Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Sunday, March 2, 2025

Mat Zin berusia 99 tahun masih 'steady' berpuasa

bahrian.com.my
Oleh Nazdy Harun
bhnews@bh.com.my
Mac 2, 2025
Mat Zin Abdullah, 99, bersama anak, cucu dan cuit ketika ditemui di rumahnya. - Foto NAZDY HARUN.

KUALA NERUS: Walaupun menjangkau usia 100 tahun namun Mat Zin Abdullah, dari Kampung Tiang Kulat, dekat sini, masih 'steady' melaksanakan ibadah puasa.

Mat Zin, 99, berkata, hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya Zainab Mat Ali, mereka dikurniakan 15 cahaya mata.

Beliau berkata, selain mempunyai anak yang ramai dia turut dianugerahkan 100 cucu, 128 cicit dan empat orang cuit yang mana cuit paling bongsu berusia sebulan.

Beliau bersyukur dianugerahkan Allah SWT dengan kesihatan yang baik termasuk penglihatan dan pendengaran yang masih jelas.

"Ibadah berpuasa adalah Rukun Islam keempat dan kita sebagai hamba perlu bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah SWT, justeru ibadah berkenaan perlu dilakukan sebaik mungkin bagi memperoleh keredaan tuhan.

"Walaupun hampir menjangkau usia satu abad, namun saya bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik hingga membolehkan saya melaksanakan ibadah puasa," katanya.

Beliau berkata, setiap kali tibanya bulan Ramadan dia seperti biasa akan melakukan rutin bersahur, bertarawih dan berbuka puasa dengan menjamah hidangan mengikut keperluan sahaja.

Katanya, peluang dipanjangkan usia harus dimanfaatkan untuk menambah amal ibadah kepada pencipta kerana usia yang panjang ditambah dengan kesihatan yang baik adalah satu anugerah dan nikmat.

Justeru, sebagai seorang mukmin kita perlu bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT dan alhamdulillah pada usia sebegini dia masih mampu melakukan ibadah puasa.

"Saya mengamalkan satu petua iaitu merendam daun sirih yang diremuk-remuk ke dalam air sebelum merendam mata buat seketika.

"Ikhtiar itu saya lakukan bagi membuang lendir yang berada pada mata dan dengan izinnya membolehkan pengelihatan saya tidak kabur," katanya.

Sementara itu, menurut anak ke-10, Zubairiah, 50, ayahnya masih aktif dan masih mampu berpuasa seperti biasa memandangkan ayah dianugerahkan kesihatan yang baik.

"Memandangkan kami enam beradik tinggal satu kampung dan bersebelahan rumah ayah jadi kami berpakat membuat jadual untuk menjaga makan minum ayah setiap hari.

"Rutin menjaga makan minum ayah mengikut giliran dilakukan sejak enam tahun lalu dan ia amat menyeronokkan kerana kami adik-beradik mampu berbakti kepada ayah tercinta," katanya.

Beliau berkata, tugasan menyiapkan sarapan untuk ayah akan ditulis pada papan putih yang dilekatkan di dinding rumah ayah.

Zubairiah berkata, konsep yang diterapkan memperlihatkan tanggungjawab seorang anak dalam menjaga kebajikan ayahnya walaupun kesihatan ayah masih baik namun sebagai anak kami ingin melihat ayah sentiasa bahagia di usia emasnya.

"Kami mempunyai keluarga besar dan paling meriah apabila tibanya perayaan Aidilfitri, Aidiladha selain majlis kenduri kahwin kerana kami semua dapat berkumpul dalam satu keluarga.

"Alhamdulillah, ayah dikurniakan kesihatan yang baik iaitu tidak mempunyai sebarang penyakit ditambah pendengaran dan penglihatan juga baik serta tidak nyanyuk," katanya.

Thursday, February 27, 2025

ULASAN | Puasa dan ‘intermittent fasting’: Serupa tapi berbeza

malaysiakini.com
Hamidah Mat
Diterbitkan: Feb 27, 2025 9:00 AM
Bayangkan seorang pekerja yang bekerja sepanjang tahun tanpa cuti. Setiap hari, dari pagi hingga ke malam, pekerja tersebut perlu menyelesaikan tugas-tugas berat tanpa henti.

Lama-kelamaan, tenaganya semakin berkurang, mentalnya makin penat, tahap stres meningkat, dan akhirnya dirinya berisiko mengalami keletihan yang melampau. Begitulah juga organ-organ dalam tubuh manusia, khususnya sistem pencernaan, yang sentiasa bekerja tanpa rehat.

Setiap kali kita makan, perut, usus, hati, dan pankreas perlu bertungkus-lumus memproses makanan, menyerap nutrien, dan membuang sisa toksin. Jika tiada tempoh rehat, sistem ini boleh mengalami tekanan berlebihan, meningkatkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes, dan masalah pencernaan.

Allah Maha Pemurah, Yang Maha Menciptakan semua ini kepada hambanya tanpa perlu bayar mahupun usaha. Proses makan yang penting untuk kelangsungan hidup ini berlaku tanpa perlu kawalan. Namun, nikmat ini perlu diselenggara dan dipelihara.

‘Healing’ untuk tubuh

Amalan puasa berperanan sebagai ‘healing’ kepada tubuh, memberikan peluang kepada organ-organ dalaman untuk memperbaiki diri dan berfungsi dengan lebih baik. Islam telah menetapkan ibadah puasa sebagai satu kewajipan dalam bulan Ramadan, bukan sekadar untuk membentuk ketakwaan tetapi juga sebagai satu bentuk ‘reset’ bagi tubuh dan jiwa.

Sebagaimana yang saya nukilkan dalam buku Anatomi Puasa, puasa ialah ibadah klasik, istimewa dan unik kerana puasa bukan hanya ibadah yang bermotifkan spiritual, malah menyumbang kepada penyelenggaraan fizikal tubuh badan dan emosi manusia.
Taqwa yang disasarkan dalam ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan adalah ibadah berbagai rampang. Tidaklah pelik, kerana taqwa dan “birr” seringkali digandingkan dalam ayat-ayat al-Quran mempunyai makna yang hampir iaitu kebaikan. Maka termasuklah dalam kebaikan puasa ialah manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia.

Dalam Islam, puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum tetapi juga mengawal emosi, nafsu, dan tingkah laku. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Ayat ini menunjukkan bahawa tujuan utama puasa dalam Islam adalah untuk meningkatkan ketakwaan dan memperkukuh hubungan manusia dengan Allah SWT. Taqwa, ibarat dinamo bagi diri seorang muslim yang akan menentukan tingkah laku terhadap Allah Taala dan sesama manusia.

IF amalan pemakanan menuju sihat

Di sisi lain, amalan pemakanan moden seperti intermittent fasting (IF) juga diiktiraf dalam dunia perubatan sebagai pendekatan yang berkesan untuk meningkatkan kesihatan.

IF juga dikenali sebagai puasa terapeutik yang merupakan satu usaha untuk mengekalkan gaya hidup sihat bagi memastikan kesihatan tubuh badan.

Salah satu prinsip asas IF adalah menghadkan pengambilan makanan dalam tempoh tertentu, tetapi masih dibenarkan untuk minum air kosong yang tidak mengandungi gula atau bahan tambahan lain.

Terdapat beberapa jenis IF yang diamalkan pada masa kini. Bentuk IF yang sering dilakukan ialah kaedah 5:2, iaitu mengurangkan pengambilan makanan selama dua hari dalam seminggu, serta kaedah 16:8, iaitu berpuasa selama 16 jam setiap hari dan hanya makan dalam tempoh 8 jam.

IF dapat merangsang autophagy, iaitu proses pembersihan sel yang membantu memperbaiki sel rosak dalam tubuh. Detoksifikasi juga berlaku secara semula jadi dalam tubuh manusia yang mengamalkan ‘intermittent’ fasting secara rutin, sekali gus meningkatkan sistem imun.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat penurunan berat badan yang ketara dalam kalangan individu yang mengamalkan IF.

Dua-duanya ada manfaat besar

Puasa bukan sekadar ibadah, tetapi juga memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa puasa membantu menstabilkan sistem pencernaan dengan memberi rehat kepada organ yang bekerja tanpa henti. Ia juga berkesan dalam merawat penyakit radang seperti kolitis dan gastritis, kerana mampu menormalkan tahap asid perut dan meningkatkan keseimbangan mikrobiota usus.

Selain itu, puasa merangsang proses autofagi, iaitu mekanisme pembersihan sel yang rosak dalam badan, sekali gus meningkatkan sistem imun dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit degeneratif.

Selain manfaat dalaman, puasa juga memainkan peranan penting dalam mengawal berat badan dan kesihatan metabolik. Ia membantu mengurangkan lemak badan dengan membakar simpanan tenaga berlebihan, sekali gus mencegah obesiti.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan puasa secara berkala, sama ada puasa Ramadan atau intermittent fasting, mengalami penurunan berat badan yang ketara serta tahap kolesterol LDL yang lebih rendah.

Di samping itu, puasa membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko diabetes mellitus jenis 2 dengan menstabilkan paras gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.

Dari aspek kardiovaskular, puasa memberi kesan positif terhadap kesihatan salur darah dengan meningkatkan keanjalan endotelium dan merangsang pengeluaran nitric oxide (NO), yang penting dalam mencegah hipertensi dan penyakit jantung.

Kajian juga menunjukkan bahawa puasa boleh mengurangkan tahap stres oksidatif, yang menjadi punca utama pelbagai penyakit kronik. Dengan semua manfaat ini, dapat disimpulkan bahawa puasa bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, tetapi juga menjadi satu bentuk terapi semula jadi yang berkesan dalam mengekalkan kesejahteraan tubuh badan secara menyeluruh.

Spiritual dan psikologi dalam puasa

Puasa dalam Islam bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan fizikal tetapi juga memberi kesan mendalam terhadap aspek spiritual dan psikologi seseorang. Berpuasa mengajarkan kesabaran, disiplin, serta menanamkan rasa empati terhadap golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Islam menekankan kepentingan menjaga hati dan akhlak ketika berpuasa, sebagaimana sabda Nabi SAW:

"Jika seseorang di antara kamu berpuasa, maka janganlah ia berkata keji dan janganlah ia bertengkar. Jika seseorang mencelanya atau menyerangnya, hendaklah ia berkata: ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa’." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

Sebaliknya, IF lebih bersifat peribadi dan tidak mempunyai dimensi spiritual yang sama seperti puasa dalam Islam. Walaupun IF boleh meningkatkan fokus dan ketahanan mental kerana perubahan hormon dalam badan, ia tidak melibatkan aspek ibadah atau hubungan dengan Tuhan.

Oleh itu, puasa Islam bukan sekadar amalan kesihatan tetapi juga satu bentuk penyucian jiwa yang menyeluruh. Namun jika IF dilakukan demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri, amalan ini selari dengan apa yang diajar oleh syariah untuk menjaga tubuh dan nyawa yang sentiasa perlu diselenggara.

HAMIDAH MAT IALAH dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Open university Malaysia (OUM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Wednesday, February 26, 2025

Tafsiran PMX bersandar dalil Al-Quran tak tepat

harakahdaily.net
February 26, 2025
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa pihak autoriti agama supaya mengambil langkah menegur Perdana Menteri yang menyandarkan pandangannya kepada dalil Al-Quran secara tidak tepat dan menyalahi disiplin tafsir Al-Quran.

Ketua Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, ayat berpuasa ‘sepertimana umat terdahulu’ tidak harus menjadi sandaran hujah bahawa orang bukan-Islam juga berpuasa sepertimana umat Islam berpuasa.

“Kenyataan PMX (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) jelas terdapat kekeliruan yang nyata. Maksud ‘umat yang terdahulu berpuasa’ dalam ayat Al-Quran tersebut adalah atas dasar syariat, ketauhidan dan kepatuhan ke atas ajaran Islam.

“Umat Nabi Nuh AS juga disyariatkan berpuasa, begitu juga jalur kenabian daripada Nabi Ibrahim AS dan umat-umat yang lahir selepasnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, ayat tersebut memberikan gambaran bahawa perintah berpuasa sudah ada sebelum disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad SAW.

“Ia tidak boleh ditafsirkan bahawa golongan bukan-Islam juga berpuasa dengan disandarkan kepada ayat ‘umat terdahulu juga berpuasa’.

“Puasa yang diamalkan oleh golongan bukan-Islam sepertimana puasa 40 hari sebelum Hari Easter dalam ajaran Kristian, puasa orang Yahudi mahupun dalam agama Hindu tidak sama dengan ajaran tauhid yang terdapat dalam agama Islam.


“Malah, dalam konteks perubatan juga ada istilah berpuasa. Namun, persamaan ini hanya dari sudut literal, bukan dari sudut istilah pensyariatan.

“Justeru, menyandarkan maksud puasa tersebut dalam satu bakul semua agama berpuasa apatah lagi menggunakan ayat Al-Quran sebagai hujah adalah perbuatan yang tidak beradab,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa pihaknya ingin menyatakan teguran kepada PMX di atas kekhilafan beliau yang menafsirkan ayat tersebut dan meletakkannya dalam konteks salah.

“Malah, sewajarnya pihak autoriti agama yang menasihati PMX sendiri seharusnya menangani salah faham ini sebelum ia terus merebak dan merosakkan pandang sisi masyarakat terhadap pensyariatan berpuasa,” katanya. 

HARAKAHDAILY 26/2/2025

Thursday, March 14, 2024

Pemimpin PN tak sepakat isu tutup kantin

malaysiakini.com
Shamz Johan & Zarrah Morden & Isabelle Leong
Diterbitkan: Mar 14, 2024 1:52 PM
Isu kantin sekolah yang dibenar beroperasi sepanjang bulan Ramadan mendapat reaksi berbeza dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Presiden Gerakan, Dominic Lau berkata parti itu tidak berkongsi pandangan sama dengan PAS yang menganggap tindakan tersebut sebagai tidak menghormati bulan Ramadan dan sengaja mencetuskan polemik.

"Saya rasa kita mempunyai interpretasi berbeza dalam perkara ini. Tiada siapa yang salah dan bukan semua pandangan perlu dikritik.

"Bagi kantin sekolah, biarlah ia beroperasi. Apa yang penting adalah nilai hormat menghormati kepercayaan dan amalan keagamaan dalam kalangan pelajar," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahaya mendakwa arahan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek supaya kantin sekolah mesti beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan sebagai keterlaluan.

Katanya, arahan itu seolah-olah sengaja mencetuskan polemik sedangkan pelajar bukan Islam boleh membawa bekal makanan dan makan di ruangan yang dibenarkan.

“Perkara sebegini hanyalah mencetuskan polemik tidak perlu dan membuang masa,” katanya pada Selasa.

Namun, Fadhlina menegaskan bahawa langkah itu bagi membolehkan pelajar bukan Islam dapat makan dengan selesa.

“Saya tidak mahu anak-anak (pelajar) bukan Islam makan di dalam stor dan tempat yang tidak sepatutnya, padahal semua sekolah ada kantin.

“Kita (kementerian) sarankan kantin dibuka sepanjang Ramadan khususnya bagi sekolah yang mempunyai anak-anak bukan Islam,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat, semalam.

Tambah Dominic lagi, parti Gerakan berpegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan yang memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia kebebasan dalam beragama.

Sementara itu, seorang pemimpin Bersatu menyokong pendirian PAS dalam isu tersebut.

Bercakap atas kapasiti peribadi, Razali Idris berkata dia tidak bersetuju dengan saranan untuk membenarkan kantin dibuka semasa bulan Ramadan.

Menurutnya, pelajar bukan Islam sepatutnya boleh menguruskan diri sendiri kerana amalan berpuasa di bulan Ramadan merupakan kewajiban yang menjadi rutin umat Islam setiap tahun.
"Murid bukan Islam boleh menguruskan diri sendiri ketika bulan Ramadan dan mereka kena faham rutin tahunan murid Islam akan berpuasa pada masa ini.

"Tapi tak perlulah sampai minta mereka makan di stor, boleh makan di kantin tapi kantin tak dibuka dan berjualan macam biasa," katanya yang juga Ketua Penerangan Bersatu.

Tambahnya lagi, pendirian ini tidak ditujukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ataupun Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tapi kepada sekolah harian.

Razali berkata jika terdapat kes murid bukan Islam diarah makan di stor atau tempat-tempat yang tidak sepatutnya, pihak kementerian perlu mengambil tindakan.

"Kita mahukan supaya ada kelainan sempena bulan Ramadan dan mengajar murid dari peringkat awal tentang amalan menghormati bulan Ramadan.

"Yang Menteri kata semalam, pada saya, kalau ada pelajar yang diarah makan di stor, itu perlu ambil tindakan pada pengetuanya. Kenapa kena makan di stor? Sekolah mana? nyatakan. boleh makan di kantin. cuma kantin tidak buka. itu sahaja," tambahnya.

Tuesday, March 28, 2023

CARA BERSIHKAN BUAH KURMA SEBELUM MAKAN

siraplimau.com
ByHaidatina Aznam
Posted on March 28, 2023

Buah Kurma Bukan Boleh Main Basuh Je, Ikut Step Ini Barulah Betul-Betul Bersih!
Kurma merupakan antara makanan sunnah yang mengandungi vitamin, karbohidrat, vitamin dan anti oksidan yang mampu menjadi pelindung untuk penyakit berbahaya. Walaupun kurma mempunyai banyak kebaikan namun perlu diingatkan supaya membersihkan kurma terlebih dahulu sebelum makan.

Jangan risau, rasa dan khasiat kurma tidak terjejas jika anda membasuhnya. Buat anda yang tak tahu, ini cara bersihkan buah kurma sebelum makan. Amalkan ya!

Seperti mana buah-buahan lain, kurma juga perlu dibasuh sebelum makan. Ini kerana kurma mungkin ada kesan pasir dan habuk.

Sebenarnya penjual dan pembekal sendiri disarankan untuk mencuci kurma sebelum makan. Cuma, pembekal tidak mencuci kerana bimbang rosak akibat kelembapan tinggi.

Mudah sahaja membersihkan kurma, ini caranya:

1. Rendam terlebih dahulu dalam air garam dalam 5 hingga 10 minit.

2. Bilas dengan air bersih dan tapis.

3. Jemur semula di bawah panas terik matahari (kurma akan kembali juicy) atau boleh dimakan begitu sahaja.

Untuk penyimpanan, boleh simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Sebelum makan, jangan lupa untuk mengopek dahulu buah kurma agar tiada sebarang serangga tersembunyi di bahagian dalam. Semoga artikel ini memberi manfaat buat pembaca di luar sana.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Pengunjung ramai tetapi peniaga bazar Ramadan mengeluh kerugian

satuberita.my
By SatuBerita
-March 28, 2023
Beberapa pelanggan membeli pulut mangga sebagai juadah berbuka puasa semasa berkunjung di Bazar Ramadan Bandar Baru Ampang, 27 Mac .Gambar Malaysianow.

AZMI dan ibu mertuanya, Makcik Maimon teruja untuk berniaga di bazar Ramadan sempena sebulan berpuasa sejak Januari tahun ini.

Mereka berdua duduk berbincang tentang menu-menu yang ingin dijual, membuat kiraan tentang modal jualan dan mencari pembantu di gerai yang akan dibuka.

Selain itu, isteri Azmi akan memfokuskan kepada urusan rumah tangga sepanjang proses persediaan sebelum dan semasa jual beli.

Tahun ini, Azmi berjaya mendapatkan tapak niaga di bazar Presint 14, Putrajaya bagi kali keempat dengan kali terakhir meniaga pada tahun 2021.

Dia dan ibu mertuanya sudah menjual nasi tomato, nasi beriani Johor dan soto sejak lebih 20 tahun lalu di pasar-pasar malam.

Menurutnya, bazar Ramadan memang menjadi acara paling ditunggu-tunggu oleh mereka pada setiap tahun kerana jual beli makanan dalam tempoh satu bulan penuh.

“Tapi tahun ni, masuk hari kedua puasa saya dah tawarkan kepada sesiapa yang mahu sewa bersama tapak bazar saya.

“Saya rugi banyak dan tak mampu nak tampung rugi lagi. Lebih baik kongsi rezeki dengan sesiapa yang nak berjual tapi tak ada kekosongan tapak (jualan),” katanya kepada MalaysiaNow sewaktu tinjauan ke bazar tersebut pada Isnin.

Menurut Azmi, dia dan ibu mertuanya menanggung kerugian kira-kira RM300 sehari kerana makanan yang tidak habis dijual.

Lebih menyedihkan, makanan yang dihasilkan tidak boleh dijual semula pada keesokan harinya.

Mereka akhirnya menyumbang makanan-makanan yang tidak habis dijual kepada golongan yang memerlukan ataupun diserahkan kepada kumpulan sukarelawan di bazar yang akan menghantar makanan itu ke lokasi tertentu.

Tinjauan MalaysiaNow di beberapa tapak bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang mendapati kunjungan pembeli tidak putus seawal pukul 4 petang.

Di Presint 14, keadaan pengunjung menjadi amat sesak selepas tamat waktu pejabat-pejabat kementerian sekitar 4.30 petang.

Sebuah tapak bazar di Seri Kembangan dan Subang Jaya, Selangor juga meriah sehingga sukar untuk mendapatkan ruang parkir kenderaan.

Bagaimanapun, para peniaga yang ditemui MalaysiaNow berkata, bilangan pengunjung yang berpusu-pusu ke tapak bazar tidak membantu dalam hasil jualan mereka.

Bercakap kepada MalaysiaNow, peniaga air buah, Rahimi berkata mereka yang datang sudah mempunyai senarai makanan yang ingin dibeli terutamanya kuih-muih atau lauk pauk yang sudah siap dimasak.

Atas sebab itu, katanya, tidak menghairankan apabila kedai yang menjual aneka kuih boleh menghabiskan jualan seawal jam 5 petang.

“Lepas tu, kedai makanan macam martabak, roti john dan makanan bergoreng dapat sambutan.

“Sebab murah dan boleh makan ramai.”

Pemerhatiannya sejak beberapa tahun lalu selepas pandemik mendapati tidak ramai pengunjung yang datang ke bazar untuk memperuntukkan wang yang banyak.

“Paling maksimum dalam RM10 hingga RM20 bagi mereka yang berkeluarga.

“Bajet sebanyak tu memang boleh dapat roti john atau martabak dan kuih-muih.”

Berbeza dengan pelanggan bujang, mereka kebiasaannya datang membeli menu yang sama seperti set nasi, air dan kuih.

“Jarang la nampak orang bujang belanja sakan di bazar. Kalau banyak pun mungkin dibungkus untuk makan sahur sekali,” katanya.

Mana ‘Menu Rahmah’?

Berbalik kepada Azmi dan ibu mertuanya, disebabkan amaran pihak kerajaan dan berkuasa supaya peniaga tidak meletakkan harga yang tinggi pada jualan menyebabkan keadaannya tersepit.

Oleh itu, bermula pada Isnin mereka hanya menjual nasi tomato yang disifatkan sebagai rendah modal dan mudah dimasak.

Menu jualan tradisi mereka sejak dua dekad lalu iaitu nasi beriani dan soto.

Katanya, modal untuk menyediakan kedua-dua menu itu amat tinggi dan apabila tidak habis dijual ianya akan mengganggu aliran kewangan perniagaan mereka yang perlu bertahan untuk tempoh tiga minggu lagi.

“Pelanggan datang beli lauk kambing sahaja dah cecah RM20. Kalau nak tambah ayam dalam RM8 hingga RM10 ikut saiz.

“Mahal. Mereka rasa lebih baik masak sendiri. Saya tak salahkan mereka, mereka betul.

“Tapi modal saya tinggi, takkan saya nak jual harga murah? Lebih baik saya buat kenduri ajak orang makan,” katanya.

Peniaga makanan bergoreng di sebelah tapak Azmi setuju dengan kenyataan itu.

Memperkenalkan diri sebagai Nur Syamila, dia berkata pelanggan yang rajin memasak di rumah tidak akan mencari “menu Rahmah” di bazar Ramadan kerana maklum tentang harga barangan yang serba serbi mahal.

“Mereka tak tanya, mana Menu Rahmah kepada peniaga sebab mereka tahu sukar nak dapatkan set nasi dengan harga yang rendah.

“Cubalah juga tanya, mana tahu ada gerai jual makanan ringan yang buat menu serendah RM5 tapi bukan makanan berat seperti nasi.”

Menurut Syamila lagi, disebabkan modal yang tinggi dan harga tapak sewaan meningkat tidak pelik mengapa ramai peniaga mula menjauhkan diri daripada bazar Ramadan.

“Sama ada mereka buka sendiri tapak di kawasan tertentu atau ambil pesanan secara dalam talian.”

Monday, March 27, 2023

Ini cara merantai nafsu dalam bulan Ramadan

utusantv.com
Oleh Azrin Wahid
-March 27, 2023
Dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. bersabda, “Apabila tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu Rahmat dan ditutup pintu-pintu Jahannam serta dirantai golongan syaitan.”(HR al-Imam Muslim)

Syaitan dirantai tapi nafsu manusia itu tidak dirantai. Itu menandakan bahawa nafsu manusia itu lebih jahat daripada syaitan. Yang hendak makan dan berbuat jahat pada bulan puasa bukannya syaitan tapi nafsu. Syaitan itu memang dirantai tetapi disebabkan kita ada hubungan dengan syaitan, maka mereka hanya berbisik saja maka kita pun menurut kata nafsu.

Menurut Pengasas Sipiritual NLP Training, Dr. Azhar Sarip, syaitan dirantai itu menunjukkan betapa senangnya untuk melawan syaitan. Apabila kita duduk di dalam gelombang rendah maka syaitan itu tidak mampu mendekati. Bila kita berpuasa gelombang otak turun kepada Theta.

Sebenarnya yang perlu dikuasai adalah musuh yang tidak nyata iaitu nafsu. Paling hebat jika kita dapat melawannya maka ketika itu dikatakan jihad paling besar. Dan ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah,“

Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambung mu”

Nafsu ini telah diajarkan oleh Allah bagaimana untuk melawannya. Bulan Ramadan adalah latihan untuk melawan nafsu dan berupaya untuk menguasainya selama setahun. Jika kita tidak boleh mengawal nafsu maka kita tidak boleh mengawal syaitan.

Allah hendak tunjuk bahawa syaitan itu dirantai tetapi manusia masih berbuat jahat kerana kegagalannya untuk menguasai nafsunya. Kita baca balik sejarah Sayidina Abu Bakar, yang amat ditakuti oleh iblis sebelum dia masuk Islam apatah lagi setelah dia masuk Islam..

Pun begitu, untuk menundukkan nafsu itu amat sukar, namun itulah yang paling dipandang ringan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata dan kita akan sentiasa berhati-hati serta bersedia untuk menghadapinya. Yang paling bahaya adalah musuh di dalam selimut iaitu nafsu.

Syaitan telah dirantai tetapi mulutnya tetap mengumpat orang, dengki, khianat dan mengeluarkan kata-kata sesat. Itu kerana mereka tidak faham hakikat puasa, bahawa ia bukan sekadar puasa zahir tetapi puasa roh.

Orang yang berpuasa jiwa maka zahirnya akan ikut tetapi orang yang berpuasa zahir maka jiwanya tidak akan ikut. Sia-sialah orang yang menahan lapar dan dahaga hingga ke petang kalau jiwanya tidak berpuasa.

Bagaimana untuk melawan nafsu?

Duduk dengan Allah dan perbanyakan doa, jawapan yang ringkas dilontarkan oleh Dr.Azhar. Apabila kita cuba melawan nafsu dengan fikiran maka akan sia-sia. Kerana nafsu itu adalah makhluk Allah yang hanya boleh dilawan jika kita bersama Allah.

Allah ajar cara untuk melawan nafsu terutamanya pada waktu siang kerana ketika itu nafsu paling banyak. Jadi sesiapa yang berdoa pada waktu siang di bulan Ramadan maka doanya mustajab.

Maka di situ Allah telah ajarkan untuk melawan nafsu adalah dengan berdoa, bercakap dengan Nya, selalu bersama Nya, mendekatkan diri dengan Nya maka ketika itu nafsu akan jatuh dan tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itulah kita boleh rantai nafsu itu.

Pada waktu siang itu kita kena lebih banyak bercakap dengan Allah caranya adalah dengan berdoa, sia-sialah jika membiarkan waktu itu berlalu begitu saja tanpa dipenuhi dengan doa kerana ia adalah zon makbul doa.

Mintalah kepada Nya walaupun apa saja, jangan disia-siakan, doa itu tidak semestinya di dalam bahasa Arab. Jadikan Allah teman untuk berbicara. Itulah rahmat Allah yang tidak terhingga. Wallahu a’lam

Thursday, March 23, 2023

Puasa Ramadan selami penderitaan fakir miskin

bebasnews.my
By Nazeri Nong Samah
-23/03/2023
Photo by mohamed_hassan on Pixabay Gambar hiasan

MENUNAIKAN ibadah puasa wajib sepanjang bulan suci Ramadan bagi umat Islam yang tidak keuzuran, pasti dapat menyerlahkan falsafah untuk memberi keinsafan mengenai penderitaan lapar dan dahaga ditanggung oleh golongan fakir miskin, termasuk anak-anak yatim.

Dalil wajib puasa Ramadan berpandukan Firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang berimam, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 183).

Tanpa perintah yang ditetapkan oleh Allah SWT menerusi Rukun Islam ke-3 agar umat Islam wajib menunaikan puasa Ramadan itu, maka golongan berada hidup senang tidak akan dapat menyelami denyut nadi penderitaan golongan fakir miskin berlapar dahaga serta kesedihan anak-anak yatim atau yatim piatu yang kematian kedua-dua ibu bapa mereka.

Namun dengan adanya pengajaran daripada hikmah puasa Ramadan menahan lapar dan dahaga itu, maka golongan yang mewah dan berkemampuan akan berlumba-lumba untuk menghulurkan sedekah berupa makanan diterjemahkan menerusi penganjuran majlis berbuka puasa, menghulurkan wang tunai dan pakaian baharu untuk persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta pelbagai kaedah lain bagi membantu golongan kurang bernasib baik tersebut.

Seperti yang termaktub dalam peraturan berpuasa Ramadan itu, ia wajib dilakukan dengan lafaz niat ketika bersahur untuk ibadah tersebut, selain menetapkan wajib dilakukan oleh umat Islam yang sudah akil baligh (cukup umur, lazimnya bagi budak lelaki yang sudah ada air mani, manakala perempuan yang sudah datang haid).

Bagi perkara yang membatalkan puasa siang hari itu antaranya ialah makan dan minum dengan sengaja, selain memasukan air, asap rokok (merokok rokok) dan lain-lain objek ke dalam rongga tubuh, termasuklah bersetubuh (melakukan hubungan seks).

Dalam pada itu puasa tidak wajib bagi orang gila dan mereka dalam keuzuran (terlantar sakit), manakala keuzuran dalam konteks wanita ialah mereka yang datang haid, tetapi wajib menyambung puasa selepas suci daripada haid dan nifas, selain ‘puasa ganti’ selepas Ramadan, begitu juga dengan orang yang sakit kembali sihat wajib qada’ (puasa ganti) sebelum hadir Ramadan tahun berikutnya.

Bagi orang tua yang uzur (sakit) tiada harapan untuk sembuh, maka kaedah lain untuk menebus kegagalan puasa mereka ialah secara ‘fidyah’ iaitu perlu memberi makan kepada orang miskin mengikut sukatan tertentu makanan asasi setiap hari mengikut jumlah hari tidak berpuasa.

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari tertentu (selama 29 atau 30 hari), maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari tidak berpuasa) itu pada hari-hari yang lain dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah satu kebaikan baginya dan (walaupun demikian), berpuasa itu lebih baik daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 184).

Bagaimanapun sesuai dengan aliran zaman, nilai sukatan makanan untuk ‘fidyah’ boleh ditukar dengan kaedah bayaran menggunakan wang mengikut nilai semasa makanan asasi di sesebuah negara.

Bagi menunaikan ibadah puasa Ramdan itu sebaik-baiknya perlu mengikut sunnah Rasulullah SAW (iaitu junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW) agar kita memperoleh ganjaran besar pahala kurniaan oleh Allah SWT.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat yang besar.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Ada pelbagai kaedah bersahur sama ada makan makanan yang lebih mengenyangkan seperti nasi dan roti banyak mengandungi karbohidrat pembekal tenaga seharian siang berpuasa.

Namun bagi Rasulullah SAW, terdapat riwayat bahawa yang penting baginya ialah bersahur kerana adakalanya baginda hanya bersahur dengan meminum air dan makan beberapa biji kurma kaya mineral sebagai pemberi tenaga sepanjang tempoh siang hari berpuasa.

Adalah digalakkan juga agar umat Islam melambatkan makan sahur sehingga suntuk kepada berakhirnya waktu sahur menjelang masuk waktu solat Subuh.

Malangnya ramai umat Islam yang malas bangun tidur untuk bersahur, lalu menganggap ‘makan tengah malam’ itu sebagai bersahur dan terus melayan nikmat tidur sehingga terbabas tidur hingga fajar menyingsing tidak sempat solat Subuh.

Justeru daripada Amru bin al-‘As r.a. meriwayatkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”

Bagi menguatkan fakta perbandingan tersebut, Abu Daud meriwayatkan terdapat hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Agama akan sentiasa nampak syiarnya dengan nyata selamanya orang Islam berbuka puasa dengan segera, (berlainan) orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya.”

BebasNews


Nazeri Nong Samah
NAZERI NONG SAMAH berasal dari Jerantut, Pahang. Mula bergiat dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah rendah darjah lima (1971). Selepas tamat tingkatan 5 (1976) menjadi penulis sambilan di akhbar Kumpulan Utusan Melayu. Menjadi pemberita tetap dengan akhbar Utusan Malaysia selama 36 tahun (1982-2018).

Friday, April 1, 2022

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa 3 April

freemalaysiatoday.com
Bernama
-April 1, 2022 8:37 PM

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan 1 Ramadan jatuh pada Ahad ini.
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad (3 April), demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Ahad, menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, setelah diperkenankan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja menerusi kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini (Jumaat) bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan itu turut menyatakan proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara, antaranya di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Setelah dua tahun umat Islam di negara ini menyambut Ramadan dalam keadaan negara masih berdepan pandemik Covid-19, kali ini ia akan disambut dalam fasa peralihan ke endemik yang bermula hari ini.

Monday, March 28, 2022

Penjara dua tahun, denda RM2,000 kepada individu tak berpuasa di Kelantan

ismaweb.net
Ainul Illia


60 penguat kuasa JAHEAIK buat pemantauan di 50 lokasi panas

KOTA BHARU, 25 Syaaban 1443H, Isnin – Umat Islam di Kelantan yang ditangkap kerana tidak berpuasa pada bulan Ramadan bakal berdepan hukuman lebih berat mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dr Hasnan Ramli berkata, Seksyen 10 enakmen tersebut, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

“Sebelum ini, hukuman bagi kesalahan tidak berpuasa hanya denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun, tetapi kali ini hukuman lebih berat menanti pesalah selepas enakmen itu baharu diluluskan November lepas.

“Sepanjang Ramadan ini juga, 60 penguat kuasa JAHEAIK akan menjalankan pemantauan di kira-kira 50 lokasi panas, dengan dibantu 700 sukarelawan Skuad Amru,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rompi kepada anggota penguat kuasa Undang-Undang Syariah Kelantan di Balai Islam Lundang di sini, hari ini.

10 juadah popular di bazar Ramadan bakal naik harga tahun ini

themalaysialife.com
March 28, 2022 1:45 pm
10 juadah popular di bazar Ramadan bakal naik harga tahun ini. Semestinya bazar Ramadan akan menjadi tumpuan utama orang ramai tahun ini memandangkan kita memasuki fasa endemik.

Namun, 10 juadah yang popular dalam kalangan orang ramai dijangka mengalami kenaikan harga berikutan kos bahan mentah untuk menghasilkan makanan itu yang melonjak ketika ini.

Menerusi Sinar Ahad, antara juadah tersebut ialah roti john, martabak, kuih talam, tepung pelita, lepat pisang, puding karamel, masakan ayam, masakan ikan, ayam golek dan pelbagai jenis air.


Perkara tersebut diakui peniaga, Aminah Zakaria, 66, yang berpandangan kenaikan harga juadah seperti kuih muih dan lauk pauk terpaksa dilakukan ekoran kenaikan harga barang mentah di pasaran.

Katanya, kenaikan harga bermula dari 50 sen hingga RM2 terpaksa dibuat peniaga mengikut jenis juadah yang dijual.

“Tahun ini saya akan naikkan harga lauk pauk dan kuih muih yang dijual bagi menampung kos bahan mentah serta barangan asas yang tinggi ekoran kenaikan harga di pasaran.
“Jika dulu saya boleh jual sebiji kuih contohnya lepat pisang dan kuih bertalam dengan harga 40 sen sebiji, tetapi tahun ini saya terpaksa jual 70 sen hingga RM1 sebiji.
“Begitu juga dengan kuih tepung pelita yang menjadi kegemaran ramai, kalau dulu boleh jual lima biji RM3.50 tetapi tahun ini akan jual RM5 untuk jumlah sama,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, kenaikan harga juadah tidak terhad kepada jenis makanan sahaja malah harga jualan air pelbagai perisa juga akan dinaikkan.

Katanya, harga jualan teh ais madu sebelum ini ditetapkan RM3.50 secawan namun pada Ramadan nanti akan dijual pada harga RM5 sebungkus.
Sementara itu bagi Rohaida Abu, 30, lauk pauk yang dijual pada tahun ini akan dinaikkan antara RM1 hingga RM2 mengikut kuantiti yang diminta pelanggan.

“Nasi lemak ayam goreng berempah tahun ini dijual pada harga RM6 berbanding tahun lalu iaitu RM5 mengikut saiz potongan, begitu juga lauk ikan naik RM1 hingga RM2 seekor mengikut saiz dan harga pasaran semasa.

“Peniaga bukan sengaja mahu naikkan harga jualan, tetapi kena tampung kos bahan mentah yang meningkat,” ujarnya.
Semestinya kenaikan harga barang mentah ini memberi kesan tidak hanya kepada penjual malah kepada pembeli. Pembeli mungkin akan lebih berhati-hati dan tidak rambang mata ketika membeli di bazar ramadan.

Namun diharapkan agar kerajaan dapat mengawal harga bahan mentah kerana peniaga tidak akan menurunkan harga selepas ini walaupun harga bahan mentah sudah turun.

Wednesday, May 5, 2021

Sekumpulan wanita kantoi makan di bulan puasa, alasan ikut hukum dari Al-Quran

tuncarlos.com
May 04, 2021 


SEORANG wanita merakam 4 orang wanita Islam yang bertudung makan di sebuah restoran non- muslim.

Wanita tersebut berasa kesal melihat mereka makan di bulan puasa di restoran tersebut tanpa menghormati umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.

Wanita tersebut turut menyatakan perbuatan tersebut memalukan Islam apabila kesemua wanita tersebut juga mengenakan tudung.

Namun seorang daripada wanita tersebut menyatakan “saya tidak ikut hukum fekah, saya ikut hukum al-Quran”.


Namun wanita tersebut menyatakan dalam Islam berpuasa ialah wajib. Puasa merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam.

Namun wanita tersebut tetap menegaskan hukum berpuasa bagi mereka berbeza dan tidak sama seperti di Malaysia kerana mereka mengikut hukum daripada Al-Quran.

Wanita (perakam) tersebut bertanya hukum mana awak belajar?

Wanita tersebut menjawab, nanti saya jawab dengan Allah.

Wanita yang merakam ini bersumpah dengan nama Allah yang dia telah menegur mereka dan mereka harus bertanggungjawab sendiri di hadapan Allah di akhirat kelak.

Wanita tersebut juga menyatakan ia akan menyebarkan video ini di media ꜱᴏꜱɪᴀʟ.

Hukum berpuasa di mana-mana sahaja tetap sama dan tidak berbeza. Ia merupakan kewajipan bagi orang Islam yang telah akil baligh dan tiada keuzuran untuk menghalangnya daripada berpuasa.

Berdosa besar sekiranya sengaja untuk tidak berpuasa. Moga semua mereka ini diberi hidayah daripada Allah.
video:

Sumber: MediaBawang

Tuesday, June 4, 2019

Islam jadi alat politik kepartian secara berleluasa

Dr Mohd Asr Zainul Abidin


ULASAN | Ramai yang mendesak saya mengulas mengenai beberapa isu panas seperti berbuka puasa di rumah ibadah agama lain, bukan muslim menyampaikan zakat dan seumpamanya.

Semua ini asalnya isu fikah atau hukum yang telah bertukar menjadi isu politik kepartian. Untuk itu, saya ingin menarik perhatian kepada beberapa perkara berikut dalam memahami isu-isu ini.

Islam itu membimbing semua aspek kehidupan manusia termasuk politik. Islam itu bukan semuanya politik, namun politik mestilah tidak bercanggahan dengan Islam yang penuh maslahah untuk manusia.

Parti politik perlu mematuhi ajaran Islam, bukan parti politik menentukan hukum-hakam Islam sesuai dengan kepentingan parti.

Banyak perbahasan isu-isu agama menjadi tidak rasional disebabkan berleluasanya penggunaan Islam sebagai alat politik kepartian.

Hal ini bukan sahaja membabitkan satu atau dua parti politik, sebaliknya hampir keseluruhan. Bahkan ada parti tertentu yang begitu memperalatkan Islam dalam politik kepartian mereka.

Hukum-hakam syarak - jika dilihat dan dibahas secara objektif - sudah pasti pertimbangan kita lebih adil dan saksama. Umpamanya, iftar (berbuka puasa) di rumah ibadah agama lain pada asalnya tidaklah membatalkan akidah ataupun puasa.

Tiada larangan syarak

Sedangkan solat yang merupakan ibadah utama yang membabitkan amalan khusus pun, ulama berbeza pendapat mengenai hukum menunaikannya di gereja ataupun rumah ibadat.

Ini seperti yang disebut Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam kitab fekahnya al-Mughni di bawah fasal Mengenai Solat Dalam Gereja Yang Bersih.

Ada yang membolehkan dan ada yang memakruhkan disebabkan wujud patung dan gambar di dalamnya. Bahkan pendapat yang membolehkan itu diambil daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Umar al-Khattab dan Abu Musa al-‘Ashaari.

Juga daripada salaf seperti Umar ‘Abd al-‘Aziz, Hasan al-Basri, al-Sya’bi, al-Auza’i dan Sa’id bin ‘Abd al-‘Aziz.

Majma’ al-Fiqh al-Islami (International Islamic Fiqh Academy) yang bersidang di Amman, Jordan pada Okt 1986 menjawab persoalan International Institute of Islamic Thought (IIIT) berkaitan hukum menyewa gereja untuk solat, menyatakan: Menyewa gereja untuk solat ketika perlu, tiada larangan dari segi syarak. Hendaklah dielak solat mengadap ke arah patung-patung dan gambar-gambar. Hendaklah ditutup dengan tutupan jika ia berada pada arah Kiblat.

Jika solat di gereja atau rumah ibadah yang lain dibolehkan andainya ada keperluan untuk itu, maka sudah pasti berbuka puasa - yang sekadar menjamah makanan - pasti lebih dibolehkan.

Bahkan berbuka puasa itu tidak memerlukan upacara khas selain sekadar makan sahaja. Ia boleh dilakukan di mana-mana.
Gambar hiasan
Ibadah solat tidak disertai oleh orang yang tidak berkaitan, sedangkan hidangan makanan iftar boleh disertai oleh sesiapa sekalipun termasuk orang yang tidak berpuasa seperti wanita dalam haid, bukan muslim dan seumpamanya.

Iftar tidak perlu mengadap kiblat, berwuduk atau suci daripada hadas besar. Apa yang perlu hanyalah makanan yang halal.

Benar, ketika berbuka disunatkan kita berdoa. Ia boleh dilakukan secara sendirian. Maka, jika ada keperluan, bukanlah sesuatu yang menjadi isu besar untuk berbuka di tempat ibadah orang lain - jika ia dilihat di sudut ilmiah.

Fatwa diubah ikut 'angin'

Namun ia satu masalah jika dilihat dari persepsi politik, atau majlis iftar itu sendiri bersifat politik.

Justeru, konteks kejadian itu hendaklah dikaji. Umpamanya, di zaman Islamophobia, jika ada kumpulan muslim di negara minoriti Muslim berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa di gereja atau tempat ibadat agama lain - sebagai usaha memperkenalkan Islam atau memberikan persepsi yang baik berkaitan Islam - pastilah ia sesuatu yang baik.

Demikian juga jika ada keperluan yang nyata untuk ia dilakukan di mana-mana dalam usaha mendekatkan kefahaman Islam kepada mereka yang jauh atau ada sangkaan yang salah.

Namun, dalam suasana tiada sebarang keperluan untuk melakukan demikian, dalam keadaan Muslim menumpukan ibadah di masjid-masjid, maka sudah pasti iftar di rumah ibadah agama lain menimbulkan banyak persoalan.

Baca Kereta mufti Perlis dibaling bom petrol - polis

Lebih menjadi persoalan jika anjuran itu bersifat politik kepartian yang seakan kelihatan menggunakan program agama untuk politik.

Hakikatnya, dalam negara kita, menggunakan jenama agama untuk kempen politik kepartian telah berlaku begitu berleluasa.

Sejak sekian lama begitu ramai tokoh dan parti politik melakukannya. Bahkan ada yang menjadikan parti politik seakan agama itu sendiri.

Diubah fatwa-fatwa agama berdasarkan kepada ‘angin’ dalam parti. Maka, apa yang dahulu haram, kini dihalalkan walaupun keadaan masih macam zaman ia diharamkan.

Dahulu haram, kini halal, walaupun hal itu masih yang dahulu.

Demikianlah bahayanya permainan politik kepartian menggunakan agama. Ia satu persendaan kepada agama sebenarnya.

Orang-orang politik itu tanpa mengira parti - walaupun bukan semua - seringkali tindakan mereka mempunyai rencana yang berbeza daripada apa yang kita lihat.

Ada yang menghulurkan ‘sumbangan ikhlas’ untuk berbuka puasa, tetapi tujuannya: undi. Jika kita beritahu namanya tidak disebutkan dalam majlis tersebut, tentu dia akan menarik diri.

Demikan dalam banyak keadaan majlis-majlis yang bersifat keagamaan yang membabitkan orang politik. Maka, jika mereka diberikan lesen besar untuk menggunakan agama sebagai bahan kempen, kepercayaan manusia kepada Islam akan tergugat.

Sebab itu Saidina Ali apabila mendengar slogan agama yang dilaungkan oleh pihak pelampau politik dalam sejarah Umat Islam - iaitu Khawarij - beliau berkata: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim).

Selagi kita tidak berjaya menghentikan agama dijadikan alat atau hiasan politik kepartian, selagi itulah kita tidak akan berhenti membahaskan isu-isu yang seperti ini.

Padahal, isu itu - jika dilihat dari segi ilmiah dan akademiknya - mempunyai perbincangan yang lain.

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN ialah mufti Perlis. Rencana ini asalnya adalah hantaran di media sosial beliau.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Saturday, June 1, 2019

Sultan Johor tegur MP Johor Bahru berbuka di gurdwara Sikh

News | Diterbitkan Hari ini 8:08 malam 


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur perbuatan Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir kerana menghadiri majlis berbuka puasa di gurdwara Sikh) di negeri itu pada Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sultan Ibrahim bertitah tindakan itu tidak menjaga sensitiviti umat Islam yang sedang menjalankan ibadah puasa.

Baginda juga bertitah acara seumpama itu di rumah ibadat bukan Islam membuka ruang kepada bukan Islam menyebarkan dakyah mereka.

"Adalah sedia dimaklumi bahawa penganut agama lain tidak boleh menyebarkan pegangan mereka kepada umat Islam.

"Namun apabila seorang Muslim secara sengaja menghadirkan diri ke kuil atas alasan untuk berbuka puasa dengan orang bukan Islam maka tindakan ini telah membuka ruang kepada golongan bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka kepada orang Islam tersebut," titah baginda.

"Perbuatan ini menjadi lebih serius implikasinya apabila pemimpin politik beragama Islam sendiri menghadirkan diri di kuil dan menggunakan platform Majlis lbadah Berbuka Puasa atau dirujuk sebagai Iftar di bawah bumbung Gurdwara Sikh yang sekali gus akan menjadikan perbuatan pemimpin ini satu teladan dan ikutan, sedangkan perbuatan ini telah mewujudkan rasa tidak selesa umat Islam yang lain," titah bagina.

[Berita penuh menyusul]

Thursday, May 30, 2019

Alahai pakcik...

MyMetro
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

SEORANG warga emas ditahan penguat kuasa JAIK ketika cuba melarikan diri ke kawasan semak.
 FOTO Zuliaty Zulkiffli

DUA warga emas ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di sebuah kedai makan bukan Islam di Alor Janggus, Alor Setar, hari ini, kerana tidak berpuasa.

Mereka yang berusia 65 dan 75 tahun itu memberi alasan mempunyai masalah kesihatan menyebabkan terpaksa makan di kedai berkenaan pada jam 11.30 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Hakimin Hassan berkata, warga emas berusia 75 tahun itu memberi alasan singgah untuk minum selepas mengambil tempahan batu nisan untuk berniaga.

Menurutnya, rakannya yang juga nelayan itu pula mendakwa sudah seminggu ponteng puasa kerana dahaga selepas seharian menangkap ikan di laut.

“Mereka mendakwa terpaksa makan di kedai bukan Islam kerana malu hendak makan di rumah disebabkan ada anak cucu.

“Bagaimanapun mereka diberi surat saman mengikut Seksyen 14 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu hari ini.

Dalam operasi di Kampung Teluk Dulang, Jalan Yan, pula seorang lelaki berusia 62 tahun mengaku hanya berpuasa dua hari kerana tidak tahan lapar selain memberi alasan mempunyai masalah kesihatan.

Dia dan rakannya berusia 55 tahun didapati makan nasi bungkus di sebuah kedai makan di Teluk Bulang, Jalan Yan pada jam 11.45 pagi tadi.

Lelaki itu memberi alasan malu kepada anak cucu jika makan di rumah menyebabkan dia makan di kedai itu hampir setiap hari.

“Saya cakap terus terang, saya cuma puasa dua hari ja bulan ni sebab tak tahan lapar,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Dalam pada itu, seorang warga emas berusia 83 tahun dan lelaki berusia 40-an diberi saman kerana makan dan minum di sebuah kedai makan di pusat bandar ini pada jam 11 pagi tadi.

Warga emas itu memberi alasan mempunyai penyakit batu karang dan tinggal seorang diri.

Syeikh Hakimin berkata, operasi hari ini membabitkan empat lokasi di sekitar bandaraya ini berdasarkan maklumat dan aduan orang ramai berhubung kegiatan kaki ponteng puasa.

Beliau berkata, antara lokasi ialah di pusat bandar, Alor Janggus, Kampung Teluk Dulang di Jalan Yan dan Pekan Langgar.

“Setakat ini sebanyak enam saman dikeluarkan menjadikan keseluruhan kepada 15 saman dikeluarkan di Kota Setar sejak awal bulan ini.

“Ini adalah operasi terakhir JAIK untuk membanteras kaki ponteng puasa namun operasi berskala kecil akan terus dilakukan di semua daerah di negeri ini,” katanya.

‘Chris Lee ikhlas agih zakat, dia tak curi duit rakyat’


Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari mempertahankan tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) bukan Islam parti itu yang mengedarkan zakat.

Zairil yang juga Adun Tanjong Bunga berbuat demikian dengan bersandarkan pandangan mufti negeri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa harus untuk orang bukan Islam diwakilkan untuk menerima atau mengagihkan zakat.

“Penjelasan mengenai hukum fikah ini lantas membuktikan bahawa Adun Pulau Tikus Chris Lee tidak berlaku salah apabila hadir untuk menyampaikan bantuan zakat kepada golongan asnaf di kawasannya pada hari Ahad lalu,” katanya.

Presiden Umno Zahid Hamidi semalam membidas Adun Pulau Tikus Chris Lee Chun Kit “mengagihkan zakat” di kawasannya di Pulau Pinang.

Zahid menyifatkan perkara itu sebagai lakonan kerana zakat adalah urusan umat Islam dan tiada kena mengena dengan golongan bukan Islam.

Semakan Malaysiakinis emalam mendapati status itu tiada lagi di Facebook Chris.

Diminta mengulas itu itu, Dr Wan Salim dilaporkan berkata, berdasarkan fikah, harus untuk orang bukan Islam diwakilkan dalam hal berkaaitan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah.

Bahaimanapun ibadat yang berbentuk fizikal (ibadat badaniyah) seperti solat dan puasa, tidak harus diwakilkan, katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Zairil berkata mendakwa serangan Zahid berniat jahat dan bertujuan untuk menimbulkan persengketaan di antara kaum.

Zairil juga membangkitkan beberapa isu dakwaan penyelewengan yang melibatkan pemimpin kerajaan lama, yang Zahid ketika itu menjadi timbalan perdana menteri.

“Walaupun Chris sememangnya bukan orang yang beragama Islam, namun tindakan beliau untuk mengagihkan bantuan itu dibuat dengan hati yang ikhlas.

“Beliau juga tidak pernah mencuri wang rakyat seperti sesetengah pemimpin yang sanggup menyelewengkan dana Lembaga Tabung Haji, Felda dan YAPEIM,” katanya.

Monday, May 6, 2019

Ulama PAS: Ambil iktibar Uighur 'dilarang berpuasa'

News | Diterbitkan Hari ini 2:37 tengahari 


Pada hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Mokhtar Senik menasihati supaya masyarakat Islam di Malaysia mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kepada masyarakat Uighur di China.

Katanya, masyarakat Islam daripada etnik minoriti di negara tembok besar itu dilarang untuk berpuasa dan mengamalkan amalan agama.

"Terkenang saudara seagama di Uighur China. Mereka dilarang berpuasa dan mengamalkan amalan agama mereka. Moga saudara saya di Malaysia mengambil iktibar.

"Begitulah nasib kita jika negara ini diserahkan kuasa politik kepada orang-orang kafir. Tak kira apa jenis kafir mereka itu," katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Sebagai rekod, etnik Uighur adalah penduduk Islam berketurunan Turki dengan dianggarkan 11 juta orang berada di bahagian barat China.

NGO Human Rights Watch berkata kerajaan China memantau ketat etnik Uighur serta mendakwa pihak berkuasa mengambil sampel biometrik dan baka DNA.

Kem tahanan atau sekolah vokasional

BBC pada Oktober 2018 melaporkan mengenai kem tahanan tersembunyi yang mendakwa menahan ribuan orang Islam tanpa bicara di wilayah Xinjiang.

Bagaimanapun, kerajaan China menafikan dakwaan tersebut berkata orang ramai secara sukarela menyertai "sekolah vokasional khas" yang bertujuan "memerangi keganasan dan fahaman pelampau agama."

Menurut laporan, selain masyarakat Uighur, kerajaan China juga mengambil tindakan tegas terhadap penganut Kristian.

Misalnya pada Disember 2018, BBC melaporkan sejumlah 100 penganut Kristian ditahan atas alasan "mengapi-apikan subversi terhadap kuasa negara", manakala New York Times pada 12 Januari 2018 melaporkan polis memusnahkan salah satu gereja terbesar di negara itu, yang terletak di wilayah Shanxi.

Sementara itu, Mokhtar mengajak generasi muda supaya mendaftar sebagai pengundi sekali gus bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Pastikan anak-anak kita semua telah mendaftar sebagai pemilih. Untuk membolehkan mereka menjatuhkan PH yang didominasi oleh DAP dalam PRU15 akan datang.

"Jangan main-main soal memilih dan memangkah. Ia adalah soal agama dan kedaulatan bangsa.

"Jangan peduli dengan sesiapa yang berkata memilih dalam pilihan raya tiada kaitan dengan agama. Itu jahil dan bodoh namanya," jelasnya.

Thursday, June 18, 2015

Sambutlah Ramadhan dengan sepenuh ketaqwaan


Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

Seluruh ummat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadat puasa sebulan di Ramadhan bermula esok. Maka dengan ini, saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk berpesan kepada diri saya, ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil kesempatan yang ada untuk kita mengejar redha Allah SWT dengan Islam yang sempurna ini.

Kita berharap kepada Allah SWT, semoga Ramadhan yang akan kita tempuhi bersama tahun ini menghasilkan natijah yang baik untuk kita semua. Bulan yang berkat dan mulia ini, yang diturunkannya Al-Quran dan adanya malam yang yang lebih baik daripada 1000 bulan, iaitulah Lailatul Qadar mampu mengembalikan keimanan dan ketaqwaan kita kepada kemuncak yang diredhai Allah SWT.

Dalam suasana kita mengharungi Ramadhan ini, jangan kita lupa nasib agama kita, saudara-saudara kita yang tidak bernasib baik di seluruh dunia seperti nasib Dr Muhammad Morsi yang dihukum oleh regim zalim As-Sisi, nasib saudara kita di Palestin yang ditindas oleh zionis israel, nasib saudara kita yang dibiarkan tanpa tanah air di bumi Arakan, Myanmar dan lain-lain lagi.

Semoga lembaran Ramadhan kali ini juga, berjaya mengembalikan semangat kita membuat perubahan kepada diri kita, masyarakat kita dan seterusnya negara kita ke arah yang diredhai Allah SWT. Kita perlu berusaha dan terus berjuang supaya Islam tertegak dengan hak-hak yang ditetapkan oleh Allah dan mengambil semangat ramadhan yang ada, yang pernah mendatangkan kejayaan gemilang kepada saudara-saudara seaqidah kita yang terdahulu.

Justeru, marilah kita bersama-sama menempuh Ramadhan tahun ini dengan harapan kita berjaya menjadi manusia-manusia bertaqwa seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran apabila menyebut tentang pensyariatan puasa di bulan Ramadhan.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

30 Syaaban 1436 / 17 Jun 2015

Tuesday, July 15, 2014

Amalan kasta dalam majlis berbuka puasa

Masjid Taqwa TTDI Amal Kasta Untuk Majlis Berbuka Puasa


Sememangnya tidak dapat dinafikan terdapat sistem kasta di dalam berbuka di sesetengah masjid elit di Kuala Lumpur. Ada hidangan untuk golongan elit dan ahli jawatankuasa masjid.

Nampaknya roh Ramadan itu tidak memberi apa-apa kesan pada jiwa penyombong dan bongkak. Ramadan tidak berupaya menjadikan mereka Muslim sejati seperti Nabi Muhammad dan para sahabat.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, Bandar Utama, seorang pemuda telah dihalau dari menghampiri meja golongan elit ketika menghadiri majlis berbuka puasa.

Namun, pihak masjid telah tampil memberikan penjelasan menerusi laman Facebook berkaitan perkara yang terjadi ini.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-