Showing posts with label ROS. Show all posts
Showing posts with label ROS. Show all posts

Thursday, March 9, 2023

Anwar pertahan UMNO, sokong Saifuddin batal keputusan ROS

agendaily.com
09/03/2023

Bekas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Pengerusi PH dan Presiden PKR, menyokong tindakan Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyelamatkan UMNO.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (Khamis, 9 Mac 2023) mempertahankan UMNO – parti yang memecatnya pada 1998 – setelah Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk memberikan pengecualian kepada UMNO berhubung peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Anwar juga mendedahkan dia, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah membatalkan keputusan yang dibuat oleh penjawat awam sebelum ini.

“Umpamanya dulu pegawai diarah untuk beri kontrak ikut rundingan terus. Saya override, saya fikir lebih baik kita guna proses tender terbuka supaya lebih telus,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, lapor Mkini.

Dalam kes UMNO dan Saifuddin, Anwar berkata undang-undang memerlukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mesti merujuk kepada menteri dan undang-undang memberikan kuasa tertentu kepada menteri.

“Menteri telah menjelaskan perkara itu,” katanya.

Kerajaan menjadi tumpuan selepas Saifuddin mendedahkan bahawa dia menggunakan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 untuk menghalang UMNO daripada dibatalkan pendaftarannya.

Walaupun Saifuddin tidak memberi butiran terperinci apabila disoal Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat, banyak spekulasi bahawa perkara itu berkaitan dengan ROS yang tidak membenarkan UMNO menyekat dua jawatan teratasnya dipertandingkan.

Menurut Perkara 9.3 Perlembagaan UMNOI, 32 jawatan kepimpinan dalam parti – termasuk dua teratas – tertakluk kepada pemilihan setiap tiga tahun.

Bagaimanapun, Perhimpunan Agung UMNO pada Januari memutuskan bahawa dua jawatan teratas tidak seharusnya dipertandingkan.

Setelah gagal menjawab dengan jelas di Dewan Rakyat semalam, Saifuddin memberitahu bahawa jalan yang sesuai untuk mencabar keputusannya adalah di mahkamah.

Saifuddin berkata tindakan menggunakan peruntukan itu bukan keputusan peribadinya, sebaliknya ia telah mengambil kira semua proses yang dijalankan RoS, UMNO serta pandangan pegawai di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Wednesday, March 8, 2023

‘Apa dah jadi dengan Umno, diheret pula menteri KDN’

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 8, 2023 12:12 PM
“Apa dah jadi dgn Umno ni?” begitu soal bekas naib presiden yang digantung keanggotaan parti Hishammuddin Hussein.

Anggota parlimen Sembrong itu berkata demikian dalam komen terhadap status bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang telah dipecat, ketika mengulas pengecualian kepada Umno daripada diharamkan.

Dalam status video itu, Khairy berkata keputusan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menunjukkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sememangnya memutuskan keputusan Umno tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno sebagai tidak sah.

Sementara itu, Hishammuddin yang terpalit kontroversi memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, berkata Umno kali ini mengheret menteri dalam negeri pula.
Saifuddin Nasution Ismail
“Sekarang diheret pula Menteri KDN.

“Inilah sebab kita dipecat dan digantung - just in case menteri tak bagi pengecualian!” katanya.

Hishammuddin selama ini disebut-sebut berkemungkinan bertanding jawatan tertinggi Umno bersama bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, walaupun tidak pernah mengisytiharkan secara terbuka.

Khairy pula memang telah menyatakan mahu mencabar Presiden Zahid Hamidi tetapi tidak dapat lagi berbuat demikian setelah dipecat daripada parti.

Semalam Saifuddin menggunakan kuasa budi bicaranya untuk mengecualikan Umno daripada dibatalkan pendaftaran.

Pada 20 Jan lalu, dua anggota Umno memfailkan notis bantahan kepada ROS berhubung ketetapan tidak mempertandingkan dua jawatan utama parti.

Tindakan itu didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

Monday, January 23, 2023

Zahid: Terserah ROS putuskan keabsahan PAU 2022

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 23, 2023 8:15 PM
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menentukan keabsahan usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 berkaitan jawatan tertinggi parti itu.

Beliau berkata laporan mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang perlu diabsahkan agar dapat menghentikan segala spekulasi dalam kalangan segelintir ahli yang tidak berpuas hati.

"Kita ikuti semua proses mengikut Perlembagaan Umno dan peraturan mesyuarat telah diikuti oleh pengerusi persidangan. Semua langkah itu adalah mengikut peraturan.

“Jika ada sebarang aduan yang dibuat pada ROS, Umno sangat terbuka untuk mereka kemukakannya,” katanya kepada pemberita di tapak projek pembinaan laluan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop di Bagan Datuk hari ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata sepertimana termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966, sudah menjadi ketetapan kepada mana-mana pertubuhan berdaftar untuk mengemukakan laporan persidangan kepada ROS.

Bagaimanapun, timbalan perdana menteri itu berkata laporan berkenaan bukanlah bagi tujuan kelulusan sebaliknya untuk pemakluman.

Pada Jumaat lepas, dua ahli Umno menghantar aduan kepada ROS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang.

Ahli Umno Bahagian Kuala Nerus Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli Umno Seremban Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom meminta ROS menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022.
Muhammad Aizat Fikri mendakwa atur cara mengemukakan usul tambahan itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Umno serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.

Pada 14 Jan lepas, majoriti perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil Umno Negeri Sembilan Mohd Shukri Shamsudin agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding dalam pemilihan parti akan datang.

- Bernama

Sunday, January 15, 2023

Usul tak tanding ‘top 2’ langgar perlembagaan, kata UMNO Johor

agendaily.com
15/01/2023
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Hasni Mohamad.

Kenyataan Naib Presiden I UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa usul tambahan berkaitan kerusi presiden dan timbalan presiden melanggar perlembagaan parti, turut disokong UMNO Johor, sambil menegaskan parti tidak boleh menghalang ahli menawarkan diri bertanding jawatan itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Hasni Mohamad yang dilihat menyanggah kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata tidak wajar untuk menghalang mana-mana ahli parti itu untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, walaupun ketetapan sudah dicapai dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, semalam.

Menurutnya kaedah usul tambahan berhubung kedua-dua jawatan itu untuk tidak dipertandingkan ketika PAU 2022 semalam, adalah melanggar perlembagaan parti, sama seperti dinyatakan Ismail Sabri semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berpendapat, cara usul tambahan itu dibawa melanggar kehendak perlembagaan parti, sedangkan usul itu perlu mendapat persetujuan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Ada juga pendapat menyatakan ia tidak mematuhi garis panduan ditetapkan ROS. Sama ada perkara itu benar atau sebaliknya, itu terpulang kepada pentadbiran UMNO menanganinya.

“Oleh itu, UMNO Johor berpandangan tidak perlu wujud sekatan kepada mana-mana pihak yang mahu bertanding atau menawarkan diri walaupun ada ketetapan tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.

“Saya percaya apa pun yang terjadi, Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bersetuju dan majoriti pemimpin UMNO juga turut bersetuju bahawa tidak ada sekatan untuk mana pihak bertanding atau menawarkan diri walaupun adanya usul tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Malah saya yakin Presiden dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan tiada halangan, kalau ada ahli yang menawarkan diri untuk bertanding. Ini kerana saya percaya itu dibenarkan dalam perlembagaan dan itu adalah hak ahli yang dijamin melalui perlembagaan parti,” katanya menurut BH.

Semalam Ismail Sabri berkata “”Kalau lihat fasal 8.1 Perlembagaan UMNO sendiri mengatakan PAU adalah kuasa tertinggi dalam menentukan perjalanan parti, namun ia tertakluk kepada Perlembagaan.

“Dalam Perlembagaan dari segi memilih jawatan, ia hendaklah dibuat secara pemilihan tiga tahun sekali atau pun penangguhan seterusnya yang dilaksana di peringkat bahagian.

“Itu dalam Perlembagaan (yang mana) apabila disebut pemilihan hendaklah dipilih. (Maknanya) jawatan seperti pengerusi tetap, presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi) hendaklah dipilih (ada pemilihan) tiga tahun sekali atau (dibuat) penangguhan di peringkat bahagian.”

Dalam perbahasan semalam, perwakilan UMNO dari Johor turut melahirkan rasa pelik apabila usul tambahan kedua-dua jawatan tidak dipertandingkan yang dibawa oleh perwakilan Negeri Sembilan kelmarin boleh diterima dan dibahaskan.

Jurucakap UMNO Johor yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad, dilaporkan berkata mungkin parti itu kini telah menjadi ‘pasti asal boleh’.

Terdahulu, hari ini Ahmad dalam satu kenyataan berkata beliau telah meminta nasihat daripada peguam-peguam parti berkaitan perkara itu sebelum ia diluluskan.

“Usul tambahan itu pula bukan usul haram seperti tuduhan. Setelah episod ucapan dan cadangan wakil Negeri Sembilan yang disokong wakil Terengganu, saya telah meminta nasihat peguam-peguam UMNO. Mereka menyatakan kaedah usul itu dibolehkan seperti peraturan Persidangan UMNO Perkara 20,” katanya.

Sunday, October 30, 2022

Larry Sng masih Presiden PBM, bukan Zuraida, kata ROS

agendaily.com
30/10/2022
Datuk Larry Sng yang mendakwa masih menjadi Presiden PBM menggantung dua orang kuar Datuk Zuraida Kamaruddin berkuat kuas serta-merta pada 27 Oktober 2022.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan Datuk Larry Sng Wei Shien masih lagi Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) berdasarkan rekod yang ada di jabatan itu.

Ketua Pengarahnya Mohd Nawardi Saad berkata berdasarkan rekod, Larry masih Presiden dan jika ada pertikaian mengenai jawatan itu, ia perlu diselesaikan di peringkat parti.

Katanya, pertikaian mengenai jawatan Presiden itu adalah hal dalaman parti dan tidak membabitkan ROS.

“Itu hal dalaman parti mereka, jika ada pertikaian mereka kena selesaikan sendiri dan ini tidak membabitkan ROS,” katanya menurut laporan BH hari ini (30 Oktober 2022).

Beliau mengulas krisis dalam ‘dua presiden’ PBM selepas Larry yang juga penyandang kerusi Parlimen Julau mengisytiharkan dirinya masih Presiden parti itu.

Namun, Khamis lalu Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha mendakwa bekas Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai presiden PBM yang sah selepas diumumkan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Bangsa Malaysia pada 7 Oktober lalu.

Larry pula mendakwa beliau tidak pernah meletak atau melepaskan jawatan sebagai presiden parti itu selain memaklumkan akan bertanding menggunakan lambang parti PBM pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Beliau menegaskan masih presiden parti yang sah seperti dalam rekod ROS yang mana beliau dipilih sebagai presiden pada mesyuarat khas persidangan agung parti itu bagi penggal 2021-2024 yang berlangsung di Sibu, Sarawak pada 8 Januari lalu.

Semalam, Larry turut menggantung 13 Ahli Majlis Tertinggi PBM iaitu Zuraida; Haniza; Dr Daroyah Alwi; Rahimah Majid; Dr Sathiskumar Govindaraju; Muhammad Saiful Bahari Sahari; Na’im Brundage; Abdul Aziz Abdul Kadir; Zakaria Abdul Rahim; Muniraa Abu Bakar; Datuk Chua Lian Chye; Datuk Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Khamis lalu, Larry mengumumkan penggantungan keahlian Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Majlis Tertinggi parti itu bermesyuarat hari ini di Sarikei, Sarawak memandangkan perkara itu adalah mendesak, untuk membincangkan dan menyelesaikan isu itu dengan segera.

Friday, July 29, 2022

Ahmad: ROS lulus permohonan Umno pinda perlembagaan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 29, 2022 7:50 PM
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan permohonan Umno untuk meminda perlembagaan parti itu bagi menangguhkan pemilihan sehingga selepas PRU ke-15.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, perkara itu dimaklumkan ROS melalui sepucuk surat kepadanya hari ini.

“ROS juga meminta satu pemilihan diadakan dalam satu penggal pilihan raya umum parlimen (Dewan Rakyat).

“Ini bermakna pemilihan Umno untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU ke-15 diadakan,” katanya dalam kenyataan di Twitter, hari ini.

[Berita lanjut menyusul]

Friday, July 15, 2022

Keputusan RoS bakal memihak kepada UMNO untuk tangguh pemilihan: Sumber

agendaily.com
15/07/2022
Perhimpunan Agung UMNO Khas pada Mei lalu meluluskan resolusi untuk membuat pindaan Perlembagaannya, termasuk membenarkan pemilihan dalaman selepas PRU.

Esok merupakan hari terakhir bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk memuktamadkan keputusan berhubung permohonan UMNO meminda Perlembagaan parti bagi menangguhkan pemilihan parti tersebut selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Walaupun keadaan nampak genting kerana RoS masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung permohonan UMNO, bagaimanapun sumber dalaman memberitahu berkemungkinan besar permohonan tersebut akan diluluskan dan tidak perlu mengadakan pemilihan parti.

Pelbagai spekulasi dibuat memandangkan sehingga hari ini RoS masih tidak memberi jawapan kepada UMNO, malah beberapa pimpinan utama parti sudah mengeluarkan kenyataan sekiranya tidak diluluskan maka pemilihan parti akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Untuk rekod, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan juga baharu mengesahkan masih belum menerima sebarang jawapan daripada badan yang menjaga pertubuhan tersebut setakat hari ini.

Terdahulu juga, Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu jika permohonan pindaan Perlembagaan untuk menangguhkan pemilihan tidak diluluskan, parti akan mengadakan mesyuarat seperti dijadualkan pada hujung November dan pemilihan juga turut akan diadakan.

“Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) lulus notis pindaan perlembagaan UMNO, mesyuarat akan berjalan seperti biasa tanpa ada agenda pemilihan jawatan.

“Jika ROS tidak luluskan, mesyuarat juga akan diadakan seperti dijadualkan dan akan ada pemilihan jawatan di semua peringkat iaitu cawangan, bahagian dan pusat.

“Pemilihan juga tidak lagi diadakan di Perhimpunan Agung UMNO. Jawatan untuk bahagian dan pusat dibuat pemilihan serentak di mesyuarat perwakilan UMNO bahagian,” katanya dipetik laporan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa peristiwa di belakang tabir yang umum tidak mengetahui, khususnya perbincangan antara pemimpin atasan UMNO berhubung keputusan RoS beberapa hari sebelum ini.

Malah, sumber memberitahu permohonan untuk menangguhkan tersebut sebenarnya sudah mendapat lampu hijau dan restu.

Menurut sumber, RoS tidak mempunyai alasan kukuh untuk menyekat pindaan Perlembagaan yang dibuat UMNO memandangkan semua prosedur sudah dipatuhi dan dibuat mengikut proses yang teratur.

“Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana RoS akan memberi kelulusan kepada UMNO, pemimpin tertinggi sudah berjumpa dan berjaya mencapai titik pertemuan demi menjaga kepentingan parti agar tidak berpecah,” kata sumber itu.

Bagaimanapun sumber tidak mendedahkan nama pemimpin atasan UMNO tersebut, tetapi difahami ia melibatkan pemimpin yang terdiri daripada “Top 5” parti.

Langkah mengadakan Perhimpunan Agung UMNO Khas pada Mei lalu adalah jalan terbaik dan ia sememangnya mengikut garis panduan yang terdapat dalam Perlembagaan parti tersebut.

Perwakilan UMNO pada Mei lalu sebulat suara meluluskan beberapa resolusi untuk membuat pindaan perlembagaannya, termasuk membenarkan pemilihan dalaman selepas PRU.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemuka kepada RoS pada 17 Mei lalu manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, RoS mempunyai masa hingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu.

Isnin lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata parti akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya RoS tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan.

Beliau juga berkata, parti ada perancangan lain atau Pelan B jika mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pemilihan parti sebelum akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian tidak mahu mendedahkan butiran Pelan B yang dirancang UMNO sekiranya pemilihan parti tidak diadakan sebelum akhir tahun ini.

“Kami (ahli Majlis Tertinggi (MT) akan buat keputusan jika (pindaan perlembagaan tak diluluskan RoS. UMNO ada Pelan B, namun jika tak mahu Pelan B, maka kita akan buat pemilihan parti sebelum 29 Disember ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Agenda Daily sebelum ini mendedahkan Pelan B yang dimaksudnya tersebut berkemungkinan bakal mencetuskan satu lagi krisis politik yang baharu seperti berlaku tahun lalu.

Isu UMNO-RoS, Mat Maslan akan jawab: Ismail Sabri

agendaily.com
15/07/2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerangkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk menjawab berhubung isu RoS.

Sebarang isu yang melibatkan UMNO dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan dijawab oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan sepenuhnya kepada Ahmad untuk menjawab isu berhubung permohonan pindaan Perlembagaan UMNO yang akan diputuskan jabatan tersebut, ia menjelang tarikh akhir keputusan esok.

“Apa-apa mengenai JPPM tanya Ahmad Maslan, dia akan jawab,” kata Ismail yang juga Naib Presiden UMNO dipetik laporan BH.

Ismail Sabri terdahulu menghadiri Program Pemilikan Rumah (Hope) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022.

Esok (16 Julai), RoS akan memuktamadkan keputusannya terhadap permohonan dibuat UMNO sebelum ini.

Perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung Khas 15 Mei lalu sebulat suara meluluskan beberapa resolusi untuk membuat pindaan perlembagaannya, termasuk membenarkan pemilihan dalaman selepas pilihan raya umum (PRU).

Notis pindaan perlembagaan itu dikemuka kepada RoS pada 17 Mei lalu manakala Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata, RoS mempunyai masa hingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu.

Isnin lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata parti akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya RoS tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan.

Beliau juga berkata, parti ada perancangan lain atau Pelan B jika mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pemilihan parti sebelum akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian tidak mahu mendedahkan butiran Pelan B yang dirancang UMNO sekiranya pemilihan parti tidak diadakan sebelum akhir tahun ini.

“Kami (ahli Majlis Tertinggi (MT) akan buat keputusan jika (pindaan perlembagaan tak diluluskan RoS. UMNO ada Pelan B, namun jika tak mahu Pelan B, maka kita akan buat pemilihan parti sebelum 29 Disember ini,” ujarnya.

Jika RoS tak lulus, UMNO akan jalankan pemilihan mengikut jadual: Mat Hasan

agendaily.com
15/07/2022
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

UMNO akan mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sekiranya diputuskan perlu mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata sekiranya permohonan pindaan Perlembagaan untuk menangguhkan pemilihan tidak diluluskan, parti akan mengadakan mesyuarat seperti dijadualkan pada hujung November dan pemilihan juga turut akan diadakan.

“Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) lulus notis pindaan perlembagaan UMNO, mesyuarat akan berjalan seperti biasa tanpa ada agenda pemilihan jawatan.

“Jika ROS tidak luluskan, mesyuarat juga akan diadakan seperti dijadualkan dan akan ada pemilihan jawatan di semua peringkat iaitu cawangan, bahagian dan pusat.

“Pemilihan juga tidak lagi diadakan di Perhimpunan Agung UMNO. Jawatan untuk bahagian dan pusat dibuat pemilihan serentak di mesyuarat perwakilan UMNO bahagian,” katanya dipetik laporan BH.

UMNO ketika sedang menunggu maklum balas daripada RoS berhubung permohonan yang dibuat untuk meminda Perlembagaan parti bagi menangguhkan pemilihan dan tarikh akhir keputusan adalah pada 16 Julai (esok).

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas.

Jika dihitung, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022.

Tinggal beberapa hari menjelang tarikh akhir 16 Julai ini untuk RoS memuktamadkan keputusannya terhadap permohonan dibuat UMNO sebelum ini.

Perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung Khas 15 Mei lalu sebulat suara meluluskan beberapa resolusi untuk membuat pindaan perlembagaannya, termasuk membenarkan pemilihan dalaman selepas pilihan raya umum (PRU).

Notis pindaan perlembagaan itu dikemuka kepada RoS pada 17 Mei lalu manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, RoS mempunyai masa hingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu.

Isnin lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata parti akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya ROS tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan.

Beliau juga berkata, parti ada perancangan lain atau Pelan B jika mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pemilihan parti sebelum akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian tidak mahu mendedahkan butiran Pelan B yang dirancang UMNO sekiranya pemilihan parti tidak diadakan sebelum akhir tahun ini.

“Kami (ahli Majlis Tertinggi (MT) akan buat keputusan jika (pindaan perlembagaan tak diluluskan RoS. UMNO ada Pelan B, namun jika tak mahu Pelan B, maka kita akan buat pemilihan parti sebelum 29 Disember ini,” ujarnya.

Thursday, July 14, 2022

Kalau RoS tak lulus permohonan, UMNO kena buat pemilihan: Mahdzir

agendaily.com
14/07/2022
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

UMNO perlu patuh kepada sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), kata Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Naib Presiden UMNO itu berkata semua pihak diminta menunggu keputusan yang akan diumumkan RoS dan tidak membuat spekulasi yang hanya akan mengeruhkan keadaan, gesaan tersebut dibuat menjelang tarikh akhir keputusan RoS 16 Julai ini.

“Setakat ini kita tidak dapat lagi (keputusan) tetapi ada orang lawan teka sekarang ini, tetapi pada saya tak perlu keterlaluan, kita tunggu keputusan. Bila keputusan keluar pada waktu itu kita terima keputusan apa yang diputuskan.

“Ada dua sama ada diluluskan atau tidak diluluskan, itu sahaja. Kalau tidak lulus pemilihan kena buat, lepas itu baru pilihan raya, kalau lulus mungkin boleh pilihan raya dahulu baru boleh pemilihan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Mahdzir terdahulu menghadiri Majlis Taklimat Khas Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) Pedu di Kampung Padang Setol.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas.

Jika dihitung, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022.

Tinggal beberapa hari menjelang tarikh akhir 16 Julai ini untuk RoS memuktamadkan keputusannya terhadap permohonan dibuat UMNO sebelum ini.

Perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung Khas 15 Mei lalu sebulat suara meluluskan beberapa resolusi untuk membuat pindaan perlembagaannya, termasuk membenarkan pemilihan dalaman selepas pilihan raya umum (PRU).

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu bersedia menggunakan Pelan B sekiranya keputusan RoS tidak memihak kepada mereka, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berhubung rancangan tersebut.

Mengulas mengenai perjanjian untuk melantik Timbalan Perdana Menteri, Mahdzir berkata kuasa melantik terletak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan siapa yang akan dilantik sebagai timbalannya.

“Saya punya komen jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri, pilihan raya itu pun hak Perdana Menteri juga. Pemuda UMNO boleh desak tetapi bagi saya untuk lantik Timbalan Perdana Menteri ini prerogatif Perdana Menteri.

“Biar beliau putuskan walaupun ada MoU (memorandum persefahaman) atau apa sekalipun, biar Perdana Menteri yang tentukan termasuk juga dalam soal pilihan raya. Beliau ada laporan, tahu apa yang berlaku di persekitaran dan di peringkat antarabangsa, jadi Perdana Menteri boleh putuskan berdasarkan maklumat yang ada,” katanya lagi.

Friday, July 1, 2022

UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya

agendaily.com
1/7/2022
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Nazri Aziz.

UMNO mempunyai enam bulan untuk mengadakan pemilihannya melainkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membenarkan parti itu meminda perlembagaannya.

Pada Jun tahun lalu, UMNO dibenarkan menangguhkan pengundiannya selama 18 bulan sehingga 29 Disember tahun ini susulan pandemik Covid-19.

Sementara, pada 15 Mei pula, Perhimpunan Agung Khas UMNO melibatkan 2,586 perwakilan dari 192 bahagian sebulat suara meluluskan resolusi untuk meminda perlembagaan parti dengan RoS mesti meluluskan pindaan itu.

Pindaan itu membolehkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO diberi dua pilihan di bawah Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO, sama ada untuk melanjutkan selama 18 bulan tempoh pemilihan parti, atau dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) selesai diadakan.

Jika usaha UMNO untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan pemilihan dalaman diadakan selepas PRU akan datang diluluskan, barisan pemimpin semasa akan kekal.

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz berkata penolakan RoS baru-baru ini terhadap permohonan Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menangguhkan pemilihannya, menunjukkan nasib yang sama mungkin menimpa UMNO.

“Menurut undang-undang, penggal tiga tahun MT berakhir pada Jun 2021, yang bermakna pemilihan sepatutnya diadakan tahun lepas.

“Tetapi UMNO diberi tempoh 18 bulan dan tarikh tamat pada Disember ini. Sekarang, kita minta penangguhan lagi. Jika permohonan Warisan ditolak, saya tidak nampak sebab UMNO akan terkecuali,” katanya menurut NST.

Nazri, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang) berkata memandangkan barisan sekarang adalah seperti kepimpinan ‘penjaga’, MT UMNO tidak mempunyai kuasa membuat keputusan substantif, seperti meminda perlembagaan parti.

“Ia kerana tempoh mereka (sebagai ahli MT) telah tamat. Tetapi okey, kita anggap mereka ada kuasa. Maka ini bermakna keputusan (untuk menangguhkan pemilihan) adalah untuk barisan pada masa hadapan dan tidak terpakai kepada barisan semasa.”

NST turut memetik pakar undang-undang Perlembagaan Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod sebagai berkata memandangkan permohonan UMNO untuk menangguhkan pemilihannya diluluskan oleh RoS, parti itu mungkin akan mendapat berita baik sekali lagi.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan pandangan Nazri bahawa UMNO kini dipimpin oleh kepimpinan sementara.

Menurutnya memandangkan tidak ada sebutan dalam perlembagaan UMNO mengenai kuasa pemimpin sementara untuk memindanya, RoS boleh mentafsirkannya dengan cara sama ada.

“Tiada apa-apa dalam perlembagaan (UMNO) yang mengatakan penjaga boleh atau tidak boleh meluluskan pindaan kepada perlembagaannya, bermakna ianya boleh ditafsirkan kedua-dua cara.

“Oleh itu, terpulang kepada RoS bagaimana ia mahu mentafsirnya. RoS mungkin mentafsirnya pindaan yang dikemukakan hanya akan terpakai untuk barisan seterusnya, yang dalam kes ini undian (mesti diadakan pada Disember).

“Jika pindaan itu dilaksanakan segera, maka ia boleh digunakan untuk masa sekarang (kepimpinan), jadi tidak perlu (untuk pemilihan parti tahun ini).

“Ini, dari satu segi, adalah seperti cubaan untuk lanjutan. Jika RoS mengambil kira perkara ini, kita perlu melihat sama ada pindaan yang dikemukakan adalah selaras dengan undang-undang,” kata Nik Ahmad.

Nazri pula melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan UMNO akan dibubarkan jika berdegil menunggu keputusan daripada RoS yang belum tentu menguntungkannya.

Nazri yang berpengalaman sebagai peguam berkata dengan mengambil kira peraturan RoS, UMNO mungkin berdepan pembubaran jika gagal mengadakan pemilihannya sebelum tarikh akhir 29 Disember depan.

“Saya percaya mereka (ahli MT) telah dinasihati secara salah oleh peguam mereka, memikirkan mereka boleh terlepas.

“Pindaan baharu adalah untuk barisan kepimpinan masa depan dan ini seperti menipu, cuma (alasan) untuk mendapatkan lanjutan untuk presiden memegang jawatan,” katanya merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang ketika ini menghadapi pelbagai pertuduhan jenayah rasuah.

RoS masih belum memutuskan permohonan UMNO untuk meminda perlembagaannya, tetapi Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan yakin parti itu akan mendapat keputusan yang baik.

Wednesday, March 23, 2022

Pemilihan parti … patutnya UMNO ‘lebih jantan’ daripada parti lain

By Satu Berita
-March 23, 2022

MOHAMAD Hasan melambaikan tangan kepada perwakilan ketika hadir pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agong Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam Rabu. - Foto BERNAMA

Rencana
Kolumnis
Pemilihan parti … patutnya UMNO ‘lebih jantan’ daripada parti lain

KENAPA UMNO dilihat begitu takut dengan pemilihan parti? Kenapa perlu Perhimpunan Agung UMNO 2021 meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)? Pemilihan mana dimaksudkan adakah pemilihan yang ditangguh sejak tahun lalu kerana pandemik Covid-19?

Terlalu banyak persoalan apabila perkara itu diumumkan oleh Timbalan Prsesiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO pada Sabtu lalu.

Turut menarik perhatian, beliau juga berhujah bahawa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan telah diminta segera memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung perkara itu dan ia diiringi dengan pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob;

‘’ Saya juga minta Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tolong perhatikan hal ini, kalau kita tulis pada RoS jangan ada orang yang halang keputusan parti kita.’’ kata Tok Mat Hasan.

Persoalannya apa istimewanya UMNO sehingga mereka boleh menangguh pemilihan selama enam bulan selepas PRU-15. Kalaupun nak tangguh buatlah dahulu pemilihan yang tertangguh sebelum ini. Kalau sebelum ini alasan diberikan adalah penularan Covid-19, sekarang wabak itu sudah semakin terkawal.

Dan orang tertanya-tanya kenapa UMNO tidak laksanakan sahaja pemilihan seperti mana dilakukan oleh parti-parti lain? Kalaulah tidak mahu perpecahan dalam parti, cuba fikirkan adakah parti-parti lain yang membuat pemilihan termasuk pembangkang tidak ada masalah dalaman atau dilihat ada perpecahan.

Di dalam DAP didakwa ada dua kelompok, dalam Pas ada kelompok menyokong Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, dalam PKR ada kelompok tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim…tetapi mereka tetap mengadakan pemilihan.

Justeru tak kanlah pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang sebelum ini pemimpin mereka ‘mendabik dada’ menjadi pilihan rakyat takut untuk melaksanakan pemilihan.

Sebelum ini pandai pula pemimpin-pemimpin kanan UMNO berdegar-degar bercakap bahawa PRU-15 perlu diadakan segera bagi mengembalikan mandat kepada rakyat dalam usaha mewujudkan sebuah kerajaan stabil, tetapi anehnya kenapa UMNO tidak berani memberi mandat kepada ahli-ahlinya untuk menentukan barisan kepemimpinan?

Kalau mahu bercakap soal kem-kem atau risiko perpecahan semua parti berhadapan dengan masalah dalaman tetapi nampaknya mereka jauh ‘lebih jantan’ berbanding UMNO?

Adakah kebimbangan perpecahan yang dinyatakan oleh pemimpin kanan UMNO membuktikan perangai pemimpin dan ahli-ahli parti itu jauh lebih buruk daripada parti-parti lain?

Kasihan ahli-ahli UMNO apabila diberikan gambaran secara terbuka oleh pemimpin mereka berhubung ‘perangai buruk’ yang akan berlaku jika pemilihan diadakan. Sepatutnya, pemimpin UMNO mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa parti itu tidak akan berpecah belah kerana pemilihan.

Berikutan pandangan seperti itulah ia memburukkan imej UMNO yang mungkin akan ditafsirkan sebagai parti yang suka berebut kuasa sehingga pemilihan yang dilaksanakan secara demokrasipun mereka boleh berpecah belah.

Kalaulah pemilihan dianggap boleh membawa perpecahan, tak kanlah pemimpin-pemimpin hebat seperti Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh mengendalikan keadaan dan menyelesaikannya sebelum pilihan raya berlangsung? Jika masalah perpecahan dalam parti pun tidak boleh diuruskan macam mana mahu menguruskan negara?

Sebenarnya apabila kepemimpinan UMNO menangguh dari semasa ke semasa pemilihan atau dilihat takut mengadakan pemilihan, ia hanya akan mewujudkan cakap-cakap termasuklah dakwaan bahawa kalau pemilihan diadakan Ahmad Zahid belum tentu dapat mempertahankan kedudukannya.

Tambahan pula ketika ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri. Kalau mengikut tradisi Presiden UMNO adalah Perdana Menteri, jika Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya umum. Apa salahnya kalau ahli-ahli parti memilih Ismail Sabri sebagai Presiden UMNO? Apakah beliau tidak layak berada di kedudukan itu?

Mungkin cakap-cakap begitu tidak menyenangkan Ahmad Zahid dan penyokong-penyokong tetapi inilah politik. Orang akan membuat pelbagai andaian, kalau mereka melihat agak aneh bila parti lain buat pemilihan, UMNO pula mahu menangguhkannya.

Seperkara lagi, kenapa perlu memberitahu Ismail Sabri supaya perhatikan permohonan UMNO kepada RoS? Apa maksudnya? Adakah kepemimpinan UMNO bimbang memandangkan Menteri Dalam Negeri bukan daripada UMNO?

RoS menjalankan tugas dan tanggungjawab secara profesional.Kalaulah permohonan UMNO itu mematuhi apa yang diperuntukkan undang-undang sudah pasti, RoS tidak ada masalah untuk meluluskannya, tetapi kalau ia tidak bertepatan undang-undang sudah pastilah akan tolak. Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan keputusan politik.

Bagaimana kalau selepas ini parti-parti lain juga akan membuat permohonan sepertimana dilakukan oleh UMNO? Bagaimana RoS mahu menanganinya?

Oleh itu kalau UMNO mahu membuat permohonan kepada RoS, buat sahaja tidak perlu minta Perdana Menteri ‘perhatikan’, Perdana Menteri pun pasti akan mengikut apa yang ditentukan oleh undang-undang, jika tidak beliau akan menjadi ‘mangsa serangan dan kecaman’.

Kesimpulannya, semua pandangan atau persepsi itu wujud hanya kerana UMNO ‘tidak berani’ melaksanakan pemilihan. Jika UMNO mencontohi parti-parti lain sudah pasti tidak ada masalah apa-apa tetapi rupa-rupanya apabila salah satu sayap parti itu bercakap ‘lebih jantan’, UMNO sendiri nampaknya ‘kurang kejantanannya’.

Justeru UMNO tidak harus ‘bersilat lidah’ atau melakukan apa-apa manuver dalam soal pemilihan parti itu, bila sampai tempohnya buat sahaja pemilihan, siapa yang layak biarlah ahli-ahli UMNO tentukan, beranilah sikit hadapi kenyataan biar apapun keputusannya … tak kan nak seronok menang PRN sahaja.

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
Penganalisis politik


Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian SatuBerita.

Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. SatuBerita menghargai pendapat anda. Hantar pendapat anda ke emel,
satuberita.my@gmail.com

Wednesday, August 11, 2021

Umno perlu segerakan pemilihan, perbetul organisasi - Tajuddin

malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan 10 Aug 2021

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman menggesa partinya mengadakan pemilihan seperti disarankan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi memperbetulkan kembali organisasi itu.

Jelas ahli parlimen Pasir Salak itu, barisan kepemimpinan Umno yang ada kini tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, seperti dinyatakan ROS.

"Umno kena dibetulkan balik organisasi, kena perbetulkan. Setiausaha agung Umno asyik sibuk hal lain.

"Sampai tahap pengurusan parti terlepas pandang," katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi, hari ini.

Tajuddin mengulangi pandangan yang mengatakan bahawa barisan kepemimpinan Umno yang ada kini hanya "caretaker" sehingga pemilihan parti itu diadakan semula.

Oleh itu barisan kepemimpinan yang ada kini tidak mampunyai kuasa untuk membuat keputusan.

"Mengikut ROS selepas 30 Jun tak ada MT, presiden lagi. Jadi, kena adakan pemilihan semula seperti mana saranan ROS.

"Jadi, apa saja keputusan selepas 30 Jun tidak terpakai," kata Tajuddin lagi.

Terdahulu, media melaporkan kepemimpinan MT Umno ketika ini hanya boleh berfungsi sebagai caretaker sehingga selesai pemilihan dan mesyuarat Agung Umno 2021, kata ROS.

Ketua Pengarah ROS, Jasri Kasim berkata, MT yang diketuai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hanya boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran parti.

“Pada masa ini (kepemimpinan Umno) seperti caretaker sahaja, hanya boleh buat pengurusan administrative atau pentadbiran biasa parti.

“Dari segi pelaksanaan (atau segala) keputusan dasar kena bawa ke perhimpunan agung dahulu kerana dia (kepemimpinan sedia ada) lebih kepada caretaker sahaja,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Mengulas lanjut Tajuddin berkata atas sebab itu jugalah ahli parlimen Umno tidak menjawab surat setiausaha agung parti itu yang meminta supaya mereka menyatakan kesediaan untuk menarik sokongan terhadap perdana menteri atau sebaliknya.

"Tiap-tiap ahli parlimen perlu jawab sama ada setuju atau tak setuju desakan supaya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Tiada siapa jawab setahu saya, sebab dia tiada kuasa lagi. Kalau ikut surat mesti jawab dalam masa 48 jam," katanya.

Tuesday, August 10, 2021

ROS Sahkan Zahid Hilang Kuasa Sebagai Presiden UMNO

BERITAHEADLINE
By MT Webmaster 
On Aug 10, 2021


(Malaysiakini) – Kepemimpinan Majlis Tertinggi (MT) Umno ketika ini hanya boleh berfungsi sebagai caretaker sehingga selesai pemilihan dan mesyuarat Agung Umno 2021, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Ketua Pengarah ROS, Jasri Kasim berkata, MT yang diketuai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hanya boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran parti.

“Pada masa ini (kepemimpinan Umno) seperti caretaker sahaja, hanya boleh buat pengurusan administrative atau pentadbiran biasa parti.

“Dari segi pelaksanaan (atau segala) keputusan dasar kena bawa ke perhimpunan agung dahulu kerana dia (kini) lebih kepada caretaker sahaja,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Jasri berkata, pihak ROS telah menerima surat penjelasan Umno semalam berhubung keputusan penangguhan pemilihan 18 bulan yang mana ROS berpandangan sebelum ini sebagai tidak sah.

Jelasnya, pihaknya akan meneliti dan mengkaji surat penjelasan itu terlebih dahulu kerana Umno ada mengemukakan maklumat-maklumat baru.

Bagaimanapun katanya, segala intipati surat itu tidak boleh didedahkan, namun memberitahu akan meneliti satu persatu penjelasan berkenaan.

“Saya sudah bercakap perkara ini kepada pihak Umno bahawa isu ini straight forward sahaja, kita dah dengar penjelasan mereka dan akan teliti satu persatu.

“Mereka juga tidak mengemukakan lagi cadangan tarikh baru pemilihan parti dan Mesyuarat Agung Umno 2021 yang akan diadakan,” katanya.

ROS sebelum ini berkata tindakan Umno menangguhkan pemilihan parti itu tidak sah kerana penggal pemegang jawatan MT tamat sebelum keputusan itu dibuat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang mengatakan keputusan itu dibuat ketika ahli MT Umno masih memegang jawatan.

ROS pada Ahad lalu menyarankan Umno mengadakan pemilihan parti selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini dan pelaksanaan pemilihan hanya dibenarkan

ditangguhkan sebelum 31 Disember. Parti itu juga dikehendaki mengemukakan permohonan penangguhan kepada ROS dalam tempoh terdekat.

Sunday, August 8, 2021

Pemilihan parti perlu dijalankan untuk keabsahan Presiden, kata Ahli MT

agendaily.com
8/8/2021

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu ditentukan keabsahan dalam pemilihan parti tersebut dan ia perlu dijalankan dengan segera, kata seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Zahidi berkata arahan sudah dikeluarkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan perlu dipatuhi, ia memandangkan hanya menerusi pemilihan sahaja UMNO dapat kembali bersatu serta tidak terlalu kelam-kabut dalam melakukan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan tahun depan.

“Pada saya RoS sudah beri arahan, jadi UMNO kena buat mesyuarat dengan segera sebab kalau tahun depan PRU, baru kalut nak bermesyuarat, ia akan menjejaskan parti. Seeloknya kena buat sekarang.

“Hanya pemilihan sahaja yang boleh menyatupadukan balik ahli UMNO dan Zahid kena besar hati untuk mengadakan pemilihan parti,” katanya kepada Agenda Daily.

Jelasnya, pemilihan dapat menentukan hala tuju parti untuk sama ada bersama menyokong Zahid dalam jajaran baharu bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP atau sebaliknya, malah ia dapat mengelakkan rakyat terkeliru.

“Kita nak tengok kalau mereka menyokong untuk UMNO bersatu dengan DAP dan Anwar, Maka sokong lah Zahid.

“Hal ini tidak susah kerana UMNO sekarang ada dua blok sahaja, tetapi rakyat keliru. Kita pun nak tengok sama ada yang tak sokong Zahid itu pengkhianat? Atau yang menyokong Zahid bersama Anwar dan DAP itu penderhaka?” katanya lagi.

Beliau mengingatkan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memilih sama ada Anwar atau Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Ahli-Ahli Parlimen dan menegaskan sudah serik untuk berada dalam pemerintahan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh PKR nanti.

“MT UMNO kena ingat, yang berdepan dengan Agong untuk menjawab nak pilih Anwar atau Muhyiddin itu kami sebab bukan semua MT adalah Ahli Parlimen. Kita semua dah serik dengan pemerintahan PH selama 22 bulan. Jadi takkan kami nak pilih Anwar bila Agong panggil nanti?” katanya.

Bagaimanapun, Zahidi memberi jaminan rela untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri sekiranya Zahid bukan lagi Presiden.

“Dan saya bersedia letak jawatan sebagai Timbalan Menteri jika Presidennya bukan Zahid. Kalau orang lain yang Presiden, saya akan akur dan letak jawatan,” tegasnya.

Zahid kini berdepan krisis kepercayaan selepas 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), ia pendirian berbeza dengan yang diputuskan oleh MT UMNO pada Selasa lepas.

Pada Jumaat lalu, RoS mengesahkan semua jawatan dalam MT UMNO tidak lagi sah selepas tempoh penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun 2021 lalu.

Dalam satu surat kepada Setiausaha Agung UMNO, RoS mencadangkan UMNO menetapkan satu tarikh untuk mengadakan mesyuarat pemilihan MT dengan mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Sunday, July 11, 2021

Ahli UMNO Buat Aduan Kepada ROS Salah Guna Kuasa Presiden

BERITA
By MT Webmaster
On Jul 11, 2021


(Suara Merdeka) – Seorang ahli UMNO mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana salah guna kuasa dan pelanggaran peraturan oleh Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam surat kepada ROS yang dilihat oleh Suara Merdeka antaranya membangkitkan Zahid telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Presiden untuk menipu seluruh ahli UMNO dan melanggar keputusan parti yang ditetapkan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 apabila menafikan dirinya memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bagi dan setia kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Di dalam surat bertarikh 11 Oktober 2020, yang didakwa dibawa sendiri oleh Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong, Zahid mendakwa sokongan kepada Anwar turut didukung oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO.

Beliau hanya sekadar membuat kenyataan menafikan perkara tersebut dengan harapan ahli-ahli UMNO akan mempercayainya tanpa ada sebarang tindakan susulan seperti membuat laporan polis.

Sokongan kepada Anwar ini adalah cubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang sah setelah Zahid berbohong kepada Yang di-Pertuan Agong. Sokongan ini juga bertentangan dengan pendirian UMNO iaitu “No Anwar, No DAP”.

Surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah ROS, Jasri Kasim itu turut mendakwa Zahid mengaku yang suara di dalam audio yang tular itu memang suaranya. Ini sekali lagi membuktikan selama ini beliau telah menipu seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia.

Selain itu, Zahid juga telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Presiden UMNO untuk menipu Yang di-Pertuan Agong dengan memberikan maklumat yang salah apabila mendakwa semua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO berikrar untuk meletak jawatan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum 1 Ogos 2021 sebagaimana terdapat dalam satu dokumen verbatim yang tular.

Percakapan itu dibuat oleh Zahid semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 11 Jun yang lalu.

Dakwaannya itu jelas merupakan satu penipuan kerana sehingga kini tidak ada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen UMNO membuat ikrar tersebut.

Malah 35 Ahli Parlimen UMNO, termasuk Menteri dan Timbalan Menteri telah menegaskan hanya akan meninggalkan PN setelah Parlimen dibubar sebagaimana ketetapan yang dibuat oleh UMNO pada PAU 2020 yang menyebut kerjasama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam kerajaan PN hanya akan berakhir selepas pembubaran Parlimen.

Sekali lagi Zahid berbohong kepada YDPA untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.

Wednesday, December 30, 2020

Nama Muafakat Nasional sudah didaftar pihak lain

 malaysiakini.com

N Faizal Ghazali
Diterbitkan Hari ini 4:42 pm

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah mendedahkan usaha pendaftaran Muafakat Nasional (MN) menghadapi sedikit masalah kerana dia difahamkan nama itu sudah digunakan oleh pihak lain.

"Saya difahamkan ada usaha-usaha untuk daftarkan, tetapi tidak dapat didaftar kerana nama itu sudah orang lain guna.

"Nama (MN) itu sudah ada dalam pendaftaran ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), tak tahu macam mana, itu yang saya difahamkan.

"Sebab itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama," katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Sementara itu Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada sebarang cadangan terhadap perubahan nama tersebut.

"Setakat ini belum ada (cadangan), jadi kita berjalan dengan kekalkan nama MN tetapi tidak didaftarkan," katanya yang juga timbalan menteri besar Kelantan.

Sebagai rekod, Setiausaha Agung BN Annuar Musa sebelum ini dilaporkan pendaftaran MN akan memakan masa sebelum didaftarkan dengan ROS.

Ini kerana katanya, pimpinan gabungan itu perlu menguruskan bagi kerja-kerja prapendaftarannya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan pengesahan ROS dan pemimpin-pemimpin lain MN berkaitan perkembangan itu.

Friday, May 29, 2020

Peletakan jawatan Tun M sebagai Pengerusi Bersatu sah

azrulhakimie

Sah ikut perlembagaan parti, telah diperakui oleh ROS


KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1441H, Jumaat – Peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 24 Feb lalu, adalah sah mengikut perlembagaan parti itu, dan telah pun diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, berikutan itu juga tindakan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku jawatan pengerusi itu juga sah, sehingga pemilihan baharu diadakan.

“Presiden parti ambil alih kedudukan Pemangku Pengerusi Bersatu, mengikut fasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti pada 24 Feb lalu, selepas Dr Mahathir sendiri letak jawatan.

“Dalam tempoh berkenaan sebagai adab Melayu, kita cuba pujuk… Dr Mahathir sendiri mengaku untuk ambil balik (jawatan), cuma beliau cakap tunggu dulu dan dalam keadaan itu, urusan perjalanan parti telah diteruskan,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, setelah terlalu banyak curiga dan salah faham, maka Setiausaha Kerja Bersatu Kapten (B) Muhamad Suhaimi Yahya, mendapatkan surat pengesahan daripada ROS berhubung perkara itu.

Kandungan surat daripada ROS itu katanya, berbunyi “Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ambil maklum Tun Dr Mahathir Mohamad, telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu melalui surat 24 Feb berkuatkuasa serta merta, dan telah dikemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu, sehubungan peletakan jawatan itu, Presiden Bersatu berhak memangku jawatan itu, sehingga pemilihan diadakan mengikut Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu.

“Fasal 16 iaitu tugas pegawai tertinggi Bersatu, Fasal 16.9 jika pengerusi berhenti atau dihentikan, maka Presiden berhak memangkunya sehingga diadakan pemilihan mengikut fasal 16.3, dan ia mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas mengikut Fasal 16.2”.

Beliau berkata, sehubungan itu berdasarkan dokumen dilampirkan iaitu surat peletakan jawatan, Pengerusi ROS mengesahkan peletakan jawatan Dr Mahathir adalah sah, dan pemangkuan jawatan oleh Muhyiddin juga sah dan masih berkuatkuasa, selaras dengan peruntukkan Perlembagaan Bersatu.

“Hari ini beliau (Dr Mahathir) bukan sahaja tidak lagi menjadi Pengerusi Bersatu, tetapi juga bukan lagi ahli parti ini,” katanya. 
Bernama

Tuesday, May 19, 2020

ROS: Peletakan jawatan Dr M sah, Muhyiddin berhak jadi pemangku pengerusi


Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin "berhak" menjadi pemangku pengerusi parti, setelah Dr Mahathir Mohamad menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Muhyiddin pada 24 Februari.

Dalam surat bertarikh 5 Mei, ROS mengatakan penilaian ini berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak berkaitan.

"Berdasarkan dokumen yang dikemukakan - iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, ROS mengesahkan peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi Bersatu oleh Muhyiddin, presiden Bersatu adalah juga sah dan masih berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan Bersatu sehingga diadakan pemilihan pengerusi baru,” menurut surat yang dilihat oleh Malaysiakini.

Surat itu memetik Artikel 16.9 perlembagaan parti untuk keputusan berkenaan.

Ia menetapkan bahawa jika pengerusi itu mengundurkan diri atau dipecat daripada parti, presiden akan mengambil alih jawatan pemangku pengerusi sehingga pengerusi baru dipilih.

Surat itu ditujukan kepada setiausaha kerja Bersatu, Suhaimi Yahya untuk menjawab pertanyaannya mengenai perkara itu pada 1 Mei.

Ketika dihubungi, jurucakap ROS mengesahkan bahawa surat itu sah.

Sebelum ini, Mahathir telah mengundurkan diri sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu pada 24 Februari, setelah parti itu menentangnya dan Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk membentuk Perikatan Nasional (PN).

Tidak lama selepas meletakkan jawatan, Bersatu telah meyakinkan Mahathir untuk terus memegang jawatan pengerusi parti dan mengumumkan beliau akan kekal memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, mereka kemudian gagal meyakinkan Mahathir untuk menyertai PN dan kem Muhyiddin kemudian mengenepikan pengumuman sebelumnya agar Mahathir kekal sebagai pengerusi.

Susulan perselisihan dengan Mahathir, kem Muhyiddin menyatakan bahawa parti itu tidak dapat menolak pengunduran Mahathir justeru peletakan jawatan sebagai pengerusi sebelum ini tetap diambil kira.
Abu Bakar Yahya
Dalam responsnya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Abu Bakar Yahya mempersoalkan tindakan ROS yang "mengesahkan" Muhyiddin Yassin sebagai pemangku pengerusi, dan mendakwa perkara itu sepatutnya diputuskan dalam parti.

"ROS tak ada hak untuk katakan Muhyiddin berhak menjadi pemangku pengerusi Bersatu. Yang berhak untuk berbuat demikian ialah lembaga disiplin parti yang keputusannya turut dipersetujui dari MPT dan Bersatu," katanya kepada Malaysiakini.

Abu Bakar turut membangkitkan kedudukan Mahathir yang sebelum ini dilaporkan menang tanpa bertanding bagi jawatan pengerusi, selepas menjadi satu-satunya calon untuk bertanding jawatan itu.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar pada 16 Mei lalu.

Friday, July 12, 2019

PRU15 : DAP mahu empat kerusi di Kelantan

Yatimin Abdullah
12 Julai 2019 4:18 PM

CHIN HUI (dua kiri) menerima keahlian dari orang Melayu di sini hari ini. 
- UTUSAN ONLINE

TUMPAT
12 Julai - DAP mahu empat kerusi diberikan kepada parti itu bagi membolehkan mereka bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Chua Chin Hui berkata, empat buah kerusi itu merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti kerusi-kerusi strategik yang mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

“Pada PRU-14 lalu, kita hanya bertanding satu kerusi sahaja di negeri ini iaitu DUN Galas.

“Kali ini kita akan kemukakan hasrat itu kepada pimpinan PH di peringkat negeri dan pusat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Penubuhan DAP Cawangan Kelaboran dan Wakaf Bharu di Dewan Tabika Kemas sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi DAP negeri, Ahmad Sabri dan Naib Pengerusinya, Datuk Azhar Rani.

Chin Hui memberitahu, setakat ini DAP sudah mempunyai 26 cawangan yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di negeri ini.

“Sehingga kini, DAP Kelantan sudah ada 5,000 keahlian di seluruh negeri.

“Paling mengejutkan DAP telah berjaya membuka cawangan di kubu kuat Pas di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian,” ujarnya.

 - UTUSAN ONLINE

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-