahawa rakyat telah kembali menyokong mereka walaupun BN hanya mendapat 38.5% undi.

“Mereka memilih Johor kerana Johor dikatakan negeri kubu kuat Umno. Jika parti mereka menang PRN Johor, mereka akan mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen supaya pilihan raya umum pula dapat diadakan,” katanya.

Thursday, February 10, 2022

‘Bukan buang imej UMNO kluster mahkamah, tapi buang kluster mahkamah’

agendaily.com
10/2/2022
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mencabar UMNO untuk mengakui bahawa parti itu sedang diperkuda oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak untuk kepentingan peribadi mereka.

Menurutnya jika UMNO benar-benar mahu berubah, parti itu wajar membuang semua kluster mahkamah yang ada, bukannya membuang imej kluster mahkamah.

“Mengaku sajalah bahawa UMNO sedang diperkudakan sepenuhnya oleh Zahid dan Najib untuk kepentingan peribadi mereka.

“Kalau UMNO betul-betul nak berubah, bukan buang imej, tapi buang kluster mahkamah tu!,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Wan Saiful berkata beliau menjangkakan UMNO meletakkan muka-muka baharu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai strategi untuk membuang imej kluster mahkamah.

“UMNO nampaknya tercari-cari helah untuk membuang imej kluster mahkamah. Saya jangka salah satu strategi UMNO untuk membuang imej kluster mahkamah ialah dengan meletakkan muka-muka baru sebagai calon.

“Mereka akan kata bahawa dengan muka-muka baru itu menunjukkan kononnya UMNO ada imej baru,” katanya.

Beliau berkata UMNO akan cuba menyembunyikan fakta bahawa untuk menjadi calon, semuanya terpaksa sujud kepada Zahid kerana Presiden UMNO itu seorang sahaja yang berkuasa menandatangani watikah calon.

Wan Saiful berkata walaupun UMNO meletakkan muka-muka bahru, tetapi semua calon UMNO tetap wajib menjadi budak-budak Zahid.

“Kalau tak sokong kluster mahkamah, mustahil Zahid akan beri watikah calon kepada mereka.

“Dalam kata lain, kluster mahkamah UMNO akan gunakan sepenuhnya kuasa watikah itu untuk pastikan semua calon di Johor adalah orang Zahid yang menyokong kluster mahkamah.

“Tidak mungkin Zahid akan calonkan kluster “UMNO soleh” yang mungkin akan melawan dia nanti,” katanya.

Wednesday, February 2, 2022

‘Maruah negara tergadai kerana kejahatan Kluster Mahkamah’ – Khairil Nizam

satuberita.my
By Satu Berita
-February 2, 2022

KHAIRIL Nizam ketika Program Bual Bicara Bersama Datuk Wan Saiful Saiful Wan Jan yang disiarkan dalam YouTube rasmi Bersatu pada Selasa.

HURU hara politik dan tergadainya adalah berpunca daripada mereka yang berkepentingan termasuklah daripada kelompok ‘klaster mahkamah’.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin, maruah Malaysia tergadai kerana kejahatan pemimpin-pemimpin berkenaan yang memalukan negara sehingga ke peringkat dunia.

Ini, kata beliau, menimbulkan persoalan mengapa pemimpin-pemimpin daripada kluster berkenaan perlu diletakkan sekali lagi untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.

“Dalam keadaan sekarang, ketidakstabilan itu diganggu oleh mereka yang mempunyai kepentingan, (termasuk) kalah dalam pilihan raya, berdepan dengan kes mahkamah dan mereka (ini) yang sebenarnya memalukan negara di peringkat dunia.

“Satu dunia tahu bagaimana malunya apabila kita berdepan dunia dengan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu dan dihukum oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya dalam Program Bual Bicara Bersama Datuk Wan Saiful Saiful Wan Jan yang disiarkan dalam YouTube rasmi Bersatu.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam berkata, Kluster Mahkamah bukan satu ‘roket sains’ dan ia adalah maklumat yang boleh diakses di mana-mana.

“Sekiranya tidak percaya, boleh pergi luar negara, tanya mereka siapa yang mereka dengar dan kenapa mereka mengenali Malaysia.

“Ini memalukan, maruah (negara) tergadai kerana kejahatan pemimpin- pemimpin ini. (Jadi) kenapa pemimpin ini kena sekali lagi diletakkan untuk menrajui tampuk pemerintahan negara,” soalnya.

Sebelum ini, Wan Saiful yang juga Ketua Penerangan Bersatu berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan atas usaha Kluster Mahkamah dan para pendukung yang mahu mengalih perhatian daripada kes sedang dihadapi mereka.

Katanya, malah mereka dalam masa yang sama cuba memperkukuh kedudukan kluster itu sendiri. 

– SB

Sunday, September 12, 2021

Pemilihan Timbalan Speaker sebagai usul percaya kepada PM

agendadaily.com
12/9/2021

Keabsahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri membayangi pengundian untuk memilih Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, kerana pencalonan Ahli Parlimen Pontian itu dikatakan dibuat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Menjelang sidang Dewan Rakyat pada Isnin, walaupun tanpa usul undi percaya yang akan dibentang, pemilihan Timbalan Speaker baharu boleh dianggap sebagai ujian bagi menguji keabsahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sekiranya pencalonan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak mendapat jumlah undian majoriti untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker, ia berkemungkinan memberi implikasi yang cukup besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Ismail Sabri.

Untuk rekod, pemilihan Timbalan Speaker memerlukan pengundian dijalankan untuk menentukan individu yang memiliki majoriti tertinggi dilantik bagi jawatan tersebut.

Secara tidak langsung, isu pemilihan Timbalan Speaker boleh dianggap ujian litmus terhadap pentadbiran Ismail Sabri walaupun tiada usul undi percaya kali ini.

Ahli Parlimen (MP) Pontian itu dicalonkan oleh Ismail Sabri sebagai Ketua Majlis, sementara blok pembangkang mencalonkan MP Teluk Intan, Nga Kor Ming sebagai calon mereka.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan tiada usul undi percaya yang dibawa terhadap Ismail Sabri pada sidang kali ini.

Susulan itu, pembangkang membuat kritikan keras terhadap Ismail Sabri atas alasan Yang di-Pertuan Agong sudah bertitah agar usul percaya dibawa ke Dewan Rakyat sebaik mengangkat sumpah sebagai PM Kesembilan.

Isu pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker juga mengundang kritikan memandangkan beliau juga sedang berdepan beberapa kes pendakwaan di mahkamah ketika ini.

Ahmad sudah didakwa di mahkamah kerana memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain turut didakwa bersabit tuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) selepas menerima sebanyak RM2 juta daripada bekas PM Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Ahmad membuat 20 tawaran kepada MP pembangkang dan Bebas bagi mendapatkan sokongan untuk menjadi Timbalan Speaker.

Antara ‘sogokan terbuka’ dikemukakan oleh Ahmad – MP yang bersama Zahid menarik sokongan kepada Kerajaan PN dan Muhyiddin – ialah memperuntukkan RM60,000 setahun dengan kiraan RM5,000 sebulan kepada MP pembangkang dan Bebas untuk menguruskan Pusat Khidmat di kawasan masing-masing.

Peruntukan itu dianggap mencukupi untuk elaun dua staf dan sewa sebuah pejabat.

Ahmad juga menawarkan kepada setiap MP penyokong kerajaan dan pembangkang diberi peruntukan khas untuk sesi libat urus dengan rakyat dan pemegang taruh di kawasan bagi mendapatkan pandangan untuk isu pembangunan, kebajikan rakyat dan Rang Undang-Undang baru. Tetapi beliau tidak menyatakan berapa jumlah peruntukan itu.

Setiausaha Agung UMNO itu juga mencadangkan agar Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas diberi elaun kehadiran mesyuarat atau apa-apa elaun khas dengan jumlah yang kecil namun munasabah dengan kekerapan mesyuarat yang sesuai.

Pada masa sama, Ahmad juga menyokong tujuh cadangan kerajaan untuk transformasi Parlimen sebagaimana diumumkan Ismail Sabri, sedangkan itulah juga tawaran yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi ditolak oleh UMNO dan pembangkang.

Apapun, semua 20 tawaran yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO itu adalah sogokan terbuka untuk meraih undi MP pembangkang dan penyokong kerajaan, bagi membolehkan dirinya – yang sedang berdepan dua tuduhan di Mahkamah Tinggi – dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Saturday, September 11, 2021

Pas tetap sokong Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker walau ‘kluster mahkamah’




Pas memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk dilantik Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen, Isnin ini.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, beliau yakin 18 ahli Parlimen daripada parti tersebut akan memberikan sokongan kepada Setiausaha Agung UMNO itu bagi mengantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan dua minggu lalu.

“Insya-ALLAH, 18 orang ahli Parlimen Pas akan berikan sokongan kepada Ahmad,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Sumbangan Musa’adah Bencana Banjir Kepala Air Menteri Agama di Pusat Rekreasi Titi Hayun, dekat sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad, beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Agama berkata, seseorang individu masih belum boleh dikatakan bersalah selagi kesalahan belum dibuktikan.

“(Berkenaan hukuman tersebut) selagi hukuman tidak dijatuhkan, kita tidak boleh menganggap orang itu bersalah,” jelasnya.
Idris (kanan) semasa turun meninjau kesan bencana banjir kepala air di Pusat Rekreasi Titi Hayun, pada Sabtu.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO merupakan calon tunggal daripada blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen minggu hadapan.

Jelas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, pencalonan Ahmad bagi menggantikan Azalina adalah satu keputusan tepat kerana kerusi itu masih perlu diisi oleh calon blok kerajaan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160804/BERITA/Politik/Pas-sokong-Ahmad-Maslan-sebagai-Timbalan-Speaker-Parlimen
inforakyat.net
11/09/2021 5:00 PM

Tuesday, September 7, 2021

Kenapa mahu angkat ‘Kluster Mahkamah’ jadi Timbalan Speaker?

agendaily.com
7/9/2021

Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Heboh diperkatakan Ahli Parlimen (MP) Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah tidak menunjukkan minatnya apabila meletak jawatan Timbalan Speaker sebelum ini.

Hanya dengan mencadangkan usul untuk melakukan reformasi Parlimen, parti yang pernah menuduhnya pembohong, DAP, segera ‘menjilat ludah mereka’ memberi sokongan padu kepada cadangan melantik Azalina sebagai Speaker Parlimen.

DAP dan beberapa sekutu mereka menuduh speaker sekarang Datuk Azhar Azizan Harun – individu bukan MP – mengikut telunjuk kerajaan, tetapi mereka yakin MP Pengerang yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu tidak akan mengikut telunjuk kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO.

Pada masa sama juga, muncul khabar angin bahawa Azhar akan kekal sebagai Speaker, tetapi parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN bersetuju melantik MP Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker mengisi kekosongan kerusi ditinggalkan Azalina.

Ada laporan mengatakan Azhar kekal seperti biasa, masih Speaker Dewan Rakyat. Jawatan Timbalan Speaker yang dikosongkan Azalina akan diisi Ahmad. Itu cadangan setakat ini, tetapi kita tidak tahu jika pembangkang ada hantar calon nama lain atau tidak.

Namun tidak pasti sama ada PN benar-benar memberi sokongan kepada Setiausaha Agung UMNO itu untuk menduduki kerusi Timbalan Speaker Parlimen.

Ini kerana Pengerusi PN yang juga bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperingatkan bahawa sokongan diberikan kepada Ismail Sabri untuk menjadi Perdana Menteri ke-9, antara lainnya dengan syarat tidak memberi peluang ‘kluster mahkamah’ dalam jawatan menteri.

Memang Ahmad tidak dilantik sebagai menteri, hanya dicadangkan untuk jawatan Timbalan Speaker Parlimen, namun antara syarat lain diberikan PN kepada Ismail Sabri ialah:

“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau (Ismail Sabri) juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan.”

Ahmad diletakkan dalam Kluster Mahkamah setelah berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi kerana gagal mengisytiharkan wang RM2 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memberi pernyataan palsu.

Untuk rekod, Kluster Mahkamah adalah kelompok pemimpin UMNO yang kini berdepan tuduhan di mahkamah berkaitan kes-kes rasuah, penyelewengan kuasa, pecah amanah, penipuan dan pengubahan wang haram ketika parti itu mentadbir negara sejak merdeka hingga kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 lalu.

Antara yang berdepan puluhan pertuduhan jenayah itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bekas Presiden UMNO, Najib, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azeez Rahim, dan bekas MP UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Sebelum ini, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 21 Januari 2020 di atas semua pertuduhan tersebut.

Namun Mahkamah Tinggi pada 13 Julai lalu membenarkan permohonannya supaya kes tersebut dipindah dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad didakwa menerima wang RM2 juta daripada Najib yang dipercayai sebagai hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 April 2014 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau dituduh memberi pernyataan palsu kepada SPRM ketika percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa, Mohd Zairi Zainal antara jam 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019, di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini berhubung cek tersebut.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ahmad Maslan tidak mengaku salah atas semua pertuduhan itu.

Wednesday, August 25, 2021

Kabinet lebih kecil, kluster mahkamah tidak dilibatkan

inforakyat.net
24/08/2021 11:00 PM


Kabinet lebih kecil, kluster mahkamah tidak dilibatkan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa lantikan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu dibuat dalam jumlah yang lebih kecil.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), tindakan berkenaan wajar dibuat selepas majoriti menteri dan timbalan menteri sewaktu pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menunjukkan prestasi yang baik selain ada dalam kalangan mereka disifatkan sebagai hanya “memakan gaji buta”.

“Saya harap tidak berapa besarlah (Kabinet baharu), tak macam (semasa Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) punya Kabinet. Janganlah tunjuk jawatan menteri itu sebagai satu cara untuk sogok orang (bagi menyokong kita).

Saturday, August 21, 2021

Ismail Sabri kena elak bawa UMNO dicemari rasuah ke dalam kerajaan

agendadaily
21/8/2021

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar mengelak tajuk berita 'PM baru Malaysia bawa kembali UMNO yang dicemari rasuah mentadbir negara'.

Penganalisis politik luar negara dilihat memberi persepsi negatif dan ‘amaran awal’ kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya menjarakkan dirinya daripada Kluster Mahkamah dan kumpulan kleptokrasi di dalam UMNO.

Mereka menyifatkan pelantikan Ismail Sabri meletakkan kembali UMNO sebagai ‘pemandu’ sekali gus memberi kelebihan kepada Kluster Mahkamah dan kumpulan kleptokrasi yang turut berada di dalam parti itu.

Walaupun melihat pelantikan Ahli Parlimen Bera itu pada dasarnya memulihkan kembali pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Ismail Sabri tidak terlepas daripada pandangan negatif kerana beliau juga adalah Naib Presiden UMNO, parti yang menurut penganalisis politik antarabangsa ditumbangkan gara-gara skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia.

Pengarah Institut Asia Universiti Tasmania, Australia, Prof James Chin menyifatkan pelantikan Ismail Sabri meletakkan semula UMNO di ‘tempat duduk pemandu’.

Malah dalam kenyataan di laman Twitternya hari ini susulan pelantikan Ismail Sabri, James Chin berkata UMNO akan memperkuatkan kedudukannya dan sama ada akan menyerap Bersatu atau menghapuskannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya mengesyaki bahawa apabila kerajaan stabil, UMNO kemungkinan akan menggunakan tenaga dan sumber untuk menyerap Bersatu atau menghancurkannya pada PRU akan datang,” katanya.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Kesembilan Malaysia mengikut peruntukan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, setelah 114 Ahli Parlimen daripada 220 kerusi di Dewan Rakyat, mengundi menyokongnya.

Ismail Sabri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang ini.

Penyelidik dari Institut Hubungan Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun pula berpendapat Ismail Sabri berdepan gabungan yang tidak stabil kerana majoriti tipis serta perpecahan di dalam UMNO.

“Masih ramai di dalam UMNO yang tidak menyukainya kerana mereka berpendapat bahawa beliau mengkhianati parti (apabila kekal bersama PN) dan dengan mengkhianati parti itu juga beliau mendapat jawatan nombor satu negara,” katanya seperti dilaporkan Aljazeera.

Beberapa pemimpin UMNO, termasuk Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kini berdepan berpuluh tuduhan jenayah di mahkamah ketika negara ditadbir UMNO sebelum kalah pada 2018.

Zahid dan Najib tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan itu. Bagaimanapun tahun lalu, Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes SRC International dan dihukum penjara 12 tahun serta denda. Najib bagaimanapun mengemukakan rayuan berhubung hukuman itu.

Manakala Zahid pula berdepan lebih 80 tuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam. Perbicaran masih dijalankan.

Sebelum ini, Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang setelah kira-kira 18 bulan mentadbir negara susulan tindakan ‘Blok 15’ Ahli Parlimen UMNO diketuai Zahid menarik diri daripada menyokong PN dan Muhyiddin.

Dalam kenyataannya kemudian Muhyiddin memberitahu ada pihak yang mendesak beliau campur tangan membebaskan individu tertentu daripada tuduhan jenayah di mahkamah.

Keengganan beliau menurut telunjuk pihak terbabit menyebabkan ‘Blok 15 UMNO’ menarik diri daripada menyokongnya. Akibatnya beliau hilang majoriti sokongan di Dewan Rakyat dan meletak jawatan.

Penganalisis politik berpendapat Ismail Sabri yang menjadi Perdana Menteri Malaysia kini dibayangi Kluster Mahkamah dan kumpulan kleptokrasi di dalam partinya dan menyukarkan beliau membuat keputusan.

Jika dulu Muhyiddin adalah Perdana Menteri daripada parti lain, kini Ismail Sabri adalah daripada parti yang dituduh terbabit dengan skandal kewangan memalukan.

Justeru, Ismail Sabri wajar mengelak tajuk berita ‘PM baru Malaysia bawa kembali UMNO yang dicemari rasuah mentadbir negara’.

Wednesday, August 11, 2021

Jika Zahid jadi PM, DAP perlu sedia terima kluster mahkamah?

agendadaily.com
11/8/2021

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dikatakan antara calon Perdana Menteri baharu.

Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku, ia termasuk jika Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri (PM) baharu dan DAP perlu diberikan juga kredit sebagai parti utama yang menjayakannya.

Sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) jatuh dan Zahid yang dikatakan sudah menawarkan diri untuk menjadi PM baharu walaupun kemudiaan menafikan hari ini, ia bukan sesuatu diluar jangkaan tetapi sememangnya sudah dirancang daripada awal untuk mengembalikan kuasa kepada UMNO sebagai peneraju utama kerajaan di Putrajaya.

Ia sekaligus akan mematikan langkah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang akhirnya terpaksa menerima hakikat UMNO adalah parti dominan.

Isu kluster mahkamah bukan lagi pertikaian kerana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berdepan pendakwaan melibatkan kes terowong juga sudah berada dalam satu liga bersama Zahid dan beberapa pemimpin UMNO lain yang turut berdepan kes mahkamah.

Dalam keadaan ini, DAP tidak mempunyai pilihan untuk turut menerima UMNO selaku rakan sekutu mereka sama ada secara rasmi atau tidak itu terpulang.

Yang pastinya, DAP akan dikenang sebagai pemain utama yang turut menyumbang kepada kebangkitan UMNO menakluk semula Putrajaya dan sememangnya secara tradisi Presiden UMNO adalah pemegang jawatan PM.

Bagaimanapun, apa akan jadi kepada Anwar selepas Zahid jadi PM?

Anwar tetap akan menjadi Ketua Pembangkang kerana kewibawaannya mengemudi blok tersebut dan tetap akan menjadi cikgu kepada Zahid.

Persoalannya adakah Zahid akan mendapat majoriti untuk dipilih sebagai PM baharu, ia bukan suatu yang mustahil kerana jika parti rakan komponen dalam PN seperti PAS dan Bersatu sebulat suara untuk memilihnya sebagai PM kemudiaan beberapa MP UMNO yang sebelum ini tidak menyokong dan kembali menyokongnya, maka Zahid akan menjadi PM baharu dengan majoriti sama dimiliki seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Cuma Zahid akan perlu memujuk PAS dan Bersatu untuk menyokongnya sebagai calon PM.

Tidak ada salah jika Zahid diberikan peluang kerana dilihat daripada pencapaian dan pengalaman sebelum ini berada dalam kerajaan, Zahid juga mempunyai rekod yang baik cuma biasalah apabila terdapat beberapa kes mahkamah sedang dihadapinya.

Bukankah pemimpin DAP seperti Guan Eng juga berdepan kes mahkamah, jadi apakah salahnya untuk beliau menjadi PM baharu?

Tidaklah DAP terlalu merasakan diri mereka suci dan mendakwa Zahid tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi PM, sudah terbukti ciri-ciri PM dan kepimpinan yang dimilikinya dilihat dalam UMNO.

Monday, August 9, 2021

Penganalisis: PM masih ada jalan, boleh capai persetujuan dengan 'kluster mahkamah'

malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan 9 Aug 2021, 10:07 am
Dikemaskini 10:12 am

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih memiliki beberapa pilihan untuk menyelamatkan kedudukannya, menurut penganalisis politik.

Antaranya adalah mencapai persetujuan dengan pemimpin Umno yang kini berdepan pendakwaan jenayah di mahkamah.

James Chin dari Universiti Tasmania berkata, Muhyiddin juga kini memiliki lebih banyak perkara untuk ditawarkan kepada ahli parlimen agar menyokongnya, susulan peletakan jawatan sejumlah pemimpin Umno untuk pelbagai jawatan, termasuk dua menteri kabinet.

"Apa yang perlu diingat, tak kira sejauh mana mereka (PN dan Umno) bergaduh, persetujuan masih tidak mustahil.

"Muhyiddin masih boleh menukar pendirian dan kata dia akan campur tangan dalam kes mahkamah mereka, dan buat persetujuan untuk membolehkannya kekal setahun lagi.

"Dengan berbuat demikian, ahli parlimen Umno (yang berdepan dakwaan) masih boleh bertanding dalam PRU akan datang. Jika tidak, kalau mereka didapati bersalah di mahkamah, ahli parlimen ini bukan saja kehilangan kerusi tetapi peluang untuk bertanding lagi.

"Jadi mereka akan hilang satu setengah penggal. Inilah yang mereka lawan. Mereka lawan untuk masa depan sebagai wakil rakyat," katanya kepada Malaysiakini.
Muhyiddin kini berdepan laluan sukar untuk mengekalkan pentadbirannya susulan keputusan Umno untuk menarik balik sokongan terhadap PN.

Terdahulu, dia menegaskan masih memiliki sokongan majoriti dan berkata akan membuktikannya menerusi undi percaya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Dia juga mendakwa ada pihak yang mendesaknya untuk campur tangan dalam urusan mahkamah bagi membebaskan beberapa individu yang kini sedang dibicarakan.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama secara khusus, dia dipercayai merujuk kepada sejumlah pemimpin Umno yang didakwa dengan kes rasuah.

Ditanya jika Muhyiddin mampu menarik cukup sokongan menjelang sidang bulan depan, Chin berkata dia tidak dapat menyatakannya secara pasti.

"Anda perlu andakan yang jika anda perdana menteri, ia seperti anda ada kad kredit tanpa had. Anda boleh beli apa saja," katanya lagi.

Bertentangan dengan tanggapan umum, katanya lagi, peletakan jawatan sejumlah pemimpin Umno mutakhir ini bukanlah tanda kelemahan pada perdana menteri, tetapi sebenarnya memberi lebih kuasa kepadanya.
Chin berkata, Muhyiddin kini memiliki lebih banyak yang boleh ditawarkan, yang boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen lain.

"Itu juga sebab dia melantik bekas menteri besar Perak (Ahmad Faizal Azumu) sebagai penasihat khas bertaraf menteri.

"Dia menghantar isyarat yang jika anda setia kepadanya, anda boleh jadi menteri, walaupun tidak secara langsung.

"Dan dengan peletakan jawatan dua menteri Umno, dia boleh tawarkan jawatan itu kepada orang lain," katanya lagi.

Chin berkata lagi, akan timbul satu lagi isu jika Muhyiddin tewas dalam undi percaya nanti.

Dia membangkitkan pembangkang yang masih tidak mencapai persetujuan dalam soal calon perdana menteri untuk menggantikan Muhyiddin.

"Apabila Muhyiddin tewas, speaker akan minta calon pengganti, sesiapa saja di Dewan Rakyat boleh mencalonkannya.

"Malah Dr Mahathir Mohamad, atau anaknya boleh mencalonkannya, atau ada yang kata Tengku Razaleigh Hamzah. Ia terbuka kepada sesiapa saja," katanya lagi.

[Baca berita asal]

Monday, April 19, 2021

Gelar ahli politik ‘kluster mahkamah’ binatang politik, Faiz ‘anjing salakan’ Bersatu, kata Umno

FMT Reporters
-April 19, 2021 6:25 PM

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah berkata, Muhammad Faiz Na’aman harus faham dan terima kenyataan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional adalah kerana sokongan Umno.

PETALING JAYA: Kenyataan kurang ajar Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman, menyifatkan “kluster mahkamah” adalah binatang politik yang mempergunakan ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi, diibaratkan sebagai “anjing salakan”, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah.

Katanya, tindakan “anjing salakan” MPT Bersatu itu amat memalukan dan dilihat kurang bijak walaupun akan ada yang menganggapnya sebagai hak kebebasan bersuara.

“Sikap kurang ajar beliau (Faiz) yang mengeluarkan kenyataan populis boleh akibat hura-hara politik negara ibarat seekor anjing salakan politik,” katanya dalam kenyataan.

Armand berkata, ia tidak sewajarnya berlaku malah Faiz seharusnya belajar menghormati kepimpinan Umno yang membantu membina kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya ingin minta Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan atas keceluparan kenyataan yang beliau keluarkan.

“Anjing salakan ini harus faham dan terima kenyataan penubuhan kerajaan PN ini adalah kerana sokongan Umno, tanpa sokongan Umno tidak mungkin Presiden Bersatu boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, kepimpinan Umno kini semua meletakkan keutamaan untuk fokus mengukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat walaupun sedang diuji dengan pandemik Covid-19, selain menunjukan contoh yang baik pada rakyat dalam situasi terkini.

Terdahulu, Faiz dilaporkan berkata, selain ancaman Covid-19, “kluster mahkamah” yang terdiri daripada sekumpulan ahli politik juga adalah musuh utama negara ketika ini.

Katanya, “kluster mahkamah” itu berselindung di sebalik perjuangan ketuanan Melayu sebagai tirai untuk melindungi ketamakan dan kepentingan peribadi, sama seperti modus operandi kartel tender yang dibanteras Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

“Mereka jugalah antara pengkhianat bangsa yang sanggup menggadai kepentingan negara dan hak Bumiputera serta muslim hingga Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai matlamatnya. Mereka ini kita kenali sebagai ‘kluster mahkamah’,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut siapa ahli politik dimaksudkannya sebagai “kluster mahkamah” itu.

Antara ahli politik yang kini berdepan perbicaraan di mahkamah ialah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden parti itu, Najib Razak.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-